24
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BERCERITA KISAH RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1433H / 2012M TEMA : PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH NAMA PESERTA : NUR ALIFAH ILYANA BT ROSHADI UMUR : 12 TAHUN TAJUK CERITA : PENGARANG : NAMA GURU PENGIRING : PUAN HAMIDAH AKMAL BINTI ABD.MOLOK NOMBOR TELEFON : 013 - 9211219 ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DUNGUN NO. TELEFON SEKOLAH : NO. FAX SEKOLAH : NAMA GURU BESAR : ENCIK NU’AMAN BIN HARUN TANDATANGAN : …………………………………….. TARIKH : 21 JANUARI 2012 COP SEKOLAH :

Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pertandingan Bercerita Ne

Citation preview

Page 1: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BERCERITA KISAH RASULULLAH S.A.W

DAN PARA SAHABATSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1433H / 2012M

TEMA : PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

NAMA PESERTA : NUR ALIFAH ILYANA BT ROSHADI

UMUR : 12 TAHUN

TAJUK CERITA :

PENGARANG :

NAMA GURU PENGIRING : PUAN HAMIDAH AKMAL BINTI ABD.MOLOK

NOMBOR TELEFON : 013 - 9211219

ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DUNGUN

NO. TELEFON SEKOLAH :

NO. FAX SEKOLAH :

NAMA GURU BESAR : ENCIK NU’AMAN BIN HARUN

TANDATANGAN : ……………………………………..

TARIKH : 21 JANUARI 2012

COP SEKOLAH :

CatatanBorang penyertaan yang telah disiap hendaklah dihantar bersama-samadengan naskah cerita berjilid kepada Urus Setia sebelum atau pada 22 Januari 2012

Page 2: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

(1)Yang mulia tuan pengerusi majlis,

Barisan panel hakim yang bijaksana, para hadirin

yang sama – sama berada dimajlis yang indah ini

bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

PantunAhlanwasahlan saya mulakanBerdiri saya punya tujuanKisah Rasulullah saya utarakanJadikan panduan dalam kehidupan

Banyak hari diantara hari Tidak semulia hari jumaatBanyak nabi diantara nabi Tidak semulia nabi Muhammad

Rakan – rakan sekelian,ALLAHUMMASOLLIALA MUHAMMAD...

Nabi Muhammad  bukanlah seorang manusia biasa – biasa atau luar biasa tetapi Allah mengutuskaNya sebagai pembawa rahmat kepada hamba – hambaNya .

Itulah rahmat dan kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang . Firman Allah dalam surah

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Page 3: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

(1)

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Rakan-rakan sekalian,

12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi seluruh umat islam . Itulah tarikh keputeraan junjungan Nabi Muhammad . Ianya juga tarikh ketibaan Rasulullah di Kota Madinah yang sekali gus merupakan tarikh permulaan pembinaan Negara Islam . Tarikh ini juga merupakan tarikh kewafatan Rasulullah .

SajakDi saat akhir peredaran zamanlahirlah Muhammad, Pemimpin sejati Pesuruh Allahmembawa obor menyuluh nyata penegak kebenaranmemimpin manusia dari serba keruntuhandan bersinarlah Islam terang-menerangi

(2)

Page 4: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Para hadirin sekelian,

Menjadi umat nabi Muhammad adalah nikmat yang cukup besar dalam kehidupan kita . Kita dituntut untuk mencintai Rasulullah melebihi daripada segala-galanya

Nabi Muhammad dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat pada para nabi yang lain .

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetuai angkatan tentera Islam , membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,  akhlak  dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana  Allah SWT.

Para hakim yang bijaksana ,Sebelum masa kenabian, Nabi Muhammad mendapatkan dua julukan dari suku Quraisy  ( suku terbesar di Mekkah yang juga suku dari Muhammad ) iaitu Al-Amin  yang bererti " orang yang dapat dipercaya " dan As-

Page 5: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Saadiq yang artinya " yang benar ". Baginda sentiasa

(3)

dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah. Ini diakui sendiri oleh musuh ketatnya Al-Nadr Bin Al-Harith daripada Bani Abd Al-Dar .

Suatu peristiwa.... ketika Nabi Muhammad berusia 35 tahun , kota Mekah dilanda banjir besar. Ini menyebabkan sebahagian dinding Kaabah runtuh. Setelah banjir surut, Orang – orang Quraish bercadang untuk merobohkan seluruh binaan Kaabah bagi membinanya semula dan diletakkan atap diatasnya .

