12
PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA DALAM TALIAN 1.0 Pengenalan Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang membantu guru mengesan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka. Maklumat yang terkumpul ini memberi petunjuk kepada guru untuk merancang tindak susul bagi membantu perkembangan pembelajaran murid. Sejajar dengan kemajuan dunia digital dalam pendidikan, kaedah PdP dan pentaksiran juga mengalami perubahan. Pelbagai alat digital dan aplikasi baharu dicipta, maka penggunaannya boleh dioptimumkan mengikut kesesuaian untuk pelaksanaan PdP dan PBD. PBD secara dalam talian merujuk kepada kaedah pentaksiran yang menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dan aplikasi untuk mentaksir murid. Antara peralatan komunikasi yang sesuai digunakan untuk PBD dalam talian adalah seperti telefon, komputer, tablet, mesin faksimili dan sebagainya. Manakala aplikasi komunikasi pula adalah seperti sistem pesanan mesej, suara, e-mel atau sidang video. Contoh aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Google Meet, Telegram, WhatsApp, Zoom dan lain-lain. KPM juga menyediakan pelantar pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) atau pelantar pembelajaran lain yang sesuai dan membolehkan guru mengakses Google Classroom serta aplikasi pembelajaran seperti Quizizz, Kahoot, Wordwall, Padlet dan sebagainya. Pelbagai aktiviti pembelajaran seperti kerja projek, kuiz, pembentangan, tunjuk cara dan lain-lain boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan pelantar pembelajaran yang sesuai. 1.1 PBD Dalam Talian Konsep PBD dalam talian adalah sama seperti konsep PBD dalam Bab 2, melalui penggunaan aplikasi yang sesuai. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan bertulis masih kekal dan sesuai digunakan, namun begitu guru perlu mengubah suai kaedah pentaksiran agar bersesuaian dengan PdP yang dijalankan. Internet merupakan medium komunikasi utama PBD secara dalam talian.

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA DALAM TALIAN

1.0 Pengenalan Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu proses pengumpulan

maklumat yang membantu guru mengesan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka. Maklumat yang terkumpul ini memberi petunjuk kepada guru untuk merancang tindak susul bagi membantu perkembangan pembelajaran murid. Sejajar dengan kemajuan dunia digital dalam pendidikan, kaedah PdP dan pentaksiran juga mengalami perubahan. Pelbagai alat digital dan aplikasi baharu dicipta, maka penggunaannya boleh dioptimumkan mengikut kesesuaian untuk pelaksanaan PdP dan PBD. PBD secara dalam talian merujuk kepada kaedah pentaksiran yang menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dan aplikasi untuk mentaksir murid.

Antara peralatan komunikasi yang sesuai digunakan untuk PBD dalam talian adalah seperti telefon, komputer, tablet, mesin faksimili dan sebagainya. Manakala aplikasi komunikasi pula adalah seperti sistem pesanan mesej, suara, e-mel atau sidang video. Contoh aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Google Meet, Telegram, WhatsApp, Zoom dan lain-lain. KPM juga menyediakan pelantar pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) atau pelantar pembelajaran lain yang sesuai dan membolehkan guru mengakses Google Classroom serta aplikasi pembelajaran seperti Quizizz, Kahoot, Wordwall, Padlet dan sebagainya. Pelbagai aktiviti pembelajaran seperti kerja projek, kuiz, pembentangan, tunjuk cara dan lain-lain boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan pelantar pembelajaran yang sesuai.

1.1 PBD Dalam Talian Konsep PBD dalam talian adalah sama seperti konsep PBD dalam Bab 2,

melalui penggunaan aplikasi yang sesuai. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan bertulis masih kekal dan sesuai digunakan, namun begitu guru perlu mengubah suai kaedah pentaksiran agar bersesuaian dengan PdP yang dijalankan. Internet merupakan medium komunikasi utama PBD secara dalam talian.

Page 2: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

1.2 Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian Pentaksiran secara pemerhatian boleh dijalankan dengan menggunakan

aplikasi yang sesuai seperti Google Meet, Telegram, WhatsApp, Zoom atau aplikasi lain bagi membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid dalam setiap mata pelajaran. Murid boleh membuat rakaman video proses melaksanakan sesuatu tugasan seperti aktiviti dan eksperimen yang diberikan oleh guru. Guru memberikan maklum balas atau membuat pentaksiran berdasarkan rakaman video. Guru juga boleh memerhati dan mentaksir tingkah laku murid semasa mereka berinteraksi dengan guru atau dengan murid lain melalui aplikasi yang bersesuaian.

