PENGKAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN DAWLAH …repository.um.edu.my/14504/1/Pengkajian Sejarah.pdf · Islamiyyah pertama di Madinah oleh ... Sistem pemerintahan Islam pernah menerajui

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1

    PENGKAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN DAWLAH ISLAMIYYAH

    DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W. DAN PARA SAHABAT

    Oleh

    DR BHARUDDIN CHE PA

    Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syariyyah

    Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

    Kuala Lumpur

    Pendahuluan

    Pembentukan Dawlah Islamiyyah adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam

    perkara tuntutan Fardhu Kifayah. Kepentingan pembentukan Dawlah Islamiyyah ada

    kaitannya dengan pelaksanaan Syariah, kerana Syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya

    Negara atau kedaulatan politik. Tuntutan pelaksanaan Syariah adalah wajib ke atas orang-

    orang Islam, maka kewujudkan Dawlah Islamiyyah adalah suatu yang wajib. Walau

    bagaimanapun, wujud perbahasan di kalangan ulama dahulu mahupun kini bagi menentukan

    konsep Dawlah Islamiyyah yang sebenar.

    Kronologi sistem pemerintahan Islam telah bermula dengan penubuhan Dawlah

    Islamiyyah pertama di Madinah oleh Rasulullah s.a.w. Baginda merupakan ketua kerajaan

    Islam yang pertama. Selepas kewafatannya, teraju pemerintahan diteruskan oleh

    pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin (11-40 Hijrah / 632-661 Masehi). Zaman ini merupakan

    zaman keemasan kepimpinan Islam tambahan pula para khulafa' terdiri di kalangan sahabat-

    sahabat Rasulullah s.a.w. yang muktabar. Era ini dianggap cermin kepada idealisme

    kepimpinan Islam di mana semangat kepimpinan Rasulullah s.a.w. masih dikekalkan.

    Tempoh ini hanya berlanjutan selama tiga puluh tahun iaitu bermula dari Abu Bakar As-

    Siddiq (11-13 Hijrah), Umar al-Khattab (13-23 Hijrah), Uthman Bin Affan (23-35 Hijrah)

    dan Ali Bin Abu Talib (35-40 Hijrah). Zaman Khulafa al-Rasyidin juga merupakan zaman

    ideal bagi sebuah pemerintahan yang berlandaskan Islam sepenuhnya. Selepas itu sistem

    pemerintahan Islam berkembang menelusuri zaman berzaman yang mencapai tahap

  • 2

    perkembangan dan pengukuhannya. Sistem pemerintahan Islam pernah menerajui dunia pada

    satu ketika dahulu.

    Konsep Negara Menurut Politik Moden

    Menurut istilah sains politik moden perkataan negara atau state selalu diertikan

    sebagai bangsa, masyarakat, kerajaan dan lain-lain. Tetapi perkataan ini mempunyai

    maksudnya tersendiri dalam sains politik dan haruslah dibezakan di antara satu dengan yang

    lain. Dalam sains politik, istilah negara bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki

    sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan dan tidak tertakluk kepada kuasa

    luar. Semua negara mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam negara ada sekumpulan

    manusia yang hidup dan menjalankan pengawalan disesebuah wilayah yang tetap. Mereka

    merupakan kerajaan dan rakyat yang memerintah dan yang diperintah. Peraturan dan juga

    undang-undang ditetapkan dan dipelihara, kewajipan-kewajipan dilaksanakan dan hak

    kewajipan itu diiktiraf oleh kedua-dua ahli kumpulan dan juga negara luar.1

    Para sarjana politik moden telah memberikan pelbagai pendapat dalam mendifinisikan

    negara. Mereka mendefinisikan Negara sebagai organisasi penting dan berdiri untuk kesemua

    ahli masyarakat. Ada yang beranggapan Negara adalah sistem kuasa dan yang lain pula

    berpendapat Negara sebagai sistem kebajikan. Ada pula yang berpendapat bahawa negara itu

    merupakan pembentukan yang sah sama ada perhubungan di antara yang memerintah dan

    yang diperintah atau sebagai satu masyarakat di mana segala tindakannya tertakluk kepada

    peraturan mengikut undang-undang yang sah. Terdapat beberapa aspek yang dipersetujui

    oleh para sarjana politik iaitu; Negara patutlah merangkumi satu wilayah yang terdapat

    penduduk, dan penduduk ini pula diperintah oleh satu badan politik. Kerajaan atau

    pemerintahan pula mempunyai hak kuasa atau kewibawaan ke atas rakyat dalam hal

    menjalankan kewajipan mereka terhadap negara.2

    Dalam istilah bahasa Arab perkataan negara diterjemahkan sebagai dawlah atau al-

    Dawlah. Negara Islam disebut sebagai al-Dawlah al-Islamiyyah atau sudah dijadikan

    1 K. Ramanathan Kalimuthu (1987), Asas Sains Politik, Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn.

    Bhd., h. 119. 2 Ibid., h. 121.

  • 3

    kelaziman dalam sebutan biasa sebagai Dawlah Islamiyyah. Istilah Dawlah Islamiyyah yang

    digunakan dalam kertas kerja ini memberi maksud Negara Islam.

    Dawlah Islamiyyah Menurut Pandangan Ulama

    Dalam tulisan ulama tradisional tidak didapati takrif Dawlah Islamiyyah yang

    diberikan, apa yang mereka berikan ialah ciri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang

    ketua Negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang

    ada kaitan dengan pentadbiran Negara.3 Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat

    cendiakawan Islam yang cuba memberi definisi Dawlah Islamiyyah. Terdapat pelbagai takrif

    Dawlah Islamiyyah diberikan oleh ulama sebagai asas perbincangan mereka di dalam

    membentuk konsep Dawlah Islamiyyah. Ada di antara mereka mentakrifkan Dawlah

    Islamiyyah sekadar melihat waqi (reality) di zamannya dan di antaranya pula dengan makna

    yang mencakupi segala aspek rukun Dawlah Islamiyyah.4

    Al-Sarkhasi mentakrifkan Dar Al-Islam (Dawlah Islamiyyah) dengan

    menegaskan ianya tempat yang berada di bawah pemerintahan orang-orang Islam, tandanya

    ialah apabila orang Islam aman di dalamnya. Manakala Muhamad bin Hassan as-Syaibani,5

    seorang ulama terkemuka dari Mazhab Hanafi mentakrifkan Dawlah Islamiyyah sebagai

    negara yang dikuasai oleh umat Islam, di mana orang-orang Islam beroleh keamanan di

    dalamnya. Kedua-dua takrif ini hampir sama iaitu meletakkan asas Dawlah Islamiyyah

    mestilah dikuasai oleh orang Islam.

    Mengikut pandangan al-Baghdadi, Dawlah Islamiyyah adalah Negara di mana

    masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, dan

    dilaksanakan di dalamnya hukum-hukum ke atas orang kafir zimmi, manakala golongan ahli

    bidah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah.6 Menurut Hassan al-Banna, sebuah

    kerajaan Islam ialah kerajaan di mana para pemimpinnya menunaikan kewajipan Islam, tidak

    3 Dr. Abdul Halim El-Muahmmady (2001), Konsep Negara Islam. Laman web JAKIM 2001,

    http://www.Islam.gov.my/e-rujukan 4 Haji Abdul Hadi Awang (1995), Sistem Pemerintahan Negara Islam, Petaling Jaya:

    Dewan Muslimat Sdn. Bhd., h. 23. 5 Wan Zahidi Wan The (t.t.), Ciri-Ciri Sebuah Negara Islam, Pelaksanaan Hukum Syarak

    di Malaysia, ed; Khairul Azmi Mohamad, Abdul Munir Yaacob, Ketua Penerangan dan

    Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, h. 13. 6 Imam al-Baghdadi (1980), Usul al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-Imamiyyah, h. 270.

  • 4

    melakukan maksiat dan mereka menjadi pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajaran

    dalam dirinya.7

    Al-Mawdudi mentakrifkan Dawlah Islamiyyah ialah Negara yang kuasa mutlaknya

    pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia

    sebuah Negara bercorak theo-democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada

    Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam pelaksanaan urusan

    Negara yang diakui oleh Syarak. Al-Mawdudi juga menjelaskan Dawlah Islamiyyah

    merupakan satu asas pembinaan Negara yang berlandaskan kepada Hakimiyyah Allah yang

    Maha Esa. Arahan, keputusan dan perundangan adalah hak Allah semata-mata yang tidak

    dimiliki oleh mana-mana individu atau dinasti atau puak atau bangsa bahkan tiada seorang

    manusia pun yang berhak memegang kuasa pemerintahan dan perundangan ini.8 Manusia

    hanya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai khalifah dan hanya dianggap sah jika khalifah

    yang memerintah adalah khalifah yang mengikut syariat dan undang-undang yang dibawa

    oleh khalifah daripada Tuhannya. Mereka yang beriman dengan undang-undang ini dan

    menyatakan kesediaan untuk patuh dan mengamalkan undang-undang ini adalah orang yang

    layak untuk melaksanakan tugas khalifah.

    Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa Dawlah Islamiyyah tidak ada

    sebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan sedia ada. Dawlah Islamiyyah

    bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga

    membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Dawlah

    Islamiyyah adalah negara berpelembagaan tetapi bukan dalam erti kata moden iaitu

    perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Dawlah

    Islamiyyah ialah Negara perlembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab

    mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Al-

    Quran dan al-Sunnah.

