Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    1/39

     

    PANDUAN DAN PERATURAN

    SISTEM PENILAIAN LATIHAN KEMAHIRAN

    PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

    (PTA)

    DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

    INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN)

    NAKA

    4 JANUARI 2015

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    2/39

    Page 2 of 39 

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN 5

    1.1 Objektif 5

    1.2 Prosedur Perlaksanaan 5

    2.0 SKOP PROJEK 6

    2.1 Pemilihan Tajuk PTA 6

    2.2 Kriteria Pemilihan Tajuk PTA 7

    2.3 Kriteria PTA Setiap Bahagian / Kursus 7

    3.0 KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) 8

    3.1 Objektif Penyediaan Kertas Cadangan Projek (Project Proposal) 8

    3.2 Format Kertas Cadangan 8

    4.0 BUKU LOG 9

    4.1 Format 9

    5.0 PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR 105.1 Muka Hadapan Kulit Laporan PTA 10

    5.2 Kertas dan Percetakan Laporan 10

    5.3 Ukuran Ruang (margin) dan Jarak (spacing) Isi Kandungan

    Laporan PTA 11

    5.4 Format dan Susunan Laporan PTA 11

    5.5 Tajuk PTA di Muka Hadapan 12

    5.6 Abstrak 12

    5.7 Isi Kandungan 13

    5.8 Kesimpulan 14

    5.9 Rujukan 14

    5.10 Apendiks / Lampiran 15

    5.11 Tarikh Akhir Penyerahan Laporan Projek 15

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    3/39

    Page 3 of 39 

    6.0 PERSEMBAHAN PTA 16

    6.1 Kriteria Pembentangan PTA 16

    6.2 Masa Pembentangan PTA 16

    7.0 PENILAIAN PTA 17

    8.0 PENUTUP 17

    9.0 PANDUAN UMUM LAPORAN PROJEK AKHIR 18

    10.0 APENDIKS 19

    LAMPIRAN A1 – Contoh Muka hadapan Buku Log

    LAMPIRAN A2 – Contoh Isi kandungan Buku Log

    LAMPIRAN B1 – Contoh Kulit Laporan

    19

    20

    21

    LAMPIRAN B2 – Contoh Tulang Tepi Kulit Laporan 22

    LAMPIRAN C – Contoh Muka Hadapan Tajuk PTA 23

    LAMPIRAN D – Contoh Pengakuan Pengarang 24

    LAMPIRAN E – Contoh Perakuan 25

    LAMPIRAN F - Contoh Penghargaan 26

    LAMPIRAN G1 – Contoh Abstrak 27

    LAMPIRAN G2 – Contoh Abstract 28

    LAMPIRAN H – Contoh Format dalam BAB 29

    LAMPIRAN I – Contoh Format Senarai Isi Kandungan 30

    LAMPIRAN J – Senarai Jadual 31

    LAMPIRAN K – Senarai Rajah 32

    LAMPIRAN L – Senarai Simbol 33

    LAMPIRAN M – Senarai Akronim 34

    LAMPIRAN N – Contoh Rujukan 35

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    4/39

    Page 4 of 39 

    DEFINISI PENERANGAN

    PTA Projek Tahun Akhir

    LI Latihan Industri

    P – PTA Penyelaras Projek Tahun AkhirPY – PTA Penyelia Projek Tahun Akhir

    PP – PTA Pegawai Penilai Projek Tahun Akhir

    DKM Diploma Kemahiran Malaysia

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    5/39

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    6/39

    Page 6 of 39 

    1.2.3 Penyelia Projek (PY- PTA)

    Setiap projek akan diselia dan dipantau oleh seorang tenaga pengajar sepanjang

    perjalanan dan pelaksanaan PTA dari masa ke masa supaya segalanya berjalan

    lancar. PY-PTA bertanggungjawab membantu pelajar dari segi nasihat dan rundingan

    dari segi cara untuk mendapatkan bahan, pembentangan dan dokumentasi. PY-PTA

     juga perlu memberi laporan dan memastikan semua perubahan yang dilakukan oleh

    pelajar dimaklumkan kepada penyelaras projek terlebih dahulu.

    2.0 SKOP PROJEK

    Pelajar digalakkan membuat perbincangan dan mendapatkan pandangan dari tenaga

    pengajar sebelum menetapkan jenis projek yang akan dibangunkan. Ini turutbergantung kepada kebolehan pelajar, kegunaan projek, skop kajian yang bersesuaian

    dan realistik, berdaya saing serta mempunyai nilai-nilai komersil bagi tujuan

    pemasaran (jika ada) dan beberapa lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum

    keputusan muktamad.

    2.1 Pemilihan Tajuk PTA

    Terdapat dua jenis projek yang boleh dibangunkan, iaitu :

    a) Projek Jenis Nyatab) Projek Jenis Kajian

    2.1.1 Projek Jenis Nyata

    Projek Jenis Nyata merujuk kepada produk atau perisian yang dibangunkan mengikut

    kaedah-kaedah yang sesuai. Pembangunan projek jenis ini perlulah mengabungkan

    teknologi –teknologi baru dan tidak meniru sebarang ciri –ciri produk yang sedia ada di

    pasaran. Perbandingan antara produk sedia ada dengan projek yang hendak

    dibangunkan perlu ditunjukkan dengan jelas beserta kajian dan sokongan data.

    Projek jenis ini boleh merujuk kepada penyelesaian sesuatu masalah yang mungkin

    wujud sama ada di institut mahupun industri. Kaedah pembangunan dan pengujian ke

    atas projek yang dibangunkan perlu dinyatakan dengan jelas dan terperinci berserta

    sokongan data, analisa dan bukti-bukti yang berkenaan dengan projek (ditunjukkan

    dalam bentuk gambar foto).

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    7/39

    Page 7 of 39 

    2.1.2 Projek Jenis Kajian

    Projek Jenis Kajian pula merujuk kepada kemahiran dalam membuat kajian tentang

    permasalahan, pengurusan teknikal, teknologi-teknologi baru, simulasi dan

    sebagainya yang berkaitan. Hasil kajian hendaklah disertakan sebagai bukti seperti

    dokumen-dokumen yang dibangunkan, borang soal selidik, senarai semak dansebagainya.

    2.2 Kriteria Pemilihan Tajuk PTA

    2.2.1 Semua projek-projek yang dibangunkan mestilah berpandukan kehendak

    industri (industry driven) dan boleh dikomersilkan jika sesuai.

    2.2.2 Projek-projek juga boleh mempunyai nilai-nilai ‘future upgrade’  yang mana boleh dibuat

    penambahsuaian bagi meningkatkan lagi kualiti projek tersebut.

    2.2.3 Semua hasil cipta projek hendaklah asli. Adalah menjadi SATU KESALAHAN  jika

    didapati pelajar meniru atau menciplak hasil dari mana-mana pihak. Pelajar akan

    GAGAL sekiranya melakukan kesalahan yang tersebut di atas.

    2.2.4 Pemilihan tajuk projek boleh dilakukan dengan memilih tajuk yang disarankan oleh

    tenaga pengajar atau pilihan tajuk pelajar sendiri jika mendapat persetujuan dari tenaga

    pengajar atau penyelia.

    2.3 Kriteria PTA Setiap Bahagian / Kursus

    Bahagian / Kursus Kriteria PTA yang perlu ada1. DKM PPU a) Penggunaan 4 komponen asas

    dalam kitaran penyejukkan iaitupemampat, pemeluap, perantipemeteran dan penyejat.

    b) Sistem dan Aplikasi

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    8/39

    Page 8 of 39 

    3.0 KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

    Semua kertas cadangan hendaklah disediakan di akhir Semester 5. Kertas cadangan

    yang telah diluluskan akan diserahkan kepada Penyelia Projek yang telah dilantik oleh

    Penyelaras PTA untuk tujuan penilaian awal bagi melihat akan keberkesanan projek

    tersebut.

    3.1 Objektif Penyediaan Kertas Cadangan Projek (Project Proposal)

    Tujuan penyediaan cadangan adalah untuk :

    i) Membentangkan idea dan cadangan PTA 

    ii) Memastikan kesesuaian projek untuk dilaksanakan

    iii) Menekankan kepentingan komitmen pelajar dengan Penyelia Projek

    iv) Melengkapkan sebahagian syarat PTA 

    3.2 Format Kertas Cadangan

    Pelajar diminta menyediakan kertas cadangan mereka mengikut format yang telah

    ditetapkan.

    Kertas cadangan hendaklah disediakan dan ditaip di atas kertas A4 berwarna putih

    dengan berat sekurang-kurangnya 80 gram dan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan

    berikut.

    a) Jenis tulisan : Arial 

    b) Saiz tulisan : 12pt 

    c) Jarak perenggan (spacing) : 1.5 lines 

    d) Tajuk : 14pt, bold 

    e) Sub-tajuk : 12pt, bold 

    Kertas cadangan juga dikehendaki memuatkan perkara-perkara berikut:

    i) MUKA DEPAN

    Perlu mengandungi maklumat-maklumat seperti di bawah.

    i) Tajuk PTAii) Nama dan No. Kad Pengenalan pelajariii) Nama dan Kod Kursusiv) Nama Penyelia

    ii) SENARAI KANDUNGAN

    Senaraikan semua isi kandungan berserta dengan mukasurat

    iii) ABSTRAK PROJEK

     Abstrak projek adalah merupakan pengenalan kepada projek yang hendak

    dicadangkan. Pada bahagian ini pelajar menerangkan secara am berkenaandengan projek yang hendak dilakukan.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    9/39

    Page 9 of 39 

    iv) PERNYATAAN MASALAH

    Pernyataan masalah adalah sesuatu yang ingin diselesaikan atau dikurangkanhasil daripada projek yang dilaksanakan.

    v) OBJEKTIF PROJEK

    Objektif projek pula adalah objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan.(sekurang-kurangnya 3 objektif).

    vi) METADOLOGI

    Metodologi adalah prosedur, kaedah atau tatacara yang digunakan oleh pelajarbagi menjalankan serta melaksanakan projek untuk mencapai objektif yang telahditetapkan.

    vii) JANGKAAN HASIL

    Jangkaan hasil adalah jangkaan pelajar terhadap projek yang dicadangkan. Inimeliputi harapan pelajar terhadap apa yang akan terhasil kelak dan sejauh manapelajar dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan

    viii) KESIMPULAN

    Kesimpulan menerangkan tentang ringkasan hasil projek dengan menyatakanpencapaian objektif-objektif projek yang telah ditetapkan.

    ix) RUJUKAN

    Laporan hendaklah disertakan dengan satu senarai rujukan-rujukan yang dipetik.

    4.0 BUKU LOG

    Segala pembangunan dan perjalanan PTA yang dijalankan sepanjang semester Lima

    (5) dan Enam (6) perlulah direkodkan di dalam Buku Log oleh setiap pelajar. Tujuan

    Buku Log dibangunkan adalah sebagai rujukan PY-PTA bagi memastikan kelancaran

    PTA dan pencapaian pelajar dari masa ke masa. Buku Log hendaklah sentiasa dibawa

    pada setiap pertemuan/perbincangan dengan PY-PTA.

    Buku Log ini mestilah dikemukakan kepada PY-PTA untuk diperiksa dan disahkan

    sekurang-kurangnya SEKALI BAGI SETIAP MINGGU. Setiap nota, aktiviti dan

    langkah-langkah yang telah dilaksanakan pelajar akan diperiksa dan ditandatangani

    penyelia.

    4.1 Format

    Pelajar menyimpan data dan rekod berkaitan PTA mengikut format.

