16
KAEDAH PENILAIAN PENGAJARAN NUR SYAMERA BINTI MOHAMMAD HIZAN NUR IZZATI BINTI SHUHAIMI SUBAIHAH BINTI MUKHTAR

PENILAIAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

Page 1: PENILAIAN

KAEDAH PENILAIAN PENGAJARAN

NUR SYAMERA BINTI MOHAMMAD HIZANNUR IZZATI BINTI SHUHAIMISUBAIHAH BINTI MUKHTAR

Page 2: PENILAIAN

Merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya dengan lebin berkesan.

PENILAIAN

Page 3: PENILAIAN

Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. Menetapkan kriteria bagi pengukuran. Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran

3 langkah utama dalam proses penilaian :

Page 4: PENILAIAN

Prosedur penilaian mengandugi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu :

i. Peringkat persediaan ujian.ii. Peringkat pentadbiran ujian.iii. Peringkat pemeriksaaan dan pengukuran.iv. Peringkat analisis.v. Peringkat interpretasi dan tindakan.

Page 5: PENILAIAN

Mendorong dan menggerakkan murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Mendorong murid supaya membuat ulang kaji terhadap pelajaran yang diajar. Mencari puncak kekuatan dan kelemahan murid dalam pengajaran. Mendapatkan maklum balas supaya guru dapat mengajar atau mengubahsuai pengajarannya supaya lebih berkesan.

TUJUAN MENGUJI DAN MENILAI

Page 6: PENILAIAN

Mengetahui pengetahuan lampau yang telah dikuasai oleh murid untuk memudahkan guru merancang pembelajaran selanjutnya . Meramalkan kejayaan murid pada masa akan datang berdasarkan pencapaiannya dalam ujian. Membuat klasifikasi. Prestasi murid-murid dalam satu-satu ujian boleh digunakan untuk tujuan klasifikasi

Page 7: PENILAIAN

Penilaian formatif :- mengesan dan mengetahui sejauh mana penguasaan dan kemajuan murid. Penilaian Sumatif :- mengesan dan mengetahui pencapaian murid.

JENIS-JENIS PENILAIAN

Page 8: PENILAIAN

PENGERTIAN :- Sesuatu jenis ujian formal atau tak formal untuk menegsan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas. TUJUAN :- Mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk membaiki kelemahannya dengan serta-merta. AKTIVITI :- Menjalankan ujian formal atau tak formal semasa waktu pelajaran dengan secara individu, secara kumpulan atau secara kelas.

PENILAIAN FORMATIF

Page 9: PENILAIAN

MASA :- Semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran. BENTUK :- Tak formal (pemerhatian dan soal jawab), atau formal (ujian kertas-pensel dalam masa singkat). SASARAN :- Secara individu, secara kumpulan atau secara kelas. FOKUS :- Memfokus satu-satu segmen. KESUKARAN ITEM :- Kesukaran berubah-ubah mengikut segmen.

Page 10: PENILAIAN

CARA MELAPOR SKOR :- Skor adalah sama ada gagal atau lulus. CONTOH :- Ujian bulanan dan lembaran kerja. TINDAKAN :- Membetulkan kelemahan dengan serta-merta, menjalankan aktiviti pemulihan atau pengayaan dalam kelas.

Page 11: PENILAIAN

PENGERTIAN :- Sejenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. FUNGSI :- Untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus. AKTIVITI :- Dijalankan secara formal dalam beberapa waktu pelajaran, secara kelas ataupun tingkatan.

PENILAIAN SUMATIF

Page 12: PENILAIAN

MASA :- Dilakukan selepas mengajar beberapa unit pembelajaran. TEKANAN DALAM PENILAIAN :- Menekankan tingkah laku kognitif. SASARAN :- Secara kelas atau tingkatan. FOKUS :- Memfokuskan objektif kursus. KESUKARAN ITEM :- Terdapa dalam semua peringkat ada yang sangat senang dan ada yang sangat susah.

Page 13: PENILAIAN

CARA MELAPOR SKOR :- Jumlah skor diambil. CONTOH :- Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, Sijil perguruan, peperiksaan akhir tahun dan lain-lain lagi. TINDAKAN :- Menempatkan murid ke dalam kumpulan/ kelas yang sesuai, merancang dan mengubahsuai pelajaran/ kurikulum atau memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Page 14: PENILAIAN

UJIAN PENCAPAIAN-Diberi setelah tamat kursus dan bertujuan untuk menilai hasil pengajaran. UJIAN PENEMPATAN- Bertujuan menempatkan murid-murid ke dalam kursus atau kumpulan tertentu. UJIAN BAKAT- Bertujuan untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.

JENIS-JENIS UJIAN

Page 15: PENILAIAN

UJIAN DIAGNOSTIK :- Bertujuan mengesan kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses pembelajaran. UJIAN BINAAN GURU :- Ujian yang dibina oleh guru untuk menguji dan mengesan kefahaman , penguasaan dan kemajuan murid dalam pembelajaran. UJIAN KERTAS-PENSEL :- Melibatkan kemahiran penggunaan perkataan dalam bahasa.

Page 16: PENILAIAN

UJIAN TARA :- Dibentuk, ditadbir dan dapat dianalisa secara piawaian. Menumpukan atas suatu bidang sahaja. UJIAN PRA :- Digunakan untuk mendapat maklumat tentang pengetahuan sedia ada murid supaya guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.