    Mengikut takrifan Said Hawwa, Dawlah Islamiyyah ialah Negara yang meletakkan

    undang-undang Syarak yang tunggal untuk mentadbir Negara. Ia dipimpin oleh orang Islam

    yang komited dengan ajaran agamanya, segala sistem dan tujuan hidup Negara adalah untuk

    7 Muhammad Pisol Mat Isa (2001), Jihad Politik Dalam Politik dan Persoalan Negara

    Islam Mengikut Pandangan Said Hawwa, Negeri Sembilan: M. Khairi Enterprise, h. 138. 8 Sayyid Abu al-Ala Maududi (2000), Proses Pembinaan Negara Islam, Kuala Lumpur:

    Pustaka Salam, h. 29.

  • 5

    menegakkan ajaran Islam yang murni. Abd. Qadim Zallum9 menyebut bahawa Dawlah

    Islamiyyah ialah sebuah Negara yang ada padanya pelaksanaan hukum-hukum Islam secara

    keseluruhan. Sepanjang kekuasaan Dawlah Islamiyyah, hukum-hukum dan aturan Islam

    dilaksanakan di semua wilayahnya samada melibatkan muamalah pelaksanaan hukum,

    akhlak, ibadah dan seluruh urusan rakyat. Dawlah Islamiyyah melaksanakan hukum-hukum

    Islam kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam kekuasaannya, baik muslim atau non-

    muslim dan menjadikan hukum Islam itu sebagai hukum Syara, sebagaimana Islam

    membentuk solusi untuk semua masalah.

    Dr. Muhammad Abd. Qadir Abu Fariz10

    menjelaskan Dawlah Islamiyyah itu sebagai

    sekelompok besar manusia yang hidup secara berpanjangan di atas wilayah tertentu, diatur

    oleh sistem kekuasaan yang mengatur kelompok masyarakat manusia ini, menyangkut urusan

    dalam negeri mahupun luar negeri dalam perang atau dalam keadaan damai. Muhammad

    Abd. Qadir menjelaskan lagi bahawa pembentukan Negara tersebut harus memenuhi tiga

    unsur utama iaitu bangsa, wilayah dan kedaulatan menurut logik dan akal. Dan ketiga-tiga

    aspek tersebut, haruslah bersandarkan kepada hukum yang ditetapkan oleh Al-Quran juga

    melalui Rasul-Rasulnya. Beliau juga menjelaskan kerajaan Islam adalah terdiri daripada

    orang-orang Islam yang melaksanakan kewajipan Islam dan tidak terang-terangan melakukan

    maksiat. Ia melaksanakan hukum-hukum Islam serta ajaran-ajarannya. Oleh itu, kerajaan

    seperti inilah kerajaan Islam dari aspek keagamaan individu, berpegang dengan akhlak Islam

    serta melaksanakan hukum-hukum Syarak. Berdasarkan ini, kerajaan yang tidak

    melaksanakan hukum-hukum Syariat Islam bukanlah kerajaan atau Dawlah Islamiyyah.11

    Lukman Thaib pula berpendapat bahawa Dawlah Islamiyyah ialah Negara yang

    pemerintahnnya bersumberkan kepada al-Quran al-Karim sebagai sumber pertama undang-

    undang Islam yang memberikan sebahagian prinsip-prinsip umum yang asas dalam bidang

    politik dan perlembagaan yang tidak boleh ditinggalkan oleh mana-mana sistem politik atau

    pemerintahan yang baik.12

    Dr. Khalid Ibrahim Jindan menerangkan konsep Dawlah

    Islamiyyah itu berdasarkan kepada definisi daripada Ibnu Taimiyyah iaitu pada sebuah

    9 Abd. Qadim Zallum (2001), Pemikiran Politik Islam Mengemukakan Ketinggian Politik

    Islam, Bangil Jawa Timur: Al-Izzah, h. 17. 10

    Muhammad Abd. Qadir Abu Fariz (1986), Dr., Sistem Politik Islam, Jakarta: Rabbani

    Press, h. 89. 11

    Muhammad Abd. Qadir Abu Fariz, Dr. (2000), Fiqh Siasah Menurut Imam As-Syahid

    Hassan Al-Banna, Kuala Lumpur; Pustaka Syuhada, h. 37 12

    Lukman Thaib (1998), Politik Menurut Perspektif Islam, Kajang: Synergymate Sdn. Bhd.

    h. 32.

  • 6

    Negara Al-Quran haruslah berperanan sebagai rujukan akhir hukum Islam, tidak hanya

    berperanan sebagai undang-undang perilaku keagamaan tetapi yang lebih khusus lagi, al-

    Quran merupakan hukum dasar tertinggi di samping sumber-sumber lain seperti Sunnah,

    Ijma dan Qias.13

    Abu Abd. Fattah Ali Belhaj pula menegaskan bahawa Islam bukanlah semata-mata

    agama. Islam adalah agama sekaligus Negara (din wa al-dawlah). Dan Negara haruslah

    bersandarkan kepada nas-nas dan hukum yang diturunkan Allah. Tanpanya tidak akan wujud

    Dawlah Islamiyyah. Maka tetap sahaja bahawa seluruh perkara yang ada di dalam al-Quran

    dan al-Sunnah, penerapannya meniscayakan tegaknya pemerintahan dan Dawlah

    Islamiyyah.14

    Dr. Muhibbin, M.A menyatakan bahawa untuk melihat Negara itu sebuah

    Dawlah Islamiyyah, maka lihatlah hukum dan undang-undangnya. Sendi dan rukun Dawlah

    Islamiyyah ialah al-Quran sebagai asasnya.15

    Dr. M. Dhiauddin Rays menyimpulkan bahawa

    Dawlah Islamiyyah itu bukan hanya agama semata-mata tetapi ianya merupakan suatu

    perundangan, sistem pemerintahan peradaban yang lengkap yang mencakupi agama dan

    Negara secara bersamaan. Dengan kata lain, sistem Islam itulah sistem politik yang harus

    dilalui.16

    Mengikut pandangan Ali, Ali Mansur; Negara adalah sekumpulan manusia yang

    menetap dalam suatu daerah tertentu. Mereka diperintahkan oleh satu badan pemerintahan

    yang mengelolakan urusan-urusan dalam dan luar negara.17

    Ertinya, untuk sesebuah negara

    itu wujud, ia perlu kepada tiga rukun iaitu; Warganegara, daerah dan kedaulatan. Selain dari

    tiga rukun utama yang membentuk negara, terdapat syarat keempat yang mesti ada pada

    Dawlah Islamiyyah. Syarat tersebut ialah kepatuhan yang mutlak kepada hukum-hukum

    Islam yang menjadi landasan dan kawalan kepada kerajaan.

    Penjelasannya adalah seperti berikut:

    1. Warganegara

    13

    Khalid Ibrahim Jindan (1999), Teori Politik Islam, Telaah Kritis Ibnu Taymiyyah

    Tentang Pemerintahan Islam, Surabaya; Risalah Gusti., h. 59. 14

    Abu Abd. Fattah Ali Belhaj (2001), Menegakkan Kembali Negara Khilafah, Kewajipan

    Terbesar Dalam Islam, Bogor, Pustaka Thariqul Izzah, h. 82 15

    Muhibbin, M.A, Drs. (1996), Hadis-Hadis Politik; Yogyakarta: Pustaka Pelajar LESISKA,

    h. 27. 16

    M. Dhiauddin Rais, Drs. (2001), Teori Politik Islam, Jakarta: Gema Insani, h. 8 17

    Ali Ali Mansur (1994), Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa, Mahmood Zuhdi

    Abdul Majid (terj.) Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd., h. 69.

  • 7

    Warganegara ialah kumpulan individu lelaki dan perempuan yang menetap dalam

    sesuatu negara. Warganegara juga disebut sebagai rakyat. Istilah rakyat atau warganegara

    berbeza dengan istilah penduduk. Penduduk biasanya bermaksud orang yang duduk atau

    tinggal dalam sesebuah negara termasuk juga warganegara dan bukan warganegara. Kadang-

    kadang terdapat orang-orang asing yang tinggal dalam sesebuah negara tetapi mereka bukan

    warganegara. Warganegara biasanya mendapat hak-hak mereka sebagai warganegara, seperti

    mendapat hak-hak tabii, hak politik dan hak-hak sivil seperti hak kebebasan, keselamatan,

    layanan sosial, kesihatan dan lain-lain. Orang asing biasanya tidak mendapat hak-hak politik

    seperti hak mengundi dan hak menjadi wakil rakyat. Orang asing juga tidak mendapat hak-

    hak sosial seperti hak memiliki harta tetap, hak melakukan kerja-kerja penting seperti

    kedoktoran, guaman dan sebagainya.

    Pengiktirafan sebagai rakyat dalam Dawlah Islamiyyah adalah dibuat berasaskan

    kepada agama (Islam). Oleh itu orang-orang Islam yang tinggal dalam sesebuah Dawlah

    Islamiyyah adalah dianggap sebagai rakyat Dawlah Islamiyyah. Hubungan persaudaraan atau

    bangsa tertentu tidak boleh dijadikan ukuran utama untuk menilai kedudukan kerakyatan

    dalam Dawlah Islamiyyah. Seseorang yang beragama Islam dengan sendiri dianggap sebagai

    rakyat bagi Dawlah Islamiyyah. Hubungan sesama Islam adalah berasaskan akidah.

    Akidahlah yang menjadi tali pengikat antara orang Islam dan umat Islam senegara. Kadang-

    kadang rakyat Dawlah Islamiyyah digelar sebagai ummah. Ummah bererti rakyat Dawlah

    Islamiyyah yang sama-sama berpegang kepada akidah yang sebenar tanpa mengira perbezaan

    warna kulit, perbezaan keturunan, bahasa, tempat tinggal dan sebagainya. Orang-orang Islam

    yang tinggal di luar Dawlah Islamiyyah masih lagi dianggap rakyat Dawlah Islamiyyah.

