Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    1/21

    PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH

    PENDAHULUAN

    Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha

    mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa

    berada di sekolah. Di sekolah, bimbingan dan kaunseling merupakan satu

    tanggungjawab yang besar yang perlu dimainkan oleh seorang kaunselor. Setiap

    rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap

    penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang

    maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamatperibadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas

    dan realistik.

    Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin

    akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan

    dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar

    meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan

    mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor di

    sekolah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling

    dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. engikut

    Kementerian Pendidikan alaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan

    Perlaksanaan Khidmat !imbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan

    beberapa prinsip. "ntaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan

    proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar

    didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan

    masyarakat majmuk di alaysia.

    Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan

    peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama.

    ereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam

    masa-masa menuju proses perkembangannya. ereka dilayan untuk

    1

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    2/21

    perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar

    yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Para pelajar

    akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan

    menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih sertamerancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan

    dan masa kini. #leh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta

    memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan.

    Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian

    dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

    Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama

    terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Paraguru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama.

    aklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. $usteru itu kaunselor

    hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara

    menyeluruh. !eberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal

    menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di

    sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-

    masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai

    seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah

    tersebut.

    DEFINISI

    Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa %nggeris "counselling"

    yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya

    dalam pergertian yang berbe&a. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiaporang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,

    terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan

    juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

    2

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    3/21

    Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang

    kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan

    di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan.

    Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secaraterarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien 'orang yang datang

    berjumpa denga kaunselor(. Definasi yang di berikan ini terlalu umum.

    !locher ')*+( mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk

    menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana

    ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. orey ')*++( sepertimana

    dengan !locher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberipeluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn

    masalah pada dirinya. "khir sekali $ames ')*/( pula mendefinasikan

    kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada

    proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan

    menilai potensi yang ada pada diri individu.

    KONSEP KAUNSELING

    Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan

    aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan

    seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai

    kesejahteraan hidup di dunia. "pa yang ketara kaunseling merupakan alat asas

    bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep

    kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,

    kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

    Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan

    objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. %a

    tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang

    perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,

    3

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    4/21

    ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik

    dan kurang objektif. %ni berdasarkan kepada kepercayaan0

    !ahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan

    memberi makna kepada kehidupan masing-masing.

    engakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia

    bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling

    merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang

    yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.

    1ujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai

    bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di

    samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh

    klien atas keputusannya itu.

    Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu

    memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan

    atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat

    menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah

    proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien

    yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

    Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang

    untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau

    masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan

    situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat

    menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau

    kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

    Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. elalui

    proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. "sas bagi proses ini ialah

    perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan

    perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

    4

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    5/21

    PRINSIP KAUNSELING

    Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai

    tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut0

    ). Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku

    secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah

    dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah

    tingkah lakunya.

    /. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. %ni

    termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan

    berautonomi.

    2. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam

    kaunseling. !atasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang

    dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.

    . Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan

    melalui temu bual. !ukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling,

    tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.

    3. "ktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semuaaktiviti mendengar merupakan kaunseling.

    4. Kaunselor memahami kliennya.

    +. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di

    antara kaunselor dan klien. "pa yang dibincangkan di antara kaunselor

    dan klien mesti dirahsiakan.

    . Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan

    klien yang mempunyai masalah psikologi.

    Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

    ). Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.

    5

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    6/21

    /. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri

    yang lebih tinggi.

    2. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi,

    khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.

    . #bjektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan

    keperluan kaunselor.

    Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut0

    ). Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang

    menghadapi masalah atau kerunsingan.

    /. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor

    dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah

    faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.

    2. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan

    dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak

    membuat pilihan atau keputusan untuk klien. 5al ini akan menimbulkan

    perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan

    tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya kliendapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan

    dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak

    rasional.

    . #rientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya

    paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di

    antara individu yang terlibat. #rang yang dipaksa untuk menerima khidmat

    kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.

    3. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai

    kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.

    4. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan

    dan harga diri seseorang.

    6

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    7/21

    +. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai

    peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-

    masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.

    . Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

    MATLAMAT KAUNSELING

    1. Memudahkan perubahan tingkah laku klien.

    atlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu

    perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih

    produktif dan memuaskan.

    2. Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan

    perhubungan.

