10
8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 1/10 1 PENELITIAN SIRAH: BENARKAH NABI MUHAMMAD SAW CUBA MEMBUNUH DIRI KETIKA WAHYU TERHENTI? MOHD SHAHABUDIN MD YATIM Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya PENDAHULUAN Al-Syeikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri telah menulis buku sirah yang telah mendapat tempat pertama pada pertandingan penulisan Sirah Nabi Muhammad SAW yang dianjurkan oleh Kesatuan Islam Sedunia pada tahun 1396H. Namun di dalam penulisan berkenaan terdapat riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW cuba membunuh diri ketika wahyu terhenti. Sekalipun Al-Syeikh Sofiyurrahman telah membuat olahan semula pada tahun 1994, tetapi di dapati isu berkenaan tidak dibuang atau diberikan sebarang ulasan. Al-Syeikh hanya membuang riwayat al- obari dan Ibnu Hisyam tetapi beliau tidak membuang matan hadis yang bersumber daripada Imam al- Bukhāri. Perbuatan membunuh diri ialah dosa besar di dalam agama Islam 1 . Bahkan ia adalah amalan terkutuk yang difahami oleh semua orang yang berakal waras sekalipun tidak menerima agama. Tetapi di dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari, bilangan 6982, dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW cuba membunuh diri ketika berada dalam tempoh wahyu terhenti. Maka tujuan penulisan ini adalah untuk menonjolkan pemalsuan riwayat berkenaan sekalipun ia berada di dalam kitab Sahih Al-Bukhari. PERUBAHAN DI DALAM KITAB AL-RAHIQ AL-MAKHTUM Setelah menyemak kembali kitab Al- Rahīq al -Makhtūm yang telah diolah semula oleh Syeikh Sofiyurrahman sebelum beliau meninggal. Maka telah ditemui maklumat berikut: Al-SyeikhtelahmembuangriwayatNabicubamembunuhdiridaripadariwayatat- ThobaridanIbnuHisyam. Beliau telah membuang riwayat berikut: Tabari dan Ibnu Hisyam juga membawakan riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad keluar dari Gua Hira setelah baginda dikejutkan dengan kedatangan wahyu. Baginda pulang menemui isteri baginda yang tinggal berdekatan dengan Gua Hira, seterusnya masuk ke 1 Surah an- Nisa’: 29

Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 1/10

1

PENELITIAN SIRAH: BENARKAH NABI MUHAMMADSAW CUBA MEMBUNUH DIRI KETIKA WAHYU

TERHENTI?

MOHD SHAHABUDIN MD YATIMJabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PENDAHULUAN

Al-Syeikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri telah menulis buku sirah yang telah mendapattempat pertama pada pertandingan penulisan Sirah Nabi Muhammad SAW yangdianjurkan oleh Kesatuan Islam Sedunia pada tahun 1396H. Namun di dalam penulisan

berkenaan terdapat riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW cuba

membunuh diri ketika wahyu terhenti. Sekalipun Al-Syeikh Sofiyurrahman telahmembuat olahan semula pada tahun 1994, tetapi di dapati isu berkenaan tidak dibuangatau diberikan sebarang ulasan. Al-Syeikh hanya membuang riwayat al- Ṭobari dan IbnuHisyam tetapi beliau tidak membuang matan hadis yang bersumber daripada Imam al-Bukhāri.

Perbuatan membunuh diri ialah dosa besar di dalam agama Islam1. Bahkan ia adalah

amalan terkutuk yang difahami oleh semua orang yang berakal waras sekalipun tidakmenerima agama. Tetapi di dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari, bilangan 6982,dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW cuba membunuh diri ketika berada dalamtempoh wahyu terhenti. Maka tujuan penulisan ini adalah untuk menonjolkan pemalsuan

riwayat berkenaan sekalipun ia berada di dalam kitab Sahih Al-Bukhari.

