PROSES2 MORFOLOGI

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 PROSES2 MORFOLOGI

    1/4

    Proses -Proses Morfologi

    Yang dimaksudkan dengan proses morfologi ini ialah proses-proses yang berlaku dalam

     bahasa Melayu bagi menghasilkan kata-kata terbitan. Proses morfologi ini menjelaskan apa

    yang berlaku terhadap unsur morfologi, iaitu morfem dan kata dalam bahasa Melayu bagi

    menerbitkan perkataan baru. Ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa

    Melayu, iaitu: pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman. Oleh

    sebab proses ini penting maka kita akan menjelaskannya satu persatu.

    Proses-proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar itu ialah bentuk yang

    menerima imbuhan dalam proses pengimbuhan atau bentuk yang digabungkan dengan bentuk 

     perkataan lain dalam proses pemajmukan atau bentuk yang mengalami gandaan dalam proses

     penggandaan. Bentuk dasar itu boleh terdiri daripada satu kata dasar atau kata terbitan, dan

    kata terbitan itu boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk atau kata

    akronim. Di samping itu ada juga berlaku proses pemendekkan kata bagi membentuk

     penambah atau klitik.

    Dalam kajian kami terhadap bahasa Murut ada terdapat pengimbuhan, penggandaan dan

     pemajmukan sahaja. ejauh ini belum kami temui adanya kata akronim dalam bahasa Murut.

    Pengimbuhan

    Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan men!antumkan satu atau lebih

    imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. "mbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk

    dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekaligus atau

    disisipkan ke dalam bentuk dasar.

    "mbuhan yang di!antumkan di depan kata dasar dipanggil awalan. "mbuhan yang

    di!antumkan di belakang kata dasar dipanggil akhiran. "mbuhan yang di!antumkan

    sekaligus di depan dan di belakang kata dasar dipanggil apitan. "mbuhan yang dimasukkan

    ke dalam kata dasar dipanggil sisipan.

    #asil kajian kami dalam bahasa Murut mendapati ada beberapa perkataan yang menggunakan

    imbuhan. Diantaranya ialah$

  • 8/18/2019 PROSES2 MORFOLOGI

    2/4

    BA#AA M%&%' BA#AA M()AY% *A'A '(&B"'A+ BA#AA M()AY%

    ayam !erita pegayam ber!erita

     peted !erai mepeted ber!erai

     peted !erai ngetad di!eraikan

    tuduʔ tunang petuduʔ  bertunang

    rudap tidur nerudap tertidur  

    meno !uri pemeno pen!uri

    nerak koyak dirak dikoyakkan

    kelupan lupa nekelupan terlupa

    alap ambil nealap mengambil

    Menurut informan, tatabahasa dan penggunaan imbuhan dalam bahasa Murut sangat terhad,

    tidak seperti dalam bahasa Melayu yang mempunyai imbuhan yang boleh membentuk kata

    terbitan yang baru. Di dalam bahasa Murut, satu perkataan boleh digunakan untuk beberapa

    kata dasar dan kata yang berimbuhan yang mempunyai makna mengikut kesesuaian ayat,

    ontoh$

    BA#AA M%&%' MA*+A

    ngelibk tukar  

    menukar 

    ditukar ngiti kenal

    mengenali

    dikenali

    Penggandaan

    Proses penggandaan berlaku apabila bentuk dasar itu diulang, iaitu sama ada sebahagian atau

    seluruhnya diulang. *ita bolehlah memberi lambang kepada bentuk ulangan itu sebagai

     ganda. Apabila bentuk ulang itu diletakkan di hadapan bentuk dasar maka terdapatlah

    struktur Ganda + Dasar , atau apabila ganda terletak di belakang bentuk dasar maka

    terdapatlah struktur Dasar + Ganda. Ada tiga jenis gandaan$ gandaan penuh, gandaan

    separa dan gandaan rentak.

    Penggandaan dalam kajian bahasa Murut yang kami dapati, diantaranya ialah$

    *A'A DAA& *A'A /A+DA BA#AA M()AY%

    tuda tuda-tuda beberapaanak anak-anak pasangan

  • 8/18/2019 PROSES2 MORFOLOGI

    3/4

    amu amu-amu semua

    ula ula-ula banyak-banyak  

    la0e la0e-la0e jalan-jalan

    keput keput-keput lompat-lompat

    kima kima-kima kumat- kamit

    sileng sileng-sileng jeling-jeling

    Pemajmukkan

    Pemajmukan berlaku apabila dua atau lebih perkataan digabungkan menjadi satu perkataan.

    ekiranya penggabungan perkataan tersebut berlaku dengan mematuhi hukum sintaksis

     bahasa Melayu, maka terbitannya dipanggil majmuk sintaktik. ontohnya ialah perkataan

    ayah saudara, terdiri daripada kepala ayah, dan penerang saudara, iaitu mematuhi hukum

    DM 1Yang Diterangkan mendahului yang Menerangkan2. 'etapi kata majmuk yang

    terbentuk dengan tidak mematuhi hukum sintaksis dalam bahasa Melayu dikatakan kata

    majmuk bukan sintaktik. ebagai !ontoh kata majmuk mahaguru, mengandungi perkataan

    maha sebagai unsure yang Menerangkannya, dan guru adalah perkataan yang Diterangkan.

    "ni bertentangan dengan hokum DM dalam bahasa Melayu.

    *ata majmuk juga boleh dibahagikan menurut fungsi sintaksisnya. Apabila seluruh

    kata majmuk itu berfungsi sebagai seluruh perkataan tersebut, seperti !ontoh kata majmuk

    biru muda boleh berfungsi sebagai biru saja. Oleh sebab itu biru muda dikatakan kata

    majmuk endosentrik. Apabila pembentukkannya berlaku menurut hubungan sintaksis seperti

    rentetan kata kerja dan objek, seperti dalam !ontoh sepak bola, atau seperti dalam hubungan

    kata sendi dengan kata nama seperti kebumi(kan), maka bentuk terbitan ini dikatakan majmuk 

    eksosentrik.

    #asil kajian yang kami dapati dalam bahasa Murut ada beberapa kata majmuk yang mereka

    gunakan. Diantaranya ialah$

    *A'A MA3M%* BA#AA M()AY%

    taman-tinan ibubapa

    kekemen tanggungja0ab

    mateh a!o mata hari

    ruma kadang rumah panjang

    ruma mt rumah sakit

  • 8/18/2019 PROSES2 MORFOLOGI

    4/4

    dalan rayeh jalan besar4lebuh raya

    kapal temelud kapal terbang