Pp Pandu Puteri 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kjbdgj

Citation preview

  • PANDU PUTERI KADET

  • KANDUNGAN Sejarah PengasasSejarah PenubuhanSejarah Penubuhan di MalaysiaTujuan Penubuhan

  • SEJARAH PENGASAS GERAKAN KEPANDUAN DUNIASejarah penubuhan Gerakan Pandu Puteri di dunia seiring dengan perkembangan Pergerakan Pengakap.Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap pada 1908 oleh Lord Baden Powell, menyebabkan pengaruh yang luas di kalangan kanak-kanakLord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London dalam suasana keluarga yang sederhana.Bapanya telah meninggal dunia sejak Baden Powell masih kecil.Abangnya,Warington berjaya memasuki latihan kapal laut semasa berusia 13 tahun.Bertitik tolak dari sinilah dengan mengikuti abangnya,Baden Powell turut dapat belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu pelayaran,kemahiran berkhemah dan memasak.

  • SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELLLady Baden Powell merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan Pergerakan Pandu Puteri ini.Nama sebenarnya ialah Olave St. Clair Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889.Beliau kurang berpuas hati dengan kehidupannya yang terkongkong daripada melakukan aktiviti lasak kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada.Beliau inginkan kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan kerja-kerja amal.

  • SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELLPada tahun 1912,sewaktu melakukan pelayaran dengan kapal laut ke S.S.Arcadian,beliau telah berkenalan dengan Baden Powell yang seterusnya berakhir dengan perkahwinan.Pada tahun 1916,Lord Baden Powell telah menubuhkan Pergerakan Pandu Puteri dan Lady Baden Powell telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri.

  • SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELLPada tahun 1918-1919,Lady Baden Powell telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab secara langsung terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan takluk Britain yang kemudiannya dikenali sebagai Persatuan KomanwellMajlis Antarabangsa pula bertanggungjawab sebagai badan perantaraan antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negeri dengan Persatuan Pandu Puteri di negara-negara lain.Kini Majlis Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia(WAGGGS).

  • SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELLPada tahun 1970,beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis.Dalam keadaan sedemikian,lawatan dan pengembaraan beliau mula dikurangkan dan akhirnya dihentikan terus.Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang kepada ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat menemuinya.Lady Baden Powell akhirnya meninggal dunia pada tahun 1977 dalam usia 88 tahun.

  • SEJARAH HIDUP LADY BADEN POWELLKata-kata beliau yang sering dijadikan perangsang,, kita patut berusaha mewujudkan semangat persaudaraan yang telen.Selepas itu kita perlu semangat keazaman untuk mengatasi sebarang kesulitan,termasuk perkara yang kita tidak suka dan perkara yang berbahaya.Tetapi yang paling utama ialah,kita boleh memupuk di kalangan ahli pergerakan yang kita cintai ini semangat perpaduan yang tidak mengenal batasan bangsa.

  • SEJARAH PENUBUHANDi satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini.Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.

  • SEJARAH PENUBUHANBaden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak.Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri.

  • SEJARAH PENUBUHANSemasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.

  • PENUBUHAN DI SERATA DUNIAWalaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas.Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan.Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara.

  • PENUBUHAN DI SERATA DUNIAPerang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini.Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

  • SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIAGerakan kepanduan di Malaysia bermula pada tahun 1917.Kepanduan ini diperkenalkan oleh seorang guru muda iaitu Cik Ballard yang mengajar di Sekolah Methodist,Kuala Lumpur.Beliau mula memperkenalkan gerakan kepanduan ini kepada murid-muridnya melalui sehelai risalah.Risalah ini dibawa beliau dari England.Cik Ballard telah menubuhkan satu pasukan Pandu Puteri di sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh telah memberi dorongan yang kuat kepadanya.Ahli pertama Pandu Puteri terdiri daripada murid-murid darjah tinggi.Cik Dorothy Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan tersebut.Beliau dibantu oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford,Cik King dan Cik Pykett.

  • SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIASecara rasminya penubuhan Pasukan Pandu Puteri pertama di Kuala Lumpur dikelolakan oleh YMCA pada tahun 1917.Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta India. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Persatuan Pandu Puteri negara ini telah diterima secara rasmi untuk bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sedunia setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

  • SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIAMulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.Pada Oktober 1966, Persatuan Pandu Puteri negara ini diterima menjadi ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS)

  • TUJUAN PENUBUHANPPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program Pandu Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH