48
BAHAGIAN B LAWATAN BECHMARKING

Puvanes Bech Marking

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Lawatan Penanda Aras

Citation preview

Page 1: Puvanes Bech Marking

BAHAGIAN

BLAWATAN BECHMARKING

Page 2: Puvanes Bech Marking

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI,

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU

TARIKH

17.9. 2014 (SABTU)

TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH

ANJURAN

PPG AMBILAN JUN 2011

SEM 7G/ BTM

Page 3: Puvanes Bech Marking

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Rasional

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Tentatif Pelaksanaan

6.0 Peserta Kursus

7.0 Struktur Organisasi

8.0 Pengangkutan

9.0. Jadual Program

10.0 Penutup

11.0 Lampiran :

I. Senarai Nama Peserta

II. Jadual Program

Page 4: Puvanes Bech Marking

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk

memenuhi syarat Program Pensiswazan Guru (PPG) . Program ini diletakkan di bawah

komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru

merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru

pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga

senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang

dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran

bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan

tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat

membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’

kepada masyarakat.

Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya

sekolah. “Lawatan Benchmarking ” menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan

yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain

daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian

terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah

tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil

pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang

lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru

Page 5: Puvanes Bech Marking

adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di

samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,

penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar

ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya

dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang

berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi

kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada

penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam

bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People” yang

menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan

prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada

perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang gerak

kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran

awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen

di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam

pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam

menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam

membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni

Page 6: Puvanes Bech Marking

membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina

realiti wawasan negara.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran

tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan

bagi mendedahkan guru. Dengan lawatan benchmarking ini guru-ruru dapat

mengetahui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur

sekolah serta infrastruktur kurikulum di sekolah. Para guru diharap dapat membina

pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep

kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.

4.0 OBJEKTIF

Sasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.

4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.

4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di

sekolah.

4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.

4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

Page 7: Puvanes Bech Marking

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh : 17 September 2014 (Sabtu)

Masa : 8:00 pagi hingga 3:00 petang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech,09000 Kulim ,Kedah

Telefon : 074341289

6.0 PESERTA

Seramai 8 orang guru dari kelas BTM IPGM Sultan Abdul Halim, PPG Semester

7 Ambilan JUN 2014 menyertai Lawatan Penanda Aras ini.

*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta.

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi : Komaladevi A/P Kaliapen

Naib Pengerusi : Sarala A/P Subramaniam

Setiausaha : Puvanesvary A/P Ramalingam

Ahli Jawatankuasa : Rajaletchumy A/P Murugayiah

Rajeswari A/P Nagan

Page 8: Puvanes Bech Marking

8.0 JADUAL PROGRAM

Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan

aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di

dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

9.0 PENGANGKUTAN

Menggunakan pengangkutan masing-masing

10.0 PENUTUP

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak

yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan

sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan

mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan

pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru,

membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah

dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan Oleh: Disahkan oleh,

........................................... _____________________

(KOMALADEVI A/P KALIAPEN)

PENGERUSI

Program BIG

IPG Kampus Sultan Abdul Halim,

Page 9: Puvanes Bech Marking

SENARAI NAMA PESERTA

KURSUS : PPG SEM 7G BTM AMBILAN JUN 2014

BIL NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN

1 KOMALA DEVI A/P KALIAPEN 800818-08-6310

2SARALA A/P SUBRAMANIAM

810523-02-5966

3PUVANESVARY A/P RAMALINGAM

810515-02-5990

4RAJESWARI A/P NAGAN

790618-05-5556

5. RAJALETCHUMY A/P MURUGAYIAH801203-10-5284

6. LOGESVARI A/P MOORTHY 791229-02-5956

7. KAMALAH A/P KRISHNAN 771026-07-5656

8. SAGILESWARI A/P PERIANA 801222-02-5474

Page 10: Puvanes Bech Marking

LAMPIRAN II

JADUAL PROGRAM

Masa Perkara

8.00 pagi - Berkumpul di tapak sekolah

- Mendengar taklimat ringkas daripada Pengerusi

8.30 pagi Sesi 1

- Berjumpa Dengan Guru Besar serta Pentadbiran Sekolah

10.00 pagi - Minum pagi

- Lawatan ke Bilik – bilik Khas Mata Pelajaran

11.00 pagi Sesi 3

- Sesi soal jawab bersama pk pentadbiran

1.00 petang - Makan tengahari

2.00 petang - Majlis perasmian penutup

- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah

- Refleksi Kendiri

3.00 petang - Bertolak pulang ke rumah masing-masing

Page 11: Puvanes Bech Marking

I L A H

P I A G A M

P E L A N G G A N

S E K O L A H arga Pendidik

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech

Akan Sentiasa

 1. Komited , dedikasi yang tinggi serta mencurah bakti kepada pelajar-pelajar untuk menjadi insan yang Berkualiti dan Berguna untuk nusa dan bangsa.

