Upload
buikhanh
View
379
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
PENGGUNAAN KOMPANG DALAM MAJLIS ADAT ISTIADAT
MASYARAKAT MELAYU NEGERI PERAK
Siti Mazni Binti Shafie
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni) 2007
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
PENGGUNAAN KOMPANG DALAM MAJLIS ADAT ISTIADAT
MASYARAKAT MELAYU NEGERI PERAK
SITI MAZNI BINTI SHAFIE
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
JUDUL: PENGGUNAAN KOMPANG DALAM MAJLIS ADAT ISTIADAT
MASYARAKAT MELAYU NEGERI PERAK.
SESI PENGAJIAN : 2004 - 2007
Saya SITI MAZNI BINTI SHAFIE
Mengaku membenarkan tesis / Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
Disahkan
____________________ ______________________
Tarikh : Tarikh :
Alamat tetap
No. 69. Jalan Baru,
Kampung Sungai Tiang Tengah,
36200 Selekoh Perak.
Catatan : * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD.
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat Terhad yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan
PENGESAHAN
Projek bertajuk “Penggunaan Kompang Dalam Majlis Adat Istiadat Masyarakat
Melayu Negeri Perak” dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian
(Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
....................................................
Puan Rahah Binti Haji Hasan
Penyelia Program Pengurusan Seni
Tarikh:
___________________
i
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan
sebagai bahagian sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada
institusi pengajian tinggi yang lain.
___________________
Siti Mazni Binti Shafie
(13564)
ii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Penyelidikan dan
Projek Tahun Akhir (PTA) ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditentukan.
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan
Kepujian (Pengurusan Seni) bagi keperluan untuk bergraduat .
Sehubungan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan dan membantu menyiapkan hasil
kerja penyelidikan ini. Berikutan daripada itu, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada penyelia projek penyelidikan saya, Puan Rahah Binti Haji Hasan
yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama dalam menyiapkan
penyelidikan tentang “Penggunaan Kompang Dalam Majlis Adat Istiadat
Masyarakat Melayu Negeri Perak”. Jasa dan pengorbanan beliau amat saya hargai.
Tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah Pengurusan Seni iaitu Puan Noria
Tugang, Puan Qistina Donna Lee Abdullah dan Cik Karen Audrey Samy yang
telah banyak membantu, memberi komen-komen yang membina dan berguna
sepanjang menjalankan penyelidikan dan projek tahun akhir ini. Segala bantuan,
dorongan dan pengorbanan mereka akan saya kenang buat selamanya.
Selain itu, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada En. Nordin Bin
Sulaiman, Pengerusi dan kakitangan-kakitangan Majlis Kebudayaan Daerah Hilir
iii
Perak kerana telah memberikan kerjasama dalam menyumbangkan maklumat yang
berkaitan dengan penyelidikan ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih yang
ditujukan kepada En. Rizan Bin Hj. Dohid wakil Persatuan Kebudayaan dan
Kesenian (TEMA) yang juga telah banyak membantu saya dalam memperoleh
maklumat berkenaan dengan kajian. Termasuk pihak lain seperti En. Yunos Abd.
Rahim iaitu Pegawai Perhubungan Khas kepada ADUN Bagan Datoh yang telah
menyumbangkan serba sedikit maklumat berkaitan kajian saya. Seterusnya kepada
kumpulan-kumpulan kompang yang memberikan maklumat berkenaan dengan
penyelidikan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada En. Mohd Sarip B. Saffar,
En. Salleh @ Wak Salleh B. Saffar dan juga En. Kosron kerana telah banyak
membantu menyumbangkan idea dan maklumat.
