Panduan Copywriting

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    1/25

    Terima kasih kerana sudi download

    FAKTA: Lebih 80% ebook percuma tak dibaca sampaihabis.

    Jika anda tangguh baca,yang rugi bukan saya.

    15 minit sahaja untuk habiskan ebook ini.

    Ia panduan bagaimana iklan yang lesu akhirnyamembuahkan hasil.

    Jom kita mulakan dengan Bab #1.

    Sedia ?

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    2/25

    Bab 1 : Dah buat FB Ads, tapi tiadasambutan ?

    Bila FB Ads anda tiada sambutan,semak 3 nombor ini :

    a) Berapa jumlah klik ?b) Berapa jumlah SMS masuk ?c) Berapa jumlah orang beli produk ?

    Daripada data 3 nombor ini,

    anda bakal ketahui apa masalah iklan anda,dan apa yang perlu diperbaiki.

    ====Nota Penting====

    Jumlah klik menunjukkan

    berapa orang tertarik (klik iklan) untuk baca iklananda.

    Jumlah SMS masuk menunjukkanberapa orang yang telah klik &baca iklan anda,kemudian berminat untuk beli.

    Jumlah pembeli menunjukkan

    berapa ramai yang berjaya anda close -sale .

    ===

    #1 - Jumlah klik.===

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    3/25

    Iklan anda sudah berjalan lama,tapi klik masih rendah ?( CTR bawah 1%)

    Itu petanda,iklan anda ada masalah jumlah klik rendah.

    Kenapa rendah ?Kerana headline iklan anda tidak menarik.

    Sebab itu mereka tak klik.

    Pelanggan hanya klik,apa-apa headline iklan yangada kena-mengena dengandiri mereka sahaja.

    Jadi, apa yang perlu dibaiki ?Jangan baiki benda lain.Baiki headline sahaja.

    ===#2 - Jumlah SMS masuk===

    Iklan anda banyak klik , tapi jumlah SMS masuk rendah ?( Tak sampai 1% daripada jumlah klik )

    Itu petanda,ada masalah di bahagian tawaran pada iklan.

    Mereka klik, mereka baca, dan mereka 'blah'.

    Sebab itu mereka tak SMS.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    4/25

    Tawaran anda kurang menarik.

    Jadi, apa yang perlu dibaiki ?Jangan baiki benda lain.Baiki tawaran.

    ===#3 - Jumlah orang yang beli===

    Iklan anda banyak SMS masuk,tapi jumlah pembeli rendah ?( 10 orang SMS, seorang pun tak beli )

    Itu petanda,pelanggan kurang senang dengan caraanda 'close-sale'.

    Apa yang perlu dibaiki ?Jangan baiki benda lain.Baiki ayat close-sale sahaja.

    ===Berita Baik !===

    Dalam ebook ini,saya berikan panduan percuma untuk memperbaikiketiga-tiga perkara ini.

    Anda bakal saya dedahkanbagaimana menulis Headline, Tawaran & Cara Close -Sale

    Bukan teori,

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    5/25

    tapi ia apa yang saya aplikasikankepada klien-klien saya.

    Anda boleh amalkan, tanpa perlu bayar saya apa-apa.

    100% Percuma.

    Bersedia untuk belajar ?Mari saya tunjukkan.

    ====

    Opps

    Sebelum itu,saya simpulkan semula apa yang anda telah ketahuisebentar tadi.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    6/25

    Nombor yang

    perlu andasemak

    Masalah Apa yang perludibaiki

    Petanda sudahelok dibaiki

    Jum lah Kl ik Jumlah klik rendah Headline iklan CTR cecah 1%(minimum)

    Jum lah SMSMasuk

    Jumlah klik banyak,tapi jumlah SMS

    masuk sikit.

    Tawaran pada iklan 1% daripada jumlah kliktelah SMS

    (minimum)

    JumlahOrang Bel i

    Jumlah SMS banyak,tapi pembeli sikit.

