12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Jan-Feb 2013 >ms 9 >ms 11 >ms 6 Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah berjaya mengadakan kempen berbasikal bertema “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” dan menjelajah Negeri Sembilan pada 7-10 Disember yang lalu. Pada empat tahun sebelum itu, iaitu tahun 2008, kempen berbasikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” anjuran JERIT diadakan dengan dua kumpulan pembasikal yang terdiri daripada anak muda berbasikal mengikut dua laluan, satu bermula dari Alor Setar dan satu lagi bermula dari Johor Bahru, kedua- duanya menuju ke Parlimen di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan selama 16 hari kempen basikan tersebut, para peserta telah didepani dengan pelbagai halangan dan gangguan daripada pihak polis. Namun, para peserta kempen basikal berjaya tiba di Parlimen dan menyampaikan tuntutan rakyat yang dibawa oleh kempen tersebut. Selepas empat tahun, JERIT melancarkan satu lagi kempen basikal untuk membawa 7 tuntutan rakyat yang utama, iaitu: i. Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; ii. Hentikan pemusnahan alam sekitar; iii. Perumahan selesa untuk rakyat; iv. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas ; v. Lindungi hak dan kebajikan pekerja; vi. Lindungi hak demokrasi rakyat ; vii. Mansuhkan undang-undang zalim Kempen basikal JERIT kali ini diadakan secara berperingkat dan destinasi pertama adalah Negeri Sembilan. Rakyat Pengayuh >ms 10 Perubahan Venezuela Manifesto Pekerja Imbas Kembali 2012

Sosialis (Jan Feb 2013)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Topik: Kem Sosialis Anak Muda, Kisah Lembu: Green Cow, Pembinaan Empangan Dan Perjuangan Orang Asal Di Sarawak, Imbas Kembali Tahun 2012, Gelagat Hakim Terhadap Umar Azmi, Kisah Perjuangan Mangsa Penswastaan Hospital. Sokong Somyot, Aktivis Buruh Thailand, Manifesto Pekerja Malaysia, Jelajah JERIT Di Negeri Sembilan, Pilihanraya Peringkat Negeri Venuezuela,

Citation preview

Page 1: Sosialis (Jan Feb 2013)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Jan-Feb 2013

>ms 9 >ms 11>ms 6

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah berjaya mengadakan kempen berbasikal bertema “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” dan menjelajah Negeri Sembilan pada 7-10 Disember yang lalu.

Pada empat tahun sebelum itu, iaitu tahun 2008, kempen berbasikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” anjuran JERIT diadakan dengan dua kumpulan pembasikal yang terdiri daripada anak muda berbasikal mengikut dua laluan, satu bermula dari Alor Setar dan satu lagi bermula dari Johor Bahru, kedua-duanya menuju ke Parlimen di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan selama 16 hari kempen basikan tersebut, para peserta telah didepani dengan pelbagai halangan dan gangguan daripada pihak polis. Namun, para peserta kempen basikal berjaya tiba di Parlimen dan menyampaikan tuntutan rakyat yang dibawa oleh kempen tersebut.

Selepas empat tahun, JERIT melancarkan satu lagi kempen basikal untuk membawa 7 tuntutan rakyat yang utama, iaitu:i. Pilihanraya yang BERSIH dan Adil;ii. Hentikan pemusnahan alam sekitar; iii. Perumahan selesa untuk rakyat;iv. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas ;v. Lindungi hak dan kebajikan pekerja; vi. Lindungi hak demokrasi rakyat ;vii. Mansuhkan undang-undang zalim

Kempen basikal JERIT kali ini diadakan secara berperingkat dan destinasi pertama adalah Negeri Sembilan.

Rakyat Pengayuh

>ms 10

Perubahan

VenezuelaManifesto

Pekerja

Imbas Kembali2012

Page 2: Sosialis (Jan Feb 2013)

Jan-Feb 2013PSM2

Dari Meja PengarangTahun 2013 pastinya tidak akan kurang hebatnya berbanding tahun 2012, dengan Pilihanraya Umum ke-13 semakin dekat. UMNO-BN yang amat takut kehilangan kuasa sedang menggunakan apa-apa sahaja taktik kotor untuk memastikan mereka terus memerintah negara Malaysia. Namun, gerakan rakyat yang semakin hebat sedang menggugat kekuasaan UMNO-BN dan mampu memberi pukulan maut kepada rejim yang korup lagi zalim.

Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang diadakan pada bulan Disember yang lepas di Negeri Sembilan telah menghidupkan semula memori kita tentang Kempen Basikal JERIT pada tahun 2008 di mana anak-anak muda berjaya mengharungi pelbagai halangan dan cabaran untuk menyampaikan tuntutan rakyat di Parlimen. Antara tuntutan rakyat yang telah dilaksanakan oleh kerajaan hasil daripada tekanan rakyat yang begitu hebat adalah gaj i min ina dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun, ini hanyalah perubahan secara permukaan sahaja dan perjuangan masih belum selesai, kerana gaji minima yang dilaksanakan sekarang mempunyai pe lbaga i kekurangan dan akta ISA diganti dengan satu lagi akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Hanya perjuangan yang berterusan dapat membawa perubahan yang sebenar.

Gerakan Hijau yang menentang projek-projek yang memudaratkan alam sekitar meneruskan momentum perjuangannya selepas Jalan Kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Protes mogok 100 jam menentang ancaman alam yang dianjurkan oleh sekumpulan anak muda telah menutup tirai tahun 2012 dengan satu aksi yang menunjukkan keazaman rakyat dalam menegakkan keadilan alam sekitar.

Hukuman penjara ke atas Umar Mohd

Azmi, seorang peserta Occupy Dataran bulan April yang lepas, telah mencetuskan semula perjuangan mahasiswa dan anak muda dalam menentang kezaliman pemerintah.

Menurut laporan Integriti Kewangan Global (GFI) yang dikemukakan baru-baru ini, didapati bahawa terdapatnya sebanyak RM 200 bilion wang haram dibawa keluar dari Malaysia pada tahun 2010, menjadikan negara Malaysia berada di tangga nombor 2 di dunia dalam pengaliran keluar wang haram! Jumlah wang haram yang mengalir keluar dari negara Malaysia dalam 10 tahun (2001-2010) telah mencecah RM 871 bilion! Ini merupakan wang yang tidak dicukai apabila syarikat-syarikat mengalih keuntungan ke luar negara dan juga wang yang digunakan untuk rasuah. Pengaliran wang haram ini bagaikan rompakan ke atas kekayaan negara.

Oleh itu, memang tidak hairan negara kita jadi bankrap kalau kuasa pentadbiran masih dipegang oleh UMNO-BN yang hanya mementingkan keuntungan kroni-kroni. Kita memang tiada pilihan dalam pilihanraya akan datang kecuali menolak

habis-habisan!

UMNO-BN secara

Page 3: Sosialis (Jan Feb 2013)

PARTI DAN FRON3

Kem Anak Muda 2012 telah berjaya diadakan pada cuti sekolah Disember 2012 di Kem Desa Selesa, Tg.Malim. Kem anjuran Pemuda Sosialis PSM dengan kerjasama Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah dihadiri oleh 30 orang anak muda daripada beberapa cawangan termasuk 8 orang kordinator.

Kem kali ini bertemakan “Hijau, Kuning, Merah” menyaksikan sedikit perbezaan daripada kem sebelumnya di mana isu-isu semasa berkaitan anak muda telah dikupas oleh para panel.

Kem ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan antara anak muda. Mereka telah dipisahkan kepada beberapa kumpulan. Kemudian, penerangan dan motif kem ini telah dibincangkan.

Sesi pertama adalah bersama dengan Kumpulan “Reboot The Root” dari Batu Arang. Mereka ini adalah bekas

Hijau Kuning Merah:Warna Kem Sosialis Anak Muda

penagih dadah dan juga pernah terjebak kepada gejala-gejala yang tidak sihat tetapi mereka telah insaf dan dalam proses untuk menjalani kehidupan normal seperti insan-insan lain. Mereka te lah b incangkan pengalaman pahit m e r e k a s e n d i r i tentang kesan-kesan negatif yang dialami oleh mereka dalam bentuk muzik dan lakonan. Sesi bengkel juga telah dijalankan.

Sesi seterusya adalah “River Of Life” yang dikendalikan oleh Komrad Rani, Ahli Pusat PSM. Sesi ini lebih kepada kitaran hidup kita dari kecil sehingga dewasa dan tua.

Peserta telah diberi kebenaran untuk mandi sungai dan rehat. Sesi terakhir pada hari pertama adalah tayangan video “GADOH'” yang boleh dikatakan salah satu video yang harus ditontoni oleh semua anak muda. Video ini membincangkan tentang masalah yang berlaku antara dua geng pelajar sekolah yang berbangsa Cina dan Melayu dan bagaimana mereka insaf dan mula untuk hidup bersama.

Hari kedua telah dimulakan dengan sesi “Food for Tought” oleh Komrad Bawani. Sesi ini berkaitan dengan diskriminasi warna kulit.

Sesi seterusnya telah dijalankan oleh Komrad

Letchumi mengenai Kapitalisme – Matinya Kemanusiaan. Sesi ini berkaitan dengan satu buku komik yang sama tajuk mengenai topik ini. Setelah perbincangan, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka telah mempersembahkan drama tentang bagaimana kapitalis cuba menggandakan kekayaaan mereka dengan menindas para pekerja.

Sdr Vijian dari Cameron Highlands telah menyampaikan sesi tentang “Anak Muda dan Alam Sekitar”. Menurut beliau 2 %daripada air di bumi adalah air tawar dan 98% adalah di laut. Tetapi manusia sedang memusnahkan sumber ini. Berdasarkan kajian, 10 juta kanak-kanak mati akibat masalah air. Beliau juga telah membincagkan isu-isu semasa yang sedang berlaku seperti Lynas, isu di Raub, Teluk Rubiah dan sebagainya.

Setelah sesi ini berakhir, kuiz berkaitan dengan “Kapitalisme – Matinya Kemanusiaan” telah dijalankan. Setiap jawapan yang betul daripada para peserta telah diberikan hadiah.

Sesi terakhir adalah plenary. Semua peserta telah diagihkan mengikut cawangan masing-masing. Mereka telah diberi tugasan untuk membincangkan akitivi-aktiviti susulan yang bakal dijalankan selapas kem ini. Boleh dikatakan kita mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta.

Kem ini telah ditamatkan dengan laungan kuat “Hidup Rakyat”!

Kem ini merupakan langkah permulaan kepada kita untuk mengorak langkah ke hadapan. Kem seperti ini penting supaya isu-isu semasa terutamanya berkaitan dengan anak muda dapat dikupas secara lebih dalam dan seterusnya memberi satu kesedaran kepada anak muda tentang sistem yang telah korup ini.

