Upload
rusnani-binti-endut
View
460
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
PENDUDUK BAB 1
KONSEP PENDUDUK
1.1. KONSEP PENDUDUK
1.1.1. PENDUDUK SEBAGAI SUMBER
Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manausia yang penting dan
berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti. 1.1.1.1 Secara kuantiti
Sumber manusia diukur dari aspek bilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang
dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk
mempunyai tenaga kerja yng cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz
pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai.
1.1.1.2. secara kualiti
sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran,
keterbukaan, mobiliti. Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancanagan sumber manusia yang berkesan
seperti peranacangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan
ekonomi yang matang.
1.1.2.0 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN 1.1.2.1 Perubahan Sosioekonomi
Pendudukan sebagai sumber tenaga penting menukarkan ekonomi tradisional kepada ekonomi
moden- pertanian kepada industri dan perkhidmatan
Dari segi sosial sektor pendidikan, kesiahatn, teelekomunikasi berkembang kerana adanya
penduduk yang berkualiti dan mencukupi
1.1.2.2. Perubahan landskap budaya (Alam sekitar Manusia)
Fenomena budaya dilihat menerusi kewujudan petempatan, pusat perindustrian, Jaringan pengangkutan,
telekomunikasi fenomena pembandaran, pelabagai guna tanah pertanian. Fenomena ini terhasil daripada gubahan
manusia ke atas alam sekitar fizikal.
1.1.2.3. Perubahan landskap fizikal (Alam sekitar fizikal)
Manusia bertindak terhadap persekitaran fizikal dengan pelbagai cara. Manausia bertindak
terhadap tanih, air, udara, flora dan fauns. Penggubahan ini mendatang kesan ke atas landskap
fizikal seperti penebukan bukit, penarahan dan pemotongan bukit, aktiviti penyahhutanan seperti
pembalakan, pertanian, penorokaan tanah baru, pembinaan empangan dsb
BAB 2
TABURAN PENDUDUK
1.2.1 Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk.
Taburan penduduk bermaksud sebaran atau agihan penduduk di atas ruang bumi . Sebaran ini
menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat,
sederhana padat, dan berpenduduk jarang
Kepadatan penduduk pula bermaksud nisbah diantara jumlah penduduk di sesebuah kawasan
berbanding dengan keluasannya. Formula kepadatan penduduk dikira dengan kaedah berikut :
1.2 TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
Contoh Soalan
Berdasarkan jadual di bawah kira kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia tahun 1996 dan
lukis peta koroples yang menunjukkan taburan penduduk Malaysia pada tahun 1996.
1.3 MENGAPA TABURAN PENDUDUK TIDAK SEIMBANG a) Faktor Fizikal i. bentuk muka bumi yang berbeza – tanah tinggi – jarang penduduk
tanah rendah – tumpuan pendudukb) Faktor Ekonomii. pusat perindustrian
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perniagaan
c) Faktor Politiki. pusat pentadbiran
ii. dasar kerajaan d) Faktor Sosia
i. pusat pendidikan
ii. pusat kegiatan budaya dan social e) Faktor kemudahan pengangkutan i. jalan raya yang baik
ii. jalan kereta api yang baik
iii. pengangkutan awam yang cekap
f) Faktor Sejarah
i. Lebih awal dimajukan/dibuka/ diberi tumpuan
ii. Penghijrahan dari luar. 1.4 LANGKAH MENSEIMBANGKAN TABURAN PENDUDUK
a) Membangunkan kawasan luar Bandar
b) Menyediakan kemudahan pembandaran di kawasan luar Bandar
c) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandar
d) Mengadakan rancangan-rancangan pembangunan wilayah- pembukaan wilayah baru
e) Memodenkan sector pertanian
f) Membawa industri ke kawasan luar bandar.
BAB 3
PERTUMBUHAN PENDUDUK
A) Konsep Perumbuhan Penduduk
- merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan satu arah pertambahan penduduk sama
ada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesbuah negara dalam suatu tempoh tertentu.