1.3 Kaedah Pentaksiran Secara Lisan Pentaksiran secara lisan boleh dijalankan apabila guru mengadakan sesi

soal jawab dan memberikan maklum balas secara lisan kepada murid tentang pembelajarannya. Guru juga boleh mengajukan soalan yang efektif untuk mencungkil pemahaman murid tentang sesuatu perkara yang dipelajarinya. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi dalam talian yang sesuai seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp, Telegram atau aplikasi lain yang boleh digunakan untuk mentaksir jawapan murid secara lisan. Murid juga boleh merakam dan menghantar hasil kerja dengan menggunakan aplikasi tersebut.

1.4 Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan

memeriksa hasil penulisan murid seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis dan sebagainya melalui pelbagai aplikasi dalam talian seperti Telegram, Zoom, WhatsApp, atau aplikasi yang lain. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan aplikasi Google Docs, Google Slides, Google Forms atau aplikasi yang sesuai. Murid juga boleh menghantar hasil kerja bertulis melalui aplikasi yang digunakan oleh guru atau peralatan lain seperti kamera, video dan pengimbas. Guru juga menyemak hasil kerja bertulis murid dengan memberikan maklum balas melalui aplikasi dan medium yang sesuai.

Page 3: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

1.5 Pentaksiran Kendiri dan Pentaksiran Rakan Sebaya

Pentaksiran kendiri dilaksanakan dengan murid mentaksir hasil

kerja mereka sendiri. Murid boleh bersoal jawab dengan guru

melalui pelbagai aplikasi seperti Google Meet, WhatsApp, Telegram,

e-mel dan lain-lain.

Pentaksiran rakan sebaya dilaksanakan dengan murid mentaksir

hasil kerja rakan mereka. Pentaksiran rakan sebaya juga memberi

peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain

melalui Google Meet, WhatsApp, Telegram, e-mel dan lain-lain.

1.6 Sistem Sokongan Guru KPM menyediakan sumber dalam Komuniti Guru Digital Learning yang

memberikan latihan kepada guru untuk membina kemahiran menjalankan e-pembelajaran dengan murid. Guru boleh mengakses Komuniti Guru Digital Learning melalui pelantar DELIMa.

Terdapat lima modul yang melatih dan membantu guru menyediakan

perancangan, membina bahan serta menjalankan pentaksiran secara dalam talian. Modul tersebut juga dilengkapi dengan video tutorial, visual dan contoh untuk menggunakan aplikasi dalam talian. Lima modul tersebut ialah:

a. Modul 1 – Jom mula e-pembelajaran! b. Modul 2 – Bina bahan pengajaran digital c. Modul 3 – Menambah elemen interaktif untuk pembelajaran aktif d. Modul 4 – Membina penilaian dalam talian e. Modul 5 – Membina persekitaran digital yang positif

Guru dibimbing cara menanda dalam Google Form, menggunakan rubrik untuk penandaan serta tugasan kolaboratif yang seiring dengan kemahiran abad ke-21 dalam Modul 4. Cara membina Google Form, Google Docs, Google Slides serta rakam layar pula diterangkan dalam Modul 2. Guru-guru digalakkan menggunakan sistem sokongan ini agar dapat membantu pelaksanaan PdP dan PBD dalam talian.

1.7 Merekod dan Pelaporan PBD Guru perlu merekod maklumat pentaksiran yang dijalankan dari semasa

ke semasa mengikut kesesuaian masing-masing. Rekod ini boleh digunakan bagi membantu guru menentukan tahap penguasaan murid. Guru masih menggunakan templat pelaporan PBD yang sedia ada di

Page 4: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

portal BPK untuk tujuan pelaporan PBD walaupun melaksanakan PdP dan PBD secara dalam talian. Pelaporan masih dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

