PENGERTIAN_WAKAF

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hvj

Citation preview

PENGERTIAN WAKAF Wakaf berasal dari perkataan Arab : waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

PENGERTIAN WAKAF (ISTILAH) Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .RUKUN-RUKUN WAKAF 1. Pewakaf (Al-Wakif) 2. Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf) 3. Penerima manfaat wakaf (Al-Mawqufalaih) 4. Lafaz Akad ( Al-Sighah)SYARAT SYARAT PADA RUKUN WAKAF :1. Pewakaf Merdeka Baligh Berakal Berkelayakan untuk berwakaf Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )2. Harta yang diwakafkan Harta yang mempunyai nilai Harta yang boleh dipindah milik Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan. Harta adalah milik sempurna pewakaf3. Penerima manfaat wakaf Penerima khusus samada seorang atau lebih Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)4. Lafaz akad Akad adalah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.Pengertian dan Rukun Wakaf Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kita kepada Allah (taqarrub ilallah). Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.PENGERTIAN WAKAF Bahasa: Berhenti (), Menahan (), Menghalang () Istilah/Syara: Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.TBeberapa pengertian/definisi lain:1) Definisi wakaf di sisi Abi Hanifah:yaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah manfaatnya ke jalan kabajikan.2) Definisi wakaf di sisi Jumhur Ulama:yaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya -ke arah kegunaan yang harus atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan kerana mendamping diri kepada Allah.3) Definisi wakaf di sisi Mazhab Maliki:yaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya sekalipun dimilikinya dengan menyewa ataupun dijadikan penghasilan seumpama wang kepada yang memerlukan dengan jalan berlafaz- untuk jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu wakaf di sisi Mazhab Maliki ialah tidak memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan -hanya memutuskan hak mengguna pakai sahaja.Setelah kita mengerti pengertian Wakaf, barulah kita masuk ke bahasan selanjutnya mengenai Rukun WakafRUKUN WAKAF1) Wakif (pewakaf).Di antara syarat-syarat pewakaf adalah: Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya. Baligh. Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).2) Mawquf (harta yang diwakafkan). Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya. Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim). Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif). Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.3) Mawquf Alaih (penerima wakaf). Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf. Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja.4) Mawquf Alaih (penerima wakaf). Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat. Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah.Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir.Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin. Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya. Baligh. Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih). Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.Baligh.Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).

