12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Dis 2013 - Jan 2014 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ Nelson Mandela Orang Asal Melawan Empangan > m/s 11 > m/s 5 > m/s 6-7 Tarif Elektrik Gula Minyak Petrol RON95 15% 34 sen 20 sen NAIK! AWAS! Kerajaan BN yang hanya menang dalam PRU-13 dengan undi sebanyak 47% sedang melancarkan serangan neo-liberal yang terbaru ke atas rakyat 99%. Serangan neo-liberal terbaru ini dilakukan dengan cara pemotongan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan juga pelaksanaan cukai yang memiskinkan rakyat miskin untuk menyelamatkan poket golongan kaya. Rakyat perlu menyuara bantahan kita terhadap dasar kerajaan yang menjejaskan kehidupan kita. Lawan tetap lawan! Penyelesaian PM 1Malaysia: Kalau Orang Kaya Tidak Bayar Cukai, Kami Cukai 1Malaysia! Kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang menuduh rakyat jadi penyebab kepada negara muflis jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan adalah satu kenyataan yang tidak betul. Ini merupakan pembohongan besar oleh Perdana Menteri kita. PM melemparkan tuduhan sebegini terhadap rakyat semata-mata untuk melindungi kelemahan pentadbiran Barisan Nasional. Apakah rasional apabila PM mengatakan hanya 10% sahaja bayar cukai pendapatan dan ada yang patut bayar tetapi tidak bayar, maka cukai GST perlu dikutip daripada semua rakyat? Adakah ini satu hukuman kepada rakyat biasa kerana orang yang kaya dan berpendapatan tinggi mengelakkan diri dan menipu daripada membayar cukai? Di Malaysia, lebih kurang 80% rakyat adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak perlu membayar cukai pendapatan. Ini bukan kerana mereka tidak mahu bayar cukai tetapi mereka tidak mampu dan tidak termasuk dalam kategori pembayar cukai. Kalau dianalisa dengan teliti, di Malaysia sejak 30 tahun kebelakangan ini, tiada kenaikan sebenar dalam gaji pekerja. Apatah lagi Akta Gaji Minima yang dilaksanakan pada tahun 2013 ini pun hanya RM 900 sahaja, iaitu bagi kawasan bandar ia adalah di bawah garis kemiskinan. Pada masa yang sama harga barangan asas naik begitu ketara. Pengurangan subsidi minyak RON 95 pada bulan September 2013 sebanyak 20 sen seliter menyebabkan kenaikan dalam harga barangan asas yang meningkatkan kos hidup rakyat. Pelaksanaan Cukai GST hanya akan menambahkan beban rakyat. Kalau kerajaan hendak tambah pendapatan negara, kenapa tidak pastikan mereka yang harus bayar cukai itu betul-betul membayar dan cukai korporat ditambahkan? Kalau dilihat, sejak tahun 1980-an, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat daripada 40% ke 24% pada tahun 2013. Adakah kerajaan mengambil polisi membela syarikat korporat dan bebankan rakyat biasa? Bukan itu sahaja, kalau dikatakan negara kita mempunyai hutang tinggi dan bakal menghadapi masalah kewangan, ini bukan kerana tiada Cukai GST. Keadaan ini wujud kerana rasuah berleluasa. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 telah mendedahkan pembaziran wang yang berlaku di sektor kerajaan kerana penyalahgunaan wang, penyelewengan dan rasuah. Setiap tahun, Malaysia mengalami kerugian sekurang- kurangnya RM 28 billion kerana rasuah dan ketirisan. Kenapa tiada langkah tegas untuk menangani masalah ini? Kenapa ambil jalan pintas untuk memangsakan rakyat dengan Cukai GST? Memang betul kerajaan Malaysia bakal bankrap, kerana pengurusan kewangan yang tidak baik, rasuah, ketirisan dalam kerajaan dan kerana terdapatnya orang korporat dan mereka yang berpendapatan tinggi mengelakkan diri daripada membayar cukai. Langkah tegas harus diambil untuk menangani masalah sebegini sebelum membebankan rakyat dengan cukai GST. Konsep cukai adalah pengagihan semula kekayaan, daripada yang sangat kaya kepada yang berpendapatan rendah. Patutkah kerajaan mencukai rakyat biasa kerana orang kaya gagal bayar cukai ataupun kerana negara berhutang disebabkan rasuah dan pengurusan yang tidak betul? Kenapa rakyat biasa dimangsakan dan dibebankan kerana Cukai GST? Adakah satu kerajaan yang prihatin dan mengutamakan rakyat akan bertindak sebegini? Dato' Sri Najib, PM kita, apa jawapan anda? (oleh Parames E)

Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Topik: Piala P. Veerasenan Ke-20, Jangan U-Turn: Gaji Minimum, Perjuangan Orang Asal Menentang Empangan Gergasi Dan Murum, Forum Sosialisme 2013, Sektor Swasta Tidak Boleh Selesai Krisis Perumahan, Sungai Siput: Keretakan Rumah Taman Makmur, Nelson Mandela.

Citation preview

Page 1: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Dis 2013 - Jan 2014

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

Nelson MandelaOrang Asal Melawan

Empangan

> m/s 11> m/s 5> m/s 6-7

Tarif Elektrik

Gula

Minyak Petrol RON95

15%

34 sen

20 sen NAIK!AWAS! Kerajaan BN yang hanya menang dalam PRU-13 dengan undi sebanyak 47% sedang melancarkan serangan neo-liberal yang terbaru ke atas rakyat 99%. Serangan neo-liberal terbaru ini dilakukan dengan cara pemotongan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan juga pelaksanaan cukai yang memiskinkan rakyat miskin untuk menyelamatkan poket golongan kaya.

Rakyat perlu menyuara bantahan kita terhadap dasar kerajaan yang menjejaskan kehidupan kita. Lawan tetap lawan!

Penyelesaian PM 1Malaysia: Kalau Orang Kaya Tidak Bayar Cukai, Kami Cukai 1Malaysia!

Kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang menuduh rakyat jadi penyebab kepada negara muflis jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan adalah satu kenyataan yang tidak betul. Ini merupakan pembohongan besar oleh Perdana Menteri kita. PM melemparkan tuduhan sebegini terhadap rakyat semata-mata untuk melindungi kelemahan pentadbiran Barisan Nasional.

Apakah rasional apabila PM mengatakan hanya 10% sahaja bayar cukai pendapatan dan ada yang patut bayar tetapi tidak bayar, maka cukai GST perlu dikutip daripada semua rakyat? Adakah ini satu hukuman kepada rakyat biasa kerana orang yang kaya dan berpendapatan tinggi mengelakkan diri dan menipu daripada membayar cukai?

Di Malaysia, lebih kurang 80% rakyat adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak perlu membayar cukai pendapatan. Ini bukan kerana mereka tidak mahu bayar cukai tetapi mereka tidak mampu dan tidak termasuk dalam kategori pembayar cukai.

Kalau dianalisa dengan teliti, di Malaysia sejak 30 tahun kebelakangan ini, tiada kenaikan sebenar dalam gaji pekerja. Apatah lagi Akta Gaji Minima yang dilaksanakan pada tahun 2013 ini pun hanya RM 900 sahaja, iaitu bagi kawasan bandar ia adalah di bawah garis kemiskinan.

Pada masa yang sama harga barangan asas naik begitu ketara. Pengurangan subsidi minyak RON 95 pada bulan September 2013 sebanyak 20 sen seliter menyebabkan kenaikan dalam harga barangan asas yang meningkatkan kos hidup rakyat. Pelaksanaan Cukai GST hanya akan menambahkan beban rakyat.

Kalau kerajaan hendak tambah pendapatan negara, kenapa tidak pastikan mereka yang harus bayar cukai itu betul-betul membayar dan cukai korporat ditambahkan? Kalau dilihat, sejak tahun 1980-an, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat daripada 40% ke 24% pada tahun 2013. Adakah kerajaan mengambil polisi membela syarikat korporat dan bebankan rakyat biasa?

Bukan itu sahaja, kalau dikatakan negara kita mempunyai hutang t inggi dan bakal menghadapi masalah kewangan, ini bukan kerana tiada Cukai GST. Keadaan ini wujud kerana rasuah berleluasa. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 telah mendedahkan pembaziran wang yang berlaku di sektor kerajaan kerana penyalahgunaan wang, penyelewengan dan rasuah. Setiap tahun,

Malaysia mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM 28 billion kerana rasuah dan ketirisan. Kenapa tiada langkah tegas untuk menangani masalah ini? Kenapa ambil jalan pintas untuk memangsakan rakyat dengan Cukai GST?

Memang betul kerajaan Malaysia bakal bankrap, kerana pengurusan kewangan yang tidak baik, rasuah, ketirisan dalam kerajaan dan kerana terdapatnya orang korporat dan mereka yang berpendapatan tinggi mengelakkan diri daripada membayar cukai. Langkah tegas harus diambil untuk menangani masalah sebegini sebelum membebankan rakyat dengan cukai GST. Konsep cukai adalah pengagihan semula kekayaan, daripada yang sangat kaya kepada yang berpendapatan rendah. Patutkah kerajaan mencukai rakyat biasa kerana orang kaya gagal bayar cukai ataupun kerana negara berhutang disebabkan rasuah dan pengurusan yang tidak betul? Kenapa rakyat biasa dimangsakan dan dibebankan kerana Cukai GST? Adakah satu kerajaan yang prihatin dan mengutamakan rakyat akan bertindak sebegini? Dato' Sri Najib, PM kita, apa jawapan anda?

(oleh Parames E)

Page 2: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

Dis 2013 - Jan 2014PSM2

Dari Meja PengarangSerangan neo-liberal yang dilancarkan oleh kerajaan BN semakin ganas. Adalah diramalkan bahawa rakyat Malaysia akan dipukul oleh gelombang kenaikan harga barangan berikutan rancangan kerajaan untuk memotong lebih subsidi dan juga pelaksaan cukai GST yang regresif.

Kenaikan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2014 pastinya akan membawa kesan buruk kepada rakyat. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa kenaikan tarif baru ini tidak melibatkan 75% pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar kurang daripada 300 kwj sebulan, rakyat biasa pastinya akan merasai beban kenaikan tariff apabila para peniaga menaikkan harga barangan kerana bayaran untuk elektrik meningkat untuk mereka. Yang terus untung daripada kenaikan tarif, semestinya syarikat TNB dan juga penjana kuasa yang dikawal oleh kroni-kroni UMNO-BN.

Begitu juga dengan rancangan untuk melaksanakan GST, tujuannya memang untuk menyelamatkan keuntungan golongan korporat yang kaya-raya dengan cara memiskinkan lagi rakyat miskin. Kerajaan yang boros dan juga tidak mampu mengutip cukai da r ipada o rang kaya , sekarang ini menghukum rakya t m isk in dengan memaksa semua orang membayar cukai GST. Ini adalah satu perbuatan yang a m a t t i d a k bertanggungjawab.

