Upload
norhayati-ahmad-osman
View
31
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Konteks kajian
Saya merupakan guru pelatih Ambilan Januari 2009 dan tahun ini, 2012 merupakan
tahun terakhir pengajian saya. Pada semester ini, saya menjalani sesi praktikum bagi
fasa ketiga selama tiga bulan. Saya ditempatkan di sekolah Bahagian Serian iaitu SK ST.
Patrick Tangga. Sekolah ini merupakan sekolah mubaligh yang terdiri daripada majoriti
murid-murid yang beragama Kristian dan berbangsa Bidayuh. Bangsa lain yang turut
menghadiri sekolah ini ialah Iban, Cina, Melayu dan Kenyah/ Suluk. SK ST. Patrick
Tangga terdiri daripada 16 orang guru dan 3 orang kakitangan sokongan.
Sekolah bergred B ini terdiri daripada 210 orang murid. Sekolah ini terletak lebih kurang
60 km dari IPG KampusTun Abdul Razak (IPTAR). Saya mula berpraktikum di sekolah
tersebut pada 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012. Oleh hal yang demikian, saya
berasa bersyukur dan teruja apabila ditempatkan di sekolah ini yang kita sedia maklum
mempunyai kepelbagaian kaum. Malah, saya juga diamanahkan untuk mengajar murid
tahun 4 yang juga merupakan pengalaman pertama saya mengajar murid tahap 2. Saya
mengajar mata pelajaran Matematik tahun 4 sebagai mata pelajaran elektif.
Manakala, bagi mata pelajaran major, saya mengajar murid pendidikan pemulihan
Bahasa Melayu dan Matematik bagi tahun 2. Murid pendidikan pemulihan di sekolah ini
merupakan murid yang tidak melepasi ujian saringan 3 LINUS (Literasi dan Numerasi)
bagi tahun 2011 (Lampiran 1 Analisis Saringan 1 hingga Saringan 3 (Kohort 2) LINUS
2011).Semua murid pemulihan Tahun 2 SK. ST Patrick Tangga bagi mata pelajaran
1
Bahasa Melayu ialah empat orang murid lelaki. Pada pemerhatian saya, mereka adalah
murid-murid yang aktif dan sangat suka akan aktiviti yang melibatkan permainan dan
persaingan. Di kelas pemulihan itu sendiri, telah ada banyak bahan bantu belajar (BBB)
seperti kad bacaan, teks-teks mudah, kad-kad bergambar dan banyak lagi. Oleh itu,
murid-murid pemulihan suka datang ke kelas pemulihan SK. ST. Patrick Tangga.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada 14 Februari 2012, saya telah masuk ke kelas pemulihan bagi Bahasa Melayu Tahun
2. Terdapat tiga kumpulan murid iaitu murid lemah, sederhana dan maju. Murid
kumpulan lemah diajar kemahiran 1.1 menamakan dan membunyikan huruf vokal
(contoh huruf vokal ialah a, e, i, o dan u). Manakala, murid kumpulan sederhana
diajarkan kemahiran 1.7, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup KVK+KVK (contoh perkataan ialah pensel, cermin dan bantal). Akhir
sekali, dua orang murid kumpulan maju, diajarkan kemahiran 1.10 membaca dan
memahami perkataan KVKK+KVK (contoh perkataan ialah mangkuk, congkok dan
singlet). Kemahiran-kemahiran ini berdasarkan konstruk Linus kerana subjek kajian ini
adalah murid yang tidak melepasi Ujian Saringan 3 (Kohort 2) LINUS 2011 (rujuk
lampiran 1).
Sepertimana pengalaman saya berpraktikum sebelum ini, saya telah menggunakan
teknik tunjuk cara dengan menggunakan kad imbas iaitu dengan menunjukkan kad
gambar dan murid menyebutnya. Kemudian, saya menunjukkan kad perkataan bagi kad
2
gambar yang ada dan membimbing murid membacanya. Lazimnya, murid dapat
membaca dan menulis perkataan yang diajarkan tersebut menggunakan teknik tunjuk
cara berkenaan. Jadi, saya beranggapan awal bahawa semua murid dapat membaca dan
menulis perkataan dengan baik setelah saya melaksanakan teknik tunjuk cara
menggunakan kad imbas tersebut. Menurut Woods (2001) dalam Rio Sumarni
Shariffudin et.al (2003) bahawa input visual, input audio dan kombinasi antara keduanya
akan dapat meningkatkan keupayaan menyimpan, mengingat kembali dan seterusnya
melahirkan kefahaman terhadap bahan yang dibaca. Oleh itu, murid saya seharusnya
dapat membaca, mengingat dan menulis semula dengan baik perkataan yang telah
dilihat secara visual (gambar perkataan) dan didengar secara audio (ejaan perkataan
secara lisan). Malah, dalam P&P kali pertama tersebut, saya berasa gembira kerana
murid dapat membaca kad perkataan dengan betul berdasarkan kad gambar tersebut.
Namun begitu, pada sesi P&P bertarikh 16 Februari 2012, saya telah melaksanakan
aktiviti imlak iaitu murid menulis semula perkataan yang disebut oleh guru. Saya berasa
sungguh terkesima kerana hanya murid kumpulan sederhana yang berhadapan dengan
kesukaran membina perkataan KVK+KVK yang disebut berbanding murid kumpulan
maju dan lemah dapat menulis perkataan dan huruf mengikut kemahiran masing-masing.
Malah, kelima-lima perkataan yang disebut oleh saya telah dieja dengan salah oleh
murid kumpulan sederhana tersebut. Berikut merupakan perkataan yang telah dieja oleh
murid saya.
3
Gambar 1: Aktiviti imlak perkataan KVK+KVK 16 Februari 2012
Dalam gambar 1 di atas telah menunjukkan perkataan KVK+KVK yang ditulis oleh
murid ini adalah salah dan berbeza daripada yang dibacanya secara lisan. Perkataan
‘buntal’ dieja sebagai ‘butan’, ‘kancil’ sebagai ‘kancin’, ‘landak’ sebagai ‘ladak’,
‘biskut’ sebagai ‘biskus’, dan ‘coklat’ sebagai ‘coklang’. Saya berasa sungguh sedih dan
risau kerana murid ini tidak dapat mengeja perkataan KVK+KVK tersebut dengan betul
berdasarkan perkataan yang telah saya sebutkan.
Justeru, kejadian ini telah membangkitkan kerisauan saya bahawa strategi dan teknik
yang telah digunakan dalam P&P saya mempunyai kelemahan sehingga menyebabkan
murid masih sukar menulis perkataan yang melibatkan perkataan KVK+KVK tersebut.
Hal ini juga menimbulkan kesangsian dan persoalan kepada saya kerana masalah ini
hanya berlaku kepada salah seorang murid pemulihan saya dan tidak berlaku kepada tiga
murid pemulihan yang lain.
4
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Melihatkan hasil latihan murid tersebut, saya berasa sungguh sedih dan risau. Malah,
lebih banyak persoalan yang timbul di benak fikiran saya bahawa adakah murid sudah
boleh membaca perkataan KVK+KVK dengan baik? Mengapakah dia melakukan
kesilapan apabila menulis perkataan yang telah dipelajari semasa P&P yang lalu?
Mungkinkah murid ini masih belum dapat menulis suku kata tertutup KVK sehingga
diasukar mengeja perkataan KVK+KVK yang disebut oleh guru? Ataupun, adakah
murid ini tidak kenal huruf?