Angka ini diukur dalam unit % atau per/1000 orang. Misalnya pertumbuhan penduduk Malaysia
pada tahun 1999 ialah 2.5% atau 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000
orang penduduk)
- Kadar pertumbuhan penduduk dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
a) kadar pertumbuhan penduduk semula jadi – kadar pertumbuhan kasar
b) kadar pertumbuhan bersih – mengambil kira perbezaan migrasi dan emigrasi
B) Mengira kadar petumbuhan penduduk semula jadi
Formula : Peratus kadar kelahiran-peratus kadar kematian
Langkah-langkah pengiraan :
Kadar kelahiran kasar = bilangan kelahiran
--------------------- x 1000 Jumlah penduduk
Peratus kadar kelahiran = Kadar Kelahiran Kasar --------------------------- x 100 1000 i. Kadar Kematian kasar = Jumlah kematian -------------------- x 1000 Jumlah penduduk Peratus kadar kematian = kadar kematian kasar -------------------------- x 100 1000
Contoh data Malaysia pada tahun 2000
Jumlah penduduk 25 000 000 orang
Jumlah kelahiran 600 000 orang
Jumlah kematian 90 000 orang
PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA
C) Faktor- factor yang mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk
a) Kadar Kelahiran
b) Kadar Kematian
Ca) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi (Negara Membangun)
i. kadar fertility tinggi- kahwin di usia muda
ii. kegagalan amalan perancangan keluarga
iii. tahap pendidikan rendah
iv. tahap kesihatan yang baik – penjagaan kesihatan ibu dan bayi- mengurangkan risiko kematia
ibu dan bayi
v. dasar kerajaan – menggalakkan bilangan penduduk ramai untuk pembangunan ekonomi.
Cb) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah (Negara maju)
i. kadar fertility rendah – kahwin di usia yang lewat
ii. amalan perancangan keluarga- mengehadkan bilangan ahli keluarga kerana kesibukan tugas /
kos hidup tinggi
iii. wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi – lebih suka hidup membujang
iv. dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan kesesakan tempat tinggal –
jepun dan singapura
Cc) Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian tinggi (negara membangun) i. taraf hidup yang rendah – kurang zat makanan, penjagaan kesihatan yang tidak baik
ii. taraf kesihatan yang rendah- banyak wabak penyakit yang merebak dan tidak dapat dikawal.
iii. Politik- perang saudara, pencerobohan
iv. Adat/agama – adat yang menggalakkan suami mati isteri membunuh diri (system sutee di
India0
Cd) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah (negara maju)
i. taraf hidup tinggi- makanan berzat, seimbang, kesedaran penjagaan kesihatan
ii. taraf perubatan dan kesihatan moden- banyak penyakit berbahaya boleh diubati dengan
kaedah rawatan moden
iii. dasar kerajaan- membasmi penyakit dari awal – imunisasi
iv. pendidikan kesihatan sejak dari sekolah tentang amalan hidup sihat
DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA
1. Malaysia telah melaksanakan satu dasar kependudukan iaitu untuk mencapai matlamat negara
Malaysia mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100 tahun akan datang.
2. Dasar kependudukan ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan pertumbuhan penduduk
adalah seiring dengan daya pengeluaran negara
3. Selain itu dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :
i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung
kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan negara yang kuat dari
segi pertahanan.
KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT
PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau
sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk
bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang
rendah
Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada
MASALAH PENDUDUK LEBIHAN
1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa
2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak
mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang
kerja yang ramai- hasil yang banyak untuk setiap petani akan diperelehi
iii. Masalah pengangguran di kawsan luar Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang
menganggur berpindah ke Bandar
iv. Menjadikan kawasan luar Bandar kurang padat- meringankan beban kerajaan untuk
menyediakan kemudahan asas- peruntukkan pembangunan dapat dikurangkan
v. Migran yang berhijrah keluar negara dapat menghantar balik wang ke negara asal mereka-
menguntungkan dari segi pulangan wang asing
vi. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk seperti penduduk pulau jawa yang menghadapi
lebihan penduduk
2. Kesan Negatif
ii. Penghijrahan keluar para professional atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana
kerajaan telah banyak menghabiskan duit untuk penddidikan mereka
iii. Berlakunya tanah terbiar- golongan belia luar Bandar berhijrah ke Bandar
iv. Berlaku ketidakseimbangan jantina di desa-desa- kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum
wanita berada di desa- wanita lebih ramai di desa
v. Pengaruh budaya kuning yang diperolehi di Bandar di bawa balik ke desa
KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU 1. Kesan Positif
ii. Dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan yang kurang penduduk
iii. Kemasukan tenaga profesioanal ke negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh
doctor dari India dll- kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan.
2. Kesan Negatif.
i. Imigrasi menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara yang dituju- kepelbagaian
budaya dan adapt resam menyukarkan perpaduan nasional
ii. Rakyat tempatan kehilangan peluang pekerjaan kerana terpaksa bersaing dengan para imigran
untuk mendapatkan peluang pekerjaan
iii. Migran akan menghantar balik ke negara asal mereka- merugikan negara yang dituju kerana
pengaliran wang keluar tidak dapat dielakkan.
iv. Wujudnya prasangka kaum kerana wujud pengklompokan kawasan mengikut kaum- kaum
pendatang dengan kaum pribumi- boleh wujudkan persengketaan kaum.
TEORI PENDUDUK MALTHUS
1. Malthus menyatakan penduduk lebih cenderung bertambah lebih cepat daripada pengeluaran
bekalan makanan
2. Penduduk bertambah secara geometri (1,2,4,8,16,32,64,…) manakala bekalan makanan pula
bertambah secara arimetik (1,2,3,4,5,6,…..)
