REFORMASI PENTADBIRAN

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    1/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    27

    IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DI MALAYSIA DANINDONESIA: PERBANDINGAN KONSEP

    Mohamad Zahir Zainudin1, Roziah Omar2

    1Pusat Bahasa dan Pembangunan InsanUniversiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia

    2Akademi Kepimpinan Pengajian TinggiKementerian Pengajian Tinggi Malaysia

    Emel: [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepadakemajuan negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasarikemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad yang lalu semakindiselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yangbesar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Penekanan ke ataspembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihatpenting demi kelestarian dan kemajuan sesebuah negara. Bentuk dan corak

    pentadbiran di Malaysia dan Indonesia mempengaruhi pembangunansosial kedua-dua buah negara. Situasi sosial jauh berbeza berdasarkanjumlah penduduk, perubahan-perubahan yang berlaku dan trend dalamsejarah pembangunan negara. Perbezaan ini wujud disebabkan usaha-usaha pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kedua-dua buahnegara bergerak pada kadar yang tidak sekata. Pembentukan dasar sosialmenjadi bertambah penting untuk mengurus komuniti yang semakinberkembang dan kompleks. Dasar sosial di Malaysia dikenali sebagai DasarSosial Negara manakala di Indonesia dikenali sebagai Sistem JaminanSosial Nasional. Dalam melaksanakan perancangan pembangunan sosial,

    persekitaran semula jadi dalam hubungan di antara pelaksana dasardan kumpulan sasar adalah sama penting dengan kandungan dasar.Impak dasar sosial dalam pendidikan, kesihatan dan kerjaya, kerapkalibergantung kepada aktiviti yang terlibat dalam kalangan individu dankomuniti. Memberi tumpuan kepada hubungan dan interaksi ini dapatmeningkatkan kefahaman impak dasar sosial dalam kalangan komuniti diMalaysia dan Indonesia.

    Kata Kunci: dasar sosial, pembangunan sosial, impak, Dasar SosialNegara, Sistem Jaminan Sosial Nasional.

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    2/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    28

    1.0 PENGENALAN

    Sejak 50 tahun lalu, pengalaman pembangunan memperlihatkanperdebatan dalam peranan kerajaan bagi membangunkan masyarakatdan negara. Masing-masing meneliti dan memerhati perkembangan

    masyarakat dan sistem sosiobudaya manusia serta menelaahfenomena kemodenan ini dengan kaca mata dan perspektif sendiri.Golongan ekonomis mempunyai gagasan pembangunan dantahap perkembangannya. Golongan politikus mempunyai gagasanperkembangan sistem politik global. Golongan sosiologis memaparkanpandangan serta kerangka pemikiran kemasyarakatan (Zainal Kling,2005).

    Pembangunan berteraskan ekonomi ini menyaksikan negara Jepun

    menjadi kuasa baru ekonomi dunia pada tahun 1970-an. Kelompokkedua ialah kemunculan Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong danSingapura menjadi Negara Industri Baru (NIB) sebagai generasi pertama,diikuti Malaysia, Thailand dan Indonesia sebagai NIB generasi kedua.Kepesatan ini telah menambah baik agihan pendapatan, menurunkankadar kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi. Contohkejayaan ini ialah sepertimana yang dinikmati oleh Malaysia iaitupengecilan jurang ketaksamaan ekonomi melalui pelaksanaan DasarEkonomi Baru (1971-1990) (Shireen Mardziah, 1998; Ishak, 1999; AbdulRahman, 2003). Seterusnya, perkembangan ekonomi China yang pesatpada abad ke-21 memberi saingan kepada kuasa ekonomi di AmerikaSyarikat, Eropah dan Asia sendiri. Ekonomi China yang berkembangpesat menjadi pemacu kepada perkembangan ekonomi dunia padahari ini (Mengkui Wang, 2006; Zhongmin Wu, 2009; John Bryan Starr,2010).

    Senario pembangunan berubah setelah keruntuhan blok Kesatuan

    Soviet, berakhirnya era Perang Dingin, krisis ekonomi Asia 1997/1998,kemunculan China sebagai kuasa ekonomi baru dunia dan krisismata wang yang melanda Eropah pada akhir 2011. Perubahan ketaraialah pandangan pembangunan tidak lagi memberi tumpuan kepadapertumbuhan sahaja malahan bersifat holistik dan seimbang denganmengutamakan kesejahteraan sejagat. Justeru, dalam menentukantahap pencapaian pembangunan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) memperkenalkan Matlamat Pembangunan Milenium (MilleniumDevelopment Goals) pada September 2002 untuk memperkukuhkan

    usaha ke arah keamanan, demokrasi, urus tadbir yang baik danpembasmian kemiskinan secara global (Unit Perancang Ekonomi,2011).

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    3/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    29

    Perspektif Teori Dasar

    Teori Modenisasi

    (1950-an hingga 1960-an)

    Teori Neo-Marxis(1960-an hingga 1980-an)

    Teori Statist/Neo-Statist

    (1960-an hingga 1980-an)

    Teori Neoliberal

    (Globalisasi Neoliberal)(1980-an hingga 2000-an)

    -Difusi modal, kepakaran dan institusiasing (Barat)

    -Kembangkan pasaran bebas

    -Revolusi; delinking(putuskan hubungan)dengan metropolis(Barat)

    -Rebut kesempatan

    -Negara campur tangan dalam ekonomi-Kawal pasaran

    -Perlindungan industri domestik

    -Kembangkan pasaran bebas-Liberalisasi, deregulasi, penswastaan

    ---program penyelarasan struktural (1980-an)

    ---Sistem governan baru (1990-an)

    Teori Ketergantungan

    (Frank, Amin dan lain-lain)(1960-an hingga 1970-an)

    Sistem Dunia (Wallerstein)

    (1970-an hingga 1980-an)

    Rajah 1: Teori dan polisi dalam pengajian pembangunan(Abdul Rahman, 2003)

    Bentuk dan corak pentadbiran di Malaysia dan Indonesiamempengaruhi pembangunan sosial kedua-dua buah negara. Situasisosial jauh berbeza berdasarkan jumlah penduduk, perubahan-

    perubahan yang berlaku dan trend dalam sejarah pembangunannegara (Midgley, 1997). Secara perbandingan, Malaysia dan Indonesiamemiliki pendapatan perkapita yang berbeza iaitu Malaysia sebanyakUS$8,420 dan Indonesia adalah US$2,940 (Bank Dunia, 2012). Perbezaanini wujud disebabkan usaha-usaha pembasmian kemiskinan yangdilakukan oleh kedua-dua buah negara bergerak pada kadar yangtidak sekata. Malaysia telah menggerakkan program pembasmiansejak tahun 1971 apabila memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)yang menjadikan pembasmian kemiskinan sebagai agenda utama. Di

    Malaysia, kadar kemiskinan telah menurun sejak merdeka sehinggakini. Pada tahun 1970, kadar kemiskinan ialah 52.4 peratus, 6.8 peratuspada tahun 1997 dan sehingga tahun 2007 masih terdapat 5.1 peratus.Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) 2006-2010, kerajaan

    berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus kepada2.8 peratus pada tahun 2010 dengan peruntukan sebanyak RM11.52

    bilion (Malaysia, 2010).

    Kemiskinan juga menjadi sebahagian daripada isu utama di Indonesia.

    Dalam bancian Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia pada 2011,jumlah orang miskin di Indonesia sebanyak 30.02 juta orang atau12.49 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Indonesia.Penurunan jumlah kemiskinan tersebut dipengaruhi oleh beberapa

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    4/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    30

    faktor. Pertama, bayaran gaji dinaikkan, kedua, kenaikan dalam nilaitukaran harga makanan, dan ketiga, pelaksanaan skim bantuan sepertiBantuan Langsung Tunai (BLT), Biaya Operasional Sekolah (BOS) danjuga Kebakan Beras untuk Masyarkat Miskin (Raskin).

    Semenjak merdeka, kedua-dua buah negara, Malaysia dan Indonesiatelah mengalami transformasi yang sangat ketara meliputi aspekekonomi, sosial, pendidikan, budaya, politik dan teknologi. Melaluipelaksanaan dasar sosial yang berkesan, kehidupan masyarakat

    bertambah baik dan ramai yang telah mendapat manfaat.

    2.0 PENGARUH DASAR SOSIAL KE ATAS PEMBANGUNANKOMUNITI

    Terdapat pengiktirafan yang meluas bahawa dasar sosial dan program-program yang berkaitan dengannya perlu dinilai secara telus bagimenentukan sama ada matlamat pelaksanaan dasar tersebut tercapaiataupun tidak. Biar pun ada anggapan yang menyatakan dasar sosialmemberi impak positif, anggapan ini kerapkali dikritik oleh banyakpihak (Midgley dan Livermore, 2009; Chaerjee dan Vadapalli, 2009).Penilaian ini perlu kerana perubahan-perubahan yang berlaku dalampolitik dan ekonomi dunia seringkali mempengaruhi keadaan sosial

    negara. Kerajaan Malaysia dan Indonesia menggunakan pelbagaistrategi untuk pembangunan negara masing-masing khususnyaketika bergelut untuk keluar dari krisis ekonomi Asia 1997/98 danketaktentuan ekonomi dunia dari tahun 2000 hingga 2010. Tumpuandiberikan kepada pertumbuhan ekonomi untuk memberi pekerjaankepada rakyat, menarik pelaburan asing dan meneruskan agendapembasmian kemiskinan. Malaysia memperkenalkan rancanganpembangunan lima tahun yang dikenali Rancangan Malaysia,manakala Indonesia merangka Rancangan Pembangunan Lima Tahun

    (Repelita). Kedua-dua rancangan ini dirangka dengan harapan dapatmewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera. Dalam melaksanakanperancangan pembangunan sosial, persekitaran semula jadi dalamhubungan di antara pelaksana dasar dan kumpulan sasar adalahsama penting dengan kandungan dasar. Impak dasar sosial dalampendidikan, kesihatan dan kerjaya, kerapkali bergantung kepadaaktiviti yang terlibat dalam kalangan individu dan komuniti. Memberitumpuan kepada hubungan dan interaksi ini dapat meningkatkankefahaman impak dasar sosial dalam kalangan komuniti di Malaysia

    dan Indonesia.

    Kerajaan kedua-dua buah negara menggunakan tiga pendekataninstitusional untuk meningkatkan dan menambah baik kesejahteraan

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    5/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    31

    masyarakat. Pertama, aktiviti derma amal, kedua, kerja sosial, danketiga, dasar sosial (Midgley dan Hall, 1995). Derma amal sangat

    bergantung kepada sumbangan yang bersifat peribadi, aktiviti sukareladan institusi bukan kerajaan yang bersedia menyediakan peluang

    untuk perubahan hidup kepada masyarakat. Kerja sosial melibatkanpenyertaan kelompok profesional dan semi profesional yang berusahamembantu individu, perkumpulan atau komuniti untuk memenuhikeperluan hidup masyarakat. Manakala dasar sosial ialah programyang berkaitan dengan perkhidmatan atau program sosial yangmeningkatkan kualiti hidup masyarakat.

    Keberkesanan dasar sosial ini bergantung kepada keupayaanpelaksanaan intervensi yang diambil oleh kerajaan menerusi pelbagai

    siri perkhidmatan sebagai tindak balas ke atas masalah sosial,keperluan sosial dan peluang sosial yang diperlukan dalam masyarakat(Latrids, 1994, Siti Hajar, 2006). Komponen utama dalam pelaksanaandasar sosial ini ialah kebajikan sosial iaitu memenuhi keperluan sosialmasyarakat, mengurus masalah-masalah sosial yang dihadapi olehmasyarakat dan menyediakan peluang untuk masyarakat memperkasakesejahteraan hidup mereka. Pemilihan tipologi atau model dasar sosialyang memenuhi keperluan masyarakat akan menjamin kehidupanyang lebih baik.

    Dasar sosial yang memberi impak positif dan menambah baik keadaansosial dalam komuniti akan memberi lebih banyak ruang kepadakesejahteraan hidup. Kepentingan memenuhi keperluan hidup ialahsupaya wujudnya keadaan kebajikan sosial untuk makanan, kesihatan,tempat perlindungan, keselamatan dan pekerjaan. Kepentinganmengurus masalah ialah dapat mengawal kadar jenayah dan delikuensi,penderaan, keganasan rumah tangga dan pengabaian kanak-kanak.Manakala maksud kewujudan peluang yang maksimum ialah apabila

    keadaan kebajikan sosial telah terbentuk, individu dan komuniti dapatmemaksimumkan peluang bagi mencapai matlamat (Midggley danLivermore, 2009; Haris Abd. Wahab, 2010).

    3.0 INTERVENSI KERAJAAN MENJAYAKAN DASAR SOSIAL

    Ramai tokoh dan pengamal dasar sosial percaya bahawa individudan keluarga tidak dapat memenuhi keperluan sendiri apabila

    berhadapan dengan kesuraman ekonomi seperti pengangguran.Justeru pada mereka, intervensi pihak kerajaan amat diperlukan.Caranya ialah melalui galakan dalam pertumbuhan ekonomi negara,seterusnya menyediakan peluang pekerjaan. Dalam jangka panjang,

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    6/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    32

    penambahbaikan dalam dasar-dasar kerajaan untuk meningkatkankebajikan sosial dan mencegah daripada berlakunya masalah-masalahsosial sedang menjadi trenddi seluruh dunia. Penambahbaikan yangdimaksudkan ialah perkhidmatan, program, peraturan, insentif cukai

    dan perundangan. Semua ini memberi impak kepada kebajikan sosialkomuniti dan negara (Midgley dan Livermore, 2009).Antara peranan kerajaan ialah memenuhi keperluan komuniti,mengurus masalah sosial dan mengembangkan potensi yang bolehdiperolehi oleh setiap warganegara. Faktor yang menyumbang kepadapengembangan ini ialah penggerak sosial, kesatuan sekerja, pemimpinpolitik di samping proses industrialisasi, perbandaran, perubahan

    budaya dan pengecilan keluarga. Kerajaan menggunakan pendekatan

    yang berbeza-beza untuk memastikan dasar sosial memberiimpak kepada komuniti. Walaupun mereka merangka dasar danmenguatkuasakan peraturan dengan harapan dapat meningkatkankesejahteraan hidup, masih terdapat cara lain yang bersifat intervensiseperti melalui aktiviti ekonomi, pengangkutan, persekitaran dandasar-dasar awam yang lain.

    Dasar sosial kerajaan telah diakui dan dilaksanakan melaluiperundangan. Pelbagai jenis undang-undang dan peraturan digunakan

    untuk menyokong kebajikan sosial seperti membenarkan sesetengahagensi kerajaan memperkenalkan perkhidmatan terkini, menukarperkhidmatan sedia ada atau menghentikan perkhidmatan yang usang.Peruntukan kerajaan juga menentukan cara dan bagaimana program-program sosial ini dilaksanakan. Pada masa yang sama, cukai yangdikutip oleh kerajaan untuk menggalakkan kebajikan dalam komunitidikawal oleh perundangan. Peruntukan seperti ini digunakan untukmembiayai pelbagai jenis program bagi menyokong pemenuhankeperluan ke atas kumpulan sasar. Perkhidmatan sosial seringkali

    diangkat sebagai kaedah utama kepada kerajaan untuk meningkatkankesejahteraan komuniti. Di seluruh dunia, banyak negara merangkadasar dan menguatkuasakannya bagi membolehkan perkhidmatansosial beroperasi dan mencapai matlamat. Perkhidmatan sosial yangdimaksudkan merangkumi bidang kesihatan, pendidikan, perumahan,

    jaminan pendapatan dan kebajikan keluarga. Menggunakanperundangan untuk membentuk program-program perkhidmatansosial dan pembiayaan ke atas program-program seperti ini, kerajaan

    juga merangka undang-undang yang memberi mandat kepada

    penambahbaikan kebajikan sosial. Mekanisme ini dikenali sebagaiperaturan berkanun (statutory regulation). Kaedah ini memerlukanmajikan, rumah penjagaan, institusi pendidikan, rma komersil,hospital dan sebagainya untuk menyesuaikan banyak perkara yang

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    7/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    33

    memberi kesan langsung ke atas kebajikan sosial. Banyak bidangkebajikan termasuk perumahan, kesihatan, penjanaan pendapatan,pekerjaan dan pendidikan yang ditentukan oleh peraturan ini. Gajiminimum, kawalan sewa, tindakan armatif, kehadiran ke sekolah,

    keselamatan di tempat kerja dan sebagainya memberi impak ke ataskebajikan orang ramai.Kaedah lain di mana kerajaan mempengaruhi kebajikan sosial ialahmelalui sistem cukai. Penggunaan sistem cukai untuk tujuan sosialdikenali sebagai kebajikan skal (scal welfare). Contohnya, kerajaanMalaysia menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagaicara menabung selepas bersara yang beroperasi melalui penyimpananwajib untuk menyediakan faedah persaraan kepada orang awam,

    sektor swasta dan institusi bukan berpencen. Di Indonesia dikenalisebagai Jamsostek dengan mengadakan peruntukan bagi perlindunganinsurans kemalangan kerja, kumpulan wang simpanan dan insuranskematian. Selain daripada perundangan dan badan eksekutif,institusi kehakiman turut memberi sumbangan besar kepada kebajikansosial melalui proses kehakiman. Fungsi mahkamah dalam dasar sosialialah menjelaskan hal ehwal perundangan dan membuat keputusanmuktamad ke atas kes-kes yang memberi impak kepada kebajikanindividu atau kelompok tertentu. Impak tersebut merangkumi hak

    asasi, imigresen, langkah-langkah pencegahan dan pengangguran.Selain itu mahkamah turut berperanan menyelesaikan tuntutankewangan ke atas perbalahan keluarga seperti pendidikan anak-anakdan kebajikan ibu tunggal.