Dalam keadaan negara di mana rakyat berdepan dengan serangan neo-liberal dan juga keadaan dunia

yang dihantui oleh krisis ekonomi kapitalis, adalah menjadi begitu terdesak sekali untuk kita mencari dan mewujudkan alternatif yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat biasa. Oleh yang demikian, Forum Sosialisme yang diadakan oleh PSM baru-baru ini adalah tepat pada waktunya untuk kita be rb incang dan meneroka kemungkinan untuk negara kita mewujudkan alternatif yang ber la inan dar ipada s is tem kapitalis.

Alternatif untuk kapitalis bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan untuk rakyat Malaysia, jika tidak, kita akan terus diancam dengan p e l b a g a i m a s a l a h s e p e r t i ketidakadilan sosial, kemiskinan berterusan, ketegangan antara kaum dan juga kemusnahan alam sekitar. Alternati f sosial is bukannya sesuatu yang jatuh dari langit, tetapi sesuatu yang perlu dibina oleh rakyat melalui gerakan perjuangan kelas dari bawah. Alternatif yang diperjuangkan oleh PSM adalah Sosialisme Abad ke-21 yang berlandaskan prinsip demokrasi, kebebasan, keadilan sosial dan semangat persahabatan / kekitaan sesama rakyat. ##

http://partisosialis.org/Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama:Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/[email protected]

Page 3: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

PART DAN FRON3 Dis 2013 - Jan 2014

Piala P. Veerasenan ke-20Pertandingan bola sepak Piala P.Veerasenan yang ke-20 telah berlangsung pada 8 Disember yang lalu di Bandar Baru Bangi. Pertandingan anjuran bersama PSM Cawangan Kajang dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) ini telah dirasmikan oleh Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM.

Piala P.Veerasenan mengingatkan kembali kita kepada seorang pejuang muda, P. Veerasenan yang berjuang untuk hak dan kebajikan pekerja tanpa batasan kaum dan agama semasa zaman pemerintahan British. Pada usia muda iaitu 22 tahun sahaja, beliau telah menjadi Setiausaha Kesatuan Pekerja-pekerja Pelabuhan Singapura. Keberanian dan ketegasan beliau dalam memperjuangkan hak pekerja telah membawanya ke arena Kesatuan Sekerja Peringkat Nasional iaitu Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).

Sumbangan dan pengorbanan beliau terlalu besar kepada perjuangan pekerja. Antara sumbangan P.

Ve e r a s e n a n d a n r a k a n - r a k a n seperjuangannya adalah:

· Memperjuangkan peningkatan upah harian 55 sen kepada 95 sen sehari

· Mengurangkan hari bekerja daripada 7 hari kepada 6 hari

· Kerja 9 jam setiap hari· P i h a k m a j i k a n h a r u s

menyediakan air minuman bersih dan bebas daripada kuman, kemudahan perumahan dan bilik air.

Tetapi pihak majikan dan penjajah terasa tergugat. Beliau merupakan salah seorang pemimpin kesatuan PMFTU yang progresif dan digeruni oleh pihak British. Beliau telah ditembak mati oleh pihak British pada 3 Mei 1949 ketika beliau berusia hanya 22 tahun. Pada masa itu, ramai lagi pejuang kaum pekerja telah dibunuh, digantung dan dibuang negeri. Sumbangan beliau kepada kaum

pekerja Malaya pada masa itu tidak terhingga dan demi mengingati semangat perjuangan beliaulah pertandingan bolasepak P.Veerasenan diadakan. Adalah diharapkan semangat perjuangan beliau akan diteruskan oleh setiap generasi muda selagi wujudnya penindasan ke atas golongan pekerja. ##

Malam Salam Perjuangan PSM Semenyih diadakan pada 7 Disember yang lalu.

PSM Sungai Siput telah melancarkan satu kempen mengutip sumbangan tabung banjir bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, mengutip sumbangan daripada orang ramai di Pasar Simpang Jalong. Usaha ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Sungai SiputSemenyih

Penduduk Kampung Hakka Mantin membuat aduan polis pada 28 November yang lalu, berikutan insiden tembakan yang berlaku di pejabat pemaju. Para penduduk bimbang tentang keselamatan mereka selepas peristiwa tersebut. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, telah mengadakan sidang akhbar bersama dengan penduduk.

Soh Sook Hwa, Timbalan Bendahari PSM, telah berlepas ke Australia untuk menghadiri satu persidangan anak muda kiri di Brisbane. Soh juga menghadiri kursus khas pembikinan video di Sydney.

Sesi tentang undang-undang pekerjaan di Ibu Pejabat PSM Brickfields pada 24 November yang lalu.

Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, bersama dengan masyarakat Penan dan aktivis sosial menghantar memorandum berkenaan isu pembinaan Empangang Murum di Kuala Lumpur pada 20 November 2013.

“Tiada seorang benar-benar tahu tentang sesebuah negara sehingga dia masuk dalam penjaranya. Sebuah negara tidak patut dinilai dari segi bagaimana ia melayan warganegaranya yang teratas, tetapi bagaimana ia melayan rakyat yang terbawah sekali.”

– Nelson Mandela (1918-2013)

Page 4: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

4 NASIONAL Dis 2013 - Jan 2014

Jangan U-Turn Lagi!Pastikan Gaji Minima Dilaksanakan 100%(Berikut adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh PSM dan JERIT pada 20 November yang lalu)

Isu Gaji Minima menjadi dolah dalih tanpa pelaksanaan sepenuhnya. Sejak pengumuman oleh pihak Kerajaan pada tahun 2012, pihak majikan terus membantah dan memberi pelbagai alasan. Pihak kerajaan pula terus memberi kelonggaran dan akhirnya pekerja jadi mangsa. Setelah perjuangan lebih 10 tahun, Gaji Minima menjadi satu undang-undang di Malaysia, tetapi pelaksanaannya menjadi tanda soal dan kaum pekerja belum dapat menikmati hasil perjuangan mereka.

Walaupun pelaksanaan Gaji Minima sepatutnya bermula dari Januari 2013, ia tidak menjadi realiti. Setelah memberi banyak kelonggaran, pihak Kerajaan kini mengatakan ia akan memastikan pelaksanaan 100% mulai 2014.

Berikutan ini, pada 3 Oktober 2013, Ahli Parlimen Pendang, YB Dato' Wira Othman bin Abdul telah menyuarakan satu persoalan kepada Menteri Sumber Manusia (KSM) secara lisan di Parlimen. Soalannya:

“Dato' Wira Othman bin Abdul (Pendang) meminta Menteri Sumber Manusia supaya menyatakan apakah tindakan atau hukuman yang boleh dikenakan ke atas majikan-majikan yang enggan melaksanakan skim gaji mínimum dan langkah-langkah kementerian bagi menentukan semua majikan mematuhi peraturan skim gaji mínimum ini.”

Dalam jawapan Menteri Sumber Manusia, beliau mengatakan bahawa “Kerajaan telah menetapkan mulai 1 Januari 2014, penguatkuasaan gaji mínimum akan dijalankan sepenuhnya terhadap majikan”.

Menteri juga menyatakan bahawa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap majikan yang engkar terhadap pelaksanaan gaji mínimum adalah seperti berikut: 1. Penalti bagi kesalahan pertama: denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja;2. Penalti Am: denda tidak lebih RM10 000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan;3. Penalti bagi kesalahan berterusan: denda RM1 000

bagi setiap hari berterusan selepas sabitan; dan 4. Penalti bagi kesalahan berulang: denda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun. Juga dinyatakan dalam jawapan tersebut bahawa hukuman ini hanya akan dikenakan setelah langkah-langkah lain seperti amaran tidak diendahkan oleh majikan-majikan.

Berdasarkan jawapan ini, kami PSM dan JERIT berasa kurang yakin bahawa Kerajaan akan melaksanakan Akta gaji Minima pada tahun 2014 dan jikalau dilaksanakan pun, kami pasti majikan akan terus diberi kelonggoran dan KSM akan terus meminta lebih masa lagi.

Hujah kami berdasarkan

1. Adakah kementerian akan mengenakan hukuman yang dinyatakan seperti di Parlimen dan adakah semua majikan telah dimaklumkan melalui surat pekeliling dan sebagainya? Kami rasa tidak ada sebarang kempen yang agresif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Lagi ada hanya 40 hari sahaja dan sejauh mana pihak majikan mengetahui tentang hukuman yang bakal diterima.

2. Adakah kementerian akan berselindung di sebalik perkataan hanya akan dikenakan setelah langkah-langkah lain seperti amaran tidak diendahkan oleh majikan-majikan? Adakah ini akan dijadikan satu “escape clause“. Apakah langkah-langkah lain yang dimaksudkan dan berapakah tempoh masa yang akan diberikan? Cubaan kami memperolehi fakta ini dari hotline Akta Gaji Minima gagal.

3. Memandangkan hanya ada 40 hari untuk akta ini dilaksanakan dan paling lewat adalah 70 hari, s u d a h k a n K S M d a n j a b a t a n - j a b a t a n d i bawahnya sudah bersedia untuk menguatkuasakan akta gaji minima dan

apakah langkah-langkah penguatkuasaan yang sudah bersedia.

4. Sebelum ini, Kerajaan sendiri mengakui bahawa kebanyakan majikan Malaysia adalah SME. Kami juga telah menyarankan bantuan kepada SME ini supaya dapat membantu mereka membayar gaji minima. Adakah pihak Kerajaan telah atau sudahpun mengambil langkah-langkah untuk membantu SME atau adakah ini sekali lagi akan dijadikan halangan untuk tidak melaksanakan akta gaji minima secara sepenuhnya?

PSM dan JERIT amat mengalu-alukan hukuman yang dicadangkan terhadap majikan yang gagal melaksanakan gaji minima. Hukuman tersebut nampak agak tegas dan serius. Tetapi persoalannya, adakah pihak Kerajaan benar-benar tegas dan akan menghukum majikan yang ingkar membayar gaji minima. Kami berharap pihak Kerajaan tidak akan berselindung dengan memberi alasan bahawa amaran telah diberi kepada majikan yang gagal melaksanakan gaji minima dan memberikan majikan tersebut masa tambahan serta kelonggaran lagi.

Kami meramalkan bahawa Kerajaan dan KSM tidak akan mengimplemtasi Akta Gaji Minima sepenuhnya pada tahun 2014. Mereka akan terus memberi alasan dan kami juga cukup yakin mereka tidak serius untuk melaksanakan akta ini pada tahun depan.

Kerajaan harus menunaikan janji-janjinya dan bertindak berani dalam mengambil tindakan terhadap majikan yang degil. Para pekerja harus diberi gaji yang wajar kepada kaum pekerja yang telah bertungkus lumus menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara. ##

Aksi Anti-LYNAS di Australia

Satu rombongan aktivis anti-Lynas telah merantau ke Australia baru-baru ini, dengan mengadakan aksi “occupy” di hadapan ibu pejabat syarikat Lynas di Sydney untuk selama 3 hari.

Syarikat Lynas yang membuka loji pemprosesan bahan nadir bumi di Kuantan, telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pemegang sahamnya pada 29 November yang lalu. Pemegang saham Lynas yang membantah kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, telah menyampaikan mesej bahawa rakyat Malaysia menolak kilang Lynas yang memudaratkan alam sekitar dan keselamatan

rakyat, semasa mesyuarat agung Lynas berlangsung.

