PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    1/11

    PENGENALAN

    Sejak membangunnya pengurusan strategik, terdapat banyak definisi pengurusanstrategik kerana terdapat banyak buku yang ditulis dalam bidang ini.

    Definisi ini mencadangkan kepentingan keputusan dan tindakan untukmemastikan objektif organisasi tercapai.

    Pearce dan Robinson (1985) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai setkeputusan dan tindakan yang membawa kepada formulasi dan pelaksanaansatu strategi agar dapat mencapai objektif organisasi itu.

    Menurut Gluck dan Jaunch (1984), pengurusan strategik merujuk kepada setkeputusan dan tindakan yang membawa kepada formulasi bagi strategiefektif untuk mencapai objektif organisasi.

    TTooppiikk

    22 Model

    PengurusanStrategik

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik;

    2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

    3. Menerangkan perkaitan dalam proses pengurusan strategik.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    2/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK18

    Definisi yang diberikan oleh Hunger dan Wheelen (1996), serta David (2003) iniadalah konsisten dengan definisi awal pengurusan strategik tetapi terdapatpenambahan beberapa elemen seperti formulasi strategi, pelaksanaan strategi,penilaian dan kawalan dalam konsep pengurusan strategik.

    APAKAH PENGURUSAN STRATEGIK?

    Berdasarkan definisi yang diberikan, ia adalah jelas bahawa pengurusan strategikmelibatkan pembuatan keputusan dan mengambil tindakan yang bolehmembantu organisasi mencapai objektifnya dengan menggunakan cara sistematik

    bagi memformulasikan strategi, melaksanakan strategi dan menilai serta

    mengawal strategi yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, pengurusan strategikmenghubungkan pelbagai bidang fungsian seperti pemasaran, pengurusan,kewangan, perakaunan, sumber manusia, pengeluaran dan sistem maklumatdalam cara yang formal dan sistematik selaras dengan objektif organisasi danprestasi yang unggul. Definisi ini juga mencadangkan bahawa pengurusanstrategik merangkumi tiga komponen utama iaitu formulasi strategi, pelaksanaanstrategi serta penilaian dan kawalan strategi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah2.1.

    Rajah 2.1:Model pengurusan strategik

    2.1

    David (2003) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai seni dan sainsmemformulasikan, melaksanakan dan menilai keputusan silang fungsianyang membolehkan organisasi untuk mencapai objektifnya.

    Hunger dan Wheelen (1996) mendefinisikan pengurusan strategik sebagaiset keputusan dan tindakan pengurusan yang menentukan prestasi jangkapanjang bagi organisasi. Ia juga merangkumi imbasan persekitaran,formulasi strategi, dan penilaian dan kawalan.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    3/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 19

    Dalam subtopik 2.2, anda akan didedahkan kepada elemen dan komponen asasbagi pengurusan strategik. Subtopik 2.3 membincangkan model pengurusanstrategik dan subtopik 2.4 membincangkan proses pengurusan strategik.

    KOMPONEN DAN ELEMEN BAGIPENGURUSAN STRATEGIK

    Terdapat tiga komponen utama dalam pengurusan strategik iaitu formulasistrategi, pelaksanaan strategi serta penilaian dan kawalan strategi seperti yangdipaparkan dalam Rajah 2.1. Terdapat beberapa elemen yang membentuk setiapkomponen.

    Dalam komponen formulasi strategi, elemen utama merupakan visi, misi,matlamat dan objektif bagi organisasi. Elemen lain merupakan analisis luaran,analisis dalaman, analisis industri dan analisis persaingan. Mengenal pastialternatif strategik dan seleksi pilihan strategik juga membentuk bahagian bagikomponen formulasi strategi.

    Dalam komponen pelaksanaan strategik, terdapat sekurang-kurangnya tigaelemen yang mempengaruhi pelaksanaan strategi iaitu struktur organisasi,pekerja dan kepimpinan, serta sistem dan proses organisasi. Dalam komponeninilah tindakan organisasi bermula dan ia memberikan cabaran utama kepada

    banyak organisasi.

    Dalam komponen penilaian dan kawalan strategi, elemen utama merupakanmodel dan proses penilaian, kriteria penilaian, kaedah dan mekanisme kawalanuntuk meningkatkan prestasi organisasi dan memenuhi objektif organisasi.

    Bagi memahami lebih mendalam berkaitan elemen dan komponen ini (lihatJadual 2.1 dan Rajah 2.2), ia adalah penting untuk mengetahui beberapa konsepasas dalam pengurusan strategik.