PERUBAHAN DI DALAM KITAB AL-RAHIQ AL-MAKHTUM

Setelah menyemak kembali kitab Al- Rahīq al -Makhtūm yang telah diolah semula olehSyeikh Sofiyurrahman sebelum beliau meninggal. Maka telah ditemui maklumat berikut:

❶ Al -Syeikh telah membuang ri wayat Nabi cuba membunu h dir i dari pada riwayat at- Thobari dan I bnu H isyam.

Beliau telah membuang riwayat berikut:

Tabari dan Ibnu Hisyam juga membawakan riwayat yang menyatakanbahawa Nabi Muhammad keluar dari Gua Hira setelah bagindadikejutkan dengan kedatangan wahyu. Baginda pulang menemui isteribaginda yang tinggal berdekatan dengan Gua Hira, seterusnya masuk ke

1 Surah an- Nisa’: 29

Page 2: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 2/10

2

kota Mekah. Dalam riwayat Tabari terdapat petunjuk tentang alasan yangmenyebabkan nabi keluar dari Gua Hira, iaitu:

Rasulullah s.a.w. bersabda selepas menyebutkan awal permulaan wahyu,“Tidak ada makhluk Allah yang paling aku benci selain daripada penyair

dan orang gila. Aku tidak mampu memandang kedua-duanya. Namundengan kejadian ini, boleh jadi orang Quraisy akan memanggilku penyairdan orang gila untuk selama-lamanya. Aku menjadi sangat ingin mendaki

puncak gunung yang tandus, lalu melompat dari atasnya, kemudian matidan boleh berehat dengan tenang. Aku keluar dengan segera untukmelakukannya.

Namun, baru sampai di tengah gunung aku mendaki, aku mendengar satu suara dari langit yang mengatakan, „Hai Muhammad, kamu adalahutusan Allah dan aku Jibril.‟ Maka kuangkat kepalaku melihat ke langit.

Kelihatan olehku Jibril dalam rupa lelaki yang putih bersih dengan

kedua- dua kakinya memijak ufuk langit. Dia berkata lagi, „Hai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku Jibril.‟

Kuhentikan langkah kakiku. Kupandang Jibril. Disebabkan dia, aku jadilupa keinginanku tadi sehingga aku tidak bergerak ke hadapan dan tidak

pula berundur. Aku cuba memalingkan wajahku daripada Jibril denganmelihat ufuk langit yang lain. Namun begitu, aku melihat ke arah yanglain, masih juga aku terlihat Jibril sama seperti tadi. Aku hanya bolehberdiri kaku, tidak dapat bergerak ke hadapan dan tidak pula mundur.

Khadijah menyuruh orang ramai untuk mencariku. Namun begitu, merekatidak menemuiku. Bahkan, mereka mencariku hingga ke Mekah, lalukembali semula menemui Khadijah, sementara aku masih berdiri ditempatku. Selepas itu Jibril menghilang dan aku pun pulang. 2

Kutemui Khadijah lalu aku duduk di atas pehanya dan bersandar kebadannya. Dia lantas bertanya, „Wahai Abu Qasim, kamu dari mana?

Demi Allah, aku telah menyuruh orang ramai untuk mencarimu hingga ke Mekah.‟

Aku terus menceritakan apa saja yang kualami kepadanya. Khadijahdengan lembut berkata, „Berbahagialah, wahai anak bapa saudaraku danteguhkanlah hatimu. Demi Zat yang jiwa Khadijah berada di tangan-Nya,

sesungguhnya aku berharap engkau menjadi nabi umat ini‟.” 3

Selepas itu Khadijah pergi menemui Waraqah dan memberitahu kejadiantersebut kepadanya. Waraqah berkata, “Maha Suci Allah. Maha Suci

2Lafaz ini dibawakan oleh Tabari, jil II, hlm. 207.3Lafaz ini dibawakan oleh Ibnu Hisyam, jil I, hlm. 237-238.

Page 3: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 3/10

3

Allah. Demi Zat yang jiwa Waraqah berada di tangan-Nya, sesungguhnyatelah datang kepadanya (Muhammad) namus akbar (tanda kenabian yangbesar) yang dulu pernah datang kepada Musa. Sesungguhnya dia adalahnabi umat ini. Sampaikanlah kepadanya agar dia meneguhkan hatinya.”