Persoalan-persoalan ini juga telah menghantar bayangan jangka pendek bagi saya iaitu
sekiranya masalah ini berlanjutan, bukan sahaja murid tidak dapat membaca dengan
baik, prestasi pencapaian di dalam peperiksaan juga akan mendapat kesan yang buruk.
Hal ini demikian kerana, dalam ujian seperti peperiksaan akhir tahun melibatkan soalan
secara bertulis. Manakala, murid ini menghadapi masalah untuk menulis. Akhirnya,
murid ini akan menghadapi kesukaran melahirkan apa-apa jawapan secara bertulis.
Kesan ini boleh dibuktikan dengan hasil ujian terbaru murid ini iaitu Ujian Bulanan 1
SK. ST. Patrick Tangga (lampiran 2). Dia mendapat markah 36% bagi mata pelajaran
Bahasa Malaysia dan membawa gred markah D.
Sekiranya, masalah ini berterusan, bukan sahaja ujian Bahasa Malaysia tetapi juga bagi
mata pelajaran lain, murid ini akan sukar menyatakan jawapan secara bertulis dan
akhirnya mendapat markah rendah dan kedudukan tercorot di dalam kelas. Lebih
5
memburukkan keadaan, dia akan menghadapi masalah apabila menduduk Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kelak.
Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membantu dan menambah baik pegangan
pendidikan saya sebelum ini bagi membantu murid ini dalam menulis dengan baik dan
khususnya menulis perkataan KVK+KVK. Malah, saya seharusnya membantu
mengekalkan dan meningkatkan keupayaan membaca murid ini yang sedia maklum
kurang bermasalah.
2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN
2.1 Isu Kajian
Oleh sebab timbul pelbagai persoalan-persoalan di atas, saya menjangkakan bahawa Wal
mengalami kesukaran membina suku kata tertutup KVK yang diperdengarkan.
Sebagaimana dalam aktiviti imlak (rujuk gambar 1) yang telah saya jalankan, saya telah
menyebut beberapa perkataan yang telah dipelajari sebelum ini, dan saya dapati
kesilapan yang dilakukan semasa ujian diagnostik pertama dilakukan berulang. Sebagai
contoh, perkataan ‘bantal’ masih dieja sebagai ‘baltal’. Sekiranya isu ini tidak diambil
tindakan, besar kemungkinan Wal akan sukar menulis perkataan lain yang melibatkan
suku kata tertutup lain yang lebih banyak seperti KVK+KVK dengan digraf,
KVK+KV+KVK, KV+KVK+KVKK, dan seterusnya. Malah, sekiranya berlarutan, dia
akan menghadapi masalah apabila berhadapan dengan perkataan yang mempunyai
imbuhan iaitu morfem terikat.
6
Nik Safiah Karim et.al (2006:44) berpendapat bahawa morfem terdiri daripada dua
bentuk iaitu morfem bersifat bebas dan morfem terikat. Contoh morfem terikat ialah
imbuhan ter-, ber-, me- dan lain-lain. Ia boleh wujud bersama-sama morfem lain
(morfem bebas atau morfem terikat). Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud
bersendirian. Misalnya, batu, buku, mandi dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya murid
menghadapi kesukaran membaca dan menulis perkataan yang bersifat konkrit, dia juga
akan menghadapi masalah mengeja morfem terikat tersebut.
Saya juga berpendapat bahawa teknik yang digunakan dalam P&P tidak selari dengan
keperluan proses pembelajaran murid tersebut. Ringkasnya, murid tersebut boleh
membaca perkataan tetapi tidak boleh menulisnya dengan baik. Hal ini menunjukkan
aktiviti menulis kurang diberi penekanan dalam P&P saya. Aktiviti menulis tersebut
dilaksanakan secara tidak berkronologi dengan aktiviti membaca yang dilakukan.
Justeru, murid sukar mengaitkan kemahiran membaca dengan kemahiran menulis yang
seharusnya saling berkait. Perilaku ini boleh wujud kerana tulisan berhubung rapat
dengan membaca dan keduanya mementingkan teknik dan akal ( Kamarudin Husin,
1998:266). Kedua-duanya bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya, malah tulisan dan
membaca seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Pendek kata,
pengajaran membaca dan menulis perkataan KVK+KVK seharusnya berlaku secara
serentak. Tanpa tulisan, bacaan tidak muncul dan begitulah sebaliknya. Sebaliknya,
aktiviti menulis tersebut dilaksanakan secara tidak berkronologi dengan aktiviti
membaca yang dilakukan. Justeru, murid sukar mengaitkan kemahiran membaca dengan
kemahiran menulis yang seharusnya saling berkait.
7
Oleh hal yang demikian, tindakan bagi membantu menangani kelemahan strategi
pengajaran dan membantu Wal dalam meningkatkan keupayaan menulis perkataan yang
melibatkan suku kata tertutup KVK khususnya perkataan KVK+KVK adalah penting.
Hal ini disebabkan oleh, menulis dengan betul adalah penting bukan sahaja untuk ujian
yang bakal dijalani olehnya tetapi yang paling utama adalah bagi kehidupan seharian
Wal. Kemahiran menulis dengan betul penting supaya Wal dapat berkomunikasi secara
bertulis dengan individu lain dan mesej yang hendak disampaikan adalah betul.
Sepertimana dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin (1998:266) bahawa tulisan adalah
alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa tulisan merupakan medium penting
bagi menyatakan fikiran dan perasaan kepada individu lain selain bahasa lisan.
2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah
Pada 1 Februari 2012 yang lalu, saya telah menjalani ujian diagnostik bagi empat orang
murid pendidikan pemulihan Tahun 2. Ujian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengesan
daerah kelemahan murid-murid berdasarkan senarai kemahiran dalam Buku Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Pelaksanaan ujian
diagnostik (UD) ini merupakan prosedur biasa bagi mengenal pasti daerah kelemahan
murid. Prosedur ini berakhir pada 3 Februari 2012 beserta dengan UD Matematik dan
analisisnya.
Bilangan sebenar murid pemulihan bagi Bahasa Melayu Tahun 2 ada empat orang
termasuk subjek kajian. Mereka merupakan Wal, Steve, Vince, dan Larry (bukan nama
8
sebenar). Murid-murid ini merupakan murid pemulihan yang terpilih berdasarkan
analisis ujian saringan LINUS (lampiran 1). Ujian diagnostik bagi kemahiran menulis
telah dilaksanakan. Hasil analisis UD tersebut dapat diperhatikan dalam jadual peratusan
bagi jawapan betul murid dalam ujian tersebut.
