Bunuh diri

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bunuh diri

Citation preview

Bunuh diriialah perbuatan untuk menamatkanhayatatau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut kitabIslam,Kristian, danYahudi, membunuh diri adalah satu dosa besar.

Di negara-negara yangsenjata apiboleh didapati dengan mudah, banyak kes membunuh diri melibatkan penggunaannya. Sebenarnya, melebihi sedikit 55% daripada kejadian membunuh diri yang dilakukan diAmerika Syarikatpada tahun2001adalah membabitkan senjata api.[1]Kaedah-kaedahpengasfiksian, termasukgantung leher, sertaperacunandandos berlebihan) adalah agak biasa juga. Setiapnya merupakan lebih kurang 20% daripada kes bunuh diri di Amerika Syarikat pada tempoh yang sama. Kaedah-kaedah bunuh diri yang lain termasuktrauma kekerasan(umpamanya, lompat dari bangunan atau jambatan, atau melangkah ke hadapan kereta api),pengeksanguinatanatau pelepasan darah (menoreh pergelangan tangan ataukerongkong),pengorbanan diri,Bunuh diri dengan kejutan elektrik, perlanggaran kereta, dankebuluransengaja.

Sebab-sebabTidak adanya satu faktor tunggal yang dapat diterima sebagai sebab sejagat untuk membunuh diri. Bagaimanapunkemurunganmerupakanfenomenayang paling biasa di kalangan mereka yang membunuh diri. Faktor-faktor yang berkait adalah seperti yang berikut: Sakit(umpamanya sakit yang amat sangat atau penderitaan yang tidak dapat dirawat) Tekanan(umpamanyakesedihanselepas kematian orang kesayangan) Jenayah(umpamanya mengelakkanhukumandanpenyahinsanian, atau juga kebosananpemenjaraan) Penyakit jiwadanketakdayaan(umpamanyakemurungan,gangguan dwikutub,trauma, danskizofrenia) Kecederaan yang membawa bencana (umpamanyakelumpuhan,kecacatan, dan kekudungan) Penyalahgunaan dadah Persekitaran yang tidak menyenangkan (umpamanyapenganiayaan seks,kemiskinan,ketiadaan tempat berteduh,diskriminasi,pembulian, ketakutan akanpembunuhandan/ataupenyeksaan) Kerugiankewangan(umpamanyaketagihan perjudian,pengangguran, kehilanganharta, kejatuhanpasaran saham, danhutang) Persoalan-persoalan seksyang tidak dapat diatasi (umpamanyalencongan seks,[2]cinta yang tidak berbalas, dankeruntuhan perkahwinan) Untuk mengelakkan rasa malu atau aib (umpamanya dalam ajaranBushido, jika seseorangsamuraigagal mempertahankan maruahnya, dia boleh mengambil jalan keluar dengan melakukanseppuku.) Sikap suka ambil tahu(umpamanya keperluan untuk mengetahui keadaan selepas seseorang mati) Kebosanan(umpamanya ketakpuasan terhadap kehidupan boleh mengakibatkan kes membunuh diri yang lebih terancang) Terorismeboleh juga merupakan motif untuk membunuh diri, khususnya pembunuhan yang berkait dengan yang berikut: agama(umpamanyapengeboman bunuh diri, dankultusPintu Syurga) nasionalisme berketerlaluan(umpamanya serangankamikaze,Selbstopfer, danKaiten(senjata bunuh diri))[sunting]Bunuh diri dan penyakit jiwa[sunting]Epidemiologi

Edouard Manet:Suicide, 1877Rencana utama:Epidemiologi dan perkaedahan Bunuh diriMenurut statistik rasmi, lebih kurang sejuta orang membunuh diri pada setiap tahun, iaitu lebih daripada bilangan mereka yang dibunuh serta juga bilangan yang dikorbankan dalam peperangan.[3]. Pada tahun2001, kes membunuh diri diAmerika Syarikatmelebihihomisiddengan 3 mangsa berbalas 2, dan melebihi kematian akibatAIDSdengan 2 mangsa berbalas 1.