    4.0 PEMBANGUNAN SOSIAL DI MALAYSIA

    Matlamat pembangunan sosial di Malaysia ialah menyelesaikan

    masalah kemiskinan yang telah didokumentasikan dalam RangkaRancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990. Pembangunansosial di Malaysia telah melalui tiga dekad kemajuan bersamapembangunan ekonomi yang memberangsangkan, membenarkannyauntuk memberikan nikmat kesihatan dan pendidikan kepada rakyat,membasmi kemiskinan dalam skala besar, membina infrastrukturhebat dan menjadi pengeksport global yang utama. Malah Malaysiatelah mencapai detik penentu dalam laluan pembangunannya di manatransformasi ekonomi, sosial dan kerajaan yang signikan adalah

    penting untuk mencapai Wawasan 2020. Sehingga kini kerajaan telahmewujudkan sebuah rangka kerja merangkumi empat tonggak untukmemacu perubahan iaitu Enam Bidang Keberhasilan Utama Negaradalam Program Transformasi Kerajaan, 12 Bidang Ekonomi Penting

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    8/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    34

    Negara daripada Program Transformasi Ekonomi, pembaharuanekonomi strategik dalam Model Baru Ekonomi dan Rancangan MalaysiaKesepuluh. Empat pilar ini menjadi teras untuk membawa Malaysiake arah negara maju, menekankan keterangkuman dan kemampanan.

    Begitu juga dengan pendekatan terhadap pembangunan ekonomidan sosial yang mengguna pakai suatu perubahan yang radikal bagimembolehkan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi(PBB, 2011).

    Di peringkat global, pengukuran kemajuan Malaysia dilakukanberdasarkan pencapaian negara ini dalam Matlamat PembangunanMilenium (MDG). Selepas melalui dua pertiga tempoh ke tahun 2015,Malaysia telah mencatatkan kemajuan ketara ke arah pencapaian

    kebanyakan matlamat. Laporan dari Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu pada 2011 tentang kemajuan MDG Malaysia dalam pembasmiankemiskinan, terdapat pengurangan yang ketara iaitu berkurangandaripada 17 peratus pada tahun 1990 kepada lapan peratus pada tahun2000 dan di bawah empat peratus pada tahun 2009. Kadar kemiskinandangka semakin berkurangan kerana kerajaan Malaysia sangatkomited kepada agenda MDG-Plus melalui Rancangan MalaysiaKesepuluh dengan 30 peratus perbelanjaan pembangunan lima tahundiperuntukkan kepada sektor sosial. Malaysia juga memberi komitmen

    kepada Program Transformasi Kerajaan bagi menyokong Model BaruEkonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Program TransformasiKerajaan memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatanmelalui prinsip atau konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan yang merangkumi pengurangan jenayah, memerangirasuah, membaiki pencapaian pelajar, meningkatkan taraf hidupkeluarga berpendapatan rendah, menambah baik infrastruktur asasluar bandar serta menambah baik pengangkutan awam bandar.

    Kemajuan Malaysia dalam pembangunan sosial melalui peningkatantaraf hidup keluarga berpendapatan rendah telah mula menampakkanhasil selepas koordinasi pelbagai agensi yang lebih teratur melaluiportal e-Kasih, proses kelulusan permohonan yang singkat dan tahapkecekapan agensi pemberi bantuan yang semakin baik. Penetapangaji minimum bulanan sebanyak RM900 di Semenanjung Malaysiadan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan pada tahun 2012 dapatmemenuhi keperluan asas pekerja dan keluarga mereka, meningkatkanproduktivi dan melonjakkan perniagaan pihak swasta (Bernama,

    2012). Pertumbuhan ekonomi diperakui sebagai prasyarat kepadapembangunan negara tetapi keperkasaan ekonomi semata-mata tidakakan menjamin kesejahteraan rakyat yang menyeluruh. Pembangunannegara perlu berpaksikan kepada kerangka pembangunan yang

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    9/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    35

    komprehensif di mana kemajuan ekonomi perlu diimbangi denganpembangunan dan kemajuan sosial. Sebuah negara yang sedangmemacu ke arah peningkatan kualiti hidup untuk semua seharusnyatidak membataskan konsep kemajuan kepada aspek-aspek yang boleh

    diukur secara kuantitatif sahaja. Penekanan kepada aspek kualitatifseperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dankeutuhan budaya perlu diberi perhatian yang saksama. Matlamatutama pembangunan sebenarnya adalah untuk mencapai kesejahteraansecara menyeluruh.

    Pembangunan sosial merupakan satu proses pembangunan yangmemberi penekanan kepada manusia dan sistem sosialnya. Iadihubungkaitkan dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti yang

    menekankan kepada pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkankualiti hidup dan kesejahteraan dalam erti kata sebenar. Prosestransformasi sosial, urbanisasi dan globalisasi telah memberi implikasiyang ketara kepada masyarakat semasa dan kebanyakan negara, kinisedang berusaha untuk mengimbangkan pembangunan sosial dankemajuan ekonomi.

    4.1 Transformasi Pembangunan Dasar Sosial di Malaysia

    Pembangunan memang menjadi satu perkara penting dalamperkembangan Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Hanyaselepas kemerdekaan pada tahun 1957, pembangunan di Malaysiamenjadi lebih terancang dan menepati kehendak serta keperluanmasyarakat tempatan. Pelbagai dasar, strategi dan program terancangdiperkenalkan dan dibangunkan untuk mengisi kemerdekaannegara (Hazizan, 2005). Terdapat dua fasa pembangunan yang telahdilaksanakan oleh Malaysia bagi mengubah lanskap pembangunansosial masyarakat dan negara. Fasa pertama ialah sejak merdeka

    hingga 1969 dan fasa kedua dari 1970 hingga 1990.

    Fasa Pertama: 1957 hingga 1969

    Dalam fasa pertama ini, Malaysia telah memperkenalkan tigaRancangan Pembangunan bagi mengubah keadaan sosial masyarakat.Rancangan-rancangan itu merangkumi Rancangan Malaya Pertamayang dilancarkan selepas pilihan raya pertama pada 1955, RancanganMalaya Kedua 1961-1965 dan Rancangan Malaysia Pertama 1966-

    1970. Oleh kerana tujuan utama dasar pembangunan ketika itu adalahpeningkatan taraf hidup masyarakat, dasar-dasar yang dibentukselepas itu adalah bersifat ekonomi. Antaranya ialah mencapai kadarpertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, mengurangkan ketakstabilan

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    10/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    36

    ekonomi yang disebabkan oleh perubahan dalam pasaran eksport,mengurangkan kadar pengangguran dengan menambah peluangpekerjaan dan mengimbangi agihan pendapatan dan kekayaan secaralebih saksama. Walaupun tumpuan utama dasar pembangunan adalah

    aspek ekonomi, ia dengan sendirinya bermaksud dapat membaiki aspeklain seperti pendidikan, kesihatan dan keadaan sosial masyarakat.Walau bagaimanapun, sebagai pembuka jalan, semua rancangan dandasar pembangunan awal selepas merdeka tidak dianggap sempurnasebaliknya sebagai langkah awal ke arah transformasi yang lebih besar.

