Upload
trinhnga
View
251
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PANDUAN
PENGURUSAN
PERKHIDMATAN
FARMASI KETIKA
BENCANA BANJIR
2015
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
NEGERI JOHOR
Kata- Kata Aluan
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Banjir besar dalam sejarah yang melanda negeri Johor pada penghujung tahun 2006
dan awal tahun 2007 memberikan banyak pengajaran kepada semua untuk bersedia
terhadap sebarang bencana yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Pada
tahun ini, jabatan metereologi telah meramalkan bahawa cuaca akan bertambah
buruk dan banjir akan lebih teruk. Seperti tahun- tahun yang lalu, antara kawasan
yang perlu diambil kira berkemungkinan besar berlaku banjir termasuklah daerah
Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat.
Justeru, semua fasiliti perlu berwaspada dan sentiasa alert anggota- anggota yang
perlu bertugas dalam waktu yang kritikal tersebut bagi memastikan kesinambungan
bekalan ubat- ubatan dan bukan ubat. Selepas berlaku banjir, laporan kerosakan
ubat, produk, peralatan, keadaan farmasi dan sebagainya perlulah disediakan. Satu
format yang seragam perlu digunakan untuk penyediaan laporan tersebut.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Bencana, Bahagian
Perkhidmatan Farmasi Johor kerana berjaya menghasilkan Buku Panduan
Pengurusan Perkhidmatan Farmasi Ketika Banjir. Saya berharap agar buku ini boleh
membantu anggota farmasi untuk bertindak secara teratur dan seragam dalam
mengendalikan banjir di seluruh negeri Johor sekiranya ia berlaku.
Sekian, terima kasih.
ROSIDAH BINTI MD DIN
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor
Kata- kata Aluan
Ketua Penolong Pengarah Kanan
(Amalan & Perkembangan Farmasi)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bersiap sedia setiap masa dan sediakan payung sebelum hujan. Itulah harapan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam menangani sesuatu bencana yang mungkin
berlaku.
Pengendalian sesuatu bencana memerlukan tindakan yang cekap dan pengurusan
yang komprehensif bagi penyelesaian masalah dan seterusnya mengelakkan dari
berlakunya sebarang komplikasi.
Saya berharap Buku Panduan Pengurusan Perkhidamtan Farmasi Ketika Banjir ini
boleh menjadi rujukan kepada anggota farmasi untuk membuat tindakan yang
sewajarnya ketika banjir.
Sekian, terima kasih.
ALI BIN ISMAIL
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi) Johor
PENGHARGAAN Rosidah Binti Md Din Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Ali Bin Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan U54 Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi Haliza Bte Ab. Jalal Pegawai Farmasi U54 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Siti Mastura Binti Admon Ketua Pegawai Farmasi U48 Hospital Mersing Low Ciu Chan Pegawai Farmasi U48 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Foo Pei Chin Pegawai Farmasi U48 Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Johor Bahru Nor Arianti Binti Salim Pegawai Farmasi U44 Klinik Kesihatan Batu Pahat Mohamad Yazid Mohamad Noh Pegawai Farmasi U44 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Tan Yew Jin Pegawai Farmasi U41 Hospital Segamat Lim Pey Ling Pegawai Farmasi U41 Klinik Kesihatan Pagoh, Muar Ahmad Nazri Bin Osman Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP) Klinik Kesihatan Jemaluang, Mersing Norliza Binti Uwai Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP) Klinik Kesihatan Segamat Siaw Jia Yi Penolong Pengarah Kanan U44 Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
KANDUNGAN Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang 1.2 Objektif Buku Panduan
2.0 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Banjir 2 Peringkat Negeri 3.0 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Banjir 2 Banjir Peringkat Daerah 4.0Senarai Tugas (Peringkat Daerah) 4.1 Pengerusi 3 4.2 Pegawai Perantara 3 4.3 Ketua Zon 4 4.4 Petugas Di Pusat Pemindahan 5 5.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Ketua Pegawai Farmasi 6 Dan Ketua Unit Stor (Hospital) 6.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Pegawai Farmasi (Kesihatan) 7 - 8 7.0 Senarai Ubat Banjir 9 8.0 Senarai Peralatan Bukan Perubatan 9 9.0 Pengurusan Bekalan Ubat/ Bukan Ubat Ketika Krisis/ Bencana 9.1 Pengurusan Rekod Ubat Pesakit 10 9.2 Pembungkusan, Penyimpanan, Perlabelan Dan Pengagihan 11 Bekalan Ubat Ke Pusat Bencana 9.3 Pengurusan Fasiliti Terjejas Banjir 12 9.4 Pengurusan Item Rangkaian Sejuk 13 10.0 Kes- kes Khas 10.1 Pengurusan Pesakit Methadone 14-16 11.0 Aktiviti- Aktiviti Farmasi Di Pusat Pemindahan Banjir 16 Appendix Lampiran 1- Borang Pesanan Dan Pengeluaran Stok (KW.PS-10) 18 Lampiran 2- Borang Permohonan Stok (KW.PS-11) 19 Lampiran 3- Laporan Anggota Farmasi Yang Terlibat Banjir 20 Lampiran 4- Laporan Penggunaan Ubat Dan Peralatan Semasa Banjir 21 Lampiran 5- Laporan Kerosakan Ubat Dan Peralatan/Aset Semasa Banjir 22 Lampiran 6- Laporan Penyeliaan Harian Bencana Banjir 23 Lampiran 7- Borang Aduan Mangsa Banjir Berkaitan Ubat 24 Lampiran 8- Senarai Semak Keperluan Dari Unit Farmasi Untuk Pelan 25 Tindakan Menghadapi Banjir
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Latarbelakang Sejak dahulu lagi Kementerian Kesihatan telah memainkan peranan utama bersama agensi- agensi lain yang berkaitan dalam menghadapi dan menangani masalah kesihatan awam semasa banjir yang biasanya berlaku di penghujung/ awal tahun. Kementerian Kesihatan telah menghadapi keadaan serupa pada tahun- tahun sebelum ini dan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengamalkan langkah- langkah seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan bagi Menghadapi dan Memberikan Khidmat Bantuan Semasa Bencana Alam (Banjir).
