141
BAB ENAM

Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

BAB ENAM

Page 2: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

BAB ENAM

ANALISIS MAKNA PENGKHUSUSAN DALAM

SURAH AL-BAQARAT

6.0 Pendahuluan

Bab ini akan menganalisis bentuk pendepanan yang melibatkan ayat-ayat al-Qur’an

daripada surah al-Baqarat secara terperinci berdasarkan bentuk-bentuk pendepanan yang

berlaku dan cara ia memberi impak terhadap makna serta proses penterjemahan al-Qur’an

al-Karim. Bab ini turut menyatakan terjemahan cadangan bagi ayat-ayat yang mengalami

pendepanan tersebut.

6.1 Latar Belakang Surah al-Baqarat

Surah al-Baqarat diturunkan di Madinah, kecuali ayat 281, yang diturunkan di Mina, iaitu

ketika berlangsungnya Haji Wada‘. Selain itu, sebahagian besar daripada surah ini

diturunkan pada tahun pertama Hijrah dan ia merupakan surah terpanjang dalam al-Qur’an.

Malah ayat terpanjang dalam al-Qur’an juga terdapat dalam surah ini iaitu ayat ke 282

(Ahmad Mustafa: al-Mara:ghiyy,2001:1,27, edisi Terjemahan oleh Muhammad

Thalib). Menurut ‘Akramat: “Surah pertama yang diturunkan di Madinah ialah surah al-

Baqarat” (al-Wa:hidiyy al-Naysa:bu:riyy: 11, dinukilkan oleh al-Zuhayliyy,2001: 1-

2,68).

306

Page 3: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

6.1.1 Sebab Dinamakan al-Baqarat

Surah ini dinamakan ‘al-Baqarat’ kerana dalamnya disebutkan kisah penyembelihan lembu

betina yang diperintahkan Allah kepada bani Israil bagi mengenal pasti pembunuh. Ia

dilakukan dengan memukul mayat tersebut dengan satu bahagian daripada lembu betina

tersebut. Lalu, mayat tersebut hidup dan memberitahu mereka pembunuhnya. Kisah

tersebut bermula dari ayat 67 dalam surah ini. Ia merupakan satu kisah yang menarik (al-

Zuhayliyy, 1991: 1-2,71).

6.1.2 Topik Penting dalam Surah al-Baqarat

Surah ini mengandungi dua topik utama yang menjadi pokok perbicangan, iaitu ia

membicarakan pendirian bani Israil terhadap dakwah Islam di Madinah dan cara mereka

menyambut dakwah itu dan menentang Rasulullah s.a.w dan golongan muslimin yang

muncul hasil dari dakwah tersebut.

Dari sudut yang lain pula, ia membicarakan tentang pendirian golongan muslimin pada

awal peringkat pertumbuhannya dan pada peringkat persediaan menyiapkan diri mereka

untuk memikul amanah dakwah dan khilafah (Sayyid Qutb,1992:1,28).

Kandungan surah al-Baqarat ini, pada umumnya terbahagi kepada dua bahagian:

Dalam bahagian yang pertama, kecuali beberapa ayat pada permulaan surah ini yang

menegaskan kebenaran al-Qur’an, menerangkan sifat orang-orang yang beriman, orang-

307

Page 4: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

orang kafir dan orang-orang munafik, dan menyeru umat manusia seluruhnya supaya

menyembah Allah Yang Maha Esa dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu yang

lain, serta diterangkan tentang kejadian manusia, alam langit dan bumi, tentang balasan

baik (nikmat syurga), dan balasan buruk (azab neraka), dan juga tentang perihal Nabi

Adam a.s serta keingkaran iblis. Mulai dari ayat 39, firman Allah s.w.t ditujukan kepada

kaum musyrik Arab dan kaum Yahudi supaya mereka memeluk Islam dengan beriman

kepada Kitab Allah (al-Qur’an) dan kepada RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam bahagian yang kedua diterangkan secara meluas hukum-hukum syarak bagi

mengatur kehidupan umat Islam yang meliputi ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat

serta soal-soal umum yang lain.

6.1.3 Fadilat (Kelebihan) Surah al-Baqarat

Surah al-Baqarat mempunyai fadilat yang banyak. Ia disebut القرآن فسطاط

(Khemah al-Qur’an) disebabkan oleh kebesaran dan kehebatannya. Di samping terdapat

banyak hukum dan peringatan dalamnya (al-Zuhayliyy,2001:1-2,71). Abu: Hurayrat r.a

mengatakan, Nabi s.a.w bersabda: “Jangan kamu jadikan rumahmu bagaikan kubur.

Sesungguhnya rumah yang dibaca dalamnya surah al-Baqarat tidak dimasuki syaitan.”

(Diriwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmi:dhiyy, dinukilkan oleh al-Zuhayliyy, ibid). Sahl

bin Sa‘ad mengatakan, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya segala sesuatu ada

bonggol yang tinggi dan bonggol al-Qur’an surah al-Baqarat, dan siapa yang membaca di

rumahnya waktu malam tidak akan dimasuki syaitan tiga malam, dan siapa yang

membacanya siang hari tidak akan dimasuki syaitan tiga hari” (Diriwayatkan oleh Abu:

308

Page 5: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Qa:sim al-Tabra:niyy, Abu: Ha:tim dan Ibn Hibba:n, dinukilkan oleh Ibn

Kathi:r,1990:1,32).

Maqil bin Yasar r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: “Surah al-Baqarat bagaikan bonggol al-

Qur’an, bahkan puncaknya, turun bersama tiap ayat 80 malaikat dan diambilkan ayat kursi

dari bawah Arash untuk disambung dalamnya. Dan surah Ya:sin bagaikan jantung al-

Qur’an, sesiapa yang membaca Ya:sin dengan ikhlas kerana Allah dan mengharap pahala

akhirat pasti diampunkan baginya, dan bacakan Ya:sin bagi orang matimu (akan mati)”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dinukilkan oleh Ibn Kathi:r,1990: 1,31).

Abu: Hurayrat r.a berkata: Rasulullah s.a.w akan mengirim pasukan tentera yang banyak,

lalu baginda menguji mereka yang membaca al-Qur’an dengan apa-apa yang mereka hafal.

Tiba-tiba ada seorang pemuda yang termuda apabila ditanya oleh baginda, “Apakah yang

kamu hafal?” Jawabnya, “Beberapa surah dan juga surah al-Baqarat”. Nabi s.a.w bertanya

lagi, “Apakah kamu telah menghafal surah al-Baqarat?” Jawabnya, “Ya.” Maka Nabi s.a.w

bersabda, “Pergilah dan jadilah kamu pemimpin mereka” (Diriwayatkan oleh al-

Tarmi:dhiyy, al-Nasa:’iyy dan Ibn Ma:jah, dinukilkan oleh Ibn Kathi:r,1990: 1,32).

Dalam riwayat al-Sha‘biyy, Abdullah bin Mas‘u:d berkata, “Siapa yang membaca sepuluh

ayat dari surah al-Baqarat pada waktu malam maka rumahnya tidak dimasuki syaitan

malam itu, iaitu empat ayat dari mulanya dan ayat kursi serta dua ayat berikutnya dan tiga

ayat terakhir” (Ibn Kathi:r,1990: 1,131).

309

Page 6: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Dalam riwayat yang lain, pada hari itu tidak akan didekati syaitan atau sesuatu yang tidak

disukainya. Bahkan jika dibacakan pada orang gila mungkin akan sembuh (gila yakni

kemasukan syaitan (ibid).

Hadis-hadis yang dinyatakan sebelum ini menunjukkan betapa besarnya fadilat surah al-

Baqarat sehingga ia dianggap sebagai khemah al-Qur’an dan bonggolnya. Malah ia

dijadikan sebagai satu syarat dalam pemilihan pemimpin serta dijadikan sebagai

pendinding diri dan rumah daripada gangguan syaitan dan iblis.

6.1.4 Pemilihan Surah al-Baqarat sebagai Data Kajian

Surah ini dijadikan sebagai data kajian adalah berdasarkan kepada kandungan yang

terdapat dalamnya yang mempunyai hubung kait dengan makna pengkhususan. Kandungan

dalam surah ini menyebut mengenai kekuasan Allah s.w.t dan asas yang paling utama bagi

agama Islam ialah tauhid uluhihiyyah ( ة توحيد األلوهي ) iaitu mengkhususkan Allah s.w.t

sebagai pencipta yang perlu disembah. Kandungannya yang sebegini dilihat sangat

bersesuaian dalam memperlihatkan makna pengkhususan. Ia turut membantu dalam

memperlihatkan bentuk-bentuk pendepanan secara praktikalnya dan kesannya kepada

terjemahan makna al-Qur’an.

Surah ini juga menunjukkan kaedah pendepanan sebagai satu gaya bahasa yang digunakan

dalam al-Qur’an bagi menerangkan hakikat tauhid serta seruan ke arah memperkukuh

hakikat tersebut dalam diri insan. Malah ayat yang mengalami pendepanan bukan sahaja

digunakan untuk menerangkan ketauhidan dan kesempurnaan Allah tetapi turut digunakan

310

Page 7: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

untuk menafikan Allah dari sebarang penyekutuan dan keberhalaan. Ia sudah tentu

melibatkan makna pengkhususan.

Surah ini juga menyatakan bahawa punca kebahagian di dunia dan akhirat adalah mengikut

agama dan usul agama yang tiga iaitu beriman kepada Allah dan rasulNya, beriman kepada

hari akhirat dan berbuat amal soleh.

6.2 Analisis Makna Pengkhususan terhadap Terjemahan Arab - Melayu dalam Surah

al-Baqarat

Bagi ayat namaan susunan asalnya ialah dengan mendahulukan subjek daripada predikat.

Manakala struktur asal bagi ayat kerjaan adalah mendahulukan kata kerja daripada pelaku

dan unsur-unsur pelengkap. Struktur ini perlu diikuti kecuali sekiranya terdapat kaedah dan

situasi tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli nahu.

Namun begitu, ahli-ahli balaghah berpendapat bahawa perubahan susunan yang melibatkan

proses pendepanan mana-mana unsur ayat dalam struktur ayat bahasa Arab mempunyai

faedah dan tujuan yang tertentu dari segi semantik. Salah satunya ialah makna

pengkhususan yang berkait rapat dengan aspek balaghah. Oleh itu, ulasan yang akan

diberikan dalam bab ini adalah lebih tertumpu kepada analisis berdasarkan aspek balaghah.

Di samping itu, biarpun bahasa sasaran tidak berupaya sepenuhnya menterjemah unsur-

unsur tersebut dalam bentuk struktur yang sama, mungkin ada cara yang sesuai untuk

menyampaikan makna yang dimaksudkan.

311

Page 8: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Berdasarkan data yang dikumpul dari ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat dalam surah al-

Baqarat, unsur pendepanan yang dianalisis adalah melibatkan aspek pendepanan

penyandar, pendepanan pesandar dan pendepanan unsur-unsur pelengkap terhadap agen

fleksi. Penghuraiannya adalah seperti berikut:

6.2.1 Pendepanan Penyandar

Pendepanan penyandar yang dianalisis dalam surah al-Baqarat ialah pendepanan dari

predikat kata kerja. Ia mempunyai tiga bentuk, iaitu:

1. Penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja.

2. Penyandar terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja.

3. Partikel nafi terletak selepas penyandar dan pesandar ialah kata kerja.

6.2.1.1 Penyandar Tidak Melibatkan Partikel Nafi dan Pesandar adalah Kata Kerja

Struktur ayat sebegini menurut ahli balaghah bertujuan untuk (Muhammad Abu:

Mu:sa:,tt,1980:170 dan 176):

1. Penegasan (وكيد (الت2. Pengkhususan

Pendepanan penyandar terhadap subjek kata kerja dalam ayat penyata bertujuan sama ada

bermaksud pengkhususan atau penegasan bersesuaian dengan konteks dan keadaan ayat.

312

Page 9: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jelas sekali, pengkhususan turut membawa maksud penegasan. Ini kerana setiap

pengkhususan bermaksud penegasan tetapi tidak sebaliknya (Basyu:niyy,1989:77).

Sementara itu, pendepanan penyandar terhadap subjek kata kerja dalam ayat penyata dari

sudut balaghah adalah bertujuan memberi maksud pengkhususan berdasarkan situasi dan

keadaan. Maksud ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang mengalami pendepanan sebegini

dalam surah al-Baqarat seperti yang terdapat dalam jadual 6.1 di bawah.

Jadual 6.1Terjemahan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar

adalah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 33 ماوات غيب أعلم إ�ني واألرض السTerjemahan bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi2. 105 يشاء من برحمته يختص والله

Terjemahan Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;

3. 113 القيامة يوم بينهم يحكم فاللهTerjemahan Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada

hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.4. 212 حساب بغير يشاء من يرزق والله

Terjemahan Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

5. 213 صراط إلى يشاء من يهدي والله مستقيمTerjemahan Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa

yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

6. 216 يعلم واللهTerjemahan Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),7. 220 المصلح من المفسد يعلم والله

Terjemahan dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.

313

Page 10: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

8. 232 يعلم واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk

kamu)9. 235 أنفسكم في ما يعلم الله أن

Terjemahan Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu

10. 245 ويبسط يقبض واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan

(pemberian rezeki) 11. 247 يشاء من ملكه يؤتي واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan

kepada sesiapa yang dikehendakiNya12. 253 يريد ما يفعل الله ولـكنTerjemahan tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.13. 258 مس يأتي الله فإن المشرق من بالشTerjemahan "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur14. 261 يشاء لمن يضاعف واللهTerjemahan Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa

yang dikehendakiNya,15. 268 منه مغفرة يعدكم والله وفضالTerjemahan sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya

serta kelebihan kurniaNya.16. 270 يعلمه الله فإنTerjemahan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya

Jadual 6.1 menunjukkan ayat-ayat dari surah al-Baqarat yang penyandarnya mengalami

proses pendepanan dan membawa maksud pengkhususan. Hanya Allah s.w.t yang

berkuasa melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dan tiada yang selainNya mampu

melaku perkara tersebut. Sementara itu, terdapat 16 ayat dalam surah al-Baqarat yang

menunjukkan pendepanan dalam bentuk ini. Jika dianalisis secara terperinci, majoriti ayat

iaitu sebanyak 15 ayat menunjukkan penyandarnya ialah lafaz الله (Allah). Sementara itu,

terdapat satu ayat yang penyandarnya ialah kata ganti nama yang merujuk kepada Allah.

314

Page 11: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Berdasarkan ayat-ayat di atas, majoriti pendepanan penyandar ini memberi kesan terhadap

makna, iaitu menyatakan keesaan yang khusus hanya kepada Allah s.w.t tuhan sekalian

Alam. Hanya Dia yang layak untuk disembah, memperlihatkan keindahan ciptaanNya dan

menolak penyukutuanNya dengan sesuatu yang lain serta penyembahan berhala yang

berleluasa sebelum penurunan al-Qur’an al-Karim. Di samping itu, ia juga memberi kesan

dari sudut makna iaitu menerangkan sifat-sifat yang khusus untuk ketuhanan Allah.

Ayat-ayat yang menyatakan mengenai keesaan Allah ini, menjelaskan bahawa Allah sahaja

tuhan yang disembah, yang menjadikan, yang mencipta dan yang mengurus. Ini dapat

dilihat dalam ayat 29, 105 dan ayat 113 dari surah al-Baqarat:

يشاء من برحمته يختص والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 105)

Pengertiannya: Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

﴾ القيامة يوم بينهم يحكم فالله ﴿(al-Baqarat: 113)

Pengertiannya: Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Malah, ayat yang menyatakan mengenai keesaan Allah ini turut mengkhususkan Allah

sebagai tuhan yang berkuasa menganugerahkan nikmat yang banyak kepada hamba-

hambaNya. Ini dapat dilihat dalam ayat 212 dan ayat 245 dari surah al-Baqarat:

315

Page 12: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

حساب بغير يشاء من يرزق والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 212)

Pengertiannya: Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

ويبسط يقبض والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 245)

Pengertiannya: Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Sementara itu, ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat yang khusus untuk Allah sebagai

tuhan, menyebut sifat-sifat seperti pemurah, pengasih, pengampun dan mengetahui. Ini

dapat dilihat dalam lima ayat iaitu 213, 216, 220, 261 dan 268 dari surah al-Baqarat:

صراط إلى يشاء من يهدي والله ﴿ مستقيم ﴾(al-Baqarat: 213)

Pengertiannya: Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

يعلم والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 216)

316

Page 13: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pengertiannya: Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu)

المصلح من المفسد يعلم والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 220)

Pengertiannya: dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.

يشاء لمن يضاعف والله ﴿ ﴾(al-Baqarat: 261)

Pengertiannya: Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,

منه مغفرة يعدكم والله ﴿ وفضال ﴾(al-Baqarat: 268)

Pengertiannya: sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya.

Berdasarkan ayat-ayat di atas kita boleh membuat analisis mengenai aplikasi terjemahan

makna pengkhususan yang dilakukan oleh penterjemah adalah seperti yang dinyatakan

dalam jadual 6.2 di bawah.

317

Page 14: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jadual 6.2Aplikasi terjemahan yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan

partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

3 13

Penggunaan Kata Penegas

- Sahaja -- Cuma -- Hanya -- Jua 3- Yang 3- Semata-mata -- Partikel lah 3

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

3 13

Pendepanan Predikat 3Jumlah Ayat 16

Jadual 6.2 di atas memperlihatkan aplikasi penggunaan kata penegas makna pengkhususan

yang digunakan oleh penterjemah dalam terjemahan surah al-Baqarat yang melibatkan

pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang

membawa maksud pengkhususan. Pendepanan penyandar terhadap subjek kata kerja dalam

ayat penyata bertujuan sama ada bermaksud pengkhususan atau penegasan bersesuaian

dengan konteks dan keadaan ayat. Jelas sekali, pengkhususan turut membawa maksud

penegasan. Ini kerana setiap pengkhususan bermaksud penegasan tetapi tidak sebaliknya.

Oleh yang demikian, analisis deskriptif ini cuba melihat bentuk pendepanan sebegini yang

diterjemahkan oleh penterjemah secara teknik penterjemahan tidak langsung. Berdasarkan

jadual tersebut, sebanyak tiga ayat telah ditemui dalam terjemahan tersebut yang

318

Page 15: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

mengaplikasi makna pengkhususan. Kata penegas jua digunakan sebanyak tiga kali, yang

tiga kali dan partikel lah 3 kali. Manakala pendepanan predikat digunakan sebanyak tiga

kali.