Jadual 1: Peratusan jawapan betul dalam UD Bahasa Melayu (Bertulis)
Bil. Nama muridKemahiran
Steve Wal Larry Vince
1 Nama huruf kecil 83% 100% 100% 100%2 Nama huruf besar 63% 100% 100% 100%3 Suku kata V 100% 100% 83% 83%4 Suku kata KV 0% 60% 60% 100%5 Perkataan KV+KV 20% 100% 100% 100%6 Suku kata KV+KV+KV 0% 80% 60% 80%7 Perkataan dua suku kata awal
V+KV0% 100% 60% 80%
8 Perkataan KVK 0% 60% 100% 100%9 Suku kata KVK 0% 40% 80% 100%10 Perkataan V + KVK 0% 60% 80% 60%11 Perkataan KV + KVK 0% 60% 60% 60%12 Perkataan KVK + KV 0% 60% 60% 80%13 Perkataan KVK + KVK 0% 40% 80% 80%14 Perkataan KV + KV + KVK 0% 60% 40% 60%15 Perkataan KVK+KV+KVK 0% 20% 20% 60%16 Perkataan dua suku kata
KV+KVKK0% 60% 100% 80%
17 Perkataan dengan suku kata KVKK 0% 75% 75% 75%18 Perkataan dua suku kata V+KVKK 0% 75% 50% 75%19 Perkataan dua suku kata
KVK+KVKK0% 60% 40% 40%
20 Perkataan dua suku kata KVKK+KV
0% 60% 80% 100%
21 Perkataan dua suku kata KVKK+KVK
0% 60% 80% 60%
22 Perkataan dua suku kata KVKK+KVKK
0% 40% 40% 60%
23 Perkataan KV + KV+KVKK 0% 40% 20% 60%24 Perkataan KV + KVK+KVKK 0% 0% 20% 60%25 Perkataan mengandungi diftong
dan vokal berganding.0% 0% 40% 40%
26 Perkataan mengandungi huruf konsonan berganding
0% 0% 20% 20%
9
Berdasarkan jadual peratusan di atas, saya telah membuat kesimpulan daerah kelemahan
bagi Steve adalah bermula pada kemahiran paling asas iaitu mengenal huruf kecil dan
huruf besar iaitu 83% dan 63% dijawab dengan betul masing-masing. Manakala, bagi
Wal ialah kemahiran Perkataan KVK+KVK iaitu 40%. Akhir sekali, Larry dan Vince
pada kemahiran Perkataan dua suku kata KVK+KVKK iaitu 40%. Bermula daripada
kemahiran-kemahiran tersebut, saya telah melaksanakan P&P.
Pemerhatian awal saya adalah kepada tiga orang murid pemulihan tersebut iaitu Wal,
Larry, dan Vince. Hal ini demikian kerana, corak kesilapan dan daerah kelemahan
menulis mereka adalah hampir sama iaitu menulis perkataan yang melibatkan suku kata
tertutup KVK. Bagi Wal perkataan KVK+KVK dan bagi Larry dan Vince pula
KVK+KVKK. Oleh hal yang demikian, saya telah melaksanakan ujian diagnostik kedua
(UD2) bagi mengesahkan adakah mereka mempunyai masalah yang sama iaitu sukar
menulis perkataan KVK+KVK.
Dalam tinjauan permasalahan ini, saya telah melaksanakan ujian diagnostik kedua
(UD2) yang melibatkan UD lisan, UD praktik, dan UD bertulis. Pengkhususan UD2
(lampiran 3) hanya ditumpukan pada perkataan yang melibatkan suku kata tertutup
KVK. Hasil daripada UD2 berkenaan, saya mendapati keputusan ujian berbeza dengan
keputusan UD1. Murid Vince dan Larry telah lulus bagi kemahiran mengeja perkataan
KVK+KVK. Keputusan UD2 dapat dilihat dalam jadual analisis berikut:
10
Jadual 2: Skor Peratusan jawapan betul UD2 Wal, Vince, dan Larry.
Bil. Nama muridKemahiran
Wal Larry Vince
Lisan1 Nama huruf kecil 23/24 96% 23/24 96% 22/24 92%2 Nama huruf besar 24/24 100
%24/24 100% 24/24 100%
3 Fonik konsonan 5/5 100%
5/5 100% 5/5 100%
4 Fonik vokal 5/5 100%
5/5 100% 5/5 100%
5 Suku kata KV 9/9 100%
9/9 100% 9/9 100%
6 Suku kata KVK 9/9 100%
7/9 78% 7/9 78%
7 Perkataan KVK 6/7 86% 7/7 100% 7/7 100%8 Perkataan V+KVK 7/7 100
%5/7 71% 7/7 100%
9 Perkataan KV+KVK/ KVK+KV
8/9 89% 8/9 89% 7/9 78%
10 Perkataan KVK+KVK 4/9 44% 5/9 56% 5/9 56%Praktik
1 Perkataan KVK 5/5 100%
5/5 100% 5/5 100%
2 Perkataan KVK+KV/ KV+KVK/ KVK+KVK
7/7 100%
7/7 100% 7/7 100%
Bertulis1 Perkataan KVK 4/5 80% 4/5 80% 2/5 40%2 Perkataan dengan suku kata
awal KVK4/5 80% 5/5 100% 4/5 80%
3 Perkataan dengan suku kata awal V+KVK
5/5 100%
4/5 80% 5/5 100%
4 Perkataan dua suku kata KV+KVK
2/5 40% 4/5 80% 5/5 100%
5 Perkataan dua suku kata KVK+KV
4/5 80% 4/5 80% 5/5 100%
6 Perkataan dua suku kata KVK+KVK
2/5 40% 3/5 60% 4/5 80%
7 Perkataam KV+KV+KVK 2/5 40% 4/5 80% 2/5 40%
11
Hasil analisis skor peratusan jawapan betul UD2 di atas, telah menunjukkan masalah
menulis perkataan khususnya pola perkataan KVK+KVK hanya dihadapi oleh murid
Wal. Wal sahaja yang mendapat skor peratusan yang kurang daripada 50%. Manakala,
Vince mendapat markah kurang daripada setengah bagi perkataan KV+KV+KVK.
Perkataan tersebut sememangnya belum dikuasai oleh murid-murid kerana belum
diajarkan.
Hasil UD2 tersebut menimbulkan kegusaran dalam hati saya kerana Wal telah
mengulangi kesilapan menulis perkataan yang melibatkan suku kata yang sama. Skor
peratus jawapan betul dia bagi perkataan KVK+KVK ialah 40% iaitu kurang daripada
setengah. Tetapi dalam kemahiran membaca (praktik) Wal mendapat markah 100%
bagi pola perkataan yang sama. Ini menunjukkan Wal tidak menghadapi masalah dalam
membaca pola perkataan KVK+KVK tersebut. Sebaliknya, Wal mengalami masalah
dalam kemahiran lisan perkataan KVK+KVK kerana berdasarkan UD2 tersebut, dia
mendapat skor peratus jawapan betul 44% sahaja. Oleh itu, Wal juga mempunyai
masalah menyebut dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK.
Kesimpulannya, hanya Wal yang menghadapi kesukaran menulis perkataan yang
melibatkan suku kata KVK khususnya perkataan KVK+KVK berdasarkan gambar
walaupun interaksi dan bimbingan dalam sesi P&P telah dilaksanakan. Manakala, bagi
Vince dan Larry, mereka telah lulus dalam menulis kemahiran berkenaan kerana
mendapat markah betul lebih daripada setengah bilangan soalan. Oleh hal yang
demikian, saya telah membuat keputusan untuk menjadikan Wal sebagai subjek kajian
saya dan menggugurkan Vince dan Larry kerana mereka telah lulus UD2.
12
Pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya. Antaranya ialah adakah Wal
tidak dapat menulis perkataan KVK+KVK kerana dia tidak boleh mengeja dan menulis
suku kata KVK? Adakah dia keliru dengan bahasa ibunda, iaitu bahasa Bidayuh?
Ataupun, adakah Wal tidak kenal huruf? Bagaimana dengan pola suku kata terbuka
seperti KV+KV dan KV+K+KV?