    (a) Muka Hadapan - Lampiran A1

    (b) Isi Kandungan Buku Log - Lampiran A2

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    10/39

    Page 10 of 39 

    5.0 PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

    Setiap pelajar dikehendaki mengemukakan 2 salinan Laporan Projek Tahun Akhir

    (kulit keras berwarna biru tua dan dijilid dengan PVC atau bahan yang sama) kepada

    institut ini untuk diedarkan kepada:-

    1) P-PTA

    2) Simpanan Pelajar Sendiri

    5.1 Muka Hadapan Kulit Laporan PTA

    Tajuk, nama pengarang, sesi, kursus dan institut muka hadapan salinan kulit keras

    hendaklah ditaip dengan huruf besar tebal dalam warna emas (bold gold).

    (a) Format muka hadapan kulit laporan PTA - Lampiran B1

    (b) Format tulang kulit laporan PTA - Lampiran B2

    5.2 Kertas dan Percetakan Laporan

    Saiz kertas yang ditetapkan adalah kertas A4 berwarna putih dan berat 80 gram. Berat

    kertas yang kurang daripada garis panduan yang ditetapkan adalah tidak diterima

    sama sekali. Bagi tujuan percetakan, ‘printer laser’ atau ‘High Quality Printer’ adalah

    dicadangkan. Jika terdapat bahan cetakan melebihi saiz A4, ia boleh difotokopi kepada

    salinan lebih kecil tetapi tidak kurang daripada 50% saiz asal cetakan.

    5.2.1 Had Maksimum / Minimum Mukasurat

    Had maksimum laporan projek akhir mesti tidak melebihi 100 mukasurat termasuk isi

    muka hadapan, isi kandungan, lampiran, jadual, gambarajah dan lain-lain illustrasi.

    Manakala had minimum mukasurat laporan projek akhir mestilah daripada 50

    mukasurat.

    5.2.2 Penjilidan

    Kulit keras : Apabila menjilid Laporan PTA, satu helaian kosong hendaklah mendahuluimuka surat bertaip yang pertama, dan satu helaian kosong juga dilampirkan sebelum

    kulit belakang laporan.

    5.2.3 Bahasa

    Laporan PTA boleh ditulis sama ada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia

    (keseluruhannya). Tidak boleh dicampuradukkan kedua-kedua bahasa. Jika terdapat

    perkataan yang tidak boleh diterjemah di dalam Bahasa Malaysia, ia boleh ditulis di

    dalam tulisan ‘italic’. 

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    11/39

    Page 11 of 39 

    5.3 Ukuran Ruang (margin) dan Jarak (spacing) Isi Kandungan Laporan PTA

    Untuk tujuan penjilidan dan kekemasan, jarak minimum bagi ruang tepi muka surat

    untuk setiap helaian laporan adalah seperti berikut:

     Atas - 20mm

    Bawah - 40mm

    Kanan - 25mm

    Kiri - 40mm

    Laporan hendaklah ditaip dalam line 1.5 line spacing, dijustifikasi (justify) dan

    bahagian-bahagian yang lazim seperti jadual dibenarkan menggunakan satu jarak

    (single spacing).

    5.3.1 Nombor Muka Surat

    Nombor muka surat hendaklah mempunyai jarak minimum sekurang-kurangnya 15mm

    daripada hujung bawah muka surat. Setiap halaman muka surat kecuali tajuk Muka

    Hadapan Laporan sebelum muka surat Isi Kandungan harus dinomborkan. Ia mesti

    bermula dengan huruf kecil jenis Roman (i,ii,iii).

    5.3.2 Saiz Huruf

    Jenis tulisan yang disyorkan adalah ‘Arial’ bersaiz 12 pt. Tajuk bab 14 pt, bold. Sub-

    tajuk di dalam 12 pt, bold. Singkatan-singkatan perkataan adalah tidak dibenarkan

    sama sekali dibuat di dalam laporan. 

    5.3.3 Bahan Ilustrasi

    Bahan ilustrasi asal seperti pelan, gambarajah dan lain-lain hendaklah disertakan di

    dalam saiz sebenar. Gambar hitam-putih atau warna boleh dikategorikan sebagai

    bahan ilustrasi dan boleh diterima

    5.3.4 Pembetulan

    Pembetulan kepada kesalahan seperti ejaan, perubahan ayat atau data haruslahdibuat dengan cermat dan kemas. Penggunaan pemadam cecair adalah tidak

    dibenarkan sama sekali. Oleh yang demikian adalah disarankan pelajar agar

    menghantar salinan draf kepada PY-PTA bagi tujuan penyemakan sebelum

    menghantar salinan sebenar (finalize copy) untuk tujuan percetakan.

    5.4 Format dan Susunan Laporan PTA

    Format laporan haruslah mempunyai tiga (3) seksyen.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    12/39

    Page 12 of 39 

    5.4.1 Kandungan Awal

    (a) Tajuk Muka Hadapan (contents) – Lampiran C

    (b) Pengakuan pengarang - Lampiran D

    (c) Sijil Perakuan - Lampiran E nombor Roman (i,ii,iii)

    (d) Penghargaan - Lampiran F

    (e) Abstrak / Abstract - Lampiran G

    5.4.2 Isi Kandungan

    (f) Format dalam BAB - Lampiran H 

    (g) Isi kandungan - Lampiran I nombor (1,2,3)

    5.4.3 Kandungan Akhir

    (h) Senarai Jadual - Lampiran J

    (i) Senarai Rajah - Lampiran K

    (j) Senarai Simbol - Lampiran L

    (k) Senarai Akronim - Lampiran M

    5.5 Tajuk PTA di Muka Hadapan

    Muka surat ini mengandungi tajuk yang disahkan oleh Jabatan / Unit. Lihat Lampiran C.

    5.6 Abstrak

     Abstrak hendaklah lengkap dan jelas. Bahagian ini mengemukakan butir-butir penting berikut:

    (a) Kajian.

    (b) Skop kajian.

    (c) Kesimpulan-kesimpulan penting yang diperolehi oleh pelajar.

