1
ANTARA guru pelatih di Maktab Per- guruan Singapura (TTC, yang kini dikena- li sebagai Institut Pendidikan Nasional atau NIE) yang akrab dengan Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad ialah Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri (1938-2003). “Mulai 1 Mac 1983, saya bersama Syed Abdillah menghasilkan buku Islam- ic Religious Knowledge atau Penge- tahuan Agama Islam (IRK). Pejabat kami terletak di markas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kerana yang menjadi Pengarah Projek buku teks itu ialah Mufti Syed Isa Mohd Semait, yang berpejabat di Muis,” cerita Cikgu Ariff. Ustaz Abdillah merupakan lulusan ce- merlang Madrasah Aljunied dan telah menjadi guru agama ternama. Beliau memasuki bidang perguruan dan pernah menjadi murid Cikgu Ariff sewaktu mengajar di TTC. Antara lain, Ustaz Abdillah pernah mengajar di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang, antara sekolah menengah perin- tis aliran Melayu. “Beliau dan Ustaz Osman Jantan per- nah menjadi ahli Angkatan Sasterawan ‘50. Itulah sebabnya bahasa mereka baik dan ada nilai sasteranya,” terang Cikgu Ariff. Cikgu Ariff sering bertukaran panda- ngan dengan Ustaz Syed Abdillah yang di- nilainya sebagai alim walaupun jauh lebih muda daripada umurnya. Beliau juga pernah menjadi mudir (pengetua) Madrasah Aljunied. “Saya terkejut apabila beliau mening- gal dunia pada 2003 kerana kita amat me- merlukan ilmu dan bakat kepimpinan- nya,” ujar Cikgu Ariff, yang bersama an- tara ribuan jemaah yang membanjiri perkarangan Masjid Sultan untuk berolat jenazah selepas solat zuhur dan kemudi- an mengiringi jenazah ke pusara. Pada pertengahan 1984, siap tercetak buku teks IRK 1 buat pelajar menengah tiga dan pada akhir 1985 siap pula buku teks IRK 2 bagi pelajar menengah empat. Khidmat Cikgu Ariff masih diteruskan walaupun kontrak 13 bulannya sudah tamat. Projek IRK kemudian dipindahkan dari Muis ke Institut Kemajuan Kuriku- lum Singapura (CDIS) di Bukit Timah Road. “Pengarah projeknya pun bertukar daripada Mufti kepada Cikgu Abbas Sha- riff (kini Dr). Tugas lanjutan projek itu adalah menyediakan empat buku kerja IRK – dua bagi menengah tiga dan dua la- gi bagi menengah empat. Semuanya dibereskan pada akhir 1986,” cerita Cikgu Ariff. Selama berkhidmat di projek IRK/CDIS itu, sempat beliau tulis lapan skrip drama video bertemakan akhlak Is- lamiyah. Video itu diterbitkan CDIS/CEPTA untuk ditayangkan ke sekolah-sekolah menerusi siaran televi- syen pendidikan. Pada 1987, projek IRK diluaskan tu- gasnya kepada menyediakan radas dan alat bantuan mengajarkan IRK di se- kolah. “Khidmat saya dalam projek itu bera- khir apabila Encik Harun Abdul Ghani (1939-2009, pernah menjadi setiausaha politik di Kementerian Dalam Negeri) mengambil alih tugas saya pada 22 Feb- ruari 1987,” cerita Cikgu Ariff. Mulai 1984 hingga 1988, Cikgu Ariff diberi tugas tambahan oleh CDIS, iaitu menjadi editor bahasa dengan bayaran per jam, untuk menyunting buku teks siri Mestika Bahasa yang disusun kumpulan projek BM3/CDIS. “Sesuai dengan pepatah kerja raja di- junjung kerja sendiri dikelek, maka saya kerjakan tugas tambahan itu di luar wak- tu pejabat. “Dengan demikian, pada 1984 selesai- lah saya kerjakan teks SM1 dan buku ker- janya; 1986 selesai teks SM2 dan buku kerjanya; dan pada 1988 (saya sudah ke- luar dari CDIS) selesai pula teks SM3 dan buku kerjanya,” jelasnya. BERSAMBUNG Catatan MOHD RAMAN DAUD Bersahabat dengan murid-ulama ULAMA DISAYANGI: Selain pernah menjadi muridnya, iaitu guru pelatih ketika di Maktab Perguruan, Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri menjadi sahabat dan rakan menulis buku agama dengan Cikgu Ariff. – Foto fail MEMORI PENDETA ALMARHUM DR MUHAMMAD ARIFF AHMAD

([email protected]). 6 Berita Harian | Isnin, 12 September

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (raman@sph.com.sg). 6 Berita Harian | Isnin, 12 September

SASTERAWAN, ilmuwan dan budayawan Jawa, Profesor Dr Suminto A. Sayuti, 59 tahun, cukup arif tentang jati diri Jawa.