    2.2

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    4/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK20

    Jadual 2.1:Komponen dan Elemen dalam Pengurusan Strategik

    KOMPONEN ELEMEN

    Formulasi strategi Visi Misi

    Matlamat

    Objektif

    Analisis luaran

    Analisis dalaman

    Analisis industri

    Analisis persaingan

    Pelaksanaan strategi Struktur organisasi

    Pekerja dan kepimpinan

    Sistem dan proses organisasi

    Penilaian dan kawalan strategi Model dan proses penilaian

    Kriteria penilaian

    Kaedah kawalan

    Apabila memperkatakan tentang strategi, tahukah anda definisi sebenar

    strategi?

    Sebagai contoh, strategi Yahoo! adalah untuk mendapatkan 80% daripada

    hasilnya daripada pengiklanan untuk mendapatkan lebih hasil daripadapelanggan yang membayar untuk perkhidmatannya. Dengan cara itu, strategiYahoo! adalah untuk menawarkan perkhidmatan seperti laman web peribadi,langganan audio dan video muzik dengan bayaran yuran (David, 2003). Oleh itu,ahli strategi adalah pekerja dalam organisasi yang bertanggungjawab untukkejayaan atau kegagalan organisasi (David, 2003). Mereka juga ialah pekerjayang boleh membuat keputusan penting yang mempengaruhi kelestarianorganisasi. Mereka adalah pekerja dengan jawatan seperti ketua pegawaieksekutif, naib canselor, presiden, pengarah eksekutif, pengarah urusan, dekan,pengerusi lembaga dan pemilik perniagaan atau usahawan.

    Istilah strategi merujuk kepada cara organisasi cuba untuk mencapaiobjektif jangka panjangnya (David, 2003). Ia juga merujuk kepada tindakanyang pengurus harus ambil dan lakukan agar dapat memastikan bahawaapa yang telah ditetapkan dalam objektif boleh dicapai.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    5/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 21

    Istilah biasa yang lain dalam pengurusan strategik ialah polisi. Polisimerangkumi garis panduan, peraturan dan prosedur yang dibentuk atau diciptauntuk menyokong usaha dalam mencapai objektif organisasi. Polisi memberikan

    garis panduan umum kepada pengurus untuk melakukan operasi aktivitiperniagaan mereka tanpa menyatakan pendekatan khusus atau cara untukmelakukan sesuatu. Bagi mengetahui bagaimana cara untuk melakukan sesuatu,prosedur dan peraturan dibina untuk memastikan keselarasan dalam sesuatuperkara dilaksanakan. Contohnya, polisi organisasi adalah untuk memberikan

    bonus prestasi empat bulan gaji pokok kepada pekerja dengan prestasicemerlang. Organisasi tersebut mendapati bahawa 10 daripada 100 pekerjanyalayak mendapat bonus prestasi ini dan untuk melaksanakan polisi ini, jabatansumber manusia diminta untuk menentukan kriteria untuk prestasi cemerlang(yang biasanya ditentukan dalam proses penilaian prestasi), dan kemudian

    mengaplikasikan peraturan kepada pekerja yang mendapat kesan. Prosedurakan menjelaskan bagaimana sesuatu perlu dilakukan, sementara peraturanakan menjelaskan apa yang akan dilakukan dalam lingkungan parameter yangditetapkan oleh organisasi. Jadi, peraturannya adalah hanya pekerja cemerlangyang akan memperoleh empat bulan bonus. Prosedur digariskan dalam borangsemakan penilaian prestasi tahunan seperti yang ditetapkan oleh jabatan sumbermanusia.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    6/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK22

    Rajah 2.2:Model pengurusan strategik

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    7/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 23

    MODEL PENGURUSAN STRATEGIK

    Seperti yang disebut dalam subtopik awal, model pengurusan strategikmengandungi tiga bahagian iaitu formulasi strategi, pelaksanaan strategi, sertapenilaian dan kawalan strategi. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 tadi,

    janaan model bagi pengurusan strategik adalah pada peringkat makro. Walaubagaimanapun, pada peringkat mikro dalam organisasi, model pengurusanstrategik merangkumi beberapa elemen dalam komponen model pengurusanstrategik. Rajah 2.2 menunjukkan komponen dan elemen model pengurusanstrategik.

    Membangunkan model pengurusan strategik adalah penting kerana ia memberirangka kerja asas untuk memahami bagaimana pengurusan strategik boleh

    beroperasi pada peringkat firma. Tambahan pula, model pengurusan strategikmenyediakan pengurus dan ahli strategi dengan pemahaman pendekatan lelaranyang lebih luas dalam mengadakan pengurusan strategik yang sebenar dalamsituasi organisasi.