    Panjangnya hendaklah di antara 100 hingga 200 perkataan (dalam satu halaman mukasurat

    sahaja). Abstrak perlu disediakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa

    Inggeris, dalam satu perenggan pada halaman mukasurat yang berasingan.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    13/39

    Page 13 of 39 

    5.7 Isi Kandungan

    5.7.1 Pengenalan

    Pengenalan meliputi perkara yang disiasati, tujuan kajian, satu ringkasan parameter yang

    dikaji dan gejala-gejala istimewa. Takrif istilah dan simbol yang digunakan hendaklah

    dimasukkan dalam bahagian ini.

    5.7.2 Kajian Lapangan (Literature Review)

    Pelajar diminta untuk menceritakan latar belakang projek yang dilaksanakan. Antara elemen-

    elemen yang diperlukan dalam kajian lapangan ialah.

      Penerangan Tajuk Projek

      Teori yang digunakan

    Contoh : Hukum Kirchoff / Pemejalwapan

      Konsep Utama Projek

      Kajian-kajian Ulangkaji : Rekabentuk dan penghuraian mengenai radas, teknik

    pengukuran termasuk punca-unca kesilapan dan cara-cara untuk mengurangkannya,

    bahan-bahan dan cara-cara mengeluarkan dan menguji contoh-contoh.

      Masalah Teori atau Rekabentuk : Penghuraian mengenai teknik yang digunakan .Terbitan matematik yang terlalu panjang hendaklah disediakan sebagai lampiran.Bahagian ini juga hendaklah mengandungi senarai ujian-ujian yang telah dilakukan.

    5.7.3 Metodologi: 

    Prosedur Kerja beserta Gambarajah

    Bahagian ini hendaklah mengandungi semua butir cara penyiasatan seperti :

      Blok Diagram

      Carta Alir

      Litar

      Senarai Bahan dan Peralatan

    Pelajar diminta menyenaraikan keperluan bahan dan peralatan serta harga yangdianggarkan untuk setiap item. 

    Penerangan setiap peringkat perlulah jelas dan menyeluruh merangkumi pemilihankomponen dan teknik yang digunakan.

    5.7.4 Keputusan dan Perbincangan

    PTA perlulah mempunyai keputusan dan perbincangan yang dijalankan. Berikut merupakan

    elemen-elemen yang di perlukan :

    5.7.1 Pengujian

    a) Senarai alatan pengujian

    b) Kaedah pengujian dan kalibrasi

    c) Keselamatan dalam Pengujian / langkah berjaga-jaga

    d) Peringkat pertama keputusan pengujian dan kalibrasi

    e) Peringkat akhir keputusan pengujian

    f) Pembaikpulihan dan penyelengaraan

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    14/39

    Page 14 of 39 

    5.7.2 Keputusan

    Bergantung berapa banyak maklumat yang hendak dipersembahkan.

    Bahagian ini boleh juga dimasukkan di bawah 5.12 atau 5.13. Keputusan

    lazimnya diringkaskan dalam bentuk jadual, rajah dan gambar. Data-data

    keputusan ulangkaji dan cetakan computer, jika saiz melebihi A4 boleh

    dilampirkan berasingan di dalam fail.

    5.7.3 Perbincangan 

    Bahagian ini merupakan bahagian yang paling kritikal dan hendaklah

    mengandungi bahagian-bahagian berikut (tidak semestinya mengikut tertib

    berikut) :-

    a) Penilaian

    b) Analisis

    c) Tafsiran

    d) Kajian Perbandingan

    e) Ulasan-ulasanf) Pertimbangan

    Syor-syor untuk kajian lanjut bagi memperbaiki teknik penyiasatan dinyatakan dalam

    bahagian perbincangan.

    5.7.4 Cadangan – Berbentuk teknikal dan fakta

    Pelajar disarankan member cadangan di dalam Laporan PTA berbentuk teknikal dan

    fakta. Ia boleh disokong dan ditunjukkan di dalam jadual siri, penerangan teks, dan

     juga perbincangan.

    5.8 Kesimpulan

    Kesimpulan Laporan Projek adalah termasuk kepada permaslahan, motivasi dan

    cadangan penyelesaian (jika ada).

    5.9 Rujukan

    Laporan hendaklah disertakan dengan satu senarai tepat rujukan-rujukan yang dipetik

    unruk membolehkan pembaca membuat carian dengan tepat. Setiap rujukan yang

    dipetik atau diterjemah/diolah di dalam laporan harus dimasukkan di dalam senarai

    rujukan dan dinomborkan. Semua petikan yang dibuat oleh penulis atau pengarang

    hendaklah disenaraikan.

    5.9.1 Berikut adalah beberapa sumber rujukan:

    (a) buku;

    (b) artikel dari Jurnal; dan

    (c) bahan rujukan dari sumber elektronik.

    5.9.2 Berikut adalah cara menulis petikan buku:

    (a) memaklumkan petikan di dalam bentuk nota kaki (footnote);

    (b) petikan berdasarkan sumber rujukan diikuti oleh petikan; dan

    (c) menggunakan idea penulis di dalam bentuk teks.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    15/39

    Page 15 of 39 

    Contoh petikan diambil terus dari buku/artikel/web/e-book dan lain-lain dalam

    bentuk format nota kaki

    “Reading is a complex cognitive skill (no one understands it) which we cannot break

    down into a series of steps that a teacher can tak e into a classroom and teach”. 

    (Dubin, Eskey and Grape 1986:5)

    Contoh: Ayat Terjemahan / Diolah dari Artikel Penulis

    To enable learners to view ideas globally and to connect different ideas, Ausubel

    (1963) proposes that learners arrange the information in a particular schema.

    Setiap senarai rujukan perlu mengikut spesifikasi American Psychological Assosiation

    (APA), di mana senarai perlulah disusun mengikut abjad. Setiap baris kedua dan

    seterusnya hendaklah dibuat (ident) lima (5) langkauan, seperti yang ditunjukkan

    dalam contoh.

