23
RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN AHLI KUMPULAN (Msc.Construction Management)

RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

  • Upload
    liza

  • View
    911

  • Download
    15

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

RASUAH DALAM INDUSTRI

PEMBINAAN

AHLI KUMPULAN (Msc.Construction Management)

Page 2: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

04/12/23 2

DEFINISI RASUAH

• Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka - Rasuah bermaksud pemberian menumbuk rusuk dalam erti kata menyogok atau menyuap.

• Kamus Za’ba (2000) - Sesuatu yang diberikan kepada seseorang seperti wang, hadiah dan

lain-lain dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan senang.

Page 3: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Dalam al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

• Dalam Al-Quran rasuah tidak disebut secara khusus tetapi keterangan secara umum boleh ditakrifkan apa juga pengambilan harta yang diambil secara batil adalah haram.

• Firman Allah dalam Al-Quran: "Janganlah kamu memakan harta secara batil atau secara haram di kalangan kamu".

(Al-Quran: Surah al-Baqarah, Ayat 188).

04/12/23 3

Page 4: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

PENYATAAN MASALAH

• Gejala rasuah dalam industri pembinaan di negara ini berada pada tahap yang serius (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed).

• 1 dan 2% daripada pulangan sesebuah syarikat pembinaan telah diperuntukkan untuk tujuan rasuah dan ia jumlah yang besar jika dibandingkan dengan pulangan yang diperoleh daripada projek berskala besar.

04/12/23 4

Page 5: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Pendekatan rasuah mula dijadikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan pertolongan dan peluang agar tidak berdepan dengan kesukaran dan kegagalan jika mengikut prosedur biasa.

• Kos kontrak juga boleh meningkat dan untuk memastikan keuntungan yang setimpal selepas 'pelaburan' itu, rasuah juga digunakan agar kos dapat dijimatkan bagi mengelak daripada mematuhi prosedur, piawaian atau syarat-syarat yang ditetapkan.

04/12/23 5

Page 6: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Pengurus Besar Kanan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarhani berkata, bilangan projek pembinaan yang tidak seimbang berbanding jumlah kontraktor berdaftar juga menjadi salah satu punca rasuah berleluasa.

• Setiap tahun, projek sama ada dari kerajaan atau swasta hanyalah berada dalam lingkungan 5,000 hingga 6,000 sahaja untuk projek bernilai RM500,000 ke atas.

• Bandingkan bilangan ini dengan jumlah kontraktor berdaftar seluruh negara iaitu seramai 64,389 orang. Bayangkan persaingan yang wujud antara kontraktor untuk mendapatkan projek.

04/12/23 6

Page 7: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Akta SPRM 2009• Akta ini secara jelas memperuntukkan perbuatan rasuah adalah

termaktub dibawah undang-undang pencegahan jenayah rasuah di Negara ini. Antara kesalahan-kesalahan rasuah yang dimaksudkan itu adalah melibatkan;

i. Memberi SuapanSeksyen 16 (b) dan 17(b) Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa

menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini apabila didapati mana-mana orang yang cuba memberi, berjanji memberi atau memberi suapan kepada mana-mana jua pegawai awam di mana urusan yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasmi mereka. Seseorang kontraktor disifatkan melakukan kesalahan apabila cuba memberi atau telah memberi suapan kepada mana-mana juga pegawai atau kakitangan awam yang bertanggungjawab menyelia projek pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut.

ii. Menerima SuapanSeksyen 16 (a) dan 17(a) Akta SPRM 2009 menyatakan bahawa menjadi satu

kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini apabila mana-mana penjawat awam yang cuba meminta, mendapatkan, memujukrayu atau menerima suapan daripada mana-mana

orang dalam hal yang berhubung dengan tugas rasmi pekerjaanya. Seorang Penjawat awam disifatkan melakukan kesalahan apabila terbukti telah menerima suapan daripada kontraktor.

04/12/23 7

Page 8: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

iii. Menarik Balik TenderSeksyen 20 Akta SPRM 2009 juga memperuntukkan bahawa adalah

menjadi kesalahan Seorang petender atau kontraktor yang memberi/menerima suapan bagi maksud menyerah atau menarik balik tender/kontrak adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah akta ini.

iv. Bersubahat

Seksyen 28 Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini apabila mana-mana orang membantu atau bersubahat melakukan kesalahan di bawah

akta ini. Maksudnya baik kontraktor mahupun penjawat awam, kedua- dua mereka dianggap bersalah jika didapati bersekongkol atau

berpakat melakukan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan.

v. Menyalahgunakan Kuasa

Seksyen 23 Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini apabila mana-mana juga penjawat awam menggunakan pangkat, jawatan dan kedudukannya sama ada (1) membuat apa-apa keputusan atau (2) mengambil atau membuat apa-apa jua tindakan untuk mendapatkan suapan di mana beliau secara langung atau tidaklangsung mempunyai kepentingan dalam urusan tersebut.