    Rajah 2.2 menunjukkan bahawa model pengurusan strategik bermula denganpembangunan visi dan misi organisasi. Visi dan misi organisasi akankemudiannya diterjemahkan kepada matlamat organisasi. Definisi bagi terma inidijelaskan dalam Topik 4. Elemen ini menggambarkan haluan dan bidang yangdititikberatkan untuk dicapai oleh organisasi. Setelah elemen ini ditentukan,peranan pengurus dan ahli strategi adalah untuk melakukan analisis bagiorganisasi. Hal ini melibatkan tiga jenis analisis utama iaitu analisis persekitaranluaran, analisis dalaman organisasi dan kemudian analisis industri. Setiapanalisis ini akan memberikan maklumat tentang peluang dan ancaman, kekuatan

    dan kelemahan, dan membantu organisasi untuk meletakkan dirinya berbandingdengan organisasi pesaing lain dalam industri. Hasil daripada analisis ini akankemudiannya membantu pengurus dan ahli strategi untuk menyesuaikannyadengan bidang khusus untuk diberi tumpuan, mengenal pasti kelebihan

    bersaing organisasi dan menentukan kedudukan daya saing yang perlu diambilorganisasi agar dapat mengekalkan daya saingnya dalam industri.

    2.3

    Apakah perbezaan antara prosedur dan peraturan?

    AKTIVITI 2.1

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    8/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK24

    Hasil bagi analisis strategik seterusnya akan membantu pengurus atau ahlistrategi untuk menentukan bakal alternatif yang tersedia untuk organisasi.Seleksi pilihan strategik yang sesuai akan dipastikan tersedia untuk

    dilaksanakan.

    Dalam melaksanakan strategi, organisasi perlu memastikan elemen dalampelaksanaan berada pada tempatnya. Ini bermaksud matlamat organisasi perluditakrifkan pada peringkat operasi, dan diterjemahkan menjadi objektif yanglebih spesifik dan tepat berbanding matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.Polisi dalam organisasi perlu dibangunkan dan diletakkan pada tempatnya.Seterusnya, program khusus atau pelan tindakan perlu disediakan untukmemastikan pelaksanaan yang efektif bagi strategi organisasi. Pelaksanaanstrategi tidak akan selesai tanpa memastikan semua elemen asas dalam

    pelaksanaan strategik berada pada tempatnya. Hal ini termasuklah memastikanorganisasi mempunyai struktur, pekerja dan kepimpinan yang sesuai yangdiperlukan untuk menguruskan pelaksanaan bagi pelan tindakan yang telahdipilih. Akhirnya, pelaksanaan juga memerlukan pengurus atau ahli strategiuntuk menyelaras dan mengintegrasikan pelbagai bidang fungsian dalamorganisasi agar sistem dan proses mengurus pelbagai bidang fungsian adalahdiselarikan dengan objektif organisasi yang telah ditetapkan lebih awal.

    Bahagian akhir bagi model pengurusan strategik merangkumi penilaian dankawalan. Dalam komponen ini, pengurus atau ahli strategi harus memastikan

    bahawa strategi yang dilaksanakan adalah dinilai dengan sewajarnya dan dinilaisecara berkala, contohnya setiap setengah tahun atau suku tahun sekali. Kriteriapenilaian dan prestasi yang dijangkakan ditanda aras dengan standard industriatau firma. Perbandingan dibuat dengan pesaing atau firma lain atau dalamdimensi masa (berbanding tahun sebelumnya). Mekanisme kawalan perludiletak pada tempatnya agar organisasi boleh memastikan yang objektif yangdiidamkan boleh dicapai dalam fasa pelaksanaan seterusnya.

    Setelah model pengurusan strategik ditentukan dan ditetapkan secara jelas, fasaseterusnya melibatkan pemahaman proses pengurusan strategik.

    PROSES PENGURUSAN STRATEGIK

    Berdasarkan Rajah 2.2, boleh disimpulkan bahawa model pengurusan strategikialah proses interaktif. Dengan kata lain, dalam mencuba untuk mengendalikanmodel pengurusan strategik, pengurus atau ahli strategi perlu memastikan

    bahawa mereka perlu memulakan proses dengan menentukan visi organisasi.Misi organisasi juga perlu diperjelaskan. Kemudian, matlamat organisasiditentukan dan ditetapkan oleh pengurus atau ahli strategi.

    2.4

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    9/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 25

    Pengendalian model pengurusan strategik melibatkan siri langkah-langkah yangberterusan dan berubah mengikut kedinamikan persekitaran. Perubahan dalamsatu daripada elemen boleh memberi kesan kepada elemen lain dalam model

    pengurusan strategik. Maka, formulasi, pelaksanaan, penilaian dan kawalanstrategi harus dilakukan secara berterusan dan bukan pendekatan sekali sahaja.Sebagai contoh, dalam situasi yang organisasi telah menetapkan visi, misi danmatlamat untuk dicapai, proses formulasi strategi bermula dengan menganalisissituasi strategik organisasi. Dengan kata lain, menganalisis persekitaran luaran,kekuatan dan kelemahan organisasi, dan analisis industri (dan/atau analisisdaya saing) harus menjadi tahap pertama dalam proses pengurusan strategik.