Berdasarkan konsep terjemahan dinamis pula, pendekatan dinamis bukan bersifat

pemadanan satu lawan satu antara bahasa teks sumber dan bahasa teks sasaran. Pendekatan

jenis ini lebih mementingkan kerelevenan konteks dalam budaya teks sasaran

(Nida,1964:159). Di samping itu, terjemahan dinamis bermaksud bahawa mesej teks asal

dipindahkan ke teks asal dengan harapan dan kesan pembacaan terhadap pembaca kedua

sama dengan pembaca teks asal (Nida dan Taber,1969:200).

Berdasarkan prinsip kesan pembacaan terhadap pembaca kedua sama dengan pembaca teks

asal di atas maka penterjemah telah memperlihatkan kesan makna pengkhususan tersebut

dalam ayat 216, 245 dan 247 dari surah al-Baqarat:

Ayat 216; “Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu)”

Ayat 245; “Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan

(pemberian rezeki)”

Ayat 247; “Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan

kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.

Dalam terjemahan makna tiga ayat di atas, penterjemah telah menterjemah struktur ayat

yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah

kata kerja yang membawa maksud pengkhususan dengan melibatkan penggunaan kata

penegas yang membawa maksud pengkhususan. Pemilihan kata penegas jua yang

319

Page 16: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

digunakan sesuai dalam konteks bahasa sasaran. Penyamaan perkataan jua ialah hanya,

sahaja, juga, pun. Dalam konteks yang diberi dalam penggunaan kata penegas jua di atas

lebih menjurus kepada makna hanya dan sahaja. Di samping itu, dari segi penggunaan

bahasa, penterjemah juga tidak melibatkan pendepanan predikat dalam terjemahannya

kerana struktur pendepanan sebegini adalah sama dengan struktur asal bagi ayat bahasa

Melayu.

Namun begitu, kewujudan ayat-ayat yang diterjemah menggunakan partikel lah yang

disebut partikel pementing predikat dan penggunaannya berkaitan dengan proses

penyongsangan ayat memperlihatkan kesedaran penterjemah tentang peranan pendepanan

penyandar yang membawa maksud pengkhususan dalam struktur ayat bahasa Arab. Apatah

lagi ditambah dengan penggunaan kata yang, yang menurut Za’aba penutur akan

menggunakannya apabila dia bermaksud untuk mengasingkan kata nama atau ganti nama

tersebut daripada kata nama dan ganti nama lain yang tidak bersifat sedemikian. Maksud

yang digambarkan oleh Za’aba bersesuaian dengan maksud pengkhususan itu sendiri.

Berdasarkan pendekatan terjemahan dinamis kerelevenan konteks dalam budaya sasaran

lebih dipentingkan. Struktur ayat yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan

partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan terpaksa

diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai hanya, cuma, sahaja dan jua. Hal ini kerana

unsur pengkhususan tidak terdapat dalam pendepanan struktur ayat bahasa Melayu. Yang

ada hanyalah penyonsangan ayat sebagai tanda fokus utama dan penegasan.

320

Page 17: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Ayat “Allah mengetahui (semua itu)” berbeza dengan ayat “Allah jualah yang mengetahui

(semua itu)” dari segi pendekatan terjemahan. Ayat pertama menggunakan pendekatan

secara penterjemahan langsung manakala ayat kedua menggunakan penterjemahan secara

tidak langsung. Di sini, penterjemah telah menggunakan pendekatan penterjemahan tidak

langsung ketika menterjemah ayat tersebut. Penterjemah telah mengubah proposisi asal

dengan menambah “Allah jualah yang”. Dari segi makna proposisi, “Allah jualah yang”

memberi erti tidak terus yang bermaksud menyatakan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui

semua itu dan menafikan selain-Nya. Oleh itu, bagi pembaca Muslim yang beriman dengan

keesaan Allah s.w.t akan bertambah keimanannya serta dapat melihat struktur ayat ini selari

dengan tuntutan konsep tauhid iaitu tiada Tuhan melainkan Allah. Manakala bagi pembaca

yang mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak beriman kepada Allah, berdasarkan proposisi

“Allah jualah yang”, akan dapat memahami kepercayaan mereka selama ini telah dinafikan

dalam ayat tersebut. Bahkan Tuhan mereka bukanlah Tuhan yang sebenar kerana Tuhan

tersebut mempunyai sifat kelemahan iaitu sifat tidak mengetahui. Oleh itu, ayat yang

mengalami pendepanan sebegini harus diterjemahkan secara tidak langsung agar pembaca

sasaran dapat merasai kesan yang sama seperti pembaca teks asal. Menurut teori dinamis,

mesej teks asal dipindahkan ke teks sasaran dengan harapan kesan pembacaan terhadap

pembaca kedua sama dengan pembaca teks asal. Malah persamaan itu bukanlah sekadar

pemindahan bentuk bahasa bagi satu perkataan asal sahaja, tetapi haruslah merangkumi

pemindahan sehampir mungkin makna semantik, bentuk umum dan kesan. Oleh itu,

menurut Nida persamaan dinamis ialah persamaan semula jadi yang paling hampir bagi

teks bahasa sumber.

321

Page 18: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Begitu juga dengan ayat 245 “Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang

meluaskan (pemberian rezeki)” dan ayat 247 “Dan (ingatlah), Allah jualah yang

memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”. Penterjemah

sekali lagi telah mengubah proposisi asal dengan menambah “Allah jualah yang”.

Berdasarkan teori dinamis pendekatan penterjemahan sebegini menunjukkan kerelevanan

konteks dalam budaya sasaran dipentingkan oleh penterjemah. Bahkan penterjemah

mengharapkan kesan pembacaan terhadap pembaca kedua sama dengan pembaca teks asal.

Di samping itu, tugas utama penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang

terkandung dalam teks sumber ke dalam bahasa penerima. Justeru itu, dalam proses ini

banyak penyesuaian tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan. Di dalam menjalankan

tugasnya, penterjemah juga dikehendaki mencari bentuk-bentuk yang sama, bukan yang

serupa. Dalam perkataan lain tugasnya adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan

bentuk bagaimana maklumat itu diungkapkan.

Berdasarkan penterjemahan ini, penterjemah telah melakukan teknik penterjemahan tidak

langsung kerana makna penterjemahannya mempertimbangkan makna implisit struktur ayat

teks sumbernya iaitu pengkhususan. Malah, penterjemah juga telah menggunakan partikel

lah yang disebut partikel pementing predikat dan penggunaannya berkaitan dengan proses

penyongsangan ayat bagi membentuk persamaan seperti yang terdapat dalam teks sumber.

Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa penterjemah tahu mengenai peranan yang

dimainkan oleh pendepanan pesandar dalam struktur ayat bahasa Arab dan

mempertimbangkannya dalam terjemahan beliau. Walau bagaimanapun, penterjemah tidak

melakukannya secara menyeluruh dalam terjemahan beliau.

322

Page 19: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Sementara itu, sekiranya kita menterjemah ayat yang melibatkan pendepanan penyandar

dan predikatnya kata kerja, kita perlu melihat kepada konteks ayatnya terlebih dahulu.

Sekiranya konteks ayat menunjukkan bahawa konstruksi tersebut dipilih adalah untuk

bermaksud pengkhususan, sewajarnyalah ayat-ayat di atas seperti ayat 113, 212 dan 213

perlu diterjemahkan sebagai:

“Maka hanya Allahlah yang akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada

hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya”.

(al-Baqarat: 113)

“Dan (ingatlah), cuma Allahlah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang

dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)”.

(al-Baqarat: 212)

“Dan Allahlah sahaja yang sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa

yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)”.

(al-Baqarat: 213)

Jadual 6.3 di bawah memperlihatkan terjemahan cadangan yang mempertimbangkan makna

pengkhususan iaitu implikasi dari pendepanan penyandar yang tidak melibatkan partikel

nafi dan pesandar ialah kata kerja. Terjemahan yang telah memperlihatkan unsur

pengkhususan sebelum ini dikekal oleh penulis.

323

Page 20: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jadual 6.3Terjemahan cadangan yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 33 ماوات غيب أعلم إ�ني واألرض السTerjemahan

cadanganbahawasanya hanya Akulah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi

2. 105 يشاء من برحمته يختص واللهTerjemahan

cadanganPadahal cuma Allahlah yang berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;

3. 113 القيامة يوم بينهم يحكم فاللهTerjemahan

cadanganMaka Allah sahajalah yang akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

4. 212 حساب بغير يشاء من يرزق واللهTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), hanya Allahlah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

5. 213 صراط إلى يشاء من يهدي والله مستقيمTerjemahan

cadanganDan cuma Allahlah yang sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

6. 216 يعلم واللهTerjemahan

cadanganAllah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),

7. 220 المصلح من المفسد يعلم واللهTerjemahan

cadangandan hanya Allahlah yang mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.

8. 232 يعلم واللهTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), cuma Allahlah yang mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu)

9. 235 أنفسكم في ما يعلم الله أنTerjemahan

cadanganDan ketahuilah sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang ada dalam hati kamu

10. 245 ويبسط يقبض واللهTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)

11. 247 يشاء من ملكه يؤتي واللهTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya

12. 253 يريد ما يفعل الله ولـكن324

Page 21: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Terjemahan cadangan

tetapi Allah jualah yang melakukan apa yang dikehendakiNya.

13. 258 مس يأتي الله فإن المشرق من بالشTerjemahan

cadangan"Sesungguhnya Allah sahajalah yang menerbitkan matahari dari timur

14. 261 يشاء لمن يضاعف واللهTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), cuma Allahlah yang akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,

15. 268 منه مغفرة يعدكم هلوال وفضالTerjemahan

cadangansedang hanya Allahlah yang menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya.

16. 270 يعلمه لهلا فإنTerjemahan

cadanganmaka sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahuiNya

Berdasarkan ayat-ayat yang mengalami pendepanan penyandar yang tidak melibatkan

partikel nafi dan predikat ialah kata kerja dalam surah al-Baqarat ini, kita dapat lihat secara

jelas, keseluruhan ayat-ayat tersebut penyandarnya ialah lafaz Allah dan kata ganti nama

yang merujuk kepada Allah s.w.t. Ayat-ayat tersebut menceritakan kekuasaan Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, pendepanan yang berlaku pada struktur ayat tersebut adalah untuk

mengkhususkan kekuasaan tersebut hanya kepada Allah s.w.t dan menafikannya kepada

yang lain. Jelas di sini, ayat-ayat tersebut memenuhi konsep tauhid yang ada pada agama

Islam itu sendiri. Sudah semestinya, dalam menterjemah ayat-ayat sebegini kita perlu

mempertimbangkan makna pengkhususan tersebut agar ia sejajar dengan konsep tauhid

tersebut.

6.2.1.2 Penyandar Terletak Selepas Partikel Nafi dan Pesandar ialah Kata Kerja

325

Page 22: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

‘Abd al-Qa:hir al-Jurja:niyy dan kebanyakan ahli balaghah berpendapat pendepanan

penyandar yang didahului oleh partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja hanyalah

membawa maksud pengkhususan (Muhammad Abu: Mu:sa:,1980:277).

Bentuk pendepanan sebegini turut terdapat dalam surah al-Baqarat seperti yang dinyatakan

dalam jadual 6.4 di bawah.

Jadual 6.4Terjemahan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar

adalah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 38 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita2. 48 ينصرون هم والTerjemahan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang

pertolongan.3. 62 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.4. 86 ينصرون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.5. 112 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.6. 123 ينصرون هم والTerjemahan dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab

sengsara).7. 262 نيحزنو هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.8. 274 يحزنون هم والTerjemahan serta mereka pula tidak akan berdukacita.9. 277 يحزنون هم والTerjemahan dan mereka pula tidak akan berdukacita.

326

Page 23: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jadual 6.4 menunjukkan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami pendepanan

penyandar terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa

maksud pengkhususan. Berdasarkan jadual di atas, didapati jumlah ayat yang mengalami

pendepanan sebegini ialah sebanyak sembilan ayat.

Jadual di atas juga menunjukkan terdapat ayat yang sama berulang-ulang beberapa kali.

Ayat يحزنون هم وال disebut sebanyak enam kali, manakala ayat ينصرون هم وال disebut sebanyak tiga kali. Penyandar dalam kesemua ayat ialah kata ganti nama هم (mereka).

Sementara itu, dari segi makna pendepanan penyandar terletak selepas partikel nafi dan

pesandar ialah kata kerja, seperti yang berlaku pada ayat-ayat di atas membawa maksud

pengkhususan. Sebagai contoh firman Allah s.w.t dalam ayat 38 dari surah al-Baqarat:

هداي تبع فمن ﴿ عليهم خوف فال ﴾ يحزنون هم وال

Pengertiannya: maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Menurut Abu: Hayya:n, pendepanan ialah (mereka) هم tanda yang menunjukkan

pengkhususan iaitu mengkhususkan mereka dengan dinafikan kesedihan sedangkan orang

selain mereka yang bersedih. Sekiranya ia tidak bermaksud sedemikian maka memadailah

disebut يحزنون ال (Mereka tidak akan berdukacita) (Abu: Hayya:n,2001:1,323). Ini

kerana pengkhususan dalam ayat penyata, menyatakan kata kerja bagi penyandar dan

327

Page 24: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

menafikan selainnya. Manakala dalam ayat nafi berlaku sebaliknya iaitu menafikan kata

kerja bagi penyandar dan menyatakannya bagi selainnya.

Ayat يحزنون هم وال terdapat 13 tempat dalam al-Qur'an al-Karim (Fu’a:d ‘Abd al-

Ba:qi:,1994: 254).

Ini dapat juga dilihat dalam ayat 48 dari surah al-Baqarat:

﴿ ينصرون هم وال ﴾

Pengertiannya: dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi pertolongan.

Struktur ayat di atas bertujuan menyatakan pengkhususan terhadap mereka kerana mereka

tidak ditolong dan dibantu pada hari tersebut. Mereka juga tidak mendapat rahmat

sedangkan pada ketika itu orang yang bertakwa secara jelas mendapat dan menikmatinya

(Muhammad Abu: Mu:sa:,1979:178). Sehubungan dengan itu, menurut Abu: Hayya:n

kata ganti nama diulang sebanyak dua kali dalam ayat tersebut sebagai penegasan nafi

(Abu: Hayya:n,2001:1,349). Di samping itu, ayat tersebut bertujuan menyatakan bahawa

mereka khususnya tidak dibantu pada hari tersebut. Mereka tidak sekali-kali akan mendapat

rahmat Allah s.w.t limpahkan kepada kaum lain yang beriman dengan hari tersebut

(Hasan Tabal, t.t:53).

Firman Allah s.w.t ينصرون هم وال telah dinyatakan dalam al-Qur'an pada enam

tempat. (Fu’a:d ‘Abd al-Ba:qi:,1994: 874)

328

Page 25: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Sementara itu, jadual 6.5 di bawah memperlihatkan aplikasi yang digunakan oleh

penterjemah dalam terjemahan yang melibatkan pendepanan sebegini yang membawa

maksud pengkhususan.

Jadual 6.5Aplikasi terjemahan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan

pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

- 9

Penggunaan Kata Nafi- Bukan -

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

- 9

Pendepanan Predikat -Jumlah Ayat 9

Jadual 6.5 menunjukkan penggunaan kata nafi bukan dan pendepanan predikat bagi

maksud pengkhususan yang ditemui dalam terjemahan surah al-Baqarat yang melibatkan

pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja

yang membawa maksud pengkhususan. Daripada sembilan ayat yang mengalami

pendepanan tersebut ditemui, didapati tidak ada satupun terjemahan yang mengaplikasikan

makna pengkhususan dengan melibatkan penggunaan kata nafi bukan mahupun

pendepanan predikat.

329

Page 26: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Dengan penjelasan di atas, dapatlah dikatakan bahawa penggunaan kata nafi bukan dan

pendepanan predikat langsung tidak digunakan dalam menterjemah maksud pengkhususan

yang melibatkan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar

ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan. Sebaliknya penterjemah

menggunakan kata nafi tidak yang lebih menjurus kepada menafikan kata kerja selepasnya.

Penterjemah tidak mengetahui perbezaan antara kata negatif bukan dan tidak akan dalam

bahasa Melayu.

Ayat “…dan mereka pula tidak akan berdukacita” berbeza dengan ayat “… dan bukan

mereka yang akan berdukacita” dari segi pendekatan terjemahan. Kedua-dua ayat

menggunakan pendekatan penterjemahan secara tidak langsung. Di sini, penterjemah telah

menggunakan pendekatan penterjemahan tidak langsung ketika menterjemah ayat tersebut.

Penterjemah telah mengubah proposisi asal bahasa sumber dengan meletakkan kata nafi

sebelum kata kerja “tidak akan berdukacita”. Dari segi makna proposisi, “tidak akan

berdukacita” memberi erti tidak terus yang bermaksud menyatakan mereka tidak akan

berduka cita pada hari pembalasan. Berbeza dengan terjemahan kedua, penulis telah

mengekal proposisi asal bahasa sumber tetapi mempertimbangkan konsep makna

pengkhususan dalam ayat nafi iaitu menafikan dan menyatakan. Penulis telah mengekal

proposisi asal dengan menggunakan “bukan …yang”. Ini membawa makna yang amat

berlainan, iaitu ada orang-orang lain yang akan berdukacita, bukan mereka yang dimaksud

dalam ayat asal tersebut. Maksud ini sama seperti yang dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir.

Oleh itu, terjemahan kedua didapati memenuhi definisi terjemahan yang dinyatakan oleh

Nida. Mengikut definisi yang dikemukakannya, “penterjemahan ialah penyalinan semula

330

Page 27: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

maklumat ke dalam bahasa penerima daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan

yang terdekat dan sejadi; pertama dari segi makna dan kedua daripada segi stailnya”.

Ini bermakna, laras ini apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, perlu menggunakan

kata nafi ‘bukan’, kerana kata nafi ‘bukan’ digunakan sebelum frasa nama. Ayat di atas

apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan menjadi: “dan Bukan mereka (yang

bersalah itu) yang akan diberi sebarang pertolongan”.

Justeru itu, kata nafi bukan di samping menafikan konstituen mereka, ia juga

membayangkan secara implikasi semantik bahawa terdapat konstituen lain yang diberi

pertolongan. Bagi penggunaan kata nafi, penterjemah seolah-olah tidak mengetahui

perbezaan antara kata nafi bukan dan tidak dalam bahasa Melayu. Sedangkan terdapat

perbezaan antara kedua-dua nafi ini.

Berdasarkan maksud di atas, ia dapat diterangkan seperti di bawah:

1. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang mengikut petunjuk Allah. Ini dapat

dilihat dalam ayat 38 dari surah al-Baqarat.

هداي تبع فمن ﴿ عليهم خوف فال ﴾ يحزنون هم وال(al-Baqarat: 38)

Pengertiannya: maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

331

Page 28: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

2. Menafikan pertolongan terhadap golongan yang bersalah pada hari akhirat kelak. Ini

dapat dilihat dalam ayat 48 dan ayat 123 dari surah al-Baqarat.