    5.10 Apendiks / Lampiran

    Bahagian ini mengandungi laporan bahan-bahan yang digunakan, di mana ia tidak

    sesuai disenaraikan sebagai sebahagian daripada bahagian laporan utama;

    umpamanya data-data, butir-butir atau peralatan, aturcara computer dan carta Ghant.

    Rujuk Lampiran M untuk format penulisan laporan akhir.

    5.11  Tarikh Akhir Penyerahan Laporan Projek 

    Tarikh akhir penyerahan kedua-dua salinan Laporan Projek (berkulit kertas) bagi

    semua pelajar ialah 1 MINGGU sebelum penilaian akhir.

    Salinan ini mestilah diserahkan kepada P-PTA dan satu salinan untuk simpanan

    pelajar. Bentuk kulit kertas hendaklah mengandungi salinan taip asal yang

    memuaskan.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    16/39

    Page 16 of 39 

    6.0 PERSEMBAHAN PTA

    Berikut adalah penetapan tentang pembentangan projek:

    a. Pra-pembentangan PTA akan diadakan pada 2 minggu sebelum tamat semester

    Enam (6).

    b. Satu salinan laporan (soft cover ) perlu disediakan dan dihantar dua minggu

    sebelum persembahan projek kepada PY-PTA.

    c. Pembentangan sebenar PTA akan diadakan semasa penilaian akhir.

    d. Pelajar dibenarkan membentang persembahan PTA menggunakan MS Power

    Point.

    e. Pelajar dikehendaki menyediakan 2 salinan laporan (hard cover ) teknikal

    berkenaan PTA semasa pembentangan akhir dijalankan.

    6.1 Kriteria Pembentangan PTA

    Isi kandungan persembahan hendaklah ringkas dan padat, yang mana hanyamemaparkan isi-isi penting persembahan sahaja serta dipersembahkan mengikut

    turutan. Pembentangan PTA mestilah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

    a) Tajuk projek dan nama kumpulan

    b) Kerangka persembahan

    c) Pengenalan projek

    d) Objektif projek

    e) Proses Projek (Carta Gant, carta alir dan lain-lain)

    f) Kelebihan projek

    g) Gambarajah 2D dan 3D / struktur program (teknologi computer sahaja)

    h) Cadangan penambahbaikan / masalah-masalah yang dihadapii) Penutup / kesimpulan

    6.2 Masa Pembentangan PTA

    Masa yang diberikan bagi setiap persembahan adalah 15 minit. Masa untuk

    demonstrasi adalah 10 minit, manakala sesi soal jawab selama 5 minit. Setiap

    kumpulan perlu mengagihkan masa dengan bijak antara ahli kumpulan bagi setiap

    penyampaian.

    Pengagihan masa boleh berpandukan kepada pembahagian masa seperti dibawah:a) Persembahan teknikal

    -  Pengenalan projek 15 minit

    -  Kesimpulan dan penutup

    b) Demonstrasi Projek - 10 minit

    -  Sesi soal jawab - 5 minit

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    17/39

    Page 17 of 39 

    7.0 PENILAIAN PTA

    Projek Tahun Akhir ini akan dinilai mengikut format penilaian berikut:

    i. Semua projek hendaklah disiapkan dan diuji sepenuhnya sebelum penilaian

    dibuat.

    ii. Panel-panel Penilai persembahan projek adalah terdiri daripada dua wakil

    IKBN, seorang wakil JPK, dan seorang wakil industri. (tertakluk kepada

    perubahan)

    iii. Kriteria penilaian dan pemarkahan PTA adalah merangkumi perkara-perkara

    seperti jadual di bawah.

    PERKARA DINILAI PERINCIAN PERATUS MARKAH

    HASIL KESELURUHAN Pengetahuan

    Kreativiti

    Komitmen

    KebolehgunaanKefunsian projek

    50%

    LAPORAN PROJEK Kandungan

    Format

    Rujukan

    Keseluruhan

    25%

    PERSEMBAHAN PROJEK Kandungan

    Penggunaan AVA

    Persediaan

    Gaya penyampaian

    Soal jawabKomunikasi

    25%

    iv. Calon dengan bimbingan PY-PTA hendaklah memainkan peranan masing-

    masing dalam memastikan PTA dilaksanakan dengan baik. TIADA

    ULANGAN dibenarkan dalam projek akhir.

    8.0 PENUTUP

    Pelaksanaan PTA adalah pentas bagi pelajar untuk mempamerkan keupayaan mereka dalammempraktikkan segala ilmu kemahiran yang telah dikuasai bagi mengeluarkan hasil kerja

    bermutu tinggi.

     Adalah menjadi harapan institut ini, agar semua graduan yang bakal dilahirkan mempunyai

    daya kreativiti, inovasi dan kompetensi yang tinggi dan dapat menyumbang tenaga untuk

    menjana sektor perindustrian bagi mempertingkatakan ekonomi negara ini.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    18/39

    Page 18 of 39 

    9.0 PANDUAN UMUM LAPORAN PROJEK AKHIR

    9.1 Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) adalah di LARANG sama sekali.

    9.2 Laporan boleh di tulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

    Penggunaan bahasa tidak boleh dicampuradukkan. Jika terdapat bahasa yang tidak

    boleh diterjemah di dalam Bahasa Malaysia, ia boleh ditulis di dalam tulisan jenis

    ‘Italic’  .

    9.3 Laporan di taip dalam jarak 1.5 line sp acing.

    9.4 Tulisan jenis : Arial  

    Bersaiz: 12 pt. 

