PenyakitKulit

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 PenyakitKulit

    1/4

    Penyakit Kulit

    Pengenalan

    Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis

    penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah

    ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi.

    Biarpun sebahagian dari penyakit kulit ini adalah normal, sebahagian lagi mungkin

    merupakan petanda bagi masalah lain. Penyakit kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi

    adalah:

    Tanda Lahir 'Benign Papular Lesions' Ruam Lampin Pigmentasi Kulit (Pigmented Lesions) Ruam Berjerawat

    Tanda lahir (perubahan salur pendarahan)

    Perubahan salur darah yang sementara

    Acrocyanosis (Kaki Dan Tangan Berwarna Kebiruan)

    Kulit berwarna ungu kebiruan di sekeliling bibir, tangan dan kaki yang mana adalahnormal pada bayi yang baru lahir.

    Ianya akan lebih ketara semasa bayi menangis atau kesejukan. Keadaan sistem peredaran yang belum matang di kalangan bayi menjadikan bayi

    sukar untuk menyesuaikan kepada cuaca sejuk. Keadaan itu adalah normal jika bayi

    tersebut makan dengan baik dan aktif

    Untuk mengecualikan sebab-sebab yang lain:o Periksa suhu badan untuk mengesan demamo Periksa bibir, lidah dan gusi, jika kebiruan bayi tersebut mesti dibawa

    berjumpa doktor dengan segera.

    Cutis marmorata

    Kulit bayi bercorak seperti batu marmar atau bercorak adalah disebabkan olehperedaran darah yang tidak sama rata di kulit.

    Bayi yang baru lahir belum dapat menyesuaikan diri apabila terdedah kepada keadaanpanas atau sejuk. Apabila terdedah kepada cuaca sejuk, peredaran darah pada kulit

    bayi akan jadi tidak teratur. Ini diikuti oleh peredaran darah yang tidak teratur pada

    tangan dan kaki. Jadi ini bukanlah perkara luar biasa untuk bayi yang baru lahir untukmengalami kebiruan pada bahagian tubuh badan tersebut.

  • 7/28/2019 PenyakitKulit

    2/4

    Keadaan ini normal dan biasanya hilang dalam 2 - 3 minggu. Jika selepas tempohtersebut masih tidak hilang, sila berjumpa doktor untuk masalah genetik.

    Tanda lahir Vascular

    Ini adalah sakit kulit vascular yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas lahir. Ini

    adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada

    tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

    Dapatkan pemeriksaan dari jururawat atau doktor di klinik semasa melakukan lawatan ke

    klinik ketika minggu pertama usia bayi atau minggu ke enam selepas kelahiran.

    Salmon patch

    Ini adalah salur darah kapilari kulit yang mengembang yang mana merupakan saki baki corak

    salur darah bayi semasa di dalam kandungan.

    Berlaku pada 40 - 60 % bayi Tompokan berwarna merah muda yang pudar dan rata biasanya ditemui di belakang

    leher, dahi di atas hidung dan kelopak mata atas.

    Warna tersebut akan menjadi lebih terserlah apabila bayi tersebut menangis. Biasanya akan hilang dengan sendiri semasa bayi berumur setahun dan tidak

    menimbulkan sebarang masalah. Tiada rawatan yang diperlukan.

    Hemangioma Strawberi.

    Haemangioma Biasanya bermula dengan tanda merah yang samar-samar di mana-mana bahagian

    badan bayi semasa usia satu hingga empat minggu.

    Kemudian menjadi merah cerah, timbul dan tidak rata, seperti buah strawberi,membesar selama enam bulan usia bayi.

    Berhenti membesar antara enam dan setahun usia bayi dan kemudian beransur-ansurmengecil dan akhirnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa tahun.

    Rawatan

    Dalam kebanyakan kes, cuma perlu menunggu sehingga ianya hilang sendiri. Elakkan kecederaan kepada hemangioma. Pakaikan sarung tangan atau pastikan kuku

    jari bayi pendek untuk mengelakkan dari tercalar.

    Jaga kebersihan terutama sekali di kawasan kelangkangan atau lipatan kulit.

  • 7/28/2019 PenyakitKulit

    3/4

    Di dalam kes, di mana hemangioma tumbuh sehingga menutup mata dan menghalangpenglihatan, rawatan diperlukan dan boleh diperolehi daripada pakar mata dan pakar

    kanak-kanak. Untuk mengelakkan kehilangan penglihatan pada mata berkenaan.

    Pilihan rawatan yang ada adalah seperti rawatan laser, interferon, suntikan steroid ke

    dalam hemangioma atau memakan ubat steroid.

    Tanda Port Wain

    Tanda Port Wain adalah berbeza dari tanda lahir yang lain dari beberapa aspek penting. Ia

    berlaku dalam 0.1 - 0.3 % daripada jumlah bayi yang baru lahir.

    Kecacatan salur darah kapilari atau vena daripada lapisan kulit yang lebih dalam. Ada sejak lahir berwarna merah, rata dan biasanya berada di sebahagian muka atau

    leher, tetapi boleh berada di mana - mana bahagian badan.

    Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup. Dengan pertambahan usia, ia akan menjadi lebih tebal, bercorak dan berwarna gelap.

    Rawatan

    Rawatan laser dengan bius, biasanya semasa kanak-kanak telah berumur dan bolehberkerjasama.

    Rawatan interferon pada bayi jika saluran darah yang terlibat adalah lebih dalam.

    Jumpa doktor segera jika tanda Port Wain :

    Jika tanda 'Port Wine' kelihatan disebelah dahi atau menutup sebelah mata- Bertujuanmengesan keluarbiasaan pada otak di sebelah yang sama. Pemeriksaan mata

    diperlukan untuk mengesan 'glaukoma' kerana rawatan awal amat diperlukan.

    Apabila melibatkan sebahagian besar bahagian depan badan dan anggota- Kecacatanpada pembuluh besar bagi sebelah anggota samada kaki atau tangan boleh

    menyebabkan anggota berkenaan membesar dengan lebih cepat jika dibandingkan

    dengan anggota yang tidak terlibat atau menyebabkan bilangan platelet menurun.Keadaan platelet yang rendah boleh meningkatkan risiko pendarahan (Klippel -

    Trenaunay-Weber syndrome)

    Perbezaan di antara tanda Port Wine dan Haemangiomas

    Tanda Port Wine HAEMANGIOMAS

    Sejak lahir Biasanya 2 bulan pertama sejak lahir

    Jarang (0.1-0.3% dari kelahiran) Biasa (10% dari kanak-kanak)Rata Timbul

  • 7/28/2019 PenyakitKulit

    4/4

    Tanda Port Wine HAEMANGIOMAS

    Pertumbuhan berkadar dengan

    pertumbuhan kanak-kanak

    Fasa pertumbuhan cepat (1-6 bulan)

    Tidak susut Fasa mendatar (6-12-18 bulan)

    Susut semula jadi (30% pada umur 3 tahun,

    50% pada umur 5 tahun, 80-90% pada umur 9tahun)

    Rawatan: Laser Rawatan: Secara umum, membenarkan susut

    semula