61
PENGAJIAN AM KERTAS 1 SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA

Sistem Pentadbiran Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengajian Am

Citation preview

Page 1: Sistem Pentadbiran Malaysia

PENGAJIAN AM KERTAS 1

SISTEM PENTADBIRAN

MALAYSIA

Page 2: Sistem Pentadbiran Malaysia

Pengenalan :

1. Tiga peringkat pentadbiran dalam hierarki sistem kerajaan Persekutuan : a) Kerajaan Persekutuan b) Kerajaan Negeri c) Kerajaan Tempatan

2. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa eksekutif dan jentera pentadbiran masing-masing mengikut perlembagaan dan undang-undang.

KERAJAAN PERSEKUTUAN

Page 3: Sistem Pentadbiran Malaysia

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Kuasa Kerajaan Persekutuan terbahagi kepada :

a) Kuasa Legislatif (Perundangan) b) Kuasa Eksekutif (Pemerintahan) c) Kuasa Judisiari (Kehakiman)

Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan dan bertujuan menjamin kelicinan sistem persekutuan diamalkan.

BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Page 4: Sistem Pentadbiran Malaysia

Parlimen berkuasa membuat undang-undang dalam perkara : a) Senarai Persekutuan b) Senarai Bersama

Kuasa Perundangan

Page 5: Sistem Pentadbiran Malaysia

Perkara 76 Perlembagaan, Parlimen boleh meluluskan undang-undang dalam perkara Senarai Negeri bagi tujuan :

a) melaksanakan sebarang perjanjian antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain atau mana-mana badan antarabangsa yang dianggotai Perseskutuan

b) mewujudkan keseragaman undang-undang antara dua buah negeri atau lebih (contoh: keseragaman undang-undang Kerajaan Tempatan bagi seluruh negara)

c) Jika diminta oleh mana-mana Dewan Negeri

Kuasa Perundangan

Page 6: Sistem Pentadbiran Malaysia

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebarang undang-undang Negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan akan terbatal setakat mana ia bercanggah.

Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negeri mempunyai kuasa baki perundangan iaitu perkara yang tidak termasuk dalam mana-mana senarai selain daripada kuasa-kuasa tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak

Kuasa Perundangan

Page 7: Sistem Pentadbiran Malaysia

Pembahagian kuasa eksekutif adalah selari dengan kuasa perundangan dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Kuasa eksekutif kerajaan Persekutuan – Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama

Kuasa eksekutif Kerajaan Negeri – Senarai Negeri dan Senarai Bersama

Perkara 81 PP – Kerajaan Negeri hendaklah mematuhi undang-undang Persekutuan yang berkuatkuasa di dalam mana-mana negeri

Kuasa Eksekutif

Page 8: Sistem Pentadbiran Malaysia

Perkara 93,94 dan 95 PP, membenarkan kerajaan Persekutuan memperluas kuasa eksekutifnya ke peringkat kerajaan Negeri untuk tujuan-tujuan berikut :

a) Menjalankan penyiasatan dan kajian b) Mengumpul perangkaan c) Memberi nasihat dan bantuan teknik d) Mengadakan kemudahan pendidikan e) Pemeriksaan terhadap apa-apa aktiviti dan membuat

laporan kepada Kerajaan Persekutuan

Kuasa Eksekutif

Page 9: Sistem Pentadbiran Malaysia

Banyak sumber hasil yang penting adalah diperuntukkan kepada Kerajaan Persekutuan

Sumber Kerajaan Negeri terhad. ¼ hasil kerajaan Negeri adalah pemberian Kerajaan

Persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib pada setiap tahun ialah : a) Pemberian mengikut bilangan penduduk b) Peruntukan berdasarkan jumlah panjangnya jalan raya

dalam setiap negeri

Kuasa Kewangan

Page 10: Sistem Pentadbiran Malaysia

Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan bagi menampung kekurangan perbelanjaan negeri, bantuan pembangunan dan bantuan meningkatkan hasil kerajaan negeri.