Namun begitu, pengaruh bahasa Bidayuh amatlah sedikit dalam kesilapan murid dalam
mengeja dan menulis perkataan KVK+KVK. Hal ini boleh dilihat berdasarkan hasil
temu bual (lampiran 4) bersama guru berbangsa Bidayuh di SK ST. Patrick Tangga
berikut.
Saya : Perkataan yang dibaca dan ditulis adalah bantal dan dieja sebagai ‘baltal’, kancil dieja sebagai ‘kalcil’, landak sebagai ‘lakdak’, cermin sebagai ‘cemnin, da lain-lain.
Guru : Owh, begitu. Terdapat beberapa perkataan Bahasa Bidayuh yang mempunyai bunyi yang hampir sama dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan bantal disebut ‘bantal’ dalam bahasa Bidayuh, cermin disebut ‘siramin’, kancil sebagai ‘piranuk’, landak sebagai ‘bidak’. Mungkin murid keliru bagaimana mengejanya dan menulisnya sahaja. Tetapi dia tidak menghadapi masalah menyebut perkataan dengan betul.
(TBG3-14/03/2012)
Oleh itu, pengaruh bahasa ibunda adalah minimum dalam mempengaruhi kesukaran
murid menulis perkataan berkenaan dengan betul. Sebutan bantal adalah sama dengan
sebutan dalam bahasa Bidayuh. Manakala, perkataan cermin hampir sama sahaja iaitu
siramin. Wal masih boleh menyebut perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dengan
betul dan baik. Manakala, perkataan lain seperti kancil dan landak adalah berbeza
dengan sebutan dalam bahasa Bidayuh.
13
Seterusnya, saya juga khuatir adakah Wal menghadapi masalah menulis perkataan
KVK+KVK disebabkan oleh dia tidak boleh menulis suku kata KVK? Namun, hasil
daripada analisis UD2 menunjukkan Wal tidak menghadapi masalah dalam membaca
dan menulis suku kata KVK. Malah, dia mendapat skor peratusan jawapan betul 80%.
Hanya 10% kesilapan dalam menulis suku kata KVK. Selain itu, hasil temu bual
(lampiran 5) bersama Wal juga menunjukkan dia boleh mengeja suku kata KVK yang
disebut oleh saya dengan betul seperti berikut.
Saya : Bagus, sekarang cikgu nak Walter tulis perkataan yang cikgu sebut.
Walter : (Walter menulis perkataan yang disebut oleh guru.. pin, jus, van, bas, tin, zip, bot)
Saya : Cikgu nak Walter tulis suku kata yang cikgu sebut.Walter : (Walter menulis suku kata yang disebut oleh guru..tas, dak, lan,
cil, dok, cin, tok (tor), sel, pah, wat, dak, tal, but, bal (ban), ban.(TBM1-08/03/2012)
Senarai perkataan yang telah dieja dengan betul sebanyak 91%. Manakala, peratusan
suku kata KVK yang salah ditulis ialah sebanyak 9% sahaja seperti dalam jadual berikut.
Jadual 3 : Peratusan ejaan yang betul bagi suku kata KVK.
Bil. Suku kata yang disebut guru Suku kata yang ditulis WalPerkataan KVK
1 Pin Pin2 Jus Jus3 Van Van4 Bas Bas5 Tin Tin6 Zip Zip7 Bot Bot
Suku kata KVK8 Tas Tas9 Dak Dak10 Lan Lan11 Cil Cil
14
12 Pen Pen13 Dok Dok14 Cin Cin15 Tor Tok16 Sel Sel17 Pah Pah18 Wat Wat19 Dak Dak20 Tal Tal21 But But22 Ban Bal23 ban Ban
Bil. Betul (%) 21 (91%)Bil. Salah (%) 2 (9%)
Oleh itu, saya telah membuat kesimpulan bahawa Wal tidak mempunyai kesilapan
dalam mengeja suku kata tertutup KVK sama ada suku kata bermakna seperti pin, bas,
van dan sebagainya, mahupun suku kata tak bermakna seperti sel, wat, dan tal.
Dalam UD2, saya tidak membuat ujian bagi mengenal pasti keupayaan Wal dalam
menulis perkataan yang melibatkan suku kata terbuka KV+KV dan KV+KV+KV kerana
dalam UD pertama, saya mendapati Wal dapat melepasi UD tersebut dengan lulus.
Contohnya dalam gambar berikut.
15
Gambar 2: UD1 bagi perkataan KV+KV+KV
Dalam item tersebut, dia telah menjawab empat daripada 5 perkataan KV+KV+KV
dengan betul. Bilangan betul ini menunjukkan dia telah melepasi kemahiran ini kerana
jumlah item yang dijawab dengan betul adalah melebihi daripada setengah jumlah item.
Sekiranya, Wal mendapat bilangan item yang betul dua daripada lima ataupun kurang,
maka dia masih belum melepasi penguasaan kemahiran tersebut.
Oleh sebab hasil pengujian ini, saya yakin bahawa Wal sudah boleh mengeja dan
menulis suku kata tertutup KV dan perkataan yang mengandungi suku kata tersebut
dengan baik. Malah, item ini dan item lain bagi kemahiran KV+KV dan V+KVK juga
telah menunjukkan Wal sudah kenal huruf. Hal ini boleh dibuktikan juga berdasarkan
hasil temu bual (lampiran 5) bersama murid.
Saya : Walter suka membaca atau tidak?Walter : Suka.Saya : Walter kenal huruf atau tidak?Walter : Kenal.Saya : Bagus. Boleh Walter tulis huruf kecil bagi huruf yang cikgu sebut?Walter : (Tulis huruf yang disebut oleh guru....j, k, m, n, p, r, dan huruf h)Saya : Bagus. Sekarang tulis huruf besar pula.Walter : (tulis huruf besar ....M, F, G, K, S, W, dan B)Saya : Bagus. Betul semuanya.
(TBM1-08/03/2012)
16
Oleh hal yang demikian, isu Wal mengalami kesukaran menulis disebabkan oleh tidak
kenal huruf seharusnya tidak timbul. Justeru, saya telah memfokuskan kepada
kemahiran 19 iaitu perkataan KVK+KVK. Malah, hasil UD1 dan UD2 telah
memberikan hasil analisis yang sama iaitu daerah kelemahan bagi Wal ialah kemahiran
19 perkataan KVK+KVK.
Gambar 3 dan 4: UD 1 (kiri) dan UD2 (kanan) Bahasa Melayu bertulis
Dalam item berkenaan, Wal telah mengeja perkataan seperti berikut:
Jadual 4: Perbandingan analisis perkataan KVK+KVK Wal dalam UD1 dan UD2 bahasa Melayu (bertulis)
Bil. UD1 UD2Item Ditulis oleh Wal Item Ditulis oleh Wal
1 sampan sampan rambut Raburg2 landak lakdak cermin Cermin3 bantal baltal rumput Panarg4 cermin cenmin bantal Baltal
17
5 cincin cincin cincin CincinBetul (%) 40% Betul (%) 40%Salah (%) 60% Salah (%) 60%
Berpaksikan analisis di atas menunjukkan kesilapan yang berulang dilakukan oleh Wal
semasa mengeja perkataan KVK+KVK sungguhpun telah ditegaskan ejaan yang betul
semasa P&P. Pernyataan ini disokong oleh nota lapangan saya (lampiran 6) hasil
daripada pemerhatian semasa pelaksanaan P&P di dalam kelas pemulihan:
“Pada mulanya, Wal masih mengeja beberapa perkataan KVK+KVK dengan salah seperti lamdak (landak), biskus (biskut), baltal (bantal), cirmin (cermin), dan sampal (sampul). Namun, setelah dibimbing mengeja dan menyebut secara berulang-ulang, dia dapat menulis dengan ejaan yang betul dengan bimbingan guru. Wal merungut penat dan sudah menunjukkan dia hilang fokus.”