    Fasa Kedua: 1970 hingga 1980Langkah drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia ialah

    memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membaikiketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Pelaksanaanini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kedua. Dari segisosial, matlamat akhir DEB ialah membina dan mencapai perpaduankaum melalui pembasmian kemiskinan masyarakat dan menyusunsemula sebuah masyarakat Malaysia dengan identiti tanpa dikaitkandengan fungsi ekonomi dan penempatan.

    Transformasi sosioekonomi ialah perubahan yang berlaku di dalam

    sistem pengendalian sumber kekayaan sesebuah negara kesan daripadapembangunan masyarakat yang tersusun. Transformasi sosioekonomidan perubahan nilai yang berlaku dalam masyarakat Malaysia sejaktahun 1980-an disebabkan perubahan dinamik dalam pelbagai aspekkehidupan yang membawa Malaysia ke satu era baru pembangunandinamik dan progresif. Pelbagai rancangan pembangunan telahdilancarkan bagi tujuan memberi ruang yang luas kepada perubahannilai dan transformasi sosial masyarakat Malaysia, di sampingmeningkatkan keyakinan diri, produktiviti dan daya saing masyarakat

    dan negara. Evolusi sosial yang berlaku dalam masyarakat disebabkanpengaruh perubahan nilai mengikut tahap perubahan yang dicapai.Masyarakat Malaysia telah mengalami suatu perubahan daripada

    bergantung kepada pertanian menuju kepada perindustrian; daripadaperindustrian kepada teknologi maklumat; dan daripada teknologimaklumat kepada masyarakat berpengetahuan.

    4.2 Peranan Kerajaan dalam Transformasi Dasar Sosial

    Kerajaan Malaysia terus melaksanakan program meningkatkanpendapatan serta menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya dibawah skim pembangunan kesejahteraan rakyat. Antaranya ialahprogram Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau Banggi, Sabah. Projek

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    11/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    37

    Agropolitan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat menghapuskankemiskinan tegar di negeri itu (KKLW, 2010). Kemiskinan tegar diSabah dan Sarawak juga telah dikurangkan dengan ketara. Di Sabah,

    jumlah isi rumah miskin tegar dikurangkan daripada 32,400 pada

    tahun 2004 kepada 18,100 pada tahun 2007. Di Sarawak, jumlah tersebutberkurangan daripada 5,200 kepada 3,600. Sebagai satu langkahkerajaan meringankan lagi beban kewangan golongan berpendapatanrendah, isi rumah yang membayar bil elektrik dua puluh ringgit danke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1Oktober 2008 sehingga akhir 2009 (Malaysia, 2010).

    Bagi perumahan pula, dalam tempoh 2006 hingga 2008, sebanyak 3,500rumah baru telah dibina dan dua ribu rumah dibaik pulih di bawah

    program bantuan rumah untuk membantu keluarga miskin tegarmemiliki rumah kediaman yang selesa. Pada tahun 2009, peruntukanlima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah barudan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepadagolongan tua, uzur, cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyairamai tanggungan serta mangsa bencana alam.

    4.3 Dasar Sosial Negara Malaysia

    Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumifalsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar inimemberi hala tuju kepada perancangan dan pelaksanaan programpembangunan sosial tersebut. DSN dilancarkan secara rasmi pada19 Ogos 2003 dan diletakkan di bawah Bahagian Pengembangan danPembangunan PINTAS, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat. Matlamat DSN ialah mewujudkan sebuah masyarakatMalaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat

    berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum

    di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatupadu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif,penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.Penyataan dasar merumuskan bahawa DSN ialah dasar pembangunansosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaaninsan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanannasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang majuserta mantap.

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    12/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    38

    Jadual 1: Latar belakang penubuhan Dasar Sosial Negara Malaysia

    Tahun Pelaksanaan

    1990-an Perbincangan isu-isu sosial dan keperluan satu dasar sosial negara

    1996 Penubuhan J/k Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)

    1998 JPPN membincangkan perlunya ada DSN

    UPE minta KPNPM menggubal DSN

    1999 KPNPM menganjurkan bengkel DSN

    Pelantikan Pakarunding PINTAS

    2002 Pakarunding PINTAS menghasilkan deraf DSN

    Pasukan Petugas Khas di KPNPM

    DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkan kepada JKMMS

    2003 DSN diluluskan oleh Jemaah Menteri (19 Februari)

    DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos)

    Objektif umum DSN ialah menjamin setiap individu dapat menyertaidan memberi sumbangan kepada pembangunan negara serta menikmatihidup yang sejahtera. Manakala objektif khusus ialah memastikan

    keperluan asas individu, keluarga dan komunikasi dipenuhi,membangun dan memperkasa insan sepanjng hayat, memperkukuhdan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatansosial serta menjana sinergi multisektor. Pembangunan sosial yangdiketengahkan dalam Dasar Sosial Negara ini mengenengahkan 45strategi melalui pelbagai program, aktiviti dan projek yang dirancangmengikut Pelan Tindakan DSN yang memberi perkhidmatan sosialdalam aspek kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, pekerjaan,perumahan, penghayatan nilai dan budaya, keselamatan serta

    persekitaran yang sihat.

    Jadual 2: Program-program yang dilaksanakan oleh KPWKM

    Program/Aktiviti Objektif DSN Agensi

    Bantuan Kebajikan 1- Basic needs

    JKMPusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)

    1- Basic needs

    2- Empowerment

    Pusat Aktiviti Kanak-Kanak 3- Social support4- Multi synergy

    Kafe@Teen 2- Empowerment4- Multi synergy

    LPPKNSmartStart 2- Empowerment

    AIRIS 2- EmpowermentI-Kit 2- Empowerment JPW

    Jejari Bestari 2- Empowerment

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    13/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    39

    5.0 PEMBANGUNAN SOSIAL DI INDONESIA

    Di Indonesia, pembangunan sosial telah ditetapkan dalam dasar negaraiaitu Pancasila yang menjelaskan bahawa keadilan sosial merupakanhak semua warganegara untuk memperolehinya, iaitu Keadilan

    sosial bagi seluruh rakyat Indonesia. Dengan demikian, ukuranpembangunan sosial tidak ditujukan kepada sesebuah kelompokmasyarakat tetapi ianya menyeluruh termasuk pembangunan sosialmasyarakat di pelbagai bidang (Edy Kusnadi, 2008). Dalam Garis-GarisBesar Haluan Negara (GBHN) tahun 1993 telah menggariskan bahawapembangunan nasional di Indonesia dilaksanakan di seluruh negaradan tidak hanya satu golongan atau sebahagian daripada masyarakatsahaja yang menikmatinya. Selain itu delaskan juga, pembangunannasional adalah pembangunan dari rakyat yang dilaksanakan oleh

    rakyat dan dikembalikan kepada rakyat yang merangkumi ekonomi,sosial, budaya, politik dan sebagainya bertujuan meningkatkankesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan terpenuhinya rasa aman,damai dan keadilan bagi seluruh rakyat (GBHN, 2011).

    Melalui strategi baru ini, pembangunan kesejahteraan sosial bukanlagi bersifat top-down tetapi ianya membuat keseimbanganantara pemberi perkhidmatan dan pemerima untuk bersama-samameningkatkan pembangunan kesejahteraan sosial. Sasaran daripadapembangunan ini adalah masyarakat miskin, kurang upaya, hidupterlantar, warga emas, mangsa bencana alam dan pelarian. Dalamsasaran pembangunan kesejahteraan sosial ini, asas pembangunan

    bukan hanya ditujukan kepada masyarakat yang berada di kawasanbandar dan luar bandar semata-mata, malah kepada masyarakat yanghidup di bawah garis kesejahteraan dari segi teknologi, pendidikan,kesihatan, kemudahan awam dan sebagainya. Oleh itu, KementerianSosial selain daripada membangunkan masyarakat di kawasan maju, ia

    juga membangunkan kesejahteraan sosial masyarakat yang hidup jauhdari kemajuan dan kesejahteraan. Melihat kesungguhan dasar sosialkerajaan Indonesia untuk membangunkan kesejahteraan masyarakatyang sangat sempurna, pelaksanaannya belum menjamin kejayaanyang menyeluruh dan merata. Perkara ini dapat dilihat apabila masihramai yang belum menerima faedah pembangunan yang dilaksanakan.

    5.1 Pembangunan Sosial di Era Orde Lama (1945-1965)

    Sejak merdeka pada tahun 1945 hingga 1965, pembangunan di Indonesia

    belum dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Ia berlakukerana kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada pembangunan

    bangsa, politik dan sosiobudaya. manakala pembangunan untuk

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    14/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    40

    meningkatkan kesejahteraan rakyat terutama meningkatkanproduktiviti nasional, mengekang inasi, menyediakan keperluanasas masyarakat seperti makanan, pakaian, perumahan dan kesihatan

    belum mendapat perhatian yang khusus dan serius daripada kerajaan.

    Krisis politik dan ekonomi selepas tahun 1950-an menyebabkan kadarinasi meningkat hampir 600 peratus pada 1965.

    Bagi period 1961-64, perkembangan ekonomi amat perlahan dan tahun1965 menunjukkan hanya sektor pertanian yang berkembang. Sistem

    berpusat dan rangkaian dasar yang bersifat umum merupakan puncakegagalan pembangunan kesejahteraan rakyat khasnya pembangunanmasyarakat luar bandar. Di samping itu, kegagalan pembangunan luar

    bandar ini disebabkan kerana kawasan atau wilayah yang luas dan

    terdapat perbezaan sistem sosial dalam masyarakat di setiap negeri.

    5.2 Pembangunan Sosial di Era Orde Baru (1966-1998)

    Dari tahun 1965 hingga 1998, banyak perubahan yang dilakukanSoeharto bagi menyokong usaha-usaha pembangunan dalam bidangekonomi seperti mengurangkan inasi, membawa masuk modalasing dan teknologi baru, meningkatkan kerjasama dengan negara-negara luar, menambah hasil pendapatan dalam negeri, meningkatkankualiti pendidikan dan memperkuat kestabilan politik. Pada masa ini,pembangunan nasional di Indonesia dilakukan secara bertahap iaitu

    jangka masa panjang selama 25 tahun yang juga dipanggil sebagaiRancangan Jangka Panjang (RJP) dan jangka masa pendek yangdikenali sebagai Rencana Pembangunan Lima Tahun (Repelita).

    Seterusnya Soeharto menyusun rancangan dengan pembangunan yangterkandung dalam Anggaran Pendapatan Belanja Negara (APBN).Sistem pentadbiran dilaksanakan secara dekonsentrasi, desentralisasi

    dan pemberian autonomi yang luas dan bertanggungjawab.Pembangunan ekonomi Indonesia selama 32 tahun di era OrdeBaru dengan menggunakan teori trickle down eect mengalamikegagalan. Hasil-hasil pembangunan hanya dinikmati sebahagiankecil masyarakat. Sebahagian besarnya tidak mendapat manfaat yangcukup daripada pembangunan yang dalankan. Masalah terjadi keranakonsep pembangunan yang dalankan oleh Orde Baru hanya mengejarpertumbuhan ekonomi yang tinggi (Musni Umar, 2007).

    Migrasi ke bandar juga mencipta masalah besar kerana mewujudkanpengangguran. Pertambahan penduduk di bandar mencetuskanoating mass, istilah yang diberikan oleh Hans-Dieter Evers (1980)yang merujuk kepada kelompok yang berpotensi memberi kesan

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    15/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    41

    kepada kestabilan politik Indonesia. Pada era Soeharto, pencapaianekonomi Indonesia menunjukkan kemajuan yang jauh lebih baik

    berbanding Sukarno.

    5.3 Pembangunan Sosial di Era ReformasiSasaran pembangunan ini ialah pembangunan sistem bernegaradan penegakan undang-undang, demokrasi, hak asasi manusia,pembangunan ekonomi rakyat, pembangunan sosial budaya danketahanan nasional. Era reformasi wujud secara kebetulan iaitu seiringdengan gerakan dan aksi reformasi yang dalankan oleh mahasiswapada tahun 1998 sehingga jatuhnya presiden Soeharto dan digantikanoleh BJ Habibie dari 1998 hingga 1999.

    Ketika Habibi, pembangunan di Indonesia hampir tidak terjadi keranapada masa itu adalah masa peralihan. Kerajaan lebih banyak memberiperhatian kepada urusan politik dan memenuhi tuntutan reformasiyang dilakukan oleh mahasiswa. Krisis yang terjadi ketika itu ialahpemisahan Timor Timur, pilihan raya disegerakan dan pengubahsuaiansistem pemerintahan dari berpusat kepada desentralisasi (autonomi).Konsep dan dasar autonomi daerah adalah memberi kuasa kepadadaerah untuk merancang dan melaksanakan pembangunan daerahnyasesuai dengan yang dikehendaki. Kerajaan pusat akan membantu danmemelihara kegiatan-kegiatan yang tidak mungkin dilaksanakan didaerah seperti kewangan, pembangunan jalan raya antara bandar dansistem pengairan merentas wilayah.

    5.4 Pembangunan Sosial Abad Ke-21

    Selepas Orde Baru, kerajaan Indonesia gagal membangunkan secaraseimbang wilayah-wilayah yang ada. Hala tuju pembangunanterlampau bersifat bandar sehingga penghasilan ekonomi banyak di

    bandar menyebabkan kadar migrasi meningkat. Justeru, produktivitidi luar bandar amat rendah menyebabkan pembangunan antarawilayah tidak seimbang. Hasil kajian mendapati bahawa matlamatdalam menyelesaikan isu kemunduran luar bandar masih memberiperhatian kepada usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan,meningkatkan taraf pendidikan, memanfaatkan sumber alam,pembangunan infrastruktur dan pemulihan institusi luar bandar sertapenglibatan masyarakat desa dalam pembangunan. Pembangunanyang diterapkan masih tertumpu di bandar dan cenderung kepada

    kapitalis.

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    16/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    42

    5.5 Sistem Jaminan Sosial Nasional Indonesia

    Sistem Jaminan Sosial Nasional (SJSN) merupakan sistem jaminansosial yang dimulakan sejak tahun 2004 apabila Undang-UndangNombor 40 ditetapkan oleh kerajaan Indonesia. SJSN menggantikan

    program-program jaminan sosial yang dilaksanakan sebelum ituseperti Jaminan Sosial Tenaga Kerja (Jamsostek), Dana Tabungandan Asuransi Pegawai Negeri (Taspen), Asuransi Sosial AngkatanBersenjata Republik Indonesia (Asabri) dan Asuransi KesihatanIndonesia (Askes). Jaminan sosial yang dibentuk ini merupakan satu

    bentuk perlindungan sosial untuk menjamin keseluruhan rakyatIndonesia supaya keperluan hidup dapat dipenuhi.

    Program jaminan sosial nasional (Jamsosnas) ini meliputi enam asas

    utama iaitu, 1) saling menolong (gotong-royong) iaitu peserta yanglebih kaya akan membantu peserta yang kurang mampu, peserta yangmempunyai risiko kecil akan membantu peserta yang mempunyai risikolebih besar serta peserta yang sihat akan membantu peserta yang sakit,2) kepesertaan wajib iaitu semua penduduk negara Indonesia secara

    beransur-ansur akan diwajibkan untuk mengambil bahagian dalamprogram-program Jamsosnas, 3) dana amanah iaitu sejumlah danayang dikumpulkan daripada peserta akan dikelolakan oleh beberapaBadan Pengelola Jamsosnas yang digunakan untuk meningkatkan

    kesejahteraan peserta, 4) nirlaba (berhemah) iaitu digunakan untukmemenuhi keperluan jaminan sosial seluruh peserta, 5) keterbukaaniaitu bersifat pengurangan risiko, akauntabiliti, cekap dan berkesan,dan 6) portabiliti (mudah alih) iaitu peserta akan terus menjadi ahliprogram Jamsosnas tanpa mengambil kira jumlah pendapatan danstatus pekerjaan. SJSN mencakupi lima program yang dibahagikankepada jangka masa penjang dan pendek. Program dalam jangkamasa panjang ialah Jaminan Hari Tua, Jaminan Pensiun dan JaminanKematian manakala dalam jangka masa pendek meliputi JaminanKesihatan dan Jaminan Kecelakaan Kerja.

    Program Jaminan Hari Tua dikhususkan sebagai pengganti kepadakeupayaan melakukan kerja disebabkan oleh meninggal dunia,cacat atau telah mencapai umur persaraan yang diselenggarakanmelalui sistem tabungan warga emas. Program ini mempastikanpeserta menerima wang ketika mencapai usia 55 tahun ataupun telahmematuhi syara-syarat yang ditetapkan. Program Jaminan Pensiunadalah pembayaran berkala jangka panjang sebagai gantian dari

    penurunan atau kehilangan keupayaan kerana peserta mencapai usiatua (bersara), kecacatan atau meninggal dunia. Tujuan perkhidmatanini adalah untuk keadaan kehidupan yang lebih baik ketika memasukiumur persaraan tau sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka hilang

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    17/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    43

    pendapatan. Program Jaminan Kematian diperuntukkan kepada warispeserta program yang meninggal dunia bukan disebabkan kemalangandi tempat kerja. Jaminan Kematian untuk meringankan beban keluargasama ada dalam bentuk pengkebumian ataupun pemberian saguhati

    berbentuk wang. Program ini bersifat jangka pendek sebagai pelengkapprogam jaminan hari tua.

    Manakala Program Jaminan Pemeliharaan Kesihatan adalah suatuprogram kerajaan dan masyarakat dengan tujuan memberikan

    jaminan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh bagi setiap rakyatIndonesia agar dapat hidup sihat, produktif dan sejahtera. Ia bermuladari pencegahan, perkhidmatan di klinik kesihatan, perubatandan keperluan alat-alatan yang meningkatkan fungsi tubuh badan.

    Faedahnya ialah setiap ahli masyarakat memiliki kesihatan tubuhbadan dan produktif. Bagi Program Jaminan Kecelakaan Kerja, iadirangka untuk memberi pampasan dan pemuliharaan kepadaindividu yang mengalami kemalangan semasa bekerja atau mengalamipenderitaan yang disebabkan oleh penyakit ketika bekerja sama adamelibatkan zikal ataupun mental. Keselamatan pekerja merupakantanggungjawab majikan dan mereka perlu membuat simpanandi antara 0.24 peratus hingga 1.74 peratus sebagai wang jaminankemalangan di tempat kerja.

    Pelaksanaan SJSN ialah melalui penubuhan Dewan Jaminan SosialNasional (DJSN) dengan cara bertindak sebagai penunjang kepadamatlamat dan objektif penubuhan SJSN. Agensi ini bertanggungjawabkepada Presiden Indonesia dengan melaporkan hasil pelaksanaankerja setiap enam bulan atau mengikut keperluan presiden.

    6.0 PENUTUP

    Pelaksanaan dasar sosial di Malaysia dan Indonesia masih melihatpembangunan ekonomi sebagai teras kepada pembangunan dankemajuan negara keseluruhannya. Namun, strategi yang diguna pakaioleh kedua-dua buah negara banyak ditentukan oleh keinginan politikmelalui dinamika agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.Wawasan 2020 yang hendak dicapai oleh Malaysia dilihat telahmempercepatkan keinginan tersebut kerana kesejahteraan komunititelah diberi perhatian oleh kerajaan berbanding 30 tahun lalu. Indonesia

    juga sedang mengalami transformasi sistem politik yang mantapapabila rakyat negara itu memilih kaedah desentralisasi sebagaipemangkin kepada pembangunan sosial negara pada permulaan abadke-21.

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    18/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Journal of Human Capital Development

    44

    RUJUKAN

    Abdul Rahman Embong. (2003). Pembangunan dan Kesejahteraan: AgendaKemanusiaan Abad Ke-21. Bangi, Selangor: Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia.

    Bank Dunia. (2012). The World Bank of Malaysia. New York.

    Berita Harian, 4 September 2012. Dua kriteria nilai model pembangunan.

    Bernama. (2012). Penetapan Gaji Minima Pekerja Swasta Pemangkin KepadaPeningkatan Produktiviti. Diakses dari hp://1malaysia.com.my/news_archive/penetapan-gaji-minima-pekerja-swasta-pemangkin-kepada-peningkatan-produktiviti/ pada 7 September 2012.

    Chaerjee dan Vadapalli. (2009). The Impact of Social Policy In Handbookof Social Policyby Midgley, J. and Livermore, M. Thousand Oaks, CA:Sage Publications.

    Edy Kusnadi. (2008). Pembangunan sosial masyarakat Kubu di Desa NyoganKabupaten Muaro Jambi, Provinsi Jambi, Indonesia. PhD yang tidakditerbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Garis-Garis Besar Haluan Negara 1993-1998 hp://tatanusa.co.id/tapmpr/93TAPMPR-II.pdf, Indonesia. Majelis PermusyawaratanRakyat. Diakses pada 20 Oktober 2011.

    Gil, D.G. (1981). Unravelling social policy: Theory, analysis and political actiontowards social equality. Cambridge, MA: Schenkman.

    Hans-Dieter, E. (1980). Produksi Subsistensi dan Massa Apung Jakarta. Prisma,no. 6 (Jun 1980). pp. 35-43.

    Haris Abd. Wahab. (2010). Kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti:pendekatan dan indikator. Dalam Seminar Serantau Islam danKesejahteraan Sejagat, 24-25 Februari 2010, Universiti Islam SultanSharif Ali Brunei Darussalam.

    Hazizan Md Noon. 2005. Kesaksamaan Sosial, Pembasmian Kemiskinandan Islam Hadhari. ISM Minda, 3(6). Kuala Lumpur: Institut SosialMalaysia.

    Ishak Shari. (1999). Bumi Semua Manusia: Menangani Ketidaksetaraan EkonomiDalam Arus Globalisasi. Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia.

    John Bryan Starr. (2010). Understanding China [3rdEdition]: A Guide to ChinasEconomy, History, and Political Culture. New York, USA: Farrar, Strausand Giroux.

    Latrids. (1994). Social Policy Institutional Context of Social Advancement. Zambia:Lusaka Muotimedia Publishers.

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    19/20

    ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 2 July-December 2012

    Implementasi Dasar Sosial di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan Konsep

    45

    Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Putrajaya: UnitPerancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

    Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2010-2015. Putrajaya: UnitPerancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

    Mengkui Wang. (2006). Chinas Economy. Being, China: China IntercontinentalPress.

    Midgley, J. and Livermore, M. (2009). Handbook of Social Policy. ThousandOaks, CA: Sage Publications.

    Midgley, J. (1997). Social Welfarein Global Context. Thousand Oaks, CA: SagePublications.

    Midgley, J. and Hall,L. (1995). Social Development: The Developmental Perspectivein Social Welfare. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

    Musni Umar. (2007). Demokrasi dan Islam di kalangan komuniti miskin diSolo. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: UniversitiKebangsaan Malaysia.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (2011). Report on the world social situation,2010. New York.

    Program Lonjakan Mega Luar Bandar melalui Program Agropolitan diaksesdari hp://www.rurallink.gov.my/fakta-kklw pada 20 September2012.

    Shireen Mardziah Hashim. (1998). Income Inequality and Poverty in Malaysia.Oxford, UK: Rowman & Lileeld Publishers, Inc.

    Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2005). Dasar sosial dan penyampaian perkhidmatanmanusia.Dalam Roziah Omar, Sivamurugan Pandian (eds) Malaysiaisu-isu sosial semasa. Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.

    Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2006). Kebajikan Sosial: Aplikasi dalam PerkhidmatanManusia. Kuala Lumpur: Penerbit Univeriti Malaya.

    Unit Perancang Ekonomi. (2011). Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

    Zainal Kling. (2005). Islam Hadhari dan Pembangunan Sosial: Nilai danModenisasi. ISM Minda, 3(6). Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.

    Zhongmin Wu. (2009). China in the World Economy. New York, USA: Routledge.

  • 8/12/2019 REFORMASI PENTADBIRAN

    20/20