P1106_PrinsipEkonomi_UNIT15

  • Upload
    jhj01

  • View
    217

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

best

Citation preview

Contoh-contoh Peristiwa Yang Berkaitan Dengan Kesan Politik Wang

PRINSIP EKONOMI P1106/UNIT15/21

UNIT 15: WANG DAN BANK.

OBJEKTIF AM

Pelajar dapat mengetahui bagaimana wang dan bank wujud serta berperanan dalam sesebuah ekonomi

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

Mendefinisikan wang

Mengenalpasti fungsi-fungsi utama wang

Mengenalpasti permintaan terhadap wang dan keseimbangan pasaran wang

Mendefinisikan bank pusat dan mengenalpasti dasar kewangan bank pusat

Mendefinisikan bank perdagangan dan menenalpasti fungsi-fungsinya.

15.1 DEFINISI WANG

Wang boleh didefinisikan sebagai benda-benda yang diterima oleh orang ramai sebagai alat pertukaran di antara barang-barang dan perkhidmatan dalam urusniaga jual beli. Wang diperkenalkan oleh manusia untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem ekonomi barter.

Sistem ekonomi barter adalah ekonomi di mana manusia menukarkan barang-barang yang dimiliki secara langsung untuk memperolehi barang-barang yang dikehendaki. Dalam ekonomi moden, kehendak manusia adalah berbagai dan kegiatan perdagangan dijalankan di dalam dan di luar negeri. Oleh itu, sistem ekonomi barter mempunyai banyak kelemahan jika dipraktikkan dalam masyarakat moden.

SIFAT-SIFAT WANG

Sejak dahulu lagi, berbagai jenis barang telah digunakan sebagai wang. Bijih timah, emas dan perak merupakan benda yang paling luas digunakan sebagai alat pertukaran. Walau bagaimanapun, sesuatu benda yang dianggap sebagai wang yang baik harus mempunyai sifat-sifat berikut:

Diterima umum

Benda yang dianggap sebagai wang haruslah diterima oleh orang ramai sebagai alat pertukaran. Bila masyarakat sanggup menerima sesuatu benda sebagai wang, barulah ia boleg berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran.

Mempunyai nilai yang stabil

Benda yang dianggap sebagai wang mestilah mempunyai nilai yang stabil. Benda-benda yang nilainya mengalami turun naik yang hebat tidak akan diterima oleh orang ramai kerana ia menimbulkan masalah ekonomi dan sosial.

Mudah dibawa dan dikenali

Benda yang dianggap sebagai wang mesti boleh dibawa dengan mudah dan dapat dipindah tangan dengan mudah. Selain itu, benda tersebut juga mesti dapat dikenalikan oleh orang ramai dan sukar dipalsukan.

Penawaran yang terhad

Benda yang dianggap sebagai wang mestilah mempunyai penawaran yang terhad supaya dapat menjamin nilainya. Jika penawarannya adalah tidak terhad, maka benda tersebut dapat diperolehi dengan mudah. Jadi, nilainya akan turun. Bagaimanapun, jumlah penawarannya tidak boleh terlalu kurang kerana akan menyebabkan kehendak-kehendak orang ramai tidak dapat dipenuhi.

Tahan lama

Benda yang dugunakan sebagai wang mestilah tahan lama. Ini menjaminkan nilai benda tersebut tidak mudah berubah menerusi masa dan dapat disimpan dengan lama.

15.2 FUNGSI-FUNGSI WANG

Sebagai alat perantaraan untuk penukaran

Dengan penggunaan wang, individu boleh membeli segala barang yang diingini dengan menggunakan wang. Ini bermakna penggunaan wang membolehkan pengaliran barang dan perkhidmatan secara langsung daripada pihak pengeluar kepada pengguna. Jadi, peranan wang sebagai alat perantaraan memudahkan pertukaran dan melicinkan perniagaan.

Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun

Dengan penggunaan wang, nilai barang dapat dihitung dengan mudah. Nilai barang dinyatakan dalam bentuk harga. Jadi, nilai barang-barang dan perkhidmatan yang berlainan dapat dibanding dalam sebutan harga. Pengunaan wang juga membolehkan nilai berbagai barangan dicampurkan. Hal ini membantu individu mencatatkan urusan pertukaran.