(oleh: M.Ravindran)

SATU LAGI KISAH LEMBU: Green Cow Green CowGreen Cow ialah satu kawasan di Cameron Highlands. Ia terletak di persimpangan masuk ke Ladang Teh Sg Palas. Terdapat 10 buah keluarga menetap di kaki bukit Green Cow. Hari ini kawasan pertanian ini hendak ditukar menjadi kawasan komersial untuk dibina pusat membeli-belah jutaan ringgit. Projek jutaan ringgit ini bukan sahaja mengancam landskap dan suhu Cameron Highland tetapi turut mengancam nyawa dan kehidupan 10 keluarga yang menetap di lereng bukit ini.

2 pemajuMimpi ngeri penduduk bermula apabila jentolak milik 2 pemaju iaitu Ng Yeet Ng dan LTT Development Sdn Bhd mula menolak tanah pada Ogos 2011. Pada masa yang sama juga, satu batu besar telah bergolek ke jalanraya akibat kerja-kerja LTT Development. Kesemua ini berlaku hanya beberapa hari setelah tanah runtuh di Kg Orang Asli Sg Ruil yang membunuh 7 orang pada 7 Ogos 2011.

Permit meneroka tanah LTT (yang sepatutnya tidak dikeluarkan) telah digantung sementara oleh Pejabat Daerah Cameron akibat insiden ini.

Pembentukan Gabungan Penduduk Green Cow

Pada September 2011, demi untuk memperjuangkan hak rumah yang selamat, Gabungan Penduduk Green Cow telah dibentuk untuk mewakili 7 dari 10 keluarga atas usaha PSM Cameron.

Banyak laporan polis, surat dan memorandum telah dihantar. Namun kerja penerokaan tanah tetap dijalankan oleh pemaju.

2 penduduk & 1 aktivis PSM ditahan polis

Oleh sebab tiada tindakan dari mana-mana p ihak , maka penduduk telah menghalang mesin jentolak Ng Yeet Ng d a r i p a d a b e k e r j a p a d a 13/10/2011. Polis Cameron telah bert indak tanpa sebarang perintah mahkahmah dengan menahan dua 2 penduduk S. Nagarajan dan S. Thanabalan, bersama-sama dengan aktivis PSM Suresh Kumar. Mereka kemudiannya telah didakwa di Mahkahmah Majistret Cameron

di bawah seksyen 341KK dan 506KK iaitu menghalang jentolak pemaju dan mengugut pemandu jentolak. Namun, setelah perbicaraan diadakan, kesemua mereka telah dibebaskan oleh Majistret pada 30/7/2012 dengan penghakiman bahawa alasan penduduk menghalang jentolak atas dasar keselamatan adalah hujah yang boleh diterima oleh mahkamah.

Rekod-rekod pembangunan lereng bukit dirahsiakan pihak Majlis DaerahGabungan Penduduk juga telah meminta dokumen-dokumen projek untuk dirujuk kepada jurutera awam tetapi tidak dilayan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Dalam perjumpaan dengan Pegawai Daerah Cameron pd 11/11/2011, beliau telah minta isu keselamatan diberi perhatian segera dan pihak berkuasa tempatan harus pastikan semua tanah dan batu ditutup. Tetapi perkara-perkara ini tidak pernah dibuat oleh pemaju.

Mengapa rekod-rekod ini dirahsiakan? Adakah kerana kelulusan projek ini diberikan secara tidak telus ? Pelbagai soalan yang mencurigakan menjadi tanda soal kepada projek lereng bukit ini.

Samseng tunjuk pistol, Polis tanya jenama pistolPada Mac 2012, LTT Development telah menghantar samseng untuk meroboh kandang kambing salah seorang penduduk; tetapi perobohan kandang kambing berjaya ditahan. Samseng juga cabut lari apabila lihat penduduk &

penyokong mula berkumpul.

Ada seorang samseng yang keluarkan pistol dalam insiden tersebut. Namun, apabila penduduk membuat aduan polis; Polis Cameron memperli penduduk dengan bertanyakan jenama pistol yang digunakan dan 'sijil lahir' untuk kambing yang hilang. Sehingga ke hari ini, tiada tangkapan dibuat ke atas samseng tersebut (malah tiada kawad cam) walaupun penduduk ada memberikan nombor pendaftaran kenderaan samseng dan boleh mengenal pasti samseng tersebut.

Penduduk dirikan khemahOleh kerana tiada tindakan dari mana-mana pihak, penduduk telah mendirikan khemah di kawasan projek pada 28/5/12 untuk memberhentikan projek LTT Development sehingga mendapat jawapan atau kehidupan mereka menjadi selamat. Ekoran itu, Pemaju Ng Yeet Ng tidak lagi membuat kerja berdekatan rumah penduduk.

Pemaju tawar RM 30,000Pemaju kemudiannya telah bersetuju untuk memberi pampasan RM30,000 kepada setiap keluarga untuk berpindah. Penduduk tidak bersetuju kerana RM30,000 tidak cukup untuk membina sebuah rumah dan penduduk tidak mempunyai tempat untuk membina rumah.

Pergi Kuantan jumpa MB, polis tahanEkoran tiada reaksi positif dari Kerajaan Tempatan di Cameron Highland, maka Gabungan penduduk telah meminta campurtangan Menteri Besar Pahang, namun tiada jawapan sehingga ke hari ini. Menteri besar yang berjanji melawat dan menyelesaikan masalah rakyat Cameron pada bulan April 2012 tidak menunaikan janji.

Malah, penduduk Green Cow bersama penduduk Cameron yang pergi untuk meminta temujanji telah ditahan dan dikasari Polis Kuantan semasa kunjungan mereka ke Pejabat MB Pahang pada 10/7/2012. Kesemua 25 daripada mereka dimasukkan ke dalam lokap untuk sehari sebelum dibebaskan.

(sambung di ms 4)

Jan-Feb 2013

Page 4: Sosialis (Jan Feb 2013)

4 NASIONAL

Pembinaan empangan hidroelektrik merupakan salah satu alternatif pada masa sekarang dalam menjana tenaga elektrik bagi menggantikan kaedah penggunaan tenaga bahan api. Namun demikian, pembinaan empangan hidroelektrik mengundang gejala rasuah, kemusnahan hutan secara berleluasa dan menghakis hak, tradisi dan budaya masyarakat kaum orang asal. Pembinaan empangan yang tidak mematuhi Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak Orang Asal berlarutan sehingga tiada penghujungnya. Kerakusan pemimpin Barisan Nasional dan pihak kapitalis ternyata dalam projek-projek mega seperti pembinaan Empangan Bakun, Murum, Baram dan banyak lagi sehingga membawa natijah kepada masyarakat pribumi mahupun alam sekitar.

Pembinaan empangan yang memer lukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan membawa banyak kesan negatif, antaranya adalah gangguan kepada sistem ekologi seperti hidupan akuatik dan darat terancam serta kepupusan dan gangguan flora dan fauna, masalah pencemaran seperti air dan tanah khususnya di kawasan hilir sungai. Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi di kawasan 70,000 hektar yang sebesar Singapura. Projek yang dimulakan pada tahun 1990an ini melibatkan perpindahan masyarakat asal seramai 10,000 orang. Projek Bakun telah mengundang pelbagai tekanan dan kritikan supaya projek tersebut diberhentikan kerana didapati proses penempatan semula penduduk Kampung Asap yang dijalankan dalam keadaan yang teruk sekali.

Selain itu, empangan Murum turut mendapat tentangan walaupun projeknya telah siap 80%. Projek yang menenggelami kawasan hutan seluas 24,000 hektar ini dijangka akan siap dibina pada tahun 2013 dengan membekalkan kuasa elektrik sebanyak 944 megawatt. Tentangan bertalu-talu memandangkan ia melanggar Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak Orang Asal. Ratusan masyarakat Penan berhimpun dan menyekat jalan demi membantah projek kontroversi empangan hidroelektrik Murum. Menurut penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond, kira-kira 200 orang Penan berkumpul dan menghalang jalan ke empangan itu di jambatan Sungai Seping, kira-kira 40km daripada tapak projek.

Sumber daripada Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) menunjukkan cadangan-cadangan

tidak mewakili sebarang bentuk pampasan yang adil terhadap masyarakat Penan yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak beberapa generasi dan akan kehilangan hutan serta kehidupan akibat kegiatan pembalakan, penanaman ladang kelapa sawit dan tidak lama lagi akan dibanjiri air empangan. Kaum Penan akan ditempatkan semula ke suatu kawasan yang asing dan terpencil di pinggir ladang kelapa sawit yang tiada harapan untuk bercucuk tanam dan berburu. Tambahan pula, jumlah nilai pampasan yang dicadangkan itu terdiri dari elaun bulanan yang jauh lebih rendah dari paras kemiskinan di Sarawak dan akan dilupuskan selepas tempoh empat tahun. Oleh yang demikian, masyarakat Penan menuntut gantirugi dalam bentuk tanah seluas 25 hektar untuk setiap 300 keluarga dan mahu kerajaan membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap keluarga, serta tanah seluas 30,000 hektar untuk sembilan kampung yang terlibat. Di samping itu, masyarakat turut meminta dana untuk pendidikan, pembangunan dan hak ke atas tanah yang tidak ditenggelami oleh air empangan kelak.

Setelah meneliti kesan pembinaan empangan, tidak dapat dipertikaikan bahawa projek empangan menjadi habuan pemimpin BN dan kapitalis untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda dan memiliknegarakan hutan simpanan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini amat jelas ditonjolkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang dikenali dengan nama “Mafia Balak” (Timber Mafia) yang memerah segala kekayaan balak kayu keras dari hutan bernilai tinggi di negerinya sendiri. Beliau juga mengawal kesemua geran tanah bagi kawasan yang ditebang sebesar negeri England, dan menggunakan kedudukannya secara sistematik untuk menghimpunkan kekayaan yang luar biasanya. Abdul Taib Bin Mahmud, juga merupakan penjaga pintu utama bagi kemasukan kesemua kontrak dari kerajaan Persekutuan ke negeri Sarawak dan telah menswastakan kebanyakan industri

Isu pembinaan empangandan perjuangan orang asal di Sarawak

utama kepada pegangan dirinya dan juga ahli-ahli keluarganya sendiri. TV Al-Jazeera telah mempersoalkan Taib berhubung kuasa monopoli dalam penjualan simen melalui syarikat CMS miliknya. Syarikat ini telah memonopoli segala projek pembinaan di Sarawak meliputi Empangan Bakun, Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, jalan-jalan raya, empangan-empangan, stesen-stesen janakuasa, hospital-hospital, lapangan-lapangan terbang, jambatan-jambatan dan urusan membaikpulih lebuh raya pan-Borneo. Segalanya dirampas oleh Taib dan keluarganya namun beribu-ribu orang miskin di negeri Sarawak yang masih tinggal di rumah usang yang hampir roboh, tiada bekalan air bersih dan tiada sistem kumbahan yang sistematik.

Hakikatnya, adakah masyarakat di Sarawak akan terus berdiam diri dan menjadi kaki ampu kepada Taib yang akan terus meneroka tanah untuk membina 11 buah empangan lagi di Sarawak. Empangan besar bukannya penyelesaian kepada masalah keperluan tenaga elektrik dan lebih-lebih lagi bekalan kuasa elektrik bukannya masalah utama di negeri Sarawak tetapi pengagihan kekayaan secara adil.

Sarawak sepatutnya menggunakan pilihan lain seperti projek hidro elektrik mini, sel volteks dan projek solar yang tidak melibatkan pemindahan Orang Asal kerana Sarawak hanya memerlukan 1100 Mw dan Empangan Bakun sahaja sudah mengeluarkan 2000 Mw. Bank Dunia menyatakan kita memerlukan tenaga simpanan sebanyak 25% tetapi simpanan sedia ada sudah pun mencecah 45%.

Masa depan masyarakat orang asal terletak pada kebangkitan mereka sendiri. Jangan sampai musuh mereka, Taib dan sekongkolnya terus menghakis tanah tradisi sehingga hilang dari mukabumi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat orang asal sememangnya member i penentangan namun adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk turun bersama menentang rejim UMNO, BN dan kapitalis yang rakus dengan wang semata-mata. Adalah menjadi kewajipan kita untuk menghalang mereka yang tamak haloba daripada terus mengumpul harta untuk bergenerasi tanpa penghujungnya. Dalam konteks ini, pilihanraya adalah satu peluang untuk merealisasikan hasrat mereka. Ayuh, mara demi perubahan yang adil dan saksama untuk semua lapisan masyarakat. Bersamalah kita membentuk kerajaan yang adil di mana setiap pemimpin harus mengisytiharkan harta, menjaga alam sekitar daripada terancam, hentikan serta-merta penjajahan kapitalis tamak ke negara kita dan gunakan keuntungan negara demi menjaga kebajikan rakyat.

(oleh: Santhana Devi)

(sambung dari ms 3)

Janji kosong MB dan Dato Palanivel

Selepas penangkapan polis di Kuantan, MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato G. Palanivel telah memberikan janji kosong bahawa masalah penduduk Green Cow telah diselesaikan.

Datuk Palanivel dalam satu kenyataan akhbar pada 17/7/2012 telah memberitahu bahawa Penduduk Green Cow telah diberikan tanah gantian. Ini merupakan satu pengakuan bahawa tempat yang mereka duduki sekarang adalah bahaya.

Namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa penyelesaian untuk penduduk walaupun penduduk ada menghantar 2 surat kepada Dato G.Palanivel.

Penduduk & PSM disaman oleh LTT Development

Pada 17/8/12, 7 ketua keluarga dan Suresh Kumar telah menerima perintah injunksi dan saman daripada LTT Development. Permohonan saman dan injunksi didengar di Mahkahmah Tinggi Kuantan sejak 14/9/2012. Pada 11/12/12, Hakim Mariana Yahya telah memberikan injunksi kepada penduduk untuk menghalang p e m a j u m e m b u a t k e r j a berhampiran rumah penduduk. Hakim Mariana juga telah menolak kesemua injunksi yang telah diberikan kepada pemaju sebelum

ini.

Lebih dakwaan di mahkamah

Seperti membalas dendam, DPP telah membuat rayuan kes aktivis PSM & 2 penduduk ke Mahkamah Tinggi Temerloh sejak 8/10/2012 dan pada 11/9/2012, dua orang lagi penduduk telah didakwa di bawah Seksyen 341KK (halangan salah kerana menahan lori pemaju yang bergerak laju). Semua ini menunjukkan wujud satu konspirasi untuk mengusir Penduduk Green Cow melalui taktik kotor dan menggunakan pelbagai saluran termasuk polis dan mahkamah.

Ini meningkatkan beban Penduduk Green Cow dalam memperjuangkan isu mereka.

Permohonan bantuan kewangan

Selepas mengharungi perjuangan setakat ini, 4 keluarga telah meninggalkan Gabungan Penduduk. Kini tinggal hanya 3 keluarga yang memperjuangkan nasib mereka. Gabungan Penduduk Green Cow ingin meminta sumbangan orang ramai untuk meneruskan perjuangan ini. Bantuan kewangan amat diperlukan untuk perbelanjaan:

1. K o s M a h k a m a h d a n peguam

2. P e n g a n g k u t a n , penginapan dan makanan dari Cameron ke Kuantan dan juga ke tempat-tempat lain berkenaan kempen ini

3. Cetakan risalah dan bahan kempen

Masalah Green Cow juga berkait dengan alam sekitar

Ramai orang telah mengadu bahawa Cameron Highland tidak lagi sejuk seperti dulu. Juga terdapat pelbagai isu tanah runtuh kerana pembangunan yang tidak terkawal di kawasan pergunungan ini. Isu Green Cow sebenarnya bukan isu 10 keluarga, tetapi ia melibatkan isu alam sekitar yang lebih besar.

Selain daripada mendapatkan penyelesaian untuk 3 keluarga di Green Cow, kes ini juga akan digunakan untuk membawa kepada perhatian masyarakat Malaysia berkenaan masalah pemusnahan hutan dan alam sekitar di Cameron. Di antara masalah-masalah alam sekitar akibat kedua-dua projek ini ialah:

1. pemusnahan hutan simpanan di Green Cow 2. pembangunan tidak mengikut peraturan di

kawasan bukit3. pencemaran sungai akibat tanah projek 4. sistem trafik Cameron akan menjadi lebih teruk

Bantuan kewangan boleh diberikan melalui akaun: PSM CENTRE (Hong Leong Bank) No Akaun 0061-1000-32377.

Sila maklumkan kepada kami selepas membuat sumbangan. Hubungi kami melalui: Suresh Kumar di 019-569 6964 E-mel: [email protected]: 05-4914088Alamat: Gabungan Penduduk Green Cow, d/a Parti Sosialis Malaysia (PSM), Cawangan Cameron Highlands, C1-G3, Blok C1, Royal Lily, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.(oleh: PSM Cameron)

Jan-Feb 2013

Page 5: Sosialis (Jan Feb 2013)

5 PERJUANGAN RAKYAT

Lebih kurang 40 orang berhimpun secara aman di bangunan AmBank Balakong, Kajang, pada 21 Disember yang lalu, dalam satu protes menentang tindakan bank yang melelongkan rumah keluarga miskin tanpa notis dan perbincangan.

Rumah yang didiami oleh sebuah keluarga miskin yang sedang menerima bantuan kebajikan telah dilelongkan baru-baru ini. Pencari nafkah utama keluarga tersebut merupakan seorang pekerja yang sekarang ini menerima bantuan PERKESO selepas kemalangan pekerjaan.

Dalam 3 tahun yang lepas, pusat khidmat PSM di sekitar Semenanjung telah mendapat semakin banyak aduan tentang tindakan Bank yang tidak bertanggungjawab ke atas rakyat miskin. PSM pernah mengadakan aksi protes bersama-sama dengan mangsa penganiayaan bank di hadapan Bank Negera untuk mencari penyelesaian. Pihak Bank Negara hanya melakukan kerja hubungan awam tetapi tiada tindakan konkrit selepas itu.

Masalah rakyat yang tersangkut dengan hutang bertimbunan masih jauh belum diselesaikan, malah menjadi lebih serius lagi. Pihak PSM masih menerima banyak aduan. Antara aduan termasuklah muflis, rumah dilelong, dokumen atau identity palsu dan sebagainya. Kebanyakan mangsa penganiayaan bank merupakan golongan berpendapatan rendah.

Cawangan PSM Kajang telah menerima satu aduan daripada seorang wanita bernama Muniammah pada bulan Disember yang lalu. Muniammah sekarang ini bergantung pada bantuan kebajikan dan menginap di sebuah pangsapuri yang dibeli olehnya 11 tahun yang lalu. Namun, rumahnya telah dilelongkan tanpa pengetahuannya. Pihak PSM Kajang telah membantu Muniammah membuat aduan polis dan membawanya ke ibupejabat Ambank.

Keluarga Muniammah telah diganggu secara berterusan dan diancam oleh orang yang dikatakan pemilik baru rumah tersebut sejak bulan Julai tahun 2012. Bekalan air dan elektrik ke rumah Muniammah telah dipotong pada bulan Disember lalu. Persoalan yang di tanya-tanya oleh M u n i a m m a h a d a l a h bagaimana TNB dan SYABAS boleh memotong bekalan asas ini walaupun Muniammah masih membayar bi l-bi l? Muniammah juga tidak faham mengapa tiada notis peguam yang memberitahunya bahawa rumahnya telah dilelong atau dijual. Yang tidak masuk akal l a g i a d a l a h , k e l u a r g a Muniammah telah membuat pembayaran kepada pihak bank pada bulan Mei dan

semasa mereka pergi membayar lagi pada bulan Julai, mereka diberitahu bahawa rumah mereka sudahpun dilelong.

Anak Muniammah, Thanasegaran Subramaniam , 34 tahun, yang merupakan seorang pesakit jantung telah ditimpa kemalangan lebih kurang 3 tahun dahulu. Thanasegaran mendapat dana PERKESO lebih kurang RM 400 sebulan, manakala ibunya Muniammah mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM 200, menjandikan jumlah pendapatan bulanan keluarga Muniammah hanya RM 600, bersamaan dengan jumlah

yang perlu dibayar kepada bank setiap bulan. Wang KWSP kedua-duanya telah habis untuk membayar rumah mereka. Satu-satu rumah mi l ik mereka sekarang ini juga dirampas begitu hanya.

Keluarga Muniammah tiada lagi pilihan kecuali memprotes ke atas kezaliman pihak Bank. Aktivis PSM telah melakukan protes bersama ke luarga Muniammah di hadapan AMbank

Balakong pada 21 Disember yang lalu. Selepas berprotes selama setengah jam di luar bangunan Ambank, masih tiada seorang daripada pihak bank yang mempeduli dan keluar bertanya. Oleh itu, keluarga Muniammah dan para penyokong telah masuk ke dalam Bank dan duduk dalam pejabat bank dengan memegang plakad yang tertulis slogan bantahan. Ini telah mengejutkan pengurusan bank dan mereka berjanj i untuk memanjangkan masalah ini kepada pihak atasan.

PSM bersama-sama dengan mangsa penganiayaan bank telah menghantar satu mesej yang jelas, iaitu pihak bank perlu hentikan penganiayaan ke atas rakyat miskin. Menindas orang miskin untuk menimbun kekayaan merupada satu perkara yang amat keji sekali. PSm bersedia untuk melancarkan “perang” ke atas mana-mana bank yang tidak bertanggungjawab.

