24
SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI NUR RUZAINI BIN OTHMAN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Pengkomputeran Rangkaian) Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006

SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

  • Upload
    vothuy

  • View
    265

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI

NUR RUZAINI BIN OTHMAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian

(Pengkomputeran Rangkaian)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

Page 2: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

ii

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan projek tahun akhir dan sistem ini dalam masa yang ditetapkan. Setinggi-tinggi

penghargaan diucapkan kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu Puan Azni Haslizan

Binti Abdul Halim yang telah memberikan idea untuk membangunkan Sistem Maklumat

Latihan Industri ini. Tanpa buah fikiran dan tunjuk ajar beliau, tidak mungkin sistem ini akan

dapat dibina dengan jayanya. Terima kasih juga kerana tidak jemu memberikan tunjuk ajar,

dorongan dan semangat kepada saya sepanjang saya menyiapkan projek ini. Ucapan sekalung

penghargaan juga saya tujukan kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan pensyarah-

pensyarah yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam membantu saya

menyiapkan projek ini.

Page 3: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

iii

-ISI KANDUNGAN-

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN II

ISI KANDUNGAN III

SENARAI JADUAL VI

SENARAI RAJAH VII

ABSTRAK IX

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Pernyataan Masalah 2

1.2 Objektif Projek 3

1.3 Skop Projek 4

1.4 Metodologi 4

1.5 Hasil Jangkaan 6

1.6 Kepentingan Projek. 7

1.7 Perancangan Projek 8

1.8 Garis Kasar Laporan 9

BAB 2: LATAR BELAKANG

2.0 Pengenalan 11

2.1 Ulasan Literatur 12

2.2 Kajian Sistem Sedia Ada 13

2.2.1 Sistem 1 13

2.2.1.1 Fungsi Sistem 14

2.2.1.2 Ciri-Ciri 14

2.2.1.3 Kelemahan Sistem 15

2.2.2 Sistem 2 16

2.2.2.1 Fungsi Sistem 17

Page 4: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

iv

2.2.2.2 Ciri-Ciri 17

2.2.2.3 Kelemahan Sistem 18

2.2.3 Sistem 3 19

2.2.3.1 Fungsi Sistem 19

2.2.3.2 Ciri-Ciri 20

2.2.3.3 Kelemahan Sistem 21

2.3Kelebihan Sistem Berkomputer Berbanding Sistem Manual 22

2.4 Perbandingan Sistem 23

2.5 Kesimpulan 24

BAB 3: KEPERLUAN ANALISIS DAN REKABENTUK

3.0 Pengenalan 25

3.1 Analisa Pengguna Sistem 26

3.2 Analisa Keperluan Sistem 27

3.2.1 Keperluan Perisian 27

3.2.2 Keperluan Perkakasan 29

3.3 Gambarajah Aliran Data 29

3.3.1 Gambarajah Konteks 30

3.3.2 Gambarajah tahap 0 31

3.3.3 Gambarajah Tahap 1 32

3.4 Rekabentuk Sistem 35

3.5 Kesimpulan 39

BAB 4: PERLAKSANAAN DAN PENGUJIAN

4.0 Pengenalan 40

4.1 Sokongan Perisian 40

4.2 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 41

4.2.1 Halaman Utama 42

4.2.2 Halaman Pelajar (Pelajar) 43

4.2.3 Halaman Forum (Pelajar) 44

Page 5: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

v

4.2.4 Halaman Kemaskini Resume (Pelajar) 45

4.2.5 Halaman Semak Resume (Pelajar) 46

4.2.6 Halaman Semak Status Permohonan (Pelajar) 47

4.2.7 Halaman Pengesahan (Pelajar) 48

4.2.8 Halaman Muat Turun (Pelajar) 49

4.2.9 Halaman Carian Dan Muat Turun Resume Pelajar (Koordinator) 50

4.2.10 Halaman Carian Resume Pelajar (Koordinator) 51

4.2.11 Halaman Status Permohonan (Koordinator) 52

4.2.12 Halaman Pengumuman (Koordinator) 53