Arahan dikeluarkan kepada semua Jabatan/ Unit farmasi di semua PTJ untuk mendapatkan maklumbalas dan persediaan menghadapi bencana alam khususnya banjir. 1.2 Objektif Buku Panduan Memastikan perkhidmatan farmasi dapat berjalan lancar dan sempurna di
semua peringkat operasi yang meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas krisis atau bencana
Megekalkan operasi dan fungsi fasiliti kesihatan sebaik mungkin Mengekalkan kualiti penjagaan kesihatan pesakit Sebagai panduan kepada anggota farmasi untuk bertindak dan
mengendalikan situasi semasa banjir
2
2.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN BANJIR PERINGKAT NEGERI
3.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN BANJIR PERINGKAT DAERAH Pengerusi
Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah
Ketua Zon
Ketua Zon
Ketua Zon
Pegawai Perantara
Pengerusi Rosidah Binti Md Din
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
Pegawai Perantara Ali Bin Ismail
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi)
Ketua Pegawai Farmasi Pegawai Farmasi Kesihatan
3
4.0 SENARAI TUGAS (PERINGKAT DAERAH) 4.1 Pengerusi Memastikan semua peralatan Farmasi/ubat-ubatan dipindahkan atau
ditempatkan di kawasan selamat dan mudah diperolehi apabila diperlukan Memastikan bekalan ubat-ubatan/peralatan dan lain-lain keperluan
mencukupi bagi kegunaan kecemasan Memastikan kecukupan kenderaan/kakitangan bagi memindahkan peralatan/
ubat-ubatan sekiranya keadaan memerlukannya Memastikan penyimpanan bekalan perubatan untuk keperluan semasa
mencukupi berdasarkan kepada pengalaman yang lalu Menyediakan laporan kepada pusat gerakan banjir kesihatan daerah
Memaklumkan dan mengedarkan arahan-arahan dari Pegawai Kesihatan
Daerah berkaitan bencana banjir kepada Pegawai Farmasi dan anggota- anggota lain serta berwaspada dengan kejadian penyakit berjangkit dari masa ke semasa
Mengumpul dan menghantar laporan penggunaan ubat dan peralatan
semasa banjir (Lampiran 4), laporan kerosakan ubat dan peralatan semasa banjir (Lampiran 5) kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi 3 hari selepas banjir berlaku
Pengerusi mestilah boleh dihubungi 24 jam untuk bekalan perubatan dan
peralatan. Semua permintaan mestilah disalurkan melalui Bilik Gerakan Banjir Kesihatan Daerah
4.2 Pegawai Perantara Menyalurkan maklumat dan aktiviti yang perlu dilaksanakan kepada semua
ketua zon Menerima laporan dan permasalahan daripada semua ketua zon
Memantau keperluan pusat- pusat pemindahan banjir di daerah yang terlibat
Mengisi borang laporan penyeliaan harian bencana banjir (Lampiran 6) dan
menghantarkannya ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi setiap hari
4
4.3 Ketua Zon Persediaan Sebelum Banjir Memantau dan memastikan keperluan fizikal, sumber manusia, bekalan
ubatan, vaksin dan lain-lain keperluan mencukup Memastikan semua bekalan ubat, vaksin dan consumables dalam simpanan
terpelihara dari kerosakan bencana banjir Memastikan anggota bertugas Jabatan Farmasi memahami dan mematuhi
arahan banjir Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Banjir peringkat pejabat kesihatan
daerah Melakukan tindakan seperti dalam senarai semak dalam Lampiran 8
Persediaan Semasa Banjir Memantau bekalan ubatan, konsumabel/domestik dan lain-lain berkaitan
Menguruskan perolehan bekalan yang diperlukan bagi memastikan
kelancaran perkhidmatan (Lampiran 1) Memantau perlaksanaan Pelan Tindakan Bencana Banjir dipatuhi oleh
anggota Memastikan arahan daripada Pegawai Kesihatan Daerah dipatuhi dari masa
ke semasa Menyediakan pasukan farmasi untuk membantu Pasukan Perubatan apabila
diperlukan Memantau pematuhan universal precaution oleh anggota farmasi
Hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Banjir peringkat daerah
Mengenalpasti kakitangan yang tidak dapat hadir bertugas kerana halangan
banjir dengan mengisi borang laporan anggota yang terlibat banjir (Lampiran 3)
Pengurusan Selepas Banjir Menyediakan laporan kerosakan ubat dan peralatan semasa banjir
(Lampiran 5) Rekod dan dokumentasi
5
4.4 Petugas Di Pusat Pemindahan
Berhubung dan melapor diri dengan pihak pengurusan Pusat Pemindahan
Banjir
Menerangkan perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pegawai farmasi
Menerima dan merekod aduan daripada pesakit tentang kehilangan/
kerosakan ubat ke dalam borang aduan mangsa banjir (Lampiran 7)
Membuat tindakan terhadap aduan dalam tempoh 24 jam. Contohnya
pengecaman ubat-ubatan dengan menunjukkan fail identifikasi ubat (Sila
gunakan Fail identifikasi ubat yang disediakan oleh Jawatankuasa Kenali
Ubat Anda)
Merujuk pesakit kepada pegawai perubatan bertugas untuk direview dan
dipreskrib ubat yang bersesuaian
Menyelesaikan sebarang masalah ubat-ubatan di kalangan pesakit & petugas
Menyediakan stok ubat-ubatan bagi penyakit akut yang dipreskrib oleh doktor
bertugas menggunakan borang KEW.PS 11 (Lampiran 2)
Mendapatkan bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik mengikut keperluan
Mendapatkan bekalan bukan ubat/ consumable
Mendispen ubat kepada pesakit
Memberi kaunseling kepada pesakit & direkodkan
Merekod penggunaan ubat dan peralatan di pusat pemindahan banjir
(Lampiran 4)
Meninggalkan no.telefon pegawai farmasi yang boleh dihubungi jika ada
masalah berkaitan ubat-ubatan
6
5.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Ketua Pegawai Farmasi dan Ketua Unit Stor (Hospital)
Hospital Nama Pegawai No. Telefon
Hospital Sultanah Aminah
Dr Siti Norlina Bt Md Said 013-3216856
Pn. Liew Bih Chung (Ketua Unit Stor)
012-3258920
Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Pn. Kamaliah Md. Saman 019-6557866
Pn. Zaitun Mohd. Saman (Ketua Unit Stor)
017-3780127
Hospital Sultanah Nora Ismail
En. Zaini Bin Tahir 013-7335121
Pn. Norhanizah Bt Hashim (Ketua Unit Stor)
013-6738446
Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom
Pn. Hamidah Bt Arsal 012-7141519
Pn. Nuur Ramizah Bt Ahmad Dailami (Ketua Unit Stor)
013-7851838
Hospital Segamat Pn. Siti Asmah Bt. Basimin 012-7912233
Pn. Nur Shazrina Bt. Ahmad (Ketua Unit Stor)
017-3241799
Hospital Pontian Cik Ng See Leau (KPF & Ketua Unit Stor)
019-7527733
Hospital Kota Tinggi Pn. Norazlin Binti Abdul Kadir 019-3786133
Pn. Gan Hui Chin (Ketua Unit Stor)
012-7690511
Hospital Mersing Pn. Siti Mastura Binti Admon 019-8885244
Pn. Zainab Binti Abd Rahman (Ketua Unit Stor)
017-7140193
Hospital Tangkak Cik Nazariza Bt Munjiyat@Esa 012-7506672
Pn. Tan Yueh Teng (Ketua Unit Stor)
012-7453440
Hospital Kulai Pn. Ruzita Katap 016-7367754
Pn. Farah Nadwa Md Yassin (Ketua Unit Stor)
016-7703114
Hospital Permai Pn. Noor Ratna Bt Naharuddin 019-9528383
Pn. Baa Fazlini Binti Haron (Ketua Unit Stor)
013-7893109
Hospital Sultan Ismail Pn. Hjh Rohayah Binti Abd Ghani 019-7504832
Cik Hairunniza Binti Mohd Yusoff (Ketua Unit Stor)
012-7967108
7
6.0 Senarai Nama dan Nombor Telefon Pegawai Farmasi (Kesihatan)
Daerah Pengerusi Pegawai Perantara Ketua Zon
Johor Bahru
Pn. Siti Fatimah Bt Abu Bakar Pegawai Farmasi Kesihatan 013-7215182
En. Liew Ming Fui (KK Mahmoodiah) 012-7354522
Pn. Aizan Bt Rashid (KK Mahmoodiah) 013-3013761
Pn. Foo Pei Chin (KK Sultan Ismail) 012-7153715
Pn. Raja Norrima Bt Raja Arrif (KK Kempas) 012-2987492
Kulai Pn. Perianaigee A/P Muniandy Pegawai Farmasi Kesihatan 016-5903400
Pn. Nur Athirah Bt Abdul Aziz (KK Kulai) 019-7134496
Pn. Nurul Huda Binti Mesbah (KK Kulai Besar) 013-2685842
Pn. Siti Rohaidah Bt Mustapa (KK Kulai) 017-4878627
Muar Pn. Noor Azwin Binti Bukhori Pegawai Farmasi Kesihatan 013-6822070
Cik Lau Siau Wee (KK Pagoh) 017-6298045
Pn. Norain Binti Md Puat (KK Bukit Pasir) 019-2647006
Pn. Syafiqahnurain Binti Ramlee (KK Parit Jawa) 017-7107585
Pn. Syarifah Mariam Adlina Syed Mohd Gawi (KK Maharani) 012-2042695
Cik Cher Pei Pei (KK Bakri) 016-6765058
Ledang Pn. Rahmah Binti Ahmad Pegawai Farmasi Kesihatan 012-5709465
En. Lee Kok Pun (KK Payamas) 012-5122766
Cik Tey Sin Wei (KK Payamas) 016-6796984
Pn. Nurul Munasharah Bt Mohd Nor Rashid (KK Bukit Gambir) 019-7285139
Batu Pahat
Pn. Siti Hanidah Bt Maksom Pegawai Farmasi Kesihatan 017-6456430
Pn. Nor Arianti Bt Salim (KK Batu Pahat) 012-3891345
Pn. Nek Nur Ashikin Binti Nek Zahiruddin (KK Batu Pahat) 012-6070458
Pn. Fatimah Binti Abdullah (KK Ayer Hitam) 013-6192304
8
Pn. Siti Rozana Binti Mohd. Saidi (KK Parit Raja) 016-7004405
Kluang Pn. Hjh Roslina Ab Rahman Pegawai Farmasi Kesihatan 017-7394085
En. Mohd Faizal Mat Sahat (KK Kluang) 012-2845217
En. Mohd Faroqshah Bin Pariyonok (KK Renggam) 013-2720972
En. Mohd Hafiz Mohd Saif (KK Mengkibol) 019-3720038
Cik Hoo Huei Yan (KK Kahang Timur) 017-7773809
Segamat Pn. Mazni Binti Sareh Pegawai Farmasi Kesihatan 013-7706251
Pn. Siti Khairani Binti Rahim (KK Segamat) 019-7527852
Pn. Siti Khairani Binti Rahim (KK Segamat) 019-7527852
Pn. Nor Azlina Binti Mohd Tahir (KK Bandar IOI) 012-5864727
Pontian En. Mohd Arif Saliman Pegawai Farmasi Kesihatan 012-7492690
Pn. Farahatun Bt Unir (KK Pontian) 012-9165469
Pn. Zarina Bt Raus (KK Pontian) 012-7628550
Cik Ng Hui Hoon (KK Pekan Nanas) 012-7178390
Cik Marziana Bt Daim (KK Ayer Baloi) 017-7966864
Kota Tinggi
Pn. Ros Azima Bt Maasah Pegawai Farmasi Kesihatan 016-7781562
En. Arif Azizi Bin Md Talib (KK Bandar Tenggara) 017-7209447
Cik Nurul Huda Yasim (KK Bandar Tenggara) 013-6285710
Pn. Asmah Bt Ahmad (KK Bandar Mas) 019-7284022
Cik Nabilla Husna Bt Azman (KK Waha) 019-7626476
Mersing Pn. Azlina Binti Sarmin Pegawai Farmasi Kesihatan 013-7705694
En. Ahmad Nazri Bin Osman (KK Jemaluang) 019-7340788
Pn. Marti Ayu Latifah binti Zakaria (KK Mersing Kanan) 017-7397389
Cik Eyo Pei Fong (KK Endau) 012-7473150
En. Mohd Azmer Bin Lias (KK Tenggaroh 2) 013-6216752
9
7.0 Senarai Ubat Banjir
Tab. Paracetamol 500mg
Syrup Paracetamol 120mg/5mL
Tab. Chlorpheniramine 4mg
Syr. Chlorpheniramine 4mg/5mL
Cap. Mefenamic Acid 250mg
Syr. Diphenhydramine (Adult)
Syr. Diphenhydramine (Paediatric)
Acriflavine Lotion
Methyl Salicylate Ointment 15g
Neomycin Cream 15g
Chloramphenicol Eye Ointment
Benzyl Benzoate Emulsion
Potassium Permanganate Solution
Calamine Lotion
Vitamin B complex
Oral Aid/ Glycerin gel
MDI Salbutamol
MDI Budesonide
Tab. Diphenoxylate & Atropine Sulphate
Tab. Hyoscine 10mg
Tab. Magnesium Trisilicate
Oral Rehydration Salt
Cap. Cloxacillin 250mg
Normal saline solution (for dressing)
8.0 SENARAI PERALATAN BUKAN PERUBATAN
Pen and Insulin Needle
Gloves
Mask
Nota: 1. Senarai ubat- ubatan kecemasan dan peralatan bukan perubatan di atas adalah sebagai rujukan. Sila menyimpan stok mengikut keperluan fasiliti/ daerah masing- masing. 2. Jikalau ubat yang diperlukan tidak mencukupi atau tiada dalam senarai di atas, fasiliti kesihatan perlu mendapatkan bekalan ubat tersebut daripada hospital.
10
9.0 PENGURUSAN BEKALAN UBAT/ BUKAN UBAT KETIKA KRISIS/ BENCANA
9.1 PENGURUSAN REKOD UBAT PESAKIT
Polisi
Rekod ubatan pesakit kronik perlu dikemaskini dalam bentuk yang mudah dibawa oleh pesakit
Rekod ubatan perlu disediakan dalam dua salinan untuk simpanan pesakit
dan simpanan jabatan farmasi
Sekiranya rekod ubatan tiada, anggota farmasi perlu membantu pegawai perubatan untuk mengenalpasti ubatan pesakit berdasarkan ubatan yang dibawa atau album ubat Prosedur
Sebelum Bencana
1 Pastikan rekod ubatan pesakit dikemaskini dan salinan dalam bentuk yang mudah dibawa (contoh: kad bersaiz i/c) untuk simpanan pesakit dibuat.
2 Maklumat yang perlu ada di dalam rekod ubatan adalah:
Nama Pesakit
No. Kad pengenalan pesakit
Diagnosis
Senarai ubat beserta regimen dos
Nama fasiliti yang mengeluarkan rekod ubatan tersebut
3 Maklumkan pesakit supaya membawa ubat dan salinan rekod ubatan ke pusat pemindahan sewaktu bencana sekiranya terlibat. Makluman dibuat melalui edaran pamphlet, memo di papan kenyataan farmasi, hebahan media atau secara lisan.
Semasa Bencana
1 Rujuk rekod ubatan pesakit untuk mendapatkan senarai terkini ubatan pesakit beserta regimen dos sebelum rawatan diberikan.
2 Pastikan preskripsi dikembalikan untuk simpanan jabatan farmasi sekiranya pesakit dipreskrib dengan ubat oleh pegawai perubatan yang bertugas.
3 Rekod maklumat penggunaan ubat berdasarkan kad rawatan pesakit bagi kes-kes di mana preskripsi tidak dapat dikeluarkan.
4 Maklumat penggunaan ubat yang perlu direkod adalah: a. Jumlah pesakit/preskripsi b. Jumlah item
Selepas Bencana
1 Kumpulkan statistik penggunaan ubat dan jumlah pesakit sewaktu bencana untuk analisa dan penyediaan laporan.
11
9.2 PEMBUNGKUSAN, PENYIMPANAN, PERLABELAN DAN PENGAGIHAN
BEKALAN UBAT KE PUSAT BENCANA
Polisi
Pastikan senarai standard ubat disediakan oleh setiap fasiliti
Pembungkusan ubat perlu dibuat dalam bungkusan yang sesuai mengikut jenis dan kuantiti yang sedia untuk didispen (ready to dispense pack)
Setiap bungkusan ubat untuk pengagihan ke pusat bencana perlu dilabel
dengan maklumat berikut:
i. Nama ubat dan kekuatan ii.Kuantiti
Rekod setiap pengagihan bekalan ubat ke pusat bencana
Penyimpanan ubat perlu mengikut kategori ubat untuk mengelakkan
kesilapan pengubatan dan memastikan kandungan ubat tidak rosak atau tercemar
Tatacara pengurusan item rangkaian sejuk perlu dipatuhi bagi ubat-ubatan
yang berkaitan Prosedur
Sebelum Bencana
1 Sediakan ubat dalam bentuk yang sedia didispen (ready to dispense pack) berdasarkan senarai standard ubat kit bencana.
2 Pastikan setiap ubat dalam bentuk yang sedia didispen dimasukkan ke dalam bekas/bungkusan yang dilabel dengan nama ubat, kekuatan ubat dan kuantiti.
3 Pastikan semua ubat disimpan di dalam bekas yang bersesuaian (kit bencana) beserta dengan senarai ubat yang berkenaan supaya mudah dibawa.
4 Label setiap set kit bencana dengan nama fasiliti dan nombor siri kit.
5 Jumlah set yang perlu disediakan adalah berdasarkan bilangan pusat pemindahan yang dijangkakan.
Semasa Bencana
1 Bekalkan set ubatan berdasarkan permintaan oleh pusat gerakan bencana.
2 Rekod pergerakan kit bencana mengikut format seperti di lampiran.
3 Pasukan perubatan di pusat bencana statik (static team) perlu menyemak kit bencana farmasi sebelum syif berakhir. Sebarang penambahan ubat dan alat perubatan perlu dimaklumkan kepada pasukan perubatan yang akan mengambil alih tugas.
4 Bagi pasukan bergerak bencana (mobile team), pesanan ubat dan alat perubatan tambahan perlu disertakan dengan borang KEW.PS-11 dan kit bencana farmasi yang disediakan. Permohonan penambahan stok perlu dihantar sekurang-kurangnya 2 jam sebelum pasukan bergerak ke pusat
12
pemindahan mangsa bencana.
5 Pesanan melalui telefon hanya untuk kes-kes kritikal/kecemasan dan perlu disusuli dengan borang pesanan KEW.PS-11.
6 Anggota farmasi perlu menyemak dan melengkapkan semula kit yang dipulangkan ke fasiliti mengikut senarai dan kuantiti yang ditetapkan.
7 Anggota farmasi yang bertugas bersama pasukan perubatan adalah bertanggungjawab untuk menyelia kit bencana yang dibekalkan.
Selepas Bencana
1 Pasukan perubatan di pusat pemindahan bencana perlu memulangkan kit bencana farmasi selepas pusat pemindahan ditutup ke fasiliti kesihatan yang berdekatan.
2 Anggota farmasi yang menerima kit bencana farmasi perlu memulangkan kit tersebut ke fasiliti kesihatan yang membekal.
3 Anggota farmasi perlu memeriksa stok ubat dan alat perubatan yang dipulangkan dan mengasingkan mengikut jenis dan keadaan fizikal.
4 Ubat-ubat yang telah rosak atau tidak terdapat dalam Formulari Ubat KKM perlu dilupuskan berdasarkan prosedur pelupusan sedia ada.