    Orang-orang bukan Islam dalam Dawlah Islamiyyah pula terbahagi kepada dua golongan

    iaitu; ahl al-Dhimmah (Kafir Zimmi) dan al-Musta'man:

    a) Ahl al-Dhimmah (Kafir Zimmi)

    Mereka adalah orang-orang bukan Islam yang tinggal dalam Dawlah Islamiyyah,

    mematuhi undang-undang negara dan membayar jizyah. Jizyah yang dibayar adalah sebagai

    bukti kepatuhan mereka kepada Dawlah Islamiyyah dan tidak lagi memusuhi dakwah

    Islamiah. Ia juga sebagai bukti penyertaan mereka dalam perbelanjaan negara. Dawlah

    Islamiyyah wajib memberi perlindungan dan mempertahankan golongan kafir zimmi dari

    ancaman musuh dari dalam dan luar negara. Walaupun terikat dengan undang-undang

  • 8

    Dawlah Islamiyyah mereka diberi kebebasan untuk menganut agama masing-masing. Mereka

    bebas mengamalkan undang-undang dan peraturan agama mereka sesama mereka. Mereka

    diberi kebebasan untuk bekerja dan berniaga. Mereka mempunyai hak-hak dan

    tanggungjawab terhadap negara sama seperti rakyat yang beragama Islam.

    b) Al- Musta'man

    Al-Musta'man adalah orang yang dijamin keselamatan dalam Dawlah Islamiyyah.

    Mereka juga dianggap golongan kafir zimmi yang tinggal untuk sementara waktu dalam

    Dawlah Islamiyyah. Sekiranya orang-orang bukan Islam dari luar Dawlah Islamiyyah ingin

    masuk ke Dawlah Islamiyyah untuk sesuatu urusan yang diharuskan seperti berniaga dan

    belajar. Mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian dengan jaminan keselamatan

    bermula dari kemasukannya hinggalah mereka keluar dari Dawlah Islamiyyah. Ini

    berdasarkan Firman Allah:

    Dan jika seorang dari antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan

    kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah.

    Kemudian hantarkan dia ke tempat yang aman baginya. Demikianlah itu kerana

    mereka kaum yang tidak mengetahui.

    (Surah al-Taubah 9:6)

    2. Daerah

    Maksud daerah bagi sesebuah negara ialah suatu kawasan bumi yang didiami oleh rakyat

    negara itu tanpa mengira jenis pertalian yang menghubungkan di antara satu kawasan dengan

    kawasan yang lain. Kadang-kadang daerah-daerah tersebut dihubungi dengan tanah-tanah

    yang sama (jalan darat). Kadang-kadang berbentuk pulau-pulau yang dipisahkan oleh laut,

    sungai dan sebagainya. Sesebuah negara tidak dihadkan dengan keluasan tertentu. Kabilah

    yang berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak dianggap bernegara.

  • 9

    Sempadan antara negara-negara biasanya ditentukan dengan mengambil kira faktor alam

    semula jadi seperti banjaran bukit, sungai, selat, laut dan sebagainya. Contohnya Malaysia

    dan Singapura dipisahkan oleh Selat Tebrau. Malaysia Barat dan Sumatera dipisahkan oleh

    Selat Melaka. Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh Sungi Golok dan lain-lain.

    Daerah Dawlah Islamiyyah ialah daerah-daerah yang tunduk di bawah kuasa kerajaan Islam,

    melaksanakan syariat Islam. Para fuqaha' terdahulu menjelaskan bahawa Dawlah Islamiyyah

    itu nama yang diberikan kepada daerah yang berada di bawah kekuasaan orang-orang Islam.

    Ia juga kadang-kadang disebut dengan istilah Dar al-Islam. Mengikut pandangan Dr. Abd al-

    Ghani Basyuni Abdullah, daerah yang dikira sebagai Dawlah Islamiyyah ialah daerah yang

    didiami oleh majoriti umat Islam sahaja, tetapi yang lebih penting pengamalan Syariah Islam

    dalam daerah tersebut18

    .

    3. Kedaulatan

    Kedaulatan ialah kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan yang

    memerintah. Mengikut pandangan ahli undang-undang, sesebuah negara yang berdaulat

    mempunyai pelbagai kebebasan seperti:

    i. Berhak untuk memilih tata politiknya sendiri.

    ii. Negara tersebut berhak untuk mentadbir daerahnya sendiri.

    iii. Negara mempunyai kuasa penuh untuk mengatur perhubungan dengan mana-mana

    negara lain atau mana-mana individu. Syarat utama ialah tidak berlaku apa-apa

    diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau agama.

    iv. Negara berhak untuk menggubal undang-undang sendiri selagi tidak bertentangan

    dengan undang-undang antarabangsa. Negara berhak memerintah rakyatnya dan

    orang-orang yang tinggal dalam negara tersebut supaya patuh kepada undang-undang

    yang digubal.

    v. Pihak pemerintah negara tersebut berkuasa untuk menjalankan proses dan urusan

    pengadilan ke atas rakyat dan penduduk negaranya tanpa campur tangan kuasa dari

    negara luar.

    Mengikut perspektif Islam kedaulatan adalah kuasa politik yang terdapat

    dalam sesebuah negara. Adanya kekuasaan politik merupakan syarat utama kewujudan

    18

    Abd al-Ghani Basyuni Abdullah (1986), Nazariyyah al-Dawlah Fi al-Islam, Beirut: Al-

    Dar al-Jami'ah, h.34.

  • 10

    Dawlah Islamiyyah. Kuasa politik dalam Dawlah Islamiyyah diperolehi melalui keredhaan

    dan persetujuan dari rakyat. Ketua negara dan para pemerintah dilantik melalui pilihan dan

    persetujuan rakyat bukannya secara rampasan kuasa atau menggunakan kekerasan. Para

    penguasa dianggap berkuasa apabila rakyat menyerahkan mandat tersebut kepada mereka

    melalui bay'ah. Kuasa tersebut adalah milik sementara para pemimpin. Mereka diberi

    tanggungjawab oleh rakyat untuk menjalankan kewajipan agama dan juga urusan keduniaan

    berasaskan aturan agama. Apabila para pemimpin melakukan kesilapan, rakyat boleh

    memberi teguran. Rakyat juga mempunyai kuasa untuk memecat atau menukar pemimpin

    mereka apabila pemimpin tersebut gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

    4. Kepatuhan Kepada Hukum-hukum Islam

    Selain daripada tiga rukun utama yang membentuk negara, terdapat rukun keempat

    yang mesti ada pada Dawlah Islamiyyah. Perkara yang keempat yang dimaksudkan ialah

    kepatuhan yang mutlak kepada hukum-hukum Islam yang menjadi landasan dan kawalan

    kepada kerajaan. Syarat ini akan menentukan skop dan bidang kuasa negara, matlamat dan

    semua bentuk hubungan dalam dan luar negeri. Perkara utama yang menjadi syarat Dawlah

    Islamiyyah ialah kepatuhan mutlak kepada kaedah-kaedah dan hukum-hukum yang

    berhubungkait dengan akidah dan perundangan Islam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

    Tanpa syarat ini Dawlah Islamiyyah tidak dianggap wujud, sekalipun tiga rukun komponen

    pertama telah wujud.

    Jika syarat tersebut menjadi kriteria bagi terbentuk sebuah Dawlah Islamiyyah maka

    masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah di Madinah telah memenuhi keseluruhan

    syarat tersebut dan layak untuk disebut sebagai Dawlah Islamiyyah. Di Madinah telahpun

    wujud sekumpulan individu rakyat yang terdiri dari orang-orang Muhajirin dan Ansar.

    Madinah juga mempunyai persempadanan pemerintahan yang terbatas di mana orang-orang

    Makkah tidak menganggap Rasulullah itu pemimpin mereka. Masyarakat Islam Madinah

    juga mempunyai sistem pemerintahan tersendiri yang berasaskan kepada undang-undang

    syariah dan Rasulullah s.a.w diakui sebagai ketua negara. Perkara ini diakui di peringkat

    dalam dan juga luar negara. Berdasarkan penjelasan di atas Dawlah Islamiah Madinah

    bolehlah dianggap sebagai sebuah masyarakat politik yang telah membentuk sebuah negara

    berdaulat yang tertua di dunia.

    Dawlah Islamiyyah Di Zaman Rasulullah s.a.w.

  • 11

    Rasulullah s.a.w. diutuskan ke dunia untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan

    jahiliyyah kepada cahaya Islam. Dari segi politik, sebelum kedatangan Islam (sebelum

    dibangkitkan Rasulullah s.a.w.) orang-orang Arab tidak mempunyai kerajaan dan tidak

    memiliki sesebuah negara. Yang ada hanya kesepakatan antara mereka untuk menentang

    musuh-musuh luar apabila diancam atau diserang. Mereka tidak mempunyai kerajaan yang

    mengamalkan sistem politik tertentu, tetapi mereka saling bermuafakat untuk membentuk

    qabilah-qabilah, hidup secara berkumpulan atas kepentingan untuk mempertahankan diri

    masing-masing dari ancaman musuh-musuh luar. Setiap qabilah biasanya hidup secara

    berasingan di antara satu sama lain. Pemilihan ketua bagi bagi setiap qabilah tidak mengikut

    sesuatu kaedah tetap. Kriteria pemilihan juga bergantung kepada kehendak orang ramai pada

    masa tersebut. Contohnya; mereka akan memilih pemimpin berdasarkan beberapa faktor

    seperti; memilih seseorang yang lebih tua, yang lebih kaya, individu yang memang terkenal

    dan orang-orang yang dihormati dalam masyarakat.

