refleksi psv 2

Embed Size (px)

Citation preview

RefleksiTugasan PSV3105 pada semester 4 ini ialah menghasilkan karya seni visual bidang menggambar. Kami juga dikehendaki membuat sinopsis berdasarkan hasilan karya seni bidang menggambar. Saya telah menghasilkan karya yang bertajuk Keindahan Flora dan Fauna sebagai kajian bidang seni. Perkara pertama yang saya lakukan untuk mengahsilkan karya bertemakan alam semula jadi ini dengan memilih sekurang-kurangnya tiga teknik menggambar. Namun, saya telah membuat ketetapan akan memasukkan lima teknik menggambar dalam karya saya.Sebelum membuat lakaran saya mengumpul maklumat mengenai teknik-teknik bidang menggambar sebagai sumber rujukan bagi penghasilan tugasan saya. Pada mulanya memang agak sukar,namun berkat bimbingan pensyarah subjek ini iaitu Encik Abusenie bin Bujang Pit saya dan rakan-rakan telah dapat gambaran awal dan memahami bidang tugasan yang perlu disiapkan.Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang telah saya perolehi apabila saya membuat rujukan dari buku-buku,dan juga rujukan melalui internet. Saya dapat melihatbahawa Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan banyak aktiviti seni yang menarik boleh dilakukan di dalam kelas sekiranya seseorang guru itu mempunyai daya kreativiti dan mampu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid .Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya dalam sepanjang tempoh menyiapkan tugasanini.Saya jugamerujuk kepada rakan-rakan guruyang yang mengajar PSV dan lebih berpengalaman. Selain daripada itu,rujukan daripada buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya.Alhamdulillah, dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitanduniasenivisual khususnya bidang menggambar .Walau bagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekangan yang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Saya akui bahan dan maklumat berkaitan bidang menggambar banyak diperolehi sama ada dalam bentuk buku ataupun rujukan dari internet. Tetapi saya menghadapi masalah memasukkan beberapa teknik menggambar di dalam satu karya. Masalah ini pada awalnya agak melambatkan proses pelaksanaan tugasan saya ini. Namun begitu saya selesaikan dengan berkolaborasi dengan rakan-rakan untuk mendapatkan idea yang tepat. Beberapa contoh hasil karya yang ditunjukkan oleh pensyarah semasa kuliah juga dapat membantu saya . Saya akui walaupun saya terpaksa meluangkan lebih masa dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi. Yang paling penting ilmu yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkanhasil karyasaya.Walaupun hasilnya tidak sehebatmana, tetapi saya berpuas hati dengan karya yang saya hasilkan. Harapan saya semoga hasil karya yang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki oleh tugasan yang diamanahkan ini.Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini terutamanya kepada Encik Abusenie bin Bujang Pit ,selaku pensyarah pembimbing kami pada semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Tanpa bantuan dan bimbingan daripada semua pihak, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Semoga tugasan saya ini juga dapat memberi info dan maklumat kepada mana-mana individu yang memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada semua