    Kepala tajuk: 14 pt, bo ld  

    Sub-tajuk di dalam bab: 12 pt, bol d  

    9.5 Laporan hendaklah disediakan menggunakan kertas putih bersaiz A4, berat 80 gm. 

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    19/39

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    20/39

    Page 20 of 39 

    LAMPIRAN A2 – Contoh Isi kandungan Buku Log

    25 cm Kertas A4, 80 gm, putih, align – center  

    CATATAN KERJA / AKTIVITI MINGGUAN1.5 line spacing  

    MINGGU:___________ TARIKH: ____________  1.5 line spacing  

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________

    Komen / Ulasan penyelia :

    T/Tangan Penyelia : ......................................... Tarikh : ..........................................Nama dan Cop :

    25mm 25mm

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    21/39

    Page 21 of 39 

    Saiz A4, kulit tebal ( PVC- lembut) berwarna biru gelap

    LAMPIRAN B1 – Contoh Kulit Laporan

    Dari kiri – 40 mm

    Tajuk – 50 mm

    PLANT COOLING SYSTEM

    Pengarang – 50 mm

    NADZIRAH BINTI YUSSOF

    SESI 1/2016

    DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

    HVAC DESIGN, INSTALLATION AND MAINTENANCE

    MANEGEMENT

    INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA 

    16 pt, bold, Arial, huruf besar,

    Single spacing, warna emas

    Sesi – 30 mm

    Institut – 50 mm

    Dari kanan –

     25 mm

    Kursus – 15 mm

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    22/39

    Page 22 of 39 

    LAMPIRAN B2 – Contoh Tulang Tepi Kulit Laporan

    PLANTCOOLING

    SYSTEM

    1/2016

    50 mm

    16 pt, bold, Arial, huruf besar,

    warna emas

    50 mm

    Sesi

    Tajuk projek

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    23/39

    Page 23 of 39 

    Saiz A4, 80 gm berwarna putih

    60 mm

    PLANT COOLING SYSTEM

    Oleh

    NADZIRAH BINTI YUSSOF

    Laporan Projek yang dikemukakan kepada Institut Kemahiran Belia

    Negara (IKBN) Naka

    Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan

    Diploma Kemahiran Malaysia

    KURSUS HVAC DESIGN, INSTALLATION AND MAINTENANCE

    MANEGEMENT 

    INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

    (IKBN) NAKA

    2016

    Tulisan saiz 18 pt, huruf besar,

    bold, warna hitam

    55 mm50 mm

    Saiz 14 pt

    50 mm

    Saiz 14 pt, single spacing,

    warna hitam

    Saiz 14 pt, huruf besar,

    single spacing, warna hitam

    Saiz 14 pt ,

    Tahun peniliaan PTA 45 mm

    Tulisan saiz 18 pt,

    huruf besar, bold,

    warna hitam

    LAMPIRAN C – Contoh Muka Hapan Tajuk PTA

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    24/39

    Page 24 of 39 

    PENGAKUAN PENGARANG

    Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat

    berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Institut Kemahiran Belia

    Negara (IKBN) Naka. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh

    saya. Projek ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institut untuk mana-mana

    diploma atau kelayakan.

    Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar mana-mana syarat

    yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak

    melengkapi diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di

    bawah peraturan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka.

    Tandatangan : ………………………………………………… 

    Tarikh : ………………………………………………… 

    Nama Penulis : ………………………………………………… 

    No. Pelajar : ………………………………………………… 

    Kursus : ………………………………………………… 

    Institut : ………………………………………………… 

    Tajuk Projek : ………………………………………………… 

    LAMPIRAN D – Contoh Pengakuan Pengarang

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    25/39

    Page 25 of 39 

    LAMPIRAN E – Contoh Sijil Perakuan

    INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARANAKA

    SIJIL PERAKUAN

    Disahkan bahawa laporan projek bertajuk “.......TAJUK PROJEK........”

    adalah hasil kerja sepenuhnya oleh “............NAMA CALON..................” 

    di bawah penyeliaan saya.

    Tandatangan Tandatangan

    Encik Abdul Rahim Bin Ishak Puan Rohani Bin Isa

    Pegawai Penilai Pegawai Pengesah Dalaman

    Tandatangan

    Pegawai Pengesah Luaran

    30mm

    25mm

    25mm

    20mm

    20mm 20mm

    15mm

    20mm

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    26/39

    Page 26 of 39 

    LAMPIRAN F – Contoh Penghargaan

    PENGHARGAAN

    Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek

    saya, Encik Abdul Rahim Bin Ishak yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada

    saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran.

    Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan dan

    dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan

    yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan. Segala tunjuk

    ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.

    Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan.

    Sekian.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    27/39

    Page 27 of 39 

    LAMPIRAN G1 – Contoh Abstrak

     ABSTRAK

    System Penyimpanan dan Penghantaran Automatik (AS/RS) telah digunakan secara meluas

    di seluruh Negara paada masa kini, untuk menggerakkan barang secara auto, tekstil dan

    produk makanan ke dalam dan keluar dari tempat penyimpanannya secara cepat dan pantas.

    Teknologi pada Sistem AS/RS ini dapat mengurangkan tenaga kerja, memerlukan ruang yang

    lebih di samping memaksimakan penggunaan ruang yang sedia ada. Mesin ini dapat

    membawa beban yang besar dan menyediakan struktur mekanikal yang terkini supaya lebih

    berdaya tahan sebagaimana rekabentuk elektronik yang terbaik di pasaran.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    28/39

    Page 28 of 39 

    LAMPIRAN G2 – Contoh Abstract  

     ABSTRACT

     Automated Storage and Retrieval System (AS/RS) systems are in widespread use across the

    country today, moving auto parts, textiles and food products in and out of storage at light

    speed. Automated Storage and Retrieval Systems (AS/RS) technology minimizes labor and

    required floor space while maximizing the utilization of existing vertical space. These machines

    handle a wide range of loads and provide the latest in mechanical structures for extended life

    as well as the best electronic design on the market. AS/RS continue to be a strategic weapon

    of choice for successful companies around the globe. To reduce staffing, improve performance

    and maintain accuracy, mission critical facilities use AS/RS in a broad variety of applications

    including Manufacturing, Security, Electronics, Food and Beverage and Conventional

    Warehousing.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    29/39

    Page 29 of 39 

    BAB 1

    PENGENALAN

    Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah bagi pelajar-pelajar semester akhir

    (Semester 6) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Para pelajar diberikan tempoh

    institut dari menyelesaikan Latihan Sambil Kerja (LKS) mereka.