    Timbul suatu persoalan, bilakah Rasulullah s.a.w. telah merancang untuk

    menubuhkan dawlah Islamiyyah ?. Para ulama berpendapat Baginda Rasulullah s.a.w. telah

    merancang menubuhkan dawlah Islamiyyah semenjak Baginda menerima wahyu lagi.

    Bermulanya Baginda dilantik menjadi Rasul begitulah bermulanya baginda bercita-cita untuk

    menubuhkan dawlah Islamiyyah. Secara ringkasnya, kegiatan politik pada zaman Rasulullah

    s.a.w. berlangsung dalam dua peringkat iaitu :

    i- Peringkat Mekah iaitu peringkat perancangan penubuhan Dawlah Islamiyyah.

    ii- Peringkat Madinah iaitu peringkat pelaksanaan Dawlah Islamiyyah.

    Peringkat Mekah

    Sebelum RasululLah s.a.w berhijrah ke Madinah, negara Islam belum lagi

    ditubuhkan. Pada masa itu belum ada lagi keperluan dan tuntutan supaya baginda berbuat

    demikian.19

    Aspek utama yang ditekankan oleh Baginda Rasulullah di peringkat awal

    sebelum berhijrah ke Madinah ialah soal akidah dan keimanan kepada Allah. Baginda juga

    menyeru manusia berfikir tentang kebesaran Allah, menolak kekufuran, mengajar beberapa

    19

    Mutawalli, Abd al-Hamid, Dr. (1975), Mabadi Nizam al-Hukm Fi al-Islam,

    Iskandariyyah: Mansyaah al-Maarif, cet. ke 3, h. 196.

  • 12

    bentuk sifat-sifat mulia dan mengajak manusia mengatasi kejahilan.20

    Sumber hukum yang

    paling utama pada masa itu ialah al-Quran yang diturunkan hanya melalui RasululLah

    s.a.w. sahaja.21

    Banyak ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan supaya umat Islam sentiasa

    mematuhi segala perintah yang di bawa oleh RasululLah s.a.w. Terdapat ayat yang

    menjelaskan bahawa tidak harus bagi orang yang beriman mengamalkan apa yang mereka

    putuskan sendiri sekira ianya bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh RasululLah

    s.a.w.22

    Ada ayat yang mengarahkan manusia supaya melaksanakan arahan RasululLah dan

    menjauhi larangannya.23

    Al-Quran juga menganggap sesiapa yang taat kepada Rasul

    bererti taat kepada Allah.24

    Begitu juga sekiranya berlaku sesuatu perselisihan yang tidak

    boleh diselesaikan maka manusia hendaklah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.25

    Semua penegasan tersebut menjadi bukti bahawa RasululLah s.a.w adalah seorang Rasul

    yang mempunyai kuasa menentukan hukum.

    Kebanyakan persoalan hukum yang dijelaskan Baginda di peringkat Mekah ada

    hubungkaitnya dengan akidah. Contohnya di peringkat Mekah dijelaskan beberapa perkara

    yang dilarang seperti larangan menyengutukan Allah, larangan derhaka kepada ibu bapa,

    larangan membunuh anak, haram melakukan zina, haram membunuh orang yang tidak

    berdosa dan lain-lain.26

    Hukum-hukum pengharaman zina dan haramnya membunuh disebut

    secara umum sahaja di peringkat Mekah.27

    Perincian hukum bagi perbuatan zina dan

    membunuh orang dijelaskan semula oleh RasululLah s.a.w. melalui beberapa ayat lain yang

    diturunkan di Madinah.28

    20

    Badran Abu al-Ayn Badran (t.t.), al-Syariah al-Islamiyyah, Tarikhuha Wa Nazariyyah

    al-Milkiyyah Wa al-Uqud, Iskandariyyah: Muassasat Syabab al-Jamiah, h. 88. 21

    Badran Abu al-Ayn Badran, al-Syariah al-Islamiyyah, op. cit., h. 93. 22

    Lihat al-Quran surah al-Ahzab (33):36. 23

    Lihat al-Quran surah al-Hasyr (59): 7. 24

    Lihat al-Quran surah al-Nisa (4):80. 25

    Lihat al-Quran surah al-Nisa (4):59. 26

    Lihat al-Quran surah al-Anam (6):151. 27

    Lihat al-Quran surah al-Isra (17):32 dan surah al-Isra (17):33. 28

    Lihat al-Quran surah al-Nur (24):2-3 dan surah al-Baqarah (2):178.Yang dimaksudkan

    dengan "Hukuman Qisas" ialah hukuman bunuh balas, iaitu nyawa dibalas dengan nyawa,

    kecuali jika pihak waris orang yang terbunuh mengampunkan, maka sipembunuh dikenakan

    membayar "Diyah" (ganti nyawa yang berupa hartabenda atau wang darah) dengan

    sepatutnya. Lihat Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Tafsir Pimpinan Ar-

  • 13

    Di peringkat Mekah, Rasulullah s.a.w. berusaha membina aqidah, dengan ikatan

    keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. Baginda mengutamakan pembentukan akidah

    Islam yang sempurna di kalangan orang-orang Arab dan mendidik mereka dengan didikan

    akhlak Islamiyyah. Baginda telah membuat pelbagai persiapan seperti menyusun strategi

    politik dalaman, mengatur hubungan dengan luar negara dan membangunkan persiapan

    ketenteraan. Baginda berusaha menanam akidah Islamiyyah dalam diri orang-orang yang

    baru memeluk agama Islam, memantapkan akidah mereka dan menyebarluaskan dakwah

    kepada pengikut-pengikut baru supaya beriman dan menerima cara hidup Islam. Firman

    Allah:

    Maksudnya:

    Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan

    membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk

    dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain,

    Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

    Surah al-Tawbah 9: 33

    Matlamat utama perjuangan Rasulullah ialah untuk berdakwah dan menyeru umat

    manusia kepada Islam dan menghapuskan amalan syirik yang tersebar luas di Semenanjung

    Arab pada masa itu. Baginda berjuang menegakkan keadilan dan menentang kezaliman serta

    penindasan. Dawlah Islamiyyah yang diperjuangkan oleh Rasulullah berjaya menghapuskan

    amalan jahiliyyah yang diwarisi oleh umat Arab. Negara yang ditegakkan itu dapat menjamin

    kemajuan dari segi ekonomi, politik, kemasyarakatan dan lain-lain.

    Selain itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa mencari jalan untuk menyebarkan dakwah dan

    mencari sesuatu kedudukan yang selesa bagi umat Islam untuk mereka laksanakan ajaran

    Islam dengan bebas. Dalam menghadapi tentangan dahsyat daripada musyrikin Mekah,

    Rasulullah s.a.w. mengarahkan para sahabatnya supaya berhijrah ke Habsyah yang pada

    waktu itu diperintah oleh raja bernama Najasyi yang adil. Dalam realiti semasa, ia boleh

    disamakan dengan usaha mendapatkan perlindungan politik daripada mana-mana kerajaan.

    Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

    Berhad, cet. keenam, 1995, h. 67.

  • 14

    Rasulullah s.a.w. juga memanfaatkan beberapa kebaikan sistem Mekah untuk

    kepentingan dakwah Islamnya. Antara kebaikan tersebut ialah sistem sokongan

    kekeluargaannya (Bani Hashim dan Bani Muttalib) terhadap keselamatan diri Baginda sendiri

    dan sistem al-Ijar iaitu perlindungan sementara yang boleh diberikan oleh mana-mana pihak

    yang berautoriti di Mekah sebagaimana yang dilakukan oleh Mat'am bin 'Ady sewaktu

    Rasulullah s.a.w. memasuki Mekah daripada Ta'if. Perlindungan bapa saudaranya iaitu Abu

    Talib dan sehingga Baginda bertemu dengan kaum Aws dan Khazraj pada musim haji.

    Kewujudan Negara Madinah yang disebut sebagai Dawlah Islamiyyah yang

    pertama bukanlah berlaku secara kebetulan ataupun tanpa adanya persiapan terlebih dahulu.

    Bahkan Rasulullah s.a.w. telah menjalankan beberapa usaha serta membuat beberapa

    persiapan terlebih dahulu antara persiapan yang dilakukan ialah:

    1. Bayah Aqabah Yang Pertama

    Bay`ah Aqabah yang pertama telah berlaku satu tahun tiga bulan sebelum Baginda

    Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Pada musim haji Rasulullah telah bertemu dengan

    jemaah haji dari Yathrih yang terdiri dari suku kaum al-Aws dan al-Khazraj. Satu kumpulan

    dari mereka telah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Mereka membuat perjanjian dengan

    Rasulullah yang di sebut sebagai Bay`ah al-`Aqabah al-Ula (Bay`ah Aqabah yang pertama).

    Mereka berjanji untuk menjaga iman mereka dan beriltizam dengan akhlak yang mulia.

    Mereka berjanji tidak akan mensyirikkan Allah, tidak akan mencuri, tidak melakukan zina,

    tidak akan membunuh anak, tidak membohongi (menipu) Rasulullah dan mematuhi

    Rasulullah dalam melakukan perkara-perkara yang baik.29

    Perkara utama dalam perjanjian ini

    ialah mereka tetap berpegan kepada tauhid, berakhlak mulia dan sentiasa membantu

    Rasulullah s.a.w.

    2. Bayah Aqabah Yang Kedua

    Bayah ini berlaku setahun selepas Bayah Aqabah yang pertama, iaitu pada musim

    haji tahun berikutnya iaitu lebih kurang tiga bulan sebelum Baginda berhijrah ke Madinah.

    Rasulullah telah berjumpa dengan 73 orang yang terdiri dari golongan lelaki dan wanita.

