12
INSURANS BERKAITAN PELABURAN PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang

PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

  • Upload
    haphuc

  • View
    215

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

INSURANS BERKAITAN PELABURAN

PRUwealthMelindungi masa depan orang tersayang

Page 2: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Apakah erti kekayaan kepada anda?

Wang dalam akaun bank atau mungkin jumlah aset yang anda miliki?

Semua itu merupakan pengertian yang sah, tetapi bukan itu sahaja. Kekayaan sebenar terletak pada legasi yang anda tinggalkan dalam bentuk jaminan kewangan untuk keluarga anda, kekuatan untuk keluarga anda meneruskan kehidupan mereka apabila anda tiada lagi, ataupun inspirasi yang anda cetuskan untuk membimbing orang yang tersayang ke arah kejayaan. Ramai orang membina serta merancang masa depan mereka untuk mencapai kebahagiaan, tetapi hanya segelintir yang merancang untuk melindungi keluarga mereka ketika berlakunya peristiwa yang tidak diingini.

Apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi keluarga anda?

Page 3: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Tinggalkan satu legasi perlindungan untuk orang yang tersayang dengan PRUwealth Ambil langkah seterusnya dengan melindungi legasi anda untuk masa depan keluarga anda dengan memiliki PRUwealth daripada Prudential.

PRUwealth adalah pelan insurans berkaitan pelaburan yang fleksibel dengan memberi anda perlindungan sehingga umur 100(1) tahun serta amaun perlindungan insurans yang lebih tinggi sehingga 4 kali (4X) ganda. Ketika menikmati perlindungan dari PRUwealth, anda juga akan mendapat Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan.

Tinggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan orang yang tersayang dengan PRUwealth. Lindungi dan tinggalkan legasi yang berpanjangan untuk mereka.

(1)Tempoh perlindungan polisi bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.

Page 4: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Manfaat sepintas lalu

Amaun perlindungan yang akan dibayar ialah Jumlah Diinsuranskan atau jumlah nilai tunai Akaun Unit Asas (BUA) dan Akaun Unit Perlindungan (PUA), yang mana lebih tinggi. Di samping itu, semua baki nilai tunai di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA) juga akan dibayar apabila berlaku kematian.

Untuk setiap diagnosis penyakit berjangkit dalam Kategori A(4)

Untuk setiap kemasukan kehospital akibat penyakit berjangkit dalam Kategori B(4)

Bersama dengan anda sehingga umur 100(2)

PRUwealth membolehkan anda melindungi legasi anda dengan menyediakan perlindungan insurans yang fleksibel sehingga umur 100(2) tahun, memberikan anda dan orang yang tersayang perlindungan yang sukar ditandingi. PRUwealth juga membolehkan anda menambahkan rider opsyenal seperti rider penyakit kritikal dan rider pembayar untuk lebih ketenangan fikiran.

Perlindungan apabila anda memerlukannya

Perlindungan tambahan untuk penyakit berjangkit

Nikmati perlindungan insurans yang meluas sehingga 4X ganda amaun perlindungan sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini seperti berikut:

Membayar 100% amaun perlindungan apabila berlaku kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)(3).

Membayar 200% amaun perlindungan apabila berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan(3).

Membayar 300% amaun perlindungan apabila berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan(3) semasa dalam perjalanan dengan menggunakan sebarang kenderaan awam, gerabak lif atau akibat kebakaran semasa berada di dalam bangunan awam.

Membayar 400% amaun perlindungan apabila berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan(3)

yang berlaku di luar Malaysia.

Page 5: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Ganjaran kesetiaan sepanjang tempoh perlindungan

Ketika anda dilindungi dengan PRUwealth, anda akan diberi ganjaran Bonus Kesetiaan(5) sebanyak RM500 setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi yang ke-10. Di samping itu, Booster Kesetiaan(5) yang bersamaan sebanyak 8% daripada Jumlah Diinsuranskan akan dibayar sekali sahaja pada Tarikh Ulang Tahun Polisi apabila anda mencapai umur 70, 80 atau 90 tahun bergantung pada umur penyertaan anda seperti yang dinyatakan di bawah:

Perlindungan yang dijamin pada tahun-tahun awal yang penting

PRUwealth dilengkapi dengan ciri Peruntukan Tanpa Luput(6) yang membolehkan anda menikmati perlindungan berterusan dalam 72 bulan pertama tanpa mengira prestasi pasaran.

Peluang pelaburan

PRUwealth menawarkan anda peluang untuk melabur dalam pasaran tempatan dan juga global melalui dana PRUlink dan/atau PRUlink global funds kami. Pertingkatkan lagi nilai tunai anda dengan melabur secara tetap dengan rider PRUsaver.

Kawalan di tangan anda

PRUwealth memberi anda kawalan sepenuhnya dengan 4 tempoh pembayaran premium, iaitu 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau sepanjang tempoh polisi. PRUwealth juga menawarkan anda kefleksibelan untuk mengawal tempoh perlindungan anda dengan cara mengubahkan amaun premium anda atau membuat tambahan premium tunggal.

(2)Tempoh perlindungan polisi bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.(3)Perlindungan TPD dan Kematian akibat Kemalangan adalah sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun. (4)Perlindungan penyakit berjangkit adalah sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun. Sila rujuk kepada bahagian yang seterusnya untuk senarai penyakit berjangkit yang dilindungi.(5)Bonus Kesetiaan adalah sebanyak RM100 untuk setiap RM100,000 Jumlah Diinsuranskan. Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan akan dibayar ke dalan Akaun Unit Asas (BUA), asalkan polisi masih berkuat kuasa dan semua premium telah dibayar.(6)Asalkan semua premium telah dibayar dan tiada pengeluaran dibuat dari BUA dan PUA.

Umur 19 - 50

Umur 51 - 65

Umur 66 - 70

Setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi yang ke-10

Umur 70

Umur 80

Umur 90

UMURPENYERTAAN

TEMPOHPEMBAYARAN

BONUS KESETIAAN

UMURPEMBAYARAN

BOOSTER KESETIAAN

Page 6: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Gambaran keseluruhan

1. Apa itu PRUwealth?

PRUwealth adalah pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium tetap yang melindungi Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) dan Kematian akibat Kemalangan sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun serta kematian Hayat yang Diinsuranskan. PRUwealth juga menawarkan perlindungan untuk penyakit berjangkit sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun, di mana manfaat akan dibayar secara sekali gus apabila berlaku diagnosis atau kemasukan hospital akibat penyakit berjangkit yang dilindungi. PRUwealth juga memberi ganjaran kepada anda melalui Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan.

*Tempoh perlindungan polisi dan pembayaran manfaat bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.

Mengenai PRUwealth

Page 7: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

4. Apakah penyakit berjangkit yang dilindungi di bawah PRUwealth?

Senarai penyakit berjangkit yang dilindungi adalah seperti berikut di mana tuntutan berbilang boleh dibuat di bawah setiap kategori asalkan setiap penyakit berjangkit itu hanya boleh dituntut sekali sahaja.

3. Siapa yang boleh menyertai pelan ini?

PRUwealth boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berumur 19 hingga 70 tahun. Apabila kematangan polisi atau semasa penyerahan polisi, kami akan membayar anda nilai unit dalam polisi anda.

2. Bagaimana boleh saya menikmati perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun?

Tempoh perlindungan PRUwealth bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi seperti caj insurans, yuran dan caj lain yang ditolak daripada nilai akaun.

Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.

Campak

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Demam Chikungunya

Demam Kepialu

Rabies

Virus Zika

MERS-CoV

Ebola

SARS

Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1)

Ensefalitis Virus Nipah

Ensefalitis Jepun

Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Malaria

KATEGORI ARM5,000

untuk setiap diagnosis

KATEGORI BRM10,000

untuk setiap kemasukan ke

hospital

Page 8: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

5. Bagaimana Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan dibayar?

Mengambil contoh Philip, 35 tahun, membeli PRUwealth dengan Jumlah Diinsuranskan sebanyak RM1,000,000. Dia akan menikmati aliran Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi yang ke-10 dan seterusnya. Apabila mencapai umur 70 tahun, Philip akan diberi ganjaran Booster Kesetiaan sekali sahaja sebanyak RM80,000 pada Tarikh Ulang Tahun Polisi.

*Bonus Kesetiaan adalah sebanyak RM100 untuk setiap RM100,000 Jumlah Diinsuranskan dan Booster Kesetiaan adalah sebanyak 8% daripada Jumlah Diinsuranskan. Amaun Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan akan bergantung kepada Jumlah Diinsuranskan dan akan dibayar ke dalan Akaun Unit Asas (BUA), asalkan polisi masih berkuat kuasa dan semua premium telah dibayar.

6. Apakah tempoh tangguh yang perlu saya ketahui?

Tiada tempoh tangguh untuk perlindungan kematian dan TPD di bawah PRUwealth. Walau bagaimanapun, perlindungan untuk penyakit berjangkit akan hanya berkuat kuasa selepas 90 hari. Tempoh tangguh bagi rider opsyenal yang lain diperincikan dalam Lampiran Keterangan Produk dan Huraian Jualan.