1.8 Peranan Guru Peranan guru dalam melaksanakan PBD dalam talian adalah seperti

dalam Bab 5. Guru boleh membina instrumen dengan menggunakan aplikasi yang sesuai. Ketua panitia bersama-sama guru mata pelajaran boleh berbincang dan membuat penyelarasan berkaitan kaedah serta instrumen pentaksiran yang boleh digunakan secara dalam talian mengikut kreativiti guru. Guru dalam panitia yang sama juga boleh melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka secara dalam talian bagi menetapkan tahap penguasaan murid. Guru boleh menjalankan PBD secara individu atau berkumpulan contohnya lima atau enam orang murid dalam satu-satu masa jika terdapat murid yang ramai dalam sebuah kelas supaya pentaksiran boleh dilaksanakan dengan berkesan. Guru boleh menetapkan jadual dan ahli dalam kumpulan yang akan ditaksir.

1.9 Peranan Pentadbir dan Penjaminan Kualiti Penjaminan kualiti bagi PBD masih beroperasi seperti perkara 5.2. Pihak

pentadbir perlu sentiasa memantau, membimbing, membantu, memudah cara dan meningkatkan pengetahuan guru tentang PBD walaupun dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi yang sesuai. Pihak pentadbir perlu memastikan panitia mata pelajaran mengadakan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah serta instrumen yang sesuai berdasarkan keperluan setempat. Selain daripada itu, pihak pentadbir perlu memastikan guru mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi meningkatkan tahap penguasaan murid.

1.10 Pelaksanaan PBD Berasaskan Projek PBD Berasaskan Projek boleh dilaksanakan secara dalam talian, seperti

pelaksanaannya yang dinyatakan di Bab 6. Pihak sekolah boleh merancang mesyuarat, perbincangan, perjumpaan, penyeliaan, bimbingan dan pentaksiran secara dalam talian. Setiap sekolah mempunyai ciri dan budaya tersendiri serta mempunyai strategi khusus untuk melaksanakan projek.

Guru boleh mengadakan perjumpaan secara dalam talian dengan

kumpulan murid yang telah ditetapkan melalui aplikasi yang sesuai.

Page 5: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

Murid-murid boleh mengadakan perbincangan dengan rakan-rakannya secara dalam talian mengikut ketetapan waktu yang telah ditentukan oleh murid ataupun guru. Guru harus menyelia, membimbing dan mentaksir murid sepanjang pelaksanaan kerja projek.

Pelaporan projek boleh dihantar melalui aplikasi yang sesuai dan

dikongsi secara dalam talian. Showcase (persembahan) boleh dilaksanakan secara dalam talian yang berbentuk video atau kaedah persembahan lain yang sesuai. Pihak sekolah boleh merancang dan melaksanakan showcase mengikut kreativiti sekolah.

1.11 Sokongan kepada Murid yang Tiada Akses Internet Bagi murid yang tiada akses internet, pihak sekolah boleh membantu

murid melalui pelbagai cara dengan bantuan JPN atau PPD. Salah satu cara adalah menghantar bahan ke rumah murid atau ke pusat komuniti yang telah dikenal pasti untuk membantu murid-murid tersebut dengan kebenaran pihak PPD. Cara lain ialah ibu bapa/penjaga dan komuniti boleh ke sekolah untuk mengambil bahan PdP untuk pembelajaran anak mereka. Murid menyiapkan tugasan yang diberikan dalam lembaran kerja atau modul dan diserahkan kepada pihak sekolah semula bagi tujuan pentaksiran. Pihak sekolah boleh berunding dengan ibu bapa/penjaga dan komuniti cara terbaik untuk membantu murid supaya pembelajaran murid tidak terjejas.

Page 6: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

1.12 Contoh PBD dalam Talian – Kaedah Pemerhatian

Mata pelajaran: Sains - Tahun 3

Tajuk: Pengukuran

Standard Kandungan:

6.1 Pengukuran luas dan isipadu

Standard Pembelajaran:

6.1.2 Mengukur luas permukaan sekata menggunakan petak yang

berukuran 1 cm x 1 cm.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Mengukur luas permukaan sekata menggunakan kertas petak

1 cm x 1 cm.

Penerangan aktiviti:

1. Guru mendapatkan maklumat daripada murid melalui Google

Meet mengenai kaedah yang boleh digunakan untuk

mengukur luas permukaan sekata. Guru menerangkan

bagaimana kertas petak 1 cm x 1 cm digunakan untuk

mengukur luas permukaan sekata.