    Cara close -saledalam SMS

    50% yang SMS jadi beli

    (minimum)

    Bab 2 (a) : Bagaimana menulis headlineiklan yang menarik perhatian pelanggan ?

    Mahukah anda tahu cara paling mudahuntuk mendapatkan perhatian orang yangmemang tengah cari produk anda ?

    Cara paling mudah ialah : TANYA SOALAN

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    7/25

    Ya.Mulakan dengan bertanya.

    Dalam penulisan ayat iklan,mulakan dengan bertanya di bahagian headline.

    Saya berikan contoh untuk anda mudah faham.

    ===

    Contoh produk : Kelambu

    Siapa target market untuk produk ini ?

    Ada banyak.

    Kita ambil satu.

    Target market : Ibu yang ada anak bawah 6 tahun.

    ===

    Seterusnya,Apa yang kita mahu tanya ?

    Saya memetik tulisan seorang jaguh pengiklanan internet, Perry Marshall :

    You will capture the attention of your customers when you enter the conversation already taking place insidetheir heads.

    Jadi,apakah yang bermain

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    8/25

    dalam kepala si ibu ini ?

    Si ibu ini tentu risaukan anaknya.

    Jadi, kita hanya perlu tanya denganmenulis headline seperti :

    Risau anak kena dengg i ?

    Ya,Semudah itu sahaja.

    Terus-terang saya katakan,90% iklan klien-klien saya,semuanya menggunakan formula headline ini.

    T.A.N.Y.A.

    ===

    Kenapa headline berbentuk soalan inibegitu berkesan ?

    Sebabnya ialah ia menarik perhatianorang yang ada masalah itu sahaja.

    Orang yang ada masalah buncittak akan tertarik.

    Orang yang ada masalah jerawattak akan tertarik.

    Orang yang ada masalah rambut gugurtak akan tertarik.

    Orang yang ada masalah

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    9/25

    risaukan anak terkena denggi sahajayang akan tertarik & beri perhatian.

    Jadi, apa maksudnya ?

    Maksudnya, iklan ini tepat ke sasaran.

    Produk kita pula menyelesaikan kerisauan tersebut.

    Mereka akan klik & baca tawaran kita.

    insyaAllah,tak mustahil jualan mudah untuk berlaku.

    Kerana mereka adalah pelangganyang memang tengah cari produk anda.

    Kalau mereka tak ada masalah tersebut,tentu mereka tak klik.

    Jika anda masih baru dantiada pengalaman menulis,dinasihatkan headline andatidak lebih dari 9 patah perkataan .

    Saya berikan beberapa contoh lagi untuk anda mudahfaham:

    ---

    Contoh produk : Jersi bola Target Market : Peminat bola kelab Chelsea Contoh headline : Tengah cari Jersi Chelsea ?

    Contoh produk : Nasi kerabu Target Market : Peminat nasi kerabu Contoh headline : Dah lama mengidam nak makan nasi

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    10/25

    kerabu ?

    Contoh produk : Krim hilangkan jerawat Target Market : Wanita yang ada jerawat Contoh headline : Jerawat tak kecut kecut ?

    Contoh produk : KadInsurans Perubatan Target Market : Bapa yang ada anak. Contoh headline : Risau tak cukup duit kalau anak

    tiba-tiba sakit ?

    Yang di bawah ini sengaja dibiarkan kosong untukanda isi bagi produk anda. Isi sekarang

    Contoh produk : __________Target Market : __________Contoh headline : __________

    ===Case Study : Ubah Headline, Jualan Meningkat===

    Gambar di bawah adalah komensalah seorang klien yang sayabantu baiki headline iklannya.

    Beliau menjual pakaian wanita.

    Saya cuma ubah satu perkataansahaja pada bahagian headline.

    Kenapa saya baiki headline sahaja ?

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    11/25

    Sebab iklannya jumlah klik yang masuk rendah.

    Alhamdulillah, berjaya meningkatkan jualan beliau.

