8
WANG TAHAP 3 Meneroka Membongkar Menaakul orbit buku Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my

TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

  • Upload
    phamtu

  • View
    215

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

Wang daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Wang

WA

NG

TAHAP3

Meneroka • Membongkar• MenaakulMenarik • Mengasyikkan • Mendidik

Wang

orbit buku

Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 2: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

Pentingnya wang ...................................6

Barter .....................................................8

Syiling ...................................................10

Wang kertas .........................................12

Benda berharga ...................................14

Perbankan ............................................16

Mencipta faedah ..................................18

Anda yang tentukan ............................20

Membuat wang ....................................22

Memerangi penipuan ...........................24

Wang melalui zaman ............................26

Mengumpulkan wang ..........................28

Glosari ..................................................30

Indeks ...................................................32

Kandungan

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 3: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

Pentingnya wang ...................................6

Barter .....................................................8

Syiling ...................................................10

Wang kertas .........................................12

Benda berharga ...................................14

Perbankan ............................................16

Mencipta faedah ..................................18

Anda yang tentukan ............................20

Membuat wang ....................................22

Memerangi penipuan ...........................24

Wang melalui zaman ............................26

Mengumpulkan wang ..........................28

Glosari ..................................................30

Indeks ...................................................32

Kandungan

W A n G6

Sebelum adanya wang, orang bertukar-tukar barang untuk mendapatkan apa-apa yang dikehendaki. namun sistem ini amatlah tidak sempurna. Wang dicipta untuk

menyenangkan hidup penjual dan juga pembeli. Satu sebab mengapa kita masih menggunakan wang adalah kerana wang kertas dan syiling jauh lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana berbanding dengan barang-barang yang hendak kita tukar. Cara ini menyenangkan juga kerana semua orang memerlukan wang. Sebelum adanya wang, orang yang mempunyai sesuatu barang untuk ditukar perlu mencari orang yang berkehendakkan barang tersebut.

Satu lagi sebab mengapa kita menggunakan wang ialah wang mempunyai nilai tertentu yang disetujui oleh semua orang. Tidak ada sesiapa yang akan mempertikaikan nilai satu dolar atau satu euro. Tanpa wang, pembeli dan penjual akan bertelingkah tentang nilai barang-barang yang hendak ditukar.

Pentingnya wangSyiling

Orang membawa syiling untuk

membeli barangan

harian seperti surat khabar

atau untuk membayar

duit di mesin

tempat letak

kereta.

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 4: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

W A n G10

SyilingSyiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di

Lydia, di Asia Kecil, dan di China. Syiling itu dibuat daripada logam berharga seperti emas, perak, dan gangsa. Lebih

berat sesuatu syiling, maka lebih tinggilah nilainya. Untuk kemudahan, nilainya ditera pada setiap syiling. Proses menera ini dikenal sebagai penempaan.

Masalah timbul apabila logam berharga dibuat syiling kerana kesukaran untuk memperoleh logam itu. Di samping itu, ada orang yang mula mengikis tepi syiling, meleburkannya, dan menjualnya semula. Akibatnya, kerajaan membuat syiling dengan menggunakan logam yang kurang berharga dan meneranya dengan nilai tertentu. Hal ini masih dilakukan pada masa kini dengan syiling yang kita gunakan.

Syiling China purbaSyiling China yang pertama diperbuat daripada gangsa. Ada antaranya yang berlubang di tengah-tengah. Hal ini untuk memudahkan syiling itu disimpan dengan menggunakan tali untuk menyerangkaikannya.

DoubloonDoubloon ialah syiling emas yang digunakan oleh Sepanyol sehingga pertengahan tahun 1800-an. Syiling ini diperbuat daripada emas dari lombong Amerika Selatan dan diangkut melalui kapal laut ke Sepanyol. Kerana nilainya yang tinggi, maka duit ini menjadi sasaran lanun.

Fakta atau rekaan?Kerajaan Lydia sudah tidak wujud lagi, tetapi daerahnya kini ialah sebahagian daripada Turki. Menurut ahli sejarah Greek, Herodotus, penduduk Lydia

merupakan kumpulan pertama yang menggunakan syiling emas dan perak.

11

EuroEuro telah menjadi mata wang

banyak negara Eropah sejak tahun

1999. Sebelah duit syiling ini

memaparkan peta Eropah dan

sebelah lagi bergantung pada

negara yang mengeluarkannya.

Amerika Syarikat

Syiling dari Amerika Syarikat telah

wujud pada akhir tahun 1800-an

dan termasuklah duit nikel buffalo

dan duit peni suku kaum Red Indian.

JepunUnit mata wang Jepun ialah yen. Syilingnya bernilai 1, 5, 10, 50, 100, dan 500 yen. Syiling 5 yen dan syiling perak 50 yen, seperti yang dipaparkan di atas, berlubang di tengah-tengah.

Kota Vatican negara yang terkecil di dunia, iaitu Kota Vatican, pun mempunyai syilingnya sendiri. Ini ialah 100 lira Kota Vatican. Kota Vatican kini menamai syilingnya sebagai euro.

S Y I L I n G

A M E R I K A U T A R A

E R O P A H

A F R I K A

A M E R I K A S E L A T A N

A U S T R A L I A

A S I A

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 5: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

11

EuroEuro telah menjadi mata wang

banyak negara Eropah sejak tahun

1999. Sebelah duit syiling ini

memaparkan peta Eropah dan

sebelah lagi bergantung pada

negara yang mengeluarkannya.

