Upload
mohd-abdul-aziz-azmee
View
354
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
8/4/2019 Orkid Dendrobium
1/17
55
2.4 TANAMAN ORKID
2.4.1 Asal-Usul Orkid
Orkid tergolong dalam famili Orchidacea dan ditemui hampir di seluruh dunia
kecuali di tempat yang tandus dan terlalu sejuk. Habitat orkid meliputi kawasan
pergunungan, lembah dan gurun. Orkid terdiri daripada pelbagai jenis dan spesies yang
tumbuh di kawasan tertentu mengikut kesesuaian pertumbuhannya.
Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 120 genus dan 800 spesies orkid
hutan/ liar. Di Sabah dan Sarawak terdapat lebih kurang 2000 spesies orkid liar.
Spesies orkid di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk, malah ada yang tidak
menyerupai spesies asal.
Rajah 8.3 Paphiopedilum Barbatum
Rajah 8.4 Bulbophyllum Vaginatum. Rajah 8.5 Calanthe
Triplicata
8/4/2019 Orkid Dendrobium
2/17
56
Antara orkid Malaysia yang popular do pasaran antarabangsa terdiri darpada
genus Aranda, Aranthera, Arachnis, Dendrobium, Holtumura, Kawagara, Mokara,
Oncidium, Phalaenopsisdan Vanda. Genus yang paling popular untuk ditanam secara
komersial ialah Aranda, Dendrobium, Mokaradan Oncidium.
Keratan bunga orkid mempunyai ketahanan yang tinggi sekurang-kurangnya
seminggu dan sesuai digunakan sebagai hiasan dalaman atau gabungan susunan
bunga untuk hiasan meja atau ruang khas di rumah, pejabat dan hotel. Bunga orkid
juga digunakan sebagai hiasan gelas minuman di hotel-hotel besar. Selain keratin
batang, pokok orkid yang sedang berbunga dalam bekas juga boleh diletakkan di ruang
dalaman sebagai hiasan. Jenis-jenis orkid yang popular yang ditanam sebagai
gantungan ialah Dendrobium, Oncidium, Cattleya, Phalaenopsis, Vanda, Arandadan
jenis liar seperti orkid gajah.
Rajah 8.6 Orkid Dendrobium Rajah 8.7 Orkid Mokara
Rajah 8.8 Orkid digunakan untuk hiasan
8/4/2019 Orkid Dendrobium
3/17
57
2.4.1.1 Jenis-jenis Pokok Orkid
Orkid boleh dibahagikan kepada beberapa jenis pokok iaitu Orkid Simpodial dan Orkid
Monodial.
2.4.1.1.1Orkid Simpodial
Orkid Simpodial ini boleh tumbuh di atas pokok (epifit) atau di atas tanah
(terestrial). Pokok orkid jenis ini akan berbunga apabila pokoknya cukup matang.
Selepas bunga-bunganya layu, daun-daunnya menjadi kuning dan layu. Bebawang
semunya yang tua akan menggeluarkan tunas baru di pangkalnya sebelum mengecut.
Setelah tunas baru membesar, bebawang semu yang tua akan mati. Orkid jenis
simpodial ini juga dikenali sebagai orkid rumpun dan sesuai ditanam di kawasan teduh.
Antara orkid simpodial yang popular ialah Dendrobium, Oncidium dan Catteya.
Orkid simpodial mempunyai batang seakan-akan bebawang semu yang tumbuh
pada perdu atau rumpun. Bebawang semu ini terdapat dalam pelbagai bentuk, bujur
untuk Dendrobium, bulat dan gemuk untuk Spathoglotis dan bergurutu untuk Oncidium.
Bebawang semu ini membekak dan berfungsi sebagai pundi untuk menyimpan dan
membekalkan makanan bagi pokok-pokok orkid ini tumbuh sebagai tumbuhan epifit.
Bunga pokok orkid ini akan keluar dari celah daun atau batang dihujung batang.
Selepas berbunga, tunas-tunas vegetative atau bebawang semu ini akan
membesar. Di pangkal bebawang semu pula terdapat akar- akar baru yang tumbuh
sebagai sokongan. Batang yang lama tidak mengeluarkan akar lagi tetapi masih boleh
digunakan sebagai bahan pembiakan sekiranya ada tunas. Akar orkid seperti rizom
tumbuh melintang dan batangnya tumbuh daripada akar ini.
ORKID
SIMPODIAL
Rajah 8.9 Orkid
Cattleya
Rajah 9.0 Orkid
Oncidium
Rajah 9.1 Orkid
Dendrobium
8/4/2019 Orkid Dendrobium
4/17
58
2.4.1.1.2 Orkid Monopodial
Orkid jenis ini tumbuh sehala yang berakhir dengan pengeluaran bunga.
Walaupun hidupnya secara epifit, pokok jenis ini ditanam di dalam pasu atau di atas
tanah yang tidak lembap. Sesetengah orkid monopodial boleh hidup di tempat yangpanas dan sesetengahnya pula tidak tahan terhadap panas. Antara orkid monopodial
yang dikenali ialah Arachnis, Vanda, Aranthera, Renanthera, Phalaenopsis, Mokara,
Ascocenda dan Aranda.
Orkid jenis ini paling banyak ditanam di dunia. Pokoknya mempunyai satu batang
yang mengeluarkan daun-daun baru di bahagian pucuk dan akar. Pada batang yang
tumbuh menegak ke atas itu terdapat dua baris daun yang tersusun berselang-seli
melintang 180 darjah antarasatu sama lain. Daundaun ini tebal seperti kulit, tirus
seperti pensel dan tumbuh aksil daun, iaitu di antara batang dan daun. Tunas-tunas
batang yang baru akan tumbuh dari buku-buku di celah daun dan menjadi anak.
ORKID MONODIAL
Rajah 9.2 Orkid
Arachnis
Rajah 9.6 Orkid
Renanthera
Rajah 9.3 Orkid
Vanda
Rajah 9.5 Orkid
Phalaenopsis
Rajah 9.4 Orkid
Ascocenda
8/4/2019 Orkid Dendrobium
5/17
59
2.4.2 ORKID DENDROBIUM
2.4.2.1 Pengenalan
Dendrobiumspp. juga dikenali sebagai orkid buluh dan orkid Singapura
merupakan tumbuhan yang tumbuh secara epifit, (Norain Mohd Rejab:1999).
Tumbuhan ini juga tumbuh di atas batu. Nama dendrobium berasal daripada
perkataan Greek dendron" yang bermaksud pokok dan bios, yang bermaksud
hidup merujuk kepada habitat tempat tinggalnya yang hidup menumpang di pokok
lain[9].
Orkid dendrobium merupakan genus terbesar dalam famili orkid dan mempunyai
1500 spesies dan beribu lagi spesies yang dikacuk. Ia diperkenalkan oleh Olof Swartz
pada tahun 1799. Orkid ini begitu terkenal diseluruh bahagian dunia ini termasuk
Lautan Pasifik, Asia dan juga Australia. Ia merupakan perkara biasa jika terdapat orkid
dendrobium ditanam di India, Filipina, Malaysia, Papua New Guine dan juga
Newzealand.
[ 9].http://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdf
Rajah 9.7 Bunga Orkid
http://en.wikipedia.org/wiki/Olof_Swartzhttp://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdfhttp://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdfhttp://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdfhttp://en.wikipedia.org/wiki/Olof_Swartz8/4/2019 Orkid Dendrobium
6/17
60
2.4.2.2 Ciri-ciri Botani
PENGELASAN SAINTIFIK
Alam : Plante
Divisi : Magnoliophyta(unranked) : Monocots
Order : Asparagales
Famili : Orchidaceae
Subfamili : Epidendroieae
Tribe : Podochilaeae
Sutribe : Dendrobiinae
Genus : Dendrobium
8/4/2019 Orkid Dendrobium
7/17
61
Di Malaysia orkid ini banyak diusahakan secara komersial. Kebanyakan orkid
Dendrobium yang ditanam di Malaysia ialah jenis kacukan yang boleh dibahagikan
kepada tiga jenis.
Pokok orkid ini mempunyai bebawang yang beruas-ruas dan mengandungi air.Daunnya pula lebat dan sebahagiannya melekat pada batang. Cara yang senang untuk
mengenali orkid Dendrobium ialah dengan melihat bunganya. Bunganya berjambak dan
mempunyai kolum yang pendek. Dendrobium boleh dijumpai dalam warna ungu, merah
jambu, putih, fuchsia (campuran warna merah jambu dan ungu), kuning, hijau dan
terdiri dari dua warna. Warna yang paling terkenal dan mudah dijumpai ialah ungu dan
putih.