    Gambar 1: Komen klien yang saya ubah 1 perkataan

    pada headline iklan beliau.

    Bab 2 (b) : Seperkara lagi yang juga faktorkepada jumlah klik meningkat

    Gambar turut memainkan peranan penting

    untuk menarik perhatian pelanggan.

    Ada banyak mazhab dalam bab ini.

    Untuk permulaan,amalkan tips berikut :

    a) Gunakan gambar yang ada manusia di dalam

    gambar tersebut.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    12/25

    b) Gunakan gambar yang terang dan kontra denganwarna putih pada newsfeed FB.

    c) Letakkan headline yang berbentuk soalan tadi digambar.

    d) Letakkan frame pada gambar tersebut, jika perlu.

    Berikut adalah 3 contoh gambar yang bagus :

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    13/25

    Bab 3 : Bagaimana menulis ayat tawaranyang buat pelanggan tak sabaruntuk SMS ?

    Tawaran ialah bahagian paling pentingpada ayat iklan.

    Bak kata Bob Serling,penulis buku Power Copywriting of the Internet :

    The offer is everything.

    Berikan tawaran terbaik anda,insyaAllah, pelanggan akan terpengaruh untuk membeli.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    14/25

    ===Berikut adalah 8 ciritawaran yang sukar ditolak. ===

    Masukkan ciri-ciri ini ke dalam ayat iklan anda.

    insyaAllah, berkesan.

    ==Ciri #1 : Kelebihan produk==

    Biasanya, ada 3 kelebihanyang pelanggan cari iaitu:

    a) Mudah untuk capai result yang diingini

    Contoh - contoh ayat: Hanya telan 2 pil ini setiap pagi . Hanya minum 2 sudu sehari untuk kesan ketara .

    b) Cepat untuk capai result yang diingini Contoh - contoh ayat :

    Dalam masa kurang 7 hari, anak anda mahir sifir. Seawal 14 hari untuk kesan ketara pada kulit.

    c) Jimat untuk dapat result yang diingini

    Contoh contoh ayat : Jimat ratusan ringgit.

    Tak perlu hantar anak anda ke kelas Kumon untukmahir sifir.

    Jimat ribuan ringgit, jika anda ada kad insurans perubatan ini.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    15/25

    ===Ciri #2 : Risk Reversal ( Jaminan Pulangan Wang )===

    Manusia takut buat keputusan.Takut salah.

    Mereka takut bila mereka beli,produk tak berkesan.

    Mereka takut rugi.

    Mereka takut hasilnya sia-sia.

    Berikan jaminan pulangan wang,supaya pelanggan tak fikir panjang untuk beli.

    Contoh - contoh ayat: Jika mutu kain ini anda tak puas hati, telefon kami,

    kami refund duit anda. 100% Risk-Free.Jika selepas 30 hari, tiada kesan,

    kami pulangkan wang anda.

    ===Ciri #3 : Testimoni===

    Testimoni adalah wajib ditulisdalam setiap iklan.

    Itu pesan idola copywriting saya,Craig Garber.

    Pelanggan kurang skeptikaldan tidak fikir panjang,apabila produk ada testimoni.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    16/25

    4 soalan yang anda patuttanya kepada pelanggan sedia-ada andauntuk mendapatkan testimoni yang berpengaruh:

    Apa yang anda skeptikal semasa anda buat belian ? Apa yang berlaku selepas anda guna produk kami ?

    Berkesan ? Puas hati ? Berapa bagus produk kami ? ( Cepat dapat kesan

    atau tidak ) Siapa orang lain yang patut beli produk ini ?

    Contoh ayat :

    Saya ingat produk ni tipu, rupanya memang berkesan.Puas hati. Sekali guna dah nampak kesan. Sape yangada masalah migrain tu silalah beli. Recommended. -

    Ayu, Seremban=== Ciri #4 : Deadline ( Tarikh tamat )===

    Promosi pada iklan anda perlu ada tarikh tamat.

    Bila promosi anda ada tarikh tamat,prospek lebih terpengaruh untuk SMS segera.