4.2.13 Halaman Pengesahan Pelajar (Koordinator) 54

4.2.14 Halaman Daftar Pengguna (Admin) 55

4.2.15 Halaman Kemaskini (Admin) 56

4.2.16 Halaman Muat Naik (Admin) 57

4.3 Pengujian Sistem 58

4.4 Perlaksanaan Source Code 59

4.5 Kesimpulan 60

BAB 5: KESIMPULAN DAN KAJIAN LANJUTAN

5.0 Pengenalan 61

5.1 Pencapaian 61

5.2 Kajian Lanjutan SMLI 62

5.3 Kesimpulan 63

RUJUKAN 64

LAMPIRAN A 65

LAMPIRAN B 71

Page 6: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

vi

-SENARAI JADUAL-

Jadual Keterangan Mukasurat

1.1 Jadual Perancangan Projek

8

2.1 Kelebihan Sistem Berkomputer Berbanding Sistem

Manual

22

2.2 Perbandingan Sistem

23

3.1 Keperluan Perisian Sistem

28

3.2 Keperluan Perkakasan Sistem

29

4.1 Objektif SMLI Dan Pencapaiannya

58

Page 7: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

vii

-SENARAI RAJAH-

Rajah Keterangan Mukasurat

1.1 Struktur Fasa Bagi Waterfall Development Methodology

6

2.1 Lawan Web Latihan Industri dan Pengurusan FTSM,

UKM

13

2.2 Laman Web Rasmi Latihan Industri FKE, UTM

16

2.3 Industrial Training Division di University of Moratuwa

19

3.1 Simbol-Simbol Utama Bagi Gambarajah Aliran Data

30

3.2 Gambarajah Konteks Bagi SMLI

31

3.3 Gambarajah Tahap 0 Bagi SMLI

32

3.4 Gambarajah Tahap 1 Bagi Pelajar

33

3.5 Gambarajah Tahap 1 Bagi Koordinator

34

3.6 Gambarajah Tahap 1 bagi Admin

35

3.7 Site Map Bagi Rekabentuk Sistem

38

4.1 Paparan Skrin Muka Hadapan Laman SMLI

42

4.2 Paparan Skrin Bagi Laman Pelajar

43

4.3 Paparan Skrin Bagi Forum Pelajar

44

4.4 Paparan Skrin Isi Dan Kemaskini Resume Pelajar

45

4.5 Paparan Skrin Resume Pelajar

46

4.6 Paparan Skrin Penyemakan Status Permohonan

47

4.7 Paparan Skrin Pengesahan Tempat LI

48

4.8 Paparan Skrin Muat Turun Dokumen

49

4.9 Carian Dan Muat Turun Resume Pelajar

50

4.10 Koordinator Memilih Sesi 2006/2007 semester 1 51

Page 8: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

viii

4.11 Koordinator Memasukkan Status Permohonan Pelajar

52

4.12 Koordinator Memasukkan Pengumuman

53

4.13 Senarai Pelajar Yang Telah Melakukan Pengesahan

Tempat

54

4.14 Admin Mendaftar Pengguna Sistem

55

4.15 Admin Mengemaskini Pengguna Sistem

56

4.16 Admin Memuat Naik Dokumen

57

4.17 Source Code Keselamatan Sistem

59

4.18 Source Code Menyemak Kesalahan

59

4.19 Source Code Menyemak Kesalahan

60

Page 9: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

ix

ABSTRAK

Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) merupakan sebuah sistem berasaskan web yang

dibangunkan khas bagi pelajar Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat di Universiti

Malaysia Sarawak yang mengambil subjek Latihan Industri (TMY2908). Tujuan utama

sistem ini dibangunkan ialah supaya pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan

Latihan Industri (LI) serta melakukan permohonan tempat LI secara atas talian (Online).

Melalui tinjauan yang dilakukan, rata-rata pelajar inginkan sebuah sistem yang dapat

memudahkan mereka melakukan permohonan tempat LI. Selama ini, pelajar perlu melakukan

permohonan secara manual, sedangkan mereka sendiri tidak pasti tentang status permohonan

mereka. Dengan adanya SMLI, ia dapat membantu para pelajar di dalam melakukan

permohonan secara cepat dan ringkas. Pelajar juga boleh menyemak status jawapan yang

mereka terima daripada pihak organisasi. Selain itu, SMLI juga berkemampuan untuk

menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak fakulti di masa akan

datang.

