21
NO. MATRIKULASI : D20102042764 PUSAT PEMBELAJARAN : KOLEJ KEMAHIRAN UTAMA,BATU PAHAT RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN KHAS TAHUN SATU DAN DUA

Psv sept 2011 p.khas 1 baru

Embed Size (px)

Citation preview

NO. MATRIKULASI : D20102042764

PUSAT PEMBELAJARAN : KOLEJ KEMAHIRAN UTAMA,BATU PAHAT

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN KHAS TAHUN SATU DAN DUA

Isi kandungan

1. Rancangan Pelajaran Harian

2. Langkah-langkah sesi pembembelajaran dan pengajaran.

3. Video Kitaran Hidup Katak

4. Langkah-langkah sesi pembelajaran dan pengajaran

5. Contoh-contoh origami

6. Langkah-langkah sesi pembelajaran dan pengajaran

7. Langkah membuat origami katak

8. Langkah-langkah sesi pembelajaran dan pengajaran

9. Video bersama murid-murid Khas 1 dan Khas 2 membuat origami katak.

10. Langkah-langkah sesi pembelajaran dan pengajaran

11. Senikata lagu Lompat Si Katak Lompat dalam p&p.

12. Video aktiviti menyanyi sambil melakukan pergerakan.

13. Langkah-langkah sesi pembembelajaran dan pengajaran.

14. Lampiran-lampiran

15. Rujukan

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KHAS 2 (TAHUN 1 DAN 2) PENDIDIKAN KHAS

MASALAH PENDENGARAN

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Set induksi

(5 minit)

11.50-11.55 pagi

1. Guru menayangkan video untuk menarik

perhatian murid-murid dan memberi

gambaran kepada mereka sebelum

memulakan pengajaran dan

pembelajaran.

2. Murid menonton video yang

ditayangkan oleh guru.

Strategi: Kontekstual

ABM:

LCD

KBKK:

Menghubung kait

Nilai:

Kasih sayang

Hormat-menghormati

Rangsangan isi pelajaran

Fokus isi pelajaran

Tayangan video mengenai

hidupan katak.

Langkah/Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Langkah 1

(5minit)

11.55-12.00 tengahari

Pengenalan origami.

Origami dihasilkan dengan cara

melipat dan menggunting

kertas.

Antara bahan yang digunakan

dalam menghasilkan origami

adalah pelbagai jenis kertas .

1. Guru brtanya soalan kepada murid:

a) Apakah bahan-bahan yang

digunakan untuk menghasilkan

origami?

b) Apakah teknik-teknik yang boleh

digunakan untuk menghasilkan

origami?

2. Murid menjawab?

a) Kertas warna, kertas surat khabar

dan majalah.

b) Menggunting dan melipat.

3. Guru menunjukkan contoh-contoh

origami dengan menggunakan LCD

dan komputer.

4. Murid memerhati contoh origami

yang dipaparkan.

Strategi:

Kontekstual

ABM:

LCD, Komputer,

contoh hasil kerja

origami.

KBKK:

Menghubung kait.

Nilai:

Rasional

Prihatin

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Contoh-contoh origami:

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Langkah 2

(10 minit)

12.00-12.10 tengahari

Tunjukcara / Demontrasi

Pengenalan bahan yang diperlukan

1. Kertas warna

1. Guru menerangkan sambil

menunjukkan langkah-langkah dalam

menghasilkan origami.

a) Langkah pertama

Lipat kertas segi empat tepat kepada

bentuk segi empat sama.

b) Langkah kedua

Lepas itu lipat sekali lagi membentuk

segi tiga sisi sama.

Langkah/Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

2. Gunting

3. Pensel

c) Langkah ketiga

Buka lipatan tadi dan lipat kedalam

lipatan di sisi segi tiga tadi supaya

mendapat dua segi tiga.

d) Langkah ke empat

Lipat kedalam sisi segi empat tadi dan

akhir sekali lipat hujung kertas tersebut

untuk membentuk kakinya.

e) Langkah ke lima

Gunakan pensel untuk membentuk

mata katak. Gerakkan katak dengan tekan

sedkit di bahagian kaki untuk

menampakkan katak tersebut melompat.

ABM:

Contoh hasil kerja

origami

KBKK:

Mengumpul dan

mengelaskan.

Teliti bahagian lipatan

yang dilakukan sehingga

selesai.

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

2. Murid memberi perhatian pada

penerangan dan isyarat daripada guru.

3. Guru mengedarkan sekeping kertas

pada setiap orang murid.

4. Guru mengarahkan murid-murid

mengeluarkan bahan-bahan lain untuk

membuat origami katak.

5. Murid-murid mengikut arahan dan

isyarat yang diberikan.

Langkah/Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Langkah 3

(20 minit)

12.10-12.20 tengahari

Penghasilan origami katak

Aplikasi kefahaman dan

kemahiran murid terhadap

bahan dan alat yang

menghasilkan origami katak..

1. Guru meminta murid duduk dalam

kumpulan dan memulakan tugasan.

2. Murid menyediakan tugasan dalam

masa yang diberikan.

Nilai:

Kerjasama.

Kekemasan

Kesungguhan.

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Langkah 4

(10 minit)

12. 20-12 30 tengah hari

Apresiasi pengajaran dan

pembelajaran.

Penilaian pencapaian murid.

1. Guru meminta setiap murid

menunjukkan origami katak yang telah

mereka buat bersama-sama.

2. Murid menunjukkan hasil origami

katak mereka.

3. Guru memberi pujian atau komen

terhadap hasil origami setiap murid.

Strategi:

Teori kecerdasan

pelbagai.

KBKK:

Membanding dan

membeza.

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Langkah 5

(10 minit)

12.30-12.40 tengah hari

Apresiasi pengajaran dan

pembelajaran.

Guru meminta murid-murid menyanyi

bersama-sama lagu “Lompat Si Katak

Lompat”.

1. Guru meminta murid-murid menyanyi

sambil melakukan pergerakan melompat

seperti katak bersama-sama.

2. Murid-murid melompat sambil

berisyarat lagu “Lompat Si Katak

Lompat”.

Strategi:

Teori kecerdasan

pelbagai.

ABM:

Komputer riba.

Media elektronik

KBKK:

Membanding dan

membeza.

Nilai;

Rasional

Rajin

Lagu: Lompat Si Katak Lompat

Lompat Si katak lompat

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepat lah adik cepat,

Cepatlah bangun pagi-pagi…

Lompat Si katak lompat

Lompat diatas para,

Cepatlah adik cepat…

Cepat bangun berusaha..

Kalau adik lambat lagi..

Lambat bangun pagi…...

La..la…la…la….la

Nanti kita rugi…( ulang 1 kali lagi dari mula)

Langkah/Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi/ABM/KBKK

/Nilai

Langkah 5

(10 minit)

12.40-12.50 tengah hari

Rumusan dan pengukuhan

isi pelajaran.

1. Guru mengemukakan soalan kepada

murid:

* Apakah yang dimaksudkan dengan

origami?

2. Murid menjawab:

* Origami ialah kertas yang dihasilkan

melalui teknik melipat untuk

membentuk sesuatu benda.

Strategi:

Masteri

ABM:

Hasil kerja murid.

KBKK:

Ulasan dan penilaian.

Nilai:

Bersungguh-sugguh.