2. Guru memberikan tugasan kepada murid untuk mengukur

luas permukaan kad 4 cm x 2 cm dengan menggunakan kertas

petak 1 cm x 1 cm. Setiap murid perlu menyediakan kertas

petak tersebut menggunakan kertas graf.

3. Murid diminta untuk menunjukkan cara mengukur luas

permukaan kad 4 cm x 2 cm melalui skrin kepada guru. Guru

membuat pentaksiran melalui pemerhatian dan memberi

maklum balas kepada murid.

Catatan:

Guru juga boleh meminta murid lain menilai cara mengukur luas

permukaan yang telah ditunjukkan oleh rakan mereka.

Page 7: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

Mata pelajaran: PJPK (Komponen Pendidikan Kesihatan - Tingkatan 1) Tajuk: Perkembangan Seksual Sekunder

Standard Kandungan: 1.1 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri

dan reproduktif - Perkembangan seksual sekunder

Standard Pembelajaran: 1.1.3 Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan dalam

menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder

1.1.4 Menilai perubahan emosi semasa perkembangan seksual

sekunder. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

a. Menjelaskan dengan contoh perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder

b. Mencadangkan cara-cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder

Penerangan Aktiviti:

1. Murid berbincang dengan lebih awal sebelum kelas dalam talian berkaitan perkembangan seksual sekunder diri sendiri. Perbincangan murid dalam kumpulan kecil boleh dilaksanakan secara dalam talian mengikut waktu murid berdasarkan:

a. Perubahan dari aspek fizikal b. Perubahan dari aspek emosi c. Cara menangani perubahan emosi

2. Guru boleh menyertai perbincangan murid dan melakukan

pemerhatian terhadap perbincangan mereka. Sewaktu kelas dalam talian, murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan melalui screen sharing. Guru dan murid mentaksir dengan memberi maklum balas terhadap pembentangan murid berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.

Page 8: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

1.13 Contoh PBD Dalam Talian – Kaedah Lisan

Mata pelajaran: Bahasa Melayu - Tahun 1 Tajuk: Keluarga Saya Standard Kandungan:

1.1 Mendengar dan memberikan respons Standard Pembelajaran:

1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi;

i. vokal ii. konsonan

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a. Mendengar, mengajuk dan menyebut perkataan yang mengandungi huruf vokal dan huruf konsonan dengan betul.

Penerangan aktiviti:

1. Murid melihat gambar dan mendengar bunyi yang diperdengarkan daripada bahan multimedia yang dimuat turun oleh guru melalui Google Meet. Contoh: perkataan dan gambar emak, adik, bapa, kakak, datuk dan lain-lain perkataan yang mempunyai sebutan huruf vokal.

2. Murid mengecam sebutan yang diperdengarkan berdasarkan paparan gambar yang ditayangkan. Murid mengajuk bunyi perkataan tersebut dengan menekankan sebutan bunyi huruf vokal.

3. Murid ditayangkan gambar semula, kemudian murid diuji mendengar dan menyebut semula mengikut sebutan yang betul. Guru mendengar sebutan murid dan memberi maklum balas kepada murid secara lisan. Murid menyebut semula dengan sebutan yang betul berdasarkan maklum balas guru.

Page 9: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

Mata pelajaran: Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar - Tingkatan 4 Pendidikan Khas

Tajuk: Pengetinan dan Pembotolan dalam Pengawetan Makanan Standard Kandungan:

4.1 Pengetinan dan pembotolan Standard Pembelajaran:

4.1.1 Mengenal pasti makanan yang boleh: i. ditinkan

ii. dibotolkan

4.1.3 Menjelaskan kepentingan pengawetan makanan Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a. Mengenal pasti makanan yang boleh ditinkan dan dibotolkan. b. Menjelaskan secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat

contoh makanan yang boleh ditinkan dan dibotolkan. c. Menyatakan secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat

tiga kepentingan pengawetan makanan dalam kehidupan harian.

Nota: Bagi MBK bermasalah pendengaran medium pengantaraannya adalah dengan menggunakan bahasa isyarat manakala MBK bermasalah penglihatan adalah dengan menggunakan media sensori.

