Upload
haanh
View
244
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGURUSAN SENI: KAJIAN KES DI MUZIUM TEKSTIL SARA WAK (MTS)
RABUY AH BINTI BRAHIM
Tesis ini disediakan dan diserahkan untuk memenuhi syarat memperoleh
Ijazah Satjana Seni (Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
2011
Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih
Dengan segala rendah had saya rakarnkan penghargaan dan terirna kasih yang tidak
terhingga kepada sernua pihak sarna ada seeara individu, berkurnpulan Btall
institusional kerana telah sarna-sarna rnenjadikan irnpian ini rnenjadi kenyataan.
Sernua bantuan yang diberikan sarna ada seeara langsung atau tidak Iangsung. c!aLull
bentuk data, rnaklurnat atau sebarang bentuk iIrnu, sarna ada iIrnu ta8it atau ek"'pli::;it.
telah sarna-sarna rnernbantu kejayaan penyudahan tesis sarjana ini. Saya perca:vH
tanpa surnbangan kalian yang signifikan itu kerja penyiapan tesis ini rnungkin akan
tergendala. Kakitangan Jabatan Muziurn Negeri Sarawak dan Muziurn Tekstil
Sarawak, segala kernudahan anda, sarna ada besar atau keci!, rnenjadi sebahagian
daripada kejayaan ini. Dekan, Tirnbalan-Tirnhalan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif UNIlVlAS, para pensyarah dan pernbirnbing sarna, yang sudah rnembcrikan
surnbangan sarna ada sarna-sarna rnernbina atau rnengkritik hasil usaha sa~'a ini tC'Llh
turut sarna-sarna menjayakannya. Kehadiran dan sumbangan tuan/pnan. biallHll1
keeil, saya rakarnkan rasa terhutang budi saya. Saya percaya ihsan ialah manifestasi
kemurnian pernberian Allah S.\V.T. yang ke:3ernuanya terpandai rnelalui kt'jujul'<ln
sumbangan kalian. Terima kasih. Ahli keluarga sernuanya, yang sami1-S<lIll:1
rnemahami jerih payah usaha ini, pergelutan ke titik kejayaan ini ialah manif(::Hta::;i
perjuangan akademik. :'1adehi Dolhan, Nur Fal'ahin, Aliff Farhan, Afif Farhan
kejayaan ini adalah untuk kalian berempat sarna-sama menjadikannya nilai titik
tolak perjuangan ke hari muka. Moga-moga kalian berjaya dalam ranjau kehidupnll
masing-masing. Atas pernahaman dan kesabaran kalian, terima kasih sanjungan ibu.
Rabuyah Hj Brahim 2011
Daftar Kandungan
Perkara
1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian
1.2.1 Muzium Tekstil 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Matlamat Kajian 1.5 Objektif Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1. 7 Persoalan Kajian 1.8 Skop Kajian 1. 9 So alan Kajian 1.10 Definisi Konsep
2.0 Kajian Kepustakaan 2.1 Pengurusan Muzium Sarawak
2.1.1 Pentadbiran 2.1.2 Peranan Muzium Sarawak 2.1.3 Bidang Tugas Muzium Sarawak 2.1.4 Ordinan Berkenaan Muzium Sarawak
2.2 Tekstil Dalam Tamadun Manusia 2.2.1 Tekstil Di Malaysia 2.2.2 Tekstil Di Sarawak
2.2.2.1 Tekstil Orang Melayu Sarawak 2.2.2.2 Tekstil Orang Melanau Sarawak 2.2.2.3 Tekstil Orang Iban Sarawak 2.2.2.4 Tekstil Orang Bidayuh Sarawak 2.2.2.5 Tekstil Orang DIu