“Pertama, beliau perlu tahu berbahasa Jawa, setidak-tidak-nya Jawa Ngokoh (kelas te-rendah) dan punya sikap mudah senyum walau dalam keadaan perih. Dia gigih bekerja dan men-cari ilmu, mudah memaafkan, ikhlas, sabar lagi suka berkongsi dan meluaskan pergaulan dan tidak lokek,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di Taman Warisan Melayu pada hari terakhir Pameran Pusaka yang memaparkan warisan ketu-runan Jawa di Singapura.

Dr Suminto datang bersama mahasiswa Encik Hazid Musli-chin, 22 tahun, yang menghasil-kan boneka wayang kulit.

Profesor Suminto pernah be-berapa kali berceramah di Singa-pura, termasuk menerima unda-ngan Kelab Masyarakat Fuchun.

Menurutnya, sifat ‘qanaah’

dalam Islam antara inti pati jiwa Jawa yang reda (norimo), sabar dan ikhlas.

“Jika kita membaca sejarah masuknya Islam ke tanah Jawa, para pendakwahnya dipanggil Wali Songo yang menggunakan

kebudayaan Jawa seperti wa-yang kulit.

“Nah, pada wayang kulit, mesti ada dalang. Dalam kehidu-pan yang besar atau makro, selu-ruh alam ini didalang Allah.

“Itulah caranya Wali Songo

menyerapkan Islam dalam per-sembahan rakyat,” katanya, yang mengajar bahasa dan ke-senian di Universiti Negeri Yog-yakarta.

Selain bersastera, beliau juga pintar menjadi dalang.

Gerak-geri atau bahasa tubuh orang Jawa mencerminkan ke-jernihan wajah, tambahnya.

Beliau mengulas perihal En-cik Suryakenchana Omar, yang dalam rangka menyiapkan tesis sarjananya terpaksa menunggu tujuh hari untuk menemui pem-besar Istana Yogyakarta.

“Disebabkan Pak Surya sa-bar dan jernih mukanya, iaitu tidak menunjukkan marah, pem-besar itu gembira menerimanya dan minta duduk di sisi untuk berkongsi cerita,” ujarnya.

Namun, orang Jawa memang suka menggunakan bahasa ber-alas sehingga sukar mahu ber-urusan, katanya.

“Tapi jika kita sudah faham cara mereka, apa saja boleh di-rundingkan,” tambahnya.

ANTARA guru pelatih di Maktab Per-guruan Singapura (TTC, yang kini dikena-li sebagai Institut Pendidikan Nasional atau NIE) yang akrab dengan Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad ialah Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri (1938-2003).

“Mulai 1 Mac 1983, saya bersama Syed Abdillah menghasilkan buku Islam-ic Religious Knowledge atau Penge-tahuan Agama Islam (IRK). Pejabat kami terletak di markas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kerana yang menjadi Pengarah Projek buku teks itu ialah Mufti Syed Isa Mohd Semait, yang berpejabat di Muis,” cerita Cikgu Ariff.

Ustaz Abdillah merupakan lulusan ce-merlang Madrasah Aljunied dan telah menjadi guru agama ternama.

Beliau memasuki bidang perguruan dan pernah menjadi murid Cikgu Ariff sewaktu mengajar di TTC.

Antara lain, Ustaz Abdillah pernah mengajar di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang, antara sekolah menengah perin-tis aliran Melayu.

“Beliau dan Ustaz Osman Jantan per-nah menjadi ahli Angkatan Sasterawan ‘50. Itulah sebabnya bahasa mereka baik dan ada nilai sasteranya,” terang Cikgu Ariff.

Cikgu Ariff sering bertukaran panda-ngan dengan Ustaz Syed Abdillah yang di-nilainya sebagai alim walaupun jauh lebih muda daripada umurnya.

Beliau juga pernah menjadi mudir (pengetua) Madrasah Aljunied.

“Saya terkejut apabila beliau mening-gal dunia pada 2003 kerana kita amat me-merlukan ilmu dan bakat kepimpinan-nya,” ujar Cikgu Ariff, yang bersama an-tara ribuan jemaah yang membanjiri perkarangan Masjid Sultan untuk berolat jenazah selepas solat zuhur dan kemudi-an mengiringi jenazah ke pusara.

Pada pertengahan 1984, siap tercetak buku teks IRK 1 buat pelajar menengah tiga dan pada akhir 1985 siap pula buku teks IRK 2 bagi pelajar menengah empat.

Khidmat Cikgu Ariff masih diteruskan

walaupun kontrak 13 bulannya sudah tamat.

Projek IRK kemudian dipindahkan dari Muis ke Institut Kemajuan Kuriku-lum Singapura (CDIS) di Bukit Timah Road.

“Pengarah projeknya pun bertukar daripada Mufti kepada Cikgu Abbas Sha-riff (kini Dr). Tugas lanjutan projek itu adalah menyediakan empat buku kerja IRK – dua bagi menengah tiga dan dua la-gi bagi menengah empat. Semuanya dibereskan pada akhir 1986,” cerita Cikgu Ariff.

Selama berkhidmat di projek IRK/CDIS itu, sempat beliau tulis lapan skrip drama video bertemakan akhlak Is-lamiyah. Video itu diterbitkan CDIS/CEPTA untuk ditayangkan ke sekolah-sekolah menerusi siaran televi-syen pendidikan.

Pada 1987, projek IRK diluaskan tu-gasnya kepada menyediakan radas dan alat bantuan mengajarkan IRK di se-kolah.

“Khidmat saya dalam projek itu bera-khir apabila Encik Harun Abdul Ghani (1939-2009, pernah menjadi setiausaha politik di Kementerian Dalam Negeri) mengambil alih tugas saya pada 22 Feb-ruari 1987,” cerita Cikgu Ariff.

Mulai 1984 hingga 1988, Cikgu Ariff diberi tugas tambahan oleh CDIS, iaitu menjadi editor bahasa dengan bayaran per jam, untuk menyunting buku teks siri Mestika Bahasa yang disusun kumpulan projek BM3/CDIS.

“Sesuai dengan pepatah kerja raja di-junjung kerja sendiri dikelek, maka saya kerjakan tugas tambahan itu di luar wak-tu pejabat.

“Dengan demikian, pada 1984 selesai-lah saya kerjakan teks SM1 dan buku ker-janya; 1986 selesai teks SM2 dan buku kerjanya; dan pada 1988 (saya sudah ke-luar dari CDIS) selesai pula teks SM3 dan buku kerjanya,” jelasnya.

BERSAMBUNGCatatan MOHD RAMAN DAUD

Judul: DaielogyPenulis: Serba PutihPenerbit: Komrad, Malaysia, Mei 2016, 180 halaman.

KUMPULAN sajak Daie-logy karya Serban Putih (SP) memang luar biasa.

Karya ini dilancarkan ber-sama cakera padat lagu Fa-ridah Taib dan kumpulan pui-si Khalisah Khair, oleh Ang-gota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, di Per-pustakaan Daerah Jurong ba-ru-baru ini.

Memang tidak dipapar-kan nama sebenar penulis dalam buku Daielogy. Siapa beliau? Tercetak di buku ba-hawa penulis:

“Bukan seorang ustaz, jauh sekali seorang ulama. Hanya seorang fa-qir yang ilmu hanya sedikit.”

Semacam misteri.Namun, pada hari pelancaran, dunia me-

ngetahui beliau ialah Ahmad Mustaqim. Ba-ru berusia 20 tahun dan masih belajar di Per-gas.

Ternyata, beliau memiliki bakat menyusu-ri kepenyairan ayahnya, Ahmad Mohd Ta-hir, antara pengasas Kumpulan Angkatan Muda Sastera (Kamus).

Walaupun puisinya menjurus pada soal agama, terutama mengupas akhlak, isu-isu-nya boleh dikatakan bersifat universal.

SB menghasilkan lebih 100 sajak yang se-bahagian besarnya disusun menurut abjad, kata pengulas Rohman Munasip (tidak hadir pada hari pelancaran tetapi disampaikan oleh Dr Subari Sukaini). Ini memang semacam pendekatan kreatif walaupun tera-sa kaku.

Hakikatnya puisi SB lebih bersifat prosa. Disebabkan susunan puisinya menurut

baris dan rangkap, maka ia tampak semacam puisi.

Mungkin kerana latarnya mahu bersiap

diri sebagai ustaz kelak (mu-dah-mudahan), terasa baha-wa puisinya macam seorang ustaz memberikan ceramah dengan bahasa polos (plain), ringkas dan semacam beren-tak.