﴿ قوا وات يوما فس عن نفس تجزي ال ن شيئا منها يقبل وال شفاعة عدل منها يؤخذ وال ﴾ ينصرون هم وال

(al-Baqarat: 48)

Pengertiannya: Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.

﴿ قوا وات يوما فس عن نفس تجزي ال ن شيئا عدل منها يقبل وال شفاعة تنفعها وال ﴾ ينصرون هم وال

(al-Baqarat: 123)

Pengertiannya: Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

3. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang beriman kepada Allah, hari akhirat dan

beramal soleh. Ini dapat dilihat dalam ayat 62 dari surah al-Baqarat.

332

Page 29: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ذين إن ﴿ ال ذين آمنوا وال صارى هادوا آمن من والصابئين والنه بالل وعمل اآلخر واليوم هم عند أجرهم فلهم صالحا رب وال

عليهم خوف ﴾ يحزنون هم وال

(al-Baqarat: 62)

Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

4. Menafikan pertolongan terhadap golongan mengutamakan kehidupan dunia dari

kehidupan akhirat. Ini dapat dilihat dalam ayat 86 dari surah al-Baqarat.

ذين أولـئك﴿ ال باآلخرة الدنيا الحياة اشتروا عنهم يخفف فال العذاب ﴾ينصرون هم وال

(al-Baqarat: 86)

Pengertiannya: Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

5. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang menyerah diri kepada Allah. Ini dapat

dilihat dalam ayat 112 dari surah al-Baqarat.

333

Page 30: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ه عند أجره فله محسن وهو لله وجهه أسلم من بلى ﴿ رب وال عليهم خوف ﴾يحزنون هم وال

(al-Baqarat: 112)

Pengertiannya: (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

6. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang membelanjakan harta pada jalan Allah

dengan ikhlas. Ini dapat dilihat dalam ayat 262 dari surah al-Baqarat.

ذين ﴿ ثم الله سبيل في أموالهم ينفقون ال ما يتبعون ال أنفقواا من هم أذى وال هم عند أجرهم ل رب عليهم خوف وال هم وال

﴾ يحزنون

(al-Baqarat: 262)

Pengertiannya: Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

7. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang mendermakan harta pada waktu malam

dan siang sama ada secara sulit atau terbuka. Ini dapat dilihat dalam ayat 274 dari surah

al-Baqarat.

334

Page 31: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ذين ﴿ يل أموالهم ينفقون ال هار بالل ا والن فلهم وعالنية سرهم عند أجرهم رب عليهم خوف وال ﴾ يحزنون هم وال

)al-Baqarat: 274(

Pengertiannya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

8. Menafikan kesedihan terhadap golongan yang beriman dan beramal soleh, dan

mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat. Ini dapat dilihat dalam ayat 277 dari

surah al-Baqarat.

ذين إن ﴿ ال آمنوا الصالحات وعملوا الصالة وأقاموا كاة وآتوا الزهم عند أجرهم لهم رب عليهم خوف وال ﴾ يحزنون هم وال

)al-Baqarat: 277(

Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Justeru, kata nafi yang perlu digunakan bagi penterjemahan ayat-ayat di atas ialah kata nafi

bukan di samping melibatkan proses penyonsangan ayat iaitu melibatkan pendepanan frasa

predikat. Ayat-ayat di atas perlu diterjemahkan menjadi:

Bukan mereka yang akan berdukacita.

Bukan mereka yang akan ditolong.

335

Page 32: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Dalam hal yang demikian, jadual 6.6 di bawah memperlihatkan terjemahan cadangan bagi

pendepanan yang sebegini yang membawa maksud pengkhususan.

Jadual 6.6Terjemahan cadangan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan

pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 38 يحزنون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita

2. 48 ينصرون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka (yang bersalah itu) yang akan diberi sebarang pertolongan.

3. 62 يحزنون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.

4. 86 ينصرون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan diberikan pertolongan.

5. 112 يحزنون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.

6. 123 ينصرون هم والTerjemahan

cadangandan bukan orang yang salah itu yang akan ditolong (dari azab sengsara).

7. 262 يحزنون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.

8. 274 يحزنون هم والTerjemahan

cadanganserta bukan mereka yang akan berdukacita.

9. 277 يحزنون هم والTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan berdukacita.

336

Page 33: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Di samping itu, terdapat juga pendapat ahli balaghah yang tidak menghadkan pendepanan

penyandar yang melibatkan partikel nafi sebegini hanya kepada pesandar kata kerja seperti

mana pendapat ‘Abd al-Qa:hir al-Jurja:niyy. Sebaliknya meliputi yang lainnya juga seperti

pesandar kata terbitan. Walau bagaimanapun menurut Ibn ‘A:shu:r pendepanan penyandar

terhadap pesandar kata terbitan tidak bertujuan sebagai pengkhususan menurut kebanyakan

pakar ilmu al-ma:‘ani:, sebaliknya pengkhususan diutamakan bagi pendepanan penyandar

terhadap pesandar kata kerja (http://www.altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo

=54&tSoraNo=2&tAyahNo=167&tDisplay=yes&Page=3&Size=1). Bentuk pendepanan

sebegini turut terdapat dalam surah al-Baqarat seperti yang dinyatakan dalam jadual 6.7 di

bawah.

Jadual 6.7Terjemahan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

menurut Pimpinan Ar-Rahman

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 74 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu

kerjakan.2. 85 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu

lakukan.3. 140 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah

kamu lakukan.4. 144 يعملون عما بغافل الله وماTerjemahan dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.5. 149 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang

kamu lakukan.6. 167 ار من بخارجين هم وما النTerjemahan dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

337

Page 34: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jadual 6.7 menunjukkan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan

pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud

pengkhususan. Terdapat enam ayat yang mengalami pendepanan sebegini.

Sementara itu, lima daripada enam ayat tersebut adalah ayat yang sama. Ayat-ayat tersebut

ialah ayat 74, 88, 140, 144 dan 149. Contoh ayat tersebut ialah firman Allah s.w.t dalam

ayat 149 dari surah al-Baqarat:

﴾ تعملون عما بغافل الله وما ﴿

Pengertiannya: Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Ayat tersebut menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak mengabaikan amalan hamba-hambanya

dan tidak lalai mengenainya (Abu: Hayya:n,2001:1,604). Sekiranya lalai itu adalah antara

sifat manusia, ini bermakna penafian sifat tersebut dalam ayat di atas terbatas terhadap zat

tuhan. Malah, sekiranya ia merupakan pembatasan untuk menafikan kelalaian terhadap

penyandar, justeru di sebalik itu, ia merupakan janji yang dahsyat terhadap sesiapa yang

tidak melakukan perintah-perintah Allah. (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 3,1022).

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel

nafi dan pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja turut membawa maksud

pengkhususan. Ini dapat dilihat menerusi ayat 167 dari surah al-Baqarat.

ار من بخارجين هم وما ﴿ الن ﴾

338

Page 35: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pengertiannya: dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

Berdasarkan struktur ayat di atas, keluar dari neraka dinafikan daripada penyandar yang

dikedepankan iaitu kata ganti nama هـم (mereka) yang merujuk kepada orang-orang kafir

yang saling melepaskan diri masing-masing dan dinyatakan untuk orang lain iaitu orang

mukmin yang melakukan maksiat kerana mereka tidak kekal di neraka

(Basyu:niyy,2004:122).

Sementara itu, jadual 6.8 di bawah memperlihatkan aplikasi terjemahan yang digunakan

oleh penterjemah dalam menterjemah maksud pengkhususan yang terhasil daripada

pendepanan sebegini.

Jadual 6.8Aplikasi Terjemahan Pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan

pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

- 6

Penggunaan Kata Nafi- Bukan -

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

- 6

Pendepanan Predikat -Jumlah Ayat 6

339

Page 36: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Dengan melihat jadual 6.8, dapat diperhatikan penggunaan kata nafi bukan dan pendepanan

predikat bagi maksud pengkhususan langsung tidak digunakan oleh penterjemah dalam

terjemahan surah al-Baqarat yang melibatkan pendepanan penyandar yang terletak selepas

partikel nafi dan pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa

maksud pengkhususan.

Ayat “…sedang Allah tidak sekali-kali lalai (daripada) apa yang kamu kerjakan” berbeza

dengan ayat “…sedang bukan Allah yang lalai (daripada) apa yang kamu kerjakan” dari

segi pendekatan terjemahan. Di sini, penterjemah telah menggunakan pendekatan

penterjemahan tidak langsung ketika menterjemah ayat tersebut. Penterjemah telah

mengubah proposisi ayat asal dengan meletakkan kata nafi sebelum kata yang berperanan

seperti kata kerja “…sedang Allah tidak sekali-kali lalai (daripada) apa yang kamu

kerjakan”. Dari segi makna proposisi, “Allah tidak sekali-kali lalai” memberi erti tidak

terus yang bermaksud menyatakan Allah s.w.t tidak sekali-kali lalai tanpa menyatakan sifat

lalai terhadap entiti lain. Sedangkan penulis mencadangkan agar proposisi ayat asal

dikekalkan tetapi sebaliknya menggunakan kata nafi bukan. Ayat tersebut mengikut

cadangan penulis akan berbunyi “…sedang bukan Allah yang lalai (daripada) apa yang

kamu kerjakan”. Oleh itu, bagi pembaca Muslim yang beriman dengan keesaan Allah s.w.t

akan bertambah keimanannya serta dapat melihat struktur ayat ini selari dengan tuntutan

konsep tauhid iaitu dengan menafikan sifat lalai terhadap Allah sebaliknya menyatakannya

kepada entiti yang lain. Manakala bagi pembaca yang mempercayai adanya Tuhan tetapi

tidak beriman kepada Allah, berdasarkan proposisi “…sedang bukan Allah yang lalai

(daripada) apa yang kamu kerjakan”, akan dapat memahami kepercayaan mereka selama

ini adalah salah kerana entiti yang mereka anggapkan sebagai Tuhan sebenarnya bersifat

340

Page 37: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

lemah iaitu bersifat dengan sifat manusia iaitu lalai. Bahkan Tuhan mereka bukanlah Tuhan

yang sebenar kerana Tuhan tersebut lalai terhadap apa yang mereka lakukan. Entiti yang

mereka anggap sebagai Tuhan sebenarnya langsung tidak setara dengan Allah kerana ia

bersifat lalai.

Menurut teori dinamis, persamaan itu bukanlah sekadar pemindahan bentuk bahasa bagi

satu perkataan asal sahaja, tetapi haruslah merangkumi pemindahan sehampir mungkin

makna semantik, bentuk umum dan kesan. Oleh itu, menurut Nida persamaan dinamis ialah

persamaan semula jadi yang paling hampir bagi teks bahasa sumber. Walaupun teori ini

tidak sepenuhnya dapat mengungkapkan makna perkataan-perkataan linguistik, namun ia

lebih mendasar kepada ransangan dan tindak balas pengguna teks terjemahan yang mana

teks terjemahan ini dihasilkan adalah memberi kesan positif kepada pengguna, iaitu apabila

mereka membacanya, mereka mendapat ransangan untuk bertindak balas dengan

melaksana tuntutan teks terjemahan.

Begitu juga dengan ayat 167 “dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka”.

Penterjemah sekali lagi telah mengubah proposisi asal dengan meletakkan kata nafi selepas

kata yang berperanan seperti kata kerja “tidak akan dapat keluar”. Berdasarkan teori

dinamis tugas utama penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam

teks sumber ke dalam bahasa penerima. Justeru itu, dalam proses ini banyak penyesuaian

tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan. Di dalam menjalankan tugasnya, penterjemah

juga dikehendaki mencari bentuk-bentuk yang sama, buka yang serupa. Dalam perkataan

lain tugasnya adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan bentuk bagaimana maklumat

itu diungkapkan. Teori dinamis begitu mementingkan maklumat yang terdapat di dalam

341

Page 38: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

teks sumber. Dalam ayat di atas penterjemah tidak memindahkan maklumat dari teks

sumber sepenuhnya kerana penafian yang terdapat pada ayat di atas sekadar menafikan

mereka keluar dari neraka tanpa menyatakan ada golongan lain yang dapat keluar dari

neraka. Sedangkan pengkhususan yang melibatkan ayat nafi membawa maksud menafikan

sesuatu dan dalam waktu yang sama menyatakan sesuatu. Oleh itu, penulis berpendapat

adalah lebih baik ayat di atas diterjemahkan dengan menggunakan kata nafi bukan. Dalam

ayat di atas penggunaan kata nafi bukan akan membawa makna ada golongan lain yang

akan keluar dari neraka, bukannya mereka. Ini merupakan penambahan makna yang

dipersetujui oleh ulama tafsir dan sarjana Arab seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh

itu, ayat di atas lebih sesuai diterjemahkan sebagai “dan bukan mereka yang akan keluar

dari neraka”.

Pemilihan perkataan yang digunakan oleh penterjamah tidak sesuai dalam konteks bahasa

sasaran. Penyamaan perkataan ialah ما tidak dan bukan. Dalam konteks yang ada pada

ayat-ayat di atas bukan lebih sesuai daripada tidak.

Dengan paparan itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kata nafi bukan dan

pendepanan predikat tidak digunakan oleh penterjemah dan dalam waktu yang sama

penterjemah tidak mempertimbangkan maksud pengkhususan yang terhasil daripada

pendepanan tersebut.

Sewajarnya ayat 167 dari surah al-Baqarat di atas diterjemahkan dengan

mempertimbangkan kesan pendepanan yang ada. Seperti yang diketahui, tujuan

daripadanya bukan sekadar sebagai penafian keluar mereka dari neraka tetapi penyataan

342

Page 39: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

kepada tujuan lain iaitu selain mereka ada golongan yang dapat keluar dari neraka.

Sebaiknya ayat di atas diterjemahkan sebagai:

Dan bukan mereka yang akan dapat keluar dari neraka.

Ayat ini menurut mazhab mu‘tazilah tidak bertujuan sebagai pengkhususan kepada orang

kafir dengan tidak keluar dari neraka iaitu kekal di dalamnya kerana orang yang melakukan

dosa besar dalam kalangan orang Islam bagi mereka turut kekal di dalam neraka.

Topik ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan para ulama. Al-Zamakhshariyy pada

kebiasaannya menyatakan struktur sebegini menunjukkan makna pengkhususan. Walau

bagaimanapun beliau menafikan makna tersebut untuk ayat ini. Ini kerana ia bertembung

dengan hal yang dipegangnya iaitu mengenai topik orang yang melakukan dosa besar (al-

Subkiyy,2001:1,353). Pendapat ini sebenarnya tidak berapa tepat kerana beliau turut

berpendapat sebegini dalam ayat-ayat yang tiada kaitan dengan kepercayaan mu‘tazilahnya

(Muhammad Abu: Mu:sa:,1988: 334). Menurut Ibn ‘A:shu:r pendepanan penyandar

terhadap pesandar kata terbitan tidak bertujuan sebagai pengkhususan. Ada kalanya ia

membawa maksud pengkhususan disebabkan oleh konteks

(http://www.altafsir.com/Tafasir.asp?

tMadhNo=0&tTafsirNo=54&tSoraNo=2&tAyahNo=167&tDisplay=yes&Page=3&Size=1)

.

Oleh yang demikian, seharusnya kita tidak mengenepikan peranan konteks dan kesannya

dalam menentukan fungsi seperti yang terdapat dalam struktur sebegini. Oleh itu kita perlu

343

Page 40: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

melihat kepada konteks struktur tersebut. Apa-apa yang ditentukan oleh konteks dan

bersesuaian, maka maknanya turut sejejar dengannya. (Basyu:niyy, 2004:122).

Justeru itu, jadual 6.9 di bawah memperlihatkan terjemahan cadangan yang melibatkan

pendepanan yang sebegini yang membawa maksud pengkhususan.

Jadual 6.9Terjemahan cadangan pendepanan penyandar yang terletak selepas partikel nafi dan

pesandar ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 74 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan

cadanganSedang bukan Allah yang lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

2. 85 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), bukan Allah yang lalai akan apa yang kamu lakukan.

3. 140 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), bukan Allah yang lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

4. 144 يعملون عما بغافل الله وماTerjemahan

cadangandan bukan Allah yang lalai akan apa yang mereka lakukan.

5. 149 تعملون عما بغافل الله وماTerjemahan

cadanganDan (ingatlah), bukan Allah yang lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

6. 167 ار من بخارجين هم وما النTerjemahan

cadangandan bukan mereka yang akan dapat keluar dari neraka.

Lima daripada tujuh ayat yang mengalami pendepanan sebegini dalam surah al-Baqarat

merupakan ayat yang sama. Tujuan penafian yang terdapat pada ayat-ayat tersebut adalah

untuk menafikan Allah s.w.t bersifat dengan sifat lalai dan dalam waktu yang sama

344

Page 41: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

menyatakan sifat tersebut ada pada yang lain. Ini berbeza sama sekali jika kita hanya

menafikan sifat tersebut ada pada Allah s.w.t. Penggunaan kata nafi bukan pada terjemahan

di atas akan menyebabkan pembaca terjemahan ini membuat interpretasi bahawa bukan

Allah yang lalai tetapi orang lain.

6.2.1.3 Partikel Nafi Terletak Selepas Penyandar dan Pesandar ialah Kata Kerja

Pendepanan dari jenis ini juga kadang-kadang bermaksud pengkhususan sekiranya terdapat

tanda-tanda yang menyokongnya (Fadl Hasan ‘Abba:s,1992:217). Walau

bagaimanapun struktur ayat sebegini yang menunjukkan makna pengkhususan tidak

terdapat dalam surah al-Baqarat.

6.2.2 Pendepanan Pesandar dan Pendepanan Unsur Pelengkapnya

Pesandar yang dimaksudkan di sini, ialah predikat, predikat كان dan seumpamanya, serta

predikat dan إن seumpamanya. Manakala unsur pelengkap di sini ialah sesuatu yang

predikat berfungsi terhadapnya.

6.2.2.1 Pendepanan Pesandar

Jadual 6.10 akan memperlihat struktur ayat yang mengalami pendepanan pesandar dan

membawa maksud pengkhususan.