    Menurut perjanjian ini orang-orang Madinah menjemput Rasulullah untuk menetap di

    Madinah dan menyebarkan ajaran Islam di Madinah serta melindungi baginda dari sebaran

    ganguan dan ancaman musuh. Mereka telah berikrar untuk memberikan sokongan semasa

    29

    Ibn Hisyam (t.t.), al-Sirah al-Nabawiyyah, Beirut: Dar al-Jayl, j. 2, h. 57.

  • 15

    dalam keadaan aman dan juga semasa peperangan menentang musuh-musuh negara. Bayah

    ini juga termasuk memberikan kepatuhan sepenuhnya kepada kebenaran dan berani

    mengisytiharkan kebenaran tersebut.

    Kedua-dua bayah Aqabah di atas merupakan perjanjian yang terkandung di

    dalamnya tujuan untuk mendirikan masyarakat Islam yang pertama dalam sejarah Islam.

    Bayah tersebut juga merupakan bukti kukuh bahawa masyarakat Islam Madinah telah

    menerima Rasulullah sebagai pemimpin mereka. Selepas berlangsung dua Bayah iaitu

    Bayah pertama dan kedua (Bay'atul Aqabah), bermulalah episod sebenar penubuhan sebuah

    kerajaan dan sistem pemerintahan Islam dalam maksudnya yang praktikal selepas Rasulullah

    s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Madinah.

    Peringkat Madinah

    Ketika Rasulullah tiba di Madinah baginda bertindak menubuhkan dawlah Islamiyyah

    berasaskan pegangan akidah yang dipimpin sendiri oleh Baginda dengan pertolongan dan

    naungan dari Allah S.W.T. Terdapat beberapa aktiviti utama dalam penubuhan Dawlah

    Islamiyyah. Antaranya ialah:

    1. Membina masjid

    Masjid merupakan pusat pelbagai kegiatan bagi masyarakat Islam. Ia merupakan

    tempat pertemuan yang boleh mempereratkan hubungan sesama Islam. Masjid juga dijadikan

    sebagai pusat politik dan pentadbiran Dawlah Islamiyyah pada masa itu. Masjid dijadikan

    tempat bermesyuarat dan perbincangan tentang pemerintahan pada masa itu.

    2. Mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dan Ansar

    Rasulullah telah mempersaudarakan secara effektif di antara orang-orang Muhajirin

    dan orang-orang Ansar. Persaudaraan ini bukan diikat berasaskan qabilah atau bangsa, tetapi

    persaudaraan yang diikat oleh dasar aqidah dan agama. Persaudaraan yang diikat oleh

    baginda Rasulullah s.a.w. adalah merupakan langkah awal untuk membentuk sebuah dawlah

    Islamiyyah

    3. Menggubal Perlembagaan Madinah

    Perlembagaan Madinah merupakan perjanjian yang berlaku di antar orang-orang

    Muhajirin, Ansar dan golongan Yahudi di Madinah. Ia mengandungi prinsip-prinsip asas

  • 16

    yang menjamin kesejahteraan bersama dalam kehidupan mereka dalam negara Madinah. Dari

    segi perundangan, Dawlah Islamiyyah Madinah merujuk kepada hukum yang yang

    diturunkan oleh Allah melalui wahyu kepada Rasulullah s.a.w. Wahyu yang diturunkan Allah

    itu dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan persoalan

    hidup keduniaan. Hukum-hukum tersebut terdapat secara tersusun dalam mashaf yang

    dihafal oleh kaum Muslimin. Apabila timbul masalah yang berkaitan, amat mudah bagi umat

    Islam menyelesaikannya, iaitu dengan cara mereka merujuk kepada ayat-ayat al-Quran

    yang dihafal. Sekiranya permaslahan hukum itu tidak dapat diselesaikan berpandu kepada

    ayat-ayat al-Quran, orang ramai akan merujuk terus permasalahan tersebut kepada Baginda

    Rasulullah s.a.w. Biasanya selepas orang ramai bertanya, Baginda Rasulullah akan

    menjelaskan hukum yang berkaitan dengan perkara yang ditanya.

    Dawlah Islamiyyah di zaman Rasulullah bukan sahaja mengutamakan

    persoalan yang berkaitan dengan keagamaan sahaja, sebaliknya ia juga mengutamakan

    persoalan politik dan penyusunan negara. Perkara politik yang ditekankan ialah berkaitan

    dengan:

    1. Ketua Negara; Rasulullah merupakan ketua tertinggi Dawlah Islamiyyah. Baginda

    memiliki kuasa dalam persoalan keagamaan dan keduniaan. Rasulullah dianggap sebagai

    ketua tertinggi dalam bidang keagamaan dan bidang keduniaan.

    2. Rasulullah bertindak sebagai ketua hakim yang boleh menyelesaikan persengketaan

    dan perbalahan yang berlaku di kalangan rakyat. Baginda akan menyelesaikan pertikaian

    yang berlaku berlandaskan hukum syariat dan keputusan yang dibuat tidak boleh

    dipertikaikan oleh sesiapa pun. Dalam bidang keadilan dan kehakiman, Rasulullah

    merupakan hakim tertinggi yang memutuskan segala keputusan dan hukuman. Pun

    begitu, Baginda juga kadang-kadang melantik para sahabat menjadi hakim di dalam

    beberapa kes tertentu. Contohnya, dilantik Ali sebagai qadi di Yaman. Selain itu,

    terdapat enam orang sahabat yang terkenal dalam bidang kehakiman dan fatwa, mereka

    ialah Umar, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan Ummul

    Mukminin, Aishah sendiri.

    3. Melaksanakan hukum hudud; Hukum hudud merupakan hukum yang wajib

    dilaksanakan ke atas orang-orang yang melakukan kesalahan jenayah dalam masyarakat

    Islam seperti kesalahan berzina, mencuri, minum arak, membuat tuduhan palsu dan lain-

    lain.

  • 17

    4. Mengetuai pasukan tentera dan mengelakkan berlakunya permusuhan. Rasulullah

    secara pribadi telah mengetuai tentera Islam untuk berhadapan dengan musuh-musuh

    Islam. Baginda merancang dan mengatur strategi menentang musuh-musuh Islam.

    Penentangan dari musuh termasuklah mengancam Dawlah Islamiyyah atau sekadar

    menganggu salah seorang rakyat dalam Dawlah Islamiyyah. Sebagai ketua turus tentera

    bagi pasukan perang Madinah, Baginda sendiri pernah mengetuai peperangan yang

    penting untuk menentang orang-orang kafir dalam perang Badar, Uhud, Hunayn dan

    Fathu Makkah. Manakala dalam peperangan kecil, Baginda hanya melantik seorang

    ketua yang memimpin pasukan tersebut.

    Selepas RasululLah berhijrah ke Madinah Baginda telah memperkenalkan cara

    membentuk masyarakat dan negara mengikut hukum Islam. Rasulullah s.a.w. menjalankan

    kuasa pemerintahan mengikut bimbingan wahyu dari Allah s.w.t. Firman Allah dalam al-

    Quran :

    "Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya

    sendiri, segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak

    lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya"

    RasululLah pada masa ini bukan sahaja mengajar manusia berkaitan dengan soal

    ibadat, tetapi baginda menjelaskan soal politik dan kemasyarakatan. Di sinilah baginda

    menentukan hukum-hukum yang berkaitan dengan soal kehidupan yang ada hubungannya

    dengan individu dan masyarakat dalam segenap segi seperti ibadat, muamalat (pergaulan

    sesama manusia), jihad, jenayah, pusaka, wasiat, nikah cerai, sumpah, kehakiman dan

    pelbagai aspek perundangan yang lain.30

    Baginda juga memperkenalkan hukum-hukum qisas,

    hudud dan tazir (hukuman yang tidak ditetapkan oleh nas). Terdapat juga hukum tentang

    peperangan, harta rampasan perang, masalah orang tawanan dan lain-lain. Baginda adalah

    seorang printis yang telah membina kerajaan Islam yang menjadi model kepada umat Islam

    30

    Hassan Haji Salleh, Sejarah Perundangan Islam, Kelantan: Pustaka Aman Press, cet.

    kedua, 1979, h. 26.

  • 18

    selepasnya. Penubuhan negara Islam adalah bermula di Yathrib yang kemudiannya dikenali

    sebagai Madinah.31

    Sebahagian besar hukum-hukum yang diajar oleh Baginda RasululLah s.a.w. adalah

    berdasarkan wahyu al-Quran. Wahyu al-Quran diturunkan oleh Allah secara berperingkat-

    peringkat dalam berbagai-bagai bentuk. Kadang-kadang ia menjelaskan hukum bagi

    perkara yang belum berlaku,32

    kadang-kadang ia diturunkan untuk memberi penjelasan

    terhadap apa yang sedang berlaku33

    dan kadang-kadang sebagai menjawab pelbagai persoalan

    yang dikemukakan kepada RasululLah.34

    Ada juga pada masa-masa tertentu RasululLah s.a.w. melakukan ijtihad dalam

    menentukan hukum. Sebab itu sesetengah ulama berpendapat baginda adalah mujtahid yang

    pertama dalam Islam.35

    Dalam catatan sejarah kadang-kadang didapati baginda berijtihad

    bersendirian36

    dan kadang-kadang baginda membuat keputusan setelah berbincang dahulu

    dengan para sahabat.37

    RasululLah juga pernah membenarkan para sahabat melakukan

    ijtihad.38

    31

    O.K. Rahmat, Dr., Republik Atau Monarki, Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd., cet.

    pertama 1989, h. 5. 32

    Lihat al-Quran surah al-Baqarah (2):43. 33

    Lihat al-Quran surah al-Baqarah (2):228. 34

    Lihat al-Quran surah al-Isra (17):85. 35

    Muhammad Faruq al-Nabhan, Nizam al-Hukmi Fi al-Islam, Beirut: Muassasah al-

    Risalah, cet. kedua, 1988, h. 420. 36

    Contoh ijtihad baginda secara persendirian ialah, baginda telah mengharamkan dirinya

    meminum madu. Tetapi ijtihad baginda itu ditegur oleh Allah dengan menurunkan ayat 1

