8
TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS 1.0 Pengenalan Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori teori ini dikuasai dan dilaksanakan oleh seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. Secara definisi secara kasar, pembelajaran merupakan satu proses perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini akan berlaku selepas seseorangindividu itu mempelajari sesuatu yang baru yang menjadikan dirinya lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum proses pembelajaran berlaku. Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran melalui pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing masing. Ahli ahli falsafah telah mengkaji dan meneliti cara cara pembelajaran yang diaplikasikan oleh individu individu yang berbeza. Mereka juga telah mengelaskan cara cara pembelajaran ini kepada beberapa kategori yang dikenali sebagai teori pembelajaran humanis, teori pembelajaran behavioris, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran socialis dan teori pembelajaran konstruktivis. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran yang diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosialis. Teori pembelajaran ini diperkenalkan oleh Albert Bandura (1925 kini). Teori pembelajaran sosialis ini berasal daripada konsep asas tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam penyelidikan awal yang dijalankan oleh Ivan Pavlov, John Watson dan B.F. Skinner pada haiwan dalam makmal. Penemuan ini dianggap terlalu mudah dan tidak menjelaskan teori pembelajaran manusia dengan terperinci. Lantas, perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penyelidik. Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah memperkanalkan teori pembelajaran sosialis dengan meneliti semula konsep dan penerapan yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku Social Learning and Clinical Psychology (1954) serta penyelidkan awal Miller dan Dollard dalam buku Social Learning and Imitation (1941) (http://en.wikipedia.org/wiki/Social_learning_theory#cite_note-2) 2.0 Teoris Utama Teoris utama yang memperkenalkan teori pembelajaran sosial adalah Albert Bandura (1925 - kini). Beliau dilahirkan pada 4 Disember 1925 di bandar Mundare yang terletak di utara Alberta, Canada. Beliau telah menerima pendidikan awal di sekolah yang serba kekurangan tetapi beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang. Beliau menyambung pengajian tingginya di British Columbia Universiti dan memperoleh ijazahnya yang pertama dalam bidang Psikologi. Selepas itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama untuk peringkat doktor

TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

1.0 Pengenalan Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori – teori ini dikuasai dan dilaksanakan oleh seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. Secara definisi secara kasar, pembelajaran merupakan satu proses perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini akan berlaku selepas seseorangindividu itu mempelajari sesuatu yang baru yang menjadikan dirinya lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum proses pembelajaran berlaku.

Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran melalui pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing – masing. Ahli – ahli falsafah telah mengkaji dan meneliti cara – cara pembelajaran yang diaplikasikan oleh individu – individu yang berbeza. Mereka juga telah mengelaskan cara – cara pembelajaran ini kepada beberapa kategori yang dikenali sebagai teori pembelajaran humanis, teori pembelajaran behavioris, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran socialis dan teori pembelajaran konstruktivis.

Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran yang diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosialis. Teori pembelajaran ini diperkenalkan oleh Albert Bandura (1925 – kini). Teori pembelajaran sosialis ini berasal daripada konsep asas tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam penyelidikan awal yang dijalankan oleh Ivan Pavlov, John Watson dan B.F. Skinner pada haiwan dalam makmal. Penemuan ini dianggap terlalu mudah dan tidak menjelaskan teori pembelajaran manusia dengan terperinci. Lantas, perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penyelidik.

Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah memperkanalkan teori pembelajaran sosialis dengan meneliti semula konsep dan penerapan yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku “Social Learning and Clinical Psychology” (1954) serta penyelidkan awal Miller dan Dollard dalam buku “Social Learning and Imitation” (1941) (http://en.wikipedia.org/wiki/Social_learning_theory#cite_note-2)

2.0 Teoris Utama Teoris utama yang memperkenalkan teori pembelajaran sosial adalah Albert Bandura (1925 - kini). Beliau dilahirkan pada 4 Disember 1925 di bandar Mundare yang terletak di utara Alberta, Canada. Beliau telah menerima pendidikan awal di sekolah yang serba kekurangan tetapi beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang. Beliau menyambung pengajian tingginya di British Columbia Universiti dan memperoleh ijazahnya yang pertama dalam bidang Psikologi. Selepas itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama untuk peringkat doktor falsafah di Iowa Universiti. Pada masa yang sama beliau telah didedahkan kepada tradisi behavioris dan juga teori pembelajaran awal.

Page 2: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

Pada tahun 1953, beliau telah memulakan alam pekerjaannya sebagai seorang pensyarah di Stanford Universiti. Beliau telah menghasilkan bukunya yang pertama iaitu “Adolescent Aggression” pada tahun 1959 bersama – sama dengan pelajar sarjananya yang pertama iaitu Richard Walters. Pada tahun 1973, beliau telah menyandang jawatan sebagai presiden di American Psychological Asociation (APA). Kini, beliau masih lagi berkhidmat sebagai pensyarah di Stanford Universiti.

Selain Bandura, salah seorang penyelidik bidang Psikologi yang mengkaji teori pembelajaran sosialis ialah Julian Rotter. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat pada tahun 1916 dan telah menerima ijazah sarjana mudanya di Kolej Brooklyn. Beliau telah menyambung pengajian sarjana di Universiti Iowa dan mendapat izajah doktor falsafahnya di Universiti Indiana. Rotter pernah berkhidmat untuk “United State Army” semasa Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar dalam bidang Psikologi di Universiti Ohio. Selepas itu, beliau telah berkhidmat di Universiti Connecticut sehingga bersara. Rotter telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku sepanjang tempoh kerjayanya antaranya ialah buku “Social Learning dan Clinical Psychology” pada tahun 1954. (http://en.wikipedia.org/wiki/Julian_Rotter)

3.0 Prinsip Asas Teori Pembelajaran Sosialis Setiap teori pembelajaran mempunyai prinsip – prinsip asas yang akan diterapkan dalam proses pembelajan. Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan oleh Albert Bandura, kami telah berjaya meneliti 4 prinsip asasnya iaitu:a. Pembelajaran setiap individu dapat dilakukan melalui pemerhatian tingkah laku orang

lain atau permodelan.b. Perubahan tingkah laku mungkin akan berlaku ataupun tidak akan berlaku dalam proses

pembelajaran.c. Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh perkembangan kognitif

individu yang terlibat.d. Teori pembelajaran sosialis akan dijadikan sebagai perantaraan teori pembelajaran

behavioris dan teori pembelajaran kognitif.

Prinsip – prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian

Page 3: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara yang sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.

Kedua – dua prinsip ini dapat dilihat dengan lebih jelas dalam eksperimen yang dilakukan oleh Bandura terhadap kanak – kanak tadika (tiga hingga enam tahun) dalam kajiannya pada tahun 1963. Dalam eksperimen Bandura yang pertama, kanak - kanak tadika dibahagikan kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan Kumpulan B). Kumpulan A ditayangkan sebuah video di mana sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung Bobo manakala kumpuan B pula ditayangkan dengan video di mana sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung Bobo. Selepas itu, kedua – dua kumpulan kanak – kanak itu dibawa ke dua bilik mainan mempunyai patung Bobo masing – masing. Hasilnya, kanak – kanak Kumpulan A meniru dan melakukan aksi kumpulan orang dewasa yang diperhatikan dalam tayangan video malah lebih agresif. Kanak – kanak kumpulan B pula tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif tehadap patung Bobo. Daripada eksperiment ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku kanak – kanak atau individu dapat dilakukan melalui peniruan atau permodelan.

Page 4: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu contoh kanak – kanak yang bertindak agresif terhadap patung Bobo selepas menonton video yang diberikan.

Dalam eksperimen Bandura yang kedua, kanak – kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Kumpulan A ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo dan kemudian menerima hadiah. Kumpulan B pula ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo dan kemudian mendapat denda. Kanak – kanak kumpulan C pula ditayangkan dengan video di mana orang dewasa bermesra dengan patung Bobo. Hasilnya, kanak – kanak kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada orang dewasa yand diperhatikan. Kanak – kanak kumpulan B dan C pula tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif. Daripada eskperimen ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku peniruan atau permodelan adalah hasil daripada peneguhan dalam teori pembelajaran behavioris.

Terdapat beberapa jenis peniruan dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan oleh Bandura. Antaranya ialah gaya peniruan langsung. Si peniru akan meniru tingkah laku yang dilihat secara langsung. Sebagai contohnya, guru mendemonstrasikan cara melipat bintang dan para pelajar meniru secara langsung. Peniruan yang kedua merupakan peniruan secara tidak langsung. Gaya peniruan ini adalah melalui imaginasi atau pemerhatian tidak

Page 5: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

langsung seperti melalui imaginasi individu melalui pembacaan. Peniruan sekat lakuan pula merupakan peniruan yang hanya membenarkan pengeluaran pada situasi tertentu sahaja. Sebagai contoh, individu yang meniru gaya bersorak di padang hanya terhad untuk dilakukan di padang dan tidak boleh dilakukan di bilik darjah. Peniruan tak sekat lakuan pula merupakan peniruan tingkah laku yang boleh ditiru dan dilakukan semula dalam apa jua keadaan juga. Sebagai contohnya ialah gaya pertuturan yang ditiru oleh para pelajar daripada seseorang guru (model). Terdapat juga peniruan jenis elisitasi. Peniruan ini akan menimbulkan tingkah laku dalam diri peniru selepas melihat perlakuan orang lain. Sebagai contohnya, apabila melihat rakan sebilik membancuh air kopi, kami akan terasa ingin minum air kopi juga. Terdapat juga peniruan gabungan di mana proses peniruan itu merupakan gabungan dua atau lebih jenis peniruan.

Setiap tingkah laku yang ditiru oleh pemerhati sebenarnya akan dipengaruhi dengan perkembangan kognitif diri pemerhati tersebut. Hal ini kerana setiap tingkah laku yang ditiru aka dinilai dan ditafsir oleh pemerhati berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Oleh itu, pembelajaran sosialis ini amat dipengaruhi oleh perkembangan kognitif individu yang terlibat. Pada masa yang sama, teori pembelajaran sosialis melibatkan motivasi sebagai lengkah pembelajaran yang terakhir. Motivasi yang dimaksudkan di sini merupakan sebahagian daripada teori pembelajaran behavioris iaitu konsep peneguhan. Peneguhan positif akan meningkatkan lagi aplikasi tingkah laku yang ditiru manakala peneguhan negatif akan menghapuskan tingkah laku yang telah ditiru. Namun, impak daripada peneguhan positif dan peneguhan negatif ini akan semakin berkurang selaras dengan perkembangan kognitif individu yang terlibat. Memandangkan keadaan demikian, teori pembelajaran ini boleh dikatakan sebagai perantaraan teori pembelajaran kognitivis dan juga teori pembelajaran behavioris.

4.0 Kaedah – kaedah Pembelajaran

Daripada prinsip – prinsip teori pembelajaran sosialis ini, kami boleh menghasilkan beberapa kaedah pembelajaran. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Setiap pelajar dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain ataupun permodelan.

b. Pembelajaran akan berlaku tidak kira sama ada terdapat perubahan dalam tingkah laku atau tidak ada perubahan dalam tingkah laku seseorang seseorang pelajar itu.

e. Perkembangan kognitif pelajar yang terlibat memainkan peranan dalam proses pembelajaran mengikut teori pembelajaran sosialis.

f. Teori pembelajaran sosialis merupakan teori pembelajaran yang menjadi perantaraan teori pembelajaran behavioris dan teori pembelajaran kognitif

Page 6: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

5.0 Model PembelajaranTeori pembelajaran sosialis ini sebenarnya boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di institusi pendidikan. Guru boleh mengaplikasikan jenis – jenis peniruan yang diperkenalkan dalam teori pembelajaran sosialis ini semasa proses pengajaran. Para pelajar pula akan melengkapkan empat langkah pembelajaran dalam teori ini iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Motivasi ialah aspek peneguhan yang biasanya dicetus oleh guru yang menjadi model kepada teori pembelajaran ini.

Berikut merupakan gambar rajah yang kami hasilkan sebagai medel pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam kelas:

Model pembelajaran di atas boleh dilakukan terutamanya apabila guru ingin menunjukkan atau mengajar para pelajarnya sesuatu teknik atau kemahiran. Sebagai contohnya dalam amali Subjek Biologi yang mengkaji proses osmosis dengan menggunakan rod ubi kentang. Guru ingin mengajar anak muridnya cara atau teknik yang betul untuk memotong ubi kentang dalam bentuk rod.

Pertama sekali, guru harus memastikan hasil pembelajaran yang diingini. Dalam sesi pengajaran pelajar menghasilkan rod ubi kentang ini, guru akan memastikan para pelajarnya mempunyai perkembangan baru aspek psikomotor di mana para pelajar berupaya untuk menghasilkan rod ubi kentang untuk menjalankan amali pada hari tersebut. Secara tidak

PsikomotorKognitif

HASIL PEMBELAJARAN

Page 7: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

langsung, perkara ini juga akan memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada para pelajar yang terlibat.

Seterusnya, proses pembelajaran dan pengajaran akan melibatkan aktiviti di mana guru akan mendemonstrasikan cara menghasilkan rod ubi kentang dengan menggunakan penebuk–T. Para pelajar akan memerhatikan guru dalam menghasilkan rod ubi kentang itu. Selepas itu, guru membiarkan para pelajar melakukan aktivit tersebut. Keadaan ini akan membenarkan para pelajar untuk mengalami diri sendiri cara dan teknik yang betul untuk menghasilkan rod ubi kentang tersebut. Pada masa yang sama, guru harus memerhatikan para pelajar agar mereka tidak tersilap konsep atau melakukan kesilapan.

Pada penghujung kelas, guru boleh memilih untuk menguji para pelajarnya secara verbal atau bertulis berkenaan dengan cara untuk menghasilkan rod ubi kentang. Sekiranya para pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat, guru harus membetulkan dengan segera dan memberitahu para pelajar kesilapan mereka. Sekiranya para pelajar dapat menjawab soalan guru dangan tepat, maka guru harus memuji para pelajarnya sebagi salah satu peneguhan positif untuk menggandakan lagi tingkah laku yang baru ditiru. Walaupun terdapat pelajar yang gagal untuk mempelajari teknik menghasilkan rod ubi kentang tersebut, guru juga harus memberikan dorangan dan sokongan agar mencuba lagi sehingga berjaya. Perkara ini adalah seperti prinsip teori pembelajaran sosialis di mana tiada perubahan tingkah laku tidak bermaksud si peniru tidak mempelajari sesuatu. Mungkin pelajar tersebut telah berjaya meniru teknik yang ditunjukkan tetapi memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan atau melakukan teknik yang ditiru daripada gurunya. Dengan lengkapnya keempat – empat langkah ini maka model pembelajaran ini dikatakan telah berjaya dilaksanakan.

6.0 Rumusan Sebenarnya terdapat banyak jenis teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan. Guru harus bijik memilih teori yang bersesuaian dengan para pelajarnya agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan jayanya.

Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan oleh Albert Bandura ini, pembelajaran melibat peniruan atau konsep permodelan di mana tenaga pengajar merupakan model untuk ditiru. Peniruan ini terdapat beberapa jenis iaitu peniruan secara lengsung, peniruan secara tidak langsung, peniruan sekat lakuan, peniruan tak sekat lakuan, peniruan elisitasi serta peniruan gabungan.

Selepas meniru, si pemerhati akan menyimpan tingkah laku yang ditiru selaras dengan perkembangan kognitifnya. Apabila situasi atau persekitaran yang sama wujud maka si peniru itu akan menghasilkan tingkah laku yang ditiru. Ini merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah lakunya mendapat peneguhan positif, tingkah laku tersebut akan dipraktikkan dan dilakukan selalu. Sekiranya tingkah lakunya menerima peneguhan negatif daripada orang lain maka tingkah laku tersebut akan dihapuskan. Keseluruhan proses

Page 8: TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

pembelajaran ini melibat empat langkah iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.

7.0 Rujukan 7.1 http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html7.2 http://findarticles.com/p/articles/mi_g2699/is_0003/ai_2699000323/7.3 http://en.wikipedia.org/wiki/Social_learning_theory 7.4 http://teachnet.edb.utexas.edu/~lynda_abbott/social.html7.5 http://www.learning-theories.com/social-learning-theory-bandura.html7.6 http://en.wikipedia.org/wiki/Julian_Rotter