    6amai di kalangan klien yang menghadapi masalah semasa berinteraksi

    dengan orang lain. %ni berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran

    komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. atlamat kaunselor ialah

    mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan

    orang lain.

    3. Membantu klien mengurus diri

    Satu lagi matlamat kaunselor yang penting ialah membantu kliennya.

    7kspektasi ibu dan bapa terhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak

    dijangka. Pola tingkah laku yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan

    masalah padanya di tempat kerja. Dalam keadaan yang demikian, kaunselor

    akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam

    situasi baru dan tuntutan baru.

    4. Menggalakkan proses membuat keputusan.

    Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat

    menyukarkan. atlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya

    membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad

    7

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    8/21

    diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan

    bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.

    5. Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.

    embantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. atlamat ini

    bermaksud memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan

    kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. atlamat kaunseling

    ialah mengurangkan atau mengatasi apa sahaja yang menyekat dan

    membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang.

    JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH

    Di dalam buku Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan !imbingan dan

    Kaunseling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran alaysia ')*(, telah

    menyatakan )8 perkhidmatan di dalam kaunseling di sekolah.

    1. P!K"#$M%&%' #'('&)!# $%' !K)$ P*%+%!

    engendalikan fail bimbingan.

    !ertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang

    berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.

    engawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk

    tujuan kaunseling.

    enyelaras, menjaga, dan mengemaskini rekod pelajar.

    emberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan

    prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.

    enjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan

    dan berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

    2. P!K"#$M%&%' PM,!#%' M%K*M%&

    8

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    9/21

    engumpul, menyedia, dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

    latihan, dan latihan kepada pelajar.'melalui risalah-risalah, buku-buku

    kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah(.

    enambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan

    peluang latihan, pelajaran, sosial, dan peribadi.

    emberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi

    borang permohonan dengan tepat.

    engelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang

    perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain.

    emberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang

    diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.

    enyebarkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah,

    "%DS, bahaya merokok, dan inhalen.

    3. P!K"#$M%&%' ,#M,#'%' $%' K%'/*#' K*)MP)K

    engelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling

    kelompok dan tunjuk ajar 'instructional( yang boleh menggalakkanperkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial,

    fi&ikal-seksual dan moral agama pelajar.

    embincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu

    kelompok yang tertentu. ontohnya9 masalah disiplin, masalah

    peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan

    oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.

    embantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan

    termasuklah Sijil Pelajaran alaysia ' SP(, Sijil Pelajaran alaysia

    :okasional ' SP:(, dan Sijil 1inggi Pelajaran alaysia ' S1P(.

    enubuh dan melatih pasukan Pembimbing 6akan Sebaya dan

    meyelia aktiviti mereka.

    9

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    10/21

    4. P!K"#$M%&%' K%'/*#'

    4.1 KAUNSELING INDIVIDU/ KELOMPOK

    Sesi kaunseling dijalankan mengenai9

    Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.

    6ujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau

    orang lain.

    Kerjaya, pelajaran dan peribadi.

    1idak terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum.

    asalah disiplin, seperti ponteng, budaya peleseran, merokok,

    bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.

    4.2 KAUNSELING KELUARGA

    Kaunseling keluarga dijalankan sekiranya ;uru !imbingan dan

    Kaunseling mampu mengendalikannya.

    4. KAUNSELING !UNUK AAR

    ;uru !imbingan dan Kaunseling mengadakan kelas untuk

    mengajar mengenai penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-

    kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat

    keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan

    dadah dan inhalen.

    5. P!K"#$M%&%' P'MP%&%'

    embantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan

    kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.

    Penempatan pekerjaan0

    enjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program

    pengalaman bekerja 'jika program seumpama ini diadakan(.

    10

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    11/21

    embantu !ahagian Pendidikan :okasional dan 1eknik dalam

    mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi

    laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan

    teknik 'khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik(.

    embantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki

    institusi-institusi pekerjaan.

    0. P!K"#$M%&%' M'%" P''%%' $%$%"

    engadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau

    kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan

    memberi nilai membenci dadah dan inhalen.

    emberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan

    bantuan pemulihan dan rawatan.

    embuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada

    kementerian atau jabatan Pendidikan

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    12/21

    engadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes

    seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar

    seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan

    sebagainya.