[4]Jantina dan kes membunuh diri: Di dunia Barat, lebih banyaklelakimati akibat membunuh diri berbanding denganperempuan, manakala perempuan lebih kerap mencuba membunuh diri berbanding dengan lelaki. Sesetengahpakar perubatanmempercayai bahawa ini disebabkan oleh fakta bahawa lelaki lebih cendurung menamatkan hayat melalui cara-cara yang ganas (senjata api,pisau,gantung leher,mati lemas, dll.), manakala perempuan biasanya menggunakan carados berlebihanatau kaedah-kaedah lain yang kurang berkesan. Bagaimanapun, pakar-pakar yang lain menganggap bahawa perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan antarapsikologilelaki dan psikologi perempuan, dengan lelaki mempunyai sikap operasi dan perempuan lebih menyedari nuansa sosial.[5]Stigma sosial yang lebih besar terhadap kemurungan lelaki, serta kekurangan rangkaian sokongan dan bantuan sosial untuk kemurungan mereka sering dikenal pasti sebagai alasan-alasan yang utama untuk kadar membunuh diri lelaki yang tidak seimbang. Selain itu, membunuh diri sebagai "suatu teriakan untuk bantuan" tidak diperlihatkan sebagai suatu pilihan yang sesuai oleh orang-orang lelaki. Biasanya, kadar membunuh diri di kalangan kaum lelaki adalah 3 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding dengan kaum wanita, dengan 5 kali atau lebih merupakan sesuatu yang tidak luar biasa.Kadar mortalitilelaki berlebihan yang diakibatkan oleh kes membunuh diri juga nyata daripada data negara-negara bukan Barat. Pada tahun 1979-81, 74 negara melaporkan sekurang-kurang satu kes membunuh diri. Salah dua daripada negara-negara tersebut melaporkan kadar yang sama untuk kedua-duajantina:Seychelles, danKenya. Tiga buah negara melaporkan kadar wanita yang melebihi kadar lelaki:Papua New Guinea,Macau, danGuiana Perancis. 69 buah negara yang tinggal mempunyai kadar membunuh diri lelaki yang melebihi kadar perempuan.[6]Barraclough mendapati bahawa kadar perempuan di kalangan mereka yang berumur antara 5-14 tahun adalah sama atau melebihi kadar lelaki hanya di 14 buah negara, khususnya diAmerika Syarikatdan diAsia.[7]Kadar-kadar membunuh diri negarakekadang cenderung menjadi stabil. Umpamanya, kadar-kadar untukAustralia,Denmark,England,Perancis,Norway, danSwitzerlandpada tahun 1975 tidak melebihi 3.0 per 100,000 orang penduduk daripada kadar tahun1875(Biro Statistik Australia, 1983; Lester, Patterns, 1996, m.s. 21). Kadar-kadar pada tahun1960tidak melebihi 2.5 per 100,000 orang penduduk di Australia,Belgium, Denmark, England &Wales,Ireland,Jepun,New Zealand, Norway,Scotland,Afrika Selatan,Sepanyol,Sweden, danBelandadaripada kadar tempoh 1910-14. (Lester, Patterns, 1996, m.s. 22).Terdapat banyak perbezaan antara kadar-kadar membunuh diri negara. Dapatan daripada dua kajian menunjukkan perbezaan antara 0 dan melebihi 40 kejadian per 100,000 orang penduduk.[8]Kadar-kadar membunuh diri negara kelihatan sejagat dan menunjukkanaliran sekularyang menaik. Arah aliran untuk negara-negara Eropah telah didokumenkan dengan rapi,[9]dengan kadar-kadar membunuh diri yang naik dengan perlahan-lahan mungkin disebabkan secara tak langsung oleh kadar kematian atas sebab-sebab yang lain semakin menurun . Dengan kata yang lain, penurunan kadar kematian, akibat sebab-sebab yang lain selain daripada membunuh diri, mendedahkan kecenderungan terselindung dahulu untuk membunuh diri.[10][11]Bangsa dan membunuh diri: Sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat,orang Kaukasialebih kerap membunuh diri berbanding denganorang Amerika-Afrika. Ini adalah benar bagi kedua-dua jantina. Orang-orang Kaukasia bukanAmerika Latinhampir 2.5 kali lebih mungkin membunuh diri, berbanding dengan orang-orang Amerika-Afrika atau orang-orang Amerika Latin.