04/12/23 8

Page 9: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

OBJEKTIF

1) Mengenalpasti punca-punca berlakunya amalan rasuah

2) Mengenalpasti kesan-kesan rasuah terhadap industri pembinaan di Malaysia

3) Mengenalpasti langkah-langkah bagi membendung amalan rasuah dalam industri pembinaan di Malaysia

04/12/23 9

Page 10: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

SKOP KAJIAN

04/12/23 10

•Pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan di Malaysia

Page 11: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

JENIS-JENIS RASUAH

1) Rasuah Pentadbiran

Penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenangnya melanggar peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang dikuat kuasakan oleh kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram

2) Rasuah PerolehanAgihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan

3) Rasuah PenawananTindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.

04/12/23 11

Page 12: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Rasuah vs Hadiah

• Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan

“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

• Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”.

• Hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan.

04/12/23 12

Page 13: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat”

(Riwayat al-Bukhari).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada

sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi)

04/12/23 13

Page 14: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

PUNCA-PUNCA BERLAKU RASUAH DALAM INDUSTRI

1) Inginkan kehidupan lebih mewah dan hidup bergaya (Ahmad Fauzi Mustafa, 2006)

2) Rasuah berlaku disebabkan adanya penglibatan dua pihak iaitu pemberi dan penerima .Kedua-dua pihak ini mempunyai kepentingan peribadi seperti ingin mendapatkan sesuatu dengan cara mudah serta tanpa mengikut saluran atau peraturan yang ditetapkan (Mohd Hilmi Ramli,2004) .

3) Seseorang itu hanya tahu tentang hukum haramnya rasuah tetapi tidak mampu menghayatinya dari segi pengamalan dalam menghindarinya kerana keyakinan terhadap Allah dan hari qiamat termeresap dalam diri. (Mohd Hilmi Ramli, 2004).

4) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. (Datuk Dr Sulaiman Mahbob, 2006).

04/12/23 14

Page 15: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

KESAN-KESAN RASUAH TERHADAP INDUSTRI

• Kesan EkonomiRasuah boleh mendatangkan impak negatif yang berganda-ganda ke atas aktiviti mikro-makro ekonomi negara. Rasuah menyebabkan penguncupan berlaku dalam aktiviti pelaburan daripada sektor swasta, pelabur dalam dan luar negara

dan juga pengurus-pengurus dana. Prof Dr. Johann Graf Lambsdorff (2006) menyatakan bahawa

“Governments with a reputation for corruption find it difficult

to commit to effective policies and to convince investors

of their achievements. Investors therefore tend to prefer

safe havens to countries with an unreliable institutional framework…..”

Dalam keadaan di mana rasuah berleluasa, syarikat dan kontraktor yang beroperasi dengan modal yang kecil tidak akan mampu berdaya saing untuk mendapatkan kontrak atau pembekalan daripada pembiaya. Hanya syarikat dan kontraktor yang bermodal tinggi sahaja yang mampu dan berupaya menyogok empunya projek dengan jumlah suapan yang besar sehingga dapat mempengaruhi profesionalisma dan keputusan pihak berkuasa. Jika situasi ini berlaku, persoalannya bagaimanakah syarikat dan kontraktor yang bermodal kecil ini bertahan dan mengekalkan kemapanan syarikat mereka?

04/12/23 15

Page 16: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Rasuah juga akan menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan, aktiviti penawaran, permintaan barangan, perkhidmatan dan penggunaannya terjejas. Rasuah menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial, ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan negara. Rasuah juga menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati, kemarahan dan persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap agen-agen pelaksana. Jika demikianlah keadaannya, maka jelas bahawa jenayah rasuah boleh mendatangkan impak negatif yang maksima lagi ‘berkarat’ kepada aktiviti dan pertumbuhan ekonomi global pada keseluruhannya.

• Rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan.

• Berlaku penindasan kepada mereka yang layak di mana mereka tidak mampu mendapat tempat walaupun mempunyai kelayakan yang mencukupi disebabkan rasuah. Ini menyebabkan timbulnya perasaan dendam terhadap pemberi dan penerima rasuah yang menjadikan suasana kucar-kacir. Akhirnya banyak kerja terbantut dan terbengkalai malah banyak kerugian terpaksa ditanggung.