(Nota Lapangan, 23/03/2012)
Bukan sahaja Wal tidak dapat menulis dengan baik, dia juga menunjukkan respon yang
negatif terhadap latih tubi mengeja dan menyebut perkataan secara berulang-ulang kali.
Kesimpulannya, daripada data-data ujian diagnostik 1 dan 2, lembaran kerja, temu bual
dan juga nota lapangan yang telah dianalisis, didapati Wal menghadapi masalah dalam
menulis perkataan KVK+KVK. Namun begitu, dia sudah kenal semua huruf, boleh
membaca dan menulis suku kata terbuka dengan baik. Tetapi, dia sukar menguasai
kemahiran menulis perkataan KVK+KVK apabila strategi yang biasa digunakan oleh
saya kepada murid-murid yang lain didedahkan kepadanya. Oleh hal yang demikian,
fokus kajian saya adalah untuk meningkatkan keupayaan murid menulis perkataan
KVK+KVK dengan menggunakan strategi “Dengar Amin” kerana masalah murid ini
18
adalah sukar menulis dengan baik apabila aktiviti imlak iaitu menyalin semula perkataan
yang diperdengarkan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
Objektif kajian tindakan saya adalah untuk:
3.1 Meningkatkan keupayaan murid menulis perkataan KVK+KVK dengan
menggunakan strategi “Dengar Amin”.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Subjek kajian saya merupakan seorang murid lelaki bernama Wal (bukan nama sebenar).
Dia merupakan murid tahun 2 SK. St Patrick Tangga, Serian. Wal berumur 8 tahun dan
tarikh lahir dia ialah 3 April 2004. Wal merupakan anak bongsu daripada tiga orang
adik-beradik. Dia berbangsa Bidayuh dan beragama Kristian. Dalam kelas perdana, Wal
merupakan seorang murid yang sangat nakal. Tingkah laku bermasalah ini telah
menyebabkan dia tercicir berbanding rakan-rakan yang lain. Ini boleh dibuktikan dengan
rekod pencapaian ujian semester kedua 2011 iaitu Wal di Tahun 1 (lampiran 7). Dia
mendapat kedudukan dalam kalangan murid tercorot iaitu kedudukan 24 daripada 29
orang murid. Pencapaian setiap mata pelajaran Wal dalam ujian tersebut adalah seperti
dalam Jadual 5 berikut.
Jadual 5: Rekod markah ujian semester 2 2011 Wal (subjek kajian) bagi semua mata pelajaran Tahun 1.
Bil. Mata pelajaran Markah (%) Gred
1 Bahasa Malaysia 56 C2 Bahasa Inggeris 42 C3 Matematik 47 C4 Sains 84 A
19
5 Pendidikan Moral 67 B6 Pendidikan Seni - C7 Pendidikan Jasmani 60 B8 Pendidikan Muzik 48 C9 Bahasa Iban 63 B
Jadual di atas telah menunjukkan bahawa pencapaian bagi mata pelajaran teras adalah
markah yang rendah kecuali mata pelajaran Sains, 84% gred A. Ini menunjukkan Wal
mempunyai potensi yang tinggi untuk cemerlang dalam mata pelajaran teras yang lain
juga. Tetapi hanya disebabkan oleh, dia bermasalah dalam menulis, dia sukar
menyatakan jawapan dengan betul dalam ujian.
Malah, dia juga sering tidak menyiapkan tugasan dalam bilik darjah yang diberi oleh
guru. Perkara ini boleh dibuktikan dengan hasil latihan Wal dalam buku latihan di kelas
pemulihan.
20
Gambar 5: Buku latihan Wal di kelas pemulihan
Namun begitu, tingkah laku Wal di kelas pemulihan dapat dikawal serba-sedikit dengan
adanya pengaplikasian peneguhan ekonomi token. Malah, Wal juga menunjukkan minat
apabila terdapat permainan seperti “Papan Jutaria” semasa aktivti pengukuhan di kelas
pemulihan. Malah, merujuk kepada refleksi P&P bertarikh 16 Februari 2012 (lampiran
8) juga menunjukkan murid menunjukkan respon yang positif dan proaktif dalam aktivit
pengukuhan. Respon positif seumpama ini adalah lazim bagi murid-murid pemulihan.
Hal ini menunjukkan Wal mempunyai tingkah laku normal sepertimana murid
pemulihan. Sungguhpun Wal menunjukkan respon positif dalam P&P kelas pemulihan,
dia masih sukar menguasai kemahiran menulis suku kata KVK, khasnya perkataan
KVK+KVK.
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
5.1.1 Strategi tindakan
Dalam kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan strategi “Dengar Amin”.
Proses pelaksanaan strategi ini dalam dilihat dalam Rajah 1 berikut.
21
Langkah 1 Interaksi lisan, membaca dan menulis.
Langkah 2 Latih tubi membaca dan menulis
Langkah 3 Interaksi lisan dan menulis
Langkah 4 Latih tubi lisan dan menulis
Rajah 1: Prosedur pelaksanaan strategi “Dengar Amin”
Dalam strategi ini, saya akan menekankan penggunakaan kaedah dengar dan tulis kerana
aspek dengar merupakan salah satu komponen penting dalam meningkatkan keupayaan
murid membaca dan menulis. Saya memilih strategi ini kerana saya melihat respon yang
sangat positif daripada murid-murid semasa saya menggunakan rakaman dan lagu di
dalam kelas (lampiran 9).
“Saya telah menggunakan audio iaitu lagu Bola Raga semasa set induksi P&P. Saya dapati penggunaan bahan audio dapat menarik perhatian murid. Malah, mereka kelihatan terhibur dan lebih gembira semasa pengajaran dan pembelajaran.”
(Nota Lapangan, 20/03/2012)
Menurut Tungku Anak Lapik (2010) dalam kajiannya yang bertajuk Kefasihan dalam
Membaca dan Menulis Murid tahun Empat melalui Kaedah Latih Tubi dan Oral-Aural
semasa Membatang Suku Kata, mengatakan bahawa analisis data mendapati kaedah
latih tubi dan oral-aural membantu peserta kajian menguasai asas membatang suku kata
dengan baik. Beliau telah menggunakan kaedah lisan dan dilaksanakan secara latih tubi
dan menggunakan alat pandang-dengar. Menurutnya lagi, melalui kaedah ini, kesilapan
dalam pembacaan dan sebutan murid dapat dibetulkan secara terus dan diulang
22
perlakuan tersebut secara latih tubi. Hal ini menunjukkan alat dengar dapat membantu
meningkatkan keupayaan murid mendengar dan menyebut dengan betul.
