PELUASAN TANAH GERSANG

Embed Size (px)

Citation preview

IMPAK KEGIATAN MANUSIAPELUASAN TANAH GERSANG

Penggurunan merujuk kepada saiz gurun yang sedia ada

hingga melampaui kawasan pinggirnya atau proses yang menukarkan sesuatu kawasan yang sebelum ini bukan gurun kepada ciri-ciri gurun yang tandus dan gersang. Kawasan pinggir gurun yang pada asalnya merupakan kawasan yang lembap, subur , dan banyak tumbuhan berbanding dengan kawasan gurun sebenar berubah menjadi kawasan gurun sepenuhnya akibat kerakusan aktiviti manusia. Disebabkan proses penggurunan yang berlaku, Gurun Sahel akirnya bertukar menjadi gurun dan bercantum dengan gurun Sahara kira-kira 20 tahun yang lalu. Akibat daripada perubahan tersebut, Gurun Sahel mengalami keadaan seperti kehilangan banyak tumbuhan, air, dan tanih sebelum menjadi gersang. Oleh itu, ketidakseimbangan kitaran air dan kehilangan kesuburan tanah berlaku di kawasan tersebut mengakibatkan tempat tersebut menjadi gurun terbesar di dunia ini.

Pergurunan atau perluasan padang pasir adalahmasalah serius yang tidak hanya mempengaruhi negara-negara yang terletak di padang pasir atau gurun, tetapi juga memberi kesan ke atas seluruh dunia. Gurun Sahara telah melebar atau membesar dan ianya telah menutupi 65 juta hektar daratan. Penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan tanah menjadi gersang, seterusnya menjadi tanah gurun. Ia terjadi ekoran usaha pertanian ke atas tanah yang kurang berkualiti iaitu tidak subur, yang dilakukan oleh negara-negara yang kurang menerima hujan, dan mempunyai padang ragut yang terhad untuk ternakan.

Manusia menggurunkan sesuatu kawasan melailui aktiviti seperti kegiatan pindah ternak dan ragutan yang berlebihan dan aktiviti penyahutanan. Padang yang subur di musim hujan akan dijadikan tempat untuk haiwan ternakan meragut rumput yang terdapat di kawasan tersebut. Haiwan ternakan akan meragut rumput yang subur ini sampai ke akar umbinya. Kesannya struktur tanah akan menjadi longgar Apabila menjelang musim kering , ternakan-ternakan akan dipindahkan ke kawasan padang ragut yang lain. Aktiviti pindah ternak ini mempercerpatkan lagi hakisan tanah yang sudah longgar itu dan akhirnya memusnahkan kawasan padang rumput. Seterusnya kawasan tersebut akan menjadi tandus dan gersang apabila hakisan angin berlaku.

Aktiviti penyahutanan juga membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Manusia menjalankan aktiviti penyahutanan demi keuntungan dan kepuasan sendiri Mereka memusnahkan kawasan hutan untuk mendapatkan kayu-kayu balak yang berharga dengan membalakkan pokok-pokok dengan jumlah yang besar tanpa menjalankan aktiviti pemulihan Hal ini akan menyebabkan struktur tanah di kawasan tersebut menjadi longgar dan mudah dihakiskan oleh air,angin dan sebagainya. Oleh sebab itu, kawasan tersebut akan menjadi kering dan gersang seterusnya menghadapi masalah penggurunan.

Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur) yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berl akunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan Perubahan yang berlaku ini tidak memberi sedikit pun kebaikan penduduk yang terlalu tinggi yang kepada persekitaran dan manusia, malahan pergurunan yang memerlukan kawasan penempatan. terhasil telah menyebabkan perubahan iklim dunia menjadi lebih panas dan kering, dan ini bererti ada sedikit air untuk menyokong tanaman dan haiwan.

Langkah mengatasiIndividuMengikuti kempen-kempen kesedaran alam sekitar Dengan mengikuti kempen-kempen seperti ini, ia akan dapat meningkatkan tahap kesedaran kita semua mengenai pentingnya menjaga Kesedaran dan kecintaan terhadap alam alam sekitar. sekitar Sentiasa ingat memperingati sesama kita tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar.

Pihak berkuasa

Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar Kerajaan boleh menganjurkan kempen-kempen kesedaran terhadap alam sekitar secara percuma kepada rakyat supaya mereka lebih prihatin tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Penebangan secara selektif Kerajaan perlu menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dengan penebangan hutan hendaklah membuat penebangan secara selektif.