Seterusnya saya tujukan ucapan penghargaan dan terima kasih khas buat ibu
saya, Saripah Bt. Haji Jalil yang telah banyak berkorban, memberikan semangat
dan kata-kata perangsang dalam menyiapkan kajian ini. Di samping itu, beliau juga
telah banyak memberi nasihat agar saya tidak berputus asa sekiranya menghadapi
masalah semasa menjalankan kajian. Selain itu, saya juga ingin mengambil
kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada arwah
bapa saya, Allahyaham Shafie Bin Wangit yang telah banyak berkorban untuk
keluarga dan memberikan semangat kepada saya supaya belajar bersunguh-
sungguh. Walaupun pemergian beliau hampir 4 tahun tetapi impiannya untuk
melihat saya berjaya telah memberikan semangat dan pendorong kepada saya
untuk terus maju. Secara tidak langsung kata-kata beliau menjadi perangsang
untuk saya menjalankan kajian dengan kesungguhan. Jasa dan pergorbanan semasa
iv
hayat beliau akan terus diingati hingga akhir hayat. Terima kasih juga kepada
semua ahli keluarga yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi komen membina, di samping
membantu saya semasa menyiapkan penyelidikan ini. Terutama kepada semua
rakan sekelas pengurusan seni tahun 3 yang telah banyak membantu dengan
menyumbangkan idea, bantuan fizikal dan mental serta kata-kata semangat.
Kenangan dan susah senang bersama kalian semua di UNIMAS merupakan
pengalaman yang paling manis dan akan dikenang untuk selamanya. Semoga kita
semua akan berjaya dalam hidup dan kerjaya masing-masing.
Wassalam.
v
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK viii
ABTRACT ix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.1.1 Kompang 1
1.1.2 Adat Istiadat Masyarakat Melayu 7
1.1.3 Sejarah Perak 9
1.2 Definisi 11
1.3 Objektif Kajian 14
1.4 Hipotesis 16
1.5 Skop Kajian 17
1.6 Permasalahan Kajian 18
1.7 Kepentingan Kajian 20
1.8 Kesimpulan 21
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 22
(Maklumat bibliografi / rujukan) 23-72
vi
Kandungan Umum
Kaitan Dengan Kajian
2.2 Kesimpulan 73
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan 74
3.1 Lokasi Kajian 75
3.2 Sumber Data 77
3.2.1 Data Primer
3.2.1.1 Kaedah Kuantitatif 77
3.2.1.2 Kaedah Kualitatif 79
3.2.2 Data Sekunder 81
3.3 Populasi 82
3.4 Persampelan 83
3.5 Instrumen Kajian 84
3.6 Limitasi Kajian 86
3.7 Rumusan dan Kesimpulan 89
BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 90
4.2 Penganalisaan Data 91
4.2.1 Analisa Data Borang Soal Selidik 92
4.2.2 Analisa Data Temuramah 124
4.2.3 Analisa Data Kaedah Pemerhatian 161
vii
4.3 Kesimpulan 163
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 164
5.2 Rumusan 165
5.3 Cadangan 167
5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 179
5.5 Kesimpulan 183
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
viii
ABSTRAK
Kompang merupakan salah satu daripada alat muzik tradisional jenis
membranofon yang mula dimainkan oleh masyarakat Melayu sejak kedatangan
Islam di negara ini. Alat ini biasanya akan dipraktikkan penggunaannya dalam
majlis-majlis adat Istiadat masyarakat Melayu. Kajian berkaitan penggunaan
kompang ini bertujuan untuk menilai sejauhmana penerimaan masyarakat Melayu
negeri Perak untuk terus mempraktikkan penggunaannya dalam kehidupan mereka.
ix
ABSTRACT
The Kompang is a membronophone-type traditional musical instrument is
used in malay traditional Malay functions. This Research aims to investigate the
level of acceptance among Perak Malay community of this instrument and their
continuing practice of using the kompang in their traditional rituals.
1
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
1.1.1 KOMPANG
Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan bahagian pengenalan tajuk
penyelidikan yang dikaji oleh pengkaji. Pengkaji akan membuat kajian tentang
Penggunaan Kompang Dalam Majlis Adat Istiadat Masyarakat Melayu Di Negeri
Perak.