Seterusnya, murid akan dilatih menulis berdasarkan bunyi yang betul didengar dan
disebut. Hal ini demikian kerana hasil penulisan merupakan komunikasi penting semasa
menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Sekiranya, hasil penulisan silap, maka
komunikasi tidak berjaya, dan maksud sebenar tidak dapat disampaikan. Menurut Husin
Fateh Din et.al (2011: 85):
“menulis merupakan komunikasi tidak langsung yang berupa pemindahan atau perasaan dengan memanfaatkan struktur bahasa, dan kosa kata serta menggunakan simbol-simbol sehingga dapat dibaca seperti yang diwakili oleh simbol tersebut.”
Oleh itu, saya akan menekankan kemahiran menulis subjek kajian dalam pelaksanaan
tindakan ini berbanding kemahiran membaca kerana dia sudah boleh membaca dengan
agak baik. Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu kepada kad-kad gambar dan
perkataan. Murid akan membacakan kad-kad perkataan tersebut satu-persatu.
Kemudian, murid akan mencuba menulis perkataan yang sama di atas angin dengan jari.
Kaedah ini adalah sebagai persediaan sebelum murid menulis perkataan tersebut pada
kertas dalam bentuk tulisan sebenar. Pramenulis penting kerana menurut Tuan Jah Tuan
Yusof dan Faridah Nazir (2011: 158) mengatakan bahawa latihan koordinasi mata dan
tangan penting supaya murid-murid dapat menulis dalam buku latihan dengan tulisan
yang betul dan kemas. Oleh itu, saya akan memberikan latihan pramenulis terlebih
23
dahulu. Aktiviti pramenulis ini akan diulang secara latih tubi pada permukaan yang
berbeza seperti di belakang rakan, di atas tapak tangan kiri, dan di atas meja.
Seterusnya, saya akan menggunakan kaedah “Dengar Amin”. Kaedah ini berlandaskan
kaedah oral-aural iaitu kaedah dengar-tutur yang diajarkan kepada muird dengan tujuan
membolehkan murid memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa, iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kaedah ini merupakan
kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis menurut Tuan Jah Tuan
Yusof (2011:108).
Kemudian, mendengar kepada apa-apa yang diperkatakan oleh Amin, murid akan
menulis perkataan yang disebutkan satu-persatu pada buku latihannya. Aktiviti
menggunakan alat audio dan menulis ini akan diulang secara berulang-ulang bagi
membantu murid mudah mengingat bunyi-bunyi suku kata bagi perkataan KVK+KVK
dan menulis perkataan tersebut.
5.1.2 Langkah 1 Interaksi lisan, membaca dan menulis.
Pada peringkat permulaan, saya akan menggunakan kad perkataan dan kad gambar yang
diselerakkan. Kemudian, murid akan diperdengarkan dengan rakaman “Dengar Amin”
yang akan menyebut satu perkataan KVK+KVK sebanyak tiga kali. Murid akan
mengajuk perkataan tersebut secara lisan dan akan mencari kad gambar dan kad
perkataan yang disebutkan tersebut. Dengan ini semua deria visual, audio, dan sentuh
murid akan digunakan. 24
Dalam kajian Tungku Anak Lapik (2010) juga mengatakan bahawa bahan visual
rangsangan membolehkan Ronald mengujarkan serta menulis perkataan. Oleh itu, saya
akan menggunakan kad bergambar dan perkataan berwarna bagi mambantu
mengukuhkan keupayaan murid menyebut dan menulis perkataan dengan baik. Oleh itu,
saya akan menggunakan kad gambar dan kad perkataan yang berwarna.
Kemudian, murid disuruh mengeja sambil menulis perkataan di atas angin atau atas apa-
apa permukaan dengan menggunakan jari sahaja. Aktiviti ini adalah latihan bagi
koordinasi tangan dan mata murid sebelum menulis di atas kertas menggunakan pensel.
Seterusnya, sambil menyebut murid akan menulis perkataan tersebut dalam buku
latihan.
5.1.3 Langkah 2 Latih tubi membaca dan menulis
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011:62) teknik latih tubi ialah
aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk
mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Oleh itu, teknik
latih tubi akan digunakan oleh saya supaya murid mengulang-ulang membaca dan
menulis perkataan yang diajarkan.
Malah, menurut Tungku Anak Lapik (2010), kaedah latih tubi merupakan kaedah
pengajaran yang terletak di bawah teori Behaviorisme iaitu teori yang lebih menekankan
kepada aspek tingkah laku dan juga tindakan murid. Peneguhan berupa token dan pujian
akan diberikan sekiranya murid dapat membaca dan menulis dengan baik dalam langkah 25
ini. Saya akan menunjukkan gambar kepada murid dan murid membacanya secara lisan.
Kemudian, murid akan menulis perkataan berdasarkan gambar tersebut dalam buku
secara berulang kali.
Selain itu, bentuk latih tubi membaca dan menulis ini akan dipelbagaikan seperti
melengkapkan huruf yang tertinggal dalam perkataan, memilih perkataan yang betul
ejaan, melengkapkan ayat mudah dengan perkataan yang betul, dan banyak lagi. Latih
tubi ini akan dilampirkan dalam bentuk lembaran kerja.
5.1.4 Langkah 3 Interaksi lisan dan menulis
Seterusnya, dalam langkah ketiga saya akan membimbing murid mendengar rakaman
“Dengar Amin” tanpa bantuan kad gambar dan kad perkataan dan belajar menulis
berdasarkan bunyi yang diperdengarkan. Sebagai contoh, murid akan diperdengarkan
sebutan perkataan ‘bantal’. Kemudian, murid akan menulis perkataan bantal tersebut
berdasarkan bunyi ‘ban’ dan ‘tal’ yang didengarinya.
5.1.5 Langkah 4 Latih tubi lisan dan menulis
Peringkat yang terakhir ini adalah melatih tubi murid menulis dengan baik apa-apa yang
diperdengarkan kepadanya. Oleh itu, murid akan menulis sesuatu berdasarkan bunyi
yang didengarinya dengan baik. Menurut Tungku Anak Lapik (2010) kaedah latih tubi
dan oral-aural sesuai digunakan kerana kaedah ini membolehkan murid mengingat dan
menyebut suku kata dengan tepat selain memberi penekanan kepada bacaan. Kaedah ini
26
mendorong kemahiran membaca, menulis, mengeja, dan mengingat dijalankan sekaligus
dan sesuai untuk pengajaran bahasa.
Pada peringkat ini akan diperkembangkan aras kemahiran iaitu daripada perkataan
kepada frasa. Sebagai contoh, murid akan diperdengarkan frasa ‘cermin muka’ dan
murid akan menulis perkataan cermin muka tersebut. Pengulangan langkah ini akan
dilakukan beberapa kali supaya murid semakin cekap dalam mengenal pasti maklumat
dan menulis berdasarkan maklumat yang disampaikan dengan betul.
5.2 Cara pengumpulan data
Sepanjang menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan empat instrument khas untuk
mendapatkan data. Instrumen-instrumen tersebut adalah seperti berikut:
1. Ujian pra dan pasca
2. Lembaran kerja
3. Temu bual
4. Nota lapangan
5.2.1 Ujian pra dan pasca
Ujian pra dan pasca merupakan item-item soalan yang ditadbir sebelum pelaksanaan dan
selepas pelaksanaan strategi. Item-item soalan tersebut ditadbir bagi melihat tahap
pencapaian murid dalam membaca perkataan KVK+KVK dari masa ke masa. Bentuk-
27
bentuk item adalah soalan berstruktur seperti melengkapkan, mengisi tempat kosong,
menyusun huruf dan banyak lagi. Ujian pra akan diberikan kepada murid sebelum
strategi dilaksanakan. Manakala, ujian pasca akan diberi sesudah strategi dilaksanakan.