Selepas itu Khadijah kembali dan menyampaikan apa yang dikatakan olehWaraqah kepada Rasulullah s.a.w.. Tatkala baginda meninggalkanisterinya itu dan pergi ke Mekah, baginda bertemu dengan Waraqah.Setelah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w., Waraqah berkata,“Demi Zat yang jiwaku berada di tangan -Nya, sesungguh kamu adalahnabi umat ini. Telah datang kepadamu namus akbar yang dulu pernahdatang kepada Musa.” 4

❷ Al-Syeikh mengekalkan riwayat al-Bukhari berikut:

“Wahyu terputus beberapa waktu sehingga Rasulullah s.a.w. bersedih.

Disebabkan itu, berkali-kali baginda lari untuk menjatuhkan diri ke puncak gunung. Setiap kali baginda sampai di puncak gunung dan telahbersiap- siap untuk melompat, Jibril menampakkan diri dan berkata, „Hai

Muhammad, sesungguhnya kamu benar- benar seorang rasul.‟ Mendengarkan suara itu, perasaannya menjadi tenang dan jiwanya puntenteram sehingga baginda pulang. Namun begitu, setelah pulang dari

sana, wahyu tidak juga turun. Keesokan harinya baginda melakukan hal yang sama. Tatkala sampai di puncak gunung, Jibril kembalimenampakkan diri dan mengatakan seperti apa yang dikatakan t adi.”

5

ANALISA AWAL:

Daripada nas yang ditinggalkan oleh Al-Syeikh, kita dapati kemungkinan al-Syeikh telahmenemui kritikan terhadap riwayat at- Ṭobari dan Ibnu Hisyam. Lalu beliau membuangriwayat berkenaan. Tetapi dia mengekalkan riwayat yang ada di dalam Ṣahih al-Bukharidengan kemungkinan ia ada kebenaran. Tetapi ia masih lagi bersikap berhati-hati denganmenyebutkan muqaddimah berikut:

“Selama hari -hari terhentinya wahyu, Rasulullah s.a.w. berdiam diridengan perasaan sedih dan hilang kegembiraan. Jiwa baginda diselimutikebimbangan dan goncangan yang dahsyat.”

Memang benar Nabi SAW merasa sedih. Ini bertepatan dengan kitab Sahih al-Bukhari, bilangan: 4953, Kitab at-Tafsir , bab Firman Allah: Iqra‟ bismi rabbika al -lazi khalaq.

“... Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dan wahyu terhenti sehingga Rasulullah SAW bersedih.”

4Diringkas daripada Ibnu Hisyam, al-Sirah al-Nabawiah , jil I, hlm. 238.5 Sahih al-Bukhari: 6982

Page 4: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 4/10

4

Saya menyangka bahawa al-Syeikh tidak menyebutkan Nabi cuba membunuh diri didalam tulisannya kerana bersikap berhati-hati. Bahkan, al-Syeikh tidak memanjangkanisu ini sepertimana yang dia lakukan di dalam isu tempoh Nabi berada di Gua Hira’

Maka, kita berharap itulah keadaan al-Syeikh. Beliau telah meninggal dunia, lalu bersangka baik adalah lebih baik.

KEPUTUSAN AWAL

Berdasarkan kepada sangkaan awal, saya menyatakan bahawa cerita berkenaan tidaksahih kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri hadis palsu iaitu bertentangan dengan al-Qurandan Hadis-hadis sahih yang menyatakan kejian terhadap pelaku bunuh diri.