[12]Umur dan membunuh diri: Sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat, lelaki-lelaki yang berumur melebihi 70 tahun lebih kerap membunuh diri berbanding dengan lelaki-lelaki yang lebih muda. Tidak terdapat arah aliran ini untuk kaum perempuan. Lelaki-lelaki Kaukasia bukan Amerika Latin yang lebih tua lebih kerap membunuh diri berbanding dengan para lelaki dan wanita yang lebih tua bagi mana-mana kelompok yang lain, dengan ini menyebabkan kadar Bunuh diri yang lebih tinggi di kalangan orang Kaukasia. Sebaliknya, kadar membunuh diri lelaki Kaukasia yang berumur 20-an adalah lebih sedikit sahaja daripada kadar-kadar lelaki Amerika-Afrika atau Amerika Latin dalam kumpulan umur yang sama.Musim dan membunuh diri: Manusia membunuh diri lebih kerap padamusim bungadanmusim panas. Tanggapan bahawa membunuh diri adalah lebih kerap pada cutimusim sejuk(termasukKrismasdihemisfera utara) adalah suatu tanggapan salah yang umum.[13][sunting]Alasan-alasan lain[sunting]Pembunuhan sebagai bentuk keingkaran dan bantahan

Pengorbanan diriThch Qung c.Bunuh diri yang sungguh berani dan yang bertujuan untuk menghasilkan kebaikan yang lebih besar kepada orang-orang lain sering disanjung. Umpamanya,Mahatma Gandhimelakukanmogok laparuntuk mencegah pertempuran antara orang-orangHindudengan orang-orangIslamdan walaupun beliau dihentikan sebelum maut, beliau kelihatan rela matikebuluran. Ini menarik perhatian kepada perjuangannya dan menjanakan hormat yang amat kepada beliau sebagai seorang pemimpin rohaniah.Pada dekad1960-an, sami-samiagama Buddha, khususnyaThch Qung cdiVietnam Selatan, menarik perhatiandunia Baratterhadap bantahan-bantahan mereka yang menentang PresidenNg nh Dimmelaluipembakaran diri sehingga mati. Peristiwa-peristiwa yang serupa dilaporkan semasaPerang DingindiEropah Timur, umpamanya kematianJan Palachselepas seranganKesatuan Sovietke atasCzechoslovakia, ataupengorbanan diriRomas Kalantadi lebuh rayaKaunas,Lithuaniapada tahun1972. Lebih terkini (November2006),Malachi Ritscher, seorang aktivitis anti-perangAmerika Syarikat, membunuh diri melalui pengorbanan diri sebagai bantahannya terhadapPerang Iraq.Para pengkritik mungkin melihat pembunuhan-bunuh diri ini sebagai suatu perbuatan yang tidak produktif dan memperdebatkan bahawa pejuang-pejuang itu akan mencapai hasil yang lebih besar jika mereka menghabiskan seumur hidup mereka dalam perjuangan aktif. Bunuh diri atau percubaan untuk membunuh diri sebagai cara untuk menghasilkan perubahan sosial atau politik adalah berkait dengankesyahidan.[sunting]Bunuh diri ketenteraanPada hari-hari terakhirPerang Dunia IIyang terdesak, banyak juruterbangJepunbersukarela untuk menyertai misi-misikamikazedalam suatu percubaan untuk menangguhkan kekalahan empayar mereka. DiJerman Nazi, skuadron-skuadronLuftwaffeedibentuk untuk menghentamB-17Amerika Syarikatsemasa melakukan misi-misi pengeboman siang. Perbuatan itu bertujuan untuk menangguhkan kemenanganPihak Berikatyang amat mungkin. Bagaimanapun dalam kes ini, ilhamnya berasal terutamanya daripada serangan-serangan hentamtaranSovietdanPoland, dengan kematian juruterbang mereka merupakan sesuatu kejadian yang tidak diingini. Adakah juruterbang-juruterbang tersebut terlibat dalam sebuah tindakan yang sungguh berani tanpamementingkan diriatau adakah mereka hanya berbuat demikian kerana menghadapi tekanan sosial yang kuat sangat merupakan suatu persoalan perdebatan sejarah. Tentera Jepun juga membina kapal-kapal selambunuh diri "torpedo manusia" seorang.Walau bagaimanapun, bunuh diri adalah agak biasa dalam peperangan pada sepanjang sejarah, dengan askar-askar dan orang-orang awam membunuh diri untuk mengelakkan penangkapan danpengabdian(termasuk gelombang bunuh diriJermandan Jepun pada hari-hari terakhir Perang Dunia II). Komander-komander membunuh diri sebagai ganti untuk menerima kekalahan. Tingkah laku yang boleh diperlihatkan sebagai bunuh diri sering berlaku dalam pertempuran. Umpamanya, askar-askar dalamPertempuran Waterloomemilih untukmenghadapi tembakan-tembakanmeriamsebagai ganti untuk mengelak dan menjejaskan askar-askar mereka yang lain.Peluruan Briged RingandalamPerang Crimea,Peluruan PickettdiGettysburgdalamPerang Saudara Amerika, dan peluruanpasukan askar berkudaPerancisdalamPertempuran Sedan, sebahagianPerang Perancis-Prusia, merupakan serangan-serangan yang berterusan walaupun para penyerang itu telah sedar bahawa serangan-serangan mereka itu tidak mungkin akan berjaya dan hanya akan membawa maut kepada kebanyakan mereka. Askar-askarinfantriJepun yang biasanya bertempur sehingga askarnya yang terakhir melancarkanserbuan Banzaiyang mengakibatkan bunuh diri semasa pertempuran-pertempurankepulauan Pasifikdalam Perang Dunia II. DiSaipan,Okinawa, orang-orang awam melibatkan diri dalam bunuh diri. Serangan-serangan bunuh diri oleh para juruterbang adalah sesuatu perbuatan yang agak biasa dalamabad ke-20: serangan-seranganpesawat torpedoAmerika Syarikat dalamPertempuran Midwayadalah amat serupa dengan serangankamikaze.Selain itu,tindakan jatuh pada grenad, suatu tindakan yang hampir tentu akan mengakibatkan kehilangan nyawa askar yang terlibat dalam proses tersebut dan yang dilakukan dengan harapan untuk melindungiplatunnyadaripada serpihan-serpihan grenad dan/atau peletupan, boleh diperdebatkan sebagai suatu tindakan bunuh diri ketenteraan. Rujukan ini kepada bunuh diri juga melahirkan ungkapan-ungkapan harianbahasa Inggeris, khususnya dalam bidangperniagaan, seperti "menyertai pasaran tanpa satu produk yang berdaya maju merupakan suatu tindakan membunuh diri" yang merujuk keadaan yang tidak ada harapan.[sunting]Pandangan tentang bunuh diri[sunting]PerubatanRencana utama:Pandang perubatan tentang bunuh diriPembentukan idea bunuh diri ialah suatu persoalankesihatan mentalyang dianggap sebagaikecemasan perubatan. Orang-orang yang telah menyatakan rancangan-rancangan mereka untuk memudaratkan diri harus dinilai oleh pakar-pakar kesihatan mental dengan secepat mungkin. Ini adalah penting, khususnya jika cara-cara untuk membunuh diri (senjata, drug, atau kaedah-kaedah yang lain) sedia ada, atau jika pesakit itu telah merancang dengan terperinci untuk membunuh diri. Kawan-kawan atau keluarga kepada seseorang yang mengugut untuk membunuh diri harus memanggil talian penting9-1-1dengan segera. DiAmerika Syarikat, seseorang yang telah menyatakan tujuannya untuk mengapa-apakan diri dianggap secara automatik sebagai tidak mempunyaikeupayaan mental kiniuntuk menolak rawatan dan oleh itu, boleh dihantar kejabatan kecemasanwalaupun bertentangan dengan kemahuannya. Seorangpakar perubatan kecemasanakan menentukan adakah rawatan pesakit dalam di dalam sebuahkemudahan rawatan kesihatan mentaldiperlukan. Pembicaraan mahkamah boleh diadakan untuk menentukankompetenspesakit.Orang-orang yang murung dianggap sebagai kumpulan risiko tinggi untuk tingkah laku bunuh diri. Talian-talian penting bunuh diri boleh didapati dengan mudah, dan mungkin dapat membantu. Bagaimanapun, sambutan yang negatif dan yang seringnya terlalu klinikal (umpamanya dicap, diugut akan dipenjarakan, atau diberikan dos perubatan yang lebih tinggi) oleh pakar-pakar perubatan telah mengakibatkan banyak orang yang mahu membunuh diri menjawab dengan lebih berhati-hati tentang sejarah kesihatan mental atau fikiran-fikiran membunuh diri mereka. Ini telah menjejaskan keberkesanan sebilangan rawatan.