Jadual 6.10Terjemahan pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan menurut

Pimpinan Ar-Rahman

345

Page 42: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 62 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka2. 107 ماوات ملك له واألرض السTerjemahan Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?3. 112 ه عند أجره فله ربTerjemahan maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya4. 115 والمغرب المشرق ول�له�Terjemahan Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat5. 116 ماوات في ما له واألرض السTerjemahan bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,6. 134 كسبت ما لهاTerjemahan bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan,7. 134 كسبتم ما ولكمTerjemahan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;8. 139 أعمالنا ولناTerjemahan Bagi kami (faedah) amal kami9. 139 أعمالكم ولكمTerjemahan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan)10. 141 كسبت ما لهاTerjemahan bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan,11. 141 كسبتم ما ولكمTerjemahan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;12. 142 والمغرب المشرق لله�Terjemahan "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah13. 161 م أولئك اس والمآلئكة الله لعنة عليه� أجمعين والنTerjemahan mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat

serta manusia sekaliannya.14. 233 بالمعروف وكسوتهن رزقهن له المولود� وعلىTerjemahan dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian

kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.15. 233 ذلك مثل الوار�ث� وعلىTerjemahan dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa

tiada).16. 236 ع� على قدره الموس�Terjemahan Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu)

menurut ukuran kemampuannya17. 236 قدره المقت�ر� وعلىTerjemahan dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya18. 247 علينا الملك له

346

Page 43: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Terjemahan dia mendapat kuasa memerintah kami19. 255 ماوات في ما له األرض في وما السTerjemahan Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.20. 262 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,21. 274 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,22. 275 سلف ما فلهTerjemahan maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)

adalah menjadi haknya23. 277 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka24. 279 أموالكم رؤوس فلكمTerjemahan maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.25. 284 ماوات في ما له� � ل األرض في وما السTerjemahan Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan

Allah26. 285 �ليك المصير وإTerjemahan dan kepadaMu jualah tempat kembali27. 286 كسبت ما لهاTerjemahan Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,28. 286 اكتسبت ما وعليهاTerjemahan dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Jadual 6.10 menunjukkan bilangan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami

pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan. Jadual di atas menunjukkan

bilangan ayat yang mengalami pendepanan sebegini adalah sebanyak 28 ayat. Jika

dianalisis secara terperinci, didapati kesemua ayat iaitu sebanyak 28 ayat merupakan

pendepanan pesandar dalam bentuk frasa genetif.

Jadual tersebut juga menunjukkan pendepanan pesandar yang membawa maksud

pengkhususan. Ini dapat dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t dalam ayat 62 dari surah

al-Baqarat:

347

Page 44: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ذين إن ﴿ ال ذين آمنوا وال صارى هادوا آمن من والصابئين والنه بالل وعمل اآلخر واليوم هم عند أجرهم فلهم صالحا رب وال

عليهم خوف ﴾ يحزنون هم وال

Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Predikat bagi) لهم mereka) dikedepankan dan subjek pahala) أجــرهم balasannya)

dikemudiankan. Kedua-duanya disambungkan dengan kata ganti nama yang merujuk

kepada orang yang beriman. Ia membentuk penegasan bagi pengkhususan orang-orang

yang beriman dan golongan Yahudi, Nasrani dan Sabi’in yang beriman dengan balasan dan

pahala di sisi Allah (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,315).

Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 277 dari surah al-Baqarat:

ذين إن ﴿ ال آمنوا الصالحات وعملوا الصالة وأقاموا كاة وآتوا الزهم عند أجرهم لهم رب عليهم خوف وال ﴾ يحزنون هم وال

Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

348

Page 45: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Subjek أجر (pahala) berhubung dengan kata ganti nama yang merujuk kepada orang yang

beriman dan orang yang melakukan amalan soleh, mendirikan sembahyang dan

menunaikan zakat. Kata ganti yang sama juga berhubung dengan partikel la:m yang

terdapat pada predikat yang dikedepankan. Kesemuanya iani membentuk penegasan kepada

pengkhususan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,315).

Ayat yang sama iaitu firman Allah s.w.t هم عند أجرهم لهم رب (mereka beroleh

pahala di sisi Tuhan mereka) dapat juga dilihat dalam ayat 262 dan 274 dari surah al-

Baqarat.

Sementara itu firman Allah s.w.t dalam ayat 107 dari surah al-Baqarat, pendepanan

pesandar yang terdapat padanya turut menyatakan maksud pengkhususan:

ماوات ملك له الله أن تعلم ألم ﴿ دون من لكم وما واألرض الس ولي من الله ﴾ نصير وال

Pengertiannya: Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

Allah s.w.t memerintah urusan-urusan kamu, mentadbirnya dan menjalankannya mengikut

apa-apa yang baik untuk kamu. Dia lebih mengetahui mengenai apa-apa yang kamu

ibadatkan dari segi na:sikh (yang membatalkan) dan mansu:kh (yang dibatalkan) (al-

Zamakhshariyy,1990:1,176). Pendepanan predikat terhadap (Dialah yang menguasai) له

subjek menjelaskan pengkhususan Allah s.w.t dengan segala perkara yang mempunyai

349

Page 46: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

kepentingan hamba-hambaNya. Di sebalik pengkhususan tersebut adalah seruan kepada

mempercayai Allah dan tenang di bawah rahmat dan keadilanNya. (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:2,334)

Oleh yang demikian, orang mukmin hendaklah mempercayai Allah, bertawakkal

kepadanya dan memberi kuasa mutlak kepadanya tanpa mendengar kata-kata orang kafir

dan keraguan mereka terhadap perkara nasakh (Abu: Sa‘u:d, :1,144). Ajakan ini

didatangkan dengan diperkukuhkan oleh ayat pengkhususan predikat ( .(أن

Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 112 dari surah al-Baqarat:

ه عند أجره فله محسن وهو لله وجهه أسلم من بلى ﴿ رب وال عليهم خوف ﴾يحزنون هم وال

Pengertiannya: (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dalam ayat ini terdapat kenyataan yang menyatakan orang selain Yahudi dan Nasrani

masuk ke dalam syurga sedangkan mereka dinafikan daripadanya (al-

Zamakhshariyy,1990:1,305). Pengkhususan berlaku dengan berlakunya pendepanan

predikat له (ia akan beroleh).

Ayat 115 dari surah al-Baqarat di atas,

350

Page 47: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

فأينما والمغرب المشرق ول�له� ﴿ وا الله إن الله وجه فثم تول﴾ عليم واسع

Pengertiannya: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Pendepanan predikat لله (Allah jualah yang memiliki) bertujuan menyatakan bahawa

negara di timur dan barat serta dunia keseluruhannya adalah milik Allah. Dialah pemilik

dan pentadbirnya (al-Zamakhshariyy,1990:1,306). Ia terhad kepadaNya dan Dia terkhusus

denganNya dan tidak kepada selainNya. Tiada siapa yang berhak untuk menghalang

masjid-masjid Allah kerana ia berada dalam kepunyaanNya yang tidak terhad. Oleh itu,

sesiapa yang menghalang tempat yang tertentu seharusnya tahu bahawa bumi ini

keseluruhannya adalah masjid. Bersembahyang di mana-mana tempat adalah dibolehkan.

Pendepanan predikat tersebut adalah untuk menghadkan sesuatu yang umum kepada Allah

dan mengkhususkan ia kepadaNya.

Bentuk yang hampir sama dapat dilihat dalam ayat 142:

فهاء سيقول ﴿ اس من الس هم ما الن تي قبلتهم عن وال ال كانوا صراط إلى يشاء من يهدي والمغرب المشرق لله� قل عليها

﴾ مستقيم

Pengertiannya: Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka

351

Page 48: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".

Maksud daripada pendepanan predikat لله (kepunyaan Allah) ialah pengkhususan, iaitu

mengkhususkan kepunyaan Allah s.w.t dengan tempat yang umum dan mengehadkan ia

kepada Allah sahaja. Allah s.w.t sesungguhnya telah menjadikan setiap umat kiblat dan

semua arah adalah untuk Allah sahaja (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,266).

Selain itu, ayat lain dari surah al-Baqarat yang menunjukkan pendepanan pesandar

membawa maksud pengkhususan ialah ayat 116.

﴿ خذ وقالوا ماوات في ما له بل سبحانه ولدا الله ات واألرض الس﴾

Pengertiannya: Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi

Ayat di atas menyatakan kepada kita kepunyaan Allah segala bentuk pemilikan, ciptaan

dan penghambaan tersebut. Pemilikan itu menafikan kewujudan anak. Setiap sesuatu yang

ada di langit dan di bumi merupakan milikNya, ciptaanNya dan hambaNya. Oleh itu, secara

tidak langsung mensucikan Allah daripada mempunyai anak dan sekutu. Justeru,

pendepanan predikat didatangkan bersama penyimpangan sesuatu yang sebelumnya

sebagai tanda pengkhususan bagi Allah segala yang ada di langit dan bumi. Ini kerana apa-

apa yang mereka ucapkan sebelum ini ialah penyukutuan. Terdapat pendapat-pendapat

352

Page 49: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

yang mengatakan Allah s.w.t mempunyai sekutu lalu gaya bahasa ini digunakan bagi

menafikan penyukutuan dan menyatakan keesaan iaitu melalui gaya pengkhususan.

Lantaran itu, Allah yang satu itu Maha Kaya daripada mempunyai anak dan sekutu (‘Aliyy

Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,266-267). Demikian juga halnya bagi firman Allah s.w.t

dalam ayat 255 dari surah al-Baqarat:

الله﴿ ال هلإ وم الحي هو إال القي سنة تأخذه ال في ما له نوم والماوات ﴾األرض في وما الس

Pengertiannya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Pendepanan له (Dia memiliki) adalah sebagai pengkhususan pemilikan segala yang ada di

semesta ini kepada Allah s.w.t. Bahkan segala yang ada di langit dan di bumi ialah

kepunyaan Allah s.w.t tuhan bagi makhluk (Abu: Hayya:n,2001:2,288). Lantas

sewajarnya hanya Dia yang disembah dan bukan selainnya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:2,267).

Menurut Ibn ‘A:shu:r: “Maksud langit dan bumi menenggelamkan kemungkinan

kewujudan yang lain. Ayat tersebut telah menunjukkan kewujudan yang umum melalui

kata hubung dan keterangannya. Apabila ternyata Dia memiliki sesuatu yang umum secara

tidak langsung turut menyatakan tidak mustahil Dia memiliki mana-mana kewujudan, lalu

terhasil maksud pengehadan” (Ibn ‘A:shu:r,t.t:3,20). Beliau berpendapat pendepanan dalam

ayat tersebut adalah untuk menambah kekuatan penegasan yang bertujuan untuk menolak

353

Page 50: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

pendapat golongan syirik. Ini kerana pengehadan dengan sesuatu yang umum tidak

memadai untuk menunjukkan pembatalan akidah yang sesat. Ayat tersebut bertujuan

mengajar tauhid berdasarkan keumumannya dan bertujuan membatalkan akidah-akidah ahli

syirik berdasarkan pembatasan yang khusus. Inilah balaghah yang menakjubkan (ibid).

Ternyata penyataan pemilikan Allah terhadap sesuatu yang umum tidak sempurna kecuali

dengan pembatasan yang dinyatakan melalui pendepanan pesandar لله. Manakala,

pengehadan yang dinyatakan oleh sesuatu yang umum adalah suatu lingkungan yang

komprehensif dan bukan pengehadan yang bermaksud pembatasan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:2,267).

Tempat-tempat seperti ini yang terdiri daripada subjek موات في ما في وما الس

yang ditakhirkan daripada (segala yang ada di langit dan yang ada di bumi) األرض

predikat له atau banyak terdapat dalam al-Qur'an. Walau bagaimanapun setiap لله

pendepanan mempunyai konteks yang mendorong berlakunya hal tersebut. Begitu juga

keadaannya bagi firman Allah s.w.t dalam ayat 283 – 284 dari surah al-Baqarat:

﴿ وال هادة تكتموا ه يكتمها ومن الش بما والله قلبه آثم فإنماوات في ما �له� � ل. عليم تعملون وإن األرض في وما الس تبدوا

﴾ الله به يحاسبكم تخفوه أو أنفسكم في ما

Pengertiannya: Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.

354

Page 51: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pendepanan dan pentakhiran antara subjek dengan predikat diliputi oleh sesuatu yang

berhubung dengan pengetahuan mengenai penyaksian dan sesuatu yang mengelilingi

penyaksian tersebut iaitu berdiam diri dan berterus terang. Bagaimana berlakunya demikian

adalah kerana bagi Allah s.w.t sahaja pentadbiran apa-apa yang ada di langit dan di bumi

(Abu: Hayya:n,2001:2,375). Malah, Allah s.w.t yang menghitung apa-apa yang

dinyatakan atau disembunyi dalam diri seseorang, kerana apa-apa yang terdapat di langit

dan di bumi serta segala amalan dan ilmu insan terbatas di bawah kekuasaanNya sahaja

(‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,268).

Sementara itu firman Allah s.w.t dalam ayat 134 dari surah al-Baqarat:

أمة تلك ﴿ كسبتم ما ولكم كسبت ما لها خلت قد تسألون وال﴾ يعملون كانوا عما

Pengertiannya: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

Gaya bahasa yang membawa maksud pengkhususan digunakan bagi menolak pendapat

golongan Yahudi yang berbangga dengan bapa-bapa mereka (al-Sa:wiyy,1999:1,113).

Pendepanan لها (bagi mereka) dan لكم (bagi kamu pula) di dua tempat bertindak sebagai

pengkhususan iaitu mengkhususkan setiap golongan dengan amalannya. Sekiranya amalan

itu baik, maka baiklah ia dan sekiranya amalan itu buruk maka buruklah ia. Ini bermaksud

setiap umat dikhususkan dengan balasan berdasarkan apa-apa yang diusahakan begitu juga

355

Page 52: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

dengan kamu yang telah dikhususkan dengan balasan berdasarkan apa-apa yang kamu

lakukan sama ada yang baik dan yang buruk (Abu: Hayya:n,2001:1,576). Makna

pengkhususan ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah s.w.t ﴿ يعملون كانوا عما تسألون وال ﴾ (dan kamu tidak akan ditanya (atau

dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.). Justeru, ayat yang

pertama bermaksud baginya apa-apa yang telah dilakukannya, tidak menjangkau kepada

orang lain. Manakala ayat yang kedua bermaksud bagi kamu apa-apa yang kamu usahakan,

bukan sesuatu yang diusahakan oleh orang lain. Terdapat perbezaan makna antara dua

bentuk pembatasan (al-Alu:siyy,2001:1,389).

Ia bermaksud segala amalan yang dilakukan oleh sesuatu umat tidak melampauinya untuk

sampai kepada orang lain dan segala amalan kamu juga tidak melampaui kamu. Ia adalah

pembatasan yang disebut sebagai pembatasan tambahan ( اإلضافي القصر ) yang

digunakan bagi menukar kepercayaan penerima ujaran yang mereka berpendapat kebaikan

yang dilakukan oleh umat terdahulu boleh menghapus dosa maksiat yang mereka lakukan.

Malah umat yang terdahulu menanggung apa-apa yang mereka lakukan (Ibn

‘A:shu:r,2000:1,715).

Al-Zamakhshariyy berpendapat; maknanya seseorang tidak mendapat faedah daripada

usaha orang lain. Beliau merasakan dalam ayat كسبتم ما ولـكم كسبت ما لـها ialah penghadan atau pengkhususan pesandar terhadap penyandar iaitu كسبها لـها ال

كسبكم ولـكم غيرها كسب غيركم كسب ال (Baginya usahanya bukan usaha

orang lain dan bagi kamu semua usaha kamu dan bukan usaha orang lain) (al-

Zamakhshariyy,1990:1,314).

356

Page 53: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Ayat ini diulang sekali lagi dan turut mengandungi makna pembatasan berdasar

pendepanan. Ini dapat dilihat pada firman Allah s.w.t dalam ayat 141 dari surah al-Baqarat:

أمة تلك ﴿ كسبتم ما ولكم كسبت ما لها خلت قد تسألون وال عما ﴾ يعملون كانوا

Pengertiannya: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.

Pendepanan dua pesandar terhadap penyandar adalah sebagai pembatasan penyandar

kepada pesandar. Pengulangan gaya bahasa pengkhususan dalam dua ayat adalah sebagai

penegasan dan penguat (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,270).

Pembatasan yang hampir sama dapat dilihat pada firman Allah s.w.t dalam ayat 286 dari

surah al-Baqarat:

﴿ ف ال نفسا الله يكل ما وعليها كسبت ما لها وسعها إال﴾ اكتسبت

Pengertiannya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

357

Page 54: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pendepanan لها (Ia mendapat) dan عليها (Ia juga menanggung) bertujuan sebagai

pembatasan. Ayat di atas membawa maksud seseorang itu tidak menaggung dosa yang

dilakukan oleh orang lain malah dia juga tidak menanggung sesuatu yang tidak dilakukan

iaitu yang dibisik oleh dirinya (al-Jamal,1996:1,326).

Pendepanan tersebut membawa maksud pengkhususan iaitu satu-satu umat itu tidak

mengikutinya sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Seolah-olah ayat ini menolak

kepercayaan golongan pada zaman Jahiliyah yang mempercayai Allah menganugerahi

mereka syafaat tuhan (Ibn ‘A:shu:r,t.t:3,139).

Sementara itu terdapat juga unsur pengkhususan dalam firman Allah s.w.t dalam ayat 139

dari surah al-Baqarat:

نا وهو الله في أتحآجوننا قل ﴿ كم رب ولكم أعمالنا ولنا ورب﴾ مخلصون له ونحن أعمالكم

Pengertiannya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

Seperti kamu yang mempunyai amalan-amalan yang terserah kepada Allah s.w.t untuk

memberi penghormatan ataupun tidak, begitu juga dengan kami (al-

Zamakhshariyy,1990:1,316). Malah, kami lebih utama untuk mendapat kemuliaan daripada

Allah kerana kami hanya mentauhidkanNya dan ikhlas mengerjakannya dengan keimanan ﴿

ـه ونحن ـ ون ل ــ مخلص ﴾ (dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas

358

Page 55: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

kepadaNya). Pendepanan predikat bagi) لنا kami) dan bagi) لكم kamu) dan

penyambungan kedua-duanya dengan kata ganti nama yang berhubungan dengan subjek di

dua tempat bertujuan menghimpunkan unsur penegasan dan pengkhususan. Ia adalah

pengkhususan yang ditegaskan dan oleh demikian ayat tersebut bermaksud kami lebih

mulia daripada kamu dengan mengkhususkan Allah s.w.t dengan ikhlas. Oleh itu tiada

makna dan tiada faedah bantahan dan penentangan kamu terhadap kami (‘Aliyy Abu: al-

Qa:sim ‘Awn,2006:2,314).

Antara ayat-ayat lain dalam surah al-Baqarat yang menunjukkan makna pengkhususan

yang melibatkan pendepanan pesandar ialah firman Allah s.w.t dalam ayat 161 dari surah

al-Baqarat:

ذين إن ﴿ م أولئك كفار وهم وماتوا كفروا ال الله لعنة عليه�اس والمآلئكة ﴾ أجمعين والن

Pengertiannya: Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

Ayat di atas bermaksud sesungguhnya orang kafir yang mati dalam kekufuran iaitu bukan

orang-orang kafir yang mati dalam keislaman. Mereka telah dikhususkan dengan laknat

Allah s.w.t, para malaikat dan manusia seluruhnya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:2,312).