Di bahagian kaki bawah kolum atau kaki kolum lebih panjang berbanding
dengan genus yang lain. Kaki kolum hanya dapat dilihat apabila bibir bunga ditarik ke
bawah. Kedua-dua sepal sisi melekat di kiri dan kanan bibir. Dari bahagian rusuk,
sambungan kaki kolum dan sepal berbentuk memanjang seperti dagu. Bentuk ini
dikenali sebagai mentum dan merupakan salah satu sifat yang ketara bagi genus ini.
Orkid Dendrobium ini mempunyai dua pasang polinia.
Rajah 9.8 Orkid ungu dan putih
Rajah 9.9 Orkid Dendrobium
8/4/2019 Orkid Dendrobium
8/17
62
Semua jenis orkid Dendrobium tumbuh berumpun. Orkid ini mempunyai akar
yang halus di pangkal batang dan berdaun sederhana. Orkid ini juga sesuai ditanam di
tempat teduh tetapi boleh juga terdedah kepada cahaya matahari jika pertumbuhannya
sejak kecil. Selain itu, pokok ini akan tumbuh subur jika terdapat sinaran cahaya yang
terang walauapapun persekitarannya.
2.4.2.3 Amalan Kultur[10 ]
2.4.2.3.1Cahaya
Orkid ini boleh dibiakkan dengan syarat mempunyai pencahayaan yang terang,
cahaya yang tidak terlampau terang adalah lebih baik. Pencahayaan yang kurang akan
menyebabkan batangnya berpusar dan mempunyai daun yang tebal dengan beberapa
atau tiada langsung bunga. Dalam musim panas dan luruh, di timur dan barat, dan
musim sejuk dan awal musim luruh, di selatan akan memberi pencahayaan yang
banyak untuk Dendrobiummembiak. Jika tumbuhan ini didedahkan kepada cahaya
terlalu lama dengan dibiarkan dalam suhu yang tinggi untuk masa yang lama ia akan
menyebabkan tumbuhan melecur (sunburn).
2.4.2.3.2 Air
Dendrobium memerlukan air untuk mengeluarkan bunga yang cantik serta
menarik. Penyiraman dilakukan apabila diperlukan. Biarkan tumbuhan ini kering
perlahan-lahan selepas siraman kerana boleh menyebabkan reput dibahagian akar.
Rajah 10.1 Batang Orkid Rajah 10.2 Akar Orkid
8/4/2019 Orkid Dendrobium
9/17
63
2.4.2.3.3 Suhu
Dendrobium adalh tumbuhan tropikal dan memerlukan keadaan yang panas.
Suhu perlu dikekalkan pada siang hari pada suhu 70F hingga 90F dan malam 60 F
hingga 65 F untuk hasil yang terbaik. Tumbuhan ini tidak sepatut didedahkan kepadasuhu yang kurang dari 55 F untuk masa yang panjang.
2.4.2.3.4Persekitaran
Memerlukan persekitaran yang tinggi. Persekitaran boleh ditingkatkan dengan
meletakkannya didalam dulang batu kerikil.
2.4.2.3.5 Pembajaan
Gunakan baja apabila terdapat pertumbuhan yang aktif setiap kali siraman. Jika
tiada pertumbuhan yang aktif, bajakan dengan minimum, kemudian biarkan air
semburan itu untuk kering sendiri.
2.4.2.3.6 Pemasuan
Jangan ubah tanaman sehinggalah tunas baru telah mula tumbuh ditepi pot dan
medium telah terkompos. Medium pemasuan boleh terdiri daripada campuran
beberapa batang, batu-batu, arang-arang kayu keras pelepah kelapa dan juga tanah
liat. Tekan medium rapat-rapat semasa pemasuan semula.
2.4.2.3.7 Perapian
Buang bunga yang tumbuh sekuntum. Jika warnanya bertukar kuning, bunga itu
boleh dibuang kerana tidak memberi kesan buruk kepada pokok asal.