 2. Peramah , Prihatin dan Memberi Perkhidmatan Cekap.

 3. Menanam budaya , Sekola ini Sekolahku.

Suasana SK Taman HI-Tech

F R I D A Y , 1 7 F E B R U A R Y 2 0 1 2

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada sesi persekolahan

2003. Terletak di kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang dahulunya merupakan

SK TAMAN HI-TECH KULIM

Page 12: Puvanes Bech Marking

sebuah ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan behadapan

dengan Kulim Golf Kelab. Peringkat permulaanya pentadbiran diketuai oleh Encik Mohd

Zailan bin Ariffin sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Rapheal bin

Zakarudin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim

sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Fadzil bin Darus sebagai

Penolong Kanan Kokurikulum.

Pada tahun 2006 , pentadbiran SKTHT berlaku perubahan apabila Encik Rapheal bin

Zakarudin telah bertukar dan kekosongan itu ditugaskan kepada Encik Mohamad Radzi

bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula disandang oleh Puan Suzzana binti

Md Saad. Mulai sesi persekolahan tahun 2008 berlaku lagi pertukaran pentadbir. Encik

Ramly bin Othman seorang pentadbir yang berwawasan dan berfikiran jauh telah

menggantikan Encik Mohd Zailan bin Ariffin yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sri

Kulim sebagai Guru Besar cemerlang DGA 38. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai

oleh SKTHT semenjak di bawah pentadbiran Encik Mohd Zailan bin Ariffin dan

diteruskan oleh Encik Ramly bin Othman. Kini SK Taman Hi-Tech mempunyai 1052

orang pelajar, bilangan guru seramai 65 orang dan kakitangan bukan akademik seramai

9 orang. SK Taman Hi-Tech akan terus melakar kejayaan seiring dengan moto sekolah

iaitu “Iltizam, Bestari dan Kualiti.”

M I S I S E K O L A H

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

M O T O D A N F A L S A F A H

ILTIZAM

BESTARI 

Page 13: Puvanes Bech Marking

KUALITI

M A T L A M A T

* Menerima semua murid tanpa mengira kaum untuk menimba ilmu berlandaskan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

* Memberi didikan berpandukan sukatan pelajaran.

* Sentiasa memupuk sikap prihatan , beriltizam, berdidiplin di minda murid.

* Sentiasa merangsang kualiti dalam pencapaian sahsiah, akademik dan

kokurikulum.

Page 14: Puvanes Bech Marking

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada 01.01.2003 dengan

azam yang tinggi pada awalnya untuk melaksanakan visi dan misi sekolah iaitu menjadi

antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang tahun 2010. Terletak di

kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech telah membantu sekolah mengalami perubahan

yang mebanggakan sehingga kini.

Matlamat sekolah adalah menerima murid tanpa mengira kaum untuk menimba

ilmu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya meneruskan

kecemerlangan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat dan pekeliling Kementerian

Pelajaran yang mewajibkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan dua jam

seminggu. Adalah menjadi hasrat sekolah agar dapat mewujudkan satu watak khas

bagi sekolah ini agar dikenali dan digeruni dalam bidang akademik dan koakademik.

Barisan pentadbir dan guru-guru berpengalaman akan menjadi pemangkin kepada

aspirasi yang dicanang agar impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi berjaya dicapa

Page 15: Puvanes Bech Marking

i.

PIHAK PENTADBIRAN

PN HAJAH WAN SOIRAYA BT HJ WAN YAHYA

(GURU BESAR)

P NORIDAH BT AHMAD (PK PENTADBIRAN)

EN. MOHD NAWAR BIN SAID

(PK HEM)

CIK KHATIJAH BT AHMAD

(PK KOKURIKULUM)

Page 16: Puvanes Bech Marking

MAJLIS PENGIKTIRAFAN

Page 17: Puvanes Bech Marking

SIJIL PENGIKTIRAFAN

Page 18: Puvanes Bech Marking

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari  2006. Pewujudan Sekolah

Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan

sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya

dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi

Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah

dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan

yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sekolah melonjakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan Malaysia

SEKOLAH KLUSTER

Page 19: Puvanes Bech Marking

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti

cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian

murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah

dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh

sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem

pendidikan Malaysia

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah

kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;

• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah  Pelajaran

Malaysia

• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr  Abdul

Rahman Arshad.

• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia (Jabatan Sekolah)

Definisi

TUJUAN

PELAKSANAAN

Page 20: Puvanes Bech Marking

Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang

melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan

stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam

pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel

Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada

19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu

menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster

dapat berjalan dengan jayanya.

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :

• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.

• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.

• Sekolah Rendah Pendidikan  Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).

• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta

• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

• Prasyarat Pertama- Pengukuhan Standard Sekolah

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Page 21: Puvanes Bech Marking

• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

• Prasyarat Kedua

• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)

• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:- SBP  : GPS 2.5 dan ke bawah- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah- SMT  : GPS 4.0 dan ke bawah- SM Harian : gps 4.0 dan ke bawah

• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)

• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau

• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

• GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

• Kecemerlangan murid dalam aspek :

i) Akademikii) Kokurikulumiii) Sahsiah

• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan

• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum

• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti

• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan

• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insane

• Keberkesanan pelaksanaan program KPM

• Sekolah berwatak

Page 22: Puvanes Bech Marking

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;

• Langkah 1: Penerimaan pencalonan• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

Pemimpin sekolah kluster ialah :

• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang• Jawatan : school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula :

• Memenuhi criteria Guru Cemerlang• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan• Nisbah kelas : guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :

• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah• Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah

• Berpandukan

Key Performance Indicator (KPI)

i) pengurusan sumber manusia dan fizikalii) sumber kewanganiii) pembangunan profesionalisme staf

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Page 23: Puvanes Bech Marking

iv) program kurikulum dan kurikulum berkesanv) lulusan sekolah berkualiti : pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah

Autonomi Sekolah :

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :

• Umum (untuk semua sekolah)• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :

• Pematuhan piawai yang berikut:

i) Akta Pendidikan 1996ii) Sistem Pendidikan Kebangsaaniii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaraniv) SKPM

Senarai Bidang Autonomi

i) Pengurusan Sekolahii) Pengurusan Sumber Manusiaiii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikaliv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulumv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Page 24: Puvanes Bech Marking

Laporan Dan Refleksi BIG Lawatan

Penanda Aras Sekolah Cemerlang

Tarikh                                : 17 September 2014

Masa : 10 pagi hingga 5.00 petang

Tempat                               : Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim.

Pada 17 September 2014, seramai 10 orang guru telah mengadakan Lawatan

Penanda Aras (Sekolah Kluster) ke Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim.

Kami disambut mesra oleh Guru Besar sekolah tersebut iaitu PN.HJH WAN

SORAIYA BT WAN YAHAYA. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada 1 April 2013 hingga

sekarang. Selepas itu, kami telah dibawa ke bilik mesyuart oleh beliau. Dalam bilik

mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain

memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba tentang latar

belakang pendidikan dan sejarah keluarga Kami telah diberi penerangan yang jelas

tentang latar belakang sekolah beserta staff, pencapaian akademik , pencapaian ko-

kurikulum , anugerah khas, corak kepimpinan dan sistem pengurusan sekolah.

Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim merupakan sebuah sekolah di pusat

Bandar Kulim. Sekolah ini agak baru dan dibuka untuk sesi persekolahan yang

pertama dalam 1Januari 2003. Pada masa dahulunya merupakan sebuah

Page 25: Puvanes Bech Marking

ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan berhadapan dengan

Kelab Golf Kulimdengan keluasan 30 ekar.

Sekolah ini telah beberapa kali dicalonkan untuk sekolah kluster, dan akhirnya

Berjaya dipilih sebagai sekolah kluster pada 26 Jun 2014. Selain pencapaian akademik

yang cemerlang, sekolah juga tidak ketinggalan dalam bidang ko-kurikulum. Banyak

kejohanan peringkat negeri yang telah dimenangi oleh murid sekolah ini. Sekolah telah

menunjukkan kelebihan dalam sukan gimnastik di mana peserta sekolah telah

menunjukkan pencapaian yang begitu membanggakan sehingga ke peringkat

kebangsaan.

. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah ini, antara sebabnya

ialah corak kepimpinan yang cukup matang yang telah ditunjukkan oleh barisan

pemimpin dan dibantu oleh semua staff sekolah yang dapat bekerjasama dan rela

berkorban demi kepentingan dan kejayaan sekolah. Sifat saling menolong dan

berganding bahu dalam usaha melaksanakan sesuatu kerja atau program telah jelas

wujud dann jalinan yang mesra merupakan faktor utama yang menyumbang kepada

kecemerlangan sekolah ini. Ini dibantu dengan sistem pengurusan sekolah yang

bersistematik ,terancang dan berkesan.

Selepas taklimat yang jelas oleh Guru Besar, Kami tidak melepaskan peluang

melawat ke gedung ilmu iaitu bilik perpustakaan yang sering dikunjungi oleh murid-

murid yang dahagakan ilmu. Buku cerita, buku rujukan, majalah dan sebagainya

disusun dengan begitu rapi dan berkeadaan kemas . Bilik perpustakaan dikendalikan

dengan begitu sempurna, sekali pandang, ia nampaknya bersih, kemas, teratur dan

Page 26: Puvanes Bech Marking

lengkap dengan sumber-sumber yang penting di mana penyaluran ilmu sentiasa

berlaku untuk mendidik anak murid yang gemar membaca. Kami juga tidak

berkelepasan untuk melawat ke bilik Sains. Bilik Sains dilengkapi dengan pelbagai alat

bantuan mengajar yang disusun rapi samada di dalam almari atau di atas meja. Alatan

yang disediakan ini memainkan peranan yang penting semasa pengajaran guru supaya

meninggikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bilik komputer merupakan

tempat seterusnya yang dilawati oleh rombongan kami. Bilik komputer disediakan

dengan banyak komputer yang dapat menampung keperluan murid semasa P & P

belangsung.

Daripada lawatan ini, kami dapat mengerti pentingnya semangat bekerjasama

(team work) , keinginan yang tinggi dan sedia berkorban untuk menjayakan sesuatu

kerja atau projek. Semoga apa yang dipelajari daripada lawatan ini dapat dimanfaat

oleh semua guru apabila balik ke sekolah masing-masing demi kebaikan anak murid

dan seterusnya menjayakan matlamat pendidikan kebangsaan.

Akhirnya, kami pulang dengan menjambat ilmu baru tentang cara meningkatkan

Prestasi dan Pencapaian Sekolah masing-masing untuk menuju Kearah

Kecemerlangan dalam semua bidang. Kami juga rasa gembira dengan menerima

cenderahati daripada Guru Besar sekoah tersebut.

Page 27: Puvanes Bech Marking

Disediakan Oleh: Disahkan oleh,

........................................... _____________________

(PUVANESVARY A/P RAMALINGAM)

SETIAUSAHA I

LAWATAN BECH MARKING

IPG Kampus Sultan Abdul Halim,

Page 28: Puvanes Bech Marking

Guru –guru menunggu di pejabat untuk berjumpa dengan Guru Besar

GALERI GAMBAR

Page 29: Puvanes Bech Marking

Pihak sekolah menyediakan slide show untuk memberi taklimat

Page 30: Puvanes Bech Marking

Guru –guru bersiap sedia untuk mendengar taklimat dari pihak sekolah.

Page 31: Puvanes Bech Marking

Guru –guru mendengar penerangan pihak sekolah.

Page 32: Puvanes Bech Marking

Guru Besar SK High Tech Kulim

Page 33: Puvanes Bech Marking

Guru besar bersedia untuk memberi taklimat

Page 34: Puvanes Bech Marking

Sesi bersoal jawab dengan Guru Besar

Page 35: Puvanes Bech Marking

Kenangan bersama Guru Besar

Page 36: Puvanes Bech Marking

Guru –guru IPGKSAH memberi cenderahati kepada Guru Besar

Page 37: Puvanes Bech Marking

Lawatan ke bilik guru SK HighTech Kulim

Lawatan ke Pusat Sumber sekolah

Page 38: Puvanes Bech Marking
Page 39: Puvanes Bech Marking

Pejabat sekolah

Page 40: Puvanes Bech Marking
Page 41: Puvanes Bech Marking

Lawatan ke bilik –bilik khas