Ppt Kraf Tradisional - Gasing

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KOD MATAPELAJARAN : PSV 3108 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL TAJUK KRAF TRADISIONAL : GASING NAMA PELAJAR BASIROH BINTI BAHAROM ROSMAWATI BT RAZALI KELAS PGSR / PSV / 5B / AMBILAN NOVEMBER 2008 NAMA PENSYARAH EN.ZAKARIAH BIN ABD GHANI TUAN HAJI JAAFAR BIN MAHMUD

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Biodata diri

TAJUK Penghargaan Gasing ( Pengenalan ) Sejarah dan Asal usul gasing Struktur gasing Bahan buatan gasing Jenis-jenis dan bentuk gasing Cara bermain gasing Tokoh Rumusan Refleksi Bibliografi

HALAMAN Slide 3 Slide 4-5 Slide 6 Slide 7-8 Slide 9-10 Slide 11 Slide 12-39 Slide 40 - 54 Slide 55 Slide 56-57 Slide 58 Slide 59

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pertama dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang Maha Esa atas kesempatan waktu yang diberi kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kami ingin merakamkan penghargaan terima kepada pensyarah, En. Zakariah Bin Abd. Ghani dan Tn. Hj Jaafar Bin Mahmud yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan yang berterusan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kepada keluarga dan rakan - rakan yang tidak jemu membantu. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Sekian, terima kasih Basiroh Binti Baharom Rosmawati Bt Razali PGSR/PSV SEM 5 Ambilan Nov 2008

BIODATA DIRIINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

NAMA PENUH : BASIROH BINTI BAHAROM NO. KP : 640302-02-5306 NO. MATRIK : 06302 KUMPULAN : PGSR PSV AMBILAN : NOVEMBER 2008 NO. TELEFON : 019-4622909 EMAIL : [email protected] ALAMAT SEKOLAH: SK. SEMELING,08100 BEDONG KEDAH DARUL AMAN.

BIODATA DIRIINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

NAMA PENUH : ROSMAWATI BT RAZALI NO. KP : 641028 075638 NO. MATRIK : 06317 KUMPULAN : PGSR PSV AMBILAN : NOVEMBER 2008 NO. TELEFON : 019-4816994 EMAIL : [email protected] ALAMAT SEKOLAH: SK. LAHAR YOOI 13300 TASEK GELUGUR S.PRAI UTARA.

GASINGPENGENALAN

Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia adalah sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Biasanya, ia dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira

berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

SEJARAH DAN ASAL USULGasing adalah permainan rakyat Melayu yang memiliki usul. Antaranya: (1) Diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) pelbagai asal

yang memiliki struktur bulat pipih,licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Struktur buah perepat ini diubah dengan menggunakan kayu yang lembut agar mudah dibentuk. (2) Permainan gasing diinspirasikan dari permainan adu telur yang

dimainkan anak-anak dengan cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai.

Sambungan..(3) Ada pendapat bahawa permainan gasing diilhamkan dari salah satu jenis alat perburuan yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran buruan, kemudian ditarik lagi. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang sebelum mengena sasarannya. Alat ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana sangat tepat mengenai sasaran buruan. Semenjak itu, perburuan selalu dilengkapi dengan alat ini. Rupanya cara seperti ini memberikan inspirasi kepada para pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada saat itu sekadar mengisi waktu lapang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus berkembang, hingga akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan permainan gasing.

Struktur GasingGasing memiliki tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan buritan gasing. Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala gasing dan bahagian ini dipanggil leher gasing. Gunanya adalah untuk melilit tali gasing. Paksi diletakkan di bagian buritan gasing untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas lantai.

Struktur GasingKepala Bahu Leher/tengkuk

Turap Labu Paksi

Bahan Buatan GasingPada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik. Namun, gasing tradisional dibuat dengan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang sering digunakan untk membuat gasing ialah dari jenis kayu merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa.