2.3 Pengurusan Muzium Dari Sudut Pentadbiran 2.3.1 Objektif Pengurusan Muzium 2.3.2 Struktur Pengurusan Muzium 2.3.3 Kaedah Pengurusan Muzium 2.3.4 Mengurus Koleksi
2.3.4.1 Masalah Penjagaan Koleksi Muzium 2.3.4.2 Pengurusan Muzium Tekstil
Halaman
1 6 8 10 11 12 12 14 16 16 17
23 27 28 30 37
38 44 48 48 50 54 63 68
73 75 79 81 91 98 102
11
2.4 Pengurusan Maklumat 105 2.4.1 Sumber Maklumat 108 2.4.2 Nilai Ekonomik Maklumat 111 2.4.3 Alat Untuk Mengurus Maklumat 115
2.4.3.1 Pengauditan Maklumat 115 2.4.3.2 Pemetaan Maklumat 117 2.4.3.3 Penyebaran maklumat, Rangkaian dan Intranet 117 2.4.3.4 Penyebaran, Kerahsiaan dan Keselamatan
Maklumat 118 2.4.3.5 Dasar dan Strategi Maklumat 119 2.4.3.6 Sistem Maklumat Strategik 120 2.4.3.7 Pendidikan Untuk Pengurusan Maklumat 120
2.4.4 Perngurusan Ilmu Pengetahuan 121 2.4.4.1 Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan 2.4.4.2 Pengurusan Ilmu Pengetahuan 124 2.4.4.3 Mencipta Sistem Pengurusan
Pengetahuan 125 2.4.5 Kseimpulan 134
3 Metodologi 135 3.1 Metodologi Kajian 140 3.2 Kaedah Kajian 140
3.2.1 Pemerhatian Langsung 140 3.2.2 Analisis Maklumat dan Dokumen 144 3.2.3 Soal Selidik Soalan Separuh Berstruktur 144 3.2.4 Kaedah Kajian Kes 146
3.3 Sumber Maklumat 146 3.4 Instrumen Kajian 147 3.5 Penganalisisan Data 147 3.6 Kesimpulan 148
4 Penemuan dan Analisis Data 149 4.1 Pengenalan 149 4.2 Data Yang Diperoleh 149
4.2.1 Koleksi 151 4.2.2 Koleksi Gambar 160 4.2.3 Sistem Pengurusan Maklumat dan Ilmu di MTS 173
4.2.3.1 Maklumat Bahan Koleksi MTS 174 4.2.3.2 Sistem Pengurusan Maklumat dan Ilmu
diMTS 176 4.2.3.3 Kaedah Sistem Pengurusan Muzium (muzium
management system) di MTS 177 4.2.3.4 Permasalahan Pengurusan Maklumat
di MTS 180 4.2.3.5 Cadangan Teoritikal Pengurusan MTS 183
III
4.2.3.6 Cadangan Kegiatan Kesenian MTS 184 4.3 kesimpulan 185
5 Kesimpulan, Cadangan dan Penutup 186 5.1 Kesimpulan 186 5.2 Cadangan 191
5.2.1 Cadangan Kegiatan Kesenian di MTS 197 5.2.2 Model Kegiatan Kesenian 199
5.3 Penutup 202
Bibliografi 205
Lampiran 1. Koleksi Tekstil di MTS 212 2. Soal Selidik Di MTS 216 3. Soal Selidik Untuk Kakitangan MTS 217 4. Soal Selidik Untuk Kakitangan MTS2 222 5. Soal Selidik Untuk Kakitangan MTS Berjawapan 223 6. Soalan Berdasarkan Objektif Kajian 226 7. Soalan Berdasarkan ObjektifKajian Berjawapan 232 8. Questionaires on Textile Museum 239 9. Senarai Pengarah Muzium Sarawak 240 10. Jenis Pakaian Orang Sarawak 24] 11. Bahan Koleksi MTS 242 12. Struktur Organisasi Muzium Sarawak 245
IV
Senarai Rajah
Rajah Perkara Halaman
Rajah 2.1 Penaung Muzium Sarawak 27
Rajah 2.2 Skruktur Pentadbiran Muzium 79
Rajah 5.1 Tekstil Dalam Tamadun Manusia 162
Senarai Peta
Peta Kandungan Halaman
Peta 1.1 Lokasi Muzium Tekstil Sarawak di Bandaraya 9 Kuching