Penyelarasan hal ehwal kewangan diurus oleh Majlis Kewangan Negara.

Kuasa Kewangan

Page 11: Sistem Pentadbiran Malaysia

Sistem Kerajaan Persekutuan merangkumi : a) Yang di-Pertuan Agong b) Majlis Raja-raja c) Tiga komponen kuasa pemerintahan (badan

perundangan, pentadbiran dan kehakiman) d) Ketua Audit Negara e) Suruhanjaya - suruhanjaya

Sistem Kerajaan Persekutuan

Page 12: Sistem Pentadbiran Malaysia

PELANTIKAN YDPA :

Syarat-syarat pelantikan YDPA …a) Raja yang bertakhta di mana-mana negeri bersultan di

Malaysiab) Seorang lelaki dewasa, bangsa Melayu, agama Islamc) Tidak cacat dari segi akal fikiran (waras)d) Dipilih oleh MRRe) Mendapat sokongan 5 daripada 9 orang raja

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 13: Sistem Pentadbiran Malaysia

Jawatan YDPA dipilih mengikut senarai pemilihan

Tempoh menjadi raja selama 5 tahun kecuali peletakan jawatan sebelum tempoh berkenaan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku Setiausaha MRR akan mengumumkan pemilihan YDPA

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 14: Sistem Pentadbiran Malaysia

YDPA baru mesti mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan

Gelaran penuh YDPA ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

Hanya boleh dipecat oleh MRR dan disokong oleh 5 daripada 9 orang raja

Saraan YDPA ditanggung oleh Kumpulan Wang yang Disatukan

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 15: Sistem Pentadbiran Malaysia

KEDUDUKAN YDPA :

Ketua Negara, Raja Berperlembagaan, Lambang kedaulatan dan perpaduan

Ketua Agama di negeri sendiri, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang

Baginda boleh didakwa di Mahkamah Khas tentang sifat peribadinya dan kes sivil

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 16: Sistem Pentadbiran Malaysia

TUGAS-TUGAS YDPA : Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

Persekutuan Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera

dan Mahkamah Awam Wilayah Persekutuan Memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen Memberi Titah Ucapan Diraja untuk merasmikan persidangan

pertama Parlimen Mengisytiharkan undang-undang Darurat Bertanggungjawab terhadap hak-hak istimewa orang Melayu,

bumiputera dan bukan bumiputera

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 17: Sistem Pentadbiran Malaysia

KUASA BUDI BICARA :

Menyetujui / menolak permintaan supaya Parlimen dibubarkan

Meminta supaya mensyuarat MRR diadakan Melantik Permaisuri, Pemangku Raja, pewaris takhta Menganugerahkan bintang dan gelaran kebesaran

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 18: Sistem Pentadbiran Malaysia

SEKATAN KUASA KE ATAS YDPA :

Jawatan Saraan/ Bergaji dan Perniagaan Tidak boleh meninggalkan negara lebih daripada 15 hari

kecuali atas sebab lawatan rasmi

YANG DI PERTUAN AGONG (YDPA)

Page 19: Sistem Pentadbiran Malaysia

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)

TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

Memilih dan memecat YDPA dan Timbalannya

Membincang hal-hal dasar negara

Berbincang tentang hal-hal diraja

Mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam dan amalan adat istiadat agama

Mempertimbangkan dasar berkenaan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Menjaga kepentingan-kepentingan kaum lain

Page 20: Sistem Pentadbiran Malaysia

Ahli MRR :

a) Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-rajab) Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilanc) Raja Perlisd) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan

Sarawak

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)

Page 21: Sistem Pentadbiran Malaysia

Perlantikan jawatan yang memerlukan rundingan MRR :

a) Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi

b) Ketua Audit Negarac) Ahli – ahli Suruhanjaya

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)

Page 22: Sistem Pentadbiran Malaysia

HARI PERKARA

PERTAMA Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Negeri bertemu untuk menyediakan kertas kerja

KEDUA Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri akan mengiringi Raja dan Yang Dipertua Negeri masing-masing dalam mesyuarat MRR

KETIGA Perdana Menteri mengiringi YDPA untuk menghadiri mesyuarat . Pengerusi mesyuarat MRR dipegang oleh Raja/Sultan secara bergilir-gilir.

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)

Page 23: Sistem Pentadbiran Malaysia

Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja :a) Setiausaha MRR yang menyimpan Mohor Besar Raja-Rajab) Menyelenggara MRR dengan memanggil mesyuarat dan

mengedar kertas kerja mesyuaratc) Menghadiri mesyuarat dan menyimpan minit-minit

mesyuaratd) Mengesahkan semua keputusan MRRe) Mengumumkan keputusan MRR, tarikh berpuasa dan

tarikh Hari Raya Aidilfitri

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)

Page 24: Sistem Pentadbiran Malaysia

Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa.

Malaysia menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.

BADAN EKSEKUTIF : KABINET

Page 25: Sistem Pentadbiran Malaysia

Dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.

Anggota-anggota kabinet dilantik oleh YDPAKabinet ialah badan penggubal dasar

Kerajaan PersekutuanKabinet melaksanakan kuasa eksekutif

Kerajaan Persekutuan atas nama YDPA

KABINET (JEMAAH MENTERI)

Page 26: Sistem Pentadbiran Malaysia

Tugas-tugas Kabinet :1. Mentadbir Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa

yang terdapat dalam Senarai Persekutuan.2. Menggubal dasar kerajaan3. Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada

rakyat4. Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk

membina kerajaan yang cekap dan efektif.5. Menangani sebarang masalah kecemasan yang

melibatkan negara dan rakyat

KABINET (JEMAAH MENTERI)

Page 27: Sistem Pentadbiran Malaysia

Saraan Anggota Kabinet :• Saraan anggota kabinet dan timbalan

menteri ditetapkan oleh Parlimen• Saraan anggota Kabinet dan timbalan

menteri ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.

KABINET (JEMAAH MENTERI)

Page 28: Sistem Pentadbiran Malaysia

Menyimpan segala hasil dan wang yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan daripada cukai (cukai pendapatan,cukai jualan,cukai jalan,duti eksport,yuran,hasil elektrik,hasil telefon,denda,rampasan mahkamah,dan sebagainya)

Pembayaran untuk saraan dan gaji pegawai kerajaan serta perbelanjaan kerajaan yang lain seperti yang dinyatakan dalam bajet Kerajaan Persekutuan datangnya daripada kumpulan wang ini.

Sekiranya kerajaan ingin mengeluarkan perbelanjaan tambahan daripada kumpulan wang ini, kelulusan Parlimen diperlukan.

KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN YANG DISATUKAN

Page 29: Sistem Pentadbiran Malaysia

PM dilantik oleh YDPA mengikut budi bicara Syarat-syarat lantikan sebagai PM : 1. PM mestilah anggota Dewan Rakyat 2. PM mestilah mendapat kepercayaan daripada

majoriti DR 3. Kewarganegaraan PM mesti diperoleh melalui

kuatkuasa undang-undang

PERDANA MENTERI

Page 30: Sistem Pentadbiran Malaysia

PM ialah ketua kerajaan dan mempengerusikan kabinet

PM juga ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa eksekutif sementara kuasa eksekutif dipegang oleh YDPA (ketua negara)

PERDANA MENTERI

Page 31: Sistem Pentadbiran Malaysia

Tugas-tugas PM :1. Penasihat YDPA2. Menamakan senarai menteri Kabinet untuk

dilantik oleh YDPAMenyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan

3. Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara

4. Bermohon kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen apabila sampai tempohnya.

PERDANA MENTERI

Page 32: Sistem Pentadbiran Malaysia

Pemecatan PM : Pemecatan boleh dilakukan melalui usul tidak

percaya terhadap PM oleh 2/3 ahli DR Jika DR meluluskan usul tidak percaya itu, PM

mempunyai dua pilihan : a) meletakkan jawatan b) bermohon kepada YDPA supaya membubarkan

Parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

PERDANA MENTERI

Page 33: Sistem Pentadbiran Malaysia

Jawatan Timbalan PM tidak diperuntukkan dalam PP

Jawatan ini diwujudkan sejak kemerdekaan Timbalan PM juga memegang portfolio

(tugas/tanggungjawab) kementerian yang lain. Timbalan PM akan menjalankan tugas-tugas PM

ketika PM berada di luar negara atau keuzuran

TIMBALAN PERDANA MENTERI

Page 34: Sistem Pentadbiran Malaysia

Seseorang menteri boleh terdiri daripada ahli DR atau DN

Menteri dilantik oleh YDPA atas nasihat PM Seseorang menteri memegang portfolio sesebuah

kementerian dan dibantu oleh timbalannya. Merupakan anggota kabinet Boleh dilucutkan jawatan oleh YDPA atas nasihat

PM tanpa diberikan sebabnya.

MENTERI

Page 35: Sistem Pentadbiran Malaysia

Setiausaha Parlimen sesebuah kementerian dilantik oleh PM

SP boleh terdiri daripada ahli DR atau DN SP boleh letak jawatan bila-bila masa dan pelantikannya

boleh dibatalkan oleh PM bila-bila masa Tugas SP – membantu menteri-menteri dan timbalan-

timbalan menteri menjalankan tugas SP hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah

rahsia di hadapan PM Saraan SP ditanggung oleh Parlimen

SETIAUSAHA PARLIMEN(PERKARA 43B)

Page 36: Sistem Pentadbiran Malaysia

SP kepada menteri atau timbalan menteri dilantik oleh PM SP tidak semestinya ahli DR atau DN SP boleh letak jawatan bila-bila masa dan pelantikannya

boleh dibatalkan oleh PM bila-bila masa SP hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah

rahsia di hadapan PM Kewajipan dan tugas SP ditetapkan oleh Kabinet Saraan SP juga ditetapkan oleh Kabinet

SETIAUSAHA POLITIK (PERKARA 43C)

Page 37: Sistem Pentadbiran Malaysia

PM dan semua menteri bermesyuarat sekali seminggu (biasanya pd hair Rabu di JPM)

Setiausaha Kabinet biasanya KSN Minit Mesyuarat Kabinet adalah rahsia-dilindungi di

bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 Slps mesyuarat,PM atau wakil akan mengadakan

sidang akhbar untuk memaklumi wartawan tentang keputusan mesyuarat

MESYUARAT KABINET

Page 38: Sistem Pentadbiran Malaysia

KSN ialah pengawai pentadbir utama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan

Merupakan Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM Penasihat utama kepada PM dalam hal-hal Kerajaan Persekutuan Setiausaha dalam mesyuarat Kabinet Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan

Negara yang dianggotai oleh semua Ketua Setiausaha kementerian Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri (menyelaraskan pentadbiran awam pusat dan negeri) – keanggotaannya semua Ketua Setiausaha setiap kementerian dan semua Setiuasaha Kerajaan Negeri)

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Page 39: Sistem Pentadbiran Malaysia

MAJLIS PERANCANG NEGARA : bertujuan merancang program-program pembangunan negara dari

segi ekonomi dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh beberapa

orang menteri kanan dibantu oleh Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara dan

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Majlis ini meniliti, mengkaji dan merancang projek ekonomi seperti

Rancangan Malaysia Lima Tahun

JAWATANKUASA PERANCANG PEMBANGUNAN NEGARA

Page 40: Sistem Pentadbiran Malaysia

MAJLIS PEMBANGUNAN NEGARA :menyelaraskan pelaksanaan semua program dan

projek pembangunandipengerusikan oleh PM dan dianggotai beberapa

orang menteri kanandibantu oleh beberapa buah agensi kerajaan yang

lain seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

JAWATANKUASA PERANCANG PEMBANGUNAN NEGARA

Page 41: Sistem Pentadbiran Malaysia

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA :ditubuhkan pada tahun 1971 –menyelaraskan dasar-dasar

berkaitan dengan keselamatan negara dan arahan tentang langkah-langkah keselamatan secara keseluruhannya termasuk gerakan keselamatan dan ketenteraan.

dipengerusikan oleh PM dan dianggotai beberapa orang menteri kanan

dibantu oleh PDRM,Jabatan Imegresen dan ATM Pentadbiran dan keurusetiaan Majlis Keselamatan Negara

dijalankan oleh Bahagian Keselamatan Negara.

JAWATANKUASA PERANCANG PEMBANGUNAN NEGARA

Page 42: Sistem Pentadbiran Malaysia

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA (MTEN):

ditubuhkan pada awal 1998-bantu kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi

MTEN membantu kerajaan merangka dasar dan melaksanakan strategi jangka panjang

JAWATANKUASA PERANCANG PEMBANGUNAN NEGARA

Page 43: Sistem Pentadbiran Malaysia

MAJLIS KHIDMAT NEGARA :o Ditubuhkan pada tahun 2003 untuk mengurus

PLKNo Dilancarkan pada tahun 2004o warganegara Malaysia yang mencapai umur 18

tahun wajib menyertainya

JAWATANKUASA PERANCANG PEMBANGUNAN NEGARA

Page 44: Sistem Pentadbiran Malaysia

Kementerian adalah agensi pentadbiran tertinggi dalam jentera pentadbiran kerajaan

Kementerian bertanggungjawab: a) Menggubal dasar dan merancang program-program

kementerian b) Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaannya

di bawah arahan seorang menteri c) Mengawal jabatan dan badan-badan berkanun yang

terletak di bawah tanggungjawabnya

KEMENTERIAN

Page 45: Sistem Pentadbiran Malaysia

Seorang menteri dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen diberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal sesebuah kementerian

Setiap kementerian mempunyai beberapa bahagian, jabatan-jabatan, agensi kerajaan dan perbadanan awam di bawahnya yang bertindak sebagai agensi pelaksana.

Setiap kementerian mempunyai struktur organisasi pentadbirannya sendiri yang diketuai oleh Ketua Setiausaha. (Beliau juga adalah penasihat utama kepada menteri)

KEMENTERIAN

Page 46: Sistem Pentadbiran Malaysia

Dari segi perancangan dan pentadbiran juga kementerian dibantu oleh pegawai-pegawai ikhtisas dan profesional dari Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

Fungsi Kementerian : a) Kementerian yang berfungsi di peringkat persekutuan b) Kementerian yang berfungsi di peringkat persekutuan dan

mempunyai cawangan di peringkat negeri dan daerah

KEMENTERIAN

Page 47: Sistem Pentadbiran Malaysia

Dari segi penyimpanan akaun, kementerian dibahagikan kepada :

a) Kementerian yang mengakaun sendiri – Kem. Pelajaran, Kem. Kesihatan dan Kem. Pertahanan

b) Kementerian yang tidak mengakaun sendiri – Kementerian selain kementerian di atas (diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara)

KEMENTERIAN

Page 48: Sistem Pentadbiran Malaysia

Carta Organisasi

PM

Timbalan PM

Menteri-Menteri di JPM

Timbalan2 Menteri di JPM

KSN

Unit-unit Agensi2 Pusat

JABATAN PERDANA MENTERI

Page 49: Sistem Pentadbiran Malaysia

JPM ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan

JPM berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri

Fungsi-fungsi JPM : a) merancang,merumuskan dan menyelaraskan segala dasar negara b) menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah

cekap dan berkesan c) mengurus Majlis Perancang Negara,Majlis Pembangunan Negara, Majlis

Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Khidmat Negara

JABATAN PERDANA MENTERI

Page 50: Sistem Pentadbiran Malaysia

Agensi Kerajaan

Agensi Pusat Agensi Pelaksana

AGENSI KERAJAAN

Page 51: Sistem Pentadbiran Malaysia

Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan

Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat

5 buah agensi pusat di bawah JPM : a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) b) Unit Perancang Ekonomi (EPU) c) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) d) Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU) e) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) Agensi pusat keenam, Perbendaharaan Malaysia terletak di bawah

Kementerian Kewangan

AGENSI-AGENSI PUSAT

Page 52: Sistem Pentadbiran Malaysia

Agensi Pusat

Kem.Kewangan Jabatan PM

Perbendaharaan JPA EPU ICU SERU

AGENSI PUSAT

Page 53: Sistem Pentadbiran Malaysia

JPA berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam

Agensi Pusat :Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Page 54: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi JPA :a) Menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaanb) Mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuanc) Menggubal skim gaji kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negerid) Membincangkan kenaikan gaji,elaun dan pencen kakitangan kerajaan melalui

wakil masing-masinge) Berbincang dgn bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan

kakitangan kerajaan, kenaikan gaji,bonus dan insentiff) Mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)g) Menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan

kerajaan melalui INTANh) Memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaan ke tempat atau

jawatan yang sesuai

Agensi Pusat :Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Page 55: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi EPU :a) Membantu kerajaan merancang ekonomi negarab) Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawatankuasa

Perancang Pembangunan Negara, dan Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa

c) Membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinetd) Mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan2 Lima Tahun

dilaksanakane) Menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan

projek-projek ekonomi yang telah diluluskanf) Menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsag) Menjadi urus setia kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia

(Malaysian Technical Cooperation Programme –MTCP) untuk negara-negara sedang membangun

Agensi Pusat : Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Page 56: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi ICU:a) Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat diharapkan oleh kerajaan

– Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan dan Dasar Pandang ke Timurb) Menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu

melaksanakan program-program pembangunanc) Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negarad) Mengawasi agensi dan perbadanan awam spt PETRONAS, HICOM dan MISC supaya

kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasionale) Membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang

perdagangan dan perindustrianf) Melaksanakan tugas-tugas khas seperti : - menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera - membasmi kemiskinan relatif - menyusun semula masyarakat dengan meningkatktan keupayaan sektor swasta

golongan bumiputera

Agensi Pusat : Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Page 57: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi SERU :a) Mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program

pembangunan negara terhadap rakyatb) Mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk

membolehkan kerajaan merangka program baruc) Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian,

pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian dan kesan-kesan pembandaran terhadap sosioekonomi negara

d) Membekalkan maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara.

Agensi Pusat : Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)

Page 58: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi MAMPU :a) Mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan

pejabat-pejabat kerajaanb) Meningkatkan kecekapan dalam kalangan kakitangan kerajaanc) Memodenkan sistem pentadbiran awam dengan

memperkenalkan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden spt Internet

d) Mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Program Pembangunan MS ISO 9000

e) Memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada jabatan kerajaan

Agensi Pusat : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Page 59: Sistem Pentadbiran Malaysia

Perbendaharaan Malaysia berfungsi seperti Jabatan Kewangan Negeri di peringkat negeri.

PM terletak di bawah Kementerian Kewangan

Agensi Pusat : Perbendaharaan Malaysia

Page 60: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi Perbendaharaan Malaysia :a) Merancang dasar-dasar kewangan negarab) Melaksanakan belanjawan Kerajaan Persekutuan di bawah

kawalan Akauntan Negarac) Mengumpulkan wang kerajaan melalui hasil cukaid) Menguruskan pinjaman Kerajaan Persekutuane) Meluluskan pengeluaran peruntukan spt bonus kakitangan

kerajaan,pembelian barang2 dan harta Kerajaan Persekutuan serta pinjaman perumahan dan kenderaan untuk kakitangan kerajaan(pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan dikenakan kadar faedah yang rendah)

Agensi Pusat : Perbendaharaan Malaysia

Page 61: Sistem Pentadbiran Malaysia

Fungsi Perbendaharaan Malaysia :f) Menganalisis kedudukan ekonomi negara dan dasar

perdagangan antarabangsag) Mengatur dan menyelia industri insurans di Malaysiah) Mengagihkan sumber-sumber kewangan dengan cekap

kepada agensi-agensi kerajaan

Agensi Pusat : Perbendaharaan Malaysia