PSM telah mewujudkan talian khas untuk menerima sebarang aduan tentang rakyat miskin yang dianiayai oleh bank. Sesiapa yang menghadapi masalah sebegini boleh hubungi 016-3733692 atau 012-3762023.

Hentikan Penganiayaan Ke Atas Rakyat Miskin Oleh Bank

Pada 14 Disember 2012, Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Puan Nurul Ain Binti Hamzah telah memberi peluang kepada pihak Pemaju Transloyal dan bekas pekerja Ladang Bangi untuk cuba menyelesaikan masalah di luar mahkamah dan jika tidak berjaya, maka Mahkamah akan menentukan tarikh perbicaraan pada 21 Januari 2013.

Peguam pihak penduduk, Fadiah Nadwa telah memfailkan balasan affidavit. Dalam affidavit balasan, para bekas pekerja Ladang Bangi menafikan mereka adalah setinggan dan dengan mengatakan dengan tegasnya bahawa mereka adalah generasi kedua, ketiga dan keempat masyarakat ladang. Mereka menuntut hak perumahan tetap dibina sebelum mereka sedia berundur.

Lebih 50 orang penduduk membanjiri ruang mahkamah yang sempit pada 14 Disember yang lalu. Turut hadir adalah Sdr S.Arutchelvan - Setiausaha Agung PSM, T. Ramalingam – Penyelaras JSML (Jawatankuasa Sokongan masyarakat Ladang ) dan M.Sivaranjani - Penyelaras Pekerja JERIT.

Para bekas pekerja membawa kain rentang dan menjerit slogan di perkarangan mahamah.

Walaupun rundingan masih berlaku yang juga melibatkan pihak kerajaan Negeri dan Majils Perbandaran Kajang (MPKJ), namun pemaju Trans Loyal bertindak secara angkuh dan membawa pekerja ke Mahkamah dengan niat mereka boleh diusir tanpa membina rumah kos rendah. Notis mahkamah untuk mengosongkan tanah Ladang Bangi telah diserahkan pada 27 Oktober 2012 iaitu beberapa minggu sebelum hari Deepavali. Pemaju berniat jahat, mengkhianati bekas pekerja-pekerja ladang serta tidak menghormati rundingan yang sedang berlangsung dengan pihak berkuasa sehingga kini.

Latarbelakang Ladang Bangi

Ladang Bangi di Selangor telah wujud sejak 100 tahun yang lalu. Bekas pekerja ladang yang kini menetap sana adalah generasi keempat. Mereka mula menghadapi masalah pengusiran setelah ladang berhenti beroperasi pada tahun 2000. Notis pengusiran pertama diterima pada 17 Mei 2000 yang dikeluarkan oleh Syarikat Golden Hope. Pada tahun 2006, Pejabat Daerah Kajang bersama pihak Tuan Tanah telah mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil ladang dan berjanji untuk

membina 43 buah rumah dan sebuah k u i l , t e t a p i s e h i n g g a k i n i b e l u m d i l a k s a n a k a n . Sementara i tu, pada tahun 2011, t a n a h L a d a n g Bangi telah dijual kepada pemaju Trans Loyal dan kini bekas pekerja-pekerja ladang ini diancam dengan pengusiran oleh pemaju Trans Loyal yang memaksa mereka keluar dari Ladang mereka.

Pemaju telah menggunakan samseng, polis, dan pelbagai helah lain untuk menceroboh kawasan penduduk. Semua taktik mereka buntu dan kini mereka menggunakan senjata undang-undang pula.

“Biar apa pun, kami tetap akan berjuang untuk hak perumahan. Senjata yang maha berkuasa adalah kuasa rakyat. Rintihan dan jeritan pekerja ladang ini terus membicara masa depan mereka

(Oleh: M. Sivaranjani)

Didengar Bulan JanuariKes Pengusiran Pekerja Ladang Bangi

Jan-Feb 2013

Page 6: Sosialis (Jan Feb 2013)

6 KHAS

2012 – Setahun dalam Perjuangan Rakyat

Januari

Ÿ Para mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik dan menunjukkan sokongan kepada Adam Adli yang mencabar sistem pendidikan yang dikuasai oleh professor kangkung, telah berhimpun di UPSI menjelang Tahun Baru 2012. Tetapi polis bertindak ganas ke atas mahasiswa.

Februari

Ÿ Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) telah mengadakan piket besar-besaran demi membantah tindakan MayBank yang memecat dua orang pimpinan NUBE dan menindas hak kesatuan pekerja bank.Ÿ Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb di Kuantan demi membantah kilang Lynas telah mengundang penyertaan seramai 20,000 orang rakyat Malaysia yang prihatin kepada keadilan alam sekitar dan kesihatan semua orang. Himpunan solidariti juga diadakan di Bukit Merah Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ini merupakan himpunan menentang ancaman alam sekitar yang paling besar di Malaysia pada ketika itu.

Mac

Ÿ Sempena menyambut Hari Wanita Sedunia, sebuah gabungan NGO telah menganjurkan Himpunan Ungu bertema “Wanita Suara Perubahan” pada 18 Mac di Petaling Jaya. Himpunan ini disertai oleh kira-kira 4,000 orang.

April

Ÿ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah digantikan oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas).Ÿ Lebih kurang 500 orang mahasiswa dan anak muda turun berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 14 April, menuntut supaya PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan sistem pendidikan percuma sehingga tahap universiti. Para mahasiswa dan anak muda terus berkhemah di Dataran Merdeka dan memberi nafas baru kepada gerakan “Occupy Dataran”. Walaupun anak-anak muda yang menduduki Dataran Merdeka menghadapi pengusiran oleh DBKL, tetapi mereka dapat bertahan sehingga menjelang Himpunan Bersih 3.0.

Kebangsaan

Imbas Kembali Tahun 2012

Ÿ Himpunan Raksasa pada 28 April di mana Himpunan Bersih 3.0 yang menuntut reformasi pilihanraya dan Himpunan Hijau 3.0 yang menuntut keadilan alam sekitar diadakan serentak di Kuala Lumpur. Lebih 200,000 orang telah mengambil bahagian dalam himpunan rakyat yang bersejarah ini. Selain KL, 10 lagi buah Bandar di Malaysia termasuk Georgetown, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching juga adanya rakyat yang berhimpun, di samping himpunan solidariti di puluhan bandar seluruh dunia.

Mei

Ÿ Himpunan Hari Mei Satu telah diadakan di Kuala Lumpur. Aksi Hari Mei Satu anjuran Jawatankuasa Mei Satu kali ini telah disertai oleh ramai anggota kesatuan sekerja.

Jun

Ÿ Ratusan pencinta alam yang membantah kilang Lynas telah mengadakan aksi “Occupy Balok” pada 23-24 Jun, di Pantai Balok, Kuantan.

Ogos

Ÿ Walaupun pihak polis “mengharamkan” Himpunan “Janji Demokrasi ”, masih tidak menghalang 10,000 orang berhimpun pada malam 30 Ogos di ambang Hari Merdeka dalam menyuarakan tuntutan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan demokrasi yang sejati.

September

Ÿ Himpunan Hijau Raub diadakan pada 2 September di pekan Raub dengan penyertaan lebih 10,000 orang. Himpunan ini menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Bukit Koman dalam membantah perlombongan emas yang menggunakan bahan toksik sianida yang amat berbahaya sekali. Satu kajian yang dikemukakan pada bulan Jun telah menunjukkan bahawa 80% penduduk yang disiasat mempunyai masalah kesihatan yang berkemungkinan berkaitan dengan aktiviti perlombongan emas. Ÿ Himpunan Hijau Pengerang diadakan pada 30 September sebagai satu protes menentang projek industri petrokimia (RAPID) yang bakal memusnahkan kehidupan rakyat di Pengerang, Selatan Johor. Projek RAPID yang memakan dana sebanyak RM 61 bilion akan memusnahkan sebanyak 17 buah kampung dan mengusir seramai 28,000 orang penduduk tempatan. Sistem ekologi di persisiran pantai turut terjejas dan menghancurkan rezeka para nelayan di situ.

Ÿ Masyarakat Orang Penan di Sarawak telah mengadakan aksi blockade ke atas pembinaan Empangan Murum pada 26 September. Lebih 1.600 orang Penan dari 8 buah kampung terjejas oleh pembinaan empangan tersebut.

Ÿ Organisasi Hak Asasi Manusia, SUARAM, yang membawa kes pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis untuk siasatan tentang tuduhan rasuah, telah diserang bertubu-tubi sejak bulan September oleh Kerajaan UMNO-BN yang takut rahsia mereka terbongkar. UMNO-BN telah menggerakkan agensi-agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

Pendaftar Pertubuhan (ROS), Bank Negara, polis dan sebagainya untuk melakukan “siasatan” yang sebenarnya gangguan ke atas SUARAM.

Oktober

Ÿ Himpunan Rakyat Cameron yang diadakan pada 20 Oktober di Tanah Rata, Cameron Highlands, telah mengutarakan beberapa masalah di mana kehidupan rakyat Cameron terjejas oleh pembangunan yang hanya menguntungkan segelintir kecil pemodal besar.

November

Ÿ Satu aksi jalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur telah diadakan pada 13-25 November, dengan rombongan pejalan kaki yang diketuai oleh Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hujau. Lebih 20,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur pada 25 November untuk menyambut rombongan pejalan kaki yang telah berjalan selama 13 hari dan merentasi jarak sejauh 300 km.

Disember

Ÿ Jaringan Rakyat Tert indas (JERIT) telah mengadakan Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” di Negeri Sembilan pada 7-10 Disember.Ÿ Protes lapar 100 jam membantah ancaman alam.

2013 ? - Perjuangan Diteruskan

Ÿ Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelang dan pasti akan menyaksikan pertarungan hebat antara puak UMNO-BN yang cuba terus berkuasa untuk merampas kekayaan negara dengan rakyat jelata yang menuntut perubahan sebenar.Ÿ Perjuangan rakyat dalam menuntut demokrasi, keadilan alam sekitar dan keadilan sosial akan berterusan.

Tahun 2012 menyaksikan kebangkitan rakyat yang berterusan di negara kita dalam perjuangan menuntut demokrasi dan keadian sosial. Pergolakan dunia juga tidak kurang hebatnya berbanding tahun 2011 yang dilanda gelombang kebangkitan gerakan rakyat seperti Kebangkitan rakyat Arab dalam Arab Spring, dan juga Gerakan Occupy yang mencabar dominasi sistem kewangan kapitalis yang menjadikan dunia ini kasino besar untuk kapitalis berjudi.

Jan-Feb 2013

Page 7: Sosialis (Jan Feb 2013)

7 NASIONAL

Pada 21 Disember yang lalu, Majistret Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM 1000 ke atas aktivis Mahasiswa Umar Mohd Azmi untuk satu kesalahan kecil iaitu menghalang seorang penjawat awam.