Jenis-jenis dan bentuk-bentuk GasingSelain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Pun begitu, gasing-gasing di setiap negara tidaklah begitu serupa dari segi namanya, bentuknya, cara permainannya dan orang-orang yang memainkannya. Keadaan ini dikatakan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penghijrahan, penjajahan dan perdagangan yang berlaku pada masa lalu. Gasing timah dan gasing leper hanya terdapat di Kelantan. Gasing paku di Kuala Selangor pula mempunyai persamaan dengan gasing yang terdapat di Kedah dan di Patani. Gasing Riau pula dikatakan berasal dari Melaka. Terdapat beberapa jenis gasing. Permainan gasing ini mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza:

JENIS-JENIS GASINGCiri-ciri:Bentuk: Tinggi dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

Gasing Tanjung

Gasing Jantung

Ciri-ciri: Bentuk: Jantung Berat: 0.25 kg Lilitan: 20 cm Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.

Gasing Jantung

Gasing Baba Ciri-ciri:

Bentuk: Tinggi dan seperti telur Berat: 0.6 kg Lilitan: 38 cm Tinggi: 20 cm Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

Gasing Baba

Gasing Kuno Ciri-ciri:

Bentuk: Sederhana dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 8 cm Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Kuno

Gasing Uri

Ciri-ciri: Bentuk: Rendah dan agak leper Berat: 6 kg Lilitan: 60 cm Tinggi: 8 cm Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing Uri

Gasing Leper KelantanCiri-ciri: Bentuk: Rendah dan juga leper Berat: 8 kg Lilitan: 48 cm Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Leper Kelantan

Gasing toyolCiri-ciri Bentuk : tinggi seperti berembang dengan Berat : sekitar 0.6 kg. Lilitan : sekitar 36 cm Ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

Gasing toyol

Gasing begelenCiri-ciri Bentuk Berat Lilitan Ketinggian : rendah seperti piring : sekitar 0.5 kg. : sekitar 30 cm : sekitar 8 cm.

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

Gasing begelen

Gasing berembangGasing berembang ialah sejenis bentuk gasing yang asas dan dapat digunakan untuk semua keadaan. Penggunaan gasing ini digunakan secara meluas di Malaysia. Gasing jenis ini merupakan identiti asal bagi gasing Melayu di Malaysia.[1] Gasing ini dinamakan sedemikian kerana dibuat dari buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai. Buah ini berbentuk bulat, agak leper dan licin.[2]

Gasing berembang

Gasing buku benang

Gasing Buku Benang merupakan sejenis gasing yang dihasilkan daripada buku benang yang tidak lagi digunakan.

Gasing ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang menghasilkannya sendiri daripada bekas buku benang. Untuk menghasilkan gasing buku benang, buku benang (bahagian tengah dalam gelendung benang, dahulunya dihasilkan daripada kayu) yang telah habis digunakan akan di ambil. Buku benang tersebut kemudiannya akan dipotong di bahagian tengahnya sama tinggi secara menegak. Oleh itu, setiap buku benang boleh menghasilkan dua gasing.

Selepas itu pensil akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah tersedia di tengah buku benang sebagai paksi, dan ia boleh dimainkan sebagaimana gasing biasa yang lain.

Gasing buku benang

Gasing lang lautCiri-ciri Bentuk : berbentuk sederhana dengan bentuk berembang

BeratLilitan

: 0.6 kg.: sekitar 30 cm

Ketinggian :12 cm. Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor.

berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

Gasing lang laut

Gasing leperCiri-ciri Bentuk : rendah dan juga leper Berat Lilitan

: lebih kurang 8 kg : 48 cm dan ketinggian 6 cm.

Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional.

Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar.

Gasing leper

Gasing PacitanCiri-ciri Bentuk Berat Lilitan : berembang : 0.8 kg. : sekitar 40 cm

Ketinggian : 10 cm.

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim mukim pedalaman di sepanjang

Gasing piring Gasing piring merupakan sejenis gasing yang

bentuknya pipih dan melebar. Semakin pipih gasing itu, semakin lama ia berputar. Pada kebiasaannya ia mempunyai simpal logam, biasanya timah. Gasing piring ini banyak terdapat di Kelantan. Gasing ini dimainkan dalam 2 bentuk samaada

dengan memangkah atau lama berpusing, atau gabungan keduanya.