Page 10: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

x

ABSTRACT

Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) is a web based system that is developed for the

student registering the Industrial Training (TMY2908) course at Faculty Computer Science of

Information Technology in University Malaysia Sarawak. The main reason for this project is

to give information about Industrial Training to students and for student to apply their

Industrial Training place online. From the survey that have been done, most of the student

want a system that can manage their placement for Industrial Training efficiently. It is

because, the manual system that used by faculty now is not very efficient and they did not

know what is the status of their application. With SMLI, student can easily apply for their

Industrial Training placement. They can also check the status of their application. SMLI is

also can save a student resume record and this record will be use by a faculty in the future.

Page 11: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

1

BAB1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Latihan Industri merupakan subjek teras yang perlu diambil oleh setiap pelajar Fakulti

Sains Komputer Teknologi Maklumat (FSKTM) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada masa sekarang, pelajar-pelajar di FSKTM masih lagi melakukan permohonan tempat

untuk melakukan latihan industri secara manual kerana fakulti masih tidak mempunyai sistem

untuk melakukannya secara atas talian (online). Oleh kerana itu, satu sistem harus dibina

untuk memudahkan para pelajar melakukan permohonan tempat bagi subjek Latihan Industri.

Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) merupakan sistem berasaskan web untuk

memudahkan para pelajar di FSKTM UNIMAS memilih dan melakukan permohonan tempat

dengan lebih cepat dan efektif berbanding kaedah manual. Selain itu, sistem yang bakal dibina

ini juga bertujuan memudahkan koordinator bagi latihan industri menyampaikan segala

maklumat yang berkaitan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Dengan kata lain, segala

perkara berkaitan dengan latihan industri ada di dalam sistem ini. Sistem yang akan dibina ini

semestinya akan memberikan kebaikan dan kepentingan kepada semua pihak terutamanya

pelajar dan juga koordinator latihan industri. Sistem ini juga akan menjadi pengganti kepada

kaedah manual yang mempunyai banyak kelemahan,masalah, dan menyusahkan para pelajar.

Page 12: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

2

1.1 Pernyataan Masalah

Kaedah manual bagi permohonan mendapatkan tempat untuk latihan industri yang

digunakan FSKTM pada masa ini merupakan kaedah yang kurang efektif dan menyusahkan

para pelajar. Melalui pengalaman yang lepas, pelajar terpaksa menunggu jawapan sehingga

berbulan-bulan tanpa mengetahui samada permohonan mereka diterima ataupun tidak.

Selain itu, pelajar terpaksa menghabiskan masa untuk menyiapkan dokumen-dokumen

untuk dihantar kepada organisasi sedangkan mereka tidak pasti permohonan mereka diterima

ataupun ditolak. Pelajar-pelajar juga tidak dapat memastikan sama ada permohonan mereka

telah selamat sampai ke organisasi yang dipohon melalui pos.

Bagi pelajar yang menghadapi masalah dan tidak mendapat tempat, kebanyakan dari

mereka akan berhubung terus dan merujuk masalah kepada koordinator latihan industri. Ini

akan memberi bebanan kepada koordinator untuk mengatasi masalah setiap pelajar.

Koordinator juga terpaksa mengambil semula resume atau butiran peribadi setiap pelajar

untuk melakukan permohonan yang baru kerana tidak ada simpanan resume pelajar .

Kaedah manual yang digunakan sekarang juga menyukarkan pelajar-pelajar untuk

mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan latihan industri yang bakal mereka hadapi.

Koordinator latihan industri terpaksa menampal notis untuk menyampaikan maklumat terbaru

yang belum tentu dibaca oleh pelajar. Bagi pelajar yang kurang peka, mereka akan terlepas

daripada mengetahui maklumat terkini yang telah disampaikan oleh koordinator.

