2
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG 09600 LUNAS , KEDAH DARULAMAN Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang diasaskan pada tahun 1906 bersamaa 1324 Hijrah. Tapak asal sekolah ini terletak kira-kira 250 meter dari tapak sekolah sekarang. Bangunan sekolah pada masa itu tidak ubah seperti sebuah bangsal yang berdindingkan buluh, beratapkan rumbia dan berlantaikan tanah. Guru pertama yang ditugaskan di sekolah ini ialah Cikgu Yahya Bin Abdul Hamid yang berasal dari Kampung Bakar Kapor, Penaga, Seberang Perai. Manakala jumlah murid pada ketika itu seramai 20 orang sahaja. Pada tahun 1927 bersamaa 1345 Hijrah iaitu selepas 21 tahun beroperasi, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan bertiang batu, berdinding dan berlantaikan papan serta berbumbungkan genting di atas dua bidang tanah di lot 99 dan lot 100 yang telah dibeli oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan. Bangunan ini masih kekal sehingga sekarang dan digunakan sebagai surau yang turut menjadi kelas pemulihan j-QAF dan kelas PAFA. Selepas Perang Dunia Ke-2 iatu pada tahun 1950, jumlah murid meningkat hampir 200 orang. Penambahan ini menyebabkan masalah kekurangan tempat untuk belajar. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Jawatankuasa Lembaga Pendidikan telah berusaha sendiri membina sebuah lagi bangunan berkeluasan 40 kaki X 20 kaki. Pada tahun 1952, bangunan tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah pada ketika itu. Bangunan ini bagaimanapun musnah akibat ditimpa pokok kelapa dalam satu kejadian ribut pada pagi 9 September 1964. Pada tahun 1960, sekolah ini sekali lagi mengalami masalah kekurangan tempat belajar akibat dari penambahan murid dan juga fizikal bangunan tambahan yang semakin uzur. Disebabkan oleh masalah- masalah tersebut, pihak sekolah terpaksa menjalankan persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG

09600 LUNAS , KEDAH DARULAMAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang diasaskan pada tahun 1906 bersamaa 1324 Hijrah. Tapak asal sekolah ini terletak kira-kira 250 meter dari tapak sekolah sekarang. Bangunan sekolah pada masa itu tidak ubah seperti sebuah bangsal yang berdindingkan buluh, beratapkan rumbia dan berlantaikan tanah. Guru pertama yang ditugaskan di sekolah ini ialah Cikgu Yahya Bin Abdul Hamid yang berasal dari Kampung Bakar Kapor, Penaga, Seberang Perai. Manakala jumlah murid pada ketika itu seramai 20 orang sahaja.

Pada tahun 1927 bersamaa 1345 Hijrah iaitu selepas 21 tahun beroperasi, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan bertiang batu, berdinding dan berlantaikan papan serta berbumbungkan genting di atas dua bidang tanah di lot 99 dan lot 100 yang telah dibeli oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan. Bangunan ini masih kekal sehingga sekarang dan digunakan sebagai surau yang turut menjadi kelas pemulihan j-QAF dan kelas PAFA.

Selepas Perang Dunia Ke-2 iatu pada tahun 1950, jumlah murid meningkat hampir 200 orang. Penambahan ini menyebabkan masalah kekurangan tempat untuk belajar. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Jawatankuasa Lembaga Pendidikan telah berusaha sendiri membina sebuah lagi bangunan berkeluasan 40 kaki X 20 kaki. Pada tahun 1952, bangunan tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah pada ketika itu. Bangunan ini bagaimanapun musnah akibat ditimpa pokok kelapa dalam satu kejadian ribut pada pagi 9 September 1964.

Pada tahun 1960, sekolah ini sekali lagi mengalami masalah kekurangan tempat belajar akibat dari penambahan murid dan juga fizikal bangunan tambahan yang semakin uzur. Disebabkan oleh masalah-masalah tersebut, pihak sekolah terpaksa menjalankan persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

Hasil dari laporan dan rayuan pihak sekolah, pada tahun 1961, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi enam bilik darjah, pejabat, tandas serta stor di atas tanah yang dibeli oleh kerajaan di lot 526. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Syed Omar Shahabuddin, Menteri Besar Kedah pada ketika itu.

Pada tahun 1967, jumlah murid telah meningkat kepada 390 orang menyebabkan jumlah kelas yang terpaksa dijalankan sebanyak 12 kelas. 8 kelas dijalankan di waktu pagi manakala 4 kelas dijalankan di waktu petang. Keadaan ini berlanjutan selama hampir 13 tahun.

Memandangkan pelbagai masalah timbul akibat daripada situasi ini, maka pada 1 September 1980, hasil usaha dan kerjasama pihak sekolah dan PIBG , maka terbinalah sebuah lagi bangunan baru dua tingkat yang mengandungi 7 bilik darjah, bilik guru, pejabat, tandas dan stor. Dengan terbinanya bagunan ini, sesi persekolahan hanya berlansung pada satu sesi sahaja iaitu sesi pagi sahaja.

Page 2: SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELUANG

Penambahan jumlah murid dari setahun ke setahun menyebabkan masalah kekurangan tempat belajar berulang. Akibat daripada masalah ini, sesi persekolah telah diubah kepada dua sesi bermula pada tahun 1993. Masalah yang berlarutan selama 10 tahun ini berakhir apabila kerajaan telah membina dua blok bangunan empat tingkat yang siap pada tahun 2003. Pada penghujung tahu tersebut, sebahagian sesi persekolah telah dijalankan di bangungan baru tersebut. Bermula tahun 2004, bangunan baru ini digunakan sepenuhnya bagi tujuan pentadbiran dan sesi persekolahan sehinggalah sekarang.