[ 10].http://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdf
http://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdfhttp://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdfhttp://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdfhttp://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdf8/4/2019 Orkid Dendrobium
10/17
64
2.4.2.4Penyakit dan Perosak
2.4.2.4.1Penyakit
2.4.2.4.1.1 Virus
Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana
memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok
orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan pokok orkid kesayangan anda. Untuk
mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihan kawasan penanaman.
2.4.2.4.1.2 Bakteria
Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria bersamaan dengan penyakit
yang disebakan oleh kulat. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria cepat merebak
berbanding dengan penyakit yang disebabkan oleh kulat. Tanda biasa penyakit yang
disebabkan oleh bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau
busuk.Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan penguadaraan yang
kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
Antara penyakit bawaan bakteria ialah :
Reput bakteria (Bacterial rot) satu bintik coklat berair pada daun, cepat
merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.
Reput daun ( Brown Rot) bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.
Rajah 10.3 Penyakit Orkid
8/4/2019 Orkid Dendrobium
11/17
65
2.4.2.4.1.3Kulat (fungus)
Penyakit yang disebabkan oleh kulat lebih kurang sama dengan peyakit yang
disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebaknya agak perlahan dan tidak
mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap danpenguadaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan.Antara penyakit bawaan
kulat ialah :
Antraknose
Black leaf spot
Cercospora leaf spot
Reput hitam ( Black rot)
Reput pangkal ( Basal rot)
Reput pucuk ( Crown rot)
a) Rawatan terhadap bakteria dan kulat
Potong dan buang bahagian yang dijangkiti. Sapukan atau semburkan racun
kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah
sihat untuk langkah berjaga megelakkan jangkitan.
Rajah 10.4 Penyakit disebabkan oleh bakteria
8/4/2019 Orkid Dendrobium
12/17
66
2.4.2.4.2Perosak
2.4.2.4.2.1Aphid
Dikenali sebgai lalat hijau, lalat hitam atau lintah tumbuhan, aphid ialah sejenis
serangga yang menjadikan tumbuhan sebagai makanannya. Serangga ini ialah musuh
kepada ladybugs/ ladybirds/ lady beetlesdan lacewings.
Serangga yang kecil berbentuk melonjong, serangga penghisap dan selalunya
muncul di dalam musim bunga untuk memakan daun-daun baru. Serangga ini
meninggalkan lendir selepas makan daun di mana lendir ini akan menarik semut dan
mnyebabkan tumbesaran kulat.
Serangga ini boleh dikawal dengan cara semulajadi iaitu cari tanda gigitan
serangga ini pada daun dan buangkannya. Gunakan sapu tangan dan buang aphid dari
tanaman. Boleh juga digunaka semburan air yang kuat untuk menolak aphid dari daun.
Letakkkan perangkap yang melekat berwarna kuning untuk menangkap aphid yang
terbang lair.
Rajah 10.5 Aphid
8/4/2019 Orkid Dendrobium
13/17
67
2.4.2.4.2.2Siput
Siput selalunya merosakkan daun di dengan memakannya di bahagian tengah
dan dibahagian hujung. Ini akan menyebabkan daun berlubang-lubang.
Siput boleh dikawal dengan menyiram air pada tanaman pada waktu pagi atau
menggunakan paip saluran bawah tanah. Ini akan menyebabkan tanah kering dan tidak
menarik perhatian siput. Letakkan limau kering atau kapur kering di sekeliling
tumbuhan. Campuran ini akan menyebabkan siput pergi ke tempat lain. Serangga yang
menyerang orkid ini boleh dikawal dengan mengunakan semburan dan basuhan sabun
serangga.
2.4.2.5 Kaedah Pembiakan
2.4.2.5.1 Kultur Tisu
Daun orkid akan dibuang daripada pucuk apeks tumbuhan orkid yang terpilih.
Pucuk ini direndam ke dalam larutan 10% natrium hipoklorit selama 10 minit untuk
membunuh sebarang microorganism yang hadir. Serpihan-serpihan tisu meristem
(eksplan) dipotong daripada pucuk dan direndamkan ke dalam larutan 1 % natrium
hipoklorit selama 5 minit.
Tisu dikultur di dalam medium steril yang mengadungi nutrient dan hormone
tumbuhan dengan pH yang sesuai. Kelalng dismpan di dalam incubator pada suhu 35-
40darjah selama beberapa minggu.