Page 13: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

3

1.2 Objektif Projek

Tujuan utama projek ini dibina adalah untuk memudahkan pelajar di FSKTM

UNIMAS melakukan permohonan tempat bagi latihan industri. Kaedah manual yang

digunakan FSKTM sekarang kelihatan mempunyai banyak kelemahan dan menyukarkan para

pelajar. Dengan menggunakan sistem atas talian, pelajar tidak lagi perlu melakukan salinan

dokumen yang banyak untuk dihantar kepada organisasi berlainan sedangkan masih belum

pasti sama ada permohonan itu berjaya ataupun tidak.

Sistem ini juga dapat memudahkan koordinator menyampaikan maklumat terkini

kepada pelajar berkaitan latihan industri. Koordinator tidak lagi perlu menampal notis yang

belum tentu dibaca oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan SMLI, koordinator LI boleh

menyampaikan maklumat terkini sama ada melalui ruang pengumuman yang disediakan

ataupun menghantar mesej kepada pelajar melalui ruangan forum.

Menghasilkan sistem yang bersifat mesra pengguna juga menjadi tujuan utama

pembinaan SMLI ini. Tidak ada gunanya jika sistem yang dihasilkan tidak dapat memenuhi

kehendak pengguna dan tidak difahami cara penggunaannya.

Kesimpulannya, objektif projek ini ialah untuk:

Memudahkan pelajar melakukan permohonan tempat bagi latihan industri

Memudahkan koordinator LI menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar

berkaitan latihan industri

Menghasilkan sistem yang bersifat mesra pengguna (user friendly)

Page 14: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

4

1.3 Skop Projek

Skop untuk projek ini perlu ditetapkan agar projek ini tidak melebihi garisan ataupun

had yang ditetapkan. Ia juga penting untuk memastikan objektif projek dapat dicapai dengan

jayanya. Skop SMLI tidak merangkumi kesemua pelajar-pelajar di UNIMAS. Sasaran projek

ini hanya tertumpu kepada koordinator yang terlibat di dalam pengurusan latihan industri dan

juga pelajar-pelajar FSKTM yang bakal menghadapi latihan industri sahaja.

Sistem ini tidak diberi penekanan terhadap keselamatan data. Tidak ada encryption

dan decryption data dilakukan semasa penghantaran dan penerimaan data. Ini kerana,

pengguna bagi sistem ini hanya pelajar-pelajar di FSKTM UNIMAS sahaja dan tidak ada

sebarang butiran sulit dari pengguna yang perlu dilindungi. Walaupun begitu pelajar tetap

perlu daftar masuk sebelum menggunakan sistem.

Bagi pengguna yang tidak daftar masuk ketika memasuki sistem ini, mereka hanya

boleh melayari sistem ini sebagai tetamu (guest) sahaja. Mereka tidak boleh melakukan

permohonan tetapi mereka boleh membaca maklumat-maklumat terkini berkaitan latihan

industri dan juga bahagian-bahagian yang telah dikhaskan untuk mereka.

1.4 Metodologi

Metodologi yang sesuai adalah amat penting untuk menentukan kejayaan sesebuah

projek. Ini untuk memastikan produk yang bakal dihasilkan menepati keperluan dan kehendak

pengguna.

Page 15: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

5

Oleh kerana skop projek ini tidak terlalu besar, kaedah Kitar Hayat Pembangunan

Sistem (SDLC) telah dipilih sebagai panduan untuk membina sistem ini. Terdapat lima fasa

atau peringkat penting dalam motodologi ini yang perlu diikuti.

Fasa yang pertama ialah merancang objektif dan mengenal pasti masalah. Ini

bertujuan untuk mengelakkan masalah yang tidak dijangka timbul semasa ataupun setelah

terbinanya sistem ini. Di dalam projek ini, segala perancangan, objektif dan masalah telah

dikenal pasti terlebih dahulu. Ini dilakukan dengan membezakan sistem manual yang sedia

ada dengan sistem atas talian yang bakal dibina. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi jika

FSKTM menggunakan sistem atas talian untuk pelajar melakukan permohonan LI.

Fasa yang kedua ialah menganalisis keperluan sistem. Pada fasa ini, analisis terhadap

sistem perlu dilakukan dengan terperinci agar proses membangunkan SMLI dapat berjalan

dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Antara analisis yang dijalankan ialah

keperluan perkakasan dan juga perisian yang sesuai digunakan. Selain itu, analisis

membandingkan SMLI dengan tiga sistem lain juga dilakukan bagi menunjukkan kelebihan

SMLI dan kelemahan sistem sedia ada.