    . P!K"#$M%&%' K)'!'/ $'%' #, ,%P%

    engadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama

    mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.

    enghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak

    memuaskan.

    enjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa

    pelajar baru.

    !ekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan

    disiplin di kalangan pelajar.

    engadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah

    yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.

    . P!K"#$M%&%' P'6*%!%/%' !/)/

    Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di

    antara sekolah dengan agensi lain.

    enjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

    Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-

    orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.

    erancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untukmemperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi

    dan komuniti setempat.

    17. P!K"#$M%&%' P'#*%#%'

    12

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    13/21

    embuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk

    membaikinya seperti Pembimbing 6akan Sebaya, Kem $aya Diri, Skim

    =encana "nti Dadah dan motivasi pelajar.

    enilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di

    peringkat sekolah.

    KEMAHIRAN KOMUNIKASI

    enurut De :ito ')*+(, komunikasi adalah proses menghantar dan

    menerima maklumat antara dua orang dengan kesan dan maklum balas serta

    merta. 5ybels dan >eaver %% ')**3( komunikasi ialah proses manusia berkongsimaklumat, idea dan perasaan. engikut "bdullah 5assan '/88)(, antara tujuan

    komunikasi interpersonal adalah untuk memahami manusia lain dan

    persekitaran, menjalinkan hubungan, mempengaruhi dan membantu individu

    lain, berkongsi keseronokkan dan pengalaman serta meningkatkan estim diri.

    anakala ?uraidah ')**(, Komunikasi adalah berkesan bila maksud

    disampaikan diterima dan difahami dengan jelas oleh orang yang menerima

    seperti yang dikehendaki oleh orang yang bercakap 'penghantar(.

    Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat

    penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada

    menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor

    patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku

    akademik. %ni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau

    mempunyai pengetahuan yang begitu luas.

    Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang

    mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di

    samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit.

    %ni bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham

    apa yang telah dikatakan oleh kaunselor.

    13

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    14/21

    Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan

    postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya,

    membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk

    yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas.

    Kemahiran asas komunikasi yang mesti dikuasai oleh kaunselor dalam

    proses kaunseling, sama ada sesi kaunseling individu, mahupun kaunseling

    kelompok, terdapat tujuh dan boleh dilatih. Kaunselor yang berpengalaman akan

    melaksanakan dengan mudah tanpa memikirkan sangat tentangnya. !oleh

    dikatakan penguasaan kemahiran-kemahiran ini yang membe&akan antara

    kaunselor yang berpengalaman dengan kaunselor yang tidak berpengalaman.

    8a9 /oalan &erbuka

    @ntuk mendapatkan maklumat lanjut daripada klien, kaunselor boleh

    menggunakan cara menyoal yang akan meransang klien menjawab dengan lebih

    terperinci, misalnya, ASelepas pertengkaran berlaku, apa yang terjadi

    seterusnyaBC. Soalan terbuka mengajak klien menjawab lebih panjang daripada

    AyaC atau AtidakC.

    Soalan terbuka menggalak klien berkongsi maklumat dengan

    kaunselornya. Dengan menyoal cara demikian, dia meletakkan tanggungjawab

    untuk menjawab ke atas klien dan klien bebas memberi jawapan dengan tidak

    terkongkong kepada pendapat atau pandangan kaunselor. Dengan cara ini juga,

    klien bebas untuk meneroka perasaannya, nilai hidupnya dan sikapnya terhadap

    masalah yang dihadapi. Sebaliknya, soalan tertutup hanya menghasilkan

    jawapan yang bersifat fakta sahaja yang tidak mempunyai kerelevenan dengan

    masalah yang dihadapi, melainkan memenuhi keperluan ingin tahu sahaja.

    8b9 /enyap

    Senyap di sini bermaksud kaunselor tidak memberi apa-apa komen atau

    soalan sebagai respon kepada sesuatu kenyataan daripada klien, tetapi

    mendiamkan diri serta membiarkan kliennya terus bercakap. Klien biasanya

    memerlukan peluang untuk melihat dalam dirinya, perasaannya, sikap, nilai-nilai

    14

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    15/21

    dan perbuatannya. Pada peringkat awal, memang klien inginkan seseorang

    untuk mendengar tanpa memberi apa-apa maklum balas.

