23
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT MODEL DUNN AND DUNN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR NOR FADHLINA BINTI HANIFIYAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

  • Upload
    others

  • View
    33

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT MODEL DUNN AND DUNN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SUNGAI BESAR

NOR FADHLINA BINTI HANIFIYAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical
Page 3: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical
Page 4: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT

MODEL DUNN AND DUNN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SUNGAI BESAR

NOR FADHLINA BINTI HANIFIYAH

Laporan Projek Ini Di kemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical
Page 6: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah………

Kehadrat Ilahi Rabbul IIzati

HambaMu Yang Lemah Lagi Dhaif Menyembah Diri

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Rasulullah S.A.W

Para Sahabat Serta Pejuang Islam

Yang Menegakkan Kalimah Islam Di Muka Bumi

Titipan Penuh Kerinduan Istimewa

Buat Ayahanda, Hanifiyah Bin Burahmad

Bonda, Khadijah Binti Hj. Saman

Kedua-duanya Yang Amat Disayangi Dan Dikasihi

Semoga Kasih Sayang Dan Keringat Yang Kalian Curahkan

Akan Menjadi Pendorong Dan Penolong Setia Kejayaan

Anakmu Ini Setiap Waktu

Buat Abang-Abang, Ahmad Azam dan Mohd Nasruddin

Adik-Adik, Mohd Ghazali Dan Nur Asyikin

Senyum Tawa Dan Gurau Senda Sepanjang Kita Bersama

Takkan Biar Ia Berlalu

Akan Kutitip Ia Menjadi Memori Indah Dalam Hidupku

Buat Sahabat-Sahabat Seperjuanganku Sekalian

Terima Kasih Kerana Sudi Menerima Kehadiran Diri Ini

Harapanku Agar……Kita Semua

Mendapat Keredhaan Dan Rahmat Kasih Sayang DariNya

Dan Semoga……Nur Islam Akan Terus Menyinar Di BumiNya

Page 7: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah S.W.T, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat

r’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

ribuan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia saya, Encik

Kamalularifin bin Subari di atas tunjuk ajar, bimbingan dan juga teguran yang membina

dalam usaha untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Penolong Kanan 1 Sekolah

Menengah Kebangsaan Sg. Besar, Hajjah Jameah Binti Hj Saleh, Guru Kanan Sains,

cikgu Yang Chik, guru-guru serta pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah

Kebangsaan Sg. Besar yang sudi menjadi responden dan kepada semua pihak yang telah

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kajian ini.

Tidak ketinggalan buat keluarga tercinta khasnya ayahanda dan bonda yang tidak

pernah jemu mendo’akan dan memberikan dorongan kepada anakanda selama ini.

Terima kasih juga kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah

mencurahkan ilmu selama ini, semoga kalian semua meredhai segala ilmu yang telah

diberikan.

Buat akhirnya semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha

yang kita lakukan di dunia ini dan diterima sebagai ibadah dan amalan yang soleh

Amin……..

Page 8: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat

di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Faktor-faktor yang dikaji ialah

persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Pembolehubah bersandar di dalam

kajian ini adalah gaya pembelajaran pelajar. Manakala pembolehubah bebas yang telah

dikenalpasti adalah lima faktor yang dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang

responden di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Rekabentuk kajian yang

dijalankan adalah menggunakan kaedah deskriptif dengan menggunakan statistik

deskriptif perbandingan kekerapan dan peratusan. Instrument kajian yang dijalankan

adalah soal selidik yang mempunyai dua bahagian terdiri daripada bahagian A dan

bahagian B. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical

Packages for Social Science (SPSS) version 10.0. Hasil kajian mendapati gaya

pembelajaran yang banyak membawa pengaruh kepada pelajar ialah faktor emosi dan

juga faktor persekitaran.