Penerangan Aktiviti:

1. Murid ketidakupayaan pendengaran dan masalah pembelajaran dipertontonkan tayangan video di sebuah pasar raya yang mempamerkan rak makanan di dalam tin dan botol manakala murid bermasalah penglihatan diperdengarkan dengan video yang bersuara.

2. Guru meminta murid menyatakan secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat apa yang dapat dilihat melalui video tersebut. Manakala murid ketidakupayaan penglihatan akan diperdengarkan contoh makanan yang terdapat di dalam tin dan botol yang ada di pasar raya berkenaan.

Page 10: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

3. Guru meminta murid menyatakan secara lisan contoh makanan lain yang terdapat di dalam tin dan botol. Guru memberikan maklum balas secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat kepada jawapan murid.

4. Guru menunjukkan beberapa sampel makanan seperti ketulan

nanas, ikan sardin, rendang daging, cendawan, cili dan jagung kepada murid. Murid diminta menyatakan secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat beberapa jenis makanan yang sesuai untuk ditinkan atau dibotolkan dan menjelaskan sebabnya. Manakala murid ketidakupayaan penglihatan akan diperdengarkan contoh makanan yang sama.

5. Guru meminta murid menyatakan secara lisan untuk menggunakan bahasa isyarat jenis makanan yang sesuai untuk ditinkan atau dibotolkan dan menjelaskan sebabnya. Guru memberi maklum balas secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat kepada jawapan murid.

6. Guru meminta murid menyatakan secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat kepentingan pengawetan makanan melalui pengetinan dan pembotolan dalam kehidupan harian. (Antara jangkaan jawapan murid adalah supaya makanan tahan lama, mengelakkan pembaziran, mudah untuk dibawa dan untuk tujuan eksport). Guru memberi maklum balas kepada penjelasan murid secara lisan atau menggunakan bahasa isyarat.

Page 11: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

1.14 Contoh PBD Dalam Talian – Kaedah Bertulis

Mata pelajaran: Matematik - Tahun 3 Tajuk: Wang Standard Kandungan:

4.1 Tambah wang Standard Pembelajaran:

4.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nilai wang dan hasil tambahnya hingga RM10 000.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:

a. menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nilai wang dan hasil tambahnya hingga RM10 000.

Penerangan aktiviti:

1. Guru menunjukkan beberapa keping wang dan duit syiling RM100, RM50, RM10, RM5, RM1, 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Guru meminta murid menyebut nilai wang tersebut.

2. Guru menunjukkan sejumlah nilai wang dan duit syiling yang tidak sama nilai kepada murid. Guru meminta murid mengira gabungan nilai wang yang guru tunjukkan. Murid menjumlahkan nilai wang yang mereka perolehi. Seterusnya, guru menggabungkan dua pasangan kepada satu kumpulan bagi mendapatkan jumlah nilai wang yang baharu.

3. Setiap murid diberikan lembaran kerja dalam bentuk google form berkaitan menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nilai wang dan hasil tambahnya hingga RM10 000 dalam bentuk ayat matematik persamaan dan dalam bentuk lazim.

4. Murid diminta menyelesaikan setiap soalan. Perbincangan jawapan dilaksanakan secara kelas dan murid diminta membuat pembetulan dalam buku latihan jika berlaku kesilapan.

Page 12: PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH …

Mata pelajaran: Geografi – Tingkatan 3

Tajuk: Kitar Semula Standard Kandungan:

5.2 Kitar Semula Standard Pembelajaran:

5.2.4 Membandingkan amalan kitar semula di negara lain. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

a. Membandingkan amalan kitar semula di negara Malaysia dengan Singapura, Jepun, Taiwan, German dan Denmark.

Penerangan aktiviti:

1. Guru berbincang dengan murid kepentingan amalan kitar semula. Dalam perbincangan, murid juga memberi contoh aktiviti kitar semula seperti Kempen Kitar Semula di sekolah.

2. Murid membuat perbandingan amalan kitar semula di negara ini dengan negara lain seperti Singapura, Jepun, Taiwan, German dan Denmark secara berpasangan dengan rakan. Murid mendapatkan informasi di internet.

3. Murid menulis perbandingan dalam Google Form yang disediakan oleh guru, melalui pautan dalam Google Classroom. Guru memeriksa hasil kerja murid dan berbincang dengan murid pada pelajaran seterusnya serta memberi maklum balas kepada mereka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Julai 2021