Pembinaan dan operasi kilang Lynas di Kuantan, negeri Pahang, telah mengundang protes yang hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Ramai yang bimbang bahawa tragedi pencemaran alam oleh kilang nadir bumi akan berulang, seperti yang berlaku di Bukit Merah, Perak. Tindakan kera jaan Malaysia dan negeri P a h a n g y a n g membenarkan kilang Lynas beroperasi juga

d i p e r t i k a i k a n , k e r a n a t i d a k mementingkan kepentingan rakyat, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan korporat besar mengaut keuntungan.

Kilang Lynas merupakan satu contoh penjajahan ancaman alam sekitar oleh kuasa rantau ke atas negara kita. Negara Australia yang mempunyai tanah tanpa petempatan manusia yang begitu luas sekali, tetapi ia masih mahu

membuka kilang pemprosesan yang membawa risiko tinggi kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat.Kumpulan Anti-Lynas, Himpunan Hijau, telah melancarkan satu kempen tandatangan selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan berjaya mengutip lebih daripada 1 juta tandatangan menyatakan hasrat rakyat Malaysia yang menolak kilang Lynas. ##

Page 5: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

5 PERJUANGAN RAKYAT Dis 2013 - Jan 2014

Perjuangan Orang Asal Menentang Empangan GergasiOrang asli ataupun orang asal sudah bangkit memperjuangkan penindasan yang berlaku ke atas mereka untuk sekian lama oleh kerajaan dan juga kroni-kroninya. Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pada 17 Mac 2010, seramai 2000 orang asli di Semenanjung telah berarak di Putrajaya memprotes dasar pemberimilikan tanah orang asli oleh kerajaan. Kini Orang asal di Sarawak yang dijejaskan oleh Empangan Murum dan Empangan Baram sedang berjuang menentang kerajaan Sarawak dan kroni-kroninya.

Sejak 20 September 2013, seramai 300 orang asal Penan telah membuat sekatan jalan (road block) di lebuhraya yang menuju ke Empagan Murum. Protes orang Penan ini bukan sahaja telah menarik perhatian rakyat di semenanjung Malaysia malah seluruh dunia.

Mulai bulan September 2013, Lembaga Tenaga Sarawak telah mula menahan air di Empangan Murum tanpa sebarang notis diberikan kepada Orang Penan yang masih tinggal berhampiran dengan empangan tersebut. Rumah panjang yang diduduki mereka telah dibakar dan mereka dipaksa pindah ke kawasan penempatan semula yang seakan-akan kawasan terbengkalai.

Mereka dihumban ke petempatan baru di kawasan ladang kelapa sawit yang tidak ada kemudahan asas yang mencukupi. Rumah panjang tidak mencukupi untuk semua penduduk yang dipindahkan. Tiada klinik dan tiada sekolah di sekitar kawasan ini. Mereka terpaksa membelanjakan RM800 sebulan untuk tambang pengangkutan sahaja untuk sekeluarga. Mereka terpaksa membayar bil air sekarang berbanding dengan masa dulunya di mana mereka dapat sumber air daripada sungai. Mereka hanya dibekalkan seguni beras sahaja yang mana hanya mencukupi untuk sebulan. Bagaimana mereka hendak menyara hidup mereka apabila hutan dan sungai yang merupakan sumber pemakanan dan mata pencarian mereka di rampas daripada merek? Mana lagi orang asal hendak bercucuk tanam jika tanah adat yang diwarisi turun temurun di rampas dari mereka?

Bukan sahaja hak untuk hidup dirampas, Kerajaan Negeri Sarawak dengan bantuan polis telah bertindak kejam

terhadap Orang Penan yang berprotes. Polis telah membawa masuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke dalam kawasan sekatan jalan. Polis telah mengepung penduduk dan menyekat bahan makanan, perubatan dan kemudahan asas yang disampaikan kepada mereka. Pada 7/11/13 polis telah menyerbu dan menangkap 10 orang Penan dan antaranya 2 orang remaja yang berusia belasan tahun.

Dipercayai seramai 1500 orang Penan akan diusir keluar dari tanah adat mereka dan ditempatkan di penempatan semula akibat banjir di Empangan Murum. Lembaga Tenaga Sarawak dijangka akan memulakan unit penjanaan pertama pada bulan Ogos 2014 dan penjanaan menyeluruh pada bulan Februari 2015. Tiga buah kampung yang sudahpun dibanjiri air telah dipindahkan ke kawasan penempatan semula Tegulang. Antara kampung-kampung yang akan dipindahkan adalah Long Wat, Long Malim, Long Tangau, Long Manapa, Long Luar dan Long Singu. Empangan Murum yang menelan belanja sebanyak RM 4 bilion, akan menenggelamkan tanah hutan seluas 24,500 hektar.

Sehingga kini, kerajaan negeri sarawak tidak mendedahkan laporan penilaian impak alam sekitar dan perancangan menyeluruh penempatan semula orang asal yang terbabit. Selain itu, kerajaan negeri juga gagal mengadakan rundingan dengan orang asal bagi membincangkan tuntutan mereka. Ada antara orang asal terpaksa berpindah ke penempatan baru tanpa memperoleh sebarang pampasan kerana kampung-kampung mereka sudahpun dibanjiri air

empangan.

Walaupun pihak kerajaan amat mendesak dan mengintimidasi orang Penan, masyarakat Penan tidak putus asa dalam memperjuangkan hak mereka. Bersama dengan kumpulan sokongan orang asal di Semenanjung Malaysia, pada 20-22 Nov 2013 sekumpulan orang asal dari Sarawak telah berarak ke Parlimen untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kekejaman yang berlaku ke atas mereka, dan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman, serta membuat aduan di Suhakam.

Mereka hanya menuntut kerajaan Negeri Sarawak memberikan hutan komuniti seluas 30,000 hektar untuk 7 kampung, pampasan RM500,000 sekeluarga, 25 hektar tanah untuk satu rumah dan 10% royalti tenaga elektrik yang dijanakan di Empangan Murum.

Adakah Kerajaan Taib akan menunaikan tuntutan orang asal ini?

Perjuangan Orang Asal Penan di Empangan Murum

KAYA semakin kaya, Rakyat menjadi mangsa, Alam sekitar dimusnahkan

Sebuah NGO yang beribupejabat di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) telah mendedahkan bahawa anggaran asset keluarga Taib adalah sebanyak USD 21 bilion( RM64 bilion) dan kekayaan Taib sahaja dianggarkan USD 15bilion (RM 46 bilion). Sudah tentu kroni-kroni Taib mengaut banyak kekayaan daripada perniagaan haram ini. Tapi apakah nasib penduduk Sarawak turut baik seperti pemimpinnya? Tidak sama sekali.

Semasa pembinaan Embangan Bakun, lebih kurang 10,000 orang asal telah diusir keluar dari tanah mereka. Seramai 1,500 orang Penan pula sedang dan akan diusir keluar dari tanah mereka dari kawasan empangan Murum. Orang asal kehilangan tanah adat mereka yang diwarisi turun temurun. Tanah adalah nyawa mereka, adalah sumber makanan dan mata pencarian mereka. Kini mereka ditempatkan di kawasan penempatan semula yang serba kekurangan. Kos hidup mereka telah meningkat dan sekaligus telah membebankan seluruh komuniti. Apakah yang tinggal untuk generasi mereka yang akan datang?

Pembinaan empangan gergasi sememangnya memusnahkan alam sekitar. Penebangan hutan yang berleluasa di sekitar kawasan empangan menghancurkan kawasan tadahan air semula jadi, mempercepatkan hakisan tanah dan berlaku banjir sepertimana berlaku di Bertam Valley, Cameron Highlands baru-baru ini. Hakisan tanah juga mencemarkan sungai dan sekaligus membunuh hidupan akuatik dalam sungai yang merupakan sumber makanan kepada orang asal yang tinggal di sepanjang sungai tersebut.

Air yang mengalir keluar daripada empangan juga berisiko tinggi untuk membunuh hidupan akuatik di dalam tasik dan sungai. Air tasik Bakun dikatakan telah bertukar keruh dan tahap asidnya meningkat dan mengancam hidupan laut dalam tasik tersebut. Bukan sahaja di hulu empangan, malah sehingga berpupuh-puluh kilometer ke hilir empangan akibat pengaliran keluar air dari empangan itu. Empangan Bakun juga dikatakan boleh terus menghasilkan gas-gas rumah hijau bukan setakat satu dekad malah untuk berabad-abad lamanya.

Menurut Global Witness, kadar penebangan hutan di Sarawak adalah antara yang tertinggi di dunia, dan hanya 5% daripada hutan asal di Sarawak tidak terjejas oleh pembalakan atau lesen untuk perladangan.

Berani Lawan, Berani Menang

Selagi ada orang seperti Taib Mahmud yang memusnahkan kehidupan rakyat dan alam sekitar demi kekayaan diri sendiri, selagi itu sistem kapitalisme akan terus hidup. Hanya dengan kebangkitan rakyat sahaja akan mengkuburkan sistem kapitalisme itu sendiri. Kebangkitan orang asal Penan adalah satu perjuangan kelas menentang Kapitalis Taib Mahmud. Hidup orang asal Sarawak!

Empangan untuk penjanaan tenaga elektrik secara mesra alam?

Malaysia mempunyai lebih 30 buah empangan yang berfungsi sebagai sumber hidroelektrik dan sumber air minuman. Antaranya 3 empangan hidroelektrik terletak di Sarawak iaitu Empangan Bakun, Empangan Batang Ai dan Empangan Murum. Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud pula beria-ia mengumumkan bahawa mereka akan membina 12 empangan lagi di bawah rancangan Sarawak Corridor of Renewable Energy – Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE).

Di bawah Program SCORE ini, Sarawak akan menghasilkan 28,000 MW tenaga elektrik di mana 20,000 MW adalah daripada hidroelektrik, 5000MW adalah daripada arang/tumbuhan dan 3000MW adalah daripada sumber lain. Alasannya untuk menarik pelaburan luar negara dalam industri tenaga di Sarawak yang kaya dengan sumber alam semulajadinya. Penjanaan tenaga elektrik ini adalah dijangka berlipat ganda daripada yang diperlukan untuk kegunaan dalam negera.

Jumlah tenaga elektrik yang diperlukan untuk seluruh Malayisa adalah lebih kurang 16600 MW di mana Semenanjung Malaysia 15000 MW, Sabah dan Sarawak masing-masing 800MV. Boleh dikatakan keupayaan penjanaan tenaga elektrik pada masa sekarangpun adalah lebih daripada mencukupi. Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjanakan 11296MW, Sabah Elektricity Sdn Bhd menjanakan 785MW dan Syarikat SESCO Berhad milik Kerajaan negeri Sarawak pula menjanakan 750 MW. Tambahan lagi empangan Bakun menjanakan 2400 MW.

Apakah pelaburan asing dalam tenaga elektrik merupakan motif utama Taib Mahmud?