v
Senarai Jadual
Jadual Judul Halaman
Jaduall.l Sejarah Penubuhan Muzium negara 2
Jadua13.1 Jadual Tinjauan Premis 142
Jadua13.2 Catatan Daripada Lawatan Tinjauan 143
Jadua14.1 Rekod Pengunjung MTS Dalam tempoh Kajian 150-151
vi
Senarai Model
Model Judul Halaman
Model 2.1 Overlapping Human, Organizational and Technological 122 Factors of KM
Model 5.1 Model Pengurusan TQM Muzium Tekstil Sarawak 196
Model 5.2 Model Koleksi Tekstil MTS 197
Model 5.3 Model Pemanfaatan Kesenian Kain di MTS 200
Model 5.4 Model Kegiatan Kesenian MTS 201
Model 5.5 Model Kemantapan MTS 203
vii
Senarai Gambar
Gambar Judul Halaman
Gambar l.1 Bangunan Pavilion Yang Menempatkan Muzium 9 Tekstil Sarawak
Gambar 2.1: Alfred Wallace 24
Bangunan Muzium Sarawak LamaGambar 2.2: 24
Bangunan Terkini Muzium SarawakGambar 2.3: 25
Muzium Arkeologi Gua Niah, MiriGambar 2.4: 31
Gambar 4.1 Galeri Muzium Tekstil Sarawak 154
Gambar 4.2 Songket Melayu 155
Gambar 4.3 Pakaian Daripada Kain Pua 155
Gambar 4.4 Pun Kumbu 155
Gambar 4.5 Pakaian Daripada Kulit Kayu 156
Gambar 4.6 Pakaian Dihiasi Manik 156
Gambar 4.7 Koleksi Kebaya Nyonya 157
Gambar 4.8 Pakaian Baba dan Nyonya 157
Gambar 4.9 Kebaya Melayu 157
Kepalbagaian Tekstil Menampakkan KepelbagaianGambar 5.1: 188
Cita Rasa Pengguna
Tekstil Mampu Menampakkan Identiti Bangsa PemilikGambar 5.2 189 Aslinya
viii
•
Abstrak
Pengurusan Seni:
Kajian Kes di Muzium Tekstil Sarawak (MTS)
Kajian ini dilakukan untuk memartabatkan dan mengetengahkan pengurusan MTS
sebagai sebuah institusi muzium dalam pentadbiran negeri Sarawak dan sebagai
sebuah khazanah tamadun bangsa di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya.
Kajian dilakukan dari perspektif mengenal pasti permasalahan pengurusan maklumat
di MTS, menghuraikan koleksi bahan di MTS sebagai sebuah institusi warisan melalui
maklumat bahan koleksi, menganalisis sistem pengurusan muzium yang diamalkan di
MTS dan mencadangkan kegiatan kesenian di MTS. Analisis pengurusan MTS akan
memberi tumpuan kepada koleksi bahan tekstil, pengkategorian dan pemaklumatan
bahan koleksi, penyimpanan maklumat berkenaan bahan dan pendokumentasian
dalam bentuk multimedia, penggunaan dan pengoperasian premis, penyimpanan semua
jenis rekod yang berkaitan seperti rekod kedatangan pelawat, rekod penggunaan
mUZlUm, jenis-jenis penggunaan, sistem pengarkiban bahan dan pengurusan pejabat
premis. Kempat-empat perkara yang terkandung dalam objektif kajian ini
membolehkan pengkaji mengemukakan cadangan pengurusan maklumat di premis
kajian serta menampilkan model-model cadangan aktiviti kesenian berkaitan tekstil
dalam pengurusannya. Hal ini penting kerana perkembangan tamadun manusia
berkaitan dengan tekstil berkorelasi positif dengan seni dan budaya masyarakat dalam
tamadun itu sendiri.