Kompang merupakan alat muzik tradisional Melayu yang dikenali sebagai
sejenis alat membranofon yang berbentuk seperti rebana. “Hampir semua
ensemble muzik Melayu mengandungi alat-alat paluan, terutamanya alat-alat
membronophone dan idiophone”. (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1989, m/s 5).
“Beberapa jenis gendang dimasukkan ke dalam kategori membronophone iaitu
gendang bujur, gedombale, geduk, rebana dan jidur”. (Mohd Ghouse
Nasuruddin, 1989, Muzik Melayu Tradisi, m/s 6)
Selain itu, alat muzik kompang juga merupakan alat muzik satu muka.
“Jenis-jenis Gendang yang mempunyai satu muka seperti „Kompang‟ dan
„Rebana‟ diakui telah mendahului gendang-gendang yang mempunyai dua muka
(compound hole)…”. (Nik Mustapha Nik Mohd Salleh, Alat Muzik Tradisional
Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia m/s 82). Hal ini menunjukkan bahawa
2
kompang telah wujud sebelum kewujudan alat muzik lain yang mempunyai dua
muka seperti gendang anak dan gendang ibu yang digunakan dalam esemble Silat
Kedah.
Menurut artikel yang terkandung dalam Berita Mingguan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang bertarikh pada 18 April 2005 daripada
laman web menyatakan “Menurut sejarah, para saudagar Arab menggunakannya
untuk menarik minat pembeli di pesta-pesta jualan. Apabila Islam berkembang ke
Nusantara atau Kepulauan Melayu, rebana dan kompang mula diperkenalkan
kepada masyarakat Melayu dan dimainkan dalam upacara-upacara keagamaan”.
(http://www.jabhalehwalagamaislamnegerisabah.com). Hal ini kerana dahulu alat ini
hanya terhad untuk kegunaan majlis dan upacara-upacara keagamaan sahaja tetapi
kini alat ini juga berfungsi dalam acara-acara lain.
Melalui sumber laman web yang menyatakan kompang adalah “Sejenis
alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan dalam beberapa
alatan lain dalam persembahan sama ada tarian atau nyanyian”. “Kompang
juga mashyur dalam kalangan masyarakat Islam di Sabah dan di kalangan suku
Bajau”. (http://malaysiana.pnm.my/kesenian/membra_kompanghtm). Selain itu,
kompang juga terkenal di negeri-negeri Semenanjung Malaysia antaranya seperti
negeri Perak, Kedah, Johor dan juga Selangor.
3
Berdasarkan kajian pengkaji juga “Kewujudan kompang dapat dikesan
sejak abad ke-13M di Tanah Jawa. Besar kemungkinan kompang mula digunakan
oleh para pedagang Arab yang singgah di situ, sebagai satu cara untuk menarik
perhatian pembeli terhadap barang-barang dagangan mereka, seperti yang
dilakukan oleh pedagang-pedagang di Tanah Arab sendiri pada masa itu”. (Aziz
Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad, 1994, Muzik Dan Nyanyian Tradisi
Melayu m/s 64). Sejak kewujudan di Tanah Jawa kompang turut mempengaruhi
budaya Kepulauan Melayu yang dibawa masuk oleh masyarakat Jawa. Masyarakat
Arab yang juga berdagang di Kepulauan Melayu turut mempengaruhi budaya
mereka terhadap masyarakat Melayu di Negara ini. Seterusnya masyarakat Melayu
yang mengamalkan budaya yang dibawa oleh pedagang Arab meneruskan amalan
tersebut sehingga kini.
Menurut kajian pengkaji kompang mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu
“Mempunyai baluh „berbingkai‟ yang diperbuat daripada kayu jenis keras.
Lazimnya dari spesis nangka, dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus.
Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang
pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih
dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan
rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik”. (Nik
Mustapha Nik Mohd Salleh, Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu
Di Malaysia m/s 91)
4
Alat muzik kompang juga mempunyai ukurannya sendiri. Menurut kajian
pengkaji "Ada kompang yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 22.5 cm,
27.5 cm atau 32 cm. Ukuran yang paling besar ialah 35 cm. Kesemua ukuran
tersebut mempunyai bentuk yang sama, hanya besar atau kecilnya sahaja yang
berlainan.” (Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad, 1994, Muzik Dan
Nyanyian Tradisi Melayu m/s 66). Kompang biasanya mempunyai saiz dan
ukuran yang berbeza-beza bagi negeri-negeri. Ukuran kompang setiap pemilik
kompang adalah mengikut kehendak dan bergantung kepada pemilik mahupun
pemain-pemian kumpulan kompang.
Pada kebiasaannya, kompang akan digunakan dan dimainkan semasa
upacara-upacara keagamaan masyarakat Melayu yang dijalankan dalam sesebuah
kampung atau kawasan. “Selain daripada marhaban, peranan kompang dalam
kehidupan masyarakat kini, telah menjadi begitu penting khususnya untuk
meraikan perkahwinan atau menyambut pembesar-pembesar Negara”. (Nik
Mustapha Nik Mohd Salleh, Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu
Di Malaysia m/s 92).
Hal ini jelaslah bahawa penggunaan alat muzik kompang juga penting
dalam menjalani kehidupan sosial dan bermasyarakat. Walaupun penggunaan
kompang dalam majlis adat istiadat bertujuan untuk memeriahkan majlis tersebut
dan sebagai mengucapkan tanda kesyukuran, kegunaannya juga untuk
mengekalkan adat warisan dan budaya masyarakat Melayu yang telah wujud
sejak turun-temurun.
5
Walaupun penggunaan kompang sering digunakan dalam majlis-majlis
keramaian penggunaannya telah mengalami perkembangan dan digunakan
mengikut peranan semasa. Hal ini terbukti melalui kajian pengkaji melalui buku
yang menyatakan “Kini penggunaan kompang telah mula diajar di sekolah-
sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan”. (Nik Mustapha
Nik Mohd Salleh, Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia
m/s 92). Ini bermaksud penggunaan kompang juga penting kepada golongan
muda supaya mereka dapat mempelajari dan dapat mengetahui cara bermain alat
muzik tersebut.
Penggunaan kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam
keadaan besila, berdiri ataupun secara bearak oleh kumpulan-kumpulan kompang.
Kini hanya sesetengah kampung sahaja yang terlibat dalam kegiatan berkompang
dengan menubuhkan kumpulan kompang untuk mengekalkan adat warisan dan
budaya masyarakat Melayu. Penubuhan kumpulan atau persatuan kompang ini
biasanya bagi meneruskan kebudayaan masyarakat Melayu turun-temurun kepada
generasi baru supaya terus terpelihara dan diamalkan.
Berdasarkan kajian pengkaji juga “Dalam konteks persembahan, sesebuah
kumpulan kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya.
Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak
sebagai „Pembolong‟ menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan
yang khusus serta seragam iaitu „unision‟ sebagai pukulan „dasar‟. Kumpulan
kedua akan bertindak sebagai „Peningkah‟ lazimnya terdiri daripada seorang
6
sahaja sebagai „master‟ dalam permainan tersebut, dan kumpulan ketiga akan
bertindak sebagai „Penyilang‟ yang memainkan rentak hias sebagai unsur
pelengkap kepada keseluruhan pada paluan yang terjalin di dalamnya”. (Nik
Mustapha Nik Mohd Salleh, Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu
Di Malaysia m/s 92 dan 93).