Yang tak masuk akal adalah bukan sahaja hukuman yang berat untuk satu kesalahan kecil, tetapi apabila mahkamah tidak memberikan penangguhkan penghakiman sehingga kes dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Adalah satu prosedur biasa Majistet memberikan penangguhan kehakiman apabila ada hukuman penjara kerana sebagai seorang Hakim yang digelar “Yang Arif”, konsep kebebasan dalam kehakiman sangat penting dan setiap orang harus diberikan segala ruang dalam proses perundangan, sebelum dijatuh hukum.

Namum tak tahu mengapa Majistret ini berkelakuan sebegini. Mungkinkah kerana beliau mahu membodek sesuatu pihak sehingga beliau sanggup berbuat demikian? Ramai orang pelik dengan tingkahlaku Majistret yang membuat keputusan di luar tabii, barulah mereka sedar bahawa beliau adalah majistret yang turut memberikan perintah supaya rakyat dihalang berhimpun di Dataran Merdeka semasa Bersih 3. Memandangkan beliau mempunyai kepentingan sendiri, sepatutnya beliau meminta supaya beliau tidak mendengar kes ini kerana ia melibatkan mahasiswa yang “occupy” Dataran Merdeka pada masa itu.

Maka Majistret yang memberikan perintah untuk tidak memerdekakan Dataran Merdeka semasa Himpunan Bersih 3 sebelum ini, sekarang pula didapati tidak mahu memerdekakan seorang anak muda dan terus menggunakan kuasa untuk terus memenjarakan Umar sehingga kes didengar. Jika andaikata, beliau membuat rayuan di mahkamah tinggi dan mahkmah kemudian mendengar kes beliau, sudah pasti masa yang akan diambil adalah lebih lama dari sebulan dan oleh yang demikian dengan tidak memberikan perintah penangguhan adalah satu tindakan kotor untuk menghukum seseorang dan menjadikan kes asal akademik. Ini adalah tindakan terkutuk, menghalang hak kebebasan seseorang dan langsung tidak masuk akal. Yang turut menghairankan adalah tindakan Majistret yang masih taksub nak penjarakan Mahasiswa ini walaupun pihak DPP tiada halangan dalam persoalan memberikan penangguhan penghakiman. Nampaknya Magistet ini mempunyai misi tersendiri.

Jika tindakan Magistret ini boleh dikatakan tidak adil, saya cukup terbeliak mata dengan kenyataan-kenyataan yang dbuat oleh Hakim Amelia Tee. Setelah mendengar Hakim Amelia, saya tidak tahu nak ketawa

Nak ketawa atau menangis?GELAGAT HAKIM-HAKIM KITA

atau menanggis.

Semasa kes, Hakim A m e l i a b e r t a n y a kepada bapa Umar sama ada anaknya akan mendenga r cakap beliau dan suruh supaya anak beliau tidak lagi pergi untuk aktiviti tidak sihat seperti Occupy Dataran Merdeka atau berhimpun di s a n a . R e a l i t i n y a adalah Umar sudah berumur lebih 21, seorang yang dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri. Ini b u k a n s a t u mahkamah keluarga untuk merapatkan hubungan bapa dan anak, lebih-lebih lagi Hakim ini juga bukan guru disiplin, untuk mengawal gerak-geri seorang dewasa.

Yang leb ih teruk a d a l a h b e l i a u memberi larangan supaya Umar tidak lagi terlibat aktiviti yang sama dan jika terlibat, maka penangguhan kehakiman akan ditarik balik dan beliau akan dipenjara. Ini nampaknya 2 x 5 keputusan magistret.

Pertamanya mahkamah tinggi masih belum putuskan sama ada rayuan Umar diterima atau tidak, tetapi Hakim Amelia sudah buat ketetapan bahawa apa yang dilakukan oleh Umar pastinya salah dan beliau memberikan syarat tambahan. Hukum dulu, bicara kemudian.

Saya cukup terhibur dengan semua sandiwara Hakim, DPP dan Peguam. Di mahkamah, ramai anak muda yang hadir menggari diri mereka masing-masing sebagai tanda protes. DPP sibuk mengungkitkan isu-isu remeh-temeh yang tidak relevan padahal beliau sendiri tiada halangan untuk penghakiman penjara ditangguh. Peguambela pula bersunguh-sungguh cuba memastikan Umar dapat dibebaskan sehingga beliau memberi ruang kepada Hakim ini menetapkan syarat-syarat yang tidak demokratik, melanggari P Perlembagaan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia. Isu kebebasan asasi

erkara 10

seorang individu yang kini ditahan 3 hari tidak menjadi topik pokok. Nak ketawa atau menangis?

Namun Umar akhirnya bebas dengan ikat jamin RM 5 ribu dan syarat supaya beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dalam satu perhimpunan. Semasa saya dan 53 orang lain dulu ditahan dalam kes protes pada tahun 2008, Hakim Mahkamah Seksyen turut memberikan syarat bahawa jika kami terlibat dalam demo lain selepas ini, jamin mahkamah kami akan ditarik balik dan kami masuk semula ke penjara. Kes kami masih berjalan di mahkamah Seksyen KL hari ini dan kami masih hadiri puluhan demonstrasi dan perhimpunan selepas syarat dikenakan.

Saya terfikir bagaimana Umar dan kawan-kawannya hendak ikut syarat mahkamah apabila slogan Umar sendiri adalah, “Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat “. Sememangnya perjuangan jauh dari tamat dan apa lagi dengan taraf hakim dan magistret yang kita ada pada hari ini.

(Oleh: S. Arutchelvan)

(GMPP telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar

berikutan Umar Mohd Azmi, seorang peserta Occupy

Dataran, dijatuhkan hukuman atas satu tuduhan yang

remeh-temeh.) Mahkamah Majistret yang menghukum Sdr Umar

Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM

1000 kerana dikatakan menghalang kerja-kerja

pegawai DBKL mem'BERSIH'kan Occupy Dataran

pada bulan April yang lalu.

GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak

mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar

yang cuba menghalang tindakan intimidasi pihak

DBKL yang menghalau para peserta Occupy Dataran

dan penahanan Sdr Fahmi Reza. Rakan-rakan kami

yang berada ketika itu jelas memberitahu bahawa

tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi yang

berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan

sokongan terhadap perjuangan Occupy, pemansuhan

PTPTN dan perhimpunan Bersih.

Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa

rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk

berhimpun, bersuara, dan

menun tu t kead i l an dan

pembebasan. Hukuman ini

jelas juga satu tamparan

kepada kebebasan system

kehakiman negara yang hanya

mendengar cereka pihak

berkuasa.

GMPP akan tetap meneruskan

sokongan kami kepada

kumpulan Occupy Dataran di

s a m p i n g m e n e r u s k a n

p e r j u a n g a n u n t u k

penghapusan PTPTN dan

p e n u n t u t a n p e n d i d i k a n

percuma di bumi kita.

Hidup Kuasa Anak Muda

&Mahasiswa/i!

(oleh: Karthiges, Penyelaras

Gerakan Menuntut Pendidikan

Percuma, GMPP)

Membidas Keputusan Mahkamah Yang Menghukum Umar Mohd Azmi Secara Berat SebelahGerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)

Jan-Feb 2013

Page 8: Sosialis (Jan Feb 2013)

8 SOLIDARITI

Ahli Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan juga Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj telah berjaya menuntut pampasan sebanyak RM158,000 untuk Pn Chow Chooi Mei atas kecuaian hospital kerajaan. Dr. Kumar mula menuntut sebelum beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Kisah Pahit Pn Chow Chooi Mei

September 2004 - Pn Chow dimasukkan ke Hospital Ipoh. Beliau dikenalpasti mengidap TB paru-paru dan ubat anti-TB dimulakan pada 2/9/2004. Masalahnya

ialah Pn Chow sangat kurus pada masa itu – 32 kg sahaja, tetapi dos ubat TB yang diberi untuknya adalah dos biasa untuk orang dewasa - berdasarkan pada berat badan sebanyak 60 kg.

Pn Chow dibenarkan pulang ke rumah pada hujung bulan September 2004. Tetapi selepas beberapa minggu, beliau menghadapi masalah berjalan dan juga pengurangkan dalam daya penglihatan beliau. Oleh itu, beliau telah berhentikan semua ubat-ubatnya selepas 3 bulan.

Jun 2005 - Ibu Chow membawanya berjumpa dengan

Kisah Seorang Mangsa Penswastaan HospitalMenuntut Keadilan

doktor pakar kerana batuk Pn. Chow semakin teruk. Pada takat itu Pn. Chow memerlukan “walker” untuk berjalan kerana kaki beliau lemah dan keras, dan penglihatan beliau pula adalah amat kurang (6/60).

Pn. Chow didiagnos sebagai- Relapse of Sputum Positive Tuberculosis- Ethambutol induced Visual Loss- INH induced neurological defect.

Pn. Chow dimasukkan balik ke Hospital Ipoh, dan kali ini dirawat dengan dos-dos yang sempurna.

Malangnya, pihak Hospital Ipoh tidak ambil sebarang intiatif untuk menguruskan bayaran ganti rugi terhadap komplikasi rawatan yang dialaminya.

2007 - Pn Chow telah menfaikan kes di Mahkamah Sesyen Ipoh untuk memohon tuntutan ganti rugi terhadap komplikasi rawatan TB. Peguam Maxwell Kenion mengendalikan kes beliau. Pn Chow tidak tahu nama doctor-doktor yang merawat beliau pada September 2004. Oleh itu, peguamnya telah memakai nota hospital (case notes) untuk mencari nama doctor untuk menfailkan kes.

Nov 2010 - Dr. Kumar membawa Pn Chow ke Parlimen.

Dis 2010 - Usul potong gaji Menteri Kesihatan dicadang oleh Dr. Kumar semasa sidang Parlimen atas sebab Menteri Kesihatan gagal membantu Pn Chow untuk menuntut keadilan tetapi usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Dis 2012 - Pn Chow menerima cek sebanyak RM158,000 sebagai pampasan

PSM berpendapat kemalangan ini adalah antara kesan penswastaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang menarik ramai pakar ke hospital swasta padahal majoriti raklyat Malaysia masih pergi ke hospital kerajaan untuk rawatan. #

Aktivis buruh terkenal di Negara Thai Somyot Prueksakasemsuk, telah ditahan sejak 30 April

2011 di bawah undang-undang lèse majesté yang sering digunakan ke atas aktivis politik yang

menyuarakan bantahan terhadap pemerintahan elit politik dan juga pihak tentera di Negara

Thai. Kes perbicaraan Somyot telah berlangsung lebih setahun. Somyot telah dinafikan

haknya untuk diikat jamin dan beliau telah dikurung dalam penjara sehingga kini. Keputusan

kes perbicaraan yang sepatutnya diketahui pada 19 Disember yang tahun telah ditunda ke 13

Januari ini.

Sementara itu, ramai yang prihantin tentang gerakan rakyat di Thailand telah memberikan

sokongan kepada Somyot sepanjang penahananya, dan Malaysia juga tidak ketinggalan. PSM

bersama-sama dengan masyarakat sivil di

Malaysia pernah mengadakan aksi

bantahan di Kedutaan Negera Thai. Dalam

kempen terbaru dalam pembebasan

Somyot, aktivis-aktivis di merata tempat

telah mengambil gambar dengan mesej

Sokongan Solidariti KepadaAktivis Buruh Thailand, Somyot

Jan-Feb 2013

Page 9: Sosialis (Jan Feb 2013)

9 ISU PEKERJA

Pada 6&7 Oktober 2012, satu bengkel untuk membincangkan tuntutan pekerja bagi PRU13 telah diadakan di pusat latihan NUBE di Negeri Sembilan dan wakil-wakil kumpulan seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Kesatuan pekerja-pekerja Bank (NUBE), Kesatuan pekerja MHS, Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM), Kesatuan Tenaga National Berhad Junior Officers (TNBJOU), Kesatuan pekerja-pekerja Ladang (NUPW), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahan Petroleum dan Kimia Sem. Malaysia (NUPCIW), Cawangan Pahang dan National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers dll kumpulan telah mengambil bahagian untuk mengeluarkan Manifesto P e k e r j a b a g i P R U 1 3 .

MANIFESTO PEKERJA MALAYSIA:PEKERJA KUASA PERUBAHANMARUAH PEKERJA MARUAH NEGARA

Sempena Pilihanraya Umum Ke-13, Jaringan Pekerja Malaysia (JPM), iaitu satu gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja dan aktivis-aktivis pekerja, ingin menyeru Kerajaan Malaysia serta parti-parti politik yang akan bertanding di Pilihanraya Umum Ke-13, bersama-sama ber ikrar untuk mengutarakan dan mengutamakan seruan kaum pekerja di dalam Manifesto ini demi masa depan kaum pekerja yang lebih terjamin di Negara Malaysia ini.Kami menuntut hak-hak pekerja seperti berikut: 1. Jaminan Gaji Minima RM1,500 (Gaji Pokok) – Gaji Minima RM900 yang telah diluluskan oleh Kerajaan tidak mampu menampung kos hidup semasa akibat peningkatan kos pendidikan, perubatan, pengangkutan, harga barang, bayaran pinjaman rumah, sewa, bil air, api, gas, talipon, cukai pintu, dan segala keperluan asas. Tambahan pula, pelaksanaan Gaji Minima RM900 juga tidak jelas. Pihak Majikan berjaya mengaburi peruntukan tersebut, di mana, elaun-elaun termasuk kerja lebih masa disertakan atau dicampurkan bersama gaji minima RM900. Oleh itu kami menuntut Jaminan: 1.1 Gaji minima pokok sebanyak RM 1,500.00 sebulan untuk para pekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; 1.2 Gaji Minima RM 1,500.00 dikaji semula setiap 2 tahun sekali dan mesti serasi dengan kos sara hidup di Malaysia; 2. Jaminan Pengiktirafan Hak-hak Asasi Pekerja - Pada tahun 2007 dan 2011, Kerajaan Malaysia telah membuat pindaan terhadap Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 Pindaan-pindaan ini dikatakan sebagai yang paling zalim di dalam Sejarah pergerakan buruh Malaysia. Akibat pindaan-pindaan ini, para pekerja telah kehilangan hak-hak mereka dan terus menjadi mangsa penindasan oleh pihak majikan serta pihak pemerintah Oleh itu, kami menuntut Jaminan:

2.1 Kembalikan hak-hak pekerja yang telah dirampas melalui pindaan Akta kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang memberi kebebasan kepada majikan memecat pekerja sesuka hati dengan:

2.1.1 Mansuhkan had pampasan 24 bulan gaji kepada seseorang pekerja yang dipecat setelah Mahkamah Perusahaan memutuskan pemecatan itu adalah tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Pekerja itu harus dibayar pampasan yang sepenuhnya tanpa had dan tanpa pendapatan yang telah diperolehi selepas pemecatan pekerja itu.

2.1.2 Mansuhkan peruntukan “Kontraktor untuk buruh” di dalam Akta Kerja 1955 yang menghalalkan aktiviti kontraktor yang membekalkan tenaga kerja murah kepada majikan. Aktiviti ini adalah haram kerana ia memutuskan perhubungan majikan-pekerja secara langsung dan majikan akan terus terlepas dari tanggungjawabnya dengan membayar upah yang rendah. Juga pembayaran gaji, potongan KWSP (EPF), cuti tahunan dan sebagainya untuk pekerja kontrak itu adalah atas belas kasihan kontraktor tersebut. 2.1.3 Mansuhkan outsourcing, insourcing, kerja part-time, kerja tidak stabil/tetap kerana tidak ada sekuriti pekerjaan. 2.2 Kes seseorang pekerja yang telah dipecat dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan dengan kadar segera tanpa campurtangan Menteri Sumber Manusia. Sekarang Menteri mempunyai kuasa merujuk atau tidak kes seseorang pekerja yang tealh dipecat tanpa sebab atau alasan.

2.3 Kembalikan hak untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja secara automatik dan hak berkesatuan melalui pindaan akta Kesatuan Sekerja 1959 dengan:

2.3.1 mengiktiraf dan membenarkan Hak Berkesatuan tanpa campurtangan Majikan dan Kerajaan; - Sekarang hanya 7% pekerja Malaysia yang berkesatuan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia tidak mempertahankan nasib pekerja serta kesatuan.

2.3.2 Mansuhkan kuasa mutlak Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam memutuskan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja;

2.3.3 Iktirafkan kebebasan menubuhkan Kesatuan Kebangsaan secara sukarela demi mempertahankan hak-hak pekerja dan haramkan penglibatan Majikan dalam pembentukan sebarang kesatuan sekerja; Kesatuan sekerja adalah oleh pekerja bagi pekerja;

2.3.4 Hentikan pemangsaan ahli kesatuan terutamanya pemimpin kesatuan sekerja;

2.3.5 Hentikan pemangsaan kesatuan yang sudah mewakili majority pekerja oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja;

2.3.6 Hentikan sekatan ke atas hak kesatuan sekerja bersuara, berpiket dan bermogok;

2.3.7 Wajibkan kesatuan yang mempunyai majoriti ahli diberi pengiktirafan secara automatik dan rundingan Perjanjian Kolektif dimula dengan segera; 2.4 Mengambil berat terhadap kebajikan pekerja dengan:

2.4.1 Wajibkan Cuti Bersalin bergaji selama 14 minggu bagi semua pekerja kaum wanita dan cuti bergaji selama 14 hari cuti bagi pekerja kaum suami yang isterinya bersalin.

2.4.2 Wajibkan Tempat penyusuan bayi yang sesuai di tempat-tempat kerja disediakan bagi kaum pekerja wanita.

2.4.3 Wajibkan penyediaan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak komuniti yang bertauliah oleh majikan. Majikan-majikan boleh menyumbang dana untuk tujuan ini. 2.5 HENTIKAN RUNDINGAN FTA yang menafikan hak –hak asasi pekerja dan rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia kini sedang menjalankan rundingan FTA bersama Kesatuan Eropah (European Union) dan Amerika Syarikat (melalui perjanjian kerjasama Trans Pasifik atau TPP). Bahaya FTA ini adalah:

2.5.1 Pasaran Malaysia akan dibuka kepada syarikat multinasional Amerika dan Europa, Tarif barangan perkilangan dan perkhidmatan Amerika akan dikurangkan kepada sifar sekiranya tuntutan Amerika dikotakan melalui TPP.

2.5.2 Europah pula mungkin akan meminta Malaysia untuk mengurangkan 80-90% daripada

tariff Malaysia bagi barangan Europah. ini bermakna industri-industri tempatan tidak lagi akan dilindungi sekaligus mereka tidak akan dapat bersaing dengan barangan murah dari US dan EU. Para pekerja akan terjejas sama sekali.

2.5.3 Syarikat kecil/sederhana di Malaysia tidak mampu bersaing dan mereka terpaksa tutup perniagaan dan pekerja akan kehilangan pekerjaan 3. Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial3.1 Skim pencen pekerja swasta perlu dilaksanakan untuk menangani masalah kemiskinan selepas persaraan. Memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat dan kemungkinan caruman KWSP habis dalam jangka masa kurang 5 tahun, maka skim pencen pekerja swasta harus dilaksanakan dengan segera untuk meringankan bebanan kaum pekerja terutamanya golongan yang berpendapatan rendah ketika usia tua. Skim ini harus menetapkan kadar pencen melebihi paras kemisninan negara. 3.2 Bekerja 5 hari seminggu atau waktu kerja tidak melebihi 40 jam seminggu. Beratus-ratus ribu pekerja di serata dunia terkorban dalam memperjuangkan lapan jam kerja sehari. Juga kerja lebih masa juga boleh mendatangkan risiko kepada pekerja dan waktu kerja yang panjang juga menafikan hak pekerja untuk berehat serta meluangkan masa bersama keluara. 3.3 Tabung pemberhentian kerja. Pembentukan t a b u n g i n i a k a n m e m b a n t u p e k e r j a y a n g diberhentikan kerja semasa n e g a r a m e n g a l a m i kemelesetan ekonomi. Ini kerana semasa kemelesetan e k o n o m i , kumpulan yang paling banyak m e n e r i m a k e s a n n y a adalah pekerja yang kehilangan kerja, pemotongan gaji, pengurangan Overtime dan sebagainya. Wujudkan juga undang-undang yang mewajibkan majikan dan pekerja memberi sumbangan kepada tabung ini seperti mana Negara-negara seperti England, Perancis, dan Switzerland terdapat skim 'Social Security' untuk membantu pekerja sekiranya mereka kehilangan kerja. 4. Jaminan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja 4.1 Perlindungan PERKESO 24 jam termasuk di luar waktu kerja. Kini, PERKESO hanya melindungi pekerja pada waktu kerja dan semasa perjalanan rutin dari dan ke tempat kerja. PERKESO sebagai satu skim perlindungan, pekerja harus dilindungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan setiap hari dalam setahun. 4.2 Insuran Skim Perubatan untuk semua pekerjanya. Kemudahan ini dibiayai oleh Majikan atau Kerajaan atau Majikan bersama Kerajaan. Skim ini harus meliputi dan memberi perlindungan kepada pasangan serta anak-anak. 5. Jaminan kebajikan dan kesejahteraan pekerja yang juga rakyat Malaysia5.1 Hentikan Pengswastaan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti air, elektrik, hospital awam, pendidikan, pengangkutan awam, Penswastaan menyebabkan peningkatan kos perkhidmatan ini yang membebankan rakyat. 5.2 Kawal Harga Barangan Asasi. Barangan keperluan asas seperti beras, daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, gula, tepung, susu, roti, petrol, gas masak dan lain-lain perlu ada kawalan harga yang ketat oleh Kerajaan. 5.3 Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membebankan rakyat. 5.4 Skim Perumahan Selesa bagi 70% rakyat yang berpendapatan kurang dari RM5000 serta pekerja ladang masih menghadapi pengusiran apabila ladang dibangunkan dan para pekerja ini dihalau tanpa diberi rumah alternative serta bagi penghuni flats yang dibebani kos penyelenggaraan di samping perumahan mereka yang bagaikan sarang burung. ##

Manifesto Pekerja MalaysiaJan-Feb 2013

Page 10: Sosialis (Jan Feb 2013)

10 JERIT

Diari BasikalHari Pertama (7 Disember 2012)

Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 dilancarkan dengan sungguh bersemangat di Pasar Besar Seremban. 20 pengayuh yang majoritinya anak muda menyertai kempen ini. Kebanyakan mereka datang dari Negeri Sembilan & Selangor. Pelancaran ini disempurnakan oleh Dr. Nasir , Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) & ADUN Kota Damansara, wakil parti-parti Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) dan juga wakil Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM).

Rombongan pengayuh basikal telah melawat kawasan-kawasan di sekitar Negeri Sembilan dan mengumpul isu-isu tempatan yang akan diutarakan kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Pada hari partma, 2 isu utama telah diutarakan oleh 2 komuniti yang menghadapi masalah. Isu pertama ialah di Taman Mambau. Masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Mambau adalah ketiadaan tangki air untuk 25 tahun sejak taman itu dibina. Penduduk di sini pernah mengalami masalah putus bekalan air sehingga 5 hari. Jalan di taman ini juga tidak diturap.

Isu kedua adalah isu Pantai Teluk Kemang. Para pengayuh telah berjumpa dengan Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang. Isu disini adalah pantai hendak diswastakan dan orang ramai akan dikenakan bayaran untuk menggunakan pantai. Selain itu longkang dibina untuk mengalirkan air kotor dari kedai-kedai dan syarikat berdekatan ke laut telah mencemari air laut. Penjaja pula dimangsakan dengan memberi kawasan kedai kepada yang kurang kemudahan dan dibina oleh kontraktor swasta. Kedua-dua isu ini jelas menunjukkan, kerajaan sekarang ini lebih mengutamakan wang dan keuntungan daripada kebajikan rakyat dan menyelamatkan sumber alam negara.

Di samping itu, para peserta kempen basikal juga mengunjungi Ladang Kirby dimana penduduk ladang ini sedang berjuang untuk perumahan alternatif dan perjuangan ini telah berterusan untuk 10 tahun sedangkan masih tiada penyelesaian daripada majikan mahupun kerajaan negeri.

Hari Kedua (8 Disember 2012)

Para pengayuh meneruskan jelajah mereka dari Rantau sehingga ke Johol.

Para pengayuh telah melawat Taman Koperasi, Pedas. Masyarakat tempatan Taman Koperasi Pedas menyerahkan memorandum masalah di taman perumahan. Antara masalah yang wujud tiada tangki air dan kebersihan padang yang tidak dijaga.

Pengayuhan diteruskan di Kota. Masyarakat tempatan di Rembau bersama rakan- rakan dari PAS memberikan roti dan air untuk para pengayuh.

Pengayuhan seterusnya ke Tampin. Makanan tengahari disediakan oleh YB Veerapan, ADUN Tampin.

Destinasi seterusnya adalah Bahau dimana risalah diedarkan di pekan Bahau. YB Teo dari DAP telah menerima kunjungan para pengayuh. Pengayuh terus ke Ladang Juasseh.

Destinasi terakhir hari ke-2 penjelajahan ialah di Johol. Ceramah dianjurkan oleh wakil PAS. Para pengayuh bermalam di Markas PAS.

Hari Ketiga (9 Disember 2012)

Hari bermula dengan hujan lebat. Para pengayuh meneruskan perjalanan dari Johol ke Bandar Baru Serting.

Lawatan pertama ke Raja Alias 2, Serting. Masyarakat tempatan mengalukan kedatangan para pengayuh. Pengayuh turut mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan.

Pengayuh berbincang bersama penduduk tempatan isu berkenaan FELDA yang mereka hadapi. Perjalanan kemudian diteruskan ke Jempol. Lepas itu, Perjalanan diteruskan melalui pekan Pantai.

Semangat untuk meneruskan perjalanan berkobar walaupun hari juhan.

Apabila para pengayuh sampai di Sungai Gadut, mereka menerima memorandum daripada pihak ibubapa dan pelajar SJK (Tamil) Ldg Senawang.

Akhirnya pengayuh kembali ke Seremban Jaya dan bermalam di situ.

Hari ke-4 (10 Disember 2012)

10 Disember adalah Hari Hak Asasi Sedunia.

Para pengayuh meneruskan perjalanan ke pusat bandaraya Seremban. Wisma Negeri menantikan kedatangan pengayuh tetapi pintu pagarnya ditutup dengan serta merta apabila para pengayuh sampai di sana.

Memorandum d iserahkan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar, En.Syarul Faizal serta ketua pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke, ADUN Lobak. 7 tuntutan nasional dan tuntutan tempatan dinyatakan dalam memo tersebut.

Menurut S Tinagaran, penyelaras kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” untuk Negeri Sembilan, sepanjang jelajah berbasikal di negeri tersebut, mereka telah

kenal pasti tujuh isu berbangkit tempatan melalui maklum balas penduduk setempat di beberapa lokasi persinggahan peserta kempen tersebut. Tujuh isu yang dikenalpasti peserta kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” ialah:

1. Penduduk Taman Mambau, Seremban menghadapi masalah gangguan bekalan air kerana ketiadaan tangki air. Bekalan air kadang kala terputus sehingga lima hari. Keadaan jalan raya di taman perumahan itu juga dalam keadaan teruk.

2. Penduduk dan peniaga berdekatan pantai Telok Kemang, Port Dickson meminta pihak berkenaan agar tidak menswastakan pantai Telok Kemang dan pantai tersebut tidak ditambak. Mereka juga meminta agar air longkang tidak disalurkan ke laut dan memohon gerai, tandas awam serta bangunan buruk digantikan dengan bangunan baru.

3. Masalah penduduk Taman Koperasi di Pedas, Rembau yang tidak mempunyai tangki air besar meskipun sudah tinggal di taman perumahan itu lebih 22 tahun.

4. Masalah hak tanah perladangan di Kampung Serampang Indah (Gatco) di Jempol.

5. Peneroka Felda di Felda Raja Alias 1, 2 dan 3 telah mengemukakan masalah seperti generasi kedua (anak peneroka) yang tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana mereka tidak terlibat dalam skim peneroka, Peneroka juga terpaksa menanggung hutang aktiviti penanaman semula yang tinggi.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Senawang, Sungai Gadut menyerahkan memorandum kepada peserta kempen berhubung masalah pengambilan padang sekolah tersebut untuk sebuah projek jejantas. Mereka turut menyatakan kebimbangan tahap keselamatan dan kesihatan murid kerana projak itu berdekatan dengan kawasan sekolah.

7. Penduduk Ladang Kirby menuntut perumahan alternatif disediakan apabila mereka ditamatkan kerja.

Turut hadir bersama dalam aksi penyerahan memorandum ini adalah S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), M Nalini (Penyelaras JERIT), Teo Kok Seong (ADUN Bahau, DAP), P Gunasekaran (Adun Senawang, DAP), M Ravi (ADUN Port Dickson, PKR) dan Abu Samah Jamal (Naib Yang DiPertua PAS Jempol).

Sekali lagi JERIT telah berjaya mengadakan satu kempen yang bermakna dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu rakyat. Kempen ini akan diteruskan di negeri lain tidak lama kemudian. ##

Jelajah JERIT di Negeri SembilanSambung dari m/s 1

Jan-Feb 2013

Page 11: Sosialis (Jan Feb 2013)

11 ANTARABANGSA

PilihanrayaPeringkat Negeri Venezuela:

PSUV Menang di 20 Negeri

Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat selalunya

menuduh bahawa Venezuela di bawah kerajaan Chavez

tiada demokrasi. Malah terbukti berulang kali bahawa

tuduhan sebegini adalah tidak berasas dan hanya

semata-mata untuk memburukkan nama Revolusi Abad

ke-21 yang diterajui oleh pemerintahan Chavez.

Pilihanraya negeri-negeri di Venezuela yang

berlangsung 2 bulan selepas pilihanraya presiden

menunjukkan sekali lagi rakyat Venezuela menikmati

hak demokrasi yang sepenuhnya dalam memilih

kerajaan dan menentukan halatuju mereka sendiri. Yang

tidak disukai oleh kuasa-kuasa besar adalah rakyat

Venezuela memilih halatuju yang tidak sehaluan dengan

kapitalis global.

Dalam pilihanraya peringkat negeri pada 16 Disember

yang lalu, rakyat Venezuela telah keluar mengundi untuk

memilih gabenor dan ahli dewan undangan negeri

masing-masing. Parti Sosialis Bersatu Venezuela

(PSUV) yang dipimpin oleh Hugo Chavez yang baru

menang dalam pilihanraya presiden dua bulan sebelum

itu, telah berjaya memenangi kuasa pemerintahan di 20

buah negeri, bertambah 2 buah negeri berbanding 18

kerajaan negeri yang dimenangi pada tahun 2008.

PSUV telah berjaya memperkukuhkan pemerintahan

revolusioner Bolivarian melalui proses demokrasi

dalam pilihanraya peringkat negeri, hanya dua bulan

selepas Chavez berjaya menangkis serangan

pembangkang puak kanan dalam pilihanraya presiden

pada 7 Oktober yang lalu.

Puak kanan yang pro-barat telah mengalami kekalahan

teruk. Satu-satunya pemerintahan negeri yang penting

yang masih dalam tangan puak kanan adalah negeri

Miranda, di mana bekas calon presiden daripada puak

kanan, Capriles Radonski, mengalahkan bekas

Timbalan Presiden Elias Jaua dengan perbezaan

peratusan undi 52% dengan 47%.

Calon yang sokong Revolusi Bolivarian telah menang

dengan perbezaan undi yang besar di 10 buah negeri,

iaitu Apure (pertatusan undi 62%-23%, seorang lagi

calon pro-revolusi mendapat 14%), Cojedes (62%-

37%), Delta Amacuro(75%-22%), Falcón(50%-36%,

seorang lagi calon pro-revolusi dapat 11%),

Guárico(73%-26%), Portuguesa(53%-21%, seorang

lagi calon pro-revolusi dapat 23% undi), Sucre(59%-

36%), Trujillo (81%-17%), Vargas(73%-25%) dan

Yaracuy (60%-28%).

PSUV telah berjaya mendapat kemenangan amat

penting di 5 buah negeri yang dikuasai oleh

pembangkang puak kanan sebelum

ini. Ini termasuklah negeri Zulia,

negeri yang mempunyai populasi

paling ramai di Venezuela dan

dikuasai oleh parti pembangkang

berhaluan kanan sejak tahun 2000;

negeri Carabobo, negeri yang

mempunyai populasi ketiga ramai

dan diperintah oleh ahli politik

oligarki sebelum ini; negeri Táchira

yang berkedudukan strategic kerana

bersebelahan dengan Colombia,

negeri Monagas yang kaya dengan

sumber petroleum.

Negeri di mana pihak pembangkang

berhaluan kanan menang besar

adalah negeri Lara, di mana Gabenor yang pernah

mendapat sokongan Chavez dan bertanding menggunakan

tiket Parti Tanahair Rakyat (PPT) sebelum ini, telah

menjadi katak dan bertanding sebagai calon pembangkang

puak kanan kali ini, dengan menewaskan calon PSUV

dengan peratusan undi 56% lawan 43%.

Jumlah undi yang diperoleh oleh calon-calon PSUV

adalah 4.5 juta manakala calon pembangkang mendapat

undi sebanyak 3.5 juta. Peratusan pengundi yang keluar

mengundi adalah 53%, lebih rendah daripada tahun 2008

yang mempunyai 64%. Ini disebabkan peratusan

mengundi dalam pilihanraya peringkat negeri memang

biasanya lebih rendah berbanding pilihanraya presiden,

dan satu lagi sebab adalah pihak pembangkang berhaluan

kanan telah memobilisasi secara habis-habisan dalam

pilihanraya peringkat negeri 2008 tetapi kali ini mereka

kehilangan semangat setelah

k e k a l a h a n t e r u k d a l a m

pilihanraya presiden baru-baru

ini. Peratusan pengundi yang

keluar mengundi pada tahun

2004 adalah lebih rendah lagi,

iaitu 44%.

Kekalahan teruk puak kanan

dalam kedua-dua pilihanraya

umum baru-baru ini, pastinya

akan menyebabkan perpecahan

da lam puak kanan yang

mewakili kepentingan kapitalis

besar dan oligarki pemerintahan

lama. Namum, proses revolusi

Bolivarian masih menghadapi

cabaran hebat. Walaupun puak

kanan dikalahkan secara teruk

dalam pilihanraya, kehilangan

semangat dan bakal berpecah-

belah, namun mereka masih

pegang banyak kuasa politik dan

ekonomi, serta mengawal media

massa korporat yang sentiasa

menyebarkan propaganda anti-

revolusi.

Masalah kesihatan Chavez

masih merunsingkan kerajaan

Bolivarian di Venezuela. Rakyat

Venezuela yang sokong proses

revolusi juga semakin hari

semakin tidak puas hati dengan

karenah birokrasi dan reformis

dalam kalangan elit-elit politik

dalam gerakan Revolusi Bolivarian. Rakyat juga tidak

senang hati dengan segelintir kecil calon yang lompat

parti ke puak kanan selepas menang pilihanraya. Namun

dalam pilihanraya peringkat negeri kali ini, di Trujillo,

mantan Gabenor Cabezas yang menang tahun 2008 di

bawah panji pro-Bolivaran memang tidak disambut baik

oleh rakyat bawahan, dan apabila dia dicalonkan semula

dalam pilihanraya kali ini, rakyat Trujillo bangkit

memprotes sehingga Chavez memutuskan untuk tukar

calon pada saat-saat terakhir. Calon baru PSUV di

Trujillo, Rangel Silva, telah mendapat sokongan hebat

kerana beliau amat rapat dengan rakyat biasa, sehingga

mendapat peratusan undi sebanyak 81%. Terbuktinya

kuasa rakyat yang akan menentukan halatuju revolusi.

Gerakan Revolusi Bolivarian itu sendiri juga adanya

suara-suara alternatif, sehingga wujudnya calon pihak

ketiga yang pro-revolusi. Walaupun calon-calon

alternatif ini menyokong pemerintahan Chavez dan

Revolusi Bolivarian, tetapi mereka telah mengasingkan

diri daripada PSUV atas pelbagai sebab. Ada juga calon

yang menggelar diri mereka sebagai pro-revolusi dan

disokong oleh Chavez tetapi sebenarnya hanyalah

oportunis sahaja. Ini memang satu cabaran kepada

gerakan revolusi di Venezuela tetapi suara-suara

alternatif dalam gerakan ini pastinya akan dapat

mengimbangi kelemahan yang sedia ada dan memastikan

gerakan revolusi tidak terpesong daripada halatuju yang

sepatutnya.

Walaupun cabaran hebat bakal menunggu, proses

revolusi sosialis abad ke-21 telah mempamerkan kualiti

demokrasi yang tinggi dan ini adalah kelebihan untuk

rakyat Venezuela untuk terus maju ke hadapan. ##

Jan-Feb 2013

Page 12: Sosialis (Jan Feb 2013)

PERJUANGAN RAKYAT12 Jan-Feb 2013

Sambutan 10 tahun penubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah diadakan pada 16 Disember lalu di Brickfields.

Asal usul JERIT boleh dijejaki 10 tahun yang lepas. Pada tahun 2001, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang terdiri daripada Ala igal dar i Perak, Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) dari Selangor, Kumpulan Kemajuan Masyarakat (KKM) dari Pulau Pinang, Suara Warga Pertiwi (SWP) dari Selangor, dan kumpulan RAKAN dari Johor, telah mengadakan satu perbincangan di Pulau Pinang, tentang pembentukan satu gerakan rakyat baru yang bergelar JERIT. Idea pembentukan JERIT yang dicadangkan oleh CDC adalah bertujuan untuk menggabungkan beberapa sektor rakyat terpinggir untuk mewujudkan kekuatan yang bersatu dan halatuju perjuangan yang jelas. Pada masa itu, “Assembly of the Poor” di Negara Thai begitu popular sekali apabila banyak kumpulan rakyat bawahan telah berhimpun di hadapan pejabat Perdana Menteri Negara Thai untuk 100 hari dalam aksi menuntut perubahan. “Assembly of the Poor” telah memberi inspirasi kepada pembentukan JERIT di Malaysia.

Konsep JERIT disambut baik oleh kumpulan utama dalam JSML. Berikutan itu satu mesyuarakat perundingan telah diadakan pada 3 Mac 2001 di Kuala Lumpur besama-sama dengan 19 buah NGO dan kumpulan masyarakat yang lain. Kumpulan-kumpulan yang hadir menyokong usul ini dan JERIT dibentuk dengan 6 gabungan masyarakat, iaitu masyarakat ladang, pekerja kilang, peneroka bandar, petani, pelajar dan orang asal. Walau bagaimanapun, selepas itu JERIT hanya focus

pada 4 gabungan sahaja, di mana sudah terdapatnya kumpulan lain yang mengorganisasi jaringan untuk petani dan orang asal. Walaupun terdapatnya banyak gabungan yang wujud pada masa itu, JERIT merupakan satu-satunya gabungan yang terdiri daripada masyarakat akar umbi.

Sepanjang 10 tahun ini, JERIT sebagai satu gabungan rakyat daripada masyarakat akar umbi, sentiasa mengutarakan isu-isu rakyat. Isu-isu yang diutarakan dan tuntutan yang dibawa oleh gabungan dalam JERIT serta program nasional JERIT adalah diputuskan oleh masyarakat akar umbi yang terlibat melalui mekanisme seperti kongres gabungan dan Forum Rakyat (bagaikan Parlimen Rakyat). Halatuju dan aktiviti JERIT ditentukan oleh delegasi daripada masyarakat.Setiap gabungan adanya agenda gabungan tersendiri, bahan-bahan kempen dan juga jawatankuasa yang dipilih oleh delegasi yang berfungsi untuk menentukan aktiviti gabungan. JERIT mewakili lebih kurang 100 masyarakat terpinggir yang terdiri daripada pekerja lading, peneroka bandar, pekerja kilang dan anak muda.

JERIT mengadakan kempen tentang isu-isu berkaitan dengan masyarakat tertindas secara konsisten. Kempen-kempen ini termasuklah Akta Gaji Minima, Perumahan untuk Semua, Pendikan Percuma untuk Semua, Hak-hak Pekerja, Kempen Anti-FTA, Hak Peneroka Bandar dan Kempen Demokras i Partisipatori. Kempen-kempen tersebut diadakan dengan pelbagai cara seperti protes jalanan, roadshow, kempen tandatangan dan mobilisasi massa. Antara pencapaian atau kemenangan oleh JERIT termasuklah perjuangan hak perumahan di Ladang Sungai Rinching, perjuangan hak perumahan di Kampung Berembang, kempen Akta Gaji Minima

JERITJERIT10 Tahun dalam Gerakan Rakyat

yang akhirnya berhasil, mengutarakan masalah rumah pangsa, sambutan Hari Pekerja setiap tahun dan banyak lagi.

Kempen Basikal bertemakan “Rakyat Pengayuh Perubahan” anjuran JERIT pada tahun 2008 telah mengutarakan 6 tuntutan rakyat. Kempen ini telah mendapat perhatian umum apabila pengayuh basikal JERIT menjelajah Semenanjung Malaysia untuk 16 hari. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan cabaran seperti penahanan polis, rombongan pengayuh basikal JERIT akhirnya berjaya sampai di Parlimen dan membawa tuntutan rakyat ke dalam Parlimen. 2 antara 6 tuntutan yang di bawah oleh JERIT telahpun berjaya direalisasikan, iaitu gaji minima dan pemansuhan akta ISA. JERIT merupakan salah satu daripada kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang membawa tuntutan-tuntutan ini. Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” telah dilancarkan baru-baru ini.

Selepas 10 tahun penubuhan JERIT, sekarang pada tahun 2012, kita telah menyaksikan banyak gabungan kumpulan masyarakat telah dibentuk, misalnya BERSIH dan Himpunan Hijau yang mampu memobilisasi lebih ramai lagi rakyat dalam memperjuangkan isu-isu nasional. Ini merupakan perkembangan positif dalam gerakan rakyat di Malaysia. Walau bagaimanapun, JERIT yang dilahirkan oleh gerakan masyarakat akar umbi telahpun mengutarakan isu rakyat secara konsisten dan berjaya memberi impak kepada kerajaan. JERIT pastinya akan teruskan usaha untuk membina kuasa rakyat dari bawah dan membawa tuntutan rakyat akar umbi secara konsisten dan mencabar system pemerintahan yang pro-kapitalis.

(Oleh: Sekretariat JERIT)

Sekitar Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0