Firman Allah SWT:

ض ا رة ن ن ب ا ا ا آ ا رح ن ن ا ا و

29. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan

sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

(An- Nisa’: 29)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

ا ف ا خ دى ف ف ر ج ف ف ج دى

ف ف ا و اب خ ه ف ر ج ه ف

ف ر ف ب ه ف ة ف ا و ب ا ف

ا ب ا ف ا خ «ج

Sesiapa yang membunuh diri dengan cara mencampakkan diri dari atasbukit, dia akan berada di dalam neraka jahannam secara kekal danberterusan mencampakkan dirinya selama-lamanya. Sesiapa yangmembunuh diri dengan meneguk racun, maka racun akan terus berada ditangannya dan dia akan meneguk racun berkenaan di dalam api neraka

selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu objektajam maka objek itu akan terus berada di tangannya di dalam api nerakadan akan kekal bersamanya dan terus menikamnya selama-lamanya.

Page 5: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 5/10

5

(HR Al-Bukhari: 5778)

Maka, setelah ayat al-Quran dan Hadis sahih telah menguatkan tentang keburukan bunuhdiri, maka ia tidak sesuai dilakukan oleh Nabi SAW yang sentiasa menjadi pedoman

untuk perkara kebaikan dan manusia yang terbaik di dalam memahami akhlak manusiaterpilih.

KRITIKAN HADIS

Bagi memudahkan penilitian, saya akan bahagikan analisa kepada 4 bahagian.

1. Rekod hadis2. Sanad hadis3. Isi kandungan pertama hadis 69824. Isi kandungan kedua hadis 6982

❶ Bahagian 1: Rekod Hadis

Di dalam sub bab: Jibril Menurunkan Wahyu , Al-Syeikh Sofiyurrahman telahmemasukkan hadis riwayat `Aisyah yang menceritakan tentang peristiwa penurunanwahyu. Beliau mengekalkan hadis ini di dalam penilaian semula yang berakhir pada 26Ogos 1994.

Pada bahagian nota kaki hadis berkenaan, al-Syeikh telah menulis:

“Sahih al -Bukhari, halaman (3). Al -Bukhari telah merekodkan h adis ini di dalam kitab

at-Tafsir dan at-Ta`bir ar- Ru’ya dengan ada sedikit perbezaan pada lafaz . Jugaterdapat di dalam bilangan (3392, 4953, 4955-4957, 6982). Imam Muslim pulamerekodkan di dalam Kitab al- Imān (252).”

Apakah perbezaan yang dimaksudkan oleh al-Syeikh?

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya perincikan dengan beberapa bahagian kisah berikut:

Kisah ① : Aisyah bercerita bahawa permulaan sebelum Nabi menerima wahyu ialah baginda mengalami mimpi yang berupa mimpi-mimpi benar yang terang seperti sinaran

falak subuh.

Kisah ② : Setelah itu, Nabi merasa suka untuk bersendiri di Gua Hira’. Dia diberi bekaloleh Khadijah. Apabila bekalan telah habis, Nabi akan pulang ke rumah untukmengambil bekal lain kemudian kembali semula ke Gua Hira’.

Page 6: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 6/10

6

Kisah ③ : Di Gua Hira’ Nabi bertemu seoran g malaikat yang menyuruh bagindamembaca selama 3 kali. Dalam keadaan itu Nabi berkata “Aku tidak tahu membaca.”Kemudian diturunkan ayat 1-5 surah Al-`Alaq.

Kisah ④ : Rasulullah berasa gementar lalu pulang kepada Khadijah.

Kisah ⑤ : Dia berkata: Selimutkanlah aku. Maka khadijah menyelimutkan Nabi. Setelahkegelisahan Nabi reda, maka baginda berkata kepada Khadijah, “Apa sudah jadi padadiriku? Lalu khadijah mengiktiraf Nabi dengan kebaikan yang terkenal pada diri baginda.

Kisah ⑥ : Khadijah membawa Nabi bertemu Waraqah bin Naufal yang merupakanseorang tokoh ilmuan beragama Nasrani. Apabila Nabi bercerita tentang peristiwa dia

bertemu malaikat, maka Waraqah berkata: Dia ialah An-Namus yang datang kepadaMusa. Sekiranya Waraqah masih hidup, dia akan bersama membela Nabi ketika kaumnyamenghalau Nabi.