ix
Abstrak
Arts Managemenr:
A Case Study in Sarawak Textile Museum (MTS)
. This study focuses on the intention of introducing and uplifting Textile Museum
Sarawak as a museum institution, that is as a storage of local civilization artefacts in
Sarawak state administration specifically and in Malaysia generally. The study was
done in the perspectives of management problems identification in the prenllse,
elaborating the collections available as cultural heritage, analyzing the museum
management practices in MTS as well as suggesting museum arts activities in relation
to which will focus on the collections information, categorization and information
gathering of the collections, the collection storage, and infiormation management of the
collection as well as the information documentation in the form of multimedia, the
operation and usage of the premise, records keeping of all forms and types of records,
'.. types of usage, and the museum archiving system.)The four study objectives are
important because they enable the researcher to suggest management information
system, management models, as well as models of textiles arts activities. This is
important because of the positive correlation between textile arts and the culture of
society in the civilization.
x
Singkatan
CD
CMM
DUN
DUNS
ICT
INTAN
IPTA
IPTS
ISO
KMK
MTS
QCC
Compact Disc (Cakera Liut)
Center For Modern Management
Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Information Communication Technology
Institut Tadbiran Awam Negara
Institute Pendidikan Tinggi Awam
Institute Pendidikan Tinggi Swasta
International Standard Organization
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja
Muzium Tekstil Sarawak
Quality Control Circle
xi
Bah 1
Pendahuluan
•
1.1 Pengenalan
Menurut periwayatan Sejarah Jabatan Muzium Negara (2010) Sejarah
permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British
menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti oleh penubuhan Muzium Sarawak
di Ruching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.
Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan
di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930,
pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem
disentralisasi oleh pemerintah British.
Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan
pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945.
Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah.
, j
" ,
Pada tahun 1959, seJurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang
arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan
dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan 01eh Yang
di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan
Jamalullail pada 31 Ogos 1963.
Sejarah Perkembangan Muzium di Malaysia dapat dilihat dalam Jadual 1.1
berikut ini:
Jadual1.1: Sejarah Penubuhan Muzium negara
,
I
Muzium Peristiwa I Penerangan
I Muzium Perak, Taiping (1883)
Penubuhan muzium pertama oleh British selepas Perjanjian Pangkor 1874.
Muzium Sarawak (1888) Penubuhan oleh Raja Sarawak II Sir Charles Brooke di Kuching.
Muzium Selangor (1902) Pentadbiran Negeri-Negeri Bersekutu lnggeris menubuhkan Muzium Selangor di tapak Muzium Negara.
Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1910)
Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini digabungkan menjadi Muzium Negeri-Negeri Bersekutu di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1930)
Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini dipisahkan di bawah program desentralisasi kerajaan British.
Muzium Negara (1962) (1963)
Penubuhan Muzium Negara Perasmian oleh SPB Yang di-Pertuan Agong III - Tuanku Syed Putra AI-Haj.
Sejak penubuhannya, Muzium Negara telah mengadakan beratus-ratus
pameran yang merangkumi bidang etno10gi, sejarah, alam semula jadi, sains, arkeologi
2
+
dan rnonurnen hingga rnenjangkau koleksi konternporari yang dikunjungi lebih 30 juta
pengunjung sehingga kini. Muziurn Negara terus berkembang merentasi masa dan
mengalami perubahan lanskap sejajar perkembangan pesat di negara ini. Muzium
Negara terus rnenjadi pusat turnpuan pelancong dalam dan Iuar negara di sebalik
kedudukannya yang dikelilingi kepesatan pembangunan negara.
