Upload
dinhtuong
View
269
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Kedah
Pemeriksaan yang dijalankan oleh Pasukan Audit Dalam (PAD)
bagi menilai sama ada Sistem Pengurusan Kualiti UiTM
dilaksanakan dengan terkawal dan berkesan seperti yang dirancang.
Audit Dalam dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun dan
dirancang dengan mengambilkira status dan kepentingan sesuatu
proses dan bidang yang akan diaudit selain daripada
mengambilkira hasil audit yang lepas. Kriteria, skop, dan kaedah
audit akan ditentukan oleh PAD.
Audit Dalam
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Kedah
ISO 9001:2015 Seksyen 9 Klausa 9.2
“ 9.2.1 Organisasi hendaklah menjalankan audit dalaman secara
berkala bagi menyediakan maklumat mengenai sama ada sistem pengurusan
kualiti:
a) Mematuhi
1) Keperluan organisasi sendiri untuk sistem pengurusan kualitinya;
2) Keperluan standard antarabangsa ini;
b) Sedang dilaksanakan secara berkesan dan dikekalkan.
Kenapa Audit Dalam
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Kedah
Objektif & Skop
❑Tujuan audit dalam adalah untuk memastikan semua
perkhidmatan/operasi yang disediakan memenuhi kehendak
dan keperluan pelanggan serta penambahbaikan secara
berterusan dilakukan.
❑Skop audit dalam ditentukan oleh Wakil Pengurusan, Ketua
Unit Kualiti dan Ketua Sistem Audit.
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Kedah
Wakil Pengurusan
Wakil pengurusan yang bertanggungjawab untuk menilai dan memastikan proses
kualiti dilaksanakan.
Juruaudit Kualiti Dalaman
Staf UiTM yang berkelayakan, terlatih dan dilantik menganggotai PAD.
Auditee
Semua staf UiTM yang melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti UiTM.
Pihak Terlibat
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Kedah
➢Menyediakan Draf Rancangan Audit Tahunan
➢Melaksanakan Perancangan Audit Dalam & Mesyuarat Pembukaan
➢Menjalankan Audit Dalam
➢Mengendalikan Mesyuarat Penutup
➢Mengadakan Perbincangan Pra Penutupan Audit
➢Draft Laporan Audit
➢Mengendalikan Mesyuarat Penutup
➢Membentangkan Laporan Audit
➢Melaksanakan Audit Susulan
Proses Audit
Unit Pengurusan Kualiti UiTM Kedah
Penemuan AD diberi gred-gred berikut:
Major – Perlanggaran keperluan piawaian atau prosedur yang boleh memberi kesan langsung kepada
SPK
Minor – Perlanggaran sesuatu prosedur secara sendiri atau berkumpulan yang boleh menyebabkan
kelemahan sistem jika tidak dibaiki
Satisfactory (Memuaskan) – Penemuan yang positif atau bersifat makluman status semasa aspek
yang diaudit.
In Progress (Dalam Tindakan) – Penemuan yang belum selesai dan akan disusuli semasa audit
seterusnya.
OFI (Penambahbaikan) – Penemuan yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan penambaikan
kepada sistem pengurusan kualiti.
Gred Penemuan