    Surah al-Tahrim. Lihat al-Quran surah al-Tahrim (66):1. 37

    Perbincangan di antara RasululLah dengan para sahabat adalah seperti menentukan

    kedudukan orang tawanan perang Badar. RasululLah telah menerima cadangan Abu Bakr

    supaya diambil fidyah dan membebaskan tawanan perang tersebut. Tetapi keputusan yang

    dibuat oleh RasululLah tersebut ditegur oleh wahyu yang datang daripada Allah. Allah

    menurunkan ayat 67 dan 68 Surah al-Anfal, memperbetulkan keputusan yang dibuat oleh

    RasululLah. Wahyu tersebut bersesuaian dengan pandangan Umar Ibn al-Khattab. Sebab itu

    sesetengah ulama berpendapat tidak harus bagi RasululLah s.a.w. berijtihad kerana ijtihad

    baginda seperti yang disebut disini ditegur oleh wahyu. Lihat Abd al-Karim Khatib, op. cit.,

    h. 46. 38

    Diantara contoh RasululLah membenarkan orang lain berijtihad ialah peristiwa dimana

    baginda telah mengutuskan Muadh Ibn Jabal ke Yaman. Tentang ini Ibn Qayyim menulis:

    Mengikut Muadh Ibn Jabal RasululLah s.a.w. telah bertanya

    kepada beliau apakah tindakannya apabila berhadapan dengan

    sesuatu kes. Muadh menjawab beliau akan menghukum dengan

    Kitab Allah. RasululLah bertanya, sekiranya tidak ada padanya

    hukum ? Muadh menjawab, beliau akan menghukum berdasarkan

  • 19

    Walaupun Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa dalam mengendalikan pemerintahan

    namun Baginda sering melakukan syura dengan para sahabatnya untuk mendapatkan

    pandangan mereka dalam sesuatu masalah. Rasulullah s.a.w. dibantu oleh para sahabat iaitu

    Ali dan Uthman selaku penulis wahyu. Mereka berdua pula dibantu oleh Ubayy bin Ka'ab,

    Zayd bin Thabit. Sementara itu, Zubayr dan al-Zuhaym bin al-Salat bertugas sebagai pegawai

    pengurus zakat dan sedekah. Huzayfah al-Yamani pula membuat tafsiran pendapatan hasil

    dari buah tamar. Al-Mughirah dan al-Hasan bin Numayr mencatatkan perjanjian perdagangan

    yang dilakukan oleh orang ramai. Abdullah bin Arqam dan 'Ala bin Uqbah memelihara rekod

    tentang kabilah-kabilah serta sumber air, mereka juga mengendalikan catatan rekod tentang

    kaum Ansar. Selain itu, Zayd bin Thabit menjadi juru tulis yang membuat hubungan surat

    menyurat dengan raja-raja dan ketua-ketua kabilah. Manakala Mu'ayyib bin Abi Fatimah

    menjaga rekod mengenai pendapatan dari harta ghanimah (harta rampasan perang). Hanzalah

    bin al-Rabi'ah pula dikatakan bertindak sebagai setiausaha kepada Rasulullah s.a.w. dan

    beliau juga menyimpan cop mohor Baginda.39

    Baginda juga melantik beberapa orang

    sahabatnya sebagai gabenor, hakim, dan pegawai tadbir di beberapa jajahan Islam.

    Dawlah Islamiyyah Di Zaman Al-Khulafa Al-Rasyidin

    Selepas kewafatan Rasulullah timbullah permaslahan politik di kalangan umat

    Islam di Madinah. Mereka berselisih pendapat dalam menentukan siapakah pengganti

    Rasulullah s.a.w. yang akan menjadi ketua negara. Orang-orang Ansar merasakan wakil di

    kalangan mereka lebih layak menjadi khlifah kerana golongan Ansar mempunyai kelebihan

    mempertahankan Islam, membantu Rasulullah s.a.w. dan dakwah Islam. Mereka lebih

    cenderung supaya khalifah disandang oleh tokoh suku Khazraj iaitu Sa'd bin Ubadah. Bani

    Hashim merasakan bahawa jawatan ini mesti berada di kalangan mereka dan mereka percaya

    bahawa Ali bin Abi Talib adalah yang paling berhak di antara para sahabat Nabi s.a.w. kerana

    Sunnah RasululLah. RasululLah bertanya lagi, sekiranya tidak

    ada juga penjelasan hukum ? Beliau menjawab, aku akan

    berijtihad dengan menggunakan pendapatku. Maka RasululLah

    menepuk dada Muadh seraya bersabda, Maha Suci Allah yang

    telah memberikan pertunjuk kepada utusan Rasul-Nya.

    Lihat Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-Din Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Alam

    al-Muwaqqiin, Kaherah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariyyah, j. I, 1968, h. 202. 39

    Amir Hassan Siddiqi, The Origin and Development of Muslim Institution, 2nd

    ed.,

    Karachi: Jam'iyyat al-Falah Publication, 1969, hlm. 28.

  • 20

    kedudukannya di sisi Rasulullah s.a.w. Orang-orang Muhajirin juga merasakan wakil mereka

    lebih layak menjadi khalifah kerana mereka lebih awal memeluk agama Islam dan beriman

    serta banyak membantu Rasulullah. Mereka mahukan Abu Bakar dilantik sebagai khalifah

    kerana beliau merupakan orang yang pertama sekali memeluk Islam dan menjadi teman Nabi

    s.a.w. di dalam gua Thur.40

    Perbincangan telah berlaku di antara orang-orang Muhajirin dan orang Ansar bagi

    menentukan khalifah pertama selepas Rasulullah sehinggalah Abu Bakar tampil memberikan

    penjelasan dan memuji peranan penting yang dimainkan oleh orang-orang Ansar membantu

    golongan Muhajirin dan memberi perlindungan kepada Rasulullah dan agama Islam. Beliau

    telah memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada orang-orang Ansar. Namun beliau secara

    pribadi berpendapat jawatan khalifah selepas Rasulullah itu lebih sesuai diserahkan kepada

    orang-orang Muhajirin kerana mereka lebih awal beriman dan menerima Islam serta sanggup

    menanggung kesusahan menghadapi ancaman dari golongan kafir Musyrikin. Pemimpin dari

    golongan Ansar seterusnya memuji kaum Ansar dan mencadangkan jawatan khalifah sesuai

    diserahkan kepada golongan Muhajirin. Buktinya seorang pemimpin Ansar dari kaum

    Khazraj iaitu Basyir Ibn Sa`ad telah bagun memberikan ucapan:41

    Wahai kaum Ansar demi Allah sekiranya kita merupakan orang

    yang paling utama berjihad menentang golongan Musyrikin dan

    merupakan orang yang awal memeluk agama Islam sudah tentu

    kita memerlukan keredaan dari Tuhan dan mentaati nabi kita. Kita

    berpenat lelah untuk diri kita, maka tidak harus bagi kita

    memperpanjangkan lagi perkara ini Sesungguhnya Nabi

    Muhammad merupakan orang Qurasy, kaumnya lebih berhak

    memegang jawatan ini (jawatan khalifah). Demi Allah, Allah tidak

    membenarkan saya menentang mereka tentang perkara ini.

    Bertakwalah kepada Allah, jangan kamu menentang mereka

    tentang perkara ini.

    Ucapan ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada diri orang-orang Islam pada

    masa itu. Selepas itu tampillah Umar Ibn al-Khattab dan Abu Ubaydah memberi bay`ah

    kepada Abu Bakar menjadi khalifah. Kemudian tampil pula golongan Aws dan Khazraj

    memberi bay`ah. Dengan nikmat Islam maka Allah telah menyelamatkan umat Islam dari

    perpecahan.

    40

    Muhammad Faruq al-Nabhan, Nizam al-Hukm Fi al-Islam, Beirut: Muassasah al-

    Risalah, cet. Kedua, 1988, h. 91. 41

    Ibid.

  • 21

    Pelaksanaan Hukum Islam Di Zaman Pemerintahan Abu Bakar

    Penentuan dan penggubalan hukum Islam (undang-undang) di zaman al-khulafa al-

    rasyidun42

    dilakukan oleh "jamaah al-mujtahidin" yang diketuai oleh khalifah. Mereka

    adalah golongan ulama dari kalangan para sahabat yang mempunyai kelayakan untuk

    berijtihad. Merekalah orang-orang yang ditugaskan untuk mentafsirkan hukum, khususnya

    bagi perkara-perkara yang baru timbul. Oleh itu di zaman al-khulafa al-rasyidun, apabila

    timbul persoalan baru yang sukar diselesaikan, para sahabat berkumpul untuk menentukan

    hukum terhadapnya.43

    Kumpulan para sahabat inilah yang dinamakan oleh ulama sebagai

    "Jamiyyah Tasyriiyyah" yang boleh juga kita namakan badan yang menentukan hukum.

    Mereka adalah terdiri dari para sahabat dan ulama mujtahidin.44

    Fungsi yang dijalankan oleh

    mereka hampir sama dengan fungsi badan perundangan (badan lagislatif) yang ditubuhkan

    dalam sesebuah negara hari ini.

    Berdasarkan fakta sejarah, apabila ingin menentukan sesuatu hukum, langkah pertama

    yang dilakukan oleh khalifah Abu Bakr ialah merujuk kepada al-Quran. Sekiranya

    penyelesaian tersebut tidak ada di dalam al-Quran beliau akan merujuk kepada al-Sunnah.