Kisah ⑦ : Setelah bertemu Waraqah, Wahyu terhenti beberapa ketika dan nabi menjadisedih.

Kisah ⑧ : Diceritakan bahawa Nabi pergi ke gunung untuk mencampakkan diri.

Rujuk perbezaan kandungan kisah berkenaan di dalam jadual berikut:

No Hadis Kisah1

Kisah2

Kisah3

Kisah4

Kisah5

Kisah6

Kisah7

Kisah8

3392 / /4953 / / / / / / /

4955 / /4956 / /4957 /6982 / / / / / / / /

Dapatan maklumat: Daripada rajah di atas, maka kita dapat simpulkan bahawa kisah Nabi pergi ke gunung untuk mencampakkan diri hanya terdapat pada hadis bilangan6982 . Manakala pada nombor lain tidak diceritakan kisah ini.

Demikian juga, Imam Muslim tidak merekodkan kisah berkenaan di dalam hadis bilangan 252/160. Kitab al-Iman, Bab Permulaan Wahyu.

Namun, intipati kisah berkenaan terdapat di dalam riwayat yang lain. Antaranya ialah:

► Musnad Imam Ahmad (25959), dan Sahih Ibnu Hibban (33) Syeikh Syu`aib al-Arnaouth berkata: Isnad hadis ini sahih bertetapatan dengan syarat al-Syaikhainmelainkan kata- kata berikut: “Sehingga Rasulullah SAW merasa sangat sedih (danseterusnya)...” ia ialah balaghāt al -Zuhri, ianya wahīyah (lemah).

Page 7: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 7/10

7

► Musannaf Abdul Razzaq (9719), wujud keterlibatan Ma`mar. Al-Iman oleh IbnuMandah ( 683), wujud keterlibatan Ma`mar.

► Al- Ṭobaqāt al -Kubrā 1/196 Di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin `Amrūal-Waqidi, Al- Hafiz Ibnu Hajar menyatakan: Matruk sekalipun luas ilmunya.” Begitu

juga terdapat perawi bernama Ibrahim bin Muhammad iaitu Ibnu Abi Yahya yang disebutoleh Al-Hafiz: Matruk.

► Tārikh al -Ṭobarī ( 1/532-533), Di dalam matan hadisnya menyatakan Nabi bertemuJibril dalam mimpi, bukan jaga! Ini menunjukkan kemunkaran hadis ini.

❷ Bahagian Kedua: Sanad Hadis

Di dalam sanad hadis al-Bukhari yang telah kita sebutkan, hanya 2 tempat sahaja wujudketerlibatan perawi bernama Ma`mar.

Pada hadis bilangan 4956, ia menyebutkan hadis berikut:

Perkara pertama yang dialami oleh Rasulullah SAW ialah mimpi yangbenar, datang padanya malaikat lalu ia berkata: Iqra‟ bismirabbika...(Al -`Alaq; 1-5)

Hadis berkenaan tiada isu kerana ia juga diriwayatkan di dalam bilangan yang lain. Ataulebh tepat, ia juga diriwayatkan oleh anak murid al-Zuhri yang lain.

Namun, riwayat Ma`mar pada bilangan 6982 terdapat 2 kecacatan (` Illah ).

① Ma`mar adalah perawi yang sahih, tetapi dia bersendirian di dalammeriwayatkan hadis ini. Terdapat tambahan kisah yang tidak ada pada riwayatyang lain. Di dalam riwayat `Uqail daripada Ibnu Syihab dan riwayat Yunus daripadaIbnu Syihab tidak terdapat tambahan berkenaan. Ini menjadikan riwayat berkenaan Syaz(diragui).

② Hadis berkenaan menjadi mursal dan mu`a ḍol kerana yang menyebutkan “Apayang sampai kepada kami,” ialah al -Zuhri. Ia bukan kata-kata Aisyah. Ia difahamidaripada bentuk penceritaan hadis berkenaan. Inilah yang ditegaskan olehal-Hafiz IbnuHajar di dalam ulasan hadis ini.