Rajah 10.6 Perosak siput
8/4/2019 Orkid Dendrobium
14/17
68
Mitosis berulang oleh sel-sel meristem akan menghasilkan tisu-tisu kalus. Tisu
ini akan dipindahkan ke dalam kelalang baru yang mengandungi medium nutrient yang
baru. Ini untuk memastikan bekalan nutrient dan hormone tumbuhan yang sesuai adalh
mencukupi bagi pertubuhan dan perkembangan.
Sel-sel akan terus membahagikan melalui mitosisdan kemudian terbezakan
menjadi anak-anak pokok. Selepas beberapa minggu, tumbuhan orkid dikeluarkan dan
ditanam di dalam pasu atau di atas tanah dimana ia tumbuh sehingga matang.
Klon orkid adalah seiras antara satu sama lain dan dengan tumbuhan orkid
induk dari segi fenotip dan genotip.
2.4.2.5.2 Faktor Kejayaan
Antara faktor mendorong kejayaan teknik ini ialah penghasilan bahan tanaman
bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar. Selain itu,
cara ini sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir
pupus. Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro
membolehkan pertukaran sumber genetik organisme dengan cara yang selamat.
Rajah 10.7 Simpanan daun yang digunakan untuk tisu kultur
8/4/2019 Orkid Dendrobium
15/17
69
2.4.2.6 Varieti
Seperti juga tanaman lain orkid juga mempunyai variati yang tersendiri selain
terbahagi kepada keluarga yang berbeza. Orkid Dendrobium boleh terbahagi kepada
orkid asal dan juga yang telah dikacukkan.
Dendrobium aurantiroseum Dendrobium bracteosum
Dendrobium ceraula Dendrobium densiflorum
Jadual variati- variati orkid Dendrobium[11 ]
8/4/2019 Orkid Dendrobium
16/17
70
[ 11]http://www.orchidphotos.org/index.html
Dendrobium engae Dendrobium hasseltii
Dendrobium lindleyi Dendrobium hellwigianum
Dendrobium parishii Dendrobium rigidum 'Ramona'
http://www.orchidphotos.org/index.htmlhttp://www.orchidphotos.org/index.htmlhttp://www.orchidphotos.org/index.htmlhttp://www.orchidphotos.org/index.html8/4/2019 Orkid Dendrobium
17/17
71
2.4.27 Kegunaan[ 12]
Orkid dendrobium yang sangat cantik ini mempunyai pelbagai kegunaan.
Disebabkan rupanya yang unik dan warnanya yang menawan orkid ini selalu digunakan
dalam penyusunan bunga. Orkid jenis ini yang exotik dan cantik selalunya pula akandigunakan sebagai hadiah untuk pelbagai majlis. Walaupun halus dan lembut, bunga
orkid dendrobium tahan lama, dalam lingkungan 10 hari hingga ke 2 minggu.
Orkid Dendrobium mewah kekal antara bunga yang paling popular untuk majlis
perkahwinan. Mereka melambangkan kesucian, kasih sayang, keindahan dan
kekayaan. Bunga orkid ini nampak cantik bersahaja atau boleh juga dicampur dengan
bunga lain. Orkid Dendrobium boleh digunakan sebagai gugusan bunga bagi pengantin
perempuan atau di letakkan di tengah tengah meja.
Orkid Dendrobium mewah mempunyai kelopak yang kukuh dan tahan dengan
pengendalian kasar. Orkid Dendrobium yang dramatik menjadikan tumbuh-
tumbuhan hiasan rumah yang hebat. Mereka mewujudkan suasana yang hebat di
mana-mana jua ditempatkan. Merekamembawa keanggunan dan kecanggihan ke
rumah dalam bentuk hiasan rumah. Mereka menambah kehidupan dan warna pada
ruang. Orkid Dendrobium boleh digunakan dalam hiasan dalaman tradisional
dan moden. Orkid Dendrobium memberikan kenikmatan dan membawa rasa tenang
dan santai.
[12].http://www.dendrobium-orchid.net/dendrobium-orchids-uses
Rajah 10.8 Kegunaan Orkid Dendrobium yang pelbagai
http://www.dendrobium-orchid.net/dendrobium-orchids-useshttp://www.dendrobium-orchid.net/dendrobium-orchids-uses