9
4.0 APLIKASI MODEL ASSURE DALAM RPH Tarikh : 23 September 2012 Masa : 8.00 pagi – 9.00pagi (60 minit) Tahun : 5 Aman Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Tajuk : Ikan Hiasan Analyze Learners / Menganalisis Murid 1. 30 orang murid 2. 18 lelaki / 12 perempuan 3. 11 tahun 4. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat bekas yang digunakan untuk menyimpan ikan hiasan di rumah masing-masing. State Objectives / Menyatakan Objektif Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1) Mengenal dan menyenaraikan lima daripada enam jenis tumbuhan akuatik tanpa rujukan buku dengan betul. 2) Menyenaraikan dengan tepat empat darip 3) ada enam langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium dengan betul. 4) Menyediakan akuarium dengan langkah yang betul. Select Media, Materials, and Method / Memilih Media, Bahan, dan Kaedah Media : 1. Komputer riba dan LCD Paparan Slaid (Microsoft Powerpoint) Video 2. Buku teks 3. Kad perkataan, kad gambar 4. Lembaran kerja Bahan : 1. Ikan hiasan, pam, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster dan model. Kaedah : 1. Kaedah demonstrasi (guru menunjuk cara menyediakan medium tanaman 2. Kaedah deduktif (susah kepada senang)

RBT RPH Assure Akuarium Ori

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rbt

Citation preview

4.0 APLIKASI MODEL ASSURE DALAM RPH

Tarikh :23 September 2012Masa : 8.00 pagi 9.00pagi (60 minit)Tahun : 5 AmanMata Pelajaran : Kemahiran HidupTajuk :Ikan Hiasan

Analyze Learners / Menganalisis Murid

1. 30 orang murid 2.18 lelaki / 12 perempuan 3.11 tahun 4.Pengetahuan sedia ada :Murid pernah melihat bekas yang digunakan untuk menyimpan ikan hiasan di rumah masing-masing.

State Objectives / Menyatakan Objektif

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1)Mengenal dan menyenaraikan lima daripada enam jenis tumbuhan akuatik tanpa rujukan buku dengan betul.2)Menyenaraikan dengan tepat empat darip3)ada enam langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium dengan betul.4)Menyediakan akuarium dengan langkah yang betul.

Select Media, Materials, and Method / Memilih Media, Bahan, dan Kaedah

Media :1.Komputer riba dan LCDPaparan Slaid (Microsoft Powerpoint)Video2.Buku teks3.Kad perkataan, kad gambar4.Lembaran kerja

Bahan :1.Ikan hiasan, pam, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster dan model.

Kaedah : 1.Kaedah demonstrasi (guru menunjuk cara menyediakan medium tanaman 2.Kaedah deduktif (susah kepada senang)Guru menerangkanbahan-bahan penyediaan akuarium ikan hiasan.Kemudian, guru meminta murid memberikan contoh lain setelah memberikan beberapa contoh , barulah guru memulakan pengajaran.Bahan yang diperlukan.Jenis-jenis tumbuhan akuatik atau tiruan.Langkah-langkah menyediakan akuarium ikan hiasan.

Rasional Pemilihan Media :

MediaRasional Pemilihan Media

Komputer :-menayang slaid powerpoint-Digunakan sebagai media pada langkah 1 dan 2-Bertujuan untuk menarik perhatian murid terhadap apa yang ingin diajarkan oleh guru berdasarkan tema P&P (jenis-jenis tanaman akuatik dan langkah-langkah penyediaan akuarium.-Agar murid dapat bersedia untuk memulakan pembelajaran.-Untuk merangsang pengamatan penglihatan dan pemikiran murid

Bahan bahan :Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.-digunakan sebagai media pada langkah 2 dan langkah 3-bertujuan untuk menunjukkan kepada murid tentang cara-cara penjagaan tanaman yang betul seterusnya meminta murid pula melakukannya (amali) dengan pemantauan dari guru.-murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru.-murid juga diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan.