[sunting]KebudayaanRencana utama:Pandangan kebudayaan tentang bunuh diriPadaZaman Negeri-negeri BerperangdanZaman EdodiJepun, parasamuraiyang gagal mempertahankan maruah mereka boleh memilih untuk menamatkan hayat mereka melaluiharakiri(hara = perut, kiri = potong) atauseppuku, sejenis kaedah yang melibatkan samurai menggunakanpedanguntuk memotongperutsendiri. Perut biasa dipotong secara serong dengan tangan tulis samurai dari atas, dan telah lama dianggap sebagai bentuk kematian yang hormat (walaupun dilakukan untuk menghukum keaiban). Walaupun luka tersebut jelas membawa maut, seppuku tidak selalunya boleh dianggap sebagai bunuh diri berdasarkan alasan-alasan teknik kerana pembantu samurai (kaishaku) akan bersedia untuk menamatkan sebarang penderitaan denganmemancang kepalasamurai itu dengan serta-merta kekadang sebaik sahaja pedang baru membuat luka yang kecil pada perut.[sunting]AgamaRencana utama:Pandangan agama tentang bunuh diridosa yang sangat besar karena mendahului mautnya.[sunting]Perdebatan tentang bunuh diriRencana utama:Pandangan falsafah tentang bunuh diri

Mesin eutanasia.Sesetengah orang melihat bunuh diri sebagai suatu pilihan peribadi yang sah dan sebagai salah satuhak asasi manusia(dalam bahasa percakapan, dikenali sebagai gerakanhak untuk mati), dan mempertahankan bahawa tiada orang yang harus dipaksa untuk menderita bertentangan dengan kehendaknya, khususnya dalam kes-kes penyakit yang tidak dirawat, sakit jiwa, dan umur tua yang tidak mempunyai sebarang kemungkinan untuk dipulih. Penyokong-penyokong pandangan ini menolak kepercayaan bahawa bunuh diri selalu tidak rasional dan sebaliknya, memperdebatkan bahawa ia adalah jalan keluar yang sah, walaupun mendadak, untuk mereka yang mengalami sakit yang teruk atau trauma. Sudut pandangan ini amat popular di benuaEropah[2], denganeutanasiadan topik-topik lain yang serupa biasanya dibincangkan di dalam parlimen, walaupun sudut pandangan ini juga mendapat banyak sokongan di Amerika Syarikat.Sebahagian kumpulan tersebut yang lebih kecil menganggap bahawa bunuh diri ialah hak peribadi yang tidak boleh dipersoalkan bagi sesiapa (termasuk juga orang-orang muda dan sihat) yang mempercayai bahawa dia telah mencapai keputusannya dengan rasional dan dengan hati nurani. Antara penyokong-penyokong terkenal aliran fikiran ini ialahArthur Schopenhauer,ahli falsafahpesimisJerman.[3]. Kumpulan ini sering menyokong pembubaran statut-statut yang mengehadkan kebebasan orang-orang yang diketahui hendak membunuh diri, umpamanya undang-undang yang membenarkan mereka dipaksa memasukkan ke hospital kesihatan mental bertentangan dengan kehendak mereka.Bagaimanapun, para pengkritik memperdebatkan bahawa dorongan untuk membunuh diri adalah hasil yang diwujudkan oleh penyakit mental dan oleh itu, tidak merupakan suatu perbuatankepentingan diriyang rasional. Disebabkan oleh keseriusan dan ketakbolehbalikan keputusan untuk membunuh diri, adalah lebih cermat bagi masyarakat bersikap terlalu belas ihsan untuk memperlindungi orang-orang yang hendak membunuh diri.