3. Oleh itu bekalan makanan tidak mampu menampung penduduk yang kian bertambah
4. Perimbangan boleh dicapai dengan cara menyekat pertambahan penduduk. Di antara caranya
ialah dengan kebuluran, perperangan, penyakit yang membawa kematian, mencegah kelahiran
dan membujang.
KRITIKAN TERHADAP TEORI MALTHUS./KELEMAHAN TEOARI MALTHUS
1. Pengeluaran makanan bertambah kerana teknologi dalam pengeluaran makanan- benih yang
bermutu tinggi, baka baik, baja kimia, racun serangga membolehkan hasil pengeluaran pertanian
bertambah berlipat kali ganda.
2. Kemajuan dalam system pengangkutan- bekalan makanan dapat diagihkan ke kawasan yang
mengalami masalah kekurangan bekalan makanan
3. Pertambahan penduduk tidak bertambah secepat seperti yang diramalkan oleh Maltuhs kerana
kejatuhan dalam kadar kelahiran terutamanya di negara maju
4. Teori Malthus tidak tepat di negara maju tetapi boleh diterima di negara mundur
BAB 6
PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR
1.0. ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUMBER
1.1. KOMPONEN BIOSFERA
i. Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
dan mikro organisme , bakteria, protoza dll
ii. terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dll
iii.menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, dan kaya
dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balak
iv. kepentingan kepada manusia- makanan,perubatan, tadahan air, ekopleancongan, kayu dll
1.2. KOMPONEN LITOSFERA
i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulau
ii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan
bumi dan 5 km di dasar laut.
iii. Komponen utama- batuan dan mineral
iv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium
1.3 KOMPONEN HIDROSFERA
i. meliputi laut, tasik,paya, kolam dan sungai meliputi 70% permukaan bumi. 97.2% air masin.
2.8% air tawar
ii. Lautan komponen terpenting- 5 lautan utama : hindi, atlantik, pasifik, antartik dan artik
iii. Lautan – sumber alam yang pentig- untuk bekal air hujan, menyerderhanakan suhu, protein
dan mineral
iv. Air tawar – sungai, tasik, kolam –sumbr air tawar terpenting
1.3. KOMPONEN ATSMOSFERA
i. Atmosfera merupakan kompenen udara yang terdapat disekeliling bumi-ketebalan 1000m
ii. Sumber utama ialah gas- 70%, terdiri daripada beberapa jenis gas spt nitrogen(78%),
oksigen(20%),Argon(0.9%),Karbon dioksida(0.03%) lain-lain(Neon, Helium, Kripton dan
Xenon)
iii. Terbahagi kepada beberapa lapisan:
- troposfera; menampung kehidupan manusia ,haiwan dan tumbuhan
· troposfera ; penebat bahangan matahari dan bumi . Membolehkan suhu bumi stabil
· stratosfera; 50 km dari permukaan bumi- tidak berawan- gas ozon menyerap sinaran ungu
matahari
1.4. KLASIFIKASI SUMBER ALAM
1.4.1. Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui
Sumber yang akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti, diwujudkan
atau dicipta. Kejadian mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun. Contoh ;bahan fosil
Ada dua jenis ; yang boleh dikitar semula spt mineral dan yang tidak boleh dikitar semula seperti
gas asli dan arang batu
1.4.2. Sumber alam yang boleh diperbaharui
Terdiri dari dua jenis
i. sumber yang berterusan dan tidak pupus- air,uidara, ombak, suria
ii. sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula seperti hutan, tanah pertanian,
KESAN PERTUMBUHAN DAN TUMPUAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
i. Kesan terhadap geomorfologi- penebukan bukit
ii. kesan terhadap sistem hidrolgi- laut, tasik. Kola,. Sungai
tadahan hujan
iii. kesan terhadap atmosfera- bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udara
iv. kesan ke atas sistem ekologi- organisme-organism hidup dan persekitarannya
SOALAN-SOALAN LATIHAN
1. Bagaimana pertumbuhan penduduk semua jadi dikira?
2. Mengapa kadar kelahiran meningkat?
3. Mengapa kadar kematian merosot?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk lebihan, penduduk kurang dan penduduk
optimum?
5. Bincangkan masalah-masalah penduduk di negara membangun?
6. Terangkan masalah-masalah penduduk di negara-negara maju?
7. Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap alam sekitar?
8. Nyatakan sebab-sebab berlakunya migrasi dalaman dalam sesebuah negara?
9. Mengapa Malaysia menjadi tumpuan imigran dari negara-negara lain?
10. Apakah kesan migrasi ke atas negara yang ditinggalkan dan negara yang dituju