Al-Zuhri adalah seorang Tāb`in yang tidak mendengar terus sesuatu hadis daripadaRasulullah. Bahkan dia tidak menyatakan nama sahabat yang dia sandarkan kepadatambahan ini. Balāghāt al -Zuhri atau orang lain tidak diterima kerana sanadnya terputusdaripada sumber utama.

Maka riwayat hadis ini diragui dan jatuh pada pangkat Dhoif.

❸ Isi kandungan pertama hadis 6982

Page 8: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 8/10

8

Isi kandungan pertama hadis ini bertepatan dengan riwayat yang lain. Antaranya ialahhadis al-Bukhari bilangan 4953 dan Muslim 252/160.

❹ Isi kandungan kedua hadis 6982

Di dalam hadis bilangan 6982, terdapat tambahan yang mengelirukan seperti berikut:

وف ل ف ق ا ا س ش ر و دى را ا ا غ حز ب ف

روة ج ل ا ك ر ل : ف ج ى ا غ ح ة ا ف جع فذا ف و ك جش ح ف

ج ى روة ج ذك فذا وف ذكث ث ل ف

Apa yang sampai kepada kami, beliau pergi beberapa kali untukmenjatuhkan diri dari puncak gunung. Sesampainya beliau di puncak gunung untuk menjatuhkan diri, Jibril pun menjelma seraya berkata:„Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau benar -benar utusan Allah.‟

Rasulullah pun kembali tenang dan beliau pulang kembali. Namun setiapkali wahyu terputus lama, maka beliau berbuat perkara yang sama,

sehingga saat sudah di puncak gunung, Jibril pun menjelma lagi danmengatakan yang sama seperti sebelumnya .

Bagi isi kandungan ini, Imam al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

Ucapan di dalam hadis tersebut, “Untuk beberapa lama sehingga Nabi SAW merasa sedihmenurut berita yang sampai kepada kami” sampai ke akhir hadis ialah tambahan Ma`marmelalui riwayat `Uqail dan Yunus. Cara persembahan pengarang boleh mengundang salah

faham bahawa ucapan ini juga ada pada riwayat `Uqail dan Yunus... Manakala sepengertahuan saya, ia hanya terdapat pada riwayat Ma mar sahaja.

Al-Isma`ily juga menerangkan: Tambahan ini ada di dalam riwayat Ma`mar. Hadis ini jugadiriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Ismaili dan lain-lain. Abu Nu`aim juga meriwayatkandaripada riwayat sekolompok murid al-Lais daripada al-Lais tanpa tambahan ini.

ر خ وص م ن ف ج ا زي و ا ب ئ ف ل ا صن ا

ص زي و غت ا ب و ه ا ف و ا Sesungguhnya yang berkata, 'apa yang sampai kepada kita' (balaghana) adalah al-

Zuhri6 . Perkataan ini bermakna kenyataan tersebut telah sampai kepada kita khabar

6 Ibnu Syihab al-Zuhri

Page 9: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 9/10

9

kisah ini dari Rasulullah SAW dan ia merupakan balā ghat al-Zuhri dan ia tidakbersambung sanadnya.

ر ووع د ا ن ب ن و ظ ا ا : فول ا دو ب

" ف ظ " و ب " ف ط ب ق صا ة حزن ا زي و ا روا رج ر خه ف آ " ا غ حز و ا وة

ا ول وا ئ

Al-Kirmani berkata: Inilah yang nyata tetapi mungkin sampai padanya melalui sanadtersebut. Di dalam Tafsir Ibnu Mardawaih terdapat satu riwayat daripada jalan

Muhammad Bin Kasir 7 daripada Ma‟mar dengan tiada lafaz “apa yang sampai pada

kami” dan juga “terhenti (wahyu) sehingga baginda s.a.w sedih sehingga menyebabkandia pergi ” hingga akhir sehingga menjadi semua itu termasuk di dalam riwayat al-Zuhri

dan daripada „Urwah dari pada „Aisyah. Dan yang pertama (terhenti pada al-Zuhri)adalah lebih terpakai. ”

Dapat difahami daripada kata-kata al-Kirmani bahawa al-Bukhari menambah dalamriwayat berkenaan “Fima Balaghana” bagi memudahkan orang untuk membezakan antarahadis yang sahih dan juga tambahan al-Zuhri.