9.3 PENGURUSAN FASILITI TERJEJAS BANJIR
Prosedur
Sebelum Banjir
1 Mengenalpasti fasiliti yang berisiko terjejas banjir.
2 Menentukan kawasan pemindahan stok ubat jika berkaitan.
3 Mengenalpasti anggota yang akan bertugas untuk fasiliti yang terjejas banjir.
4 Memastikan stok ubat dalam simpanan mencukupi > 1 bulan.
Semasa Banjir
1 Memastikan semua peralatan sensitif, dokumen/ rekod, stok ubat dipindahkan
ke tempat yang lebih tinggi.
2 Mengenalpasti anggota yang tidak dapat hadir bertugas mendapatkan
pengganti jika memerlukan.
3 Memaklumkan kejadian banjir kepada pegawai farmasi kesihatan.
4 Memaklumkan dan memindahkan pesakit ke tempat yang selamat.
Selepas Banjir
1 Mengenalpasti kerosakan ubat dan peralatan dan mengemukakan laporan
kepada pegawai farmasi kesihatan.
2 Membersihkan persekitaran farmasi yang terjejas banjir.
13
9.4 PENGURUSAN ITEM RANGKAIAN SEJUK
Polisi
Stok yang bersesuaian dan mencukupi perlu disimpan bagi menghadapi
bencana (Contoh: Ubat mata, insulin dan lain- lain)
Pengendalian ubat peti sejuk perlu mematuhi pengurusan item rangkaian
sejuk
Prosedur
Sebelum Banjir
1 Pastikan stok ubat yang berkenaan disimpan dalam kuantiti yang mencukupi
mengikut keperluan setempat kawasan bencana.
2 Peralatan untuk pengurusan rangkaian sejuk (contoh: cold box, ice pack,
termometer dll.) bagi pembekalan ubat perlu tersedia.
3 Kenalpasti lokasi simpanan ubat yang strategik bagi mengelakkan kerosakan
ubat sekiranya berlaku bencana.
Semasa Banjir
1 Kenalpasti bilangan pesakit dan petugas bencana yang memerlukan ubat-
ubatan peti sejuk.
2 Ubat hanya dibekalkan apabila diperlukan oleh pasukan perubatan sewaktu
bencana.
3 Pemesanan dan pembekalan ubat perlu menggunakan borang Kew. PS. 11.
4 Baki ubat yang tidak habis digunakan perlu dipulangkan ke farmasi.
Selepas Banjir
1 Pasukan perubatan di pusat pemindahan bencana perlu memulangkan baki
ubat ke unit farmasi berdekatan.
2 Anggota farmasi yang menerima baki stok ubat perlu memulangkannya ke
klinik kesihatan yang membekal.
3 Anggota farmasi perlu memeriksa stok ubat yang dipulangkan.
4 Ubat yang telah rosak dilupuskan berdasarkan prosedur pelupusan sedia ada.
14
10.0 KES- KES KHAS
10.1 PENGURUSAN PESAKIT METHADONE
Polisi
Semua garispanduan pendispensan methadone sedia ada seperti
garispanduan tertinggal dos, pembekalan dos bawa balik dan lain-lain
berkaitan perlu dipatuhi
Pendispensan/ administrasi hendaklah dilakukan oleh Pegawai Farmasi (PF)/
Penolong Pegawai Farmasi (PPF) yang diiktiraf
Pegawai Farmasi RTG methadone perlu menerima pesakit methadone walk
in jika berlaku bencana dan menghubungi Pegawai Farmasi fasiliti RTG
Methadone asal pesakit untuk pengesahan identiti pesakit, dos dan tempoh
bekalan
Semua pendispensan methadone hendaklah berdasarkan preskripsi yang
telah diprekrib oleh Pegawai Perubatan
Pemberian dos methadone yang selamat (20mg OD) adalah dicadangkan
atau lain-lain dos atas penilaian klinikal Pegawai Perubatan boleh diberikan
bagi kes- kes di mana maklumat rawatan pesakit tidak dapat disahkan.
Pemberian dos asal rawatan boleh diteruskan jika maklumat rawatan pesakit
dapat disahkan
Dos methadone dalam bentuk pre-prepared dibawa bersama oleh anggota
farmasi atau petugas yang diberi kuasa untuk didispen kepada pesakit
Pemberian DBB boleh diberikan sehingga tempoh maksima 1 DOT dan 6
DBB
PF/PPF hendaklah memberikan maklumat penyimpanan DBB methadone
semasa bencana
Pengesahan awal oleh PF berkaitan rawatan methadone pesakit perlu dibuat
(dos pesakit, tarikh dos akhir pesakit, pusat rawatan pesakit dll) sebelum
boleh meneruskan prosedur ini
Pemberian methadone kepada pesakit yang tidak berdaftar dengan fasiliti
RTG Methadone KKM yang terputus hubungan hanya boleh diberi secara
DOT sahaja dengan dos minimum selepas dirujuk kepada pegawai perubatan
15
Prosedur
Sebelum Banjir
1 Pegawai Farmasi perlu mengenalpasti pesakit methadone yang mungkin
terlibat dengan bencana dan memaklumkan fasiliti RTG Methadone yang
berdekatan.
2 Pastikan setiap pesakit RTG Methadone memiliki kad identifikasi pesakit untuk
memudahkan urusan rawatan sewaktu bencana.
Semasa Banjir
1 Klinik terima makluman pesakit methadone terlibat bencana.
2 Dapatkan maklumat pesakit yang terlibat (nama penuh, no kad pengenalan,
pusat rawatan, lokasi pesakit semasa bencana, no telefon pesakit semasa
bencana, nama dan no hubungan dengan individu ke2 semasa bencana
(digalakkan ahli keluarga)).
3 PF fasiliti yang dirujuk akan mendapatkan maklumat rawatan pesakit daripada
fasiliti asal pesakit yang terlibat (telefon etc).
4 Maklumat dan rekomendasi dos pesakit yang bersesuaian perlu dibincangkan
bersama pegawai perubatan.
5 Jika PP bersetuju, PP preskrib ubatan methadone pada preskripsi methadone
6 Sekiranya preskripsi methadone (carta pengubatan methadone) tidak dapat
diperolehi, preskripsi ubat pesakit luar boleh digunakan. PP perlu membuat
nota “mangsa bencana” di atas preskripsi.
7 PF buat pelan pembekalan dos methadone kepada pesakit.
8 Pemberian secara Direct Observed Therapy (DOT) atau Dos Bawa Balik
(DBB) adalah bergantung kepada arahan fasiliti RTG Methadone asal pesakit
atau hasil perbincangan bersama Pegawai Perubatan (maksima 1 DOT dan 6
DBB).
9 PF perlu menyediakan dos pre-prepared bagi tempoh yang bersesuaian
kepada pesakit yang telah dikenalpasti.
10 PF juga perlu merancang stok methadone bagi persediaan bagi kes-kes yang
tidak dikenalpasti.
11 PF kemaskini buku daftar preskripsi dan stok methadone.
12 PF/PPF akan ke lokasi pesakit untuk tujuan pendosan methadone.
13 Bagi pesakit telah dikenalpasti, PF/PPF doskan methadone kepada pesakit
secara DOT dan pemberian DBB.
14 PF/PPF memberi maklumat tentang penyimpanan DBB semasa bencana.
15 Bagi pesakit tidak dikenalpasti, PF/PPF perlu berbincang dengan PP dalam
pasukan bencana alam untuk kebenaran mendispens methadone. Pendosan
hanya akan dilakukan secara DOT sahaja pada hari tersebut menggunapakai
stok persediaan yang dibawa. Jika berlaku keraguan, dos selamat boleh
dibekalkan dahulu (20mg OD) atas kebenaran PP.
16 PF/PPF kemaskini maklumat pada preskripsi methadone.
17 PF/PPF maklumkan no klinik/ pegawai y/m kepada pesakit bagi memudahkan
komunikasi pertukaran lokasi semasa bencana jika perlu.
16
18 PF akan membuat pengesahan rawatan pesakit yang belum dikenalpasti dan
siapakan dos methadone pesakit untuk pembekalan pada keesokan harinya.
Selepas Banjir
1 Pegawai Farmasi fasiliti RTG Methadone asal perlu mendapatkan pengesahan
daripada Pegawai Farmasi fasiliti RTG yang membekalkan methadone
semasa bencana. Carta Pengubatan Methadone perlu dikembalikan kepada
fasiliti RTG Methadone asal dan satu salinan disimpan di fasiliti yang
membekalkan methadone sewaktu bencana sebagai bukti pendispensan telah
dilakukan.
2 Semak baki bekalan DBB Methadone pesakit sebelum pembekalan berikutnya
dilakukan oleh fasiliti asal.
11.0 AKTIVITI- AKTIVITI FARMASI DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR
Mendispens ubat kepada pesakit dan melaksanakan kaunseling ubat- ubatan
Menyediakan fail identifikasi ubat untuk membantu pesakit mengecam ubat- ubatan yang hilang
Mengadakan pameran Kenali Ubat Anda di pusat pemindahan banjir
Menjalankan aktiviti mengisi masa kanak- kanak seperti aktiviti mewarna dan
permainan berkumpulan Membantu pasukan perubatan yang lain
17
APPENDIX
18
LAMPIRAN 1
KEW.PS-10 BORANG PESANAN DAN PENGELUARAN STOK
(Tatacara Pengurusan Stor 136) (Diisi dalam lima (5) salinan bagi satu jenis stok sahaja)
Daripada: Kepada:
Dilengkapkan Oleh Stor Pemesan Dilengkapkan Oleh Stor Pengeluar
No. Pemesanan: No. Pengeluaran:
Tarikh Bekalan Dikehendaki: BAHAGIAN BEKALAN KAWALAN DAN AKAUN BAHAGIAN SIMPANAN
No. Kod Perihal Stok Kuantiti Dipesan
Kad Kawalan Stok Kuantiti
Diluluskan
Harga (RM) Kuantiti Dikeluarkan
Catatan No. Kad Baki Sedia Ada Seunit Jumlah
Pegawai Pemesan
………………………….
Nama:
Jawatan:
Jabatan:
Tarikh:
Pegawai Penerima
………………………….
Nama:
Jawatan:
Jabatan:
Tarikh:
(Dilengkapkan setelah stok diterima)
Telah Diluluskan dan Direkodkan oleh:
………………………….