Secara etimologi, wakaf berasal dari perkataan Arab Waqf yang bererti al-Habs. Ia merupakan kata yang berbentuk masdar (infinitive noun) yang pada dasarnya berarti menahan, berhenti, atau diam. Apabila kata tersebut dihubungkan dengan harta seperti tanah, binatang dan yang lain, ia berarti pembekuan hak milik untuk faedah tertentu (Ibnu Manzhur: 9/359).Sebagai satu istilah dalam syariah Islam, wakaf diartikan sebagai penahanan hak milik atas materi benda (al-ain) untuk tujuan menyedekahkan manfaat atau faedahnya (al-manfaah) (al-Jurjani: 328). Sedangkan dalam buku-buku fiqh, para ulama berbeda pendapat dalam memberi pengertian wakaf. Perbedaan tersebut membawa akibat yang berbeda pada hukum yang ditimbulkan. Definisi wakaf menurut ahli fiqh adalah sebagai berikut.Pertama, Hanafiyah mengartikan wakaf sebagai menahan materi benda (al-ain) milik Wakif dan menyedekahkan atau mewakafkan manfaatnya kepada siapapun yang diinginkan untuk tujuan kebajikan (Ibnu al-Humam: 6/203). Definisi wakaf tersebut menjelaskan bahawa kedudukan harta wakaf masih tetap tertahan atau terhenti di tangan Wakif itu sendiri. Dengan artian, Wakif masih menjadi pemilik harta yang diwakafkannya, manakala perwakafan hanya terjadi ke atas manfaat harta tersebut, bukan termasuk asset hartanya.Kedua, Malikiyah berpendapat, wakaf adalah menjadikan manfaat suatu harta yang dimiliki (walaupun pemilikannya dengan cara sewa) untuk diberikan kepada orang yang berhak dengan satu akad (shighat) dalam jangka waktu tertentu sesuai dengan keinginan Wakif (al-Dasuqi: 2/187). Definisi wakaf tersebut hanya menentukan pemberian wakaf kepada orang atau tempat yang berhak saja.Ketiga, Syafiiyah mengartikan wakaf dengan menahan harta yang bisa memberi manfaat serta kekal materi bendanya (al-ain) dengan cara memutuskan hak pengelolaan yang dimiliki oleh Wakif untuk diserahkan kepada Nazhir yang dibolehkan oleh syariah (al-Syarbini: 2/376). Golongan ini mensyaratkan harta yang diwakafkan harus harta yang kekal materi bendanya (al-ain) dengan artian harta yang tidak mudah rusak atau musnah serta dapat diambil manfaatnya secara berterusan (al-Syairazi: 1/575).Keempat, Hanabilah mendefinisikan wakaf dengan bahasa yang sederhana, yaitu menahan asal harta (tanah) dan menyedekahkan manfaat yang dihasilkan (Ibnu Qudamah: 6/185). Itu menurut para ulama ahli fiqih. Bagaimana menurut undang-undang di Indonesia? Dalam Undang-undang nomor 41 tahun 2004, wakaf diartikan dengan perbuatan hukum Wakif untuk memisahkan dan/atau menyerahkan sebagian harta benda miliknya untuk dimanfaatkan selamanya atau untuk jangka waktu tertentu sesuai dengan kepentingannya guna keperluan ibadah dan/atau kesejahteraan umum menurut syariah.Dari beberapa definisi wakaf tersebut, dapat disimpulkan bahwa wakaf bertujuan untuk memberikan manfaat atau faedah harta yang diwakafkan kepada orang yang berhak dan dipergunakan sesuai dengan ajaran syariah Islam. Hal ini sesuai dengan fungsi wakaf yang disebutkan pasal 5 UU no. 41 tahun 2004 yang menyatakan wakaf berfungsi untuk mewujudkan potensi dan manfaat ekonomis harta benda wakaf untuk kepentingan ibadah dan untuk memajukan kesejahteraan umum.Rukun WakafRukun Wakaf Ada empat rukun yang mesti dipenuhi dalam berwakaf. Pertama, orang yang berwakaf (al-waqif). Kedua, benda yang diwakafkan (al-mauquf). Ketiga, orang yang menerima manfaat wakaf (al-mauquf alaihi). Keempat, lafadz atau ikrar wakaf (sighah).Syarat-Syarat Wakaf 1. Syarat-syarat orang yang berwakaf (al-waqif)Syarat-syarat al-waqif ada empat, pertama orang yang berwakaf ini mestilah memiliki secara penuh harta itu, artinya dia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Kedua dia mestilah orang yang berakal, tak sah wakaf orang bodoh, orang gila, atau orang yang sedang mabuk. Ketiga dia mestilah baligh. Dan keempat dia mestilah orang yang mampu bertindak secara hukum (rasyid). Implikasinya orang bodoh, orang yang sedang muflis dan orang lemah ingatan tidak sah mewakafkan hartanya.2. Syarat-syarat harta yang diwakafkan (al-mauquf)Harta yang diwakafkan itu tidak sah dipindahmilikkan, kecuali apabila ia memenuhi beberapa persyaratan yang ditentukan oleh ah; pertama barang yang diwakafkan itu mestilah barang yang berharga Kedua, harta yang diwakafkan itu mestilah diketahui kadarnya. Jadi apabila harta itu tidak diketahui jumlahnya (majhul), maka pengalihan milik pada ketika itu tidak sah. Ketiga, harta yang diwakafkan itu pasti dimiliki oleh orang yang berwakaf (wakif). Keempat, harta itu mestilah berdiri sendiri, tidak melekat kepada harta lain (mufarrazan) atau disebut juga dengan istilah (ghaira shai).3. Syarat-syarat orang yang menerima manfaat wakaf (al-mauquf alaih) Dari segi klasifikasinya orang yang menerima wakaf ini ada dua macam, pertama tertentu (muayyan) dan tidak tertentu (ghaira muayyan). Yang dimasudkan dengan tertentu ialah, jelas orang yang menerima wakaf itu, apakah seorang, dua orang atau satu kumpulan yang semuanya tertentu dan tidak boleh dirubah. Sedangkan yang tidak tentu maksudnya tempat berwakaf itu tidak ditentukan secara terperinci, umpamanya seseorang sesorang untuk orang fakir, miskin, tempat ibadah, dll. Persyaratan bagi orang yang menerima wakaf tertentu ini (al-mawquf muayyan) bahwa ia mestilah orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik), Maka orang muslim, merdeka dan kafir zimmi yang memenuhi syarat ini boleh memiliki harta wakaf. Adapun orang bodoh, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf. Syarat-syarat yang berkaitan dengan ghaira muayyan; pertama ialah bahwa yang akan menerima wakaf itu mestilah dapat menjadikan wakaf itu untuk kebaikan yang dengannya dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dan wakaf ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam saja.4. Syarat-syarat Shigah Berkaitan dengan isi ucapan (sighah) perlu ada beberapa syarat. Pertama, ucapan itu mestilah mengandungi kata-kata yang menunjukKan kekalnya (tabid). Tidak sah wakaf kalau ucapan dengan batas waktu tertentu. Kedua, ucapan itu dapat direalisasikan segera (tanjiz), tanpa disangkutkan atau digantungkan kepada syarat tertentu. Ketiga, ucapan itu bersifat pasti. Keempat, ucapan itu tidak diikuti oleh syarat yang membatalkan. Apabila semua persyaratan diatas dapat terpenuhi maka penguasaan atas tanah wakaf bagi penerima wakaf adalah sah. Pewakaf tidak dapat lagi menarik balik pemilikan harta itu telah berpindah kepada Allah dan penguasaan harta tersebut adalah orang yang menerima wakaf secara umum ia dianggap pemiliknya tapi bersifat ghaira tammah