Kunjungan ke Muzium Negara akan memberikan garnbaran dan kefahaman
terhadap sejarah dan ketarnadunan negara yang melengkapkan pengertian terhadap
rakyatnya yang berbilang bangsa, agama dan kebudayaannya yang unik. Justeru
menjadikan muziurn sebagai sebuah khazanah tarnadun yang sangat berrnanfaat
dalam konteks penyirnpanan dan pengurusan maklumat dan ilmu pengtetahuan. Hal
ini dernikian kerana Muziurn Negara sentiasa melaksanakan pelbagai program
pendidikan dan khidmat seranta bagi melebarkan jangkauan penerangan sejarah dan
kebudayaan negara.
Selain berpeluang rnempelajari sejarah dan kebudayaan negara di galeri tetap
dan pameran sernentara, Muziurn Negara turut rnenawarkan:
1. Khidrnat nasihat aktiviti pendidikan dan pengembangan
11. Lawatan berpandu ke galeri-galeri Muzium Negara
111. dan bersedia bekerjasama rnelaksanakan aktiviti pendidikan dan
pengembangan dengan pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi
swasta dan badan bukan kerajaan
Kajian tentang pengurusan sebuah organisasi keilmuan dalarn konteks
pengurusan seni Inl dilakukan ke atas MTS. Kajian akan dilakukan terhadap
3
, , '
pengoperasiannya sebagai sebuah institusi dalam perspektif pengurusan, pengurusan
maklumat di samping bertujuan untuk mencadangkan kaedah pengurusan yang sesuai
agar MTS menjadi institusi sosial yang mantap di Sarawak.
Tekstil mempunyai sejarah yang panjang dalam tamadun manusia. Tekstil di
Malaysia mempunyai rakaman budaya, sejarah perkembangan yang panjang serta
unik dan dimensi kewujudannya sangat berbagai-bagai. Kepelbagaiannya pula menarik
perhatian kerana terdapat banyak maklumat dan ilmu yang terkandung dalam budaya
serta tamadun manusia itu. Seperti yang didefinisikan oleh John M.A. dan Thompson
(1984) bahawa tekstil ialah:
Bahan tenunan yang terhasil dengan menganyam dua set benang yang berselang tetapi ditenun sedemikian rupa untuk menghasilkan corak yang pelbagai dalam konteks muzium, istilah tekstil mencakup tiga kategori objek iaitu:
1. barang 'nipis' yang dapat disidai, dihampar atau digulung seperti karpet, langsir atau alat hias rumah dan tempat kediaman yang diperbuat daripada fabrik; '2. barang yang 'dibentuk' khususnya kostum dan peralatan kostum yang memerlukan sokongan tiga dimensi; dan 3. pelbagai barang, yang termasuklah langsir, skrin, lapik kipas. tempat duduk perabot dan katil, patung, dan alat mainan yang lembut dan seumpamanya.
Secara amnya manusia menggunakan tekstil sebagai pakaian tetapi konsep dan
penggunaan tekstil dalam budaya manusia semakin pelbagai. Begitu juga dengan
proses pembuatannya yang mencakup penyulaman, merenda, mengait, meruji benang
(menekat) dan menenun. Tekstil mendapat tempat dalam budaya masyarakat Malaysia
dan perkembangan tamadun dan budaya ini seiring dengan perkembangan budaya dan
tamadun penduduk dunia keseluruhannya.
4
Lazimnya tekstil dikaitkan dengan konsep sosial sebagai satu proses yang
panjang sehingga wujudnya peribahasa seperti sehari selembar benang, lama-lama
menjadi 'win (Asiah Abdul Rahman, 2003). Benang berasal daripada sejenis tumbuhan
atau bulu-bulu binatang. Bahan mentah itu diproses menjadi jalur-jalur halus seperti
sutera, kapas dan linen atau jalur-jalur kasar seperti jerami yang lebih dikenali untuk
membuat tali.
Penemuan kajian ini nanti akan memberi upaya kepada pengkaji untuk
mengemukakan beberapa cadangan untuk membantu pemantapan MTS sebagai
sebuah organisasi pentadbiran dan pengurusan khususnya dari segi pengurusan
maklumat.