    Contoh ayat: Selepas 15 Oktober, harga naik menjadi RM100. Promosi ini tamat jam 12 malam ini.

    ===Ciri #5 : Nilai Tambah===

    Beri insentif kepada pelanggan jika mereka segera SMS.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    17/25

    Insentif yang biasanya berkesan adalahinsentif Free Postage & Free Gift.

    Anda beri salah satu daripada2 insentif di atas pun,sudah cukup berkesan untukbuat prospek segera SMS anda.

    Contoh ayat: Jika anda buat belian hari ini, postage kami

    tanggung. FREE Postage. SMS sekarang, anda dapat produk + 2 item bonus percuma !

    ===Ciri #6 : Scarcity (Kekurangan)===

    Nyatakan apakah tawaran terhad anda.

    Diskaun terhad ?Bonus terhad ?Stok terhad ?

    Manusia lebih menghargai benda yang sedikit.

    Apabila anda terhadkan sesuatu,pelanggan lebih cepat untuk SMS.

    Contoh ayat: SMS sekarang, stok terhad. Diskaun khas untuk 30 pembeli pertama hari ini

    sahaja.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    18/25

    ===Ciri #7 : Arahan SMS disertai hadiah.===

    Apabila anda mengarahkan sesuatu,pelanggan perlu alasan yang logikuntuk ikut arahan anda.

    Arahan SMS anda perlu disertai dengan hadiah.

    Contoh:

    SMS segera untuk diskaun RM30.

    Jika anda hanya tulis SMS segera sahaja, Pelanggan tiada sebab untuk bertindak segera.===Case Study : Kos ads RM5k, jualan tiada.===

    Ini klien saya tahun lepas.Beliau menjual produk kecantikan.

    Beliau datang beritahu saya yangbeliau sudah habis RM5,000 untuk FB Ads.

    Tapi, produk masih lagi bertimbun tak terjual.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    19/25

    Kemudian,saya baiki tawaran pada ayat iklan beliauberpandukan 7 ciri iklan yangbaru sahaja anda baca sebentar tadi.

    Saya tak usik headline. Saya tak usik ayat close -sale.

    Alhamdulillah, beliau kemudian gembira stok habis.

    Nota:Perhatikan.Ubah bahagian yang bermasalah sahaja.Headline tidak diubah.

    Ayat close -sale tidak diubah.Bab #4 : Bagaimana caranya untuk close -sale melalui SMS dengan cara yangpelanggan suka ?

    Kita mulakan bab ini dengan melihatcontoh ayat close-sale ini :

    Salam, harga asal RM100, harga promosi RM70. Bayarsekarang ke Maybank 123654987. Selepas bayar, replynama, alamat & no fon untuk kami pos.

    Apa yang tak kena dengan ayat di atas ?

    Ini antara perkara yang perlu diperbaiki :

    Tidak memperkenalkan diri- Perlu diingat bahawa mereka tak pernah simpan

    nombor kita.- Jadi, perkenalkan diri dulu supaya prospek percaya

    & tidak takut untuk berurusan.

    Tidak menghargai tindakan pelanggan

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    20/25

    - Mereka ikut arahan anda di ayat iklan.- Jadi, ucapkan terima kasih terlebih dahulu apabila

    mereka SMS.

    Terlalu gopoh suruh prospek bayar- Perkataan Bayar sekarang bunyi macam kutip

    hutang. - Mereka sudahpun SMS, tak perlu hard-sell.- Hargai minat mereka.

    Kita boleh baiki ayat SMS di atas dengan menggunakanayat di bawah ini:

    Salam. Hai, saya Firuz dari FB Baby Lovers. Terimakasih kerana SMS. Tawaran di bawah khas untuk cik:Diskaun RM30 ( Harga asal RM100 )Free PostageFree gift (bernilai RM30)

    Cuma RM70 sahaja.

    Cik minat nak order ?