Orang Quraish dan Rasulullah telah membina semula Kaabah yang mulia . Belanja pembinaan diambil daripada harta yang bersih dari unsur – unsur riba’ dan kerja – kerja kotor .

Rakan – Rakan sekelian,

Pembinaan semula Kaabah menjadikan golongan pembesar Quraish bekerjasama dan persefahaman walaupun mereka sebelum ini sering bertelagah . Mereka sanggup memikul batu diatas tengkok

Page 6: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

mereka . Diantara mereka yang melakukan perkara

tersebut ialah Al Abbas dan Rasulullah .

(4)

Pembinaan tersebut telah diketuai oleh tukang kayu berbangsa Rom bernama Bakum . Kaabah kembali seperti sediakala malah lebih baik setelah diperbaikiApabila siap, semua pihak mula berselisih faham. Setiap suku berebut hendak meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

“ Suku akulah yang paling suci. Hajarul Aswad adalah batu suci. Jadi akulah yang layak meletakkan batu itu ke tempatnya,” kata salah seorang ketua suku kaum Quraisy dengan lantang. 

“Tak boleh!” Tingkah yang lain. “Kaum aku tinggal lebih dekat dengan Kaabah. Maka kamilah yang layak.”

“Kami pun ada hak juga,” jerit suku kaum yang lain pula.

Rakan – rakan sekelian,Perbalahan itu makin melarat dan berterusan selama 4 malam sehingga mencetuskan peperangan diantara mereka . Di tengah keriuhan itu , dalam

Page 7: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

diam seorang lelaki yang tertua dikalangan pihak Quraish yang bernama

(5)

Abu Ummayyah Bin Al-Muhgiroh maju ketengah kumpulan yang sedang bergaduh . Dia mengigatkan para ketua suku itu sambil berkata :- “ Wahai saudara-saudaraku....! Kamu jangan bertengkar . Lantiklah seseorang yang kamu boleh terima keputusannya ? Bukankah kita berada di Baitullah ? Sedarlah ! Jangan ikutkan syaitan yang membisik hati kalian ! “ kata Abu Ummayyah .

“ Adakah kau ada cadangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini ? Tanya mereka

“Aku cadangkan supaya kita pilih seseorang. Orang itu akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Abu Umayyah

“Bagus cadangan itu, tapi kita hendak pilih siapa?” tanya seorang ketua suku.

“Kalau kita pilih daripada kalangan kita, tentulah tidak adil. Kita suruh orang lain. Pagi esok sesiapa yang

Page 8: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

pertama memasuki Kaabah, dialah yang akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Abu Umayyah

(6)

Cadangan itu dipersetujui oleh semua yang ada di situ. Keesokkan harinya, ketua-ketua kaum itu bersembunyi untuk melihat siapakah yang mula-mula memasuki Kaabah.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki menuju ke Kaabah. Ketika itu hari masih terlalu awal dan kebanyakan penduduk Mekah masih tidur.

“Eh, itu Muhammad Bin Abdullah !” seru salah seorang di antara mereka.

“ Adakah kalian akan menerima apa yang beliau putuskan ? Tanya Abu Umayyah

“ Tentulah . Bukankah beliau orang yang kita percayai” sahut yang lain. Jawab suku – suku tersebut

Kemudian mereka mendapatkan Rasulullah dan mengadu masalah mereka. Baginda Rasulullah berfikir sejenak dan bertindak dengan bijaknya dalam

Page 9: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

menyelesaikan masalah yang berlaku.... Nabi Muhammad telah membentangkan serban Baginda.  Baginda mengambil

(7)

batu Hajarul Aswad dan meletakkan ke atas serbannya. Semua ketua suku diminta memegang tiap-tiap hujung serban itu. Setelah itu, Rasulullah menyuruh mereka mengangkat serban itu bersama-sama. Apabila sampai di tempatnya. Rasulullah sendiri meletakkan Hajarul Aswad itu di tempat asalnya.

Cara tindakan yang diambil oleh Rasulullah itu sangat adil dan persefahaman diantara semua suku adalah asas kepada keharmonian. Semua suku kaum itu sangat berpuas hati. Mereka memuji-muji akan kebijaksanaan Rasulullah. 