359

Page 56: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Contoh lain yang menunjukkan pendepanan pesandar membawa maksud pengkhususan

ialah firman Allah s.w.t dalam ayat 233 dari surah al-Baqarat:

﴾ بالمعروف وكسوتهن رزقهن له المولود� وعلى ﴿

Pengertiannya: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Pendepanan predikat ـود على ـ له المول (kewajipan bapa pula) adalah sebagai

pengkhususan kepada bapa agar memberi nafkah kepada isteri-isteri yang diceraikan yang

menyusukan anak mereka. Pemberian makanan dan pakaian kepada isteri sebagai balasan

kepada penyususan adalah wajib bagi suami. Ia adalah terbatas kepada suami dan tidak

kepada selainnya. Pendepanan tersebut menyedarkan suami bahawa mereka dikhususkan

dengan perkara tersebut dan tanggung jawab memberi rezeki yang perlu ditunaikan (‘Aliyy

Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,332).

Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat yang sama:

﴾ ذلك مثل الوار�ث� وعلى ﴿

Pengertiannya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).

Tanggung jawab waris suami adalah sama seperti suami iatu wajib memberi makanan dan

pakaian iaitu sekiranya suami meninggal dunia maka warisnya perlu melakukan tanggung

jawabnya memberi makanan dan pakaian isterinya mengikut syarat-syarat tertentu dan

tidak mendatangkan kemudaratan (al-Zamakhshariyy,1990:1,371). Pendepanan predikat

360

Page 57: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

الوارث على (waris juga menanggung) adalah sebagai pembatasan tugasan tersebut

kepadanya dan menyeru ia melakukan kewajipannya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:2,333).

Sementara itu firman Allah s.w.t dalam ayat 236 dari surah al-Baqarat:

﴿ قتم إن عليكم جناح ال ساء طل وهن لم ما الن أو تمس تفرضواعوهن فريضة لهن ع� على ومت المقت�ر� وعلى قدره الموس�

﴾ المحسنين على حقا بالمعروف متاعا قدره

Pengertiannya: Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

Pendepanan predikat الموسع على (suami yang senang) dan المقتر على (suami

yang susah) di dua tempat adalah bertujuan menyatakan bahawa kedua-duanya

dikhususkan dengan kemampuan mereka membayar mut‘ah kepada isteri yang diceraikan

yang belum disentuh (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,271).

Orang kaya memberi berdasarkan kemampuannya, bukan kemampuan orang miskin dan

begitulah sebaliknya. Pengkhususan ini tidak menafikan pertimbangan kepada keadaan

isteri juga. Hal ini adalah muktamad menurut mazhab Shafii (al-Sa:wiyy,1999:1,177).

361

Page 58: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pengkhususan di sini bermaksud pembatasan kemampuan pemberi mut'ah berdasarkan

keadaannya sama ada miskin atau kaya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,272).

Firman Allah s.w.t dalam ayat 275 dari surah al-Baqarat:

ه من موعظة جاءه فمن ﴿ ب ﴾ سلف ما فله فانتهى ر

Pengertiannya: Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya

Pendepanan dalam ayat di atas adalah sebagai pengkhususan dan di sebalik pengkhususan

tersebut ialah larangan mengambil sesuatu yang diambil sebelum pengharaman. Sekiranya

sesuatu diambil lebih dengan akad riba sebelum pengharaman maka ia tidak perlu

diserahkan kembali (al-Jamal,1996:1,346). Sebaliknya sekiranya ia diambil selepas

pengharaman maka ia ada hukumnya seperti mana firman Allah s.w.t dalam ayat 279 dari

surah al-Baqarat:

أموالكم رؤوس فلكم تبتم وإن ﴿ تظلمون ال ﴾ تظلمون وال

Pengertiannya: Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Pendepanan predikat لكم (hak kamu) terhadap subjek أموالكم رؤوس (pokok asal

harta kamu) adalah juga bertujuan menyatakan pengkhususan. Di sebalik pengkhususan itu

terdapat larangan daripada melampaui sama ada dengan tambahan atau kekurangan iaitu

362

Page 59: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

sekiranya kamu berurusan dengan riba selepas pengharamannya kemudian kamu bertaubat

maka kamu dikhususkan dengan modal asal tanpa ada penambahan atau kekurangan.

Firman Allah s.w.t dalam ayat 285 dari surah al-Baqarat:

نا غفرانك ﴿ �ليك رب ﴾ المصير وإ

Pengertiannya: keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali

Dalam ayat di atas terdapat pengakuan mengenai tempat kembali pada waktu pembalasan.

Allahlah sebagai tempat kembali malah terdapat pengakuan dengan mengkhususkan Allah

s.w.t sebagai tempat kembali. Pendepanan predikat إليك (kepadaMu) yang memperlihat

dan menyatakan maksud tersebut.

Seterusnya dalam jadual 6.11 memperlihatkan kepada kita aplikasi terjemahan pesandar

yang membawa maksud pengkhususan yang dilakukan oleh penterjemah dalam tafsir

Pimpinan Ar-Rahman.

Jadual 6.11Aplikasi terjemahan pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

363

Page 60: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

6 22

Penggunaan Kata Penegas

- Sahaja -- Cuma -- Hanya -- Jua 2- Yang 5- Semata-mata -- Partikel lah 4

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

25 3

Pendepanan Predikat 25Jumlah Ayat 28

Berdasarkan jadual 6.11 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dan

pendepanan predikat berdasarkan maksud pengkhususan. Melalui jadual tersebut kata

penegas yang yang telah digunakan oleh penterjemah bagi menjelaskan maksud

pengkhususan sebanyak lima kali. Kemudian diikuti dengan partikel lah sebanyak empat

kali. Selepas itu pula, penggunaan kata penegas jua sebanyak dua kali. Dan akhir sekali

penterjemah mengekal struktur ayat yang melibatkan pendepanan predikat iaitu 25 ayat

dari 28 ayat yang mengalami pendepanan diterjemahkan dalam bentuk pendepanan

predikat.

Ayat yang menggunakan kata penegas sebagai menjelaskan makna pengkhususan ialah:

Ayat 107; “Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?”

Ayat 115; “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat”

Ayat 116; “bahkan Dialah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,“

364

Page 61: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Ayat 161; “mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat

serta manusia sekaliannya.”

Ayat 255; “Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.”

Ayat 285; “dan kepadaMu jualah tempat kembali”

Keenam-enam ayat di atas yang diterjemah menggunakan kata penegas bagi menjelaskan

makna pengkhususan ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan kekuasaan Allah s.w.t dan

Allah sebagai tempat kembali. Ini merupakan ayat-ayat tauhid yang perlu diterjemah

dengan sebaik mungkin. Penterjemah telah melakukannya dengan baik sekali. Namun

begitu, gaya terjemahan beliau ini tidak menyeluruh kepada ayat-ayat lain yang mengalami

pendepanan yang sama dan membawa maksud pengkhususan. Penterjemah telah

melibatkan penggunaan kata penegas jua yang membawa maksud sahaja, hanya dan cuma

ketika menterjemah ayat 115 dan ayat 255. Ini membuktikan penterjemah sedar dengan

konsep makna pengkhususan yang terhasil daripada kesan pendepanan pesandar. Dalam

ayat “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat”, calon telah mengubah proposisi

asal dengan menambah ‘jualah yang’. Dari segi makna proposisi, ‘jualah yang’ memberi

tidak terus yang bermaksud Allah sahajalah yang memiliki timur dan barat serta bukan

entiti atau Tuhan yang lain. Bagi pembaca muslim ayat terjemahanan ini memperkukuhkan

lagi keyakinan dan keimanan mereka terhadap kekuasaan Allah. Malah ia menyatakan

dengan jelas bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang menguasai timur

dan barat. Manakala bagi pembaca yang mempercayai tuhan selain Allah atau entiti lain,

ayat ini menafikan kekuasaan tuhan dan entiti tersebut malah tuhan dan entiti tersebut tidak

layak dianggap sebagai tuhan kerana memiliki sifat yang lemah iaitu tidak dapat menguasai

timur dan barat. Inilah yang disebut dalam teori dinamis sebagai mendasar kepada

365

Page 62: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ransangan dan tindak balas pengguna teks terjemahan yang mana teks terjemahan ini

dihasilkan adalah memberi kesan positif kepada pengguna, iaitu apabila mereka

membacanya, mereka mendapat ransangan untuk bertindak balas dengan melaksana

tuntutan teks terjemahan.

Sementara itu, penterjemah turut menstruktur semula ayat terjemahan dengan tidak

mengekalkan struktur bahasa sumber. Mengikut bahasa sumber ayat tersebut mengalami

pendepanan predikat, tetapi penterjemah menjadikan ayat tersebut dalam struktur yang

tidak mengalami sebarang pendepanan. Ayat tersebut ialah:

Ayat 142; “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah”

Ayat 274; “maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)

adalah menjadi haknya”

Ayat 284; “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan

Allah”

Ini menjelaskan kepada kita penterjemah tidak mahu terlalu terikat kepada acuan bahasa

sumber. Ini bagi mengelakkan kesukaran untuk memahami keterangan yang disampaikan

menurut acuan ayat Arab. Penterjemah telah melakukan pendekatan terjemahan tidak

langsung dalam terjemahan beliau. Tidak dinafikan bahasa Melayu yang terlalu terikat

kepada bahasa sumber sesuatu ilmu pengetahuan menyebabkan pemahaman terganggu,

bukan kerana ilmunya. Namun begitu, penterjemah hanya melakukan gaya terjemahan

sebegini pada tiga daripada 28 ayat. Ini menunjukkan penterjemah tidak konsisten dalam

hal tersebut.

366

Page 63: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Di samping itu, dalam bahasa Melayu, ayat-ayat tersebut berbeza binaannya dari segi

tatabahasa tetapi makna dalam binaan itu tidak berubah. Yang berubah adalah fokus pada

binaan-binaan itu. Ini berbeza daripada bahasa Arab dari sudut makna. Perubahan binaan

ayat dalam bahasa Arab bukan sahaja berbeza binaan dari segi tatabahasa tetapi turut juga

membawa kepada perbezaan makna. Salah satunya ialah makna pengkhususan.

Penterjemah telah menterjemah ayat-ayat tersebut dengan tidak terikat kepada acuan

bahasa Arab bagi memberi pemahaman yang betul adalah satu yang baik. Walau

bagaimanapun, penterjemah terlupa untuk mempertimbangkan makna pengkhususan dalam

terjemahan beliau, sedangkan dalam ayat-ayat sebelum ini beliau mempertimbangkannya.

Ini sekali lagi menunjukkan tidak ada konsistensi dalam terjemahan beliau.

Dengan ini dapat disimpulkan, bahawa ayat yang mengalami pendepanan pesandar paling

kerap diterjemahkan oleh penterjemah dengan mengekalkan bentuk pendepanan tersebut

dalam bentuk bahasa sasaran. Manakala kata penegas kurang digunakan bagi

memperlihatkan maksud pengkhususan.

Maksud pengkhususan daripada pendepanan seperti di atas, menurut pendapat al-

Zamakhshariyy bermaksud menghadkan penyandar kepada pesandar. Walau

bagaimanapun, Sa‘d al-Di:n dalam keterangannya bagi al-Kashsha:f menyatakan bahawa

pendapat al-Zamakhshariyy terhadap pendepanan tersebut kadang-kadang dirasakan

bermaksud menghadkan pesandar kepada penyandar.

367

Page 64: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Oleh itu, apabila kita menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kita patut menggunakan

kata penegas yang membawa maksud pengkhususan seperti hanya, sahaja dan cuma. Jadi,

ayat di atas apabila diterjemahkan akan menjadi:

“Hanya bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan hanya bagi

kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan”.

Ayat tersebut boleh juga diterjemahkan menjadi:

“bagi mereka (balasan) hanya apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu

pula (balasan) hanya apa yang kamu usahakan”.

Jadual 6.12 di bawah ialah terjemahan cadangan oleh pengkaji bagi memperlihatkan makna

pengkhususan yang terhasil daripada pendepanan pesandar.

Jadual 6.12Terjemahan cadangan pendepanan pesandar yang membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 62 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan

cadanganmaka hanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka

2. 107 ماوات ملك له واألرض السTerjemahan

cadanganTiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah sahaja?

3. 112 ه عند أجره فله ربTerjemahan

cadanganmaka hanya baginyalah pahala di sisi Tuhannya

4. 115 والمغرب المشرق ول�له�Terjemahan

cadanganDan Allah jualah yang memiliki timur dan barat

5. 116 ماوات في ما له واألرض السTerjemahan

cadanganbahkan Dia sahajalah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,

6. 134 كسبت ما لهاTerjemahan hanya bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan,

368

Page 65: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

cadangan7. 134 كسبتم ما ولكمTerjemahan

cadangandan hanya bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;

8. 139 أعمالنا ولناTerjemahan

cadanganBagi kami (faedah) cuma amal kami

9. 139 أعمالكم ولكمTerjemahan

cadanganbagi kamu pula (faedah) cuma amal kamu (kalau diikhlaskan)

10. 141 كسبت ما لهاTerjemahan

cadanganhanya bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan

11. 141 كسبتم ما ولكمTerjemahan

cadangandan hanya bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan

12. 142 والمغرب المشرق لله�Terjemahan

cadangan"Timur dan barat adalah hanya kepunyaan Allah

13. 161 م أولئك اس والمآلئكة الله لعنة عليه� أجمعين والنTerjemahan

cadanganmereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

14. 233 بالمعروف وكسوتهن رزقهن له المولود� وعلىTerjemahan

cadangandan bapa jualah yang berkewajipan memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

15. 233 ذلك مثل الوار�ث� وعلىTerjemahan

cadangandan waris jualah yang berkewajipan seperti yang tersebut (jika si bapa tiada).

16. 236 ع� على قدره الموس�Terjemahan

cadanganIaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) hanya menurut ukuran kemampuannya

17. 236 قدره المقت�ر� وعلىTerjemahan

cadangandan suami yang susah pula cuma menurut ukuran kemampuannya

18. 247 علينا الملك لهTerjemahan

cadanganHanya dia yang berhak memerintah kami

19. 255 ماوات في ما له األرض في وما السTerjemahan

cadanganHanya Dialah Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

20. 262 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan

cadanganhanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka,

369

Page 66: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

21. 274 هم عند أجرهم فلهم ربTerjemahan

cadanganmaka hanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka,

22. 275 سلف ما فلهTerjemahan

cadanganmaka cuma apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya

23. 277 هم عند أجرهم لهم ربTerjemahan

cadanganhanya untuk mereka pahala di sisi Tuhan mereka

24. 279 أموالكم رؤوس فلكمTerjemahan

cadanganDan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu sahaja.

25. 284 ماوات في ما لله� األرض في وما السTerjemahan

cadanganSegala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah sahaja

26. 285 �ليك المصير وإTerjemahan

cadangandan kepadaMu jualah tempat kembali

27. 286 كسبت ما لهاTerjemahan

cadanganIa mendapat hanyalah pahala kebaikan yang diusahakannya,

28. 286 اكتسبت ما وعليهاTerjemahan

cadangandan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya sahaja.

Sementara itu, pendepanan predikat yang terdiri daripada frasa genetif ketika berada dalam

penafian, dan membawa maksud pengkhususan tidak terdapat dalam surah al-Baqarat.

6.2.2.2 Pendepanan Unsur Pelengkapnya

Jadual 6.13 di bawah ialah terjemahan oleh penterjemah Pimpinan Ar-Rahman bagi ayat-

ayat yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap pesandar.

Jadual 6.13Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap pesandar yang membawa

maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman

No. No. Ayat al-Qur’an

370

Page 67: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Ayat1. 46 هم �ليه� وأن راجعون إ

Terjemahan dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.2. 116 قانتون له كل

Terjemahan semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.3. 133 مسلمون له ونحن

Terjemahan dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)4. 136 مسلمون له ونحن

Terjemahan dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata

5. 138 عابدون له ونحنTerjemahan dan kepadaNyalah kami beribadat6. 139 مخلصون له ونحن

Terjemahan dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya7. 143 سول ويكون شهيدا عليكم الر

Terjemahan dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

8. 156 ا ا لله إن ـ �ليه� وإن راجعون إTerjemahan Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah

jualah kami kembali

Jadual di atas menunjukkan bilangan ayat yang mengalami pendepanan sebegini adalah

sebanyak 8 ayat. Jika dianalisis secara terperinci, didapati kesemua ayat merupakan

pendepanan unsur pelengkap yang terdiri daripada frasa genetif.

Sementara itu ayat-ayat di atas yang mengalami proses pendepanan sebegini menyentuh

mengenai tauhid secara jelas iaitu kekuasaan Allah s.w.t dan diikuti dengan kenyataan

mengenai Allah sebagai tempat kembali, keistimewaan umat nabi Muhammad s.a.w yang

juga merupakan perkara-perkara yang melibatkan akidah.

371

Page 68: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Manakala dalam ayat 133, 136, 138,139 dan 156 di atas menyatakan pengakuan orang-

orang yang beriman bahawa Allahlah sahaja tuhan yang disembah dan berserah diri dan

kepadanyalah sahaja kita akan dikembalikan.

Manakala ayat 116 menerangkan bahawa semua yang ada di langit dan di bumi tunduk

kepada kekuasaan Allah sahaja. Di samping itu, ayat 143 menjelaskan keistimewaan yang

dimiliki oleh umat nabi Muhammad yang beriman. Mereka akan mendapat syafaat dan

penyaksian daripada baginda sendiri. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh umat yang lain

sebelum umat nabi Muhammad.

Jadual 6.13 menunjukkan bilangan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami

pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi ialah predikat yang membawa maksud

pengkhususan. Ini dapat dijelaskan berdasar ayat 46 dari surah al-Baqarat:

ذين ﴿ ون ال هم يظن هم مالقوا أن هم رب �ليه� وأن ﴾ راجعون إ

Pengertiannya: Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

Secara jelas, ujaran dan struktur ayat menunjukkan kata ganti nama yang berada di tempat

genetif merujuk kepada Tuhan (الرب) iaitu yang membawa maksud هم هم إلى وأن رب Sesungguhnya) راجعــون mereka akan kembali kepada tuhan mereka) (Abu:

Hayya:n,2001:1,343). Pendepanan unsur pelengkap terhadap predikat adalah sebagai

pengkhususan iaitu mengkhususkan Allah s.w.t sebagai tempat kembali dengan kematian

372

Page 69: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

atau kebangkitan atau pembalasannya, hanya kepadanya dan tidak kepada yang lain (‘Aliyy

Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,580).