5.2.2 Lembaran kerja
Seterusnya, lembaran kerja merupakan alat bagi menguji keberkesanan sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P) secara terus.Di samping menjadi garis pengukur kepada
pencapaian objektif P&P, lembaran kerja juga berperanan sebagai data bagi
membuktikan perubahan keupayaan murid semasa menulis. Lembaran kerja akan
diberikan kepada murid setiap kali P&P dilaksanakan semasa langkah khas untuk
aktiviti lembaran kerja. Oleh sebab dalam seminggu ada dua kali P&P bahasa Melayu
Pemulihan tahun 2, setiap minggu ada dua jenis item yang akan diberikan kepada murid.
5.2.3 Temu bual
Temu bual akan dibuat bersama dengan guru-guru dan murid. Sebelum menemu bual
guru, saya akan meminta guru menguji subjek kajian terlebih dahulu dalam keupayaan
dia membaca dan menulis perkataan KVK+KVK yang akan disenaraikan oleh saya.
Kelak, saya akan menemu bual guru pendidikan pemulihan dan guru bahasa Melayu
kelas perdana Tahun 2 tentang persepsi atau pandangan mereka terhadap perubahan dan
perkembangan subjek kajian. Saya juga akan menemu bual secara separa formal dengan
subjek kajian tentang keyakinan diri terhadap keupayaan dan minat membaca dan
menulis.
28
5.2.4 Nota lapangan
Setiap kali melaksanakan strategi dan sesudah sesi P&P, saya membuat refleksi dan
catatan dalam nota lapangan saya. Catatan ini penting kerana saya dapat mencatat dan
melihat semula pada bila-bila masa kekuatan dan kelemahan ataupun apa-apa perkara
yang berlaku semasa strategi dilaksanakan. Tingkah laku murid yang berlaku semasa
strategi dilaksanakan juga dapat dicatat dan saya tidak lupa akan apa-apa peristiwa
tersebut dengan adanya catatan tersebut. Nota lapangan ini adalah bertujuan menyokong
data-data lain seperti ujian pra dan pasca, lembaran kerja, dan juga temu bual yang telah
dilaksanakan.
5.3 Cara menganalisis data
5.3.1 Ujian pra dan pasca
Keputusan bagi ujian pra dan pasca ini akan dianalisis berdasarkan skor markah murid
dalam bentuk peratus. Setiap jawapan yang betul membawa 1 markah dan akan
dimasukkan ke dalam jadual. Hasil analisis bagi ujian pra akan dibandingkan dengan
hasil analisis ujian pasca strategi dilaksanakan.
Perbandingan ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan juga graf. Daripada
hasil data tersebut, akan dapat memperlihatkan peningkatan murid selepas strategi
diimplementasikan.
5.3.2 Lembaran kerja
29
Lembaran kerja pula akan membawa perwakilan bahawa tahap pencapaian murid dari
masa ke masa dan juga garis pengukur kepada pencapaian objektif P&P yang terdiri
daripada strategi yang akan dilaksanakan. Jumlah item dalam lembaran kerja akan
disediakan dalam jumlah yang ganjil. Sekiranya skor markah betul adalah lebih daripada
setengah, maka objektif P&P dan strategi pada masa tersebut adalah tercapai. Lembaran
kerja ini juga akan memperlihatkan peningkatan keupayaan murid menulis dengan baik
atau sebaliknya.
5.3.3 Temu bual
Temu bual akan dibuat dalam bentuk transkripsi dan akan dilabel. Hasil daripada temu
bual tersebut, saya akan menganalisis respon daripada guru tentang tahap perubahan
subjek kajian dalam keupayaan dia menulis perkataan KVK+KVK dan juga perkataan
lain. Selain itu, hasil temu bual bersama guru juga akan member gambaran tentang
peningkatan positif atau sebaliknya terhadap pencapaian murid dalam kemahiran
membaca dan menulis. Malah, melalui temu bual bersama murid pula akan merekodkan
respon subjek kajian terhadap keyakinan diri sendiri membaca dan menulis perkataan
KVK+KVK.
5.3.4 Nota lapangan
Seterusnya, daripada nota lapangan, saya akan menganalisis catatan-catatan yang
berkaitan bagi menyokong hasil analisis bagi data-data yang lain. Sebagai contoh, skor
30
dalam lembaran kerja subjek kajian akan disokong oleh catatan dalam nota lapangan
saya.
6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil. Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan1 Mengenal pasti masalah dan
mengumpul data-data Menjalankan ujian diagnostik
pertama Menemu bual guru dan murid Menjalankan ujian diagnostik kedua. Mengambil data-data lain (lembaran
kerja murid/ rekod Ujian Saringan Linus/ dan lain-lain)
2 – 10 Februari 2012
13- 17 Februari 2012
20 Februari– 9 Mac 2012
2 Menulis proposal kajian/ Tinjauan literatur/ Merancang tindakan
12 – 22 Mac 2012*cuti sekolah
3 Menghantar proposal kajian 23 Mac 20124 Melaksanakan tindakan
Langkah 1 (P&P membaca dan menulis)Langkah 2 (P&P latih tubi membaca dan menulis)Langkah 3 (P&P lisan dan menulis)Langkah 4 (P&P latih tubi lisan dan menulis)
Mengumpul data lembaran kerja/ pemerhatian/ nota lapangan
29 Mac – 20 April 2012
5 Refleksi kajian Mengumpul data ujian pasca/
lembaran kerja/ pemerhatian/ nota lapangan
23 – 27 April 2012
6 Menulis laporan Semester 8 20127 Seminar pembentangan dapatan
kajianSemester 8 2012
31
6.2 Kos Kajian
Bil Bahan/ Peralatan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos
1 Kertas A4 RM13 x 2 RM26.00
2 Kertas warna RM2 x 3 RM6.00
3 Printer Catridge(black) RM27 x 1 RM27.00
4 Printer Catridge(colour) RM27 x 1 RM27.00
5 Penjilidan RM 50 x 1 RM50.00
6 Marker RM 2 x 3 RM6.00
7 Kos luar jangkaan RM100 x 1 RM100.00
Jumlah keseluruhan RM242.00
7.0 SENARAI RUJUKAN
7.1 Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi dan Siti Hajar
Idrus. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
7.1 Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
32
7.2 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood.
(2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
7.3 Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, Dayang Hajjah Tiawa
Awang Haji Hamid. (2003). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian
Multimedia Membaca-Faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak
Prasekolah. Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 Oktober 2003,
Puteri Pan Pasific, Johor Bahru.
7.4 Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
7.5 Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
7.6 Tungku Anak Lapik. (2010). Kefasihan dalam Membaca dan Menulis Murid
Tahun Empat melalui Kaedah Latih Tubi dan Oral-Aural semasa Membatang
Suku Kata. Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM
Pendidikan Rendah) (ms 238-249). Sarawak.
8.0 LAMPIRAN
33
Analisis Saringan 1 hingga Saringan 3 (Kohort 2) LINUS 2011
34
Lampiran 1
Ujian Bulanan 1 Bahasa Malaysia SK. ST. Patrick Tangga, Serian.