Page 9: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the learning styles among form four

students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are

environment, emotional, sociology, psychical and psychology. Dependent variable in

this study is student’s learning styles whether the five factor of this study is the

independent variable. This study involved 120 form four students at Sekolah Menengah

Kebangsaan Sungai Besar. The research design for this study is using description

analyzed approach comparing the frequency and percentage by using description

statistic. The questionnaires were used as the study instrument. Data was personally

collected by the researcher and then analyzed using Statistical Package for the Social

Science (SPSS) software. The result of the study showed that the most influent learning

styles among the student is emotional factor and environment factor.

Page 10: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi dan istilah 10

Page 11: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kajian-kajian Lepas 14

2.3 Rangsangan Persekitaran 17

2.3.1 Bunyi 17

2.3.2 Cahaya 18

2.3.3 Suhu 19

2.3.4 Rekabentuk 20

2.4 Rangsangan Emosi 21

2.4.1 Motivasi 21

2.4.2 Ketabahan 22

2.4.3 Tanggungjawab 23

2.4.4 Struktur 24

2.5 Rangsangan Fizikal 24

2.5.1 Persepsi 24

2.5.2 Pemakanan 25

2.5.3 Masa Belajar 26

2.5.4 Mobiliti 27

2.6 Rangsangan Sosiologi 28

2.6.1 Belajar Secara Kendiri 28

2.6.2 Belajar Secara Berpasangan 29

2.6.3 Belajar Secara Kumpulan 29

2.6.4 Pelbagai 30

2.7 Rangsangan Psikologi 30

2.7.1 Global atau Analitik 30

2.7.2 Himesfera Otak Kanan dan Otak Kiri 31

2.7.3 Reflektif / Impulsif 31

Page 12: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Sampel 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.4.1 Keesahan Borang Soal Selidik 35

3.4.2 Kajian Rintis 36

3.5 Prosedur Mengumpul Data 36

3.6 Analisis Data 37

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 40

4.1 Pengenalan 40

4.2 Latar Belakang Responden 41

4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Bangsa 41

4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut 42

Tempat Tinggal

4.3 Analisis Data Bahagian B 43

4.4 Persoalan Kajian 1 43

Apakah faktor persekiran mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar tingkatan empat?

4.5 Persoalan Kajian 2 46

Apakah faktor emosi mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar tingkatan empat?

Page 13: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

x

4.6 Persoalan Kajian 3 48

Apakah faktor sosiologi mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar tingkatan empat?

4.7 Persoalan Kajian 4 49

Apakah faktor fizikal mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar tingkatan empat?

4.8 Persoalan Kajian 5 52

Apakah faktor psikologi mempengaruhi gaya

pembelajaran pelajar tingkatan empat?

4.7 Hasil Dapatan Setiap Persoalan Kajian 54

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 55

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan 55

5.3 Perbincangan

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 57

Apakah Faktor Persekitaran mempengaruhi

Gaya Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 59

Apakah Faktor Emosi mempengaruhi Gaya

Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 61

Apakah Faktor Sosiologi mempengaruhi Gaya

Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?

Page 14: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

xi

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 63

Apakah Faktor Fizikal mepengaruhi Gaya

Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 65

Apakah Faktor Psikologi mempengaruhi Gaya

Pembelajaran pelajar Tingkatan Empat?

5.4 Cadangan 67

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.6 Kesimpulan 69

SENARAI RUJUKAN 70

LAMPIRAN

Set Borang Soal Selidik 74

Page 15: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai Item Mengikut Faktor 35

3.2 Skala Likert 38

3.3 Pemeringkatan Likert kepada 3 Kategori 38

3.4 Nilai Peratusan 39

3.5 Analisis yang Digunakan 39

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 42

4.4 Analisis Peratusan bagi Faktor Persekitaran yang 43

Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden

4.5 Analisis Peratusan bagi Faktor Emosi yang 46

Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden

4.6 Analisis Peratusan bagi Faktor Sosiologi yang 48

Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden

4.7 Analisis Peratusan bagi Faktor Fizikal yang 49

Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden

4.8 Analisis Peratusan bagi Faktor Psikologi yang 52

Mempengaruhi Gaya Pembelajaran Responden

4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Responden berdasarkan 54

Faktor dan Tahapnya

Page 16: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 74

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 79

Dari Bahagian Pembangunan dan

Penyelidikan EPRD

C Surat Menjalankan Soal Selidik Di Sekolah 81

D Senarai Bilangan Pelajar Tingkatan Empat 82

Page 17: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu aspek penting dalam proses pembangunan dan juga

sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan era baru memainkan peranan yang

lebih penting ke arah membentuk sebuah masyarakat madani pada abad ke-21 ini.

Masyarakat madani adalah dicirikan antara lain oleh ketamadunan yang tinggi,

mengamalkan nilai-nilai hidup moden dan progresif, berasaskan sains dan teknologi,

berpelajaran tinggi dan juga melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan

sosial, politik, dan pergerakan kesukarelawan. Dalam hal ini pendidikan memainkan

peranan yang penting dari segi membebaskan manusia daripada penjajahan pemikiran,

nilai-nilai dan fahaman feudal dan autokratik agar masyarakat madani akan dapat

dibentuk ( Rahimah, 2002 )

Pendidikan pada peringkat sekolah menengah adalah suatu usaha untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi

menghasilkan insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani

supaya dapat memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan juga negara.

Dengan ini, sistem pendidikan haruslah memberi perhatian serius terhadap perbezaan

individu dan memberi peluang kepada anak-anak untuk meningkatkan potensi mereka

dengan sepenuhnya (Ramlah et. al, 2002).

Page 18: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

2

Potensi individu boleh dikembangkan dengan ilmu selaras dengan pesanan

Rasulullah kepada umatnya iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Ilmu dapat diperolehi apabila seseorang itu belajar dan berinteraksi dengan maklumat

yang diperolehi daripada pelbagai sumber sama ada secara langsung (pusat pendidikan)

atau tidak langsung. Oleh itu, pusat pendidikan adalah penting bagi pelajar

memperolehi ilmu pengetahuan bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

dirinya. Para pelajar haruslah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas serta nilai-

nilai hidup masyarakat (Mohamed Nor’, 1990).

Sungguhpun ramai yang berpendapat bahawa memperkembangkan intelek dan

kemahiran asas adalah penting dan menjadi matlamat utama sekolah, tetapi matlamat

pendidikan haruslah bersifat luas meliputi keperluan fizikal, emosi, sosial dan etika

generasi muda (Mohamed Nor’, 1990). Namun begitu, para pelajar, guru-guru dan ibu

bapa di Malaysia masih mementingkan kepada peperiksaan sahaja.

Aktiviti-aktiviti dan perhatian yang diberikan tertumpu kepada bagaimana untuk

membolehkan pelajar-pelajar lulus peperiksaan. Secara langsungnya, sistem yang

berorintasikan peperiksaan ini telah mewujudkan budaya dan pegangan para pelajar

sama ada di peringkat sekolah ataupun di universiti (Asiah, 1994). Asiah, 1994

menegaskan bahawa semua pihak yang terlibat harus mancari cara-cara untuk

menjauhkan proses pembelajaran daripada pengaruh peperiksaan dan menjadikan

pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.

Didalam banyak situasi pengajaran, proses pembelajaran pelajar kurang

ditekankan di sekolah-sekolah. Selain itu, guru-guru kini sering mengabaikan keperluan

pelajar terutamanya dalam mengenalpasti gaya pembelajaran yang dimiliki. Pada masa

kini, ramai penyelidik mengkaji ciri-ciri unik gaya pembelajaran seseorang individu

disamping menjana alternatif untuk memperbaiki amalan-amalan pembelajaran supaya

dapat mempertingkatkan pencapaian akedemik. Gaya pembelajaran memainkan peranan

yang amat penting dalam proses pembelajaran kerana ianya merupakan proses sepanjang

hayat dan berterusan (Honey dan Mumford, 1992). Walaupun gaya pembelajaran

Page 19: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

3

membolehkan seseorang individu mengalami proses pembelajaran dengan lebih

berkesan, namun jenis gaya pembelajaran bergantung kepada kesesuaian seseorang

individu itu.