Baginda sedar bahawa mereka sangat gembira. Baginda berharap suku-suku kaum Quraisy itu akan terus berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi. Firman Allah dalam surah

Ali Imran ayat 59 yang bermaksud :-

“ MAKA dengan rahmat Allah, menjadi lunaklah hati engkau (ya Muhammad) terhadap mereka. Kalau

Page 10: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar, nescaya bercerai-berailah mereka menjauhi engkau, maka maafkanlah mereka dan minta ampunlah untuk mereka

(8)

dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. Apabila engkau telah bercita-cita (yang tetap), maka bertawakallah kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihi orang-orang yang bertawakal. “

Pengajaran dari cerita pilihan ini ialah :Pertama : Persefahaman asas perpaduan Ummah . Sebelum membuat sesuatu keputusan , kita hendaklah bersatu dan bermusyawarrah agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan penuh kebaikan Kedua : Apabila sesuatu hal tidak dapat diselesaikan dan menemui jalan buntu, hendaklah perkara itu dirujuk kepada orang yang lebih arifKetiga : Sejarah Rasulullah s.a.w, adalah warisan kita dan ianya adalah lebih penting untuk dihayati dan diketahui dari warisan budaya masyarakat kitaAkhirkalam .... Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita ini

Page 11: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Sekian. Wabillahitaufik wlhidayah wassalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh….

Yang mulia tuan pengerusi majlis,

Barisan panel hakim yang bijaksana, para hadirin

yang sama – sama berada dimajlis yang indah ini

bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

PantunAssalamualaikum saya mulakanBerdiri saya punya tujuanKisah Rasulullah saya paparkanJadikan tauladan dalam kehidupan

Banyak hari diantara hari Tidak semulia hari jumaatBanyak nabi diantara nabi Tidak semulia nabi Muhammad

Rakan – rakan sekelian,Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  adalah

pesuruh  Allah  yang terakhir. Baginda adalah pembawa

Page 12: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

rahmat untuk seluruh alam dan umat di dunia untuk

menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Firman Allah

dalam Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

(1)

Rakan-rakan sekalian,

12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi seluruh umat islam . Itulah tarikh keputeraan junjungan Nabi Muhammad .

Nabi Muhammad dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat pada para nabi yang lain . Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetuai angkatan tentera Islam , membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,  akhlak  dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana  Allah SWT.

Page 13: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

SajakBerabad – abad sudah berlalu , namun Rasulullah masih melekat dihati kita walaupun kita tidak pernah bertemu atau berjumpa dengannya dan tidak pernah langsung kita melihat akan dakwahnya , Namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang perbezaan diantara seluruh umat manusia .

(2)

Para hakim yang bijaksana ,Sebelum masa kenabian, Nabi Muhammad mendapatkan dua julukan dari suku Quraisy  ( suku terbesar di Mekkah yang juga suku dari Muhammad ) iaitu Al-Amin  yang bererti " orang yang dapat dipercaya " dan As-Saadiq yang artinya " yang benar ". Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Suatu peristiwa.... ketika Nabi Muhammad berusia 35 tahun , kota Mekah telah dilanda banjir yang menyebabkan sebahagian daripada dinding Kaabah runtuh. Setelah banjir surut , Pembesar - pembesar

Page 14: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Quraish dan Rasulullah telah membina semula Kaabah yang mulia .

Pembinaan semula Kaabah menjadikan golongan pembesar Quraish bekerjasama dan persefahaman walaupun mereka sebelum ini sering bertelagah . Mereka sanggup memikul batu diatas tengkok

mereka . Diantara mereka yang melakukan perkara tersebut ialah Al Abbas dan Rasulullah .

(3)

Pembinaan tersebut telah diketuai oleh tukang kayu berbangsa Rom bernama Bakum . Kaabah kembali seperti sediakala malah lebih baik setelah diperbaikiApabila siap, semua pihak mula berselisih faham. Setiap suku berebut hendak meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

“ Suku akulah yang paling suci. Hajarul Aswad adalah batu suci. Jadi akulah yang layak meletakkan batu itu ke tempatnya,” kata salah seorang ketua suku kaum Quraisy dengan lantang. 

“Tak boleh!” Tingkah yang lain. “Kaum aku tinggal

Page 15: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

lebih dekat dengan Kaabah. Maka kamilah yang layak.”

“Kami pun ada hak juga,” jerit suku kaum yang lain pula.

Rakan – rakan sekelian,Perselisihan itu makin melarat sehingga berlangsung 4 malam . Di tengah keriuhan itu , dalam diam seorang lelaki yang tertua dikalangan Quraish yang bernama Abu Ummayyah Bin Al-Muhgiroh maju ketengah

kumpulan yang sedang bergaduh . Dia mengingatkan para ketua suku itu :-

(4)

“ Wahai saudara-saudaraku....! Kamu jangan bertengkar . Lantiklah seseorang yang kamu boleh terima keputusannya ? Bukankah kita berada di Baitullah ? Sedarlah ! Jangan ikutkan syaitan yang membisik hati kalian ! “ kata Abu Ummayyah .