    Kaunselor mungkin akan merasa kekok apabila ada ruang masa yang

    tidak diisi dengan percakapan, walaupun sekejap. !agaimanapun, sekiranya

    kaunselor sensitif tentang nilai senyap dan pandai menggunakan AtimingC bila

    perlu senyap, dan bila perlu meminta keterangan lanjut, kaunselor akan banyak

    dapat faedah darinya. Pertama, senyap menyedarkan klien bahawa

    tanggungjawab bercakap dalam temu bual kaunseling adalah pada klien. Kedua,

    senyap membolehkan klien memeriksa apa yang sedang difikirkannya, dan apa

    yang dirasakannya, dan memberi ruang masa untuk membuat kesimpulan

    tentang implikasi perbincangan pada sesi itu. Klien perlukan masa untukmengimbas kembali dan memproses apa yang telah berlaku tanpa tekanan

    menjawab soalan kaunselor, tentang fikirannya dan perasaannya.

    8c9 Mendengar

    endengar, dalam konteks kaunseling ialah menerima mesej dengan teliti

    dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang disampaikan. %a meletakkan

    aras pendengaran kita lebih tinggi daripada mendengar ucapan dalam perbualan

    biasa. Kebolehan mendengar oleh kaunselor amat penting kerana ia menjadi

    teras kepada keberkesanan kaunseling. Dengan mendengar kenyataan-

    kenyataan yang dibuat oleh klien, kaunselor dapat memberi maklum balas

    tentang fikirannya dan perasaannya.

    Pada aras lain pula, apa yang didengar oleh kaunselor ditafsirkan kepada

    makna yang lain, yang lebih tepat lagi mengikut mesej yang dihantar. Pentafsiran

    ini dianggap perlu kerana biasanya, dan pada keseluruhannya, manusia tidak

    berkomunikasi secara tepat. !iasanya, bila kita bercakap, kita mempunyaikecondongan untuk cakap berlapik. %si percakapan tidak mencerminkan

    ketelusan apa yang sebenar difikirkan dan apa sebenarnya perasaan yang

    hendak disampaikan.

    15

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    16/21

    #leh yang demikian, proses mendengar memerlukan kita

    menggabungkan kemahiran menyatakan semula isi percakapan dan kemahiran

    merefleksi perasaan. endengar sebenarnya mempunyai nilai teraputik yang

    mana ia memberi kesan kepada klien bahawa dia difahami dan didengari olehseseorang.

    8d9 Pernyataan /emula

    embuat pernyataan semula berkait rapat dengan kemahiran mendengar.

    Kebolehan kaunselor menyatakan semula intipati mesej yang disampaikan oleh

    klien menandakan kaunselor mendengar dengan teliti. Kemahiran ini juga

    dikenali sebagai memparafrasa sesuatu kenyataan. Kaunselor memberi maklum

    balas kepada kliennya apa yang telah dicakapkannya dengan menggunakan

    perkataan kaunselor sendiri. emparafrasa ucapan klien ada tiga tujuan0

    emberi tahu klien bahawa kaunselor cuba memahaminya.

    eringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan oleh klien.

    enyemak kalau apa yang dipersepsikan oleh kaunselor sama dengan

    yang dimaksudkan oleh klien.

    emparafrasa kenyataan klien sesuai dibuat pada awal sesi temu bualkerana ia menggalak klien bercakap dengan lebih terbuka dan menjelaskan

    masalahnya dengan lebih lanjut. !agaimanapun, harus diingat bahawa

    memparafrasa tidak membawa kepada penerokaan masalah dengan mendalam,

    malah perbincangan akan membosankan jika tidak dibantu dengan

    menggunakan kemahiran-kemahiran yang lain.

    8e9 Mereleksi Perasaan

    Perbe&aan antara membuat pernyataan semula apa yang dicakapkan

    oleh klien dengan merefleksi perasaan adalah dari segi penekanannya.

    embuat pernyataan semula ialah memberi keterangan dengan menggunakan

    perkataan kaunselor sendiri untuk menyemak sama ada apa yang dicakapkan

    oleh klien bertepatan dengan apa yang dipersepsikan oleh kaunselor. erefleksi

    perasaan ialah mencadangkan satu perasaan yang dialami oleh klien bila

    16

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    17/21

    membuat sesuatu kenyataan, untuk menyemak ketepatan perasaan yang

    dialami ketika itu.