Sebagai sebuah institusi kerajaan, di bawah pentadbiran Jabatan Muzium
Sarawak, pengurusan MTS mempunyai ruang untuk ditambah baik dari segi:
1. koleksi bahan tekstil
11. pengkategorian dan pemaklumatan bahan koleksi
iii. penyimpanan maklumat berkenaan bahan dan pendokumentasian dalam
bentuk multimedia
lV. penggunaan dan pengoperasian premis
v. penylmpanan semua JelllS rekod yang berkaitan seperti rekod
kedatangan pelawat, rekod penggunaan muzium, jenis-jenis penggunaan
(umpamanya sebagai bahan kajian, lawatan semata-mata)
VI. sistem pengarkiban bahan
Vll. pengurusan pejabat premis
5
f
Muzium pula ialah sebuah institusi yang mengumpul, mendokumenkan,
mengawet, mempamerkan dan mentafsir bahan bukti dan maklumat yang berkaitan
satu-satu koleksi bahan untuk kegunaan umum (Anne Fahy, 1995). Ini menjadikan
muzium sangat signifikan sebagai tempat pengurusan tekstil tekstil khususnya untuk
penyimpanan, pengarkiban dan keilmuan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini ialah kajian tentang MTS. MTS ialah sebahagian daripada cabang
pentadbiran Jabatan Muzium Sarawak. Pejabat utama Jabatan Muzium Sarawak
terletak di Bahagian Kuching. Pengurusan Jabatan Muzium Sarawak mempunyai
beberapa unit pentadbiran yang lain dan masing-masing terletak di premis yang
berlainan. Muzium-muzium lain yang dimaksudkan itu ialah (Sarawak Museum, 2006):
i. Muzium Sarawak (bangunan lama)
n. Muzium Islam
Ill. Dewan Tun Abdul Razak (Muzium Sarawak)
IV. Muzium Seni
v. Muzium Tekstil
VI. Muzium Sejarah Cina
Vll. Muzium Petroleum, Miri
Vll1. Muzium Arkiologi Niah, Miri
IX. Muzium Wilayah Baram
x. Muzium Wilayah Limbang, Sarawak
6
Muzium Sarawak (1888) ialah mUZlUm yang tertua di Borneo dan mUZlUm
kedua di Malaysia selepas Muzium Perak (1883) di Taiping. Penubuhan Muzium
Sarawak digazetkan dan diluluskan oleh pemerintahan Brooke pada 26 Mac 1878 dan
didirikan pada tahun 1886 di Kuching (Lucas Chin, dkk, 1983). Kenyataan dalam
Sarawak Gazette pada 26 Mac 1878 itu memperakukan:
Yang Mulia Rajah berhasrat pada masa yang akan datang, untuk membina sebuah muzium. Untuk tujuan itu, sebuah bangunan yang sesuai akan didirikan oleh kerajaan di Kuching.
(Lucas Chin, dkk, 1983).
Pada tahun 1888 baharulah bangunan muzium yang sebenarnya didirikan di
tapaknya yang ada sekarang. Pada tahun 1911 bangunan itu diperbesar sehingga ke
saiz dan bentuk yang kelihatan pada hari ini. Asalnya muzium ini ditubuhkan kerana
kepercayaan pemerintah pada masa itu terhadap teori evolusi, khususnya melalui
Alfred Russel Wallace yang berkhidmat dan tinggal di Sarawak pada tahun 1854-1856
yang menulis sebuah kertas seminar berkenaan keperluan penubuhan muzium.
Jabatan Muzium Sarawak sendiri mempunyai bangunan lamanya yang sedia
ada dan menjadi mercu tanda utama Bandar Raya Kuching ketika bangunan itu
didirikan (Sarawak Museum, 2006) dan berfungsi sebagai Muzium Sarawak.