[sunting]Rujukan1. http://www.preventsuicidenow.com/suicide-statistics.html2. http://www.med.uio.no/ipsy/ssff/engelsk/menuprevention/Friis.htm3. "Pencengahan membunuh diri".Tapak WHO: Kesihatan Mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 16 Februari 2006.http://www.who.int/mental_health/prevention/suicide/suicideprevent/en/. Diambil 11 April 2006.4. "Statistik membunuh diri remeja".Pencegahan membunuh diri Anak Remaja. FamilyFirstAid.org. 2001.http://www.familyfirstaid.org/suicide.html. Diambil 11 April 2006.5. Cantor CH.Suicide in the Western World. Dalam: Hawton K, van Heering K, ed.International handbook of suicide and attempted suicide. Chichester: John Wiley & Sons, 2000: 9-28.6. Lester, Patterns, Jadual 3.3, m.s. 31-337. Barraclough, B. M.Sex ratio of juvenile suicide. Jurnal Akademi Psikiatri Kanak-kanak & Anak Remaja Amerika, 1987, 26, 434-435.8. La Vecchia, C., Lucchini, F., & Levi, F. (1994)Arah-arah aliran sejagat dalam mortaliti membunuh diri, 1955-1989. Acta Psychiatrica Scandinavica, 90, 53-64.; Lester, Patterns, 1996, m.s. 28-30.9. Lester, Patterns, 1996, m.s. 2.10. Baldessarini, R. J., & Jamison, K. R. (1999)Effects of medical interventions on suicidal behavior. Jurnal Psikiatri Klinikal, 60 (Bahagian Tambahan 2), 117-122.11. Khan, A., Warner, H. A., & Brown, W. A. (2000)Symptom reduction and suicide risk in patients treated with placebo in antidepressant clinical trials. Arkib Psikiatri Am, 57, 311-317.12. [1]PDF13. "Soalan-soalan mengenai membunuh diri", Pusat untuk Pencegahan membunuh diri, 2006.[sunting]Pautan luar[sunting]Kumpulan sokongan Samaritans (UK) bantuan sokongan 24 jam, United Kingdom Befrienders Sejagat bantuan pencegahan Bunuh diri sejagat TakeThisLife.com komuniti yang menawarkan sokongan dan harapan kepada orang-orang yang mengalami kemurungan atau mempunyai fikiran-fikiran membunuh diri Kumpulan SokongandiProjek Direktori Terbuka[sunting]Kumpulan sokongan untuk pemandiri Persatuan Suisidologi Amerika perujukan kepada kumpulan-kumpulan usaha diri tempatan untuk pemandiri Bunuh diri di seluruh Amerika Syarikat, denganstatistik dan maklumat am Heartbeat sokong-menyokong untuk mereka yang hilang kesayangan-kesayangan kepada Bunuh diri SOLES pemandiri-pemandiri Bunuh diri di kalangan penguatkuasa undang-undang Kawan dan Keluarga Pemandiri Bunuh diri sokongan dalam talian untuk pemandiri antarabangsa[sunting]Pencegahan Bunuh diri Yayasan Pencegahan Bunuh diri Amerika Pusat Harapan Kristin Brooks Mencegah Bunuh diri: Jurnal Nasional "Memahami dan Membantu Pemandiri Bunuh diri" maklumat mengenai pencegahan Bunuh diri Tabung Fred sokongan, sumber, cerita dalam talian, peringatan, dan interaksi TeenSuicide.us maklumat mengenai pencegahan Bunuh diri remaja Lama webEricdigests.org perbincangan mengenai Bunuh diriremaja,kanak-kanak,dankanak-kanak sekolah[sunting]Pautan-pautan lainWikimedia Commonsmempunyai media berkaitan:Suicide

PengertiansuicidedalamWiktionarybahasa Melayu, sebuah kamus bebas. "Bunuh diri sebagai Alternatif Moral perbincangan mengenai kesusilaan Bunuh diri, termasuk alasan-alasan sokongan dan bantahan "Bunuh diri"diEnsiklopedia Falsafah Stanford Laman webCbel.com- direktori maklumat mengenai Bunuh diri Bunuh diri & Eutanasia: Sudut Pandangan Bible "Bunuh diri" pertimbangan etika dan undang-undang mengenai Bunuh diri dan pencegahannya "Wabak Bunuh diri Lithuania" makalah mengenai kadar Bunuh diri yang tinggi di Lithuania "Kadar Bunuh diri mengikut negara, tahun, dan jantina"olehPertubuhan Kesihatan Sedunia Senarai 10 negara dengan kadar Bunuh diri yang tertinggi di dunia Perdebatan Parlimen United Kingdom mengenai Bunuh diri