Fasa yang ketiga ialah merekabentuk sistem. Sistem perlu direka bentuk dengan

teratur sebelum dibangunkan. Setiap sudut perlu diteliti agar sistem yang dihasilkan akan

lebih bersifat mesra pengguna sekaligus memenuhi kehendak objektif. Rekabentuk SMLI

adalah berdasarkan analisa yang dibuat agar sistem tidak terpesong daripada skop yang telah

ditetapkan.

Page 16: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

6

Fasa yang keempat ialah melakukan perlaksanaan sistem. Dalam fasa ini,

perlaksanaan dan percubaan terhadap sistem yang telah selesai akan dilakukan. Ini amat

penting supaya sistem yang dihasilkan dapat berjalan dengan sempurna tanpa masalah. Ia juga

merupakan fasa terakhir untuk kembali ke fasa sebelumnya jika masalah muncul.

Fasa yang kelima dan terakhir ialah sistem. Pada fasa ini, sistem telah selesai

sepenuhnya dan tidak boleh kembali semula pada fasa yang sebelumnya. Ketika ini, SMLI

telah siap sepenuhnya dan sudah bersedia untuk digunakan. Pada fasa ini jua, beberapa

kelemahan kecil SMLI akan dinyatakan bagi perubahan di masa akan datang.

Implementation

Planning

Analysis

Design

System

Rajah 1.1: Struktur Fasa Bagi Waterfall Development Methodology

1.5 Hasil Jangkaan

Hasil jangkaan bagi projek ini adalah menghasilkan sebuah sistem berasaskan web

untuk memudahkan pelajar menguruskan hal-hal berkaitan latihan industri. Selain itu, projek

ini diharapkan akan berjaya dari segi sesi sambungan pada pengguna(client side) dan juga

pelayan (server side) tanpa menghadapi sebarang masalah.

Page 17: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

7

Pada akhir projek ini, sistem yang terhasil nanti dijangkakan akan menjadi sebuah

sistem yang mesra pengguna. Walaupun menggunakan sistem ini buat kali pertama, pengguna

mudah untuk menggunakannya tanpa sebarang masalah. Ini penting kerana sistem ini bakal

digunakan oleh setiap pelajar di FSKTM UNIMAS.

Sistem ini juga dijangka akan lebih efisien dan berkesan berbanding kaedah manual

yang digunakan sekarang. Ia akan lebih memudahkan pelajar dan koordinator dalam

menguruskan hal-hal berkaitan dengan latihan industri. Sistem ini juga dijangka akan

memberikan impak yang lebih baik dan berkesan kepada FSKTM berbanding kaedah manual

yang sedang digunakan pada masa sekarang.

1.6 Kepentingan Projek

Teknologi dicipta bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Oleh kerana

itu, sistem yang bakal dibangunkan perlulah mempunyai kepentingan khasnya kepada pelajar

FSKTM serta koordinator.

Antara kepentingan utama SMLI adalah ia dapat menjimatkan masa pihak FSKTM

dalam mengelolakan pelajar yang terlibat dalam latihan industri. Penggunaan SMLI di

FSKTM juga adalah secara meluas kerana setiap pelajar akan menggunakan sistem ini ketika

mahu melakukan permohonan untuk latihan industri. Pelajar hanya perlu memberikan resume

kepada koordinator berbanding kaedah manual yang mana setiap dokumen penting perlu

dihantar kepada setiap organisasi yang dipohon.

Page 18: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

8

Sistem ini juga penting kepada koordinator latihan industri untuk menyampaikan

segala maklumat terbaru berkaitan dengan latihan industri. Tanpa sistem ini, koordinator

terpaksa menyampaikan maklumat melalui lisan ataupun notis pemberitahuan yang tidak

dijamin keberkesanannya.