Bangunan ini dibina pada tahun 1891 dan diubah suai dan diperbesar kepada
bentuknya yang sedia ada pada tahun 1911 (Sarawak Museum, 2006). Muzium
Sarawak lebih dikenali sebagai muzium campuran tetapi lebih kepada Muzium
Etnologi, iaitu muzium pengkhazanahan pelbagai tinggalan dan artifak pelbagai etnik
yang terdapat di Sarawak yang merentasi sejarah.
7
;"f
Muzium ini menylmpan dan mempamerkan Slmpanan dan tinggalan SOSlO
budaya - kepercayaan, agama, budaya, cara hidup pelbagai kumpulan etnik
pemastautin Sarawak (Sarawak Museum, 2006). Dinding-dindingnya dipenuhi pelbagai
mural kumpulan etnik yang menonjol di Sarawak.
Kajian dijalankan dari perspektif lSU-lSU semasa yang dihadapinya dan
kemungkinan cabaran masa depan yang mungkin dihadapinya dalam perspektif
pengurusan sem.
Muzium Sarawak terkenal sebagai mUZlUm yang terbaik di rantau ini dan
menjadi mercu tanda yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh seswpa sahaja yang
melawati Sarawak kerana maklumat dan ilmu yang tersimpan di dalamnya. Muzium
Sarawak mempunyai koleksi artifaks dan bahan yang begitu banyak dan sangat
membantu kerajaan Negeri Sarawak mempamerkan khazanah miliknya yang tidak
ternilai tinggi harganya (Sarawak Museum, 2006).
1.2.1 Muzium Tekstil Sarawak (MTS)
MTS terletak di Bangunan Pavilion, salah satu daripada khazanah bangunan
yang sangat tinggi nilai sejarahnya. Reka bentuknya merupakan campuran budaya
seni reka English Ranaissance dan English Colonial (Sarawak Museum, 2006).
Bangunan Pavilion ini dibina pada tahun 1907 sebagai pusat perubatan tetapi
kemudian menjadi ibu pejabat Jabatan Pelajaran.
8
.I""1 DlI g re ng
Ka E
• F. /r
~.' 11111 rlt.
Peta 1.1: Lokasi Muzium Tekstil Sarawak di Bandaraya Kuching Sumber: http://www.google.com.my/search?q=muzium+tekstil+sarawak
Gambar 1.1: Bangunan Pavilion Yang Menempatkan Muzium Tekstil Sarawak
Di mUZlUm Illl para pengunJung dapat melihat pelbagai koleksi tekstil dan
pakaian yang dihasilkan oleh pelbagai kumpulan etnik di Sarawak. Bahan pamerannya
9
Pi +
merangkumi proses penenunan kain dan penghasilan benang pelbagai cara daripada
pelbagai kumpulan etnik. Di samping itu, pengunjung juga akan berpeluang untuk
pengalaman langsung melalui aktiviti 'buat sendiri' seperti menenun kain atau
mengurat benang. Muzium 1m mempunyai empat galeri utama iaitu galeri bahan
mentah, galeri penenunan, galeri motif pakaian, dan galeri pakaian dan aseson
perkahwinan.
1.3 Pernyataan Masalah
Penubuhan MTS pada tahun 2000 merupakan satu cabang pentadbiran yang
baharu bagi Jabatan Muzium Sarawak sebagai sebuah jabatan kerajaan dalam
Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak. Sebagai sesebuah institusi
kerajaan yang baharu, MTS berdepan dengan pelbagai isu pengurusan dan cabaran
semasa dalam hal pengurusan dan pengoperasiannya khususnya dalam pengurusan
maklumat. Dalam masa yang sarna, jangkaan khalayak ramai, khususnya pengunjung
yang menghendaki maklumat tentang tekstil, terhadap kemantapan pengurusannya
sebagai sebuah institusi kerajaan dan badan penyimpan khazanah sosial sangatlah
tinggi. Harapan terhadap pengurusan yang baik ini menjadi lebih tinggi apabila
industri pelancongan negeri dan negara keseluruhannya dilihat sebagai pihak yang
berkepentingan dan berkaitan. Kesempurnaan pengurusan ini sangat diperlukan
untuk menjadikan MTS sebagai salah satu destinasi pelancongan.