Pembinaan Empangan Menghalalkan Pembalakan Haram

Sememangya pembinaan empangan ini telah menyebabkan Taib Mahmud dan kroni-kroninya menghalalkan pembalakan haram yang dibuat selama ini. Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Global Witnes (GW), telah mendedahkan bahawa dua buah syarikat Jepun, Sojitz Corporation dan Itochu Corporation, telah membeli balak daripada dua syarikat terbesar di Sarawak iaitu Samilang Global dan Shin Yang Group, yang didakwa terlibat dalam “pembalakan haram secara sistematik dan merosakkan (alam sekitar)”. Jepun merupakan pengimport terbesar papan lapis tropika dari Sarawak sejak 20 tahun lalu, menyumbang separuh daripada keseluruhan eksport papan lapis tropika.

Semasa pembinaan empangan Bakun, Syarikat Ekran Berhad, iaitu kontraktor empangan telah memusnahkan 1,000 hektar tanah hutan dan menebang balak sebanyak 79,000 meterpadu di kawasan Bakun sahaja. Perkara yang sama turut berlaku di kawasan pembinanaan Empangan Murum. Oleh itu, bukankah jelasnya motif Taib yang hanya mahu meneruskan perniagaan haramnya yang mempunyai pasaran tetap.

Page 6: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

6 KHAS Dis 2013 - Jan 2014

Forum Sosialisme 2013:Berputus Dari Kapitalisme GlobalSuasana optimis dan harapan yang besar ditonjolkan dalam Forum Sosialisme 2013 dengan penyertaan yang memberangsangkan dalam perbincangan hangat untuk mencari alternatif baru yang membebaskan masyarakat daripada kongkongan sistem kapitalis global.

Forum Sosialisme tahunan telah dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) sejak tahun 2005. Forum Sosialisme tahun 2013 telah berlangsung dua hari berturut-turut pada 30 November dan 1 Disember yang lalu di Kuala Lumpur. Tema untuk Forum Sosialisme tahun ini adalah “Berputus Dari

Kapitalisme Global”, di mana 5 sesi panel telah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perjuangan menentang kapitalis, pilihan alternatif yang ada, strategi gerakan kiri dan sebagainya.

Dalam ucapan pembukaannya, Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM, mengatakan bahawa memutuskan diri daripada kapitalisme global adalah sesuatu yang penting untuk kita membebaskan diri daripada kesengsaraan yang disebabkan oleh sistem kapitalisme.

Perjuangan Sosialisme: Proses yang berterusan

Panel Pertama telah membincangkan topik tentang “Model Alternatif – Sosialisme sebagai sistem ekonomi dan politik yang alternatif”, dengan membariskan ahli-ahli panel seperti Manuel Antonio Guzman Hernandez (Duta Besar Venezuela ke Malaysia), Sam Wainwright (Aktivis Socialist Alliance, Australia), Ahmad Fuad (Islamic Renaisance Front / Projek Dialog) dan juga Dr. Jeyakumar Devaraj (AJK Pusat PSM / Ahli Parlimen Sungai Siput).

Sam Wainwright yang berkongsi tentang pengalaman di Eropah, mengatakan bahawa perjuangan untuk mewujudkan sebuah kerajaan pekerja merupakan langkah pertama u n t u k n e g a r a - n e g a r a m a j u memutuskan diri mereka daripada kongkongan kapitalisme global. “Perpaduan Antara golongan kiri amatlah penting untuk membina kuasa anti-kapitalis yang kuat,” Wainwright berhujah.

Ahmad Fuad membincangkan tentang cabaran untuk menemui semula nilai-nilai Islam dalam konteks perjuangan kelas. Ahmad Fuad telah mengupas sejarah Islam yang memperjuangkan pemilikan awam, pembahagian semula kekayaan dan menentang pembaziran. Ahmad Fuad berkata, “ajaran Islam amat berguna sebagai nilai etika tetapi bukannya sebagai teori untuk perubahan.”

Manuel Guzman pula membincangkan tentang Sosialisme Bolivarian sebagai satu alternatif dengan memaparkan kejayaan yang dicapai dalam revolusi yang dipimpin oleh mendiang Hugo Chavez. Guzman berkara bahawa Chavez telah memecahkan kitaran ganas neo-liberal di Venezuela, kerana Revolusi Bolivarian mengubah keutamaan dasar-dasar kerajaan, di mana sumber negara telah digunakan secara optimum untuk menyelesaikan masalah rakyat jelata. Model ekonomi Venezuela adalah berasaskan prinsip keadilan sosial, pendemokrasian, efisyensi, persaingan bebas dan perlindungan alam sekitar. Guzman menegaskan bahawa, “demi memperdalamkan proses revolusi di Venezuela, kita perlu melibatkan rakyat bawahan dalam proses politik di semua peringkat, dan memperkasakan mereka dalam membuat keputusan untuk negara.”

D r. J e y a k u m a r d a l a m p e m b e n t a n g a n n y a m e n g a t a k a n b a h a w a kapitalisme menguasai dunia kita sepenuhnya selepas Perang Dingin, tetapi masih tiada penyelesaian untuk masalah kemiskinan di negara-negara Selatan. Dr. Kumar telah menggariskan beberapa alternatif yang boleh dilaksanakan termasuk m e l e t a k k a n m o n o p o l i ekonomi di bawah kawalan

secara demokratik, pengeluaran barangan untuk keperluan bukannya keuntungan dan demokrasi yang partisipatori. “Membuka ruangan untuk penyertaan rakyat dalam kehidupan politik adalah cara untuk mengatasi masalah kerajaan menyebelahi kelas pemerintah,” hujah Dr. Kumar. “Perjuangan untuk sosialisme merupakan satu proses yang berterusan, ia memerlukan banyak pemikiran dan refleksi.”

Pergolakan di Dunia Arab: Revolusi yang belum selesai

Panel Kedua yang bertajuk “Pergolakan di Timur Tengah: Peranan Kebangkitan Arab dalam Sejarah Dunia”, membariskan ahli panel termasuk Dr. Badlishah Sham Baharin (IKRAM), Linda Harris (Liga Komunis, Australia), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam / PAS) dan Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM).

Dr. Badlishah berkata bahawa kebangkitan rakyat Arab (Arab Spring) yang berlaku pada tahun 2011 memberikan kita harapan baru, tetapi proses ini tidak boleh disempurnakan dalam jangka masa pendek. Dr. Badlishah berhujah, “membina demokrasi adalah lebih sukar berbanding menggulingkan diktator.”

Linda memfokus perbincangannya pada peranan kelas pekerja dalam kebangkitan Dunia Arab. “Berikutan kejatuhan Mubarak, aksi mogok dan protes semakin banyak. Ini merupakan sebahagian daripada perjuangan yang semakin hebat dalam menuntut gaji yang lebih tinggi dan kualiti kehidupan yang lebih baik,” Linda berkata.

Khalid Samad pula menyatakan bahawa, “Arab Spring bukannya revolusi Islam, tetapi revolusi yang dicetuskan oleh anak muda yang berjuang untuk hak asasi manusia dan menentang rejim kuku besi.” Khalid Samad berhujah bahawa sebarang peningkatan dalam demokrasi adalah ancaman serius kepada rejim Arab Saudi.

Choo Chon Kai berhujah bahawa sebuah negara Arab yang demokratik hanya boleh wujud sekiranya mengamalkan dasar anti-imperialis, melaksanakan dasar negara kebajikan, menjauhkan diri daripada agenda ekonomi neo-liberal dan membangunkan semula solidariti rakyat di Dunia Arab. Negara Arab yang demokratik akan menjadi mimpi ngeri kepada kuasa imperialis Amerika Syarikat, Israel dan juga puak oligarki di dunia Arab. “Perjuangan rakyat Arab hanya boleh berjaya apabila revolusi ini menjadi sebahagian daripada gerakan sedunia yang menentang kapitalisme global. Hanya dengan cara ini dunia Arab dapat membebaskan dir i daripada belenggu penguasaan imperialis dan mencipta sejarah baru untuk pembebasan rakyat bawahan,” demikan kata Choo.

Cabaran Kiri Dalam Politik PilihanrayaPanel Ketiga membincangkan topik “Apakah selepas PRU-13? – Masa Depan Kiri dalam Politik Pilihanraya di Malaysia”, dengan ahli panel yang terdiri daripada Anas Abdul Jalil (aktivis) dan Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM).

Anas berkata bahawa rakyat akan mula berbincang dan mencari alternatif untuk sistem kapitalis apabila krisis ekonomi melanda, dan masa itu parti kiri perlu berkembang. Anas juga membidas tentang hubungan pekerja migran dalam pembinaan kesedaran kelas pekerja di Malaysia.

Arutchelvan mengatakan bahawa PSM tidak berpecah selepas pilihanraya merupakan satu kejayaan untuk parti kiri. “Golongan kiri sedar bahawa kita perlu memandang jauh lebih daripada pilihanraya bahawa kita perlu membina kuasa baru untuk menangkis serangan kapitalis dalam bentuk TPPA, GST dan pemotongan subsidi,” kata Arutchelvan. Arutchelvan juga berhujah, “Sosialisme adalah jenama untuk melawan kapitalisme. Simbol genggaman tangan itu adalah untuk menumbuk kapitalisme.”

(sambung di m/s 7)

Page 7: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

7 KHAS Dis 2013 - Jan 2014

(sambung dari m/s 6)

Sejarah PKM Tidak Boleh Dipadamkan Begitu Sahaja

Panel Keempat pula adalah berkenaan dengan “Mengimbas Kembali Sejarah Parti Komunis Malaya (PKM)”. Ahli-ahli panel untuk sesi ini adalah Tommy Thomas (peguam Chin Peng), Neo Kong Hor (Persatuan Persahabatan Abad ke-21), Darshan Singh Khaira (peguam) dan Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM).

Tommy Thomas mengatakan bahawa semasa Rundingan Baling 1955, Chin Peng pada dasarnya meminta untuk mengiktiraf PKM sebagai parti politik yang sah di sisi undang-undang, tetapi permintaan ini ditolak oleh Tunku kerana bimbang bahawa PKM yang menjadi sebuah parti politik sivil akan mencabar parti UMNO dalam pilihanraya. “Tunku sendiri mendapati bahawa Chin Peng merupakan seorang lawan yang amat sukar ditandingi untuknya, di mana Chin Peng akan mendapat sokongan daripada rakyat

berbilang kaum.”

Neo Kong Hor berkata bahawa PKM yang ditubuhkan pada tahun 1930 merupakan parti politik yang pertama di Tanah Melayu dan menjadi pelopor perjuangan kelas pekerja yang terdiri daripada berbilang kaum pada masa itu. "Penyertaan kaum Melayu dalam PKM sengaja ditutupkan oleh pihak penguasa untuk memberikan satu persepsi yang salah bahawa ahli PKM adalah daripada kaumCina saha ja… Semasa menandatangan i perjanjian pendamaian, jumlah bilangan kaum Melayu dan kaum Cina dalam PKM adalah seimbang, iaitu separuhnya adalah kaum Melayu, " Neo menjelas.