7
1.1.2 ADAT ISTIADAT MASYARAKAT MELAYU
Dalam negara ini terbahagi kepada beberapa kumpulan etnik masyarakat
iaitu kaum Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum bumiputera yang terdapat di
negeri Sabah dan Sarawak. Masyarakat Melayu di negara ini terkenal dengan
mengamalkan adat istiadat tertentu sama ada dalam kehidupan harian mereka
mahupun dalam sesuatu majlis adat istiadat.
Masyarakat Melayu sangat menekankan setiap individu supaya sentiasa
mematuhi adat atau peraturan yang telah menjadi pegangan mereka sejak turun-
temurun. Hal ini kerana adat tersebut adalah sebagai identiti mereka dalam
menjalani kehidupan seharian. Sekiranya seseorang telah melanggar sesuatu adat
atau peraturan yang telah menjadi amalan nenek moyang, maka mereka telah
merosakkan nama baik bangsa atau masyarakat itu.
Namun begitu, di negara ini adat yang diamalkan adalah bukan sahaja
dijadikan sebagai undang-undang tetapi berkait rapat dengan kehidupan harian
mereka. Hal ini terbukti melalui kajian pengkaji melalui buku yang menyatakan
“Bila disebut „adat‟ di Malaysia ia bukan sahaja bersangkutan dengan undang-
undang sahaja, tetapi ia memberi maksud yang luas iaitu keseluruhan peraturan-
peraturan kehidupan harian, termasuk juga institusi-institusi perayaan dan lain-
lain lagi, berasal dari pengalaman pra-islam. Peraturan-peraturan ini diterima
oleh Islam selagi ia bersifat al-adah al-muhkamah (adat yang baik) dan tidak
8
bercanggah dengan prinsip-prinsip hukum Islam”. (Abdul Latiff Abu Bakar,
2001, Adat Melayu Serumpun m/s 57).
Maka jelaslah bahawa peraturan atau adat istiadat masyarakat Melayu amat
mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Di samping itu, mereka seharusnya
menerapkan kehidupan dengan amalan-amalan yang menjadi ikutan ke dalam
majlis-majlis adat istiadat. Hal ini kerana masyarakat seharusnya mengekalkan
adat istiadat masyarakat Melayu seperti majlis perkahwinan, perarakan pembesar
negeri, marhaban (cukur jambul), berzanzi, dan majlis khatam Al-quran seperti
yang telah wujud dan diamalkan sejak dahulu lagi.
Selain itu, masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai norma dalam
menjalani hidup bermasyarakat agar terus bersatu padu. Bagi merealisasikan
perpaduan tersebut dalam kehidupan masyarakat harus menjaga nilai budaya
warisan Melayu yang telah menjadi identiti mereka sejak dahulu. Oleh itu,
masyarakat Melayu kini dan akan datang perlu menjadi tunggak kepada
perkembangan budaya mereka di samping terus menjaga identiti dengan sentiasa
mengamalkan adat.
“Orang melayu terkenal dengan kehalusan dan kecantikan budaya mereka
yang meliputi bahasa, sastera, adat resam, dan tatasusila. Ini semua berkembang
sebagai nilai-nilai murni yang disanjungi oleh masyarakat turun-temurun”
(Ismail Noor & Muhammad Azaham, 2000, Takkan Melayu Hilang Di Dunia
m/s 49).
9
1.1.3 SEJARAH PERAK
Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang kedua terbesar di
Semenanjung Malaysia. Negeri ini telah terbukti wujud pada zaman pra-sejarah
lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama
semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi. Melalui sumber
arkeologi telah menjumpai penempatan manusia telah wujud sejak Zaman Batu
Lama Tanah Melayu serta menjumpai satu rangka fosil yang digelar sebagai
Perak Man. Jumpaan carigali tersebut telah menunjukkan bahawa negeri Perak
diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hobinhian dan seterusnya Zaman
Batu dan Zaman Logam.