Aspek koleksi bahan, penulisan maklumat yang berkaitan agar bahan pameran
itu menyerlahkan aspek maklumatnya, penyimpanan maklumat, penggunaan semula
maklumat, penyebaran maklumat tentang semua koleksi yang terdapat di muzium
menjadi satu perspektif pengurusan yang sangat penting dan mencabar dalam
10
pengurusannya. Bukan sahaja maklumat tentang aspek kesenian tekstil itu yang perlu
dicari dan diperoleh untuk dip roses dan kemudian dipamerkan tetapi aspek sejarah,
seni penenunan dan aspek maklumat yang lain yang berkaitan juga perlu diurus
dengan mantap. Ini membentuk isu dan cabaran yang sangat besar dalam usaha untuk
memantapkan pentadbiran MTS.
Seni tampak dan motif-motif yang terkandung dalam setiap lembar tekstil yang
dipamerkan dan yang bakal diperoleh pula menyimpan maklumat sejarah yang sangat
banyak dan kini berkembang sealiran dengan tamadun bangsa yang menciptanya
sementara perspektif masa depannya pula hendaklah dilihat dari segl
perkembangannya dalam arus semasa dunia tekstil. Ini merupakan satu cabaran masa
depan yang perlu dilihat secara profesional oleh pihak pengurusan muzium ini.
Pelbagai disiplin kehidupan yang lain terpancar dan dapat ditelusur melalui aspek
kesenian yang terkandung dalam pelbagai bentuk dan motif koleksi tekstil di muzium
ini. Namun demikian, belum ada kajian yang rinci dan menyeluruh tentang perkara
yang dinyatakan ini agar MTS dapat diangkat dan diyakini sebagai badan pengurus
kesenian yang membanggakan di negeri Sarawak sekali gus memainkan peranannya
yang signifikan dalam industri pelancongan negara. Dalam hal yang demikian, tentu
sekali perkara ini akan membantu negara dalam penjanaan ekonomi negara dari
perspektif pemberian perkhidmatan - hospitaliti dan pelancongan.
1.4 Matlamat Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memnJau amalan pengurusan bahan koleksi
maklumat yang diamalkan di MTS dan mengemukakan cadangan pengurusan MTS
agar penubuhan dan pengoperasiannya menjadi signifikan dalam arus pembangunan
II
\
negeri Sarawak khususnya dan negara Malaysia amnya dan dapat dimanfaatkan oleh
para pengunjung muzium.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk
1. mengenal pasti permasalahan pengurusan maklumat di MTS
11. menghuraikan maklumat tentang koleksi bahan di MTS melalui
maklumat bahan koleksi
111. menganalisis sistem pengurusan muzium yang diamalkan di MTS
IV. mencadangkan kegiatan kesenian di MTS
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana sebagai sebuah mUZlUm, MTS merupakan sebuah
institusi yang sangat penting bukan sahaja sebagai khazanah tekstil tempatan tetapi
juga aktiviti-aktiviti muzium itu sendiri yang berpontensi untuk diperluas dan
diperbanyak, iaitu dengan berpandukan latar belakang pengurusan muzium lain
seperti Muzium Tekstil London yang dianggap sebagai muzium yang paling ternama
dari semua sudut pengurusannya (Ann Brooke Craddock, 1992). Muzium ini diasaskan
oleh Zandra Rhodes dan dibina oleh jurubina Mexico yang termahsyur dan yang
terkenal di seluruh dunia, Ricardo Legorreta.
Lazimnya kebanyakan pakar penyelidikan berpendapat bahawa bidang
penyelidikan dapat dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu penyelidikan asas dan
penyelidikan gunaan (Mohd. Majid Konting, 1990). Beliau menyatakan bahawa
12