Amerika Syarikat

Syiling dari Amerika Syarikat telah

wujud pada akhir tahun 1800-an

dan termasuklah duit nikel buffalo

dan duit peni suku kaum Red Indian.

JepunUnit mata wang Jepun ialah yen. Syilingnya bernilai 1, 5, 10, 50, 100, dan 500 yen. Syiling 5 yen dan syiling perak 50 yen, seperti yang dipaparkan di atas, berlubang di tengah-tengah.

Kota Vatican negara yang terkecil di dunia, iaitu Kota Vatican, pun mempunyai syilingnya sendiri. Ini ialah 100 lira Kota Vatican. Kota Vatican kini menamai syilingnya sebagai euro.

S Y I L I n G

A M E R I K A U T A R A

E R O P A H

A F R I K A

A M E R I K A S E L A T A N

A U S T R A L I A

A S I A

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 6: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

W A n G22

Membuat wangWang kertas dibuat dengan menggunakan

mesin pencetak. Wang ini dibuat sama ada daripada kertas yang biasanya kertas

kapas atau daripada sebatian kimia, iaitu polimer. Wang kertas polimer lebih kuat dan lebih sukar untuk dipalsukan. Syiling dibuat di dalam kilang syiling. Langkah-langkah untuk membuat syiling dipaparkan di sini.

Banyak juga perkara yang perlu difikirkan untuk menghasilkan reka bentuk wang, daripada saiz dan warnanya hinggalah corak dan paparan imej yang hendak ditampilkan.

1 Mereka bentukImej pada syiling sering mencerminkan aspek penting daripada latar belakang sesebuah negara ataupun nilai-nilai murninya. Reka bentuk yang akhir disempurnakan dengan menggunakan perisian komputer.

2 Membuat acuanAcuan ialah logam berbentuk silinder yang digunakan untuk membuat syiling. Dua acuan digunakan untuk membuat setiap syiling dan setiap acuan mempunyai reka bentuk kepala atau ekor syiling yang terukir pada permukaannya.

3 Mencetak cakera kosong Gelungan logam yang besar dimasukkan ke dalam

pencetak cakera kosong. Mesin ini menebuk-nebuk cakera bulat yang disebut sebagai cakera kosong.

Cakera ini dicuci, diperiksa bentuknya, dan kemudian dihantar ke mesin yang lain untuk membuat rimnya.

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 7: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

W A n G22

Membuat wangWang kertas dibuat dengan menggunakan

mesin pencetak. Wang ini dibuat sama ada daripada kertas yang biasanya kertas

kapas atau daripada sebatian kimia, iaitu polimer. Wang kertas polimer lebih kuat dan lebih sukar untuk dipalsukan. Syiling dibuat di dalam kilang syiling. Langkah-langkah untuk membuat syiling dipaparkan di sini.

Banyak juga perkara yang perlu difikirkan untuk menghasilkan reka bentuk wang, daripada saiz dan warnanya hinggalah corak dan paparan imej yang hendak ditampilkan.

1 Mereka bentukImej pada syiling sering mencerminkan aspek penting daripada latar belakang sesebuah negara ataupun nilai-nilai murninya. Reka bentuk yang akhir disempurnakan dengan menggunakan perisian komputer.

2 Membuat acuanAcuan ialah logam berbentuk silinder yang digunakan untuk membuat syiling. Dua acuan digunakan untuk membuat setiap syiling dan setiap acuan mempunyai reka bentuk kepala atau ekor syiling yang terukir pada permukaannya.

3 Mencetak cakera kosong Gelungan logam yang besar dimasukkan ke dalam

pencetak cakera kosong. Mesin ini menebuk-nebuk cakera bulat yang disebut sebagai cakera kosong.

Cakera ini dicuci, diperiksa bentuknya, dan kemudian dihantar ke mesin yang lain untuk membuat rimnya.

23

4 MenempaSetelah sempurna disiapkan, cakera kosong diletakkan di antara dua acuan. Tekanan yang seberat beberapa tan diterapkan untuk menghasilkan reka bentuk pada kedua-dua belah cakera tersebut.

6 PembungkusanSyiling yang sempurna dimasukkan ke dalam mesin kira automatik dan jumlah syiling yang tertentu diisikan ke dalam beg. Semua beg syiling itu kemudiannya disimpan di dalam bilik kebal yang selamat di kilang syiling sebelum dihantar ke bank.

5 PemeriksaanSyiling melalui sebuah mesin yang

menyingkirkan syiling yang cacat bentuknya. Seorang pemeriksa menggunakan kanta

pembesar untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang tanda atau cacat cela

pada semua syiling itu.

M E M B U A T W A n G

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 8: TAHAP 3 Wang - orbitbuku.com.myorbitbuku.com.my/cms/upload_files/product/product_file_000105.pdf10 W A n G Syiling S yiling pertama telah dicipta kira-kira 2 500 tahun dahulu di Lydia,

Wang daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Wang

WA

NG

TAHAP3

Meneroka • Membongkar• MenaakulMenarik • Mengasyikkan • Mendidik

Wang

orbit buku

Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.comOrbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my