Gasing pinangGasing pinang biasanya dihasilkan dengan menggunakan buah pinang yang masih muda dan agak lembut. Untuk menghasilkannya, buah pinang muda akan dipilih dan kulit dan sabutnya dikupas untuk mendapatkan biji benihnya. Biji benihnya, atau pulur kemudiannya akan di ambil dan batang kayu bulat atau lidi buluh akan dijadikan paksi dengan dipasah di bahagian tengahnya menembusi biji benih pinang tersebut sebagai paksi serta pemegang gasing itu.

Selepas itu, batang kayu bahagian bawah itu akan ditajamkan seperti pensil yang digunakan untuk gasing buku benang.

Gasing pinang ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut

CARA BERMAIN PERMAINAN GASING Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak

perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-

Langkah-langkah Dalam Permainan Gasing

1. Melilit tali 2. Melilit Gasing 3. Memusing Gasing 4. Memangkah Gasing 5. Mengangkat Gasing

Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.

Sambungan.. Lilitan gasing penuh

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing Gasingmemusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan..

Sambungan.. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik. Langkah awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut cara pusing sorong tarik Gasing dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada kaki kiri Gasing terus dihayunkan untuk dicampakkan

Sambungan.. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan

Memangkah GasingMemangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang. Cara melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan dari jarak dekat supaya mengenai sasaran. Gasing dilepaskan ke arah lawan dengan cara pangkah totok.

Pangkah totok.Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentakUntuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan. Pangkah layang

Pangkah layangKedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing. Gasing dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila hendak melakukan pangkah layang Pemain mengimbangkan badan untuk melakukan pangkah layang .Gasing pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusing . Kaedah melakukan pangkah terbang;badan dibongkokkan sedikit dan gasing dihayun ke belakang pada paras bahu. Pemain menggunakan cara pangkah tebang untuk memangkah labu gasing pemusing.

Pangkah tebangPangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Sambungan..

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat

Mengangkat GasingArah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

TokohJais Rozali, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah bukan seorang tokoh sejarah ataupun sasterawan negara, beliau hanyalah seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhasrat untuk membawa permainan gasing ke arena antarabangsa. Beliau bukan sahaja ingin memperkenalkan permainan tradisi orang Melayu itu kepada dunia tetapi Pak Ngah ingin melihat gasing menjadi salah satu acara sukan yang dipertandingkan sehingga ke peringkat Sukan Asia, mahupun Olimpik. Beliau telah membina gelanggang di Kampung Sanggang Temerloh Pahang menjadi tumpuan pemain gasing tempatan dan juga dari seluruh negara. Pak Ngah dari Biro Kewangan, Persekutuan Gasing Malaysia (PEGAMA) telah memulakan usaha itu sejak beliau bersara daripada perkhidmatan TUDM 16 tahun lalu.

RumusanUnsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.

sambungan..Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

RefleksiBersyukur kehadrat Allah kerana saya dan rakan dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa melaksanakan kerja kajian ini banyak pengetahuan dan nilai-nilai yang kami perolehi. Saya dan rakan dapat mengetahui latar belakang, asal usul, tujuan dimainkan, alat-alat yang digunakan dan cara permainan dimainkan. Oleh itu, generasi pada zaman ini patut menjaga dan memelhara permainan tradisonal. Saya perlu berusaha untuk mengekalkan pemainan tradisional bak kata pepatahTak lapok dek hujan, tak lekang dek panas. Selain memperolehi pengetahuan, saya juga menghayati nilai kesabaran dan ketabahan serta sikap berkerjasama dengan rakan-rakan. Saya dapat mengenali erti ketabahan semasa melaksanakan tugasan yang diberi. Terima kasih. Basiroh dan Rosmawati PGSR / PSV 5B Ambilan November 2008

Bibliografi http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing 21.3.2011

http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/permainan-

gasing.html

http://zamhi34.blogspot.com/ 1.4.2011

http://melayuonline.com/ind/culture/dig 1.4.2011