Situasi yang sama dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t ayat 116.

﴿ خذ وقالوا ه بل سبحانه ولدا الله ات ماوات في ما ل واألرض الس﴾ قانتون له كل

Pengertiannya: Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.

Pendepanan kata nama genetif adalah bertujuan sebagai pengkhususan iaitu

mengkhususkan Allah s.w.t dengan ketaatan dan kepatuhan kerana tidak ada satupun yang

boleh menghalang penciptaaan, kekuasaan dan kehendaknya (al-

Zamakhshariyy,1990:1,307).

Tujuan pendepanan sebegini yang membawa maksud pengkhususan dapat dilihat juga

dalam firman Allah s.w.t ayat 133 dari surah al-Baqarat.

شهداء كنتم أم ﴿ الموت يعقوب حضر إذ تعبدون ما لبنيه قال إذ بعدي من قالوا وإسماعيل إبراهيم آبائك وإلـه إلـهك نعبد

﴾ مسلمون له ونحن واحدا إلـها وإسحاق

Pengertiannya: (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah

373

Page 70: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".

Iaitu di antara keadaan kami sesungguhnya kami tunduk ikhlas mengesa atau patuh hanya

kepadaNya (Abu: Hayya:n,2001:1,574). Pendepanan ــه (kepadaNya) لـ terhadap

berserah) مسلمون diri) bertujuan membataskan Islam iaitu kepatuhan dan ketaatan

hanya kepadaNya tidak kepada selainnya (ibid:575).

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 136.

﴿ ا قولوا وإسماعيل إبراهيم إلى أنزل وما إلينا أنزل وما بالله آمن أوتي وما وعيسى موسى أوتي وما واألسباط ويعقوب وإسحاقون بي هم من الن ب ر ق ال ﴾مسلمون له ونحن منهم أحد بين نفر

Pengertiannya: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

Pendepanan frasa genetif (kepadaNya) لـه terhadap predikat bagi subjek مسلمون (berserah diri) adalah sebagai pengkhususan iaitu mengkhususkan mereka dengan Islam.

Ayat tersebut bermaksud kami berserah diri dan tunduk kepadaNya sahaja, tidak kepada

sesuatu yang lain (al-Kurdiyy,2007:133). Pendepanan لـه (kepadaNya) bertujuan sebagai

pembatasan iaitu tunduk patuh hanya kepadaNya dan tidak kepada selainNya. Kami

374

Page 71: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

membataskan keikhlasan kami dan kepatuhan kami kepadaNya sahaja (‘Aliyy Abu: al-

Qa:sim ‘Awn,2006:2,424).

Kita dapati jenis pengkhususan dan pembatasan ini pada firman Allah s.w.t dalam ayat 138

dari surah al-Baqarat.

﴾ عابدون له ونحن صبغة الله من أحسن ومن الله صبغة ﴿

Pengertiannya: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Pendepanan لـه (kepadaNya) terhadap عابدون (beribadat) bertindak sebagai pembatasan

tambahan ke atas golongan nasrani yang dibentuk dengan mengesakan Allah tetapi mereka

menyembah al-Masih (Ibn ‘A:shu:r,t.t:2,745). Orang yang mengesakan Allah hanya

terbatas kepada al-Mutakallimi:n iaitu mereka yang beriman kerana makna عابدون (beribadat) ialah orang yang mengesakan Allah (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,424).

Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 139 dari surah al-Baqarat.

نا وهو الله في أتحآجوننا قل ﴿ كم رب ولكم أعمالنا ولنا ورب﴾ مخلصون له ونحن أعمالكم

Pengertiannya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi

375

Page 72: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

Ayat مخلصون له ونحن ﴿ ﴾ (dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas

kepadaNya) menyebut perbezaan yang ada pada orang mukmin iaitu ikhlas kepada Allah

s.w.t dalam beramal dan keyakinan serta tidak mensyirikkanNya seperti yang terdapat pada

orang Nasrani dan Yahudi (Abu: Hayya:n,2001:1,575). Pendepanan (kepadaNya) لـه

terhadap ون (ikhlas) مخلصــ adalah sebagai pengkhususan bagi ikhlas, iaitu

menghadkannya kepada yang layak iaitu Allah s.w.t Yang Maha Pencipta (‘Aliyy Abu: al-

Qa:sim ‘Awn,2006:2,425).

Sementara itu, ayat 143 dari surah al-Baqarat turut menyatakan maksud pengkhususan.

Firman Allah s.w.t:

وسطا أمة جعلناكم وكذلك ﴿ تكونوا اس على شهداء ل ويكون النسول ﴾ شهيدا عليكم الر

Pengertiannya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu .

Frasa genetif dikemudiankan dari kata yang berperanan seperti kata kerja dalam firman

Allah هداء ﴿ اس على شــ الن ﴾ (orang yang memberi keterangan kepada umat

manusia). Manakala dalam firman Allah ﴿ عليكم شهيد ﴾ (orang yang menerangkan

kebenaran perbuatan kamu) ia dikedepankan kerana tujuan yang pertama menyatakan

376

Page 73: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

kaum muslimin menjadi saksi terhadap umat terdahulu, tanpa membawa maksud

penyaksian tersebut khusus umat tersebut. Dalam ayat yang kedua maksudnya

pengkhususan umat Islam dengan tindakan Rasulullah s.a.w sebagai saksi kebenaran

perbuatan mereka dan bukan sekadar penyataan penerangnya sahaja. Demikianlah

perbezaan susunan dua perkataan di dua tempat yang membawa kepada perbezaan yang

besar (Basyu:niyy,2004:193).

Sementara itu pendepanaan perkataan yang difleksi kepada) عليكم kamu) dari agen

fleksinya iaitu berbeza dari susunan asal ,(orang yang menerangkan kebenaran) شهيدا

disebabkan oleh terdapatnya tuntutan balaghah terhadap pendepanan tersebut. Ini kerana

penyampaian Rasulullah s.a.w ialah penyampai yang dikhususkan pada kurun yang

pertama yang disampaikan melalui percakapan baginda kepada umatnya. Sementara

golongan yang datang selepas mereka telah disampaikan kepada mereka melalui golongan

yang pertama. Begitulah seterusnya dari satu kurun ke satu kurun (al-

Mayda:niyy,1996:jil.1,384).

Pendepanan partikel jarr dan kata genetif terhadap agen fleksi adalah untuk menerangkan

pengkhususan Rasulullah s.a.w sebagai penerang kebenaran perbuatan mereka. Ini kerana

baginda ialah penyampai daripada Allah s.w.t agamaNya kepada mereka yang hidup

selepas baginda diutuskan. Tidak ada seorangpun selain baginda yang menyampaikan

agama ini daripada Allah (ibid:538).

Selain itu, firman Allah s.w.t dalam ayat 156 dari surah al-Baqarat turut menyatakan

maksud pengkhususan.

377

Page 74: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ذين ﴿ مصيبة أصابتهم إذا ال ا قالوا ا لله إن ـ �ليه� وإن ﴾ راجعون إ

Pengertiannya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Musibah ialah setiap sesuatu yang menyakiti orang mukmin sama ada pada diri, harta atau

keluarga, kecil atau besar sehingga lampu yang terpadam bagi seseorang yang

memerlukannya turut dinamakan musibah (Abu: Hayya:n,2001:1,624). Ayat ﴿ ا لله إن ﴾

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah) bermaksud pengakuan terhadap pemilikan

dan penghambaan adalah untuk Allah. Dialah yang menguruskan apa-apa yang berlaku

terhadap kita berdasarkan kepada kehendaknya (ibid:625). Manakala ayat

ا ﴿ راجعون إليه وإن ﴾ (dan kepada Allah jualah kami kembali) ialah pengakuan terhadap

hari kebangkitan dan peringatan kepada musibat kematian yang merupakan musibat yang

sangat besar. Di samping itu ia juga sebagai bukti keredaan seorang hamba terhadap apa-

apa yang akan diturunkan kepadanya selepas itu (ibid).

Pendepanan kata pelengkap bagi راجعون (kembali) adalah sebagai fokus kepada tempat

kembali kata ganti nama yang terdapat pada إليه (kepadaNya) iaitu yang Maha Agung dari

sudut keredaan dengan segala yang diturunkanNya selepas itu dan sabar menempuhinya.

Ia juga adalah sebagai pengakuan terhadap pembatasan urusan kepulangan kepadaNya iaitu

Allah s.w.t pada ketika berlaku musibah dan dilimpahi pahala dan pada ketika berlaku

kematian, yang ia berada di bawah kekuasaanNya dan bukan berada pada orang lain.

Begitu juga pada ketika berlakunya hari kebangkitan iaitu hari kiamat, Allahlah yang

378

Page 75: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

menguruskannya bukan orang lain. Allahlah yang dikhususkan dengan urusan kepulangan

dalam segala keadaan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,561).

Jadual 6.14 di bawah memperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dalam

menterjemah maksud pengkhususan kesan daripada pendepanan tersebut. Ia juga

memperlihatkan struktur yang digunakan oleh penterjemah ketika menterjemah struktur

ayat al-Qur’an dalam surah al-Baqarat yang mengalami pendepanan sebegini.

Jadual 6.14Aplikasi Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap pesandar yang

membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

4 4

Penggunaan Kata Penegas

- Sahaja 1- Cuma -- Hanya -- Jua 1- Yang -- Semata-mata 1- Partikel lah 3

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

3 5

Pendepanan Unsur Pelengkap

3

Jumlah Ayat 8

Berdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dan

pendepanan unsur pelengkap berdasarkan maksud pengkhususan. Melalui jadual tersebut

379

Page 76: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

kata penegas yang terdiri daripada partikel lah dan pendepanan unsur pelengkap telah

digunakan oleh penterjemah sebanyak tiga kali. Kemudian diikuti oleh maksud

pengkhususan dengan penggunaan kata penegas sahaja, jua dan semata-mata sebanyak

sekali. Penterjemah juga turut melakukan pendepanan unsur pelengkap ketika menterjemah

iaitu sebanyak tiga kali.

Ayat yang diterjemah menggunakan kata penegas ialah:

Ayat 133; “dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman) ”

Ayat 136; “dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah

semata-mata”

Ayat 138; “dan kepadaNyalah kami beribadat”

Ayat 156; “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah

kami kembali”

Penterjemah telah menterjemah ayat-ayat yang mengalami pendepanan tersebut dengan

mempertimbangkan makna pengkhususan memandangkan ia berkaitan dengan iktikad dan

keimanan umat Islam. Keempat-empat ayat di atas menerangkan mengenai konsep tawakal,

taat, ibadat dan kematian. Namun begitu, penterjemah tidak konsisten dalam hal ini kerana

ada ayat yang mengalami pendepanan yang sama dan menyatakan perkara yang berkaitan

dengan iktikad dan keimanan orang Islam seperti konsep ikhlas diterjemahkan tanpa

mempertimbangkan makna pengkhususan bukan sahaja dari segi penggunaan kata penegas

bahkan dari segi pendepanan struktur ayat. Ini dapat dilihat pada ayat 139 dari suarah al-

Baqarat yang diterjemah menjadi “kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas

kepadaNya”. Bahkan terdapat ayat yang hampir sama tetapi penterjemah menggunakan

380

Page 77: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

pendekatan yang berbeza dalam terjemahannya. Ini dapat diperhatikan dalam terjemahan

ayat 46 “… dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” dan ayat 156 “…dan kepada

Allah jualah kami kembali”. Dalam ayat 46 penterjemah tidak mempertimbangkan makna

pengkhususan lalu tidak melibatkan penggunaan kata penegas seperti jua, sahaja, hanya

dan sebagainya, berbeza dengan ayat 156 penterjemah mempertimbangkan makna

pengkhususann dan melibatkan penggunaan kata penegas jua yang membawa maksud

hanya, sahaja dan cuma. Dalam ayat 156 penterjemah telah mengubah proposisi asal yang

membawa makna bahawa kita akan kembali kepada yang satu sahaja iaitu Allah. Bagi

individu yang mempercayai tuhan atau entiti lain selain Allah akan dapat memahami

maksud ayat tersebut menafikan tuhan atau entiti kepercayaannya kerana ia bukan tempat

kembali. Jika tuhan atau entiti yang dianggap sebagai tuhan itu bukan tempat kembali, ia

merupakan satu ciri kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjadi tuhan.

Oleh sebab itu, dalam teori dinamis apabila sesuatu teks itu dipindahkan daripada satu

bahasa kepada bahasa yang lain perkara-perkara berikut haruslah diambil kira:-

1. isi dan makna;

2. stail atau gaya;

3. bahasa.

Penterjemah haruslah menentukan sama ada isi dalam teks bahasa sumber itu dapat

dipindahkan keseluruhannya ke dalam bahasa sasaran. Adakah isi yang dipindahkan itu

sama berat dengan isi yang terdapat dalam bahasa sumber? Adakah makna-makna

perkataan yang digunakan dalam bahasa sasaran itu menepati maksud yang digunakan

dalam bahasa sumber? Adakah isi terjemahan itu terpesong daripada yang asal?

381

Page 78: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Perkara-perkara ini harus ditimbangkan dengan teliti sekiranya penterjemah-penterjemah

berhasrat mengeluarkan satu terjemahan yang baik. Di samping itu, stail penulisan dalam

terjemahan juga harus diberi perhatian. Sebelum sesuatu terjemahan itu dimulakan

penterjemah hendaklah mengatur strategi yang hendak digunakan di dalam melaksanakan

terjemahannya. Penterjemah harus menentukan prinsip terjemahan yang mana yang hendak

digunakan dalam terjemahnnya itu – sama ada ia hendak mengekalkan stail teks asal

daripada bahasa sumber atau menggunakan stailnya sendiri yang mirip kepada bahasa

sasaran.

Sementara itu, ayat yang diterjemah dengan dilakukan pendepanan unsur pelengkap bagi

predikat ialah tiga ayat daripada ayat-ayat di atas iaitu:

Ayat 133; “dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman) ”

Ayat 138; “dan kepadaNyalah kami beribadat”

Ayat 156; “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah

kami kembali”

Dengan itu, dapat disimpulkan, bahawa wacana yang bermaksud pengkhususan turut

digunakan oleh penterjemah dalam teks terjemahan surah al-Baqarat. Namun begitu,

penggunaannya adalah tidak sekata. Daripada lapan ayat yang mengalami pendepanan

sebegini hanya 4 ayat yang diterjemahkan dengan mempertimbangkan makna

pengkhususan sama ada dengan penggunaan kata penegas atau melalui pendepanan kata

pelengkap.

382

Page 79: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Oleh yang demikian, bagi mempertimbangkan kesan pendepanan ini terhadap terjemahan,

adalah lebih sesuai ayat 143 dari surah al-Baqarat diterjemah “dan Rasulullah

(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu . ”

diterjemahkan sebagai:

Dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerang kebenaran

perbuatan kamu sahaja.

Jadual 6.15 di bawah adalah terjemahan cadangan daripada pengkaji dengan

mempertimbangkan makna pengkhususan sebagai implikasi kepada pendepanan kata

pelengkap terhadap agen fleksi yang berfungsi sebagai predikat.

Jadual 6.15Terjemahan cadangan pendepanan kata pelangkap terhadap predikat yang

membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 46 هم �ليه� وأن راجعون إTerjemahan

cadangandan bahawa mereka akan kembali kepadaNya sahaja.

2. 116 قانتون له كلTerjemahan

cadangansemuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya sahaja.

3. 133 مسلمون له ونحنTerjemahan

cadangandan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)

4. 136 مسلمون له ونحنTerjemahan

cadangandan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata

5. 138 عابدون له ونحنTerjemahan

cadangandan kepadaNyalah sahaja kami beribadat

6. 139 مخلصون له ونحنTerjemahan

cadangandan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas cuma kepadaNya

383

Page 80: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

7. 143 سول ويكون شهيدا عليكم الرTerjemahan

cadangandan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu sahaja.

8. 156 ا ا لله إن ـ راجعون إليه وإنTerjemahan

cadanganSesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali

6.2.3 Pendepanan Unsur Pelengkap Terhadap Agen Fleksi

Pendepanan yang berkaitan dengan unsur pelengkap terhadap agen fleksi bermaksud

pendepanan yang melibatkan masa dan tempat berlaku kata kerja, partikel jarr dan kata

nama genetif, ha:l dan objek. Pendepanan unsur pelengkap yang berkaitan dengan kata

kerja bermaksud:

1. Berlakunya kata kerja tanpa keraguan.

2. Kata kerja tersebut terikat dengan frasa genetif, kata keterangan atau hal yang telah

dikedepankan.

3. Kata kerja tersebut tidak terikat dengan yang lain.

Pendepanan objek terhadap kata kerja serta dikekalkan keadaan fleksinya sebelum

pendepanan dan tidak disebut kata ganti nama bersama kata kerja membawa maksud

pengkhususan yang mengandungi makna penegasan (Muhammad Husayn ‘Abd al-

Fatu:h,1995:249).

Jadual 6.16 di bawah ialah terjemahan oleh penterjemah Pimpinan Ar-Rahman bagi ayat-

ayat yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi.

Jadual 6.16

384

Page 81: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut Pimpinan Ar-Rahman

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 3 ا م ينفقون رزقناهم وم�Terjemahan serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang

Kami berikan kepada mereka.2. 28 �ليه� ثم ترجعون إTerjemahan akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi

segala yang kamu kerjakan).3. 40 �ياي فارهبون وإTerjemahan dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut,

(bukan kepada sesuatu yang lain).4. 41 �ياي قون وإ فاتTerjemahan dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.5. 57 ولـكن يظلمون أنفسهم كانواTerjemahan tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.6. 71 بالحق جئت اآلن قالواTerjemahan Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan

sifat-sifatnya yang sebenar”.7. 85 يامة� ويوم العذاب أشد إلى يردون الق�Terjemahan dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa

yang amat berat.8. 172 �ياه كنتم إن تعبدون إTerjemahan jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.9. 187 باشروهن فاآلنTerjemahan Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu.10. 203 كم �ليه� أن تحشرون إTerjemahan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.11. 210 األمور ترجع الله� وإ�لىTerjemahan dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.12. 245 �ليه� ترجعون وإTerjemahan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.13. 267 وال نه الخبيث تيمموا تنفقون م�Terjemahan Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu

kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).

Jadual di atas menunjukkan bilangan ayat yang mengalami pendepanan sebegini adalah

sebanyak 12 ayat. Jika dianalisis secara terperinci, didapati majoriti ayat iaitu sebanyak

385

Page 82: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

lima ayat merupakan pendepanan kata keterangan yang terdiri daripada partikel jarr dan

kata nama genitif, sama ada kata ganti nama atau kata nama. Manakala empat ayat

merupakan pendepanan objek, satu ayat pendepanan kata keterangan masa dan satu ayat

pendepanan ha:l.