    89 Meringkaskan #si Perbincangan

    Kemahiran meringkaskan isi perbincangan merujuk kepada kebolehan

    kaunselor meringkaskan perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama

    klien dalam sesi temu bual untuk menyemak bahawa kedua-duanya bersetuju

    tentang apa yang telah dibincang. enyemak intipati perbincangan tidak sama

    dengan memparafrasa. %ntipati perbincangan mungkin dibuat berdasarkan

    beberapa keterangan daripada klien dalam satu sesi perjumpaan atau yang telah

    dibuatnya dalam sesi-sesi yang lepas. 1ujuan utama ialah membuat semakan.

    Kedua, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh

    perhatian oleh kaunselor.

    8g9 Meringkaskan Perasaan

    Kemahiran untuk meringkaskan perasaan klien, hasil daripada

    perbincangan dalam temu bual, agak rumit sedikit dibuat atas beberapa sebab.

    Pertama ialah kerana dalam budaya kita, iaitu budaya orang 1imur, meluahkan

    sesuatu perasaan yang mendalam adalah sukar. "pabila kaunselor cuba

    meringkaskan perasaan yang dialami oleh klien, ada kemungkinan klien tidak

    mengakui bahawa dia telah merasakan begitu. %ni kerana mengaku sesuatu yang

    bertentangan dengan nilai budaya, amat perit bagi klien untuk dipikul, walaupun

    hakikatnya klien mempunyai perasaan begitu, misalnya, bencikan ibu dan bapa,

    memarahi dan sebagainya.

    #leh itu, kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya

    menggunakan kemahiran komunikasinya agar kaunselor dan klien tidak

    bertembung pendapat. Kalau klien menidakkan sesuatu yang dipersepsikan

    benar bagi kaunselor, maka kaunselor hendaklah mengubah topik perbincangan

    itu kepada yang lain. "da kemungkinan juga memang kaunselor benarbenar

    salah mempersepsikan perasaan yang ditunjukkan oleh klien.

    17

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    18/21

    IMPLIKASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN

    Komunikasi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat

    penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

    menarik. @ntuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar

    perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap

    individu. %ni kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar

    dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah,

    rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial

    bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap

    kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi didalam bilik darjah.

    Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam

    bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi

    dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru

    itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.

    Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi

    pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada

    murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,

    kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan

    bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih

    buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak

    akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan

    membosankan.

    ;uru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi diantara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu

    serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan

    berkesan.

    18

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    19/21

    Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-

    murid begitu terhad. #leh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua

    belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya

    seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.#leh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja

    perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam

    menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.'Elassroom =ife 0 Some Dimensions

    of Parallel @niversesE, )**(.

    !erkomunikasi melalui interaksi sosial yang wujud di bilik darjah boleh

    membantu pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar,

    memikir secara kreatif dan berkomunikasi tentang masalah, yang mana akanmemperkembang dan memperdalamkan pemahaman pelajar-pelajar tentang

    mata pelajaran yang diajar. Dalam proses pembelajaran mata pelajaran yang

    boleh mewujudkan interaksi sosial, sering melibatkan proses rundingan. Proses

    rundingan akan membantu pelajar melihat bagaimana rakan sebayanya

    memahami sesuatu konsep, dan secara langsung skema dalam mindanya

    berubahsuai dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada. Di samping itu,

    proses berunding boleh mempertajam dan memperdalamkan lagi pemikiran

    seseorang.

    PENUTUP

    Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah

    tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

    Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu

    mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

    Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia

    mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti menyukarkan klien

    menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan

    terhadap kaunselor.

    19

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    20/21

    Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor

    yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. %ni kerana

    perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti

    kaunselor.

    ontoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur,

    menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan

    dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan klien.

    Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri

    daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga

    harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan

    dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil

    memahami dan menghayati permasalahan klien.

    20

  • 8/12/2019 Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah

    21/21

    BIBLIOGRAFI

    ). a&nah !aba F ?ainal adon. '/882(. K#unseling in$i%i$u& P#n$u#n

    'e'(i'(ing in$i%i$u sec#)# *)#+,i+#l $#n (e)+es#n. Pahang0 P1S

    Publications F Distributor Sdn. !hd.

    /. i&an "dilah "hmad %brahim F 5alimatun 5alaliah okhtar. '/884(.

    K#unseling in$i%i$u& A*# $#n (#g#i'#n# -2n$ e$.. Selangor0 Penerbit

    Gajar !akti Sdn. !hd.

    2. uhd ansur "bdullah F Siti