Sebagai ukuran bayaran tertunda

Banyak urusniaga dalam ekonomi moden dilakukan secara kredit atau secara bayaran tertunda. Urusniaga tersebut membolehkan para pembeli memperolehi barangan terlebih dahulu dan membayarnya pada masa yang akan datang. Urusniaga memerlukan wang sebagai ukuran bayaran tertunda. Ini adalah kerana sifat-sifat wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil. Wang membolehkan urusniaga secara kredit dijalankan antara para penjual dan para pembeli.

Sebagai alat penyimpan nilai

Sifat wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil membolehkan wang berperanan sebagai penyimpan nilai yang baik. Wang dapat disimpan dengan mudah dan tidak memerlukan ruang yang luas. Selain itu, wang juga boleh disimpan dalam bentuk deposit tabungan dan deposit tetap untuk memperolehi kadar bunga.

JENIS-JENIS WANG

Wang sah

Wang sah adalah wang yang sah diterima oleh penduduk dalam sesebuah negara. Ringgit dan duit syiling adalah wang sah di Malaysia. Ringgit Malaysia adalah wang sah yang tidak terhad. Duit syiling adalah wang sah yang terhad.

Wang biasa

Wang biasa adalah wang negara lain yang diterima oleh penduduk sesuatu negara. Sebagai contoh, dolar Brunei diterima oleh penduduk Malaysia sungguhpun ia bukan wang sah. Jadi, dolar Brunei dianggap sebagai wang biasa di Malaysia.

Wang tanda

Wang tanda adalah wang yang nilai mukanya melebihi nilai logamnya. Contoh wang tanda di Malaysia ialah duit syiling. Duit syiling mempunyai nilai muka yang lebih dari nilai logamnya.

Wang bernilai penuh

Wang bernilai penuh adalah wang yang nilai logamnya sama dengan nilai mukanya. Di Malaysia, oleh kerana nilai muka duit syiling adalah melebihi nilai logamnya, maka duit syiling bukan wang bernilai penuh.

JENIS-JENIS WANG DI MALAYSIA

Duit syiling dan wang kertas

Di Malaysia, duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Bank Negara. Duit syiling yang ada dalam ekonomi mempunyai nilai muka 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan RM 1.00. Jenis nilai yang lebih besar seperti RM5, RM10, RM20, RM100 dan RM500 merupakan keluaran khas, terutamanya bagi tujuan peringatan. Wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara mempunyai nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 dan RM1000. Duit syiling dan wang kertas juga disebut wang flat kerana diisytiharkan sebagai wang dan diterima oleh orang ramai dengan penuh keyakinan.

Deposit semasa bank

Deposit semasa bank juga dikenali sebagai wang dalam ekonomi moden. Malalui deposit semasa bank, cek bileh digunakan untuk membuat pembayaran. Deposit semasa bank boleh juga ditukarkan kepada wang tunai pada bilai-bila masa. Oleh sebab itu, ia dianggap sebagai wang. Deposit tabungan dan deposit tetap tidak boleh dipindah tangan melalui cek. Oleh itu, ia tidak dianggap sebagai wang.

15.3 PERMINTAAN WANG DAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG

Dalam teori keynes, orang ramai meminta wang untuk tiga motif yang berbeza:

i. urusniaga

ii. spekulasi

iii. awasan

Urusniaga

Wang yang diminta untuk urusniaga adalah berfungsi sebagai alat pertukaran ditentukan oleh tingkat pendapatan. Semakin tinggi tingkat pendapatan semakin besar permintaan wang untuk urusniaga dan sebaliknya.

Awasan

Masyarakat juga meminta wang untuk simpanan supaya dapat digunakan untuk membayar sesuatu perkara yang diluar jangkaan.

Contoh: wang simpanan dapat digunakan untuk membayar bil-bil hospital apabila individu jatuh sakit atau apabila individu hilang pekerjaan.

Maka wang yang diminta untuk tujuan awasan adalah berfungsi sebagai adalah berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Permintaannya ditentukan oleh tingkat pendapatan. Semakin tinggi pendapatan semakin besar permintaan wang.

Spekulasi

Masyarakat meminta wang untuk tujuan spekulasi iaitu untuk melabur dalam saham-saham dan surat berharga dengan tujuan mencari keuntungan. Contoh : masyarakat meminta wang untuk memberi saham syarikat , surat jaminan, kerajaan, bil-bil perbendaharaan dengan tujuan memperolehi untung permintaan wang untuk spekulasi bergantung kepada kadar bunga. Apabilakadar bunga meningkat permintaan wang untuk spekulasi akan menurun dan sebaliknya.

