1

Click here to load reader

Sila refleks tentang proses dan ciri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sila refleks tentang proses dan ciri

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Mohamad Shamsuri Bin Jebat Visual hanya akan mempunyai fungsi komunikasi jika mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Mudah dan jelas dibaca / difahami 2. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual 3. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual 4. Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual Berkaitan dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual menjadi menarik. Terdapat enam prinsip reka bentuk visual. i. Simplisiti • Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas • Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian

ii. Dominan • Pusat penumpuan atau minat • Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan • Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan • Rule of Third • Warna dan bentuk yang kontras • Saiz yang lebih besar • Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama • Menggunakan garis yang menunjuk item utama • Mewujudkan gerakan • Menggunakan lampu atau cahaya memancar • iii. Pola • Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. • Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat • Menarik penglihatan mata ke arah item utama • Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul • Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir • * Kesimpulannya, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung dalam visual

iv. Seimbang • Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual • Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang • Terdapat dua jenis seimbang • Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah • Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata.

v. Variasi • Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual • Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup

vi. Harmoni • Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan kesatuan mesej.