Jadual 6.16 menunjukkan bilangan ayat al-Qur’an dari surah al-Baqarat yang mengalami

pendepanan yang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

1. Pendepanan objek

2. Pendepanan frasa genetif

3. Pendepanan kata keterangan

6.2.3.1 Pendepanan Objek

Pendepanan objek terhadap agen fleksi kata kerja turut memberi implikasi yang membawa

maksud pengkhususan. Ini dapat dijelaskan pada ayat 40 dan 41 dari surah al-Baqarat.

�ياي ﴿ ﴾ فارهبون وإ

Pengertiannya: dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

Pendepanan tersebut tidak mempunyai maksud lain selain pengkhususan. Ini kerana agen

fleksi اي ـ boleh berada di belakang (kepada aku) إي اي ـ .(kepada aku) إي Sekiranya ia

berada di depannya, maka objek tidak mengalami pendepanan dan ia tidak membawa

maksud pengkhususan (Baha:’ al-Di:n al-Subkiy,2001:1,476).

386

Page 83: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

�ياي ﴿ قون وإ فات ﴾

Pengertiannya: dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

Pada kedua-dua ayat di atas berlaku pendepanan objek terhadap kata kerja. Pendepanan ini

bertujuan untuk membawa maksud pengkhususan dan pengehadan. Ayat di atas bermaksud

‘ ركاء من غيري ترهبوا ال الشــ ’ (Jangan kamu takut selain aku sahaja daripada

sekutu yang lain) dan قوا وال ركاء من غيري تت الش (Jangan kamu bertakwa selain

aku sahaja daripada sekutu yang lain). (al-Mayda:niyy,1996:1,382).

Pendepanan objek untuk tujuan pengkhususan dapat juga dilihat dalam firman Allah s.w.t

ayat 57 dari surah al-Baqarat.

لنا ﴿ لوى المن عليكم وأنزلنا الغمام عليكم وظل والس من كلوابات ولـكن ظلمونا وما رزقناكم ما طي يظلمون أنفسهم كانوا

Pengertiannya: Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

Mereka tidak menzalimi kami dengan kekufuran kerana kemudaratannya tidak melampaui

mereka. Pendepanan objek menunjukkan pembatasan yang selari dengan nafi sebelumnya

387

Page 84: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

(al-Jamal,1996:1,82). Ia merealisasikan pembatasan dari dua sudut yang dihimpunkan iaitu

antara nafi dengan penyata serta pendepanan objek (Ibn ‘A:shu:r,t.t:2,512). Bersama dua

sudut ini pengkhususan diperkukuhkan.

Ini dapat diperhatikan juga pada ayat 172 dari surah al-Baqarat.

ها يا ﴿ ذين أي ال آمنوا بات من كلوا رزقناكم ما طي لله واشكروا�ياه كنتم إن ﴾ تعبدون إ

Pengertiannya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

Pendepanan kata ganti nama yang berfungsi sebagai objek daripada kata kerja ibadat adalah

sebagai pengkhususan iaitu mengkhususkan Allah s.w.t dengan ibadat kerana ibadat hanya

kepadaNya (al-Kurdiyy,2007:77). Ayat tersebut bermaksud sekiranya benar kamu semua

mengkhususkanNya dengan penyembahan (al-Khati:b al-Qazwi:niyy,1993:2,164) dan

memperakui bahawasanya Dia ialah pemberi nikmat (al-Zamakhshariyy,1990:1,329).

Pendepanan objek adalah sebagai pengkhususan memandangkan agen fleksinya berada di

hujung ayat (al-Jamal,1996:1,206). Menurut Abu: Hayya:n ia dikedepankan agar agen

fleksi berada di hujung ayat bagi menunjukkan kepentingan dan kebesaran keadaanNya

kerana ia merujuk kepada Allah s.w.t (Abu Hayya:n,2001:1,660). Abu Hayya:n tidak

menentang pendapat al-Zamakhshariyy yang berpendapat tujuan pendepanan tersebut

adalah sebagai pengkhususan. Beliau telah menyebutnya tanpa sebarang ulasan. Pendapat

beliau yang mengatakan pendepanan tersebut bertujuan sebagai menunjukkan kepentingan

388

Page 85: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

juga tidak bertentangan dengan pengkhususan. Walau bagaimanapun pengkhususan adalah

lebih jelas di sini (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:2,609).

Pendepanan اه dalam ayat tersebut berfungsi sebagai pengkhususan. Ini (kepadanya) إيـ

kerana pendepanan objek terhadap kata kerja ibadat dalam ayat di atas berlaku kerana

ibadat adalah khusus untuk Allah s.w.t. Pendepanan objek berlaku kerana Allah s.w.t

inginkan pengkhususan kepadanya ketika hambanya beribadat dan menjuruskan hati hanya

kepadanya. Di samping itu, jangan diarahkan hati melainkan kehadratNya sahaja

(Muhammad Abu: Mu:sa:,tt,cet.3:291).

6.2.3.2 Pendepanan Frasa Genetif

Sementara itu, pendepanan frasa genetif terhadap kata kerja yang merupakan agen fleksi

yang membawa maksud pengkhususan terdapat dalam firman Allah s.w.t ayat 3 dari surah

al-Baqarat.

ذين ﴿ ا الصالة ويقيمون بالغيب يؤمنون ال م ينفقون رزقناهم وم�﴾

Pengertiannya: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Pendepanannya adalah sebagai pengkhususan. Pengkhususan itu adalah sebagai bukti

kepentingannya seperti yang dinyatakan oleh al-Zamakhshariyy (1990:1,132). Dalam pada

389

Page 86: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

itu, ia didatangkan dengan pendepanan adalah sebagai pengkhususan agar tidak ada

sangkaan keharusan memberi sedekah sesuatu yang bukan milik mereka dengan

pentakhirannya (al-Tu:fiyy,1977:155). Pendepanan tersebut juga turut mengkhususkan

rezeki itu adalah daripada Allah dan membataskan pemberian sedekah kepada sesuatu

rezeki yang Allah anugerahkan kepada hambanya (al-Alu:siyy,2001:1,121). Pendepanan

frasa genetif terhadap kata kerja bersesuaian dengan pendepanan rezeki terhadap pemberian

sedekah, rezeki daripada Allah, pemberian sedekah daripada hamba yang mukmin untuk

mencari keredaan Allah, justeru itu ia melibatkan perkara daripadaNya dan kepadaNya.

Lantas, tiada sebarang bantahan untuk menunaikannya (Muni:r Sulta:n,t.t:138).

Pendepanan unsur pelengkap yang terdiri daripada frasa genetif yang membawa maksud

pengkhususan dapat diperhatikan dalam firman Allah s.w.t ayat 28 dari surah al-Baqarat.

ه تكفرون كيف ﴿ وكنتم بالل يحييكم ثم يميتكم ثم فأحياكم أمواتا�ليه� ثم ﴾ ترجعون إ

Pengertiannya: Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Pendepanan unsur pelengkap ــه (kepadanya) إلي dari agen fleksi bertujuan sebagai

pembatasan iaitu pembatasan hakiki yang ditujukan kepada penerima ujaran agar mereka

mengetahui sekiranya mereka ingkar dalam hal tersebut, ia merupakan kekecewaan bagi

mereka untuk mendapat faedah daripada berhala-berhala mereka. Ini kerana orang

390

Page 87: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

musyrikin selalu berhujah kepada orang Islam bahawa apabila mereka dibangunkan dan

dihimpunkan, tuhan-tuhan mereka akan membantu mereka (Ibn ‘A:shu:r,2000:1,372).

Demikian juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 210 dari surah al-Baqarat.

ينظرون هل ﴿ من ظلل في الله يأتيهم أن إال والمآلئكة الغمام﴾ األمور ترجع الله� وإ�لى األمر وقضي

Pengertiannya: (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

Pendepanan frasa genetif الله إلى (kepada Allah) bertindak sebagai pengkhususan. Ia

mengkhususkan Allah s.w.t dengan hari tersebut kerana pada hari tersebut Dia

berseorangan bertindak, menghukum dan memerintah (Abu: Hayya:n,2001:2,135) iaitu

semua perkara kembali hanya kepadaNya (al-Jamal,1996:1,250). Makna pengkhususan

jelas terdapat pada ayat tersebut, sekiranya ayat tersebut disusun tidak berdasarkan

pendepanan seperti الله إلى األمور ترجع (Segala urusan kembali kepada Allah)

berkemungkinan berlaku tempat kembali tidak kepada Allah dan ini adalah suatu yang

mustahil (‘Abd al-‘Azi:z ‘Ati:q,1985:141-142). Pendepanan tersebut menunjukkan bahawa

tempat kembali segala urusan adalah kepada Allah sahaja (‘Abd al-Ra:ziq Abu:

Zayd,t.t:121-122). Begitu juga dengan firman Allah s.w.t dalam ayat 245 dari surah al-

Baqarat:

�ليه� ويبسط يقبض والله ﴿ ﴾ ترجعون وإ391

Page 88: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pengertiannya: Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Sementara itu ayat lain yang memperlihatkan pendepanan sebegini ialah firman Allah s.w.t

dalam ayat 203 dari surah al-Baqarat:

﴿ قوا كم واعلموا الله وات �ليه أن ﴾ تحشرون �إ

Pengertiannya: dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

Pendepanan partikel jarr dan kata nama genetif adalah sebagai pengkhususan iaitu

mengkhususkan Allah s.w.t dengan urusan perhimpunan hanya kepadaNya dan tidak

kepada yang lain.

Kita juga dapati tujuan pengkhususan dalam pendepanan frasa genetif terhadap kata kerja

dalam firman Allah s.w.t ayat 267 dari surah al-Baqarat.

ها يا ﴿ ذين أي ال آمنوا بات من أنفقوا أخرجنا ومما كسبتم ما طي األرض من لكم وال نه الخبيث تيمموا ﴾ تنفقون م�

Pengertiannya: Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),

392

Page 89: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Frasa genetif منه (daripadanya) adalah unsur pelengkap bagi تنفقون (kamu dermakan)

dan kata ganti nama merujuk kepada Ia dikedepankan bertujuan .(yang buruk) الخبيث

sebagai pengkhususan. Larangan telah dinyatakan bagi seorang lelaki yang mengeluarkan

sedekahnya khusus dari hartanya yang buruk sahaja. Manakala pengeluaran dari yang baik

dan yang buruk tidaklah ditegah (Ibn ‘A:shu:r,t.t:3,56-57). Dalam larangan hasrat memberi

yang buruk tanpa yang baik mengandungi kecaman dan celaan bagi sesiapa yang

melakukannya sehinggalah dia berhenti. Abu: al-Sa'u:d berpendapat: “Pengkhususan

tersebut adalah untuk mengecam mereka kerana memberikan sedekah daripada yang buruk

secara khusus tanpa membenarkan pemberiannya bersama sesuatu yang baik” (Abu: al-

Sa‘u:d,1994:1,261). Sebenarnya tidak ada percanggahan antara kecaman terhadap sesiapa

yang berhasrat memberi sedekah dari harta yang buruk tanpa yang baik dan antara

mengharuskan pemberian dari kedua-dua bahagian kerana larangan jelas bagi sesiapa yang

berhasrat memberi sedekah dari yang buruk.

6.2.3.3 Pendepanan Kata Keterangan

Pendepanan kata keterangan untuk tujuan pengkhususan terdapat dalam firman Allah s.w.t

ayat 71 surah al-Baqarat.

ه قال ﴿ ها يقول إن بقرة إن األرض تثير ذلول ال الحرث تسقي والمة مسل فيها شية ال وما فذبحوها بالحق جئت اآلن قالوا كادوا

﴾ يفعلون

Pengertiannya: Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk

393

Page 90: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

Pendepanan kata keterangan dalam ayat di atas adalah mengenai haqiqat gambaran lembu

betina tersebut dan tiada lagi masalah berkaitannya (al-Zamakhshariyy,1990:1,288), (Ia

telah dibezakan dengan sesuatu yang selainnya dan kami tidak mempunyai sebarang

kesamaran mengenainya berbeza dengan dua kali sebelum ini, apa-apa yang Engkau

datangkan tidak mencapai tahap penentuannya setara ini) (Abu: al-Sa‘u:d,1994:1,112).

Jelas di sini bahawa pendepanan kata keterangan (الظرف) adalah sebagai pembatasan

kedatangan kenyataannya dengan kebenaran tidak seperti waktu-waktu sebelumnya. Ia

mengkhususkan zaman (waktu) sekarang dengan sifat-sifat yang sebenar bagi lembu betina

tersebut (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:3,742).

Demikian juga halnya kita dapat perhatikan pengkhususan pada pendepanan kata

keterangan dalam firman Allah s.w.t ayat 187 dari surah al-Baqarat.

كم لباس هن ﴿ هن لباس وأنتم ل كم الله علم ل تختانون كنتم أن﴾ باشروهن فاآلن عنكم وعفا عليكم فتاب أنفسكم

Pengertiannya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu

394

Page 91: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pendepanan kata keterangan pada ayat di atas bermaksud pada waktu ini iaitu malam

berpuasa kamu gaulilah mereka (isteri-isteri kamu). Maksudnya harus disebabkan ia

dinyatakan selepas larangan dan sepakat ijmak terhadapnya (Abu Hayya:n,2001:2,56).

Maksud gaulilah ialah jimak (al-Zamakhshariyy,1990:1,338). Tujuan pendepanan kata

keterangan ialah sebagai pembatasan keharusan jimak pada bulan Ramadan hanya pada

waktu malam dan tidak waktu-waktu selainnya, iaitu mengkhususkan malam bukan siang

pada keadaan puasa dengan keharusan jimak padanya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:3,742).

Demikian situasi dalam ayat 85 dari surah al-Baqarat.

يامة� ويوم ﴿ ﴾ العذاب أشد إلى يردون الق�

Pengertiannya: dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.

Dalam ayat di atas pendepanan kata keterangan القيامة يوم (pada hari kiamat) terhadap

agen fleksinya العذاب أشد إلى بردون (Mereka akan ditolak ke dalam azab yang

amat berat) bertujuan sebagai pengkhususan penolakan ke dalam azab seksa yang amat

berat berlaku pada hari kiamat. Ia merupakan pembatasan hakiki (al-

Zamakhshariyy,1990:1,288).

Jadual 6.17 di bawah memperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas dan pendepanan

unsur pelengkap oleh penterjemah ketika menterjemah ayat yang mengalami pendepanan

unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang membawa maksud pengkhususan.

395

Page 92: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jadual 6.17Aplikasi Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja

yang membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

6 7

Penggunaan Kata Penegas

- Sahaja 2- Cuma -- Hanya 1- Jua 1- Yang -- Semata-mata -- Partikel lah 2

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

8 5

Pendepanan Unsur Pelengkap

8

Jumlah Ayat 13

Berdasarkan jadual 6.17, terdapat 9 ayat yang diterjemahkan menggunakan kata penegas

dan pendepanan unsur pelengkap oleh penterjemah dalam menterjemahkan ayat yang

mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang membawa

maksud pengkhususan. Dengan melihat jadual tersebut, didapati kata penegas sahaja

digunakan sebanyak dua kali, hanya dan jua sebanyak sekali. Manakala partikel lah

sebanyak dua kali. Sementara itu penterjemah turut melakukan pendepanan unsur

pelengkap dalam bahasa sasaran ketika menterjemah iaitu sebanyak lapan kali.

Ayat yang diterjemah menggunakan kata penegas ialah:

396

Page 93: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Ayat 40; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan

kepada sesuatu yang lain).”

Ayat 41; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. ”

Ayat 172; “jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. ”

Ayat 210; “dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.”

Ayat 71; “Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan

sifat-sifatnya yang sebenar”.

Ayat 245; “dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. ”

Sementara itu, ayat yang dilakukan terjemahan dengan melibatkan pendepanan unsur

pelengkap dalam bahasa sasaran ialah:

Ayat 40; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan

kepada sesuatu yang lain).”

Ayat 41; “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. ”

Ayat 71; “Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan

sifat-sifatnya yang sebenar”.

Ayat 85; “dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang

amat berat. ”

Ayat 187; “Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu. ”

Ayat 210; “dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. ”

Ayat 245; “dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. ”

Ayat 267; “Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu

kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat). ”

397

Page 94: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Berdasarkan ayat-ayat di atas, penterjemah didapati menggunakan pendekatan

penterjemahan langsung dan penterjemahan tidak langsung dalam hasil penterjemahan

beliau. Beliau menggunakan pendekatan penterjemahan langsung dengan mengekalkan

bentuk struktur ayat teks sumber dalam bentuk struktur ayat teks sasaran. Ini dapat dilihat

dalam ayat 40 dan 41 surah al-Baqarat iaitu “dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu

merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” dan “dan kepada Akulah sahaja

hendaklah kamu bertaqwa. ”. Penterjemah telah mengekalkan struktur teks sumber dalam

teks terjemahan beliau dengan mengekalkan proposisi asal kepada akulah. Malah,

penterjemah turut menggunakan pendekatan penterjemahan tidak langsung dengan

menambah kata penegas lah dan sahaja terhadap proposisi asal tersebut bagi

mempertimbangkan makna pengkhususan yang terhasil kesan daripada pendepanan unsur

pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja. Ini membuktikan persamaan itu bukanlah

sekadar pemindahan bentuk bahasa bagi satu perkataan asal sahaja, tetapi haruslah

merangkumi pemindahan sehampir mungkin makna semantik, bentuk umum dan kesan.

Oleh itu, menurut Nida persamaan dinamis ialah persamaan semula jadi yang paling

hampir bagi teks bahasa sumber. Sementara itu, persamaan dinamis bermaksud prinsip

terjemahan mengikut kesesuaian penterjemah untuk menterjemah maksud susunan

perkataan bahasa sumber, agar dapat mencetuskan kesan yang sama kepada penerima

budaya sasaran, sebagai mana susunan perkataan lakukan terhadap penerima teks sumber.

Menurut teori dinamis, biarpun teori ini tidak sepenuhnya dapat mengungkapkan makna

perkataan-perkataan linguistik, namun ia lebih mendasar kepada ransangan dan tindak

balas pengguna teks terjemahan yang mana teks terjemahan ini dihasilkan adalah memberi

kesan positif kepada pengguna, iaitu apabila mereka membacanya, mereka mendapat

398

Page 95: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

ransangan untuk bertindak balas dengan melaksana tuntutan teks terjemahan. Dalam ayat

40 dan 41 daripada surah al-Baqarat di atas, penambahan kata penegas lah dan sahaja

memberi kesan positif kepada pengguna yang beragama Islam dan beriman kepada Allah

s.w.t. Mereka akan bertindak balas dengan melaksanankan tuntutan teks terjemahan iaitu

hanya takut serta bertaqwa kepada Allah dan tidak kepada entiti yang lain. Manakala bagi

pembaca yang tidak beragama Islam dan takut serta bertaqwa kepada entiti yang lain akan

mendapati kepercayaan mereka selama ini bertentangan dengan kepercayaan golongan

yang beriman dengan Allah s.w.t. Kepercayaan ini secara tidak langsung adalah salah. Ini

kerana berdasarkan konsep pengkhususan dalam bahasa Arab, ia menyatakan sesuatu dan

dalam waktu sama menafikan sesuatu yang lain.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa penterjemah menggunakan pendekatan

penterjemahan secara langsung iaitu dengan mengekalkan struktur asal teks terjemahan dan

dalam waktu yang sama turut menggunakan pendekatan penterjemahan secara tidak

langsung dengan mempertimbangkan maksud pengkhususan ketika menterjemah ayat al-

Qur’an yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang

membawa maksud pengkhususan.

Berdasarkan struktur ayat di atas dan dibantu dengan konteks ayat, ayat tersebut bermaksud

hanya kepada Allah kita perlu berasa gerun, bertaqwa dan beribadat dan pada hari kiamat

sahaja azab seksa yang amat berat akan diperlihatkan. Apabila diterjemahkan ke dalam

bahasa Melayu ia perlu menggunakan kata penegas yang membawa maksud pengkhususan

seperti cuma, hanya dan sahaja. Ayat-ayat di atas kita dapati terjemahannya turut

mengambil kira kesan pendepanan objek dari kata kerja yang membawa maksud

399

Page 96: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

pengkhususan. Malah, kata penegas yang membawa maksud pengkhususan digunakan

dalam terjemahan tersebut, iaitu hanya dan sahaja. Ini jelas dapat dilihat dalam terjemahan

ayat 40,41 dan 172 di atas iaitu:

dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada

sesuatu yang lain).

dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

Jadual 6.18 di bawah menjelaskan terjemahan cadangan daripada pengkaji yang

mempertimbangkan implikasi pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi yang

membawa maksud pengkhususan.

Jadual 6.18Terjemahan cadangan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja

yang membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 3 ينفقون رزقناهم ومماTerjemahan

cadanganserta membelanjakan (mendermakan) hanya sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

2. 28 ترجعون إليه ثمTerjemahan

cadanganakhirnya kamu dikembalikan hanya kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

3. 40 اي فارهبون وإيTerjemahan

cadangandan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

4. 41 اي قون وإي فاتTerjemahan

cadangandan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

5. 57 ولـكن يظلمون أنفسهم كانواTerjemahan

cadangantetapi sebenarnya mereka menganiaya diri mereka sendiri sahaja.

6. 71 بالحق جئت اآلن قالواTerjemahan Mereka berkata: “Hanya Sekarang baharulah engkau dapat

400

Page 97: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

cadangan menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”.7. 85 العذاب أشد إلى يردون القيامة ويومTerjemahan

cadangandan hanya pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.

8. 172 كنتم إن تعبدون اهإيTerjemahan

cadanganjika betul kamu beribadat cuma kepadanya.

9. 187 باشروهن فاآلنTerjemahan

cadanganMaka setubuhilah isteri-isteri kamu pada ketika ini sahaja.

10. 203 كم تحشرون إليه أنTerjemahan

cadanganketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya sahaja.

11. 210 األمور ترجع الله وإلىTerjemahan

cadangandan hanya kepada Allah kembalinya segala urusan.

12. 245 ترجعون وإليهTerjemahan

cadangandan cuma kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

13. 267 وال تنفقون منه الخبيث تيممواTerjemahan

cadanganDan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya sahaja (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).

Antara sebab pendepanan sesetengah lafaz ialah sebagai pengkhususan iaitu penentuan dan

pembatasan. Ini termasuklah pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi adalah kata

yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan. Jadual 6.19 di

bawah memperlihatkan pendepanan sebegini dalam surah al-Baqarat.

Jadual 6.19Terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan menurut

Pimpinan Ar-Rahman

401

Page 98: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 187 يام� ليلة لكم أحل فث الص نسآئكم إلى الرTerjemahan Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur

(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu2. 238 قانتين ل�له� وقوموا

Terjemahan dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Pendepanan kata keterangan terhadap kata yang berperanan seperti kata kerja yang

berbentuk kata nama terbitan dan membawa maksud pengkhususan dapat dilihat dalam

firman Allah s.w.t ayat 187 dari surah al-Baqarat.

يام� ليلة لكم أحل ﴿ فث الص كم لباس هن نسآئكم إلى الر لهن لباس وأنتم ﴾ ل

Pengertiannya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.

Tujuan dari pendepanan adalah untuk membataskan persetubuhan pada waktu puasa hanya

pada waktu malam. Dalam ayat ini juga memperlihatkan pendepanan kata nama keterangan

terhadap pengganti pelaku (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:3,786).

Dalam firman Allah s.w.t ayat 238 dari surah al-Baqarat.

﴿ الوسطى والصالة الصلوات على حافظوا قانتين ل�له� وقوموا﴾

402

Page 99: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Pengertiannya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Kata nama genetif terikat dengan (taat) قــانتين dan partikel la:m adalah sebagai

pengkhususan. Pendepanan kata genetif memperlihatkan pengkhususannya iaitu Allah s.w.t

dengan ketaatan dan sebagai penegasan kepada kandungannya (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006:3,780).

Jadual 6.20 di bawah memperlihatkan kekerapan penterjemah mempertimbangkan maksud

pengkhususan dengan penggunaan kata penegas atau pendepanan unsur pelengkap.

Jadual 6.20Aplikasi terjemahan pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi ialah kata

yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemah Bil. AyatBentuk

- 2

Penggunaan Kata Penegas

- Sahaja -- Cuma -- Hanya -- Jua -- Yang -- Semata-mata -- Partikel lah -

Struktur Teks Sumber

Dikekalkan Tidak dikekalkan Bil. AyatBentuk

2 -

Pendepanan Unsur Pelengkap

2

Jumlah Ayat 2

403

Page 100: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Jadual 6.20 di atas menjelaskan bahawa penterjemah tidak menggunakan kata penegas

dalam menterjemah ayat yang mengalami pendepanan kata pelengkap terhadap agen fleksi

ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

sebaliknya penterjemah mengekalkan struktur ayat asal dengan melakukan pendepanan

unsur pelengkap tersebut.

Dengan paparan ini, dapat disimpulkan bahawa penterjemah tidak menggunakan kata

penegas yang membawa maksud pengkhususan ketika menterjemahan ayat yang

mengalami pendepanan sebegini. Walau bagaimanapun struktur ayat asal dikekalkan pada

struktur ayat terjemahan iaitu dengan turut melakukan pendepanan unsur pelengkap. Ini

menunjukkan penterjemah menggunakan pendekatan penterjemahan tidak langsung ketika

menterjemah ayat-ayat di atas. Pada ayat 187: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari

puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”, penterjemah mengekalkan

struktur asal ayat teks sumber tetapi tidak mempertimbangkan makna pengkhususan yang

ada. Sedangkan ayat tersebut bersangkut paut dengan hukum syarak mengenai waktu

diharuskan melakukan persetubuhan pada waktu puasa, iaitu mengkhususkan pada waktu

malam sahaja. Penterjemah hanya menyatakan pada malam hari puasa tanpa

mengkhuskannya sedangkan struktur ayat tersebut menunjukkan makna pengkhususan.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini makna pengkhususan membawa maksud

menyatakan sesuatu dan dalam waktu yang sama menafikan. Di sini, berdasarkan struktur

ayat di atas penterjemah menyatakan sesuatu tetapi tidak menafikannya. Penterjemah tidak

melakukan tugas utama penterjemah dengan baik iaitu menyalin semula maklumat yang

terkandung dalam teks sumber ke dalam bahasa penerima. Sedangkan tugas utama

404

Page 101: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

penterjemah ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam teks sumber ke

dalam bahasa penerima. Justeru itu, dalam proses ini banyak penyesuaian tatabahasa dan

perkataan mesti dilakukan. Di dalam menjalankan tugasnya, penterjemah juga dikehendaki

mencari bentuk-bentuk yang sama, buka yang serupa. Dalam perkataan lain tugasnya

adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan bentuk bagaimana maklumat itu

diungkapkan.

Seharusnya ayat-ayat yang mengalami pendepanan sebegini perlu melibatkan kata penegas

yang membawa maksud pengkhususan yang bersesuaian dengan struktur ayat seperti kata

penegas hanya, sahaja dan cuma. Penggunaan kata penegas tersebut akan memberi tindak

balas kepada pembaca bahawa hanya pada malam puasa sahaja diharuskan melakukan

persetubuhan tidak pada waktu siang iaitu waktu berpuasa. Menurut teori dinamis ia lebih

baik kerana ia lebih mendasar kepada ransangan dan tindak balas pengguna teks terjemahan

yang mana teks terjemahan ini dihasilkan adalah memberi kesan positif kepada pengguna,

iaitu apabila mereka membacanya, mereka mendapat ransangan untuk bertindak balas

dengan melaksana tuntutan teks terjemahan. Bagi Nida, ketepatan dalam terjemahan

bergantung pada penghasilan kesan yang sama dalam budaya bahasa sasaran. Penerima

sebuah terjemahan sepatutnya memahami teks yang diterjemahkan kepada suatu tahap

mereka dapat memahami bagaimana penerima asal sepatutnya telah memahami teks asal.

Begitu juga dengan ayat 238: “dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu)

dengan taat dan khusyuk.” , penterjemah telah setia dengan struktur asal teks sumber.

Penterjemah telah mengekalkan proposisi asal iaitu “dan berdirilah kerana Allah” tanpa

menambah kata penegas hanya, sahaja dan cuma. Ini membawa makna suruhan

405

Page 102: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

mendirikan sembahyang itu hendaklah dilakukan dengan taat dan khusyuk kerana Allah

tanpa mengkhususkanNya. Ia hanya menyatakan kerana Allah tetapi tidak menafikan

kemungkinan kerana entiti yang lain. Ini menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Oleh

itu, berdasarkan teori dinamis dalam menjalankan tugas penterjemah dikehendaki mencari

bentuk-bentuk yang sama, buka yang serupa. Dalam perkataan lain tugasnya adalah untuk

menyalin semula maklumat, bukan bentuk bagaimana maklumat itu diungkapkan. Lantaran

itu, penterjemah harus menggunakan kata penegas hanya, sahaja dan cuma dalam

penterjemahan ayat di atas dan melakukan penstrukturan semula ayat. Menurut teori

dinamis juga, penterjemah hendaklah membuat terjemahan yang menggunakan ciri-ciri asli

bahasa penerima dan tidak boleh memaksa bahasa penerima mengambil bentuk-bentuk

tatabahasa atau ungkapan bahasa sumber yang asing baginya. Ia akan melahirkan

terjemahan yang tidak berbau terjemahan apabila dibaca, malah terasa seolah-olah ia telah

ditulis terus ke dalam bahasa penerima. Oleh itu, ayat di atas adalah lebih baik dinyatakan

sebagai “dan berdirilah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk hanya

kerana Allah.” Penggunaan persamaan dinamis dalam terjemahan seringkali menyebabkan

bentuk teks asal berubah. Namun begitu, selagi perubahan itu mengikut dasar tranformasi

bahasa sumber, dasar konteks yang tidak berubah ketika pemindahan dan dasar tranformasi

dalam bahasa penerima, mesej tersebut terpelihara dan terjemahan itu berjaya. Di samping

menggunakan pendekatan linguistik dalam terjemahan, Nida turut memberi tumpuan

kepada mesej teks atau kualiti semantik. Oleh yang demikian beliau berusaha untuk

memastikan mesej-mesej ini jelas dalam teks sasaran. Penterjemah mestilah seseorang yang

mampu menghilangkan perbezaan linguistik dan budaya supaya orang ramai boleh melihat

dengan terang kerelevanan mesej teks asal (Nida dan De Waard,1986).

406

Page 103: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Oleh yang demikian, jadual 6.21 di bawah menjelaskan terjemahan cadangan daripada

pengkaji mengenai ayat-ayat yang mengalami pendepanan kata pelengkap terhadap agen

fleksi ialah kata yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan.

Jadual 6.21Terjemahan cadangan pendepanan kata pelengkap terhadap agen fleksi ialah kata

yang berperanan seperti kata kerja yang membawa maksud pengkhususan

No. No. Ayat

Ayat al-Qur’an

1. 187 يام� ليلة لكم أحل فث الص نسآئكم إلى الرTerjemahan

cadanganDihalalkan bagi kamu, hanya pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu

2. 238 قانتين ل�له� وقومواTerjemahan

cadangandan berdirilah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk hanya kerana Allah.

Sementara itu, jadual 6.22 di bawah menjelaskan pertimbangan secara menyeluruh yang

dilakukan oleh penterjemah ketika menterjemah ayat-ayat yang mengalami pendepanan

unsur tertentu dan membawa maksud pengkhususan. Ia meliputi pendekatan penterjemahan

tidak langsung iaitu melibatkan penggunaan kata penegas dalam menterjemah makna

pengkhususan dan pendekatan penterjemahan langsung iaitu mengekalkan struktur teks

sumber dalam hasil penterjemahan.

Jadual 6.22Bilangan dan peratusan pendekatan penterjemahan tidak langsung dan

penterjemahan langsung

Makna Pengkhususan

Diterjemah Tidak diterjemahBilangan Ayat 19 63Peratus 23.17% 76.83%

Struktur Teks Sumber

407

Page 104: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

Dikekalkan Tidak dikekalkanBilangan Ayat 41 41Peratus 50% 50%

Jumlah Ayat 82

Berdasarkan jadual 6.22, kita dapati daripada 82 ayat yang mengalami pendepanan unsur

tertentu yang membawa maksud pengkhususan, penterjemah mempertimbangkan maksud

tersebut dengan melibatkan penggunaan kata penegas dalam 19 ayat iaitu 23.17%.

Manakala 63 ayat yang lain iaitu sebanyak 76.83% diterjemahkan tanpa melibatkan

penggunaan kata penegas. Seperti mana yang kita ketahui ayat-ayat tersebut meliputi

semua ayat nafi dan beberapa ayat penyata. Sementara itu daripada jumlah keseluruhan

ayat yang mengalami pendepanan unsur tertentu yang membawa maksud pengkhususan

iaitu sebanyak 82 ayat, penterjemah telah mengekalkan struktur teks sumber dalam 41 ayat

iaitu sebanyak 50%. Ini bermakna penterjemah mengunakan pendekatan penterjemah

langsung dan penterjemahan tidak langsung dalam hasil terjemahan beliau yang melibatkan

penstrukturan ayat..

6.3 Penutup

Struktur ayat mempunyai peranan penting dari segi makna dalam bahasa Arab. Terutama

sekali sekiranya ia melibatkan ayat-ayat al-Qur’an. Pendepanan merupakan salah satu topik

yang berhubung kait dengan struktur ayat bahasa Arab. Ia memberi implikasi yang besar

dalam proses terjemahan Arab-Melayu khususnya dari segi makna.

Pengkhususan dan penegasan merupakan dua kesan penting dari tindak balas pendepanan

unsur-unsur ayat dalam bahasa Arab. Kedua-dua makna ini perlu diterjemahkan bagi

408

Page 105: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

menghasilkan terjemahan yang padu dan memberi kesan kepada pembaca. Apatah lagi

sekiranya ayat-ayat yang diterjemahkan ke bahasa Melayu itu merupakan ayat-ayat suci al-

Qur’an al-Karim. Ini kerana ada kalanya ayat-ayat tersebut ada hubung kait dengan syariat

Islam dan akidah umat Islam seperti kekuasan Allah s.w.t, hari akhirat dan konsep tawakal.

Dengan mengambil kira kesan yang terhasil daripada pendepanan unsur ayat terjemahan

yang dihasilkan dapat memberi pemahaman dan kesan yang lebih kepada pembaca.

Dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kata penegas yang membawa maksud

pengkhususan tidak kerap digunakan oleh penterjemah dalam terjemahan makna

pengkhususan yang melibatkan pendepanan penyandar tidak melibatkan partikel nafi dan

predikat ialah kata kerja. Selain daripada itu, pemilihan kata penegas jua yang digunakan

sesuai dalam konteks bahasa sasaran. Penyamaan perkataan jua ialah hanya, sahaja, juga,

pun. Dalam konteks yang diberi pada penggunaan kata penegas jua di atas lebih menjurus

kepada makna hanya dan sahaja. Di samping itu, dari segi penggunaan bahasa,

penterjemah juga tidak kerap melibatkan pendepanan predikat dalam terjemahannya kerana

struktur pendepanan sebegini adalah sama dengan struktur asal bagi ayat bahasa Melayu.

Namun begitu, kewujudan ayat-ayat yang diterjemah menggunakan partikel lah yang

disebut partikel pementing predikat dan penggunaannya berkaitan dengan proses

penyonsangan ayat memperlihatkan kesedaran penterjemah tentang peranan pendepanan

penyandar yang membawa maksud pengkhususan dalam struktur ayat bahasa Arab.

Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa penterjemah tahu mengenai peranan yang

dimainkan oleh pendepanan pesandar dalam struktur ayat bahasa Arab dan

409

Page 106: Pengkhususan berdasarkan tujuan pengujar dan …studentsrepo.um.edu.my/1090/7/BAB_6.doc · Web viewBerdasarkan jadual 6.14 di atas, diperlihatkan kekerapan penggunaan kata penegas

mempertimbangkannya dalam terjemahan beliau. Walau bagaimanapun, penterjemah tidak

melakukannya secara menyeluruh dalam terjemahan beliau.

Penggunaan kata nafi bukan dan pendepanan predikat langsung tidak digunakan dalam

menterjemah maksud pengkhususan yang melibatkan pendepanan penyandar yang terletak

selepas partikel nafi dan pesandar ialah kata kerja yang membawa maksud pengkhususan.

Sebaliknya penterjemah menggunakan kata nafi tidak yang lebih menjurus kepada

menafikan kata kerja selepasnya. Penterjemah tidak mengetahui perbezaan antara kata

negatif bukan dengan tidak akan dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, ayat yang mengalami pendepanan pesandar paling kerap diterjemahkan

oleh penterjemah dengan mengekalkan bentuk pendepanan tersebut dalam bentuk bahasa

sasaran. Manakala kata penegas kurang digunakan bagi memperlihatkan maksud

pengkhususan.

Penterjemah turut mempertimbangkan maksud pengkhususan ketika menterjemah ayat al-

Qur’an yang mengalami pendepanan unsur pelengkap terhadap agen fleksi kata kerja yang

membawa maksud pengkhususan.

410