04/12/23 16

Page 17: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Kos dan KerugianTransparency International (2009) dalam laman webnya memaparkan bahawa jenayah Rasuah boleh membawa kepada;

Jenayah rasuah itu menyebabkan satu-satu projek yang ditawarkan :

(1) menjadi mewah, mahal dan membawa kepada pembiayaan yang tidak berhemah,

(2) menyebabkan pulangan pelaburan yang terlalu rendah, amat merugikan dan meletakkan Kerajaan atau pembiaya seperti institusi perbankan serta pelabur-pelabur sama ada dalam mahupun luar Negara dalam keadaan dilema dan berisiko tinggi. Risiko boleh berlaku dalam bentuk kerugian, fraud, kebankrapan dan tindakan sivil oleh stakeholder yang teraniya

(3) membiayai butiran yang tidak wujud seperti mewujudkan skop kerja atau spesifikasi secara palsu iaitu menipu Kerajaan dan rakyat dalam pembinaan projek, projek sakit, merbahaya dan mendatangkan kemudaratan serta keselamatan kepada kesejahteraan masyarakat dan persekitaran, dan

(4) kecenderungan menabung dan mengguna masyarakat dalam negara menurun,

(5) pengangguran meningkat dan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada negara.

04/12/23 17

Page 18: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Liabiliti KontrakPembiaya, pemilik dan pelaksana projek (Kontraktor atau subkontraktor) adalah terikat supaya mematuhi dan melaksana apa-apa juga terma yang telah dipersetujui mengikut kontrak.

Pelanggaran kepada terma-terma kontrak dan Akta SPRM 2009 dan undang-undang yang berkaitan dengannya boleh menyebabkan berlakunya:

(a) Penamatan Kontrak (Contract Termination) terhadap mana-mana pemilik atau mereka-mereka yang memperolehi kontrak

atau tender secara memberi rasuah atau melibatkan penipuan;

(b) Kerosakan (damages) menyebabkan pembiaya projek membayar apa- apa kerosakan atau kerugian akibat daripada perbuatan jenayah

rasuah atau penipuan;

(c) Liabliti undang-undang dan hukuman ditanggung oleh pembiaya projek akibat kesalahan rasuah dan penipuan yang

dilakukan oleh pekerja, sekutu, proksi, anak- anak syarikat, ejen, rakan (joint venture partner) dan sub- kontraktor.

• Liabiliti Jenayah

Pesalah akan terdedah kepada liabiliti undang-undang dan diheret ke muka pengadilan yang melibatkan pemenjaraan, bayaran denda , hilang peluang perniagaan, reputasi terjejas, disenarai hitamkan dan menyebabkan kelesuan kepada syarikat ataupun kontraktor itu sendiri.

04/12/23 18

Page 19: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG AMALAN RASUAH DALAM INDUSTRI BINAAN

• Mewajibkan penyertaan KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR INDUSTRI PEMBINAAN terhadap pemilik syarikat pembinaan yang baru berdaftar dengan CIDB bermula pada tahun 2007.

• Memandangkan amalan tidak beretika ini telah mencemarkan imej sektor itu, kerajaan mewujudkan satu kod etika untuk kontraktor.

• Proses yang cekap dan telus akan mengurangkan ketidaktentuan serta mengehadkan peluang bagi rasuah dan sogokan (Datuk Seri S. Samy Vellu).

04/12/23 19

Page 20: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

• Menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka.

• Usaha kerajaan dengan mengadakan kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan perlulah menggunakan media massa secara holistik iaitu dari akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut.

• Penerapan konsep keagamaan dan moral - hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dikalangan pelajar sekolah dan universiti.

• Memodenkan serta memajukan sistem pentadbiran urusan perolehan, pembekalan dan pembinaan adalah satu langkah yang preventif bagi mengurangkan rasuah dalam sektor pembinaan. Ia termasuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan tahap profesionalisma agen pelaksana yang terlibat dalam sektor ini.

04/12/23 20

Page 21: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

PENJARA MINIMUM DAN HUKUMAN

04/12/23 21

Page 22: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

04/12/23 22

Page 23: RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

“Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan bermaksud agar kamu dapat memakan sebahagaian harta orang lain itu dengan jalan yang dosa, padahal kamu mengetahuninya.” (Surah al Baqarah, Ayat 188).

SEKIAN, TERIMA KASIH.......

04/12/23 23