    Selepas pelanggan balas SMS,SMS ayat ini pula:

    Terima kasih. Langkah belian: #1 Buat bayaran RM70 ke Maybank 123456987 (MajuMarketing)#2 Reply SMS ini nama, alamat, no fon & bukti resit.Kami akan pos hari ini juga jika bayaran dibuat sebelum

    jam 3 petang.

    Ayat close -sale di atas ini walaupun panjang, tapi ia lebih sopan.

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    21/25

    Hargai mereka yang SMS kerana hampir 80% daripadapelanggan yang SMS ini berpotensi untuk beli.

    Ya, SMS mungkin jadi panjang, dan kos SMS meningkat.

    Tapi, sekurang-kurangnya kita tidak hilang pelanggan.

    ====Case Study : 3 SMS masuk, 2 close -sale ====

    Gambar di atas adalah komen salah seorang yang sayabantu betulkan ayat close -sale beliau.

    Produk beliau mahal.Quran Digital.RM300.

    Pun masih boleh close -sale.

    Alhamdulillah.

    Tiada apa-apa rahsia,

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    22/25

    semua saya sudah terangkan di muka surat sebelum ini.

    Tahniah !

    Anda tergolong dalam 20% manusia yang membacasampai habis.

    Adakah anda mendapat manfaat daripada ebook ini ?

    Anda ada sebarang soalan ingin tanya ?

    Mohon PM saya.Saya akan cuba bantu.

    Semak emel anda 2 kali seminggu.

    Ekslusif !

    Mahu lebih banyak case -study klien klien saya yanglepas ?

    Saya akan kongsi case study dengan lebih detail.

    Malas nak semak emel ?Diulang, yang rugi bukan saya.

    Mahu lebih banyak tips ?

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    23/25

    Saya menulis tentang FB Ads dan skil penulisan ayat iklandi FB saya, sehari 2 kali.

    Silakan add as friend.

    Ini link FB saya ->https://www.facebook.com/suffian.salahudin

    Anda ada kawan-kawan yangmasih keliru dengan FB Ads ?

    Share-kan ebook ini kepada mereka.Hanya klik butang di bawah :

    Saya bukan Tuhan yang mampu bagi rezeki.

    Apa saya mahir,saya telah tunjukkan dalam ebook ini.

    Kalau cuba, insyaAllah berjaya.Kalau tak cuba, confirm 200% cium bau kejayaan puntidak.

    Saya cuma mahu bantu.

    Ia bukan soal duit.

    Ia soal tanggungjawab.

    https://www.facebook.com/suffian.salahudinhttps://www.facebook.com/suffian.salahudinhttps://www.facebook.com/sharer/sharer.php?src=bm&v=4&i=1382538323&u=http://suffiansalahudin.com/percuma/&t=eBook+Percuma+untuk+Mereka+yang+Keliru+dengan+FB+Adshttps://www.facebook.com/suffian.salahudin
  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    24/25

    Saya lihat ramai yang kecewa dengan FB Ads.

    Bukan mereka tak pandai tulis ayat iklan.

    Cuma bila mereka tak dapat jualan,mereka gelabah dan pergi ubah benda yang tak perludiubah.

    Dalam ebook ini,saya sudah terangkan apa yang perlu diubah,dan apa yang tak perlu diubah,bila 3 masalah tersebut timbul.

    Tanggungjawab saya sudah selesai.Sekarang giliran anda.

    Kalau ebook ini berharga RM5,000 sekalipun,ia tetap tiada manfaat jika tidak diamalkan.

    Masa depan anda,anda tentukan.

    Pemalas memang tak akan ke mana.

    Baca & amal.

    Kemudian kongsikan dengan saya,saya suka dengar kisah anda.

    Sekian,Terima kasih.

    Ikhlas,Muhamad Suffian Salahudin

    Tentang Penulis

  • 8/9/2019 Panduan Copywriting

    25/25

    Muhamad Suffian Salahudin.

    Penggemar ilmu mempengaruhipelanggan melalui perkataan.