Orang – orang yang sedang bergaduh itu pun tersedar mendengar kebenaran daripada Abu Umayyah

“ Adakah kau ada cadangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini ? Tanya mereka

Page 16: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

“Aku cadangkan supaya kita pilih seseorang. Orang itu akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

“Bagus cadangan itu, tapi kita hendak pilih siapa?” tanya seorang ketua suku.

“Kalau kita pilih daripada kalangan kita, tentulah tidak adil. Apa kata kalau kita suruh orang lain. Pagi esok sesiapa yang pertama memasuki Kaabah, dialah yang akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan

Hajarul Aswad,” cadang Abu Umayyah

(5)

Cadangan itu dipersetujui oleh semua pihak yang ada di situ. Keesokkan harinya, pembesar – pembesar Quraish bersembunyi untuk melihat siapakah yang mula-mula memasuki Kaabah.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki menuju ke Kaabah. Ketika itu hari masih terlalu awal dan kebanyakan penduduk Mekah masih tidur.

“Eh, itu macam Muhammad Bin Abdullah !” seru salah seorang di antara mereka.

Page 17: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

“ Adakah kalian akan menerima apa yang beliau putuskan ? Tanya Abu Umayyah

“ Tentulah . Bukankah beliau orang yang kita percayai” sahut yang lain. Jawab suku – suku tersebut

Kemudian mereka mendapatkan Rasulullah dan mengadu masalah mereka. Baginda Rasulullah berfikir sejenak dan bertindak dengan bijaknya dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.... Nabi Muhammad telah

(6)

membentangkan serban Baginda.  Baginda mengambil batu Hajarul Aswad dan meletakkan ke atas serbannya. Semua ketua suku diminta memegang tiap-tiap hujung serban itu.

Setelah itu, Rasulullah menyuruh mereka mengangkat serban itu bersama-sama. Apabila sampai di tempatnya. Rasulullah sendiri meletakkan Hajarul Aswad itu di tempat asalnya.

Page 18: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Cara tindakan yang diambil oleh Rasulullah itu sangat adil dan persefahaman diantara semua suku adalah asas kepada keharmonian. Semua suku kaum itu sangat berpuas hati. Mereka memuji-muji akan kebijaksanaan Rasulullah. 

Baginda sedar bahawa mereka sangat gembira. Baginda berharap suku-suku kaum Quraisy itu akan terus berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi. Firman Allah dalam surah

Ali Imran ayat 59 yang bermaksud :-

“ MAKA dengan rahmat Allah, menjadi lunaklah hati engkau (ya Muhammad) terhadap mereka. Kalau sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar, nescaya

(7)

bercerai-berailah mereka menjauhi engkau, maka maafkanlah mereka dan minta ampunlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. Apabila engkau telah bercita-cita (yang tetap), maka bertawakallah kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihi orang-orang yang bertawakal. “Pengajaran dari cerita teladan ini ialah :

Pertama :

Page 19: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

Persefahaman asas perpaduan Ummah . Sebelum membuat sesuatu keputusan , kita hendaklah bersatu dan bermusyawarrah agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan penuh kebaikan Kedua : Apabila sesuatu hal tidak dapat diselesaikan dan menemui jalan buntu, hendaklah perkara itu dirujuk kepada orang yang lebih arifKetiga : Sejarah Rasulullah s.a.w, adalah warisan kita dan ianya adalah lebih penting untuk dihayati dan diketahui dari warisan budaya masyarakat kitaAkhirkalam .... Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita ini Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Sekian, terima kasih. (8)

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BERCERITA KISAH RASULULLAH S.A.W

DAN PARA SAHABATSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1433H / 2012M

TEMA : PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

Page 20: Pertandingan Bercerita Negeri Trg

NAMA PESERTA : MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD FAIZ AZMI

UMUR : 12 TAHUN

TAJUK CERITA :

PENGARANG :

NAMA GURU PENGIRING : PUAN HAMIDAH AKMAL BINTI ABD.MOLOK

NOMBOR TELEFON : 013 - 9211219

ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DUNGUN

NO. TELEFON SEKOLAH :

NO. FAX SEKOLAH :

NAMA GURU BESAR : ENCIK NU’AMAN BIN HARUN

TANDATANGAN : ……………………………………..

TARIKH : 21 JANUARI 2012

COP SEKOLAH :

CatatanBorang penyertaan yang telah disiap hendaklah dihantar bersama-samadengan naskah cerita berjilid kepada Urus Setia sebelum atau pada 22 Januari 2012

(1)