2
Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum Ini merupakan kali pertama kami menjalani fasa praktikum. Secara jujur, s berasa amat tidak sabar untuk melangkah kaki ke sekolah dan untuk mula mengaja kelas pertama saya. Sebelum praktikum bermula, saya telah mula mencar menyenaraikan pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh diaplikasikan kelas saya nanti. Saya turut bertannya kepada rakan-rakan senior yang menjalani praktikum mereka untuk mendapatkan beberapa tips dan nasihat berguna yang dapat saya aplikasikan di dalam kelas nanti. Rata-rata mereka menasihati untuk sentiasa beramah mesra dengan guru-guru tetap yang lain di sekolah itu. Selain itu, mereka turut menasihati saya untuk bersikap tegas dengan pelajar, mereka menghormati saya sebagai seorang guru. Pernyataan Profesional Semasa Praktikum Dalam tempoh 4 minggu praktikum fasa pertama saya berjalan, bany pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. ntaranya, saya d belajar cara untuk mengendalikan slot !atihan Dalam "umpulan semasa a kursus motivasi bagi para pelajar #ahun $. Selain itu, saya juga dapat merasak pengalaman pertama mengendalikan satu kelas secara berseorangan. %amun, pengalaman mengajar di luar yang telah saya jalani sebelum ini banyak membantu saya dalam mengendalikan kelas tersebut dengan lebih efektif. &eberapa masalah yang saya alami dalam sepanjang tempoh praktikum fasa satu ini,adalah kebanyakannya berkisartentang aspek dokumentasi dan perancangan pelajaran saya. Saya masih sukar untuk merancang pelajaran yang benar-benar memnuhi kesemua aspek yang diperlukan dalam satu sesi pelajaran, seperti aspek "&#, aspek nilai murni dan aspek kejelasan arahan. "etiga-tiga ini merupakan kelemahan terbesar saya dalam sepanjang tempoh praktikum ini.

Pernyataan Profesional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh pernyataan profesional

Citation preview

Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

Ini merupakan kali pertama kami menjalani fasa praktikum. Secara jujur, saya berasa amat tidak sabar untuk melangkah kaki ke sekolah dan untuk mula mengajar kelas pertama saya. Sebelum praktikum bermula, saya telah mula mencari dan menyenaraikan pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh diaplikasikan di dalam kelas saya nanti. Saya turut bertannya kepada rakan-rakan senior yang telah menjalani praktikum mereka untuk mendapatkan beberapa tips dan nasihat berguna yang dapat saya aplikasikan di dalam kelas nanti. Rata-rata mereka menasihati saya untuk sentiasa beramah mesra dengan guru-guru tetap yang lain di sekolah itu. Selain itu, mereka turut menasihati saya untuk bersikap tegas dengan pelajar, agar mereka menghormati saya sebagai seorang guru.

Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

Dalam tempoh 4 minggu praktikum fasa pertama saya berjalan, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. Antaranya, saya dapat belajar cara untuk mengendalikan slot Latihan Dalam Kumpulan semasa aktiviti kursus motivasi bagi para pelajar Tahun 5. Selain itu, saya juga dapat merasakan pengalaman pertama mengendalikan satu kelas secara berseorangan. Namun, pengalaman mengajar di luar yang telah saya jalani sebelum ini banyak membantu saya dalam mengendalikan kelas tersebut dengan lebih efektif.Beberapa masalah yang saya alami dalam sepanjang tempoh praktikum fasa satu ini, adalah kebanyakannya berkisar tentang aspek dokumentasi dan perancangan pelajaran saya. Saya masih sukar untuk merancang pelajaran yang benar-benar memnuhi kesemua aspek yang diperlukan dalam satu sesi pelajaran, seperti aspek KBAT, aspek nilai murni dan aspek kejelasan arahan. Ketiga-tiga aspek ini merupakan kelemahan terbesar saya dalam sepanjang tempoh praktikum ini.

Pernyataan Profesional Selepas Praktikum

Guru pembimbing saya menasihati saya untuk menyenaraikan semua kelemahan saya sepanjang tempoh praktikum ini, dan cuba untuk turut menyenaraikan cara-cara untuk mengatasi kelemahan tersebut, sebagai panduan saya untuk praktikum yang seterusnya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan lebih banyak panduan dan nasihat dari para pensyarah dan rakan-rakan senior agar saya lebih bersedia untuk menghadapi fasa praktikum yang seterusnya.