Pada asalnya negeri ini terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas,
Manjung dan Janin. Wujud pelbagai tafsiran yang dibuat sempena pengambilan
nama negeri ini. Menurut sejarah pengambilan nama negeri ini, pada mulanya
negeri ini dinamakan dengan nama Melaka yang dicadangkan oleh Ketua Daerah
Manjung, Beruas dan Janin. Tetapi setelah mereka mendapati nama tersebut tidak
sesuai kerana negeri Melaka masih wujud lantas mereka bersepakat untuk
mengambil Bendahara Tun Perak yang telah membawa keunggulan, kebesaran
dan mengharumkan nama Melaka sebagai nama negeri ini iaitu ‘Negeri Perak’.
Selain itu, nama negeri Perak ini juga ada berkait dengan cerita putera
Raja Marong Mahapudi Sat yang dikatakan telah pergi meneroka untuk sebuah
negeri baru. Menurut sejarah tersebut Putera tersebut telah memanah ke udara
10
dan anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah pulau-pulau yang
berkenaan dengan menggunakan anak panah yang diperbuat daripada ‘perak’ dan
busarnya ‘Indera Sakti’. Seterusnya pulau tersebut dinamakan Pulau Indera Sakti
dan negerinya pula dinamakan Negeri Perak.
Di samping itu juga, terciptanya nama Negeri Perak ini adalah
menggambarkan bahawa pemilihan nama ‘Perak’ itu sangat bertepatan dengan
kekayaan yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Hal ini kerana negeri
Perak merupakan negeri yang terkaya di dunia dengan hasil penemuan bijih
timah iaitu pada tahun 1824 yang diperoleh dari dasar bumi dan wujud secara
semula jadi.
Negeri ini juga tidak terlepas daripada mempunyai penduduk daripada
pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Kebanyakan bangsa yang terdapat dalam
negeri adalah masyarakat yang berbangsa Melayu sama ada berketurunan kampar,
banjar dan jawa. Masyarakat yang tinggal di negeri ini sejak bermula negeri ini
wujud sehingga sekarang mempunyai adat serta amalan mereka masing-masing
sama ada diamalkan dalam kehidupan harian mahupun dalam upacara-upacara
adat resam. Amalan-amalan tersebut juga bukan sahaja wujud dengan sendirinya
tetapi juga melalui pengaruh-pengaruh luar seperti pengaruh pedagang asing.
11
1.2 DEFINISI
Melalui kajian ini pengkaji dikehendaki mendefinisikan beberapa istilah
yang terdapat di dalam tajuk atau bidang kajian yang dikaji. Menurut kamus
Dewan Edisi Terbaru terbitan tahun 1993, perkataan ‘penggunaan’ adalah
bermaksud “perihal tentang menggunakan sesuatu atau pemakaian sesuatu
barangan”.
Melalui sumber lain iaitu Tesaurus Bahasa Melayu Dewan ‘penggunaan’
membawa maksud “pemakaian atau penerapan” dan rujukan Kamus Pelajar pula
bermaksud “perbuatan (usaha, kegiatan dan sebagainya) menggunakan sesuatu”.
(http://www.dewanbahasadanpustaka.gov.com.my. 08 Ogos 2006)
Daripada sumber rujukan pengkaji iaitu Kamus Dewan Edisi Terbaru
Terbitan tahun 1993 perkataan ‘majlis’ pula bermaksud “perjumpaan dengan
orang ramai, keramaian atau mesyuarat”. Berdasarkan sumber lain pula iaitu
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan ‘majlis juga bermaksud “sidang, dewan
jawatankuasa, anggota badan, balai, ruang, perjumpaan, keramaian, mesyuarat,
pertemuan, perkumpulan, persidangan, konvensyen, kolokium, forum, muktamar,
lembaga, seminar, symposium, bengkel, perhimpunan, pesta, parti ataupun
kenduri”. (http://www.dewanbahasadanpustaka.gov.com.my. 08 Ogos 2006)