Lembaran Kerja(Menjawab soalan)

-Bahan menguji tahap kefahaman murid terhadap apa yang telah diajar oleh guru sepanjang sesi P&P-Menilai tahap ingatan dan kefahaman murid tentang bahan-bahan dan langkah penyediaan akuarium.

LCD dan SlaidUntuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas.

Utilize Media, Materials, and Method / Penggunaan Media, Bahan, dan Kaedah

Persediaan Media :

Sebelum Menggunakan MediaPersediaan persekitaranPengalaman Pembelajaran

video :-menguji dan memeriksa kandungan slaid powerpoint jika terdapat kesalahan ejaan ataupun warna latar belakang tidak sesuai.

LCD:-Memastikan LCD dapat berfungsi dengan baik-LCD dan komputer adalah serasi

Alatan Dan Bahan:-Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, modelhendaklah disediakan terlebih dahulu dan secukupnya.-pastikan peralatan dan bahan mencukupi untuk kumpulan sasaran (murid)

Lembaran Kerja:-Memastikan soalan berkait dengan objektif P&P-Soalan berkaitan dengan tema P&P-Bilangan fotokopi helaian lembaran mencukupi-Soalan sesuai dengan tahap kognitif murid.-Pastikan kelas ada punca elektrik yang baik

-Membuat tempahan LCD lebih awal

-Pilih kelas yang jauh daripada gangguan luar seperti:

*bunyi bising mesin rumput*bunyi bising di kantin*sesuai dilaksanakan dalam bengkel Kemahiran Hidup dan mudah mendapat sumber seperti sumber air.Kaedah : soal jawab- mengenalpasti pengalaman sedia ada murid

Kaedah: kumpulan bagi aktiviti amali penyedian dan menghias akuarium (6 orang)

Kaedah : tunjukcara/demonstrasi bagi menunjukkan kepada murid tentang cara menyediakan akuarium dengan betul

Kaedah: amali iaitu murid merasa sendiri bagaimana melaksanakan langkah-langkah penyediaan dan bagaimana untuk menghias akuarium dengan cantik dan sesuai.

Matapelajaran:-Sains

Strategi:-berpusatkan murid-berpusatkan guru

LangkahMediaPenggunaan Media

Set Induksi( 5 minit)Model akuariumAksesori akuariumKad perkataanGuru menunjukkan sebuah akuarium dan mengarahkan murid memerhati dengan teliti dan cuba mengenalpasti apakah jenis aksesori atau alatan yang terdapat di dalam akuarium.Guru menyoal murid apakah nama setiap aksesori tersebut.Seterusnya guru menunjukkan kad perkataan dan mengarahkan murid untuk memadankan perkataan yang tertera pada kad tersebut dengan aksesori yang terdapat di dalam akuarium itu.Guru memanggil beberapa orang murid dan mengarahkan murid menampal kad perkataan itu pada aksesori

PerkembanganLangkah 1( 15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint

-Guru menunjukkan beberapa tayangan gambar jenis tumbuhan akuatik menerangkan kepada murid.-Guru meminta beberapa orang murid untuk menyebut kembali nama jenis tumbuhan akuatik.-Seterusnya guru memberikan edaran gambar setiap jenis tumbuhan yang telah dipaparkan dan mengarahkan murid untuk mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu dengan tepat.

Langkah 2(15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint dan video

-Guru menunjukkan satu video berkenaan langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.-Seterusnya guru menyenaraikan langkah penyediaan akuarium dengan menayangkannya di skrin dan meminta murid untuk menyalinnya.-Sambil menayangkan video, guru menunjukkan demonstrasi langkah-langkah sebenar penyediaan akuarium di hadapan semua murid.

Langkah 3(15 minit)

Bahan:Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.

-Guru membuka peluang kepada murid untuk mencuba kaedah menghias akuarium.-Guru bertindak sebagai pemerhati dan membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid.-Guru menyediakan set alatan dan bahan yang lengkap kepada murid.

Penutup( 10 minit )Rumusan secara ringkas mengenai jenis tumbuhan akuatik beserta aksesori hiasan, faktor pemilihan bekas dan cara untuk menyedia dan menghias akuarium dan lembaran kerja.-Guru membuat sedikit ulasan dan komen mengenai sesi P&P yang telah dijalankan.-Seterusnya guru membuat rumusan ringkas mengenai sesi P&P yang telah dijalankan dan menegaskan agar murid mengulangkaji berkaitan apa yang telah dipelajari.-Guru mengedarkan lembaran kerja.

Require Learner Participation / Penglibatan Aktif Murid

LangkahMediaPenggunaan Media

Set Induksi( 5 minit)Model akuariumAksesori akuariumKad perkataan-Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru tentang aksesori yang terdapat dalam akuarium.-murid memadankan perkataan dengan kad pada aksesori yang terdapat di dalam akuarium itu.-murid menampal kad perkataan itu pada aksesori yang betul.

PerkembanganLangkah 1( 15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint

-Murid menyaksikan tayangan dan guru meminta murid untuk mengingati nama tumbuhan akuatik itu.-Murid bersoal jawab dengan guru tentang tumbuhan akuatik atau tiruan .-Murid menyebut semula semula jenis tumbuhan akuatik.-murid mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu dengan tepat.

Langkah 2(15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint dan video

-Murid menyaksikan video berkenaan langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.-Murid mengenal pasti langkah penyediaan akuarium serta bahan yang digunakan dan diminta untuk mencatat nota.

Murid diminta mengambil perhatian dengan penerangan guru terhadap demonstrasi langkah-langkah sebenar penyediaan akuarium di hadapan semua murid.

Langkah 3(15 minit)

Bahan:Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.

-Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akuarium yang akan dipasang di meja kerja kumpulan mereka.-Murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru tadi-Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan.

Penutup( 10 minit )Nota ringkas :nota mengenai langkah-langkah penyediaan akuarium.-Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru mengenai penyediaan akuarium.

Evaluation / Penilaian

Pencapaian MuridPrestasi murid berdasarkan rujukan kriteria.-Murid telah dapat Menyatakan sekurang-kurangnya empatbahan yang diperlukan untuk penyediaan akuarium dengan betul setelah mendengar penerangan guru.-Murid dapat mengenal dan menyenaraikan lima daripada enam jenis tumbuhan akuatik tanpa rujukan buku dengan betul.-Murid dapat menyatakan empat daripada enam langkah penyediaan akuarium ikan hiasan dengan tepat setelah mendengar penerangan guru.-Murid dapat Melakukan empat langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti demostrasi dan penerangan oleh guru.

Kemahiran1. Murid dapat memperkembangkan kemahiran sosial melalui aktiviti dalam kumpulan.2. Murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif apabila didedahkan dengan soalan berkenaan dengan langkah-langkahpenyediaan akuarium

Sikap murid1. Murid memberi tumpuan dan perhatian penuh sepanjang P&P.2. Murid memberi kerjasama yang baik kepada guru dan rakan-rakan sepanjang aktiviti P&P.

Pencapaian Guru1. P&P yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan efektif.2. Murid-murid telah dinilai berdasarkan respon yang diberikan sangat baik terhadap pengajaran guru.3. Guru mengajar murid tentang bahan yang digunakan untuk penyediaan dan menghias akuarium dan langkah-langkah penyediaan akuarium ikan hiasan dan murid dilihat faham dengan pengajaran yang dilaksanakan4. Objektif pengajaran dan pembelajaran telah berjaya dicapai melalui hasil jawapan dalam lembaran kerja murid.

Keberkesanan Media1. Bahan dan media komputer, LCD, alatan dan bahan sebenar sangat membantu dalam menggalakkan interaksi dan perbincangan dalam kalangan murid selain dapat menyediakan murid suasana yang sebenar.