5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4 Tarikh/Masa/Tempoh: 24 Februari 2015/0900-1000 pagi/ 60 minit Kelas: Tahun 4 Bilangan Pelajar: 16 orang Tema Pembelajaran: Peraturan Bilik Sains Standard Kandungan: 2.1 Peraturan Bilik Sains Standard Pembelajaran: Murid boleh: 2.1.1 Mematuhi Peraturan Bilik Sains ObjektifPembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan sekurang-kurangnya dua fungsi bilik sains dengan betul. 2. Menyatakan sekurang-kurangnya lima perkara yang perlu dipatuhi di dalam Bilik Sains 3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga perkara yang dilarang di dalam Bilik Sains 4. Menyatakan sekurang-kurangnya dua sebab mengapa peraturan sains perlu dipatuhi StrategiPembelajaran: Susunan "Jigsaw Puzzle", Perbincangan, Sumbangsaran dalam Kumpulan, 'Treasure Hunt', Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah didedahkan dengan suasana di dalam Bilik Sains sebelum ini Kemahiran Saintifik: Berkomunikasi, mengelas, membuat inferens, Kemahiran berfikir: Sikap Saintifikdan Nilai Murni: Bekerja dengan bersungguh-sungguh, berfikir secara kritikal dan analitikal, bekerjasama, minat dan ingin tahu tentang persekitaran,

Peraturan Bilik Sains Rph

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jnkjk

Citation preview

Page 1: Peraturan Bilik Sains Rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4

Tarikh/Masa/Tempoh: 24 Februari 2015/0900-1000 pagi/ 60 minit

Kelas: Tahun 4

Bilangan Pelajar: 16 orang

Tema Pembelajaran: Peraturan Bilik Sains

Standard Kandungan: 2.1 Peraturan Bilik Sains

Standard Pembelajaran: Murid boleh:

2.1.1 Mematuhi Peraturan Bilik Sains

ObjektifPembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan sekurang-kurangnya dua fungsi bilik sains dengan betul.2. Menyatakan sekurang-kurangnya lima perkara yang perlu dipatuhi di dalam Bilik Sains3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga perkara yang dilarang di dalam Bilik Sains4. Menyatakan sekurang-kurangnya dua sebab mengapa peraturan sains perlu dipatuhi

StrategiPembelajaran:

Susunan "Jigsaw Puzzle", Perbincangan, Sumbangsaran dalam Kumpulan, 'Treasure Hunt',

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid telah didedahkan dengan suasana di dalam Bilik Sains sebelum ini

Kemahiran Saintifik:

Berkomunikasi, mengelas, membuat inferens,

Kemahiran berfikir:

Sikap Saintifikdan Nilai Murni:

Bekerja dengan bersungguh-sungguh, berfikir secara kritikal dan analitikal, bekerjasama, minat dan ingin tahu tentang persekitaran,

Bahan Bantu Mengajar:

Kepingan pecahan gambar alatan yang boleh dijumpai di bilik sains, kertas A4 berwarna, helaian penyataan peraturan bilik sains yang telah disembunyikan, buku kerja, ikrar peraturan bilik sains

Page 2: Peraturan Bilik Sains Rph

Fasa Isi Pelajaran Butiran Mengajar CatatanOrientasi(5 minit)

Tayangan slaid gambar, perbincangan

Murid dibahagikan kepada empat kumpulan

Setiap kumpulan diberikan kepingan pecahan gambar dan mereka dikehendaki untuk mengcantumkan kepingan itu menjadi sebuah gambar.

Wakil kumpulan melekatkan gambar yang telah dibentuk di papan hitam.

Cikgu bertanya kepada murid tentang dimanakah alatan-alatan didalam gambar tersebut biasa dijumpai.

Murid berbincang dengan guru tentang fungsi-fungsi tempat yang dimaksudkan

Pelajar diperkenalkan kepada tajuk pada hari tersebut.

ABM:Kepingan pecahan gambar alatan yang boleh dijumpai di Bilik Sains.

KS:Berkomunikasi

KB:Membuat Perkaitan

SSNM:Bekerja dengan bersunggguh-sungguh,

Pencetusan Idea(15 minit)

Sumbang saran dalam kumpulan

Sehelai kertas A4 diberikan kepada setiap kumpulan.

Di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki menyenaraikan sebanyak mungkin tentang perkara yang perlu dipatuhi dan perkara yang dilarang di dalam bilik sains.

Murid dikehendaki menulis idea mereka di dalam bentuk peta minda.

Wakil dari setiap kumpulan membentangkan idea mereka kepada kelas.

Kumpulan yang mempunyai idea yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

ABM:Kertas A4 berwarna

KS:Berkomunikasi, Mengelas

SSNM:Berfikir secara kritikal dan analitikal, Bekerjasama

KB:Menjana Idea

Page 3: Peraturan Bilik Sains Rph

Penstrukturan semula Idea(15 minit)

Lawatan ke Bilik Sains, 'Treasure Hunt'

Murid diberitahu bahawa mereka akan melawat ke bilik sains.

Murid diminta beratur dalam dua barisan sepanjang perjalanan ke bilik sains.

Setiba di bilik sains, murid diberitahu bahawa mereka akan menjalankan satu aktiviti 'treasure hunt'.

Untuk aktiviti tersebut, murid dikehendaki untuk mencari beberapa penyataaan tentang peraturan Bilik Sains yang telah disembunyikan di dalam bilik tersebut.

Setelah tamat masa pencarian, pelajar dikehendaki untuk menyatakan peraturan sains yang telah mereka jumpa kepada kelas.

Cikgu kemudiannya menerangkan tentang peraturan-peraturan sains tersebut dan mengapa peraturan tersebut penting untuk dipatuhi.

ABM:Helaian penyataan peraturan sains yang telah disembunyikan sekitar bilik sains.

KPS:Membuat Inferens

KB:Mengumpul dan Mengelas

SSNM:Minat dan ingin tahu tentang persekitaran, Hormat dan Bertingkah laku sopan

Aplikasi Idea(20 minit)

Latihan Buku Kerja

Murid diarahkan untuk membuka dan membuat latihan di dalam buku kerja muka surat 17 dan 18.

Murid berbincang jawapan dengan guru.

ABM:Buku Kerja (M/S 4)

KS:Memerhati dan membuat inferens

Page 4: Peraturan Bilik Sains Rph

SSNM:Berfikir secara rasional

Penutup(5 minit)

Rumusandari guru

Guru membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Pelajar membaca ikrar mematuhi bilik sains diketuai oleh ketua kelas.