BALĀGHĀT

Maksud Balāghāt ialah hadis -hadis yang diriwayatkan oleh perawi dengan menggunakanistilah Balaghani atau Balaghana tanpa menyebutkan secara lengkap sanad-sanadnya.

Bagi orang yang mengetahui ilmu istilah Balāghāt ini nescaya tidak akan keliru dengan pendekatan Imam al- Bukhari ini. Para ulama tidak menerima Balāghāt al -Zuhri ataupunorang lain melainkan ia bertepatan dengan hadis yang sahih.

KESIMPULAN KAJIAN

Setelah dinyatakan dapatan kajian di atas, maka berikut ialah kesimpulan yang dapatkami nyatakan:

❶ Sekalipun hadis dakwaan Nabi Muhammad cuba untuk membunuh diri ini datang

daripada rekod Imam al-Bukhari, ia tidak sahih.

❷ Kisah berkenaan adalah daripada al-Zuhri. Bukan daripada kisah Aisyah.

7 Hadis Muhammad bin Kasir al-San`ani tidak boleh dijadikan hujjah untuk menjadi Mutaba`at kerana dia ialah perawi dhoif.

Page 10: Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

8/19/2019 Penelitian Sirah Benarkah Nabi Cuba Bunuh Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penelitian-sirah-benarkah-nabi-cuba-bunuh-diri 10/10

10

❸ Tidak semua yang ada di dalam Sahih al-Bukhari adalah sahih. Tetapi kebanyakkanhadisnya adalah sahih. Namun, kita menyatakan bahawa Kitab Sahih al-Bukhari ialahkitab yang paling banyak menyatakan riwayat sahih. Ia tidak setanding dengan al-Quranyang tidak ada sebarang keraguan.

Bahkan Imam al-Bukhari telah menyatakan hadis Dhoif di dalam kitab beliau. Contohnyamenyatakan seperti berikut:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah se cara marfu`, “Imam tidak bolehmengerjakan solat sunnah di tempat dia mengerjakan solat fardhu.”Tetapi ia tidak sahih.

Perkataan, “Tetapi ia tidak sahih” menunjukkan bahawa Imam al -Bukhari mahumenyatakan bahawa sanad hadis tersebut dhoif.

Rujukan:

Kitab:

1) Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Ṣahih al- Bukhāri, Maktabah Fayyaḍ ,Al-Mansūrah, 2011.

2) Ibnu Hajar al- `Asqalāny, Fathul Bārī, Jilid 12, H. 459. Al -Maktabah al-Taufiqiyyah, Mesir.

3) Sofiyurrahman al-Mubarakfuri, Al- Rahīq al -Makhtūm, Dār al -Wafā’, Mesir .2010.

4) Sofiyurrahman al-Mubarakfuri, Al- Rahīq al -Makhtūm – Sirah Nabi, KemilauPublika SDN BHD, Selangor 2013.

Laman Web:1) Islamqa.info (152611: ت و سعصلر ن و دب وس )

http://islamqa.info/ar/152611 di rujuk pada tarikh 22 November 2015.2) titian-sebenar.blogspot.com (Menjawab syubhah nabi muhammad s.a.w ingin

membunuh diri) http://titian-sebenar.blogspot.my/2011/05/menjawab-syubhah-nabi-muhammad-saw.html di rujuk pada tarikh 22 November 2015.

Video:

1) www.youtube.com, Maulana Asri : Rasulullah SAW di katakan pernah inginMEMBUNUH DIRI ? dirujuk pada tarikh 22 November 2015.

2) www.youtube.com, UFB - Menjawab Fitnah Nabi Cuba Bunuh Diri, dirujuk padatarikh 22 November 2015

Software:

1) Maktabah al- Shāmilah, versi 3.61.