Nama:
Jawatan:
Jabatan:
Tarikh:
Dikeluarkan dan Direkod oleh:
………………………………….
Nama:
Jawatan:
Jabatan:
Tarikh:
Nota Salinan 1 - Disimpan oleh pemesan Salinan 2 - Bahagian Bekalan, Kawalan Dan Akaun Salinan 3 - Bahagian Simpanan Salinan 4 - Bahagian Bungkusan Dan Penghantaran Salinan 5 – Disimpan oleh pemesan setelah stok diterima
BAHAGIAN BUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN
Butir – Butir Bungkusan Butir-Butir Penghantaran Telah dibungkus dan dihantar oleh:
………………………………….
Nama:
Jawatan:
Jabatan:
Tarikh:
19
LAMPIRAN 2
KEW.PS-11
No. Permohonan : …….........................………
BORANG PERMOHONAN STOK (Tatacara Pengurusan Stor 143)
(Untuk kegunaan di Stor Unit-diisi dalam 2 salinan)
Bil.
Permohonan Pegawai Pelulus
1.1 Catatan
Perihal Stok Kuantiti
Dipesan
Kuantiti
Diluluskan
Baki Kuantiti Dipesan
…………………………………. (Tandatangan Pemohon)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Kelulusan:
Permohonan diluluskan/ tidak diluluskan*
…………………………………. (Tandatangan Pegawai Pelulus)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
* sila potong yang berkenaan
Kemaskini Rekod:
Stok telah dikeluarkan dan direkod
di Kad Petak No ................
…………………………………. (Tandatangan Pegawai Stor)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Perakuan Penerimaan:
Disahkan bahawa stok yang diluluskan telah diterima.
…………………………………. (Tandatangan Pemohon)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
20
LAMPIRAN 3
LAPORAN ANGGOTA FARMASI YANG TERLIBAT BANJIR
HOSPITAL/ KLINIK KES
KESIHATAN:
BIL TARIKH
NAMA ANGGOTA JAWATAN ALAMAT RUMAH
MASALAH YANG DIHADAPI
ANGGARAN KERUGIAN (RM)
CATATAN
.gov.my
Hantar segera jika ada anggota terlibat banjir kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh:
Tarikh:
21
LAMPIRAN 4
LAPORAN PENGGUNAAN UBAT DAN PERALATAN SEMASA BANJIR
HOSPITAL/ KLINIK KESIHATAN :
BIL TARIKH SENARAI UBAT KUANTITI
HARGA SEUNIT (RM)
JUMLAH HARGA (RM)
CATATAN
BIL TARIKH SENARAI PERALATAN KUANTITI HARGA
SEUNIT (RM) JUMLAH HARGA
(RM) CATATAN
Hantar 3 hari selepas banjir tamat kepada emel [email protected]
Laporan disediakan oleh: Tarikh:
22
LAMPIRAN 5
LAPORAN KEROSAKAN UBAT DAN PERALATAN/ ASET SEMASA BANJIR
HOSPITAL/ KLINIK KESIHATAN :
BIL TARIKH SENARAI UBAT KUANTITI ANGGARAN
HARGA SEUNIT (RM)
ANGGARAN JUMLAH HARGA
(RM) CATATAN
BIL TARIKH SENARAI PERALATAN/ ASET JENAMA KUANTITI ANGGARAN
HARGA SEUNIT (RM)
ANGGARAN JUMLAH HARGA
(RM) CATATAN
Hantar 3 hari selepas banjir tamat kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh: Tarikh:
23
LAMPIRAN 6
LAPORAN PENYELIAN HARIAN BENCANA BANJIR
BIL TARIKH
DAN MASA
TEMPAT/ DAERAH
PERKARA (contoh spt. bilangan pusat pemindahan yang telah dibuka, aktiviti pasukan perubatan dll.)
PEGAWAI FARMASI TERLIBAT
BILANGAN MANGSA
CATATAN LELAKI PEREMPUAN
KANAK- KANAK
Hantar setiap hari sebelum pukul 12.00 tengahari kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh: Tarikh:
24
LAMPIRAN 7
BORANG ADUAN MANGSA BANJIR BERKAITAN UBAT
TARIKH BIL NAMA NO. K/P ALAMAT NO. TEL ADUAN TINDAKAN STATUS T/T PF T/T
PESAKIT
Hantar 3 hari selepas banjir tamat kepada emel [email protected] Laporan disediakan oleh: Tarikh:
LAMPIRAN 8
SENARAI SEMAK KEPERLUAN DARI UNIT FARMASI UNTUK PELAN TINDAKAN MENGHADAPI BANJIR
1. Mengadakan stok item untuk keperluan banjir .
2. Contoh sampel ubat – ubatan (buat folder khas untuk katalog sampel ubat) 3. Menyediaan ubat-ubatan yang berkaitan siap dengan pelabelan 4. Menyediaan peralatan / consumable yang berkaitan. 5. Menyediakan item –item ‘First Aid Kit’ yang berkaitan 6. Penyerahan kepada Ketua Pasukan
Perubatan Bencana Banjir. 7. Pengesahan penyerahan 8. Membuat Laporan
**Perkara berikut perlu disediakan di kk masing-masing dan diserahkan pada pasukan perubatan klinik masing-masing jika berlaku bencana BANJIR.
25