    Sekiranya tidak ada penyelasaian mengikut penjelasan al-Quran dan al-Sunnah barulah

    beliau mengarahkan para sahabat berijtihad secara ijma. Keputusan yang dibuat oleh mereka

    itu dinamakan ijma. Cara Abu Bakr menentukan hukum ini disebut oleh Ibn Qayyim dalam

    bukunya Alam al-Muwaqqiin:

    "Abu Bakr al-Siddiq apabila ditanya kepadanya sesuatu hukum

    beliau melihat kepada Kitab Allah. Sekiranya hukum yang

    dimaksudkan itu ada, beliau akan membuat keputusan

    berdasarkan hukum tersebut. Sekiranya hukum tersebut tidak

    terdapat dalam Kitab Allah beliau akan meneliti pula kepada

    Sunnah Rasul s.a.w. Sekiranya hukum yang dimaksudkan itu ada,

    beliau akan membuat keputusan berdasarkan hukum tersebut.

    Jika beliau tidak mendapatinya di dalam al-Sunnah beliau akan

    bertanya kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui

    bahawa RasululLah s.a.w. menghukum perkara itu dengan

    sesuatu hukum ? Seringkali terdapat sesuatu kaum tampil

    menjelaskan bahawa RasululLah menghukumnya begitu dan

    begini. Sekiranya tidak terdapat sebarang Sunnah dari

    42

    Zaman al-khulafa al-rasyidun adalah bermula pada tahun 11 H. dan berakhir pada tahun

    40 H. 43

    Abd al-Wahhab Khallaf (t.t.), Khulasah Tarikh Tasyri al-Islami, Kuwait: al-Dar al-

    Kuwaitiyyah, hh. 31-32. 44

    Abd al-Hamid Mutawalli, Dr., Mabadi Nizam al-Hukm Fi al-Islami, op. cit., h. 198.

  • 22

    RasululLah beliau akan mengumpulkan para pemimpin dan

    bermesyuarat dengan mereka. Apabila mereka menetapkan

    sesuatu peraturan secara ijma,Abu Bakr akan menghukum

    dengan ijma tersebut."45

    Selepas dipersetujui, keputusan ijma ulama ini tidak boleh diubah-ubah lagi.

    Hukum tersebut akan dipakai secara berterusan untuk masa-masa yang akan datang. Kadang-

    kadang dalam mengemukakan pandangan terdapat juga percanggahan pendapat di antara satu

    sama lain. Namun demikian biasanya perbezaan pandangan itu boleh diselesaikan dengan

    mudah oleh khalifah dengan menggunakan kuasanya untuk memilih mana satukah hukum

    yang patut diterima dan dikuatkuasakan. Di antara kuasa yang diberikan kepada khalifah ialah

    memilih pandangan-pandangan, iaitu dengan cara memilih satu pandangan yang terbaik

    sahaja untuk diterima sebagai hukum.46

    Sewaktu memegang amanah kepimpinan, Abu Bakar telah menghadapi gejala murtad

    dan golongan yang enggan mengeluarkan zakat di kalangan beberapa kabilah Arab. Beliau

    telah melancarkan jihad terhadap golongan ini sehingga mereka kembali semula ke pangkuan

    Islam dan berjanji untuk menunaikan rukun Islam tersebut, manakala golongan yang berdegil

    telah diperangi oleh kerajaan Islam. Khalifah Abu Bakar meninggal dunia pada 22 Jamadil

    Akhir tahu ke 13 Hijrah sesudah berjaya menumpaskan golongan murtad dan selepas

    mencapai kejayaan cemerlang dalam usaha meluaskan daerah pemerintahan Islam. Dengan

    itu Abu Bakar merupakan pelopor kerajaan Islam yang teragung sesudah Rasulullah s.a.w.

    Khalifah Umar al-Khattab

    Selepas Abu Bakar, pemerintahan Islam diterajui oleh Sayyidina Umar bin al-

    Khattab. Nama beliau dicalonkan oleh Abu Bakar di mana beliau mengadakan perbincangan

    dengan para sahabat untuk melantik Umar selepasnya. Abu Bakar membuat surat perlantikan

    dan menyerahkan tanggungjawab kerajaan kepada Umar.

    Zaman pemerintahan Umar merupakan zaman kegemilangan Islam dan ia

    menyempurnakan zaman pemerintahan Abu Bakar. Pada zamannya, khalifah Umar telah

    membuat beberapa pembaharuan di dalam sektor pentadbiran dan kewangan. Beliau

    merupakan orang pertama menubuhkan "Diwan" iaitu sistem jabatan. Beliau juga

    45

    Lihat Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Alam al-Muwaqqiin, j. I, op. cit., h. 62. 46

    Isawi, Isawi Ahmad (1967), al-Madkhal Li al-Fiqh al-Islami, Kaherah: Dar al-Kitab

    al-Arabi, h. 49.

  • 23

    memperuntukkan gaji tetap kepada para pejuang Islam dan tanggungan mereka sewaktu

    mereka keluar perang.

    Kebijaksanaan siasah Umar dan pandangan jauhnya, mendorong beliau mengambil

    faedah dari pengalaman negara-negara luar seperti sistem pentadbiran yang digunakan oleh

    kerajaan Rome dan Parsi. Di beberapa jajahan Islam pula, beliau membiarkan jabatan-jabatan

    di situ menggunakan bahasa tempatan. Beliau juga mengekalkan penggunaan matawang

    tempatan.

    Pelaksanaan Hukum Islam Di Zaman Pemerintahan Umar al-Khattab

    Amalan yang dilakukan oleh Abu Bakr itu diteruskan oleh khalifah Umar dan

    sahabat-sahabat yang sezaman dengannya. Khalifah Umar pun begitu, apabila menghadapi

    sesuatu masalah untuk menentukan hukum, mula-mula sekali Umar akan merujuk kepada al-

    Quran dan al-hadith. Sekiranya tidak ada penjelasan dalam kedua-dua nas tersebut beliau

    terlebih dahulu akan merujuk kepada keputusan ijma dan ijtihad yang dibuat di zaman Abu

    Bakr. Sekiranya hukum masih tidak ada maka beliau mengumpul para sahabat untuk

    berbincang dan berijtihad secara ijma. Apabila para sahabat bersepakat menentukan hukum.

    Umar akan menerima dan melaksanakannya di peringkat negara.47

    Di peringkat permulaan

    pemerintahan Umar, ijma berjalan lancar dan jarang berlaku perbezaan pandangan di

    kalangan sahabat. Umar Ibn al-Khattab pernah melarang sekumpulan sahabat yang

    dianggap sebagai ulama ijtihad supaya jangan keluar dari Madinah demi kepentingan untuk

    membantu khalifah berijtihad.48

    Sebab itu tidak ramai di kalangan mereka yang berhijrah ke

    tempat-tempat yang berjauhan. Sebaliknya di peringkat pertengahan dan akhir zaman

    pemerintahan Umar Ibn al-Khattab, negara Islam semakin meluas. Banyak negara-negara

    yang baru dibuka seperti Iraq, Azarbayjan, Parsi, Syam, Mesir dan lain-lain. Oleh itu

    banyaklah masalah-masalah yang baru timbul. Keadaan tersebut merupakan sebab utama

    khalifah Umar dan sahabat-sahabat yang sezaman dengannya dalam banyak perkara

    terpaksa menggunakan kebijaksanaannya untuk berijtihad menentukan hukum.49

    47

    Abd Allah, Abd al-Ghani Basyuni (1986), Dr., Nazariyyat al-Dawlah Fi al-Islam,

    Beirut: al-Dar al-Jamiah, h. 61. 48

    Badran Abu al-Ayn Badran (1965), Usul al-Fiqh, Kaherah: Dar al-Maarif, h. 221. 49

    Fathi Abd al-Karim (1984), al-Dawlah Wa al-Siyadah Fi al-Fiqh al-Islami, Dirasah

    Muqaranah, Kaherah: Maktabah Wahbah, cet. kedua, h.. 50.

  • 24

    Pada zaman itu juga peranan menentukan hukum telah diambil alih oleh gabenor dan

    para qadi yang berkuasa di seluruh pelusuk negara Islam. Dengan ini secara tidak langsung

    beliau telah menyerahkan kuasa menentukan hukum kepada qadi-qadi tersebut, khususnya

    bagi negeri-negeri yang jauh dari Madinah. Suasana ini akhirnya telah menimbulkan banyak

    perselisihan pendapat dalam ijtihad. Ijtihad yang berbentuk ijma yang boleh diadakan

    sebelum itu semakin sukar untuk diteruskan lagi. Para sahabat menyelesaikan masalah

    hukum di tempat masing-masing secara persendirian. Fatwa dan hukum yang dikemukakan

    datang dari pandangan individu, dan mulalah berlaku perbezaan pendapat dalam menentukan

    hukum. Perbezaan pendapat dalam menentukan hukum berkait rapat dengan perbezaan

    suasana setempat serta berlainan kebudayaan hidup.50

    Masalah percampuran di antara orang

    Arab dengan bukan Arab juga memberi kesan kepada usaha menentukan hukum dan

    timbullah perbezaan fahaman.51

    Siasah pemerintahan Islam pada zaman Umar mencapai tahap kegemilangan apabila

    berjaya melumpuhkan empayar Parsi yang menjadi kuasa besar dunia di sebelah Timur.

    Pembukaan kota-kota baru telah menambahkan lagi bilangan penganut agama Islam.

    Keadaan ini telah mempengaruhi Sayyidina Umar untuk melakukan beberapa perubahan dan

    reformasi yang turut sama melibatkan persoalan hukum dan undang-undang Islam.