Darshan Singh berhujah bahawa PKM tidak berjaya dalam perjuangannya kerana: 1. Tidak mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu sejurus selepas Perang Dunia Kedua; 2. Rancangan Briggs; 3. Kebergantungan kepada sokongan Negara China; 4. Terlalu percaya pada janji British untuk menyerahkan kuasa; 5. Propaganda anti-komunis yang disebarkan oleh British; dan 6. British mengalihkan perhatian perjuangan kelas kepada konflik perkauman yang memecah-belahkan rakyat.

Sarasvathy pula menonjolkan dalam pembentangannya peranan wanita dalam perjuangan PKM. Saras juga berkata bahawa PKM telah memimpin perjuangan menentang pemerintahan penjajah dan memainkan peranan penting dalam pembebasan rakyat di Asia Tenggara. Saras menegaskan bahawa, sejarah perjuangan rakyat tidak boleh dipadamkan sewenang-wenangnya.

Gabungan Kiri: Alternatif Ke Depan

Panel yang terakhir iaitu panel kelima membincangkan tajuk “Gabungan Kiri: Membina Gerakan Anti-Kapitalis / Perjuangan Kelas di Malaysia”. Ahli-ahli panel untuk sesi ini termasuklah Boon Kia Meng (Collective Intelligence), Haris Ibrahim (Saya Anak Bangsa Malaysia), Fahmi Reza (aktivis seni) dan Sivarajan (Bendahari PSM).

Boon Kia Meng mengatakan bahawa sistem kapitalisme di Malaysia telah sampai ke tahap penguasaan oleh sektor kewangan (financialization). Boon Kia Meng juga

menggariskan kriteria untuk membina gerakan anti-kapitalis, termasuklah promosi prinsip sosialis yang menekankan pengurusan sendiri pekerja dan demokrasi terus.

Haris Ibrahim pula mengingatkan para hadirin bahawa kita perlu menanya pada diri sendiri bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam membawa perubahan. Haris berhujah, “kelas pemerintah selalu menggunakan butang 'anti-sekular' untuk menakutkan golongan muslim.” “Kita perlu menggunakan media untuk memperkasakan, menyedarkan dan memujuk massa untuk melawan penyebaran maklumat palsu oleh elit pemerintah,” begitu katanya Haris.

Fahmi Reza pula mengimbas kembali sejarah gabungan politik di negara kita. Menurut Fahmi, "AMCJA-PUTERA merupakan gabungan politik berbilang kaum yang pertama di negara kita, dan menganjurkan aksi hartal pada tahun 1947."

Sivarajan menggariskan cabaran untuk gabungan politik kiri, antaranya kita masih belum lagi mengharungi rintangan untuk mewujudkan sistem dua parti di Malaysia, sama ada rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melawan sistem kapitalis di bawah platform anti-kapitalis atau tidak. Sivarajan berpendapat bahawa, di dalam konteks dalam negeri, strategi untuk membentuk gerakan anti-kapitalis bukannya satu pilihan tetapi satu keperluan. “Trend politik yang ada sekarang ini tidak mampu (ataupun tidak ingin) menawarkan penyelesaian politik yang berlainan untuk menentang serangan kapitalis.” Namun, Sivarajan mengingatkan bahawa, golongan k i r i t idak patut mengenakan penyelesaian standard untuk semua perjuangan kerana ini adalah sesuatu yang tidak praktikal. “Tiada gunanya ada slogan yang radikal, padahal rakyat biasa t idak dapat mengaitkannya dengan perjuangan harian,” tegur Sivarajan. Sivarajan juga menegaskan bahawa, apa yang kita ingin bina adalah Sosialisme Abad ke-21, iaitu sistem sosialis yang berdasarkan prinsip demokrasi dari bawah, keadilan sosial dan solidariti rakyat.

Satu filem yang bertajuk “South of the Border” telah ditayangkan dalam program Sosialisme 2013. Filem arahan Oliver Stone ini mengisahkan pengembaraan pengarah ke negara-negara Amerika Latin dan temuramahnya dengan pemimpin negara-negara tersebut yang berdedikasi untuk membina alternatif yang membebaskan negara mereka daripada penguasaan imperialis Amerika Syarikat. Antara pemimpin kiri yang ditemuramah dalam filem tersebut adalah Hugo Chavez (Venezuela), Evo Morales (Boliva), Cristina Kirchner (Argentina), Fernando Lugo (Paraguay), Lula da Silva (Brazil), Rafael Correa (Ecuador) dan Raúl Castro (Kuba). Perbincangan b e r i k u t a n t a y a n g a n f i l e m i n i a m a t memberangsangkan, di mana ramai penonton mendapat ilham bahawa kita adanya alternatif selain sistem kapitalis global yang dibawa oleh kuasa imperialis barat.

Satu pesta jualan buku kiri juga diadakan bersempena dengan Forum Sosialisme 2013, di mana para hadirin berpeluang untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan teori, analisa dan pengalaman perjuangan kiri yang jarang didapati di kedai buku di luar.

Kedutaan Venezuela juga mengadakan satu kempen meraih sokongan untuk solidariti sedunia bersama Revolusi Venezuela. Satu laman facebook untuk “Kumpulan Solidariti untuk Venezuela di Malaysia” telah d i l a n c a r k a n j u g a . (https://www.facebook.com/venezuelasolidaritymalaysia)

Amat bermakna sekali Forum Sosialisme 2013 kerana para ahli panel dan peserta telah membincangkan isu-isu berkaitan dengan perjuangan rakyat secara ikhlas. Sam Wainwright yang datang dari Australia memuji PSM atas keterbukaan PSM kepada pandangan berbeza, dan beliau berkata bahawa ini adalah penting untuk memastikan gerakan kiri tidak menjadi terlalu sempit dan dogmatik.

Dunia sekarang sedang diancam oleh sistem kapitalis yang membawa kemiskinan, konflik bersenjata dan kemusnahan alam sekitar. Amat perlu untuk kita membina alternatif kepada sistem kapitalis bermula sekarang juga. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita terus meneroka alternatif kiri dan berusaha untuk membinanya melalui gerakan rakyat. ##

Page 8: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

8 BICARA PARLIMEN Dis 2013 - Jan 2014

Sektor Swasta tidak boleh selesaikan Krisis PerumahanPada 24/10/2013, Menteri Perumahan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengumumkan bahawa 1.7 juta keluarga di Malaysia tidak memiliki rumah mereka sendiri. Jangkaan PSM adalah lebih kurang 75% daripada 1.7 juta keluarga ini adalah keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM 3000.

Berapakah jumah bayaran pinjaman bank yang dapat dipikul oleh keluarga-keluarga ini setiap bulan? Perancang ekonomi kerajaan mengatakan satu pertiga daripada jumlah pendapatan sesekeluarga boleh dipakai untuk membayar pinjaman perumahan. Betulkah ini? Sila lihat belanjawan bulanan sebuah keluarga dengan 3 orang anak yang bersekolah:

Makanan di rumah RM 900Perbelanjaan persekolahan RM 600(Bas Sekolah, wang saku, dan Tuisyen) Pengangkutan RM 500(Kos bayar pinjaman kereta, petrol dan penjagaan kereta) Air, elektrik, 2 handset RM 250Insurans kesihatan RM 250Perbelanjaan lain RM 200 Jumlah RM 2700

Jadi, sebuah keluarga dengan pendapatan bulanan sebanyak RM 3000 mampu membayar pinjaman bank sebanyak RM 300 sebulan. Keluarga seperti ini hanya sanggup membeli sebuah rumah yang berharga RM 50,000 sahaja. Jika ingin bayar balik dalam 25 tahun pun mereka kena bayar RM 310 sebulan.

Jika sebuah keluarga sebegini dipaksa membeli rumah yang lebih mahal daripada ini, sudah tentu mereka akan mengorbankan sesuatu item yang penting dalam perbelanjaan keluarga bulanan seperti makanan atau persekolahan anak-anak mereka ataupun mereka akan gagal dalam pembayaran hutang bank mereka.

Tetapi malangnya rumah semurah RM 50 ribu ke bawah jarang dibina di Malaysia sekarang. Sila lihat jadual 1.0.

Harga rumah

Bilangan dibina 2006 - 2010

Peratusan daripada jumlah keseluruhan yang dibina

RM 30,000 ke bawah

5,518

1%

RM 30,001 - 50,000

66,984

12.1%

RM 50,001 - 70,000

17,341

3.1%

RM 70,001 - 100,000

88,506

16.0%

RM 100,001 - 150,000

92,125

16.7%

RM 150,001 - 200,000

99,117

18.0%

RM 200,001 - 300,000

89,958

16.3%

RM 300,001 ke atas

92,286

16.7%

Jadual 1.0: Rumah-rumah yang dibina oleh Pemaju Swasta di Malaysia 1/1/2006 - 31/12/2010

Sumber: Jawapan Kementerian Perumahan kepada soalan daripada Ahli Parlimen Sg Siput.

Hanya 13% daripada semua rumah yang dibina adalah berharga RM 50,000 ke bawah. Itulah sebabnya PSM berkata, pembekalan rumah murah untuk rakyat tidak boleh ditanggungjawabkan kepada pemaju kerana pemaju mahu cari keuntungan besar. Boleh dapat jauh lebih keuntungan jika membina banglo untuk yang kaya daripada membina rumah kos rendah. Masalah bekalan rumah yang mampu dimilik oleh rakyat hanya dapat diselesaikan jika kerajaan sendiri ambil alih tugas ini.

Rumah-rumah ini harus dijual dengan harga RM 50,000 ke bawah kepada keluarga-keluarga dengan pendapatan bulanan lebih daripada RM 2500 dan disewa pada keluarga yang berpendapatan bulanan di bawah RM 2500 dengan kadar sewa antara RM 80 ke RM 140 sebulan. ##

(Berikut merupakan petikan daripada teks ucapan Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, dalam perbahasan tentang belanjawan Kementerian Perdagangan Antarabangsa MITI, pada 20 November 2013.)

Saya tidak bermasalah kerajaan kita hanya sekadar mengambil bahagian dalam perundingan TPPA kerana saya terima hujah MITI bahawa jika kita tidak mengambil bahagian, maka kita akan ketinggalan dan tidak dapat membentuk struktur perjanjian yang akan disetujui oleh negara-negara yang ambil bahagian. Jika kita menyertai perundingan pula, ada kemungkinan kita dapat mempengaruhi perjanjian yang dibentuk.

Tetapi kita telah sampai ke tahap dimana kita perlu buat satu keputusan. Kita mesti ambil keputusan samada kita mahu sertai ataupun tidak. Ada ramai kumpulan NGO dan kumpulan masyarakat yang sedang bertanyakan soalan samada kerajaan ingin memakai kaedah "garis merah" di mana kita tetapkan beberapa isu yang kita tidak boleh berkompromi dan jika satu pun daripada senarai garis merah ini dilintasi, maka kita akan keluar dari perjanjian TPPA ini.

Apakahnya garis-garis merah yang disyor oleh NGO dan kumpulan lain?

Satu adalah lanjutan pada tempoh paten ubat. Sekarang tempoh paten ubat adalah 20 tahun. Jika Amerika Syarikat memohon tempoh paten ubat dilanjutkan, kita harus tolak TPPA.

Kedua adalah taktik "evergreening" di mana paten kedua dikeluarkan pada satu ubat kerana ubat itu didapati berkesan terhadap satu lagi penyakit. Ketiga adalah taktik melambatkan pendaftaran ubat generik dengan memakai kaedah "data esklusiviti" di mana semua maklumat terhadap ubat itu tidak boleh diguna untuk mendaftarkan ubat generik yang jauh lebih murah kerana maklumat ini dianggap hak cipta syarikat asal.

Keempat, satu lagi perkara yang dimohon oleh Amerika Syarikat adalah ISDS ataupun regim Investor State Dispute Settlement di mana pelabur asing boleh mendakwa kerajaan kita jika sebarang keputusan kerajaan mengurangkan untung syarikat tersebut. Kerajaan Australia sedang didakwa oleh Philip Morris, satu syarikat rokok daripada Amerika Syarikat. Kerajaan Australia telah mewajibkan semua syarikat rokok untuk mempamirkan gambar sakit barah atas kotak rokok. Philip Morris mengatakan regulasi baru ini akan mengurangkan untungnya dan oleh itu telah menghadapkan kerajaan Australia ke Mahkamah Hong Kong dengan memakai perjanjian pelaburan di antara Australia dan Hong Kong. NGO kita minta ISDS ini juga dijadikan satu garis merah yang tidak boleh

dilintasi.

Garis merah kelima yang disyorkan adalah kontrak kerajaan ataupun "government procurement", yang Amerika Syarikat mahu dibuka untuk syarikat-syarikat Amerika sendiri di atas dasar "national treatment". Ertinya syarikat Amerika mesti diberi layanan yang sama seperti syarikat tempatan. Tetapi pemberian kontrak kerajaan adalah satu alat yang amat berkesan untuk membantu sesuatu kumpulan masyarakat yang tertinggal untuk memperolehi kemahiran tertentu. Tidak wajar kita lepaskan dan kompromi alat ini.

Keenam, syarikat milik kerajaan adalah satu lagi sasaran Amerika Syarikat, yang mahukan kerajaan kita menjual semua saham dalam syarikat-syarikat. Mengikut pihak AS, syarikat di mana 5% daripada syernya dipegang oleh kerajaan ditafisirkan sebagai syarikat milikan kerajaan. Amerika mahu kerajaan tidak campurtangan secara langsung dalam ekonomi. Tetapi kaedah syarikat bermilikan kerajaan adalah satu kaedah yang dipakai oleh negeri-negeri timur seperti Korea, Taiwan dan Jepun untuk membangunkan sektor perindustrian mereka. Ada kumpulan di Malaysia yang memohon isu ini juga dianggap sebagai satu garis merah yang tidak boleh dikompromi.

Apa yang ramai kumpulan mahu tahu samada kerajaan kita mengambil pendekatan "garis merah" ini? Jika "ya", apakah garis-garis merah yang telah ditetapkan yang mana kita tidak akan berkompromi. Jika kerajaan boleh menjelaskan isu ini secara telus dan terbuka, ramai akan terasa lega, tetapi pada masa ini kerajaan tidak berbuat demikian dan masih berahsia.

Kerajaan sekarang telah melaksanakan kajian kos-faedah. Kajian terhadap kesan TPPA atas kepentingan negara telah ditanggungjawabkan kepada En Firdaus Rosli daripada ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Masalahnya adalah, En Firdaus ini telahpun menulis satu artikel bertajuk "With the TPPA, the sky is the limit" pada bulan Ogos 2013 - iaitu sebelum beliau dilantik sebagai pakar akademik untuk melaksanakan kajian kos-faedah itu.

Kajian kedua terhadap kesan TPPA atas peniaga Bumiputra dan syarikat kecil dan sederhana (SME) ditugaskan pada World Trade Institute, satu badan yang amat pro-perdagangan bebas.

Soalan yang ditanya-tanyakan oleh masyarakat madani adalah, adakah kajian-kajian ini bersifat profesional.

Kenapa kedua-dua kajian yang begini penting ditugaskan kepada pihak yang berat sebelah dan sebelum ini juga sudah menyatakan sokongan mereka pada TPPA? Kenapakah "think tank" seperti Third World Network yang telah memantau proses Perdagangan Bebas untuk 15 tahun yang lalu tidak dipilih? Ataupun CAP ataupun Aliran - kenapa mereka tidak dijemput menganggotai satu panel kajian ini?

Kita baru dengar bahawa di Amerika, Kongres tidak meluluskan kuasa "fast track" untuk Presiden Obama. Di Amerika tuan pengerusi, perjanjian perdagangan mesti diluluskan oleh Kongres, bukan seperti di Malaysia di mana Jemaah Menteri boleh buat keputusan. Kuasa "Fast track" yang dimohon oleh Obama adalah untuk menyekat ruang Kongres Amerika untuk menghalusi dan menukar perjanjian klausa demi klausa. Tetapi permohonan ini telah ditolak. Ertinya, konsensi dan kelonggaran yang mungkin dicapai dalam perundingan pun boleh disoal dan dikurangkan oleh kongres.

Pada takat ini, sebelum kita masuk TPPA pun, 62% daripada perdagangan antarabangsa kita adalah di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telahpun ditandatangani oleh kerajaan kita. Jika kita tandatangan TPPA ini, peratusan perdagangan yang diliputi oleh perjanjian FTA hanya naik 10% lagi. Ramai kumpulan di Malaysia terasa bahawa pengorbanan yang harus ditanggung oleh negara kita untuk memasuk perjanjian TPPA adalah terlalu berat.

Mesej daripada rakyat Malaysia adalah, kita tidak patut tunduk dan terima taktik membuli oleh Amerika Syarikat. Kita harus berdiri tegak. Mungkin negara lain juga akan ambil berat dan ikut pendirian kita. Kita harus menolak perjanjian TPPA ini supaya kita dapat mencipta satu perjanjian yang lebih adil dan sempurna pada masa yang depan. ##

TPPA DAN GARIS MERAH

Page 9: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

9 ISU KAWASAN Dis 2013 - Jan 2014

Sungai Siput: Isu Keretakan Rumah di Taman MakmurSebanyak 44 rumah di Taman Makmur, Sg Siput (U), Perak, telah mengalami retakan didnding dan lantai disebabkan oleh pemandapan tanah ekoran kerja-kerja yang dilakukan oleh pemaju MMC-Gamuda membina trak keretapi berkembar berdekatan dengan taman tersebut. Oleh kerana MMC-Gamuda tidak ambil berat, PSM Cawangan Sungai Siput telah membantu penduduk hentikan projek pembinaan trak berkembar untuk 6 bulan pada tahun 2010.

Setelah usaha yang berterusan, akhirnya MMC-Gamuda telah menandatangani persetujuan untuk membaiki segala retakan dan memberi jaminan untuk tempoh 5 tahun. Mengikut perjanjian dengan MMC-Gamuda, jika retakan timbul selepas dibaiki, pemilik rumah mempunyai pilihan untuk menjualkan rumah itu kepada MMC-Gamuda.

Kerja membaiki rumah sedang berlaku sekarang. MMC-Gamuda dijangka membayar sebanyak RM 1 juta untuk kerja-kerja pembaikan ini.

1. Keretakan pada rumah berlaku apabila projek landasan k e r e t a a p i b e r k e m b a r dimulakan.

2. Mesyuarat diadakan beberapa kali untuk menyelesaikan isu.

3. Jawatankuasa menjemput jurutera, Encik K. Arumugam untuk memastikan punca utama keretakan rumah.

4. Pihak pemaju MMC-Gamuda melantik Encik Tham, jurutera bagi pihaknya sepanjang pembaikan rumah.

5. jawatankuasa dan penyelaras PSM, saudara Sugu sentiasa melawat ke tapak rumah, untuk memastikan penduduk dapat menuntut pembaikan yang seperti yang dijanjikan oleh MMC-Gamuda.

6. Dr. Kumar dan penduduk berjaya menghentikan projek pembinaan landasan kereta api berkembar.

7. Kerja-kerja pembaikan rumah sedang dijalankan.

Sudut Sajak:

Bebas Dari Kapitalis Bebaskan aku..bebaskan kami...bebaskan kita..bebas dari sistem yang menindas..bebas dari neraka ciptaan.bebas dari ketidakadilan..

Umpama api dalam sekam..racun dalam madu..membunuh...

memusnahkan..anak bangsa yang muda..bapa bapa dan ibu ibu..yang terpinga..tanpa sedar..tertipu...ditipu..

Laknatlah kapitalis..hancurlah dan musnahlah sistem yang sial..kekejaman dan penindasan..ketidak adilan dan dasar yang berat sebelah..yang memihak pada yang berkuasa..yang menindas pada yang miskin..yang tidak mengerti kesejahteraan dan keharmonian..

yang cilaka..sial..tak tahu di untung..rumah menghalau...kubur memanggil..engkau masih buta..pekak..dan juga masih bisu seribu bahasa..kelu keras kaku..tunduk bagai kerbau...

Tanah ini tandus kebebasan...tanah ini kontang dengan perjuangan..tanah ini kering dengan air mata..kerana menangis dalam hati..

Sungguhpun buta..jangan dikorek biji mata..sungguhpun bisu...

jangan dikerat lidah yang kelu..sungguhpun pekak..jangan dipekup telinga yang capang..

Ayuh bangun bebaskan diri...ayuh bangkit..tabahkan hati..bebaskan tanah ini..merdekakan bangsa ini..dari lanun kapitalis global..

(oleh Azmin Aziz 29.11.2013)

Page 10: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

10 ANTARABANGSA Dis 2013 - Jan 2014

Venezuela Menuju Ke Arah Kiri Tetapi Malaysia Ke Mana?

Venezuela adalah sebuah negara yang ada ciri-ciri yang serupa dengan Malaysia dari segi saiz, bilangan penduduk, ukuran GDP ataupun Keluaran Kasar Dalam Negara dan kebergantungan pada export petroleum. Ciri-ciri ini dipamerkan dalam jadual di bawah:

Perbandingan antara Venezuela dan Malaysia:

Venezuela Malaysia Saiz Negara 916,445 km persegi 329,847 km persegi Bilangan Penduduk 29.95 juta (2012) 28.3 juta (2010) GDP pada tahun 2013 (PPP) USD 408.8 bilion USD 521.96 bilion Pendapatan per kapita 2011 USD 10,810 USD 10,012 Miskin tegar 1999 16.6% 1.9% Miskin tegar 2011 7% 0.7% (2007) Kadar kematian bayi (Infant Mortality Rate) 1998

26.17 20.96

Kadar Kematian Bayi 2012 20.18 14.57 Indeks GINI 1998 0.498 0.492 Indeks Gini 2012 0.39 0.462 (2009)

Tetapi wujudnya beberapa perbezaan juga. Sebelum 1998, Venezuela berpegang pada falsafah neo-liberal di mana segala aspek ekonomi diserahkan kepada "pasaran", dan diselesaikan oleh kaum koporat yang berpandukan keinginannya untuk mendapat keuntungan. Malaysia walaupun mengamalkan sistem kapitalis, telah melaksanakan beberapa program bercorak sosial-demokrat untuk mengimbangkan ketidaksamarataan yang telah dan masih wujud dalam negara kita. Pendekatan sosial-demokrat didasarkan pada kepercayaan bahawa kerajaan harus campur tangan dalam ekonomi untuk memastikan kumpulan yang miskin tidak dipinggirkan lagi. Itulah puncanya perbezaan dalam kadar kemiskinan dan kematian bayi di bawah umur satu tahun antara Malaysia dan Venezuela pada tahun 1998. Pada takat itu ketidakimbangan dalam pengagihan kekayaan negara adalah jauh lebih serius di Venezuela berbanding Malaysia.

Tetapi indeks Gini untuk Venezuela telah berubah secara drastik antara 1998 hingga sekarang. Punca ini adalah penguasaan politik oleh Presiden Hugo Chavez dan partinya yang telah mengambil beberapa langkah tegas untuk membantu kaum miskin dan sederhana di Venezuela. Antara langkah pertama yang dilaksanalan oleh Presiden Chavez adalah untuk memiliknegarakan industri petroleum di Venezuela. Keuntungan daripada sektor ini telah digunapakai untuk membekalkan keperluan asas pada lapisan-lapisan masyarakat yang miskin di Venezuela.

Antara yang telah dicapai - bilangan remaja yang bersekolah meningkat daripada 53.6% dalam tahun 2000 ke 73.3% dalam tahun 2011;- nisbah doktor ke penduduk bertambah dari 20 setiap 100,000 penduduk pada tahun 1999 ke 80 setiap 100,000 dalam tahun 2010;- bilangan warga tua yang menerima pencen bertambah dari 387,000 dalam tahun 1999 ke 2,100,000 pada tahun 2012;- 2.5 juta ekar tanah dikembalikan pada kaum Orang Asli negara Venezuela;- Kadar gaji minima ditingkatkan 20 kali ganda;- Skim memberi pencen sebanyak 80% kadar gaji minima untuk ibu yang tidak dapat kerja kerana menjaga keluarga dilaksanakan; - 7.6 juta ekar tanah diambil alih daripada puak kaya dan diagihkan kepada berpuluhan ribu petani yang tidak ada tanah sendiri;- sejak 1999, lebih daripada 50,000 badan koperasi telah ditubuhkan;- sejak 1999, 40 ribu jawatankuasa penduduk telah ditubuhkan.

Kesemua ini tidak disenangi oleh puak yang kaya dan juga Amerika Syarikat yang menyifatkan Chavez sebagai seorang diktator komunis. Tetapi tiap kali dicabar, Chavez panggil pilihanraya ataupun referendum untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat Venezuela. Dalam 17 pilihanraya dan referendum yang diadakan sejak tahun 1998, pasukan Chavez menang 16 kali - hanya kalah dalam satu referendum.

Seperti dikatakan oleh Manuel Antonio Guzman (gambar kanan), Duta Besar Venezuela ke Malaysia, "sebelum ini rakyat terasa terpinggir dan telah hilang harapan kerana setiap pilihanraya pemimpin politik berjanji-janji tetapi selepas menang tidak dapat melaksanakan apa-apapun. Tetapi pelaksanaan program yang benar-benar membantu rakyat biasa di Venezuela oleh Revolusi Bolivar telah membangkitkan semangat optimis di kalangan rakyat dan ramai telah tampil ke depan untuk membantu membina satu masyarakat yang adil dan progresif."

Sedihnya dalam jangka masa yang sama, ia-itu 1998 hingga sekarang, Malaysia telah melaksanakan dasar yang bertentangan haluan berbanding Venezuela. Kita di Malaysia sedang menaikkan harga segala keperluan asas, negara kita meneruskan penswastaan pendidikan; kualiti rawatan di hospital kerajaan merosot kerana penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta; pemimpin politik kita ingin memeluk TPPA yang di bawah Amerika Syarikat dan telah buat keputusan mengamalkan cukai baru yang akan membebankan rakyat jelata. Di Venezuela, rakyat biasa diutamakan. Di Malaysia kaum koporat yang diutamakan!

Thailand: Demokrasi DiancamDemonstrasi menentang kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra tercetus baru-baru ini di negara Thailand. Demonstrasi tersebut dipimpin oleh Suthep Thaugsuban, bekas pemimpin Parti Demokrat, dan mendapat sokongan daripada golongan baju kuning yang reaksioner.

Punca tercetusnya pergolakan politik di Thailand baru-baru ini adalah kesilapan Yingluck yang cuba membawa rang undang-undang pengampunan dalam parlimen, yang dilihat sebagai satu cubaan untuk membebaskan abangnya, Thaksin Shinawatra, daripada pertuduhan yang sebelum ini. Golongan baju merah yang menyokong kerajaan Yingluck juga tidak senang hati dengan rang undang-undang pengampunan yang akan melepaskan tanggungjawab mereka yang melakukan kezaliman membunuh penyokong baju merah semasa demonstrasi pro-demokrasi pada tahun 2010.

Suthep Thaugsuban yang memimpin gelombang terbaru demonstrasi anti-kerajaan, pernah menjawat Timbalan Perdana Menteri, semasa Abhisit Vejjajiva menjadi Perdana Menteri pada tahun 2008-2011. Ahbisit mengambil alih kuasa bukannya

melalui proses demokrasi, tetapi rampasan kuasa yang disokong oleh mahkamah. Kerajaan Abhisit telah mengarahkan tentera untuk menzalimi gerakan pro-demokrasi pada tahun 2010, sehingga lebih 90 orang mati dibunuh. Sekarang ini, seorang pemimpin yang pernah berkhidmat untuk kerajaan anti-demokratik sedang memimpin satu gerakan anti-kerajaan, dengan tujuannya bukan memperjuangkan demokrasi, tetapi cuba mengembalikan pemerintahan kediktatoran

golongan kerabat diraja. Suthep mencadangkan supaya hapuskan sistem pilihanraya dan menggantikannya dengan “Majlis Rakyat” yang tidak dipilih oleh rakyat untuk melantik kerajaan. Jelas sekali, tindakan Suthep bertujuan untuk menghancurkan demokrasi di Thailand untuk kepentingan segelintir kecil elit pemerintah.

Walaupun Yingluck telah membubarkan parlimen untuk pilihanraya umum, namun keadaan politik di Thailand pastinya akan terus bergolak, kerana golongan elit yang didukung oleh pihak tentera dan kerabat diraja akan terus mengancam demokrasi untuk kepentingan mereka. ##

Page 11: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

11 SUDUT SEJARAH Dis 2013 - Jan 2014

Nelson Mandela (1918-2013)Seorang tokoh politik yang amat dikenali di seluruh dunia, Nelson Mandela, telah meninggal dunia pada 5 Disember yang lalu, di rumahnya di Johannesburg, Afrika Selatan, pada usia 95 tahun.

Mandela merupakan seorang tokoh revolusi yang menjadi simbol kepada perjuangan anti-penjajah dan anti-apartheid di Afrika Selatan. Beliau merupakan Presiden Negara Afrika Selatan pertama yang berkulit hitam. Mandela adalah seorang pejuang pembebasan rakyat yang menyumbangkan seumur hidupnya kepada usaha perjuangan menentang dasar-dasar apartheid yang dibawa oleh rejim nasionalis orang berkulit putih, sehingga beliau dipenjarakan selama 27 tahun.

Kebangkitan Semangat Pembebasan Nasional Afrika Selatan

Mandela menyertai Kongres Nasional Afrika (ANC) pada tahun 1943. Beliau menubuhkan sayap anak mudanya, Liga Pemuda ANC, pada tahun 1944 bersama-sama dengan nasionalis kulit hitam seperti Oliver Tampo dan Walter Sisulu.

Parti politik kaum kulit putih yang mengamalkan fahaman rasis, Parti Nasional, mengambil alih kuasa pemerintahan Afrika Selatan pada tahun 1948 selepas pilihanraya umum yang hanya membenarkan orang berkulit putih untuk mengundi, maka bermulanya rejim apartheid yang menindas kaum berkulit hitam. Mandela yang dipengaruhi oleh pemikiran nasionalis orang berkulit hitam telah giat melibatkan diri dalam perjuangan menentang dasar apartheid. Disebabkan pengaruh oleh pemimpin Parti Komunis Afrika Selatan (SACP) seperti Moses Kotane dan juga sokongan Kesatuan Soviet ke atas perang pembebasan nasional di Dunia Ketiga, pemikiran Mandela pun semakin dekat dengan komunis walaupun beliau tidak pernah menjadi komunis.

Beginilah hujah yang diberikan oleh Mandela pada tahun 1964 semasa beliau menghadapi pendakwaan di mahkamah yang bakal dikenakan hukuman mati, “selama ini saya berpendapat diri saya ini adalah seorang patriot Afrika… Saya tertarik dengan pemikiran tentang masyarakat tanpa kelas, sebahagian adalah daripada pembacaan karya-karya Marxis, dan sebahagian pula adalah disebabkan saya sukakan struktur dan organisasi masyarakat awal orang Afrika. Sumber pengeluaran pada masa itu, tanah, adalah dimiliki (secara kolektif) oleh komuniti, tiadanya perbezaan Antara orang kaya atau orang miskin, tiada juga pemerasan. Ya, memang saya dipengaruhi oleh pemikiran Marxis, tetapi pada hakikatnya kebanyakan pemimpin negara yang baru merdeka juga sebegini, seperti Gandhi, Nehru, Nkrumah dan Nasser. Kami bersetuju bahawa perlunya sosialisme dalam bentuk yang tertentu, supaya rakyat dapat mengejar negara maju, dan mengatasi masalah kemiskinan. Namun, ini tidak bermakna kami adalah Marxis.”

Mandela menjadi terkenal selepas penglibatannya dalam kempen menentang undang-undang yang tidak adil (Defiance Campaign) pada 1952, dan pernah ditangkap oleh rejim apartheid di b a w a h A k t a M e n y e k a t Komunisme.

Mandela dan rakan-rakan seperjuangannya dalam ANC telah menyokong Piagam Kebebasan (Freedom Charter) yang diterima semasa Kongres Rakyat yang diadakan di Kliptown pada tahun 1955. ANC telah memobilisasi seramai 50,000 orang sukarelawan untuk pergi ke seluruh negara dengan tujuan mengutip pandangan

orang ramai telah tuntutan yang ingin dibawa oleh mereka dalam Piagam Kebebasan tersebut. Piagam Kebebasan telah menggariskan dasar perjuangan ANC pada masa itu yang menekankan pada pengagihan kekayaan secara adil. Antara tuntutan yang dimasukkan dalam Piagam Kebebasan adalah pemiliknegaraan bank, lombong, industry penting dan tanah.

Selepas berlakunya peristiwa pembunuhan di Sharpeville pada tahun 1960, dan juga penindasan yang semakin ganas ke atas gerakan rakyat yang menentang apartheid, Mandela telah menubuhkan sayap ketenteraan untuk ANC, Umkhonto we Sizwe (bermaksud lembing bangsa) pada tahun 1961, bersama-sama dengan pemimpin ANC Sisulu dan pemimpin SACP Joe Slovo.

Penahanan Berpanjangan

Mandela telah ditahan oleh rejim apartheid pada tahun 1962. Mandela dituduh “cuba menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan” pada tahun 1964 dan dijatuhkan hukuman seumur hidup. Mandela dipenjarakan di Pulau Robben untuk selama 18 tahun. Sehingga beliau dibebaskan pada tahun 1990, Mandela telah ditahan selama 27 tahun secara keseluruhannya.

Semasa zaman Perang Dingin, Mandela dan juga aktivis anti-apartheid yang lain, telah dilabel sebagai “pengganas” oleh kerajaan negara barat seperti Amerika Syarikat dan Britain. Pada masa itu, hanya negara-negara dunia ketiga yang bangkit melawan imperialis, seperti negara Kuba dan China, tampil ke hadapan untuk membela gerakan anti-apartheid. Gerakan anti-apartheid di Afrika Selatan terus berkembang dan semakin hari semakin mendapat sokongan di arena antarabangsa.

M a n d e l a a k h i r n y a dibebaskan pada tahun 1990, satu kejayaan besar untuk gerakan anti-apartheid. Dasar apartheid di Afr ika S e l a t a n a k h i r n y a dihapuskan apabi la pilihanraya berbilang kaum yang pertama diadakan pada tahun 1 9 9 4 . A N C y a n g dipimpin oleh Mandela m e n a n g d a l a m pilihanraya umum pada

tahun 1994, dan beliau menjadi Presiden berkulit hitam di Afrika Selatan sehingga beliau bersara pada tahun 1999.

Setelah Mandela bersara daripada jawatan pemimpin negara, beliau masih bergiat mempertahankan hak pesakit HIV+, dan juga membantah campurtangan ketenteraan barat di Kosovo, Iraq dan sebagainya.

Apartheid Baru?

Walaupun sistem apartheid yang berasaskan perkauman telah dihapuskan di Afrika Selatan, tetapi satu jenis apartheid baru telah berkembang dan menghantui bukan sahaja Afrika Selatan, malah di banyak tempat di seluruh dunia. Ini adalah apartheid yang berasaskan kelas, hasil daripada dasar e k o n o m i n e o - l i b e r a l y a n g h a n y a mementingkan keuntungan korporat. Penswastaan perkh idmatan awam, pengurangan cukai ke atas golongan kaya dan sebagainya telah melebarkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Peristiwa pembunuhan di Marikana, apabila pihak berkuasa menembak mati pekerja lombong yang bermogok pada tahun 2012, mengundang kembali memori rakyat Afrika Selatan tentang kezaliman apartheid seperti berlaku di Sharpeville pada tahun 1960. Nampaknya perjuangan rakyat Afrika Selatan untuk keadilan sosial dan pembebasan diri masih jauh perjalanannya.

Semangat perjuangan yang dipamerkan oleh Mandela pastinya akan terus menjadi ilham untuk rakyat terus mara ke hadapan. Mandela berkata pada tahun 1964, “Saya melibatkan diri dalam perjuangan rakyat Afrika untuk seumur hidup saya. Saya berjuang menentang dominasi orang berkulit putih, saya juga berjuang menentang dominasi orang berkulit hitam. Saya amat m e n g h a r g a i i d e a u n t u k s e b u a h masyarakat yang demokratik dan bebas, di mana semua orang hidup bersama secara harmoni dan mempunyai peluang yang samarata. Inilah impian yang saya harap saya boleh hidup dengan dan boleh dicapai. Tetapi kalau perlu, inilah impian yang saya bersedia mati untuknya.” ##

Page 12: Sosialis (Dis 2013 Jan 2014)

PERJUANGAN RAKYAT12 Dis 2013 - Jan 2014

SUDUT KOMIKApabila BR1M bertemu dengan GST

JERIT UCAP SYABAS PADA : PROTES MEMBANTAH CUKAI GST!PAS(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) pada 27 November yang lalu.)

JERIT mengalu-alukan keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) di Muktamar ke-59 berkenaan dengan keputusan sebulat suara menetapkan pendirian membantah Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (Trans Pasific Partnership Agreement, TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). JERIT telah pun mengambil inisiatif untuk mewujudkan Gabungan BANTAH GST dengan beberapa kumpulan NGO baru-baru ini dan sedang menyusun tindakan dan perancangan untuk memberi tekanan kepada kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan GST pada tahun 2015. Dalam masa sebegini, keputusan PAS, dan pengumumam Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pada 23 November 2013 untuk mengadakan satu protes besar-besaran bagi membantah GST adalah satu keputusan yang berprinsip dan berani. Syabas kepada parti PAS.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu cukai yang memiskinkan rakyat jelata dan menjadi satu lagi beban besar. Kerajaan anti-rakyat ini sering memikirkan dan membawa polisi-polisi untuk menjadikan miskin lebih miskin dan kaya lebih kaya. Maka, kita perlukan lebih tenaga untuk bergabung dan mengorganisasi massa untuk menghentikan pelaksanaan raksasa Cukai GST yang akan menghisap darah rakyat dalam kehidupan harian nanti.

Dengan ini, sekali lagi SYABAS kepada parti PAS untuk pendirian berprinsip pada tepat masanya. JERIT berharap PAS bersama dengan JERIT dan NGO-NGO lain boleh bersama-sama menyusun m a s s a d a n b e r k e r j a s a m a menumbangkan rancangan BN-UMNO untuk melaksanakan Cukai GST yang bakal memiskinkan rakyat. Hidup Rakyat! Tumbang GST! (oleh Sekatariat JERIT)

“Jangan Jadi Boneka Kaum Korporat!!!”Pendidikan Percuma ialah Hak dan Bukannya Sedekah!Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) pada 27 November yang lalu: “Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Mary Yap yang menyatakan bahawa mereka yang membayar untuk pendidikan tinggi, akan lebih menghargainya daripada mereka yang menerimanya secara percuma”.

Kami, dari Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) membantah kenyataan beliau ini yang terlalu naïf, berkepentingan sendiri serta tidak peka tentang hak pendidikan untuk semua. Walaupun kami tidak terkejut dengan kenyataan sebegini daripada pihak kerajaan Malaysia yang pro-majikan yang sedang rancak mengusahakan penswastakan sistem pendidikan negara, namun kami ingin 'mengajar' beliau sedikit tentang bagaimana pendidikan percuma boleh dihargai di Malaysia.

Kenyataan beliau yang menyatakan pendidikan harus dibayar untuk dihargai oleh penuntut adalah satu fakta songsang kerana ia tidak menyatakan maksud yang sebenar. Ini kerana majoriti saluran wang pendidikan negara sedang dinikmati oleh kaum korporat melalui peruntukan PTPTN dan polisi penswastaan. Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN (seperti Kolej Masterskill) manakala ribuan graduan kejururawatan swasta tidak mendapat kerja kerana kelambakan dalam pasaran. Kini, lebih banyak kolej swasta diberi lesen untuk dibuka.

Jadi, siapakah yang akan lebih menghargai 'nilai' pendidikan tinggi ini? Anak muda kita atau pihak korporat yang mengaut jutaan ringgit?

Sepatutnya, skim pendidikan percuma akan melahirkan sikap penghargaan yang lebih daripada penuntut kita kerana pendidikan mereka dibiayai oleh kerajaan melalui wang rakyat. Maka, kerajaan mempunyai hak tersendiri untuk menyuruh anak muda kita menyumbang balik penghargaan mereka kepada rakyat kita. Namun realitinya, keberlangsungan pemodal dalam sistem pendidikan negara adalah bergantung kepada wang PTPTN dan bukannya daripada penuntut. Kegagalan pihak kerajaan mengawal pertumbuhan kolej swasta serta penyertaan VIP dan bekas VIP kerajaan/kerabat Diraja dalam

perniagaan ini menyebabkan pengaliran yang tinggi wang PTPTN kepada kolej-kolej. Perlantikan bekas Ketua Hakim N e g a r a , Tu n M o h a m e d Dzaiddin Abdullah sebagai canselor Universiti Terbuka Wawasan adalah contoh terbaru bagaimana golongan penting dalam sistem kerajaan dipergunakan oleh sektor swasta demi kepentingan m e r e k a . A n t a r a a l a s a n per lant ikan be l iau ia lah “…yakin kedudukan Mohamed Dzaiddin dalam kerajaan dan kalangan warga korporat akan dapat meningkatkan imej dan kredibiliti universiti ini...”

Bagaimana pula nasib penuntut kita yang 'membayar' pendidikan mereka? Ramai yang tidak mendapat kerja yang sepatutnya, dan akibatnya mereka tidak dapat membayar balik pinjaman PTPTN. Akhirnya mereka disenaraihitamkan dan dihalang ke luar negara oleh pihak imigresen. Majoriti graduan yang mendapat kerja adalah bergaji kurang RM 2500/ sebulan. Bayangkan, dengan kenaikan harga barangan keperluan dan spekulasi harga rumah masa kini, adakah gaji mereka mencukupi untuk berumahtangga atau sekurang-kurangnya membeli sebuah rumah? Inikan pula dengan kenaikan harga rumah di lembah Klang dan Penang, perlaksanaan cukai GST, kenaikan cukai taksiran di Kuala Lumpur, kenaikan harga petrol dan sebagainya.

Kita hanya memerlukan sehingga RM 6 billion setahun untuk menampung sistem pendidikan percuma dari tadika hingga ke universiti dan bukannya sehingga RM45 billion sepertimana yang dikokokkan oleh mak menteri kita ini. Dan, jika Mak Menteri berhujah bahawa 10 universiti terbaik dunia mengenakan bayaran kepada penuntutnya, adakah beliau sedar negara yang menjuarai sistem pendidikan dunia iaitu Finland memberikan pendidikan percuma untuk rakyatnya dan sudah menutup semua sekolah swasta mereka. Tiada universiti swasta di situ dan malah, sekolah 'independent' mereka juga ditanggung oleh kerajaan. Pihak pendidik Finland memberitahu bahawa mereka tidak mengejar kedudukan dan mengutamakan kecapaian sistem pendidikan oleh

semua. Tanggungjawab sosial serta kreativiti telah membawa mereka ke tahap ini dan bukannya kerana perniagaan pendidikan.

Jadi, kenyataan pelajar yang membayar untuk pendidikannya akan lebih menghargainya adalah kenyataan yang berniat songsang dan berkepentingan sendiri untuk menghalalkan pengaliran wang PTPTN ke kocek korporat. Datuk Mary Yap ialah Timbalan Menteri Pendidikan, kedudukan beliau sebagai Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Pintar juga merefleksikan kenyataan

beliau ini. Yayasan Pintar mempromosikan penglibatan pihak swasta dalam sistem pendidikan negara. Ini secara tidak langsung memberi gambaran pendirian beliau yang lebih pro korporat daripada kepentingan rakyat.

Kami, di GMPP berharap Mak Menteri tidak mencampuradukkan kedudukan beliau dan meletakkan jawatan beliau di kerajaan serta hanya menumpukan usaha beliau di Yayasan Pintar yang selari dengan kenyataan beliau sebelum ini. PENDIDIKAN PERCUMA ADALAH HAK RAKYAT BUKAN PERNIAGAAN!

(oleh Karthiges, Penyelaras GMPP)