    Pastinya, organisasi boleh juga menyemak matlamat mereka selari denganpersekitaran perniagaan yang sentiasa berubah agar organisasi tidak terus kekal

    kurang berdaya saing. Contohnya, dalam industri penerbangan, organisasi bolehmenetapkan misinya untuk menjadi pendahulu dalam industri perkhidmatanpenerbangan. Walau bagaimanapun, landskap industri penerbangan berubahdengan pantas dan tidak hanya memberikan servis penerbangan tetapi jugaservis yang berkaitan seperti hotel, pelancongan, pakej percutian malah khidmatkereta sewa. Oleh sebab persaingan dalam industri menjadi lebih sengit,mentakrifkan semula misi organisasi tidak dapat dielakkan dan ia menjadikeperluan untuk memastikan organisasi terus kekal dalam persekitaran tidakmesra tersebut.

    Pada fasa pelaksanaan, proses pengurusan strategik boleh bermula denganmenyemak struktur organisasi dan pekerja yang ada dalam organisasi sebelummenetapkan polisi dan program atau pelan tindakan. Sistem dan prosesorganisasi juga perlu dikaji semula secara wajar. Akibatnya, proses pelaksanaanstrategi boleh berbeza mengikut keadaan dan situasi.

    Akhir sekali, pada fasa penilaian dan kawalan, proses itu mungkin memerlukanorganisasi untuk menyemak mekanisme kawalan lebih daripada prosespenilaian strategi.

    Memandangkan model pengurusan strategi adalah proses dinamik danmemerlukan kemas kini dan semakan secara berkala, proses bagi amalanpengurusan strategik boleh menjadi selancar perubahan pesat dalam perniagaanyang dinamik. Pada tahap ini, harus disedari bahawa terdapat beberapa aspekutama yang tidak berubah walaupun ia mengalir dalam amalan pengurusanstrategik. Pertama ialah elemen utama dalam komponen pengurusan strategikdan kedua ialah tiga komponen utama bagi pengurusan strategik. Kedua-duaaspek ini tidak berubah selagi konsep pengurusan strategik ditakrifkan dalamcara yang telah disebutkan pada awal topik ini.

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    10/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK26

    Bagaimanakah perubahan dalam persekitaran perniagaan mempengaruhipengurusan strategik?

    AKTIVITI 2.2

    1. Tandakan Betul B)atau Salah S) untuk setiap pernyataan berikut:

    No Soalan B S

    (a) Istilah pengurusan strategik dan pelaksanaanstrategik adalah sama.

    (b) Mengambil tindakan pembetulan adalah sebahagiandaripada penilaian strategi.

    (c) Peringkat tindakan bagi proses pengurusan strategikialah penilaian strategi.

    (d) Pelaksanaan strategi merangkumi tiga aktiviti asasiaitu:

    (i) Menetapkan objektif;

    (ii) Merangka polisi; dan

    (iii) Mengukur prestasi.

    2. Berikan definisi pengurusan strategik.

    3. Apakah komponen utama bagi pengurusan strategi?

    4. Huraikan model pengurusan strategik.

    5. Apakah beberapa elemen bagi formulasi strategi?

    Jawapan Betul (B) atau Salah (S):

    (a) S (b) B (c) S (d) S

    AKTIVITI 2.3

  • 7/23/2019 PENGURUSAN STRATEGIK Topik 2

    11/11

    TOPIK 2 MODEL PENGURUSAN STRATEGIK 27

    Secara dasarnya, model pengurusan strategik merangkumi tiga komponen:perancangan strategik atau formulasi strategi, pelaksanaan strategi, danpenilaian dan kawalan strategi.

    Dalam peringkat formulasi strategi, visi, misi dan matlamat organisasiditetapkan.

    Analisis strategik dari segi persekitaran dalaman, persekitaran luaran dansituasi industri dinilai. Seterusnya, beberapa alternatif strategik dijana dandipilih. Pada peringkat ini, organisasi mungkin mahu menyemak program(pelan tindakan), objektif dan polisi mereka sebelum melaksanakan strategi.

    Pada peringkat pelaksanaan, isu berkaitan struktur, pekerja dan sistem sertaproses dinilai dan disemak.

    Akhirnya, penilaian bagi strategi yang telah dilaksanakan akan dibuat danukuran kawalan digunakan untuk memastikan bahawa sasaran strategikasal bagi organisasi dipenuhi.

    Formulasi strategi

    Pelaksanaan strategi

    Penilaian dan kawalan strategi

    Peraturan

    Polisi

    Prosedur