    Khalifah Uthman Ibn Affan

    Khalifah Umar meninggal dunia setelah ditikam oleh seorang Majusi bernama Abu

    Lu'luah pada akhir tahun 23 Hijrah. Urusan pemilihan khalifah telah diserahkan oleh beliau

    kepada majlis syura para sahabat yang terdiri daripada 6 orang iaitu ; Abdul Rahman bin Auf,

    Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Saad bin Abi al-Waqqas, Talhah bin Ubaydillah, dan

    Zubayr bin al-Awwam. Umar menegaskan seorang khalifah mesti dipilih di antara enam

    orang tersebut kerana beliau melihat kesemua calon tersebut merupakan ketua kaum masing-

    masing.

    Permesyuaratan tersebut telah menerima Uthman sebagai orang yang paling layak

    untuk jawatan khalifah. Sebenarnya anggota syura telah menyerahkan pemilihan tersebut

    kepada Abdul Rahman bin Awf. Abdul Rahman telah mengelilingi kota Madinah untuk

    mengambil pendapat masyarakat dan akhirnya keputusan ramai memihak kepada Uthman

    walaupun ada yang memihak kepada Ali bin Abi Talib yang turut menjadi calon kedua.

    50

    Taha Abd al-Baqi Surur, Dawlah al-Quran, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, t.t., h. 111. 51

    Fathi Abd al-Karim, op. cit., h. 222.

  • 25

    Uthman meneruskan pemerintahan Islam yang sedang tumbuh gagah pada waktu itu.

    Beliau menyambung usaha pembukaan yang terhenti pada zaman Umar dan giat menghantar

    tentera laut yang mencemaskan Byzantine di samping usaha agungnya di dalam menyalin

    semula al-Quran menjadi naskhah rasmi kerajaan dan menghantar beberapa salinan ke

    jajahan Islam bagi mengelak perbalahan umat Islam dan pertumpahan darah di kalangan

    mereka.

    Pelaksanaan Hukum Islam Di Zaman Pemerintahan Uthman Ibn Affan

    Oleh kerana negara Islam semakin luas, amalan menentukan hukum yang dibuat

    mengikut pandangan masing-masing makin menjadi-jadi. Institusi ijma sebagai badan

    ijtihad pula menjadi semakin lemah, dan akhirnya terlalu sukar untuk dilaksanakan

    diperingkat negara. Seterusnya, di pertengahan zaman pemerintahan Uthman pula telah

    timbul berbagai-bagai fitnah yang menjejaskan institusi badan perundangan. Dalam soal

    pemerintahan negara, Uthman banyak menyerahkan tugas tersebut kepada pembantunya dari

    kalangan keluarganya sendiri.52

    Ini menyebabkan banyak golongan tidak suka kepadanya.

    Kelemahan pentadbiran dan campurtangan golongan Bani Umayyah dalam pemerintahan

    beliau telah menyebabkan penduduk Kufah, Basrah dan Mesir datang ke Madinah dan

    melakukan pemberontakan. Akhirnya pada bulan Zulhijjah tahun 35 H. rumahnya dikepung

    dan beliau dibunuh.53

    Pembunuhan Uthman ini telah menyebabkan berlaku perpecahan

    yang besar di kalangan umat Islam.54

    Perpecahan tersebut memberi kesan yang besar dalam

    penentuan hukum Islam Islam. Setiap kumpulan yang berpecah mempunyai kaedah yang

    berlainan dalam menentukan hukum. Pada mulanya kaedah dan asas masing-masing adalah

    untuk menguatkan kumpulan masing-masing, tetapi akhirnya ia telah menimbulkan

    perbezaan pendapat dalam penentuan hukum.55

    52

    Ahmad Syalabi, Mawsuah al-Tarikh al-Islami Wa al-Hadarah al-Islamiyyah,

    Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, cet. kesembilan, 1980, h. 429. 53

    Lihat Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, Kaherah: Dar al-Fikr

    al-Arabi, t.t., hh. 178-179; Lihat juga Abdul Halim Hasan, Tarikh Kejadian Syarak,

    Penang: Persama Press, t.t., h. 72. 54

    Pada masa itu umat Islam berpecah kepada tiga puak iaitu; puak majoriti yang

    menyokong Muawiyah, puak Syiah yang berpihak kepada Ali dan keturunannya dan puak

    Khawarij yang wujud secara berasingan dan mengakui dua orang khalifah sahaja iaitu Abu

    Bakr dan Umar sahaja. 55

    Sulayman al-Asyqar, Dr., Tarikh al-Fiqh al-Islami, al-Kuwayt: Maktabah al-Falah, cet.

    pertama, 1982, h. 77.

  • 26

    Terdapat beberapa kelemahan di akhir pemerintahnnya kerana sikap beliau yang agak

    melebihkan kaum kerabat sehingga kebanyakan jawatan kerajaan dikuasai oleh Bani

    Umayyah. Sikap ini dikritik oleh para sahabat yang khuatir melihat keadaan tersebut. Di

    samping beberapa sebab lain, telah timbul kekacauan dan rasa tidak puas hati di kalangan

    penduduk sehingga akhirnya membawa kepada pembunuhan Uthman yang penuh tragis.

    Zaman Khalifah Ali Ibn Abu Talib

    Selepas peristiwa pembunuhan Uthman oleh puak pemberontak, orang ramai melantik

    Sayyidina Ali r.a menjadi khalifah. Perlantikan tersebut tidak direstui oleh Mua'wiyyah r.a.

    yang memerintah jajahan Islam di Syam. Muawiyyah enggan memberikan bayah kepada Ali

    kecuali jika Ali segera menangkap pembunuh Uthman dan menjatuhkan hukuman terlebih

    dahulu. Pada zaman pemerintahan Ali telah berlaku peristiwa hitam yang meninggalkan

    sejarah pahit perpecahan umat Islam dengan berlakunya dua siri perang saudara iaitu

    berlakunya peperangan al-Jamal di antara Ali dengan Aisyah dan peperangan Siffin di

    antara Ali dengan Muawiyah.

    Selepas peperangan Siffin, telah berlaku peristiwa "Majlis al-Tahkim" antara pihak

    Muawiyyah dan pihak Ali bin Abi Talib. Peristiwa "Majlis al-Tahkim" telah menimbulkan

    rasa tidak puas hati sebahagian dari kalangan umat Islam pada masa itu.56

    Selepas itu lahirlah

    satu golongan yang dikenali sebagai Khawarij. Mereka itu pada asalnya berada di pihak Ali

    tetapi telah mengambil keputusan meninggalkan pasukan Ali. Seterusnya golongan

    Khawarij telah merancang untuk melakukan pembunuhan ke atas Ali dan Muawiyyah, Amr

    bin al-As dan Abu Musa al-Ash'ari. Bagaimanapun mereka gagal membunuh Muawiyyah dan

    berjaya membunuh Sayyidina Ali melalui pembunuh upahan yang bernama Abdul Rahman

    bin Muljam pada bulan Ramadhan. Dengan kematian khalifah Ali r.a. tamatlah pemerintahan

    Khulafa Ar-Rasyidin yang merupakan zaman keemasan sebuah kerajaan Islam yang ideal.

    Perbezaan pendapat selepas "Majlis al-Tahkim" juga telah membawa kepada

    percanggahan pendapat di antara puak Khawarij, Syiah dan lain-lain menjadi semakin besar.

    Tiap-tiap puak itu masing-masing mempercayai dan menyokong fuqaha dari golongan

    mereka sahaja sebaliknya tidak mempercayai fuqaha dari golongan yang lain. Selepas itu

    persengketaan sesama Islam semakin bertambah dan perkara ini berterusan sehingga ke

    zaman pemerintahan Bani Umayyah.

    56

    Hasan, Hasan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islami al-Siyasi Wa al-Dini Wa al-Thaqafi Wa

    al-Ijtimai, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, j. I, cet. ketujuh, h. 297.

  • 27

    Kesimpulan

    Berdasarkan seluruh perbincangan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menegakkan

    Dawlah Islamiyyah merupakan fardu kifayah yang diwajibkan ke atas diri semua umat Islam.

    Tanpa Dawlah Islamiyyah sebahagian besar hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan

    kenegaraan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu menjadi kewajipan kepada semua umat Islam

    hari ini melipatgandakan usaha ke arah penubuhan Dawlah Islamiyyah. Contoh Dawlah

    Islamiyyah yang paling baik dan sempurna sebagai ikutan ialah Dawlah Islamiyyah pada

    zaman Rasulullah s.a.w. Kemudian diikuti dengan contoh-contoh negara Islam yang

    dipimpin oleh para khulafa al-Rasyidin. Allah S.W.T. berfirman:

    Maksudnya:

    Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh

    dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan

    menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa

    pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang

    Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan

    menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang

    telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi

    mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari

    ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak

    mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah)

    sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-

    orang Yang derhaka.57

    Janji Allah akan tegakknya Dawlah Islamiyyah Dunia di akhir zaman adalah suatu

    kemutlakan yang tidak dapat dibantah dan dipungkiri lagi. Keniscayaannya merupakan suatu

    jaminan yang pasti yang akan mengantar masyarakat manusia menuju kehidupan yang

    sejahtera dan damai, serta tidak akan pernah berbenturan dengan kekuatan alam yang

    dahsyat. Hal inilah yang harus diyakini oleh tiap-tiap pribadi muslim yang merindukan

    tegaknya kebenaran di atas muka bumi ini.58

    Mudah-mudahan amalan Rasulullah dan para

    sahabat itu sentiasa menjadi ikutan umat Islam di seluruh dunia sepanjang zaman.

    57

    Surah al-Nur 24:55 58

    Dewan Perancang Dan Panitia Pelaksana Mudzakarah Ulama Serumpun Melayu, Kertas Kerja Rancangan

    Pelaksanaan Mudzakarah Ulama Serumpun Melayu Tahun 2010, Palembang, Mac 2010, h. 9.