Pelajar yang diberi pendedahan tentang gaya pembelajaran dan dapat

menyesuaikannya dalam proses pembelajaran berupaya mencapai kecemerlangan yang

tinggi berbanding mereka yang tidak dapat membuat penyesuaian selain dapat

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki (Dunn, 1999).

Aspek gaya pembelajaran dan kepelbagaian kecerdasan harus diberi tumpuan

bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dimana perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu perlu dititikberatkan dalam sistem

pendidikan agar pelajar berupaya mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik

mahupun kehidupan harian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kolb (1976) mengatakan bahawa salah satu faktor kegagalan sesorang individu

dalam pembelajaran ialah tidak memahami proses pembelajaran dirinya iaitu gaya

pembelajaran. Perlu difahami bahawa kejayaan pembelajaran seseorang bukannya

setakat dapat menyiapkan tugasan dan mendapat keputusan yang baik dalam

peperiksaan. Seperti yang dinyatakan oleh Najib Tun Razak bahawa seseorang pelajar

itu bukan setakat cemerlang dalam peperiksaan sahaja tetapi seorang yang

berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu (Mingguan Malaysia: 07hb Ogos

2005). Sebenarnya pembelajaran merangkumi satu lingkungan yang luas kerana

pembelajaran itu adalah seumur hidup.

Page 20: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

4

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah penguasaan pembelajaran adalah

faktor masalah pembelajaran, faktor peribadi, faktor kecenderungan, faktor fizikal dan

faktor psikologi (Mok Soon Sang, 2001). Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya

seseorang itu menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya

dalam mengatasi masalah dan juga kekangan dalam menguasai sesuatu pembelajaran.

Dapatan kajian Pask (1976) dalam Kevin Marjovibanks (1991), menunjukkan

bahawa masalah pembelajaran pelajar mempunyai kaitan dengan strategi pengajaran

yang tertentu termasuk juga gaya pembelajaran pelajar. Penggunaan bahan pengajaran

yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar membolehkan pelajar mengasimilasikan

dan mengingat pelajaran dengan baik manakala keadaan sebaliknya berlaku sekiranya

bahan pengajaran tidak menepati gaya pembelajaran pelajar.

Di dalam model gaya pembelajaran Dunn and Dunn yang dicipta oleh Rita dan

Kenneth Dunn (1978), gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada lima

rangsangan utama yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu, persekitaran, emosi,

sosiologi, fizikal dan psikologi.

Persekitaran memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan dalam

menentukan gaya pembelajaran pelajar. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa

keadaan persekitaran seperti cahaya, suhu, peredaran udara, keadaan fizikal bilik belajar

tidak begitu bererti (signifikan) atau mendengarkannya dengan sambel lewa. Jika dilihat,

motivasi adalah lebih signifikan berbanding keadaan fizikal bilik darjah. Namun

motivasi adalah kompleks dan sukar untuk dimanipulasikan tetapi keadaan persekitaran

bagitu mudah untuk dipastikan bahawa pelajar mendapat cahaya, suhu yang cukup untuk

pembelajaran. Walaupun faktor-faktor ini hanya mempengaruhi pembelajaran sebanyak

5-10%, tetapi ia patut diberi tumpuan memandangkan kesilapan ini adalah senang untuk

diperbetulkan (Sabri Ahmad, 2003).

Page 21: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

5

Menurut pernyataan Kahn et al. (1978) dan House (1981) dalam Subahan (2001)

mengatakan bahawa ciri-ciri peribadi dan keadaan suasana atau persekitaran boleh

membawa kesan langsung dan tidak langsung ke atas ketenteraman jiwa seseorang. Ini

adalah berkaitan dengan emosi seseorang di mana emosi merupakan perasaan jiwa yang

kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Kesedaran yang berlaku kebanyakannya

bergantung kepada faktor emosi seperti seseorang pelajar tidak suka kepada mata

pelajaran dan tidak mengambil berat dengannya.

