Upload
ana-marlia
View
3.033
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
Bidang : Alam Fizikal
Tahun : 5
Objektif Umum : Haba
Objektif Khusus : Memahami kesan haba ke atas bahan
Tajuk : Pengembangan dan Pengecutan
Masa : 60 minit
Pengetahuan sedia ada :
1) Murid telah mengetahui apabila bahan menerima haba ianya akan
Menjadi panas.
2) Murid pernah mengalami kesan haba dalam kehidupan seharian.
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1) Menyatakan kesan haba ke atas bahan
2) Menyatakan bahan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut
Apabila disejukkan.
3) Menyenaraikan empat contoh prinsip pengembagan dan pengecutan
Dalam kehidupan seharian.
Kemahiran :
Memerhati, meramal, membina hipotesis, membuat inferens, komunikasi,
Mengeksperimen, dan membuat keputusan.
Nilai dan sikap saintifik :
1) Minat dan bersifat ingin tahu tentang kesan haba ke atas bahan.
2) Bekerjasama
3) Jujur dan tepat dalam merekod dan mencata keputusan
4) Mensyukuri nikmat Tuhan
Bahan bantu mengajar :
Bola pingpong, bikar besar, belon, botol, gelang besi dan bola besi,
Kelalang konikal,lilin, air batu
Penyampaian :
Langkah/
Masa
Isi kandungan
(Kemahiran Saintifik)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set
Induksi
( 5minit)
Bola pingpong yang
kemek dimasukkan ke
dalam satu bikar besar
berisi air panas.
Bola pingpong yang
kemek kembali ke bentuk
asal.
1. Guru meminta murid memerhati
keadaan bola pingpong kemek
yang dimasukkan ke dalam
semangkuk air panas.
Soalan : Apakah yang telah
berlaku pada bola pingpong
tersebut?
2. Murid diminta member pendapat
tentang keadaan bola pingpong
tersebut berdasarkan pemerhatian
mereka
3. Guru memperkenalkan tajuk
pelajaran yang akan disampaikan.
Bahan :
Bola ping-
pong , air
panas dan
bikar besar
Nilai :
Minat dan
ingin tahu
Langkah
1
(10minit)
Memahami kesan haba
ke atas pepejal.
( meramal )
1. Guru menunjukkan bebola besi dan
gelang besi. Guru memasukkan
bebola besi ke dalam gelang besi.
Soalan : Apakah yang terjadi
apabila bola besi dilepaskan masuk
ke dalam gelang ?
( Membuat hipotesis )
Contoh hipotesis :
Bola besi tidak dapat
melepasi gelang besi
apabila dipanaskan.
Bola besi dapat melepasi
gelang besi apabila
disejukkan.
( Membuat Inferens )
Besi mengembang
apabila dipanaskan.
Besi mengecut apabila
disejukkan
2 . Murid menjawab soalan guru.
2. Seorang murid diminta
memanaskan bola besi dengan api
lilin.Kemudian bola besi tadi
dilepaskan masuk kedalam gelang
besi.
Soalan : Apakah yang berlaku
apabila bola besi yang telah
dipanaskan tadi dimasukkan ke
dalm gelang?
3. Murid menjawab dan membuat
hipotesis dengan bimbingan guru.
Soalan : Apakah yang
menyebabkan bola besi tidak dapat
melepasi gelang tersebut ?
Langkah
2
(10minit)
Kesan haba ke atas
a) Pepejal
b) Cecair
c) gas
1. Murid-murid dibahagikan kepada
6 kumpulan.2kumpulan akan
menjalankan ujikaji terhadap
pepejal, 2 kumpulan terhadap
cecair dan 2 kumpulan terhadap
gas.
2. Guru menyediakan alat dan radas
kepada murid.
3. Guru membimbing murid untuk
menjalankan eksperimen.
Langkah
3
(25minit)
( Mengeksperimen )
(Membuat rumusan )
1. Murid menjalankan eksperimen
mengikut lengkah-langkah yang
telah diberikan.
2. Murid mencatat keputusan pada
lembaran yang disediakan.
3. Wakil kumpulan membentangkan
hasil rumusan mereka perolehi
Langkah
4
((10minit)
Aplikasi kesan haba
dalam kehidupan
seharian. Contoh :
1. Kabel elektrik
2. Landasan
keretapi
3. Penutup botol
yang ketat.
4. Kepingan konkrit
pada laluan
pejalan kaki
1. Murid diperlihatkan tayangan
melalui computer tentang
pengembangan dan pengecutan
dalam kehidupan seharian.
2. Murid berbincang dalam kumpulan
tentang kesan haba dalam
kehidupan seharian.
3. Guru bersoaljawab dengan murid
tentang tajuk yang dipelajari.
Langkah
5
(10minit)
penutup
Refleksi 1. Murid diminta melengkapkan peta
minda dengan bantuan guru dalam
lampiran yang disediakan.
2. Murid menjawab soalan pengukuhan.