Keseimbangan pasaran wang

keseimbangan pasaran wang dicapai apabila permintaan wang sama dengan penawaran wang.

KADAR BUNGA Sm

R2

R E

R1

Dm

0

D1 D D2 KUANTITI WANG

Keseimbangna wang dicapai dititik E apabila keluk penawaran (sm) dan keluk permintaan (dm) bersilang. Tingkat kadar bunga ialah R( manakala kuantiti wang diminta ialah OD(.

Pasaran tidak akan mencapai keseimbangan untuk kadar bunga selain R(. Sekiranya kadar bunga rendah dari R( ke tingkat baru iaitu R1 ,pasaran wang tidak lagi seimbang.

Sebarang perubahan dalam permintaan dan penawaran wang atau kedua-duanya akan mempengaruhi tingkat kadar bunga atau kuantiti wang.

15.1 Wang di minta untuk beberapa tujuan. Jelaskan satu persatu tujuan permintaan

wang ?

15.4 BANK PUSAT

Badan kewangan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan operasi kewangan kerajaan dan mengawal kestabilan aktiviti institusi-institusi kewangan yang wujud dalam ekonomi.

Bank pusat di Malaysia ialah bank negara Malaysia yang telah ditubuhkan pada 26 januari 1959 dibawah ordinan Bank Pusat.

Objektif Bank Pusat :

i. mengeluarkan matawang,menyimpan rizab dan menjaga nilai matawang.

ii. Sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

iii. Memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik.

iv. Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara.

Dasar Kewangan

Boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

i. dasar kewangan kuantitatif

ii. dasar kewangan kualitatif

Dasar Kewangan Kuantitatif

Bertujuan untk mempengaruhi dan mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi.

Dasar kewangan kuantitatif mempunyai 4 alatan yang utama untuk mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi

Keperluan Rizab Berkanun.

Merupakan suatu peratusan ssimpanan khas oleh bank perdagangan dan institusi kewangan di Bank Negara Malaysia. Perubahan dalam keperluan rizab berkanun oleh Bank Negara akan memberi kesan kepada paras simpanan dan pinjaman yang boleh disokong oleh saiz rizab sistem bank.

Keperluan mudah tunai minimum

Bank Negara Malaysia mensyaratkan Bank Perdagangan dan syarikat kewangan menyimpan mudah tunai minimum dalam bentuk harta mudah tunai terhadap tanggungan mereka. Harta mudah tunai terdiri daripada wang tunai,baki penjelasan dengan Bank Negara Malaysia, baki bersih dengan bank lain, wangpanggilan dan bil-bil perbendaharan.

Kadar bank dan kadar bunga

Kadar bank iaitu kadar dikaun ialah kadar minimum yang mana Bank Negara Malaysia sanggup mendiskaunkan semula harta jangka pendek yang layak.

Dasar Kewangan Kuanlitatif

Mempunyai 2 alat yang mengawal bentuk serta corak pinjaman dan pelaburan dalam ekonomi.

Kawalan kredit terpilih

bentuk dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank perdagangan. Antara alat-alat kawalan kredit terpilih ialah syarat margin, kredit ansurans, dasar kadar bunga, arahan khas dan kawalan keatas kadar janji.

Pujukan moral

Bank Negara Malaysia mengadakan pertemuan langsung dengan bank-bank perdagangan untuk meminta bank-bank perdagangan melaksana langkah-langkah yang sesuai untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan.

15.5 BANK PERDAGANGAN

Bank Pusat merupakan badan kewangan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan operasi kewangan kerajaan dan megawal kestabilan institusi yang wujud dalam ekonomi. Bank Pusat juga mempunyai beberapa objektif utama iaitu:

i) mengeluar matawang, menyimpan rizab dan menjaga matawang.

ii) Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan bagi

menjamin kestabilan ekonomi.

iii) Memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik.

iv) Mempengaruhi kedudukan mata kreditbagi kepentingan negara.

Dasar-dasar kewangan yang dijalankan oleh bank pusat boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

Dasar kewangan kualitatif

Ia bertujuan untuk mempengaruhi dan mengawal jumlah wang dalam ekonomi.

Alat yang digunakan dalam kewangan kuatitatif:

Keperluan rizab berkanun (kadar simpanan yang ditetapkan oleh bank negara ke atas bank perdagangan)

Nilai keperluan mudah tunai minima( sejumlah harta cair atau harta mudah tunaiyang perlu disimpan oleh bank perdagangan) yang bertujuan untuk menghadapi bocoran mereka atau kesempatan.