    1.1 Objektif

    1.5 line spacing  

    Tujuan pelaksanaan PTA ini adalah untuk :

    i) Menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang

    telah dikuasai

    ii) Mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang

    dihadapi

    iii) Memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,

    ……………………………………………………………………………………………………………

    …………………………………………………………………………………………. ......................

    1.2 Prosedur pelaksanaan

    Setiap projek akan dilaksanakan secara individual atau kumpulan (maksimum 5

    pelajar) berdasarkan jenis kajian atau bentuk produk yang dilaksanakan.

    …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………............................................................

    1.2.1 Jumlah Jam Kredit

    Peruntukan jumlah jam kredit bagi PTA adalah 2 jam kredit.

    4 cm 2.5cm

    LAMPIRAN H – Contoh format dalam BAB

    1.5 line spacing  

    3 line spacing  

    3cm

    Kertas A4, 80 gm, putih, align – justify  

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    30/39

    Page 30 of 39 

    3 cm

    LAMPIRAN I – Contoh Isi kandungan

    ISI KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    TAJUK PROJEK i

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    ISI KANDUNGAN vi

    DAFTAR JADUAL vii

    DAFTAR RAJAH viii

    DAFTAR SIMBOL ix

    DAFTAR PLAT / GAMBAR x

    DAFTAR LAMPIRAN xi

    1 PENGENALAN

    1.1 PENGENALAN 1

    1.2 OBJEKTIF PROJEK 2

    2 KAJIAN LAPANGAN  3

    3 METODOLOGI 30

    4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 40

    5 KEIMPULAN 55

    …. 

    RUJUKAN 70

    LAMPIRAN 80

    Sub-tajuk

    Tajuk, Bold

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    31/39

    Page 31 of 39 

    LAMPIRAN J – Senarai Jadual

    SENARAI JADUAL

    NO. TAJUK HALAMAN

    3.1 Perkembangan AS/RS di Malaysia 44.1 Senarai Bahan Guna Habis Projek 64.2 Senarai Peralatan Tangan 74.3 Senarai Perisian 85.1 Jadual penggunaan Sistem AS/RS mengikut jenis

    mesin10

    …. …. …. 

    BAB

    Bilangan rajah dalam bab

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    32/39

    Page 32 of 39 

    LAMPIRAN K – Senarai Rajah

    SENARAI RAJAH

    NO. TAJUK HALAMAN

    5.1 Carta alir perkembangan AS/RS tahun 1980 – 2000 95.2 Graf perbandingan masa penyimpanan

    mendggunakan manual dan auto 11

    …. …. …. 

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    33/39

    Page 33 of 39 

    LAMPIRAN L – Senarai Simbol

    SENARAI SIMBOL

    ℓ  Beban dalam symbol Voltan (V)m Berat (kg)

      Pemalar untuk julat A dan B

    P Tekanan PneumatikRPM Rotation per minit / Putaran per minitCPM Cycle per minit / kitaran per minit…. …. …. 

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    34/39

    Page 34 of 39 

    LAMPIRAN M – Senarai Akronim

    SENARAI AKRONIM

    PLC Programmable Logic Controller

    FMS Flexsible Manufacturing Sytem…. …. …. 

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    35/39

    Page 35 of 39 

    LAMPIRAN N – Contoh Rujukan

    Format rujukan dari Buku

    Berikut adalah cara untuk membuat petikan dari sebuah Buku berpandukan bilangan

    pengarang.

    (i) Buku oleh seorang pengarang 

    Nama Pengarang (Tahun). Tajuk Buku. (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

    Contoh :

    Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: how to transform your business-

    tobusiness global marketing strategy. London: Kogan Page.

    (ii) Buku oleh dua orang pengarang 

    Nama Pengarang Pertama dan Kedua (Tahun). Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku. (Edisi).

    Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

    Contoh:

    Boone, L.E. dan Kurtz, D. (2001). Contemporary marketing. (10th ed). Fort Worth,

    Texas: Harcourt Colleges Publishers.

    (iii) Buku oleh tiga orang pengarang

    Nama Pengarang Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun).

    Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku. (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

    Contoh :

     Allen, C., Kania, D. dan Yaeckel, B. (2002). One-to-one web-marketing:build a

    relationship marketing strategy one customer at a time. (2nd ed.). New York: John

    Wiley. Antil, J. M. dan Ryan, P. V. S., “Civil Engineering Construction”, Ed. Ke-3,

    Sydney, Angus and Robertson, 1967, halaman 631.

    5.15.2 Format rujukan dari Jurnal

    Berikut adalah cara untuk membuat petikan artikel dari sebuah Jurnal berpandukan

    bilangan penulis:

    (i) Artikel yang dikarang oleh seorang penulis 

    Nama Penulis. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil

    Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama – halaman terakhir.

    Contoh :

    Kargonkar, P. (2002). Web usage, advertising and shopping:relationship

    patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12 (2),191-204.

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    36/39

    Page 36 of 39 

    (ii) Artikel yang dikarang oleh dua orang penulis 

    Nama Penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal.

    Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama  –  halaman

    terakhir.

    Contoh:

    Kargonkar, P. dan Wolin, L.D. (2002), Web usage, advertising and shopping:

    relationship patterns, Internet Research: Electronic Networking and Policy,

    12(2),191-204.

    (iii) Artikel yang dikarang oleh tiga orang penulis 

    Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam

    Jurnal:

    Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama  –  halaman

    terakhir.

    Contoh:

    Cruise,J.T. Shaharuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Dolly: Implications on

    human cloning. Journal of Genetics, Vol 1, 212-222.

