7
KES: MENGGUNAKAN TEORI REBT PROFIL KLIEN Nama: Naina (nama panggilan) Umur: 17 tahun Jantina: Perempuan Tingkatan: 5 Wardah Klien seorang murid tingkan 5 di sebuah sekolah di Bandar. Prestasi akademik klien adalah sederhana dan berusaha untuk memperbaiki orestasi akademiknya. Klien merupakan aliran sastera. Berasal dari keluarga yang sederhana. Penampilan klien adalah sebagai pelajar perempuan yang terurus dan kemas. Seorang personaliti yang riang dan pergaulan dengan rakan baik tidak kira lelaki atau perempuan. LATAR BELAKANG MASALAH Klien mengadu bahawa emosinya tergnggu disebabkan oleh orang lain. Klien juga mengadu tidak dapat fokus semasa pembelajaran dalam kelas. Klien juga berasa menyampah melihat orang yang sedang becinta dan berpasangan. Terasa dirinya berada dalam keadaan yang tidak terkawal dengan perasaan marah. Penerokaan tentang punca masalah klien telah dibuat. Pada awalnya, klien agak mengelak untuk menceritakan pengalamannya

Rebt.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rebt.docx

KES: MENGGUNAKAN TEORI REBT

PROFIL KLIEN

Nama: Naina (nama panggilan)

Umur: 17 tahun

Jantina: Perempuan

Tingkatan: 5 Wardah

Klien seorang murid tingkan 5 di sebuah sekolah di Bandar. Prestasi akademik klien adalah

sederhana dan berusaha untuk memperbaiki orestasi akademiknya. Klien merupakan aliran

sastera. Berasal dari keluarga yang sederhana. Penampilan klien adalah sebagai pelajar

perempuan yang terurus dan kemas. Seorang personaliti yang riang dan pergaulan dengan rakan

baik tidak kira lelaki atau perempuan.

LATAR BELAKANG MASALAH

Klien mengadu bahawa emosinya tergnggu disebabkan oleh orang lain. Klien juga mengadu

tidak dapat fokus semasa pembelajaran dalam kelas. Klien juga berasa menyampah melihat

orang yang sedang becinta dan berpasangan. Terasa dirinya berada dalam keadaan yang tidak

terkawal dengan perasaan marah.

Penerokaan tentang punca masalah klien telah dibuat. Pada awalnya, klien agak mengelak untuk

menceritakan pengalamannya bersama dengan pelajar lelaki dalam kelasnya. Tetapi akhirnya

secara tidak sengaja klien telah menceritakan secara terperinci berkenaan perhubungannya

dengan lelaki tersebut selepas diteroka. Klien telah menjalinkan hubungan sebagai pasangan

bercinta dengan pelajar lelaki tersebut. Selepas beberapa bulan, pelajar lelaki itu telah

memutuskan hubungan dengan klien kerana ada perempuan lain yang juga rakan sekelas klien.

Tambahan lagi, lelaki itu juga jiran satu taman dengan klien dan sentiasa bertemu. Klien berasa

kurang selesa apabila melihat mereka berdua-duaan. Keadaan ini membuatkan klien hilang fokus

Page 2: Rebt.docx

terhadap pembelajaran. Klien juga merasa takut, pemikiran menjadi “kosong”, mukanya terasa

“panas” dan berasa malu jika berjumapa dengan lelaki itu kerana dia telah “ditinggalkan”.

Emosi klien terganggu kerana pemikiran yang tidak rasional. Klien juga meletakkan kesalahn

pada orang lain apabila keinginannya tidak dipenuhi.

INTERVENSI DAN PELAN TINDAKAN

Klien melihat dirinya tidak dapat dikawal kerana tindakan orang lain. Dia berasa geram dan

menyampah melihat bekas teman lelakinya berdua-duaan dengan orang lain. Keadaan ini

menyebabkan emosi terganggu dan hilang fokus dalam pembelajaran. Emosinya terganggu

bukanlah disebabkan oleh teman lelakinya tetapi disebabkan oleh perasaan cemburu klien sendiri

dan klien juga mengaku tentang perkara itu.

A: Klien menyampah melihat bekas teman lelakinya berdua-duaan dengan orang lain

B: Klien cemburu- berpandangan bahawa lelaki itu tidak boleh berpasangan dengan

orang lain jika dia tidak berpasangan dengan saya

C: Emosi terganggu dan hilang fokus dalam pembelajaran

D: Celik akal hasil dari sesi kaunseling

E: Penerimaan kenyataan bahawa setiap individu berhak memilih teman

TEMA KETERANGAN

Awfulizing Klien sendiri ditinggalkan oleh teman

lelaki yang telah mencari teman baru

sebagai satu kejadian yang besar dan

sukar diterima. Ini telah memberi kesan

kepada klien sehingga klien sentisa

Secara tidak sedar, klien seolah-

olah megharap orang lain

membenci lelaki itu seperti dia

membenci lelaki itu.

Page 3: Rebt.docx

gelisah melihat mereka berdua-duaan dan

hilang fokus dalam pebelajaran.

People-rating Klien telah menganggap bahawa ‘lelaki

itu melakukan sesuatu yang teruk, maka

dia seorang yang teruk’ dan ‘saya telah

ditinggalkan oleh lelaki itu, maka saya

seorang yang teruk’. Klien sentiasa

menyalahkan teman lelakinya yang

menyebabkn klien hilang fokus dalam

pembelajaran.

Perasaan benci itu

menyebabkannya hilang fokus

kerana perasaan benci, tidak puas

hati dan ketakutan berdepan

dengan lelaki itu.

I can’t stand it Klien tidak dapat menerima kenyataan

bahawa lelaki itu menyukai orang lain.

Klien seolah-olah mengharap lelaki itu

dihukum kerana tindakan

meninggalkannya dan ketidakselesaan

terhadap klien.

Ini menyebabkan klien

menyampah meihat lelaki itu

berdua-duaan dengan perempuan

itu.

Pencapaian akademik klien sederhana namun klien berusaha untuk meletakkan pencapian SPM

yang baik sebagai keutamaan tertingginya buat masa ini. Menurut klien, dia rela mengorbankan

perkara lain untuk mencapai keputusan yang cemerlang nanti. Namun matlamat utama klien

adalah untuk mengatasi gangguan emosi akibat dari pemikiran yang tidak rasional klien.

KEPERCAYAAN KLIEN BIMBINGAN KAUNSELOR

Saya mesti berbuat sebaik mungkin untuk

mendapat pengiktirafan tentang diri saya. Jika

sebaliknya, maka saya adalah tidak baik.

# Adakah hanya kerana lelaki itu tidak pilih

kamu sebagai “tema wanita”, kamu “mesti”

menyalahkan diri yang tidak berbuat baik?

Page 4: Rebt.docx

# Adakah semua orang “mesti” pilih kamu

jadi teman wanita?

# Adakah semua perkara yang berlaku

“mesti” ikut kehendak kamu?

Orang lain mesti melayan saya secara bertimbang

rasa, adil, dan baik. Jika sebalinya, mereka adalah

tidak baik dan mesti dihukum.

Saya mesti mendapatkan apa yang saya mahukan

dan adalah sangat teruk jika tidak dapat apa yang

saya mahu. Saya tidak harus mendapat apa yang

saya tidak mahu. Saya tidak boleh terima perkara

ini.

Klien juga telah dibimbing dengan beberapa persoalan yang boleh membantu klien dan telah

meminta klien membuatnya sebagai assignment dan akan dibincangkan untuk sesi seterusnya. Ini

adalah untuk membantu klien berfikiran rasional dan yakin pada diri atas kemampuan sendiri.

Antaranya:

1. Apakah KEUTAMAAN saya pada masa ini?

2. Apakah MATLAMAT saya dalam hidup ini?

3. Bagaimana peranan pasangan rakan itu member kesan kepada pencapaian matlamat saya?

4. Apakah yang boleh saya lakukan untuk memperoleh perasaan puas terhadap perlakuan

saya?

Page 5: Rebt.docx

RUJUKAN

PM Dr. Nasir Bistaman, 2015. Nota Kuliah Modul 7: Aplikasi Teori REBT. UPSI

Majlis Guru-Guru Kaunseling, 2009. Kes Kaunseling Sekolah-sekolah Malaysia. Dengan

kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prof Dr Abdul Malek Abdul Rahman, 2015. Nota Kuliah: Terapi Kignitif-Tingkah Laku.