Pelajar perlu gigih berusaha dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman, sekali gus membolehkan mereka diterima dan dapat menyesuaikan diri

dengan persekitaran semasa. Seperti mana yang diperkatakan oleh Tuanku Fauziah

Tengku Abdul Rashid, menerusi usaha bersungguh-sungguh akan dapat membezakan

individu itu dengan rakan-rakan lain dari sudut penampilan diri, kematangan dan

ketahanan fizikal. Mereka yang takut dan pesimis akan tertinggal di belakang

(Mingguan Malaysia : 07hb Ogos 2005).

Keadaan fizikal seseorang pelajar juga mempengaruhi gaya pembelajaran

mereka. Dalam satu kajian yang dibuat, pelajar akan lebih berminat belajar tentang

sesuatu mata pelajaran sekiranya terdapat penglibatan daripada semua pancaindera.

Antaranya ialah 10% pelajar memahami dengan mendengar, 20% memahami dengan

melihat dan 60% memahami dengan mendengar dan melihat. Kesemuanya ini akan

mempengaruhi gaya pembelajaran bagi setiap pelajar (Hasan Hj. Mohd Ali, 1996).

Pembelajaran yang berkesan juga bergantung kepada faktor sosiologi.

Kebolehan pelajar memupuk perhubungan kerjasama sesama mereka atau pelajar

dengan orang tertentu akan dapat mewujudkan keadaan yang mendorong kearah gaya

pembelajaran yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang bersendirian (Ee Ah

Meng, 1994). Seperti yang dikatakan oleh J.S.Mill, di kalangan orang Inggeris, sikap

tidak mahu memberitahu apa yang mereka minati kepada orang lain mahupun diri

mereka sendiri menyebabkan perasaan dan keintelektualan mereka tidak membangun

dan menurunkan kerohanian mereka kepada satu kewujudan negatif. Jika pelajar

Page 22: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

6

mengatakan bahawa semua perkara dalam pembelajaran bergantung kepada kerja kuat

seseorang dan penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran tetapi tidak bergantung kepada

rakan-rakan atau guru, sebenarnya tanggapan mereka adalah tidak tepat. Sesungguhnya

semua pembelajaran melibatkan hubungan sosial (Sabri Ahmad, 2003).

Berdasarkan kepada kepentingan kearah gaya pembelajaran yang selesa, maka

penyelidik ingin mengkaji apakah ciri-ciri yang mempengaruhi gaya pembelajaran bagi

pelajar tingkatan empat berdasarkan model Dunn and Dunn.

1.3 Pernyataan Masalah

Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza diantara

satu sama lain. Seseorang pelajar mula membentuk gaya pembelajaran sejak awal

kanak-kanak. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang pelajar dipengaruhi

oleh faktor-faktor tertentu. Elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran

pelajar adalah seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi (Dunn dan

Dunn, 1978 ). Justeru itu penyelidik menjalankan kajian yang berkaitan dengan gaya

pembelajaran pelajar tingkatan empat untuk menentukan sejauhmanakah setiap elemen-

elemen rangsangan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar yang dinyatakan menurut

model Dunn and Dunn (1978).

Page 23: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MENURUT … · students at Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. The factors was studied are environment, emotional, sociology, psychical

7

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif bagi kajian ini adalah;

1.4.1 Mengenalpasti faktor persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi

mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan Empat.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, persoalan-persoalan kajian adalah seperti

berikut;

1.5.1 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan

empat?

1.5.2 Adakah faktor emosi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat?

1.5.3 Adakah faktor sosiologi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan

empat?

1.5.4 Adakah faktor fizikal mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan

empat?

1.5.5 Adakah faktor psikologi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar tingkatan

empat?