SKRIP Boneka Literasi..Sem 2

  • Upload
    kyrul81

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU

Citation preview

SKRIPCerita ini adalah kesinambungan daripada cerita Mengapa ayam mengais dan mematuk tanah.

Satu hari, Sang Helang datang berjumpa dengan Ibu Ayam. Sang Helang ingin bertanya tentang jarumnya yang telah dipinjam oleh Ibu Ayam.

Helang: Hai Ibu ayam, aku datang untuk bertanya tentang jarum yang engkau

pinjam dahulu. Sudah siapkah engkau menggunakan jarum aku itu?

Mana jarum itu?

Ibu Ayam: Hai Helang, ooo..engkau jangan risau tentang jarum itu. Aku masih

belum habis menjahit sayapku ini lagi. Tinggal sedikit sahaja lagi yang

belum dijahit.Helang: Ohh kalau begitu, esok sahajalah aku datang mengambil jarumku itu.

Ibu Ayam: eerrrr.baiklah helang.

Ibu ayam sebenarnya telah menipu Sang helang, sebenarnya jarum itu telah hilang. Dia terpaksa membuat helah untuk menyelamatkan dirinya. Keesokkan harinya Sang Helang datang lagi.

Helang: Hai Ibu ayam, mana jarumku itu?Ibu Ayam: Oh maafkan aku Sang Helang, aku terlupa membawa jarum itu.

Jarum itu tertinggal di rebanku.

Helang: Engkau sudah berjanji untuk memulangkan jarum itu hari ini. Aku

mahukan jarum itu sekarang!.Ibu ayam mengelabah dan bimbang kerana melihat helang sudah mula marah. Ibu ayam risau rahsia kehilangan jarum itu akan terbongkar. Dia cuba membuat helah lagi.

Ibu Ayam: Wahai Sang Helang, berikanlah aku tempoh sehari lagi.

Helang: Aku lihat sayap engkau telah siap dijahit. Mengapa engkau hendak

menyimpan jarum itu lagi? Di mana jarum itu? Lebih baik engkau

beritahu aku sekarang sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Helang berasa curiga dan mengesyaki sesuatu. Dia mengugut Ibu ayam untuk mengetahui hal yang sebenarnya. Ibu ayam terus berasa takut lalu.Ibu Ayam: Maafkan aku Sang Helang, maafkan aku Sang Helang aku tidak

sengaja menghilangkan jarum engkau itu.

Helang: Apa! Berani engkau menipu aku!. Engkau akan menerima akibat

daripada perbuatan engkau itu Ibu ayam.

Ibu Ayam: Tolong jangan apa-apakan aku Sang Helang. Aku masih mempunyai

anak yang kecil. Jika engkau mengapa-apakan aku siapa yang akan

menjaganya nanti.

Helang: Baiklah kalau begitu, esok engkau bawa anak engkau sebagai ganti.

Ingat ibu ayam.

Ibu Ayam: Baiklah helang.

Pada malam itu ibu ayam kelihatan sangat sedih. Dia banyak termenung dan mendiamkan diri. Anak ayam berasa kasihan melihat ibunya itu lalu bertanya..Anak Ayam: Ibu, mengapa ibu kelihatan bersedih?

Ibu Ayam: Oh anakku, sebenarnya ibu telah menghilangkan jarum Sang Helang.

Dia mahukan engkau sebagai ganti jarumnya yang hilang itu. Ibu

terpaksa berjanji untuk menyerahkan engkau kepadanya esok.

Anak ayam diam sambil berfikir sejenak. Dia cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ibunya.

Anak Ayam: Ibu janganlah risau, sebenarnya jarum Sang Helang itu ada di dalam

sebuah lubang.

Ibu ayam berasa lega kerana menurut anaknya jarum itu berada dalam sebuah lubang. Dia tidak sabar lagi untuk menyuruh Sang Helang mengambil sendiri jarumnya itu. Sebenarnya anaknya telah berbohong. Lubang yang dimaksudkan oleh anak ayam sebenarnya lubang seekor ular. Sebab itu anak ayam menyuruh ibunya membiarkan helang mengambil sendiri jarumnya itu di dalam lubang itu. Keesokkan harinya ibu ayam bertemu dengan helang.

Helang: Mana anak engkau ibu ayam?

Ibu Ayam: Sabar Sang Helang, Aku sebenarnya telah terjumpa jarum engkau

itu.

Helah

: Betulkah ibu ayam? Kalau begitu mana jarum aku itu?

Ibu Ayam: Sebenarnya jarum engkau itu telah terjatuh ke dalam sebuah lubang.

Tapi aku tidak dapat masuk ke dalam lubang itu kerana badanku

yang gemuk ini helang.

Helang: Ahh tidak mengapa,biar aku sahaja yang masuk ke dalam lubang itu.

Tunjukkan aku di mana lubang itu sekarang.

Ibu ayam membawa helang ke lubang yang telah diberitahu oleh anaknya itu.

Ibu Ayam: Helang, di sinilah jarum itu terjatuh.Tanpa berlenggah lagi helang terus masuk ke dalam lubang itu.

Ular

: Cis,berani kau helang menceroboh sarangku!.Helang: Hah, sarang engkau rupanya ular!

Ular yang marah terus membelit dan mematuk helang yang telah menceroboh sarangnya. Akhirnya helang mati akibat patukkan bisa ular. Anak ayam datang berjumpa ibunya lalu menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya. Terselamatlah mereka berdua dari menjadi mangsa helang.