Contohnyan bil perbendaharaan ( mudah ditunaikan dalam jangka pendek)

Dasar Kewangan Kualitatif

Ia bertujuan untuk mempengaruhu dan megawal bentuk serta institusu kewangan yang lain.

Dasar kewangan kualitatif boleh dibahagi kepada 2 iaitu:

a. kawalan kredit terpilih

b. pujukan moral

Kawalan kredit terpilih

Menentukan jenis dan jumlah pinjaman yang harus dikurangkan atau ditambah dan antara syarat yang digunakan ialah :

Syarat Margin

Untuk mengendalikan aktiviti spekulasi yang terdapat dipasaran saham.

Bank Pusat melalui syarat margin yang boleh mengawal pasaran saham dengan menghadkan jumlah pinjaman yang boleh dibuat oleh pembeli saham.

Contohnya : dalam perusahaan perumahan bayaran pendahuluan dan tempoh bayaran balik memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah permintaan di dalam rumah.

Apakah maksud Bank Perdagangan dan mengenalpasti fungsi-fungsinya.

Bank Perdagangan merupakan institusi kewangan terbesar dan terpenting di Malaysia. Ia menyumbangkan 63% daripada jumlah kredit yang diberikan oleh sistem kewangan pada keseluruhannya dan menyimpan lebih kurang 61% daripada jumlah deposit sektor swasta.

Antara aktiviti utama bank perdagangan ialah memperniagakan wang dengan tujuan mencari keuntungan

Fungsi-fungsi Bank Perdagangan

menerima deposit daripada orang ramai

semua dana ini merupakan aset terbesar bagi sesebuah bank perdagangan.

Deposit boleh dibahagikan kepada 3 jenis :

Deposit tetap

Deposit tabungan

Deposit semasa

a. Memberi pinjaman

b. Menerima pembayaran dan membuat pelaburan pada para penyimpan

c. Mengeluarkan draf bank dan cek kembara

Proses penciptaan kredit

Terdapat 2 cara proses penciptaan kredit :

1) Sistem satu bank

2) Sistem banyak bank

Contoh proses penciptaan kredit

Sistem satu bank

Andaikan En. Faizal menyimpan wang tunai RM 15000 dalam akaun deposit bank x. Rizab tunai dikenakan sebanyak 10 % En. Taufik ingin membuat pinjaman dari bank x.

Bank X

Kunci kira-kira

Harta tanggungan

Wang tunai 15000 deposit semasa (En. Faizal) 15000

Pinjaman 13500 deposit semasa (En.Taufik) 13500

Pinjaman 12150 deposit semasa (En. Johari ) 12150

Pinjaman 10935 deposit semasa (En. Aliey) 10935

Deposit semasa (En. M. Shah) 9841.5

i. Sistem banyak bank

Andaian Encik Tajuddin menyimpan wang tunai RM 20000 dalam akaun semasa bank v dan rizab tunai 10%

Bank V

Kunci Kira-Kira

Harta Tanggungan

Wang tunai (10%dr deposit semasa) 2000 Deposit semasa(En. Tajudin) 20000

Pinjaman 18000

_Encik Ahmad membuat pinjaman dari Bank V

Bank W

Kunci kira-kira

Harta Tanggunggan

Wang tunai 1800 Deposit semasa (encik ahmad) 18000

Pinjaman 16200

Encik Rahim membuar pinjaman dari Bank X

Bank X

Kunci Kira-kira

Harta Tanggungan

Wang Tunai 1620 Deposit semasa(En.Rahim) 16200

Pinjaman 14580

Encik Mustari membuat pinjaman dari bankY

Bank Y

Kunci kira-kira

Harta TanggunganWang tunai 1458 Deposit semasa (En.Mustari) 14580

Pinjaman 13122

Bank X

Harta

Wang Tunai 15000 Deposit semasa (En.Faizal) 15000

Pinjaman 13500 Deposit semasa (En.Taufik) 13500

Pinjaman 12150 Deposit semasa (En.Joehari) 12150

Pinjaman 10935 Deposit semasa (En.Aliey) 10935

Pinjaman 9841.5 Deposit semasa (En.M.Shah) 9841.5

TAHAPEDSERTEP

112500150013500

213500135012150

312150121510935

4109351093.59841.5

59841.5984.158857.35

Encik Yusri membuat pinjaman dari bank Z

Bank Z

Kunci kira-kira

Harta Tanggungan

Wang tunai 1312.2 Deposit semasa 13122

Pinjaman 11809.8

TahapEDSERTEP

12000020001800

218000180016200

316200162014580

41458014581312.2

5131221312.211809.8

ANDA HAMPIR MENUJU KE ARAH KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT ANDA TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.

SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH

RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Arahan : Pilih jawapan yang betul

1.Bank perdatangan akan mencipta wang apabila ia

A.Menjual bil perbendaharaan

B.Menjual surat jaminan kerajaan

C.Membeli bon daripada Bank Pusat

D.Memberi pinjaman

2.Satu daripada tujuan dasar kewangan mudah ialah untuk

A.menambahkan permintaan agregat

B.Mengurangkan permintaan agregat

C.Menambahkan tabungan

D.Mengurangkan pelaburan

E.Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

3. Yang manaah di antara berikut merupakan liabiliti kepada Bank pusat

A.Simpanan semasa orang ramai

B.Deposit bank perdagangan

C.Pinjaman dan diskaun

D.Bon dan debentur kepunyaan orang ramai

E. Emas dan tukaran wang asing

Arahan : Jawab semua soalan berikut

1. Apakah fungsi-fungsi utama bank perdagangan ?

2. Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi proses penciptaan kredit yang boleh dilakukan oleh bank-bank perdagangan ?

3. Apakah fungsi-fungsi utama bank pusat dalam sesebuah negara ?

1.E

2.A

3.C

4

1. Di antara fungsi-fungsi utama bank perdagangan ialah

Menerima deposit

Memberi pinjaman

Menyediakan kemudahan-kemudahan pembayaran

Perkhidmatan pertukaran asing

Lain-lain perkhidmatan

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses penciptaan kredit yang boleh dilakukan oleh bank-bank perdagangan

Nisbah cadangan berkanun

Bocoran wang tunai

Keinginan orang ramai untuk meminjam

Kesediaan bank memberi pinjaman

Keadaan ekonomi semasa

3.Fungsi-fungsi utama bank pusat dalam sesebuah negara

Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling

Bank kepada kerajaan

Mengawal aktiviti-aktiviti bank perdagangan dan badan kewangan yang lain

Menjalankan dasar kewangan

Menjamin kestabilan pertukaran

MAKLUMBAKAS AKTIVITI 15A

Soalan Esei :

15.1 Huraikan fungsi-fungsi wang dalam ekonomi yang moden. Bagaimana fungsi-

fungsi tersebut akan terjejas dengan kenaikan tingkat harga umum yang pesat ?

15.2 Jenis-jenis wang manakah yang meliputi bekalan wang di negara kita ?

PERHATIAN

ANDA HAMPIR BOLEH BERPINDAH KE INPUT SETERUSNYA JIKA ANDA DAPAT MENJAWAB KESEMUA SOALAN DALAM AKTIVITI 13A

AKTIVITI 15A

EMBED MS_ClipArt_Gallery

INPUT

EMBED MS_ClipArt_Gallery

OBJEKTIF

EMBED MS_ClipArt_Gallery

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 15A

Jawapan :

15.1

Di antara fungsi-fungsi wang ialah

Alat perantaraan pertukaran

Alat pengukur nilai dan unit perakaunan

Ukuran bayaran tertunda

Alat penyimpan nilai

Jenis-jenis wang yang meliputi bekalan wang negara

Wang kertas

Duit syiling

Simpanan semasa di bank perdagangan

PERHATIAN

ANDA HAMPIR BOLEH BERPINDAH KE INPUT SETERUSNYA JIKA ANDA DAPAT MENJAWAB KESEMUA SOALAN DALAM AKTIVITI 15B

AKTIVITI 15B

EMBED MS_ClipArt_Gallery

MAKLUMBAKAS AKTIVITI 15B

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 15B

Jawapan :

15.1 Mengikut teori pilihan kecairan Keynes, orang ramai meminta wang untuk tiga tujuan, iaitu

Untuk tujuan urusniaga

Untuk tujuan awasan

Untuk tujuan spekulasi

PENILAIAN KENDIRI

EMBED MS_ClipArt_Gallery

BAHAGIAN : SOALAN ANEKA PILIHAN

BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

BAHAGIAN : SOALAN ANEKA PILIHAN

BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI