6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tingkatan : 5 Tahap : Sederhana Masa : 40 minit Bidang Pembelajaran : Nilai Berkaitan dengan Alam Sekitar Pengetahuan sedia ada : Pelajar mengetahui tentang beberapa isu alam sekitar. Nilai : 4.3 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya Kandungan akademik : Keseimbangan alam sekitar menjamin kesejahteraan semua hidupan Tajuk : Pengekalan Keseimbangan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat a) Kognitif Moral Menghuraikan kepentingan manusia perlu bertanggungjawab menguruskan sumber semulajadi dengan baik. b) Perasaan Moral Menyedari bahawa tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab boleh merosakkan sumber semulajadi. c) Perlakuan

RPH Peka Terhadap Isu Isu Alam Sekitar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RPH Peka Terhadap Isu Isu Alam Sekitar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tingkatan : 5

Tahap : Sederhana

Masa : 40 minit

Bidang Pembelajaran : Nilai Berkaitan dengan Alam Sekitar

Pengetahuan sedia ada : Pelajar mengetahui tentang beberapa isu alam sekitar.

Nilai : 4.3 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan

alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

Kandungan akademik : Keseimbangan alam sekitar menjamin kesejahteraan

semua hidupan

Tajuk : Pengekalan Keseimbangan Alam Sekitar

Tanggungjawab Bersama

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat

a) Kognitif Moral

Menghuraikan kepentingan manusia perlu

bertanggungjawab menguruskan sumber semulajadi

dengan baik.

b) Perasaan Moral

Menyedari bahawa tindakan manusia yang tidak

bertanggungjawab boleh merosakkan sumber

semulajadi.

c) Perlakuan

Menghasilkan poster tentang “ khazanah alam

tanggungjawab bersama’.

Pendekatan : Penjelasan Nilai

Pemupukan Nilai.

Teknik : Perbincangan dalam kumpulan , peta minda

BBM : Kertas A4 putih dan berwarna, “card board”, kad manila,

pen marker, sampul arahan.

Page 2: RPH Peka Terhadap Isu Isu Alam Sekitar

Langkah /

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi /

Sumber

Set Induksi

(5 minit)

1.Pengenalan

Mengetahui tajuk

dengan membuka

susunan kad-kad

huruf yang ditutup di

atas sekeping “card

board”.

i) Guru membahagikan pelajar dibahagikan

kepada dua kumpulan besar, A dan B.

ii) Guru menggantungkan sekeping ‘card

board’ yang tertampal di atasnya susunan

kad-kad huruf yang ditutup di hadapan

kelas.

iii) Guru menjemput mana-mana seorang

pelajar secara sukarela ke hadapan untuk

membuka kad berdasarkan huruf yang

dipilih oleh Kumpulan A dan Kumpulan B

nanti.

iv) Kumpulan A dan Kumpulan B

masing-masing diberi pilihan memilih 3

huruf konsonan dan 1 huruf vokal. Huruf

yang dipilih itu akan dibuka dan ia akan

membantu pelajar meneka tajuk

pengajaran yang akan disampaikan.

1.“Card board”

yang

mengandungi

susunan huruf

tertutup.

(Lampiran 1)

Aktiviti 1

(20 minit)

Pendekatan

Penjelasan Nilai

1.Perbincangan

dalam kumpulan

a) Guru menunjukkan nota atau “slide

powerpoint” tentang kepentingan

pengekalan alam sekitar yang

merupakan tanggungjawab bersama.

(Lampiran 2)

b) Guru menyoal murid tentang

pengetahuan semasa murid tentang

alam sekitar.

c) Guru membahagikan pelajar kepada 3

1.Slide

powerpoint

(Lampiran 2)

2.

Pembentangan

-forum

-dialog

-penerangan

3.Kad manila,

pen maker

Page 3: RPH Peka Terhadap Isu Isu Alam Sekitar

kumpulan.

d) Setiap kumpulan dikehendaki

membuat perbincangan dalam kumpulan

apakah tindakan yang boleh diambil

untuk mengekalkan keseimbangan alam.

Aktiviti 2

( 10 minit)

Pendekatan

Pemupukan Nilai

1. Tayangan Video

i) Guru menunjukkan satu video tentang

pencemaran alam sekitar.

ii)Pelajar dikehendaki membuat

rumusan dalam bentuk peta minda

kesan daripada aktiviti dalam video

yang ditayangkan.

1. Tayangan

Video

(LAMPIRAN 3)

2.

Perbincangan

Penutup

(5 minit)

Rumusan Membuat kesimpulan

i) Guru memuji pelajar atas kerjasama yang

diberikan dan ditunjukkan oleh

pelajar sepanjang sesi P&P.

ii) Guru membuka ruang kepada pelajar

untuk membuat rumusan secara

menyeluruh mengenai apa yang teah

diperolehi sepanjang mengikuti sesi

P&P.

iii) Di akhir sesi, guru memberikan respon

terhadap rumusan yang diberikan oleh

pelajar untuk mengukuhkan lagi sesi P&P

pada hari ini.

1.Penerangan

Page 4: RPH Peka Terhadap Isu Isu Alam Sekitar

AKTIVITI DALAM KUMPULAN

Aktiviti 1 : LAMPIRAN 2

Perbincangan dalam Kumpulan

i) Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki

membuat perbincangan dalam kumpulan apakah tindakan yang boleh

diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam.

ii) Setiap kumpulan akan diberikan sampul arahan yang mana akan

menyatakan bentuk pembentangan yang mereka perlu lakukan.

iii) Setiap kumpulan akan membuat pembentangan dalam bentuk forum,

dialog, penerangan.

iv) Setelah masa yang diberikan tamat, pelajar akan membentangkan hasil

perbincangan mereka.

Aktiviti 2 : LAMPIRAN 3

Tayangan Video

i) Pelajar dikehendaki menonton tayangan video berkaitan pencemaran

alam sekitar yang disediakan oleh guru.

ii) Setelah sesi tayangan tamat, pelajar dikehendaki membuat

perbincangan dalam kumpulan tentang kesan aktiviti dalam video dan

membuat peta minda.

iii) Wakil pelajar akan membentangkan peta minda tersebut.

iv) Masa yang diberikan adalah selama 10 minit.

Melalui aktiviti ini, dapat dikenalpasti sejauhmana pelajar dapat memahami

kepentingan pengekalan alam sekitar yang seimbang.

Penilaian/pengukuhan:

Page 5: RPH Peka Terhadap Isu Isu Alam Sekitar

Guru meminta pelajar menyediakan satu poster tentang langkah-langkah

mengurangkan pencemaran alam sekitar.