Hayati sajak Saf Depan, yang kaya dengan unsur sindi-ran:

Jika front seat di konsert itu percuma

Ramai akan berasak ke depan.

Sebab apa?Nak lihat idolanya yang

tercinta dengan crystal clear.Kalau ada rezeki, boleh

salam sekali.Tetapi kita tidak buat pula

perkara yang sama ketika di masjid.

Daripada merebut saf depan, kita lebih suka duduk di belakang masjid supaya nak keluar nanti mudah ka-tanya.

Begitu pula dengan sajak Kertas, kesan se-rupa dapat dirasakan:

Adakah hidup kita ini hanya untuk sekeping kertas?Ketika di sekolahbelajar demi kertas ujian.Setelah luluskita masuk ke universitidemi segulung ijazah.Pabila kerjasiang dan malam mengejar demi wang kertas pula.Adakah hidup kita hanya untuk itu?Jika ya, maka alangkah ruginya.Apapun, SP sudah memulakan langkah

dalam perjalanan jauh sebagai penyair. Se-moga mampu berterusan.

Dalam tradisi Islam, puisi memang dipan-dang tinggi – daripada keagungan Al-Quran sehingga pada kehausan seorang sufi dalam puisi Jalaluddin Rumi.

Semoga SP dapat menjiwai puisi se-bagaimana tertib dan syaratnya kelak.

BERBEZA dengan dua pameran suku kaum rumpun Melayu, Laaobe (Bawean, 20-14) dan Marantau (Minang, 2015), lain pula dengan Pameran Pusaka Jawa yang dianjur-kan Persatuan Jawa Singapura (JAS).

Sekitar 80 peratus isi pameran dalam ben-tuk khazanah yang dipaparkan, ceramah, tunjuk cara sehingga persembahan adalah bersumberkan warga Singapura berketu-runan Jawa.

Hanya seorang pakar jamu, Profesor Dr ElFahmi dari Institut Teknologi Bandung, dan pakar budaya, Profesor Dr Suminto A. Sayuti, dari Universiti Negeri Yogyakarta (lihat laporan di bawah), yang diundang ber-ceramah dan menunjuk cara.

DIKARI TAPI TERKAITMenurut Setiausaha Kehormat JAS, yang

juga Naib Presiden Persekutuan Jawa Al-masakin (PJM), Encik Suryakenchana Omar, 45 tahun:

“Antara lain, kerana Pameran Pusaka, maka Persatuan Jawa Singapura diasaskan. Ini disebabkan PJM, yang diasaskan pada 1901, dikongkong peraturan. Kegiatannya terhad bagi kebajikan semata.”

Beliau dan presiden JAS, Haji Omar Is-mail, yang juga ketua Majlis Penyelaras Kum-pulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), bertindak selaku orang tua dalam JAS, yang dikendalikan oleh golongan muda yang profesional dalam usia 30-an tahun.

“Cabaran besar kepada pelestarian dan

pengembangan budaya, apatah lagi bersifat suku kaum adalah memastikan kesinambu-ngan,” katanya.

Encik Suryakenchana telah meraih ijazah sarjana muda dan sarjana dari Universiti Na-sional Singapura (NUS). Kajiannya khusus menjurus orang Jawa.

“Menerusi Facebook dan pelbagai kon-tak, kami cuba uar-uarkan bahawa tiada salahnya menilai jati diri dari segi suku kaum. Ini merupakan trend sejagat,” kata-nya.

TEBARAN JAWAMalah, tebaran penduduk atau diaspora

Jawa kini memiliki urus setia yang berpusat di Yogyakarta.

Sejak dimulakan pada 2013, pertemuan tahunan itu menghimpunkan orang asal Ja-wa sejauh Suriname, Eropah, Malagasy, Asia Tenggara dan New Caledonia.

Bahasa pengantar yang digunakan dalam pertemuan ini ialah Jawa Ngokoh (taraf te-rendah atau mendasar) dan bukan Jawa Baku yang bertaraf madya (pertengahan).

Bagi Encik Suryakencana, pameran itu te-lah menderetkan apa yang dimaksudkan de-ngan keperibadian ‘Jawa’ dari segi bahasa, pemilikan artifak khusus, seperti keris dan kain batik, amalan berkemenyan atau wan-gian sehingga pencak silat, hiburan wayang kulit, kuda kepang dan gamelan.

“Kami bersyukur terdapat kumpulan gamelan Asmaradana di sini. Persembahan wayang kulit yang diajarkan di Sri Warisan

Som Said juga telah kami paparkan pada pa-meran ini. Malah kuda kepang yang sering menimbulkan tengkarah juga dapat kami persembah dengan sopan,” ujar beliau.

UNSUR KEJAWENBeliau berpendapat unsur-unsur ‘keja-

wen’ bukanlah setakat bersifat kesaktian atau fahaman mistik Jawa yang dikaitkan dengan pemujaan atau bertentangan dengan Islam.

“Memang jika kita baca tulisan para penyelidik-penjajah Barat sejak Thomas Stamford Raffles dengan bukunya History of Java sehingga sarjana moden seperti Clif-ford Geertz dan Merle Ricklefs, orang Jawa dipaparkan dengan sifat-sifat kejawen, iaitu pembauran unsur animisme, Hindu-Buddha dan Islam.

“Tapi tujuan pameran ini menunjukkan tradisi orang Jawa yang sudah meresap de-ngan suasana perantauan seperti di Singapu-ra. Kita lebih menjurus ke arah paparan bu-daya Jawa yang sesuai dengan masa,” kata Encik Suryakenchana.

JAS, katanya, akan menunjukkan baha-wa amalan mandi bunga atau membakar kemenyan bukanlah mistik.

“Mandi bunga sebenarnya bertujuan mengharumkan tubuh. Membakar keme-nyan dilakukan waktu senja pula bertujuan menghalau nyamuk.

“Memakai bengkung perlu bagi mengempiskan perut wanita yang baru ber-salin atau lelaki yang berperut buncit,” kata-nya sambil tersenyum.

Malah, amalan berurut cara Jawa atau me-makan jamu amat penting dalam memasti-kan kesihatan, selain bersilat.

LANGKAH LANJUTPerwakilan JAS akan berkongsi pengala-

man menganjurkan Pusaka pada pertemuan diaspora Jawa di Yogyakarta pada April tahun depan.

“Dengan berkongsi ilmu, maklumat dan kepakaran, kami berharap apa yang ditem-puh oleh masyarakat keturunan Jawa di Singapura dapat diguna pakai kaum-kaum Jawa yang bertebaran di seluruh dunia,” ujar Encik Suryakenchana, yang menegas-kan bahawa kelas bahasa dan budaya Jawa akan menjadi teras kegiatan JAS.

“Langkah selanjutnya adalah menying-kap peluang kerjasama ekonomi dengan me-libatkan usahawan dan karyawan,” tambah-nya.

Ilmuwan: Jati diri orang Jawaterletak pada bahasa dan sikap

Sindiran, nasihat penyair muda

Persatuan Jawa ukir peluang masa depan

Bersahabat dengan murid-ulama

ULAMA DISAYANGI: Selain pernah menjadi muridnya, iaitu guru pelatih ketika di Maktab Perguruan, Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri menjadi sahabat dan rakan menulis buku agama dengan Cikgu Ariff. – Foto fail

ENCIK SURYAKENCHANA OMAR: Setiausaha kehormat Persatuan Jawa Singapura yakin kelas bahasa dan budaya Jawa akan menjadi teras kegiatan persatuan. Pada masa depan, peluang kerjasama ekonomi melibatkan usahawan dan karyawan akan disingkap.

MEMORI PENDETA

KULIT LEMBU, PAHAT DAN PEWARNA: Mahasiswa Universiti Negeri Yogyakarta, Encik Hazid Muslichin, menghasilkan boneka wayang kulit di bawah khemah di halaman Taman Warisan Melayu pada petang 28 Ogos lalu. – Foto-foto MOHD RAMAN DAUD

ARIF JAWA: Profesor Dr Suminto A. Sayuti dari Universiti Negeri Yogyakarta berkata antara lain ciri anak Jawa ialah tahu berbahasa Jawa dan mudah senyum, serta gigih berusaha.

POTENSI BESAR: Ahmad Mustaqim Ahmad memancarkan perjalanan cerah sebagai penyajak berbakat besar selagi gigih meningkatkan ketukangan.

ULASAN BUKU

Pameran Pusaka selama tiga bulan yang berakhir 28 Ogos lalu di Taman Warisan Melayuberisi 80 peratus sumber nusa ini. Pencapaian itu membakar tekad Persatuan Jawa Singapura

yang baru dibentuk. Laporan MOHD RAMAN DAUD ([email protected]).

ALMARHUM DR MUHAMMAD ARIFF AHMAD

6 Berita Harian | Isnin, 12 September 2016

Wacana BAHASA

hoyy
Highlight