Page 9: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

7. Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk PRUwealth?

8. Bagaimana boleh saya mengetahui lebih lanjut mengenai PRUwealth?

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai PRUwealth, anda boleh berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda. Anda juga boleh melayari laman web kami di www.prudential.com.my untuk maklumat selanjutnya.

• Hanya nilai akaun akan dibayar jika kematian disebabkan oleh membunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan polisi atau tarikh penguatkuasaan semula polisi.

• Manfaat TPD tidak akan dibayar jika kehilangan upaya itu secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh: a) penyakit sedia ada; atau b) cubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan, sama ada cubaan atau sengaja, dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau c) terlibat dalam penerbangan udara selain daripada sebagai juruterbang atau anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat penumpang komersil berlesen yang beroperasi melalui laluan biasa yang berjadual; atau d) sebarang penyertaan dalam aktiviti sukan udara seperti peluncuran gantung, menaiki belon terbang, terjun dengan payung terjun, terjun udara, terjun bungee dan aktiviti lain seumpamanya.

• Polisi ini tidak memberi perlindungan ke atas penyakit sedia ada.

*Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada dokumen polisi untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian-pengecualian di bawah polisi ini.

Page 10: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Nota-nota Penting:

• Tempoh perlindungan polisi bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.

• Risalah ini hanyalah untuk tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lampiran Keterangan Produk dan Huraian Jualan sebelum membeli pelan ini, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir mengenai ciri-ciri penting pelan ini.

• Anda hendaklah menilai kemampuan bayar dan kesesuaian produk (termasuk manfaat opsyenal) selaras dengan matlamat kewangan dan ketahanan risiko anda. Untuk mencapainya, kami mengesyorkan anda supaya berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda yang akan membuat analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

• Anda diberikan tempoh semakan percuma selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkajinya semula bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan membayar balik kepada anda nilai unit (pada tarikh penilaian harga unit yang berikutnya) serta premium yang tidak dilaburkan, caj insurans, caj perkhidmatan, caj pemprosesan (jika ada), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, jika ada) yang telah kami potong, tolak perbelanjaan perubatan yang mungkin telah kami bayar atau bersetuju untuk bayar.

• PRUwealth bukan produk patuh Syariah.

• Sebarang rujukan umur adalah berasaskan Umur Pada Hari Jadi Akan Datang.

• Tempoh perlindungan untuk rider pembayar adalah sehingga umur 70 atau 80 tahun.

• Butir-butir tentang yuran dan caj berkaitan dengan perlindungan insurans dan rider opsyenalnya diperincikan dalam Lampiran Keterangan Produk dan Huraian Jualan.

• Kadar premium dan caj insurans bagi Manfaat Asas dan manfaat tambahan tidak dijamin. Kami berhak menyemak kadar premium dan caj insurans yang tidak dijamin ini pada ulang tahun polisi dengan memberi anda notis bertulis sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika kami menaikkan caj insurans selepas tempoh pembayaran premium, anda mungkin perlu membayar premium tambahan atau tokokan.

Page 11: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau keseluruhan manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan penginsurans. Untuk maklumat lanjut mengenai had perlindungan dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM dari PAMB atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA INI ADALAH PRODUK INSURANS YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.

Prudential Assurance Malaysia BerhadAhli PIDM

• Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini luput. Sekiranya anda berhenti membayar premium, polisi ini akan berterusan selagi terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun masing-masing. Oleh itu, bergantung pada jumlah unit yang ada di dalam akaun terpilih ini, manfaat pelan ini mungkin luput dan tidak lagi berkuat kuasa pada masa-masa yang berlainan.

• Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperoleh nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar kepada kami. Apabila anda menyerahkan polisi ini, semua manfaat dalam polisi ini akan tamat.

• Untuk maklumat lanjut mengenai dana-dana, sila rujuk Lembaran Fakta Dana masing-masing yang boleh didapati di laman web kami di www.prudential.com.my. Anda juga boleh mengikuti prestasi dana-dana anda dengan menyemak harga unit yang disiarkan setiap hari di laman web kami.

• Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Page 12: PRUwealth · Mengenai PRUwealth. 4. ... Virus Zika MERS-CoV Ebola SARS Influenza A – Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1) Ensefalitis Virus Nipah Ensefalitis Jepun Penyakit Creutzfeldt-Jakob

(107655-U)

05/2017

Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)

Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939Emel: [email protected]

www.prudential.com.my Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Sila hubungi +6016-222-9063

Encik Malik TaufiqEncik Mohd Shazemeen

Puan Chong