    (iv) Artikel yang dikarang lebih dari tiga orang penulis 

    Nama Penulis Pertama et al. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk

    Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama-halaman terakhir.

    Contoh:

    Cruise, J.T. et. al. (2000). Dolly: Implications on human cloning. Journal of

    Genatics, Vol 1, 212-222.

    5.15.2 Format rujukan dari Jurnal

    Berikut adalah cara untuk membuat petikan artikel dari sebuah Jurnal

    berpandukan belangan penulis:

    (i) Artikel yang dikarang oleh seorang penulis. 

    Nama penulis. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk Jurnal:

    Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama-halaman terakhir.

    Contoh:

    Kargonkar, P. (2002). Web usage, advertising and shopping:

    relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking and

    Policy, 12 (2), 191-204

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    37/39

    Page 37 of 39 

    (ii) Artikel yang dikarang oleh dua orang penulis 

    Nama penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam

    Jurnal. Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama-

    halaman terakhir.

    Contoh:

    Kargonkar, P. dan Wolin, L.D. (2002). Web usage, advertising and

    shopping: relationship patterns. Internet Research: Electronic

    Networking and Policy, 12 (2), 191-204

    (iii) Artikel yang dikarang oleh tiga orang penulis 

    Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun). Tajuk Artikel di

    dalam Jurnal:

    Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama – halaman

    terakhir.

    Contoh:

    Cruise,J.T. Shaharuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Dolly: Implications

    on human cloning. Journal of Genetics, Vol 1, 212-222.

    (iv) Artikel yang dikarang lebih dari tiga orang penulis 

    Nama Penulis Pertama et al. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal.

    Tajuk Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama-halaman terakhir.

    Contoh:

    Cruise, J.T. et. al. (2000). Dolly: Implications on human cloning. Journal

    of Genatics, Vol 1, 212-222.

    5.15.3 Petikan jurnal daripada sumber elektronik (perpustakaan digital, CD,software)

    Garfinkel, D. dan Chowlewka, K. (2002). Making the most of it: how to squeeze

    more profits from the web. Sales and Marketing Management, 154 (3) March,

    19. In Ebscohost (OUM Digital Collection).

    Karayanni, D.A. dan Baltas, G.A. (2003). Web site characteristics and business

    performance: some edividence from international business-to-business

    organizations. Marketing Intelligence and Planning, 21 (2), 105-114. In Emerald

    (OUM Digital Collection).

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    38/39

    Page 38 of 39 

    5.15.4 Format rujukan daripada penulisan oleh tokoh korporat

    Nama penulis boleh juga diletakkan di dalam bentuk institusi, persatuan,

     jabatan atau kementerian. Rujuk kepada contoh di bawah:

    MALAYSIA, Ministry of Education, National Board of Education, (1989).

    Implications of computers in the classroom. Kuala Lumpur: Pelangi Press.

    5.15.5 Format rujukan petikan dari laman web

    Nama Penulis (Tahun). Tajuk teks elektronik. [Online]. Laman WEB: Alamat

    laman web. [Tahun, Bulan, Hari]

    Contoh:

    Morisson, K. (n.d.)*. Thinking skills-keys to fusing talents. [Online]. Available:

    http://www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm. [1999, Dec,29].

    5.15.6 Format rujukan dari Buku Elektronik (e-Book)

    Pelajar juga boleh membuat petikan rujukan dari buku elektronik.

    Contoh:

    (i) Allen, C., Kania, D. dan Yaeckel, B. (2002). One-to-one web-marketing:

    build a relationship marketing strategy one customer at a time. (2nd ed.)

    . New York: John Wiley. In library (OUM Digital Collection)

    (ii) Kuegler, T., J. (2000). Web advertising and marketing. (3rd ed.). Boston,

    Mass: Premier Press. In Books 27.7 (OUM Digital Collection).

    5.15.7 Format rujukan petikan dari bab tertentu di dalam buku

    Berikut adalah cara-cara untuk membuat petikan di dalam bab-bab tertentu

    sesebuah buku.

    (i) Buku oleh seorang penulis 

    Nama penulis bab. (Tahun). Tajuk bab. Nombor bab di dalam penulis utama

    atau pewasit (editor), Tajuk Buku (pp halaman pertama-halaman terakhir).

    Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

    Contoh:

    Kuegler, T. J. Jr. (2002). Web advertising: banners and beyond; Chapter 12 in

    T. J. Kuegler Jr. (2002). Web advertising and marketing. (3rd ed.) . Boston,

    Mass.: Premier Press.

    (ii) Buku oleh dua orang penulis 

    Nama Penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Bab: Tajuk Kecil Bab. In

    Nama Penulis Pertama dan Kedua, Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku (edisi m/s.

    Halaman pertama- halaman terakhir). Tempat dikeluarkan: pengeluar.

    Contoh:

    http://www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm.%20%5b1999http://www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm.%20%5b1999http://www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm.%20%5b1999

  • 8/20/2019 Panduan Pelaksanaan Projek Tahun Akhir Pta

    39/39

    Cruise, J.T. dan Shahabuddin Salleh (1999). Video: Effective use in creating

    learning material, in J.L. Hunters dan M.K. Brown, Multimedia: Applications and

    implications (2nd Edition, m/s. 98-104). Kuala Lumpur: Pelangi Press.

    (iii) Buku oleh tiga orang penulis 

    Nama penulis Pertama, Kedua dan Ketiga (Tahun). Tajuk Bab: Tajuk Kecil Bab;

    in Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga, Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku.

    (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.

    Contoh:

    Cruise, J. T., Shahbuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Hypermedia authoring:

    Knowledge constructing through hypermedia authoring. In Ahmad Albab, P.L.

    Hunters dan M.K. Brown, Authoring Tools: Educational Technology (3rd Edition,

    m/s. 86-98). Kuala Lumpur: Pelangi Press.

    Versi : 4 JANUARI 2015