35
Lampiran 2
36
Lampiran 2
37
Lampiran 2
38
Lampiran 2
39
Lampiran 2
40
Lampiran 2
41
Lampiran 2
Ujian Diagnostik lisan, praktik dan bertulis bagi Bahasa Melayu.
Ujian Diagnostik Lisan
42
Lampiran 3
43
Lampiran 3
Ujian Diagnostik Praktik
44
Lampiran 3
Ujian Diagnostik Bertulis
45
Lampiran 3
46
Lampiran 3
47
Lampiran 3
48
Lampiran 3
Temu bual bersama guru bertarikh 14/ 03/ 2012 (TBG3-14/03/2012)
Temu bual : Guru 3Tarikh : 14 Mac 2012Kod : TBG3-14/03/2012
Saya : Terima kasih cikgu kerana sudi ditemu bual oleh saya.Guru : Sama-sama. Saya bersedia membantu sedaya-upaya.Saya : Buat makluman cikgu, saya sedang membuat kajian terhadap salah seorang
murid pemulihan Tahun 2 iaitu Walter. Saya mendapati dia sering mengulang kesilapan yang sama iaitu mengeja dan menulis perkataan KVK+KVK dengan salah. Apa yang menimbul tanda tanya, adakah pengaruh bahasa Bidayuh mempengaruhi sebutan dan hasil penulisan murid?
Guru : Boleh cikgu nyatakan perkataan yang dieja oleh Walter?Saya : Perkataan yang dibaca dan ditulis adalah bantal dan dieja sebagai ‘baltal’,
kancil dieja sebagai ‘kalcil’, landak sebagai ‘lakdak’, cermin sebagai ‘cemnin, dam lain-lain.
Guru : Owh, begitu. Terdapat beberapa perkataan Bahasa Bidayuh yang mempunyai bunyi yang hampir sama dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan bantal disebut ‘bantal’ dalam bahasa Bidayuh, cermin disebut ‘siramin’, kancil sebagai ‘piranuk’, landak sebagai ‘bidak’. Mungkin murid keliru bagaimana mengejanya dan menulisnya sahaja. Tetapi dia tidak menghadapi masalah menyebut perkataan dengan betul.
Saya : Owh, begitu. Kalau begitu, memang tidak hairanlah Walter sering mengeja perkataan bantal sebagai ‘baltal’ berulang kali walaupun sudah diperbetulkan oleh saya.
Guru : Ya, memang bagitu. Murid-murid lebih mudah mengingat dan menyebut perkataan yang digunakan sehari-hari. Oleh itu, dia akan terbawa-bawa sebutan tersebut di dalam bilik darjah.
Saya : Ya, cikgu. Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi dengan saya pada hari ini.
Petunjuk:Saya : Guru pelatihGuru : Guru yang ditemu bual
49
Lampiran 4
Temu bual bersama murid bertarikh 08/ 03/ 2012 (TBM1-08/03/2012)
Temu bual : Murid 1Tarikh : 8 Mac 2012Kod : TBM1-08/03/2012Temu bual bersama Walter (murid pemulihan)
Saya : Siapa nama awak?Walter : Walter.Saya : Okey Walter. Berapa umur awak?Walter : 8 tahun.Saya : Walter suka membaca atau tidak?Walter : Suka.Saya : Walter kenal huruf atau tidak?Walter : Kenal.Saya : Bagus. Boleh Walter tulis huruf kecil bagi huruf yang cikgu sebut?Walter : (Tulis huruf yang disebut oleh guru..j, k, m, n, p, r, dan huruf h)Saya : Bagus. Sekarang tulis huruf besar pula.Walter : (tulis huruf besar M, F, G, K, S, W, dan B)Saya : Bagus. Betul semuanya. Walter pandai baca?Walter : (menganggukkan kepala)Saya : Cikgu nak Walter baca perkataan yang cikgu tunjuk.Walter : (Walter baca perkataan betik, pisang, nanas, ciku)Saya : Walter pandai tulis atau tidak?Walter : Pandai.Saya : Okey, sekarang Walter tulis perkataan yang Walter tahu. Nama haiwan, buah-
buahan atau apa-apa yang Walter tahu.Walter : (Walter menulis gajah, ketam, ayam, itik, buku, buang (bunga), komtek
(komputer).Saya : Bagus, sekarang cikgu nak Walter tulis perkataan yang cikgu sebut.Walter : (Walter menulis perkataan yang disebut oleh guru.. pin, jus, van, bas, tin, zip,
bot)Saya : Cikgu nak Walter tulis suku kata yang cikgu sebut.Walter : (Walter menulis suku kata yang disebut oleh guru..tas, dak, lan, cil, dok, cin,
tok (tor), sel, pah, wat, dak, tal, but, bal (ban), ban.Saya : Walter, tolong tulis perkataan yang cikgu sebut.Walter : (Walter menulis perkataan yang disebut oleh guru…lakdak (landak), pensel,
baltal (bantal), cincin, sampah, pokdok (pondok), kalkil (kancil), rambut, biskus (biskut), coklat, boltal (buntal).
Saya : Okey, terima kasih Walter kerana sudi ditemu bual oleh cikgu hari ini.Walter : Sama-sama.
Petunjuk:Saya : Guru pelatihWalter : Subjek kajianWarna merah : Perkataan sebenar yang betul.
50
Lampiran 5
Nota lapangan bertarikh 23/03/2012
Walter
Aktiviti mengeja menggunakan dadu bergambar diperkenalkan kepada Walter. Sambil mengeja, Walter bergerak petak demi petak pada Papan Jutaria. Kemudian, Walter menulis perkataan berkenaan pada kertas. Pada mulanya, Walter masih mengeja beberapa perkataan KVK+KVK dengan salah:
lamdak (landak)biskus (biskut)baltal (bantal)cirmin (cermin)sampal (sampul)
Dia dibimbing mengeja dan menyebut secara berulang-ulang perkataan tersebut. Kemudian, dia menulis dengan ejaan yang betul dengan bimbingan guru. Intervensi dihentikan setelah 30 minit. Walter merungut penat dan sudah menunjukkan dia hilang fokus.
51
Lampiran 6
Rekod pencapaian ujian semester kedua 2011 (Tahun 1)
52
Lampiran 7
Petunjuk:
Analisis keputusan subjek kajian
53
Lampiran 7
Petunjuk:
Analisis keputusan subjek kajian
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 16 Februari 2012
Objektif pengajaran dan pembelajaran belum tercapai. Murid masih melakukan kesilapan apabila membina perkataan berpandukan gambar yang dilihat.
Kekuatan:
Murid memberikan respon yang positif dan proaktif dalam aktiviti pengukuhan (Permainan Papan Jutaria).
Kelemahan:
Murid-murid belum dapat menulis dengan baik tanpa bimbingan guru. Guru kurang memberi penekanan dari aspek tulisan.
Cadangan penambahbaikan:
Guru perlu beri penekanan dari aspek latihan menulis. Teknik latih tubi boleh diamalkan bagi membantu murid-murid mengeja dengan betul.
54
Lampiran 8
Nota lapangan bertarikh 20/ 03/ 2012
Saya telah menggunakan audio iaitu lagu semasa set induksi. Penggunaan bahan audio
dapat menarik perhatian murid. Malah, mereka kelihatan terhibur dan lebih gembira
semas pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga senyap kerana ingin mendengar
rakaman lagu tersebut.
55
Lampiran 9