13
1.0 Pendahuluan Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat. 1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti- aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri.

pengurusan bilik darjah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pengurusan bilik darjah

1.0 Pendahuluan

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh

menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur

merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’

atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan

aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel

pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah

juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara

umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak

murid mereka.

Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah

memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh

membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang KondusifPersekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,

mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari  mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

1.1.1     Persekitaran FizikalSuasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana

bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu

Page 2: pengurusan bilik darjah

menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.  Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

1.1.2      Persekitan psikososialPsikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan

persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.  Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.  Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

1.1.3     Peraturan dan rutin bilik darjahPada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih

memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan

Page 3: pengurusan bilik darjah

merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.  Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

2.0 Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif

Page 4: pengurusan bilik darjah

Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang

untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut

iaitu Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif.

Sebelum merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap.

Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah sumber cahaya dan udara, jadi ini

dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik

darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada

persekitaran bilik darjah yang kondusif.

Papan hijauInfo LINUSCarta organisasi

Teratak LINUS

Rak failPapan kenyataanPapan kenyataan

Meja guru

Sudut multimediaSudut pembelajarranRak bukutingkaptingkaptingkap

pintutingkappintu

Page 5: pengurusan bilik darjah

tingkap

2.1 pelan bilik darjah 

2.2 Perancangan Persekitan Fizikal

2.2.1      Meja guru

Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini

adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru

juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual

antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan

meja guru di belakang ini juga  tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih

semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat

memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila

murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat

kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat

Page 6: pengurusan bilik darjah

mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar

dalam emosi yang positif.

2.2.2     Kerusi dan meja murid

Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah

kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan

selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan

peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara

berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan

pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi

antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih

boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang,

meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja

berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini,

guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas

hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh

bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan.  Guru juga

bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka.

Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan

pencapaian murid. 

2.2.3     Sudut multi-media

Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21

memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-

elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses

pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut

multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah

komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke

Page 7: pengurusan bilik darjah

plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan

berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa

penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau

murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga

perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya

semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

2.2.4     Sudut bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini,

dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-

murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana

seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus,

peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan

murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh

itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana

merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan

ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas,

bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak

harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya

kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi,

guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan

kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid

untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

2.2.5     Pencahayaan dan pengudaraan

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid

dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu

Page 8: pengurusan bilik darjah

yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah

memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab

jika terdapat kerosakan.  Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun

dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya

halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka

pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

2.2.6     Meja bulat

Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang

kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-

aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.

2.2.7     Tempat simpanan bekal makanan

Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan

tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid

dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu

dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan

dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan

kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal

makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid

semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini

tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.

2.2.8      Papan kenyataan

Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja

murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan.

Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas

membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan

Page 9: pengurusan bilik darjah

bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa

bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara

tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula

dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid

2.2.9     Bakul sampah

Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid

perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.

2.2.10  Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan

cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti

pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan.

Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila

berlakunya kemalangan.

2.2.11   Jam dan Kalendar

Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar

pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan

peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka

dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.

2.2.12  Rak guru

Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan

bahan bantu mengajar, fail-fail,  termasuk untuk kegunaan murid.

Page 10: pengurusan bilik darjah

     

     

RUMUSAN

Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting.

Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang

guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab

seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam

usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira

ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang

dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan

pelajar yang  lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat

diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan

menyeronokkan secara tidak langsung dapat  mengurangkan gejala ponteng

sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar

yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah

sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

BIBLOGRAFI/RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah

Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.

KualaTanjung Malim: Quantum Books.

Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?.

Routledge Taylor & Francis Group.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London

UniversityPress.

Page 11: pengurusan bilik darjah

Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang

Harmoni.  http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25

Februari 2012)

Corak Pengurusa Bilik Darjah yang

Kondusif.http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html

Developing Classroom

Expectationshttp://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (a

kses pada 13 Mac 2012)