1.7 Perancangan Projek

Perancangan projek adalah merupakan panduan untuk menjalankan projek dengan

lebih teratur dan efisien. Ini penting dalam perjalanan menyiapkan projek supaya ianya dapat

diselesaikan dalam tempoh masa yang dianggarkan. Jadual dibawah menunjukkan tempoh

masa (anggaran bulan) yang dirancang untuk menyiapkan projek ini:

Bulan Keterangan

Pertama Perancangan dan pelan projek dimulakan.

Objektif projek dikenalpasti

Kedua Keperluan sistem dianalisa kesesuaiannya.

Keperluan perkakasan dan perisian dikenalpasti.

Ketiga-Kempat Mereka bentuk model bagi sistem seperti gambarajah aliran

data (data flow diagram) dan juga site map.

Mereka bentuk sistem dengan model yang telah disiapkan

Kelima-Keenam Membangunkan sistem menggunakan perisian yang telah

Page 19: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

9

Jadual 1.1: Jadual Perancangan Projek

1.8 Garis Kasar Laporan

Bab 1: Pengenalan

Pengenalan terhadap projek yang akan dijalankan. Bab ini juga menceritakan tentang

metodologi yang digunakan dan peringkat-peringkatnya. Selain itu, bab ini juga terkandung

objektif dan skop projek, pernyataan masalah, hasil jangkaan projek, dan juga pelan

perancangan projek ini akan berjaya disiapkan.

Bab 2: Latar Belakang

Bab ini membincangkan berkenaan latar belakang sistem yang bakal dibangunkan.

Selain itu, ia juga lebih membincangkan tentang ulasan literatur iaitu kajian terhadap sistem

yang telah sedia ada dan seakan-akan sama dengan sistem yang bakal dibina. Di dalam bab

ini, perbandingan antara sistem yang telah sedia ada dan sistem yang bakal dibangunkan akan

dilakukan dan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Ini bertujuan menunjukkan kelebihan sistem

yang bakal dibangunkan berbanding sistem-sistem lain.

dipilih.

Merekabentuk sistem termasuk pangkalan data dan

antaramuka pengguna

Ketujuh Melakukan percubaan dan perlaksanaan terhadap sistem

Mengenalpasti kekurangan sistem yang boleh diperbaiki.

Page 20: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

10

Bab 3: Keperluan Analisis dan Rekabentuk

Membincangkan lebih kepada analisis dan rekabentuk sistem, keperluan bagi sistem,

dan juga perisian yang digunakan. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan dengan lebih

mendalam berkenaan gambarajah aliran data dan juga site map yang telah dihasilkan. Model

ambarajah aliran data ini amat penting untuk menunjukkan keseluruhan proses yang berlaku

di dalam sistem.

Bab 4: Perlaksanaan dan pengujian sistem

Membincangkan bagaimana perlaksanaan dan pengujian dilakukan terhadap sistem

yang telah dihasilkan. Pada bab ini juga ada menunjukkan gambaran sebenar sistem melalui

paparan skrin yang disediakan. Paparan skrin yang ditunjukkan di bab ini merupakan laman

penting di dalam sistem.

Bab 5: Kesimpulan dan Kajian Lanjutan

Bab ini merupakan bab terakhir yang membincangkan tentang kesimpulan projek atau

sistem yang telah dihasilkan. Selain itu,beberapa kelemahan sistem juga perlu dikenalpati dan

dibincangkan di bahagian kajian lanjutan supaya sistem ini boleh dipernaiki di masa hadapan.

Page 21: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

11

BAB 2: LATAR BELAKANG

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan lebih kepada ulasan literatur serta kajian yang telah

dijalankan terhadap sistem. Sistem yang dipilih untuk dibandingkan adalah sistem daripada

sumber luar. Perbandingan adalah penting untuk memastikan sistem yang bakal dijalankan

mendatangkan lebih kebaikan dan faedah daripada sistem yang telah sedia ada. Ia juga

bertujuan mengelakkan sebarang kesilapan atau kelemahan pada sistem lain daripada berlaku

kepada sistem yang bakal dibina.

Sistem yang bakal dibangunkan nanti merupakan sebuah sistem yang berasaskan web

secara atas talian. Ini bermakna, perkhidmatan sistem ini dapat digunakan pada bila-bila masa

dan hanya dapat diakses jika mempunyai talian internet. Pengguna perlu daftar pengguna

sebagai pelajar dan memberikan kata laluan yang betul sebelum melakukan permohonan

tempat bagi LI. Jika tidak, pengguna hanya boleh mengakses sistem sebagai tetamu sahaja.

Bagi koordinator latihan industri, kaedah yang sama diperlukan iaitu memasukkan nombor

staff dan kata laluan. Ini bagi memastikan sistem tidak disalahguna oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab.

Page 22: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

12

2.1 Ulasan Literatur

Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian yang telah dijalankan pada sistem-

sistem yang telah sedia ada dan mempunyai ciri yang hampir sama dengan sistem yang akan

dibina. Sistem-sistem yang terlibat di dalam kajian merupakan sistem latihan industri bagi

universiti lain, dan juga sistem-sistem lain yang dirasakan dapat dijadikan panduan ketika

menjalankan projek. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan Sistem Maklumat Latihan

Industri (SMLI) memberikan sedikit kelainan dan kelebihan berbanding sistem-sistem yang

lain. Ia juga bertujuan untuk menjadikan sistem ini sebuah sistem yang dapat memenuhi

kehendak pengguna dan memperbaiki segala kelemahan yang terdapat pada sistem yang

hampir sama dengannya.

Di dalam ulasan literatur ini, sistem yang dikaji perlu di lihat dari setiap sudut

supaya ciri-ciri penting tidak akan ketinggalan dan dapat dijadikan panduan dalam pembinaan

projek. Antara aspek yang dilihat adalah dari segi ciri-ciri sistem, bahasa pengaturcaraan yang

digunakan, kelemahan sistem, dan juga antaramuka bagi sistem itu. Antaramuka merupakan

aspek terpenting yang bakal dilihat oleh pengguna kerana sesebuah sistem yang mesra

pengguna akan dinilai dari segi rekaan antaramuka sistem itu sendiri.

Page 23: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

13

2.2 Kajian Sistem Sedia Ada

2.2.1 Sistem 1

Rajah 2.1 : Laman Web Latihan Industri dan Pengurusan FTSM, UKM

Antara laman web yang sinonim dengan SMLI adalah Laman Web Latihan Dan Pengurusan

bagi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

URL (Uniform Resource Locator) bagi laman web ini adalah

http://www.ftsm.ukm.my/WebLI/body.html

Page 24: SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI - ir.unimas.my maklumat latihan industri (24... · SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI ... menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh

14

2.2.1.1 Fungsi Sistem

Sistem berasaskan web ini merupakan salah satu contoh sistem maklumat bagi latihan

industri di UKM. Ianya mengandungi maklumat-maklumat berkenaan dengan latihan industri

yang hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar FTSM di universiti itu sahaja. Bagi pengguna

yang tidak daftar masuk sebagai pelajar ataupun koordinator, mereka boleh melayari laman

web ini sebagai tetamu tetapi penggunaannya adalah terhad.

2.2.1.2 Ciri-ciri

Antaramuka bagi laman web ini kelihatan agak mudah digunakan dan difahami bagi

pengguna yang pertama kali melawatnya. Butang bagi menu utama laman web ini masih

mengekalkan ciri lama atau tradisional iaitu berada di bahagian atas laman. Rekabentuk

antaramuka seperti ini biasa dilihat di internet. Pada laman utama, terdapat berita terkini atau

maklumat terbaru yang disampaikan oleh koordinator LI kepada pelajar. Selain itu, carian

syarikat mengikut negeri dan daerah juga boleh dilakukan dan hanya boleh didapati di laman

utama.

Pendaftaran pengguna untuk memasuki sistem ini terbahagi kepada dua iaitu daftar

masuk sebagai pelajar dan juga daftar masuk sebagai koordinator latihan industri. Bagi

pelajar, nombor matrik dan kata laluan diperlukan manakala bagi koordinator, nombor pekerja

dan kata laluan diperlukan. Pendaftaran masuk pengguna ini terdapat di setiap laman bagi

memudahkan pengguna memasuki sistem pada bila-bila masa tanpa kembali ke laman utama.