22
TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU KEJURUTERAAN (AWAM / ELEKTRIK / JENTERA) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI SELURUH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM. MOHD KAMARUZAMAN BIN MD NASIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

  • Upload
    dotram

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU

KEJURUTERAAN (AWAM / ELEKTRIK / JENTERA) DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK DI SELURUH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.

MOHD KAMARUZAMAN BIN MD NASIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan
Page 3: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan
Page 4: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU

KEJURUTERAAN (AWAM / ELEKTRIK / JENTERA) DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK DI SELURUH NEGERI KELANTAN

MOHD KAMARUZAMAN BIN MD. NASIR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Febuari 2004

Page 5: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan
Page 6: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

iii

Istimewa untuk

Ayah dan ibu yang dikasihi,

Md. Nasir Bin Ahmad,

Zainu Binti Jaafar,

keluarga yang tersayang,

serta teman-teman

Pengorbanan dan galakan yang diberikan oleh kalian

yang tidak jemu-jemu

menjadi perangsang untuk aku

lebih maju kehadapan.

Jasamu tidak akan terbalas walaupun

Kuhidup seribu tahun

Page 7: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, syukur kehadirat Ilahi kerana dengan lipah kurnianya dapat

saya menyempurnakan penulisan ini dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada En. Mohd Ali Bin Ibrahim selaku pembimbing Projek Sarjana Muda ini di

atas segala tunjuk ajar, dorongan dan galakan yang diberikan kepada saya sepanjang

tempoh penghasilan kertas projek ini.

Penghargaan ini juga ditujukan penilai Projek Sarjana Muda yang telah

memberi komen dan cadangan yang membina dalam menyempurnakan penulisan ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru

Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) di sekolah menengah teknik di Negeri

Kelantan di atas kerjasama yang diberikan dalam menjawab soal selidik yang

diedarkan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

sesiapa yang terlibat dalam menjayakan penulisan ini sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

Page 8: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

v

ABSTRAK

Pada masa ini penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan sama ada di

peringkat pengajian tinggi mahupun di peringkat sekolah semakin meningkat. Kajian

ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru

Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) di sekolah menengah teknik di seluruh Negeri

Kelantan. Beberapa aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan pengetahuan,

kemahiran, minat dan sikap guru-guru tersebut terhadap komputer. Responden yang

terlibat adalah daripada kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan

Jentera di sekolah menengah teknik di Negeri Kelantan. Alat kajian yang digunakan

berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi

latar belakang responden dan Bahagian B meliputi penyataan-penyataan untuk

menjawab objektif kajian. Pernyataan dibuat dengan menggunakan Skala Likert lima

mata. Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min bagi setiap item menggunakan

Perisian SPSS (Versi 11.5). Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan aspek

pengetahuan berada pada tahap sederhana manakala aspek kemahiran, minat dan

sikap responden terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P berada pada

tahap yang baik. Beberapa cadangan dibuat untuk pengetahuan dan tindakan kepada

mereka yang terlibat. Kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi

meningkatkan lagi tahap penggunaan komputer di kalangan pendidik.

Page 9: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

vi

ABSTRACT

Recently, computers are vastly used in the field of education whether in the

highest level as well as in school. The purpose of the research is to look at the level

of computer have being used to teach of engineering subject. Major aspects to

looking at are knowledge, skill, enthusiasm and attitude . All respondents

participated in case of studies are involved a teaching of engineering subjects

(Civil/Electric/Mechanical) in state of Kelantan. Questionnaire had been used as

research tool divided into two parts as respondent’s background and items. Analysis

had been done by a using frequency, percents and mean of SPSS (version 11.5).

Overall, the study show knowledge aspect are in the medium level, on the other

hand, skill, enthusiasm, and respondent attitude are in good level. Results of the

research, some suggestions are given for the purpose of giving awareness and to see

some action taken by the responsible parties. Cooperation by all parties are involved

highly needed to improve the level of computer as teaching tool among teachers.

Page 10: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

Page 11: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

viii

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Pengetahuan Penggunaan Teknologi Maklumat

Dalam Pendidikan 14

2.3 Kemahiran Penggunaan Komputer 20

2.4 Minat Terhadap Penggunaan Komputer 23

2.5 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 26

2.6 Penutup 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Sumber Data 32

3.3.1 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.4 Instrumen Kajian 34

3.4.1 Pembinaan Soal-Selidik 35

3.4.2 Kesahan Soal-Selidik 37

3.4.3 Kajian Rintis 38

3.5 Prosedur Kajian 39

3.6 Analisis Data 41

3.7 Penutup 43

Page 12: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Analisa Data Berkaitan Dengan

Latar Belakang Responden 45

4.2.1 Bidang Pengkhususan 45

4.2.2 Jantina 46

4.2.3 Keturunan 46

4.2.4 Agama 47

4.2.5 Pemilikan Komputer Peribadi

Sendiri 47

4.2.6 Tempoh Memiliki Komputer 48

4.2.7 Memiliki Internet Di Rumah 48

4.2.8 Terdapat Komputer Di Bengkel Sekolah 49

4.2.9 Responden Pernah Mengikuti Kursus

Berkaitan Komputer 50

4.3 Analisa Data Berkaitan Dengan

Aspek Kajian. 50

4.3.1 Aspek Pengetahuan 51

4.3.1.1 Aspek Pengetahuan Mengikut

Bidang Pengkhususan 54

4.3.2 Aspek Kemahiran 54

4.3.2.1 Aspek Kemahiran Mengikut

Bidang Pengkhususan 57

4.3.3 Aspek Minat 58

4.3.3.1 Aspek Minat Mengikut

Bidang Pengkhususan 60

4.3.4 Aspek Sikap 61

4.3.4.1 Aspek Sikap Mengikut

Bidang Pengkhususan 64

4.4 Penutup 65

Page 13: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 66

5.2 Perbincangan 67

5.2.1 Pengetahuan Penggunaan Komputer 67

5.2.1.1 Aspek Pengetahuan Mengikut

Bidang Pengkhususan 69

5.2.2 Kemahiran Penggunaan Komputer 69

5.2.2.1 Aspek Kemahiran Mengikut

Bidang Pengkhususan 71

5.2.3 Minat Terhadap Penggunaan Komputer 72

5.2.3.1 Aspek Minat Mengikut

Bidang Pengkhususan 73

5.2.4 Sikap Terhadap Komputer 73

5.2.4.1 Aspek Sikap Mengikut

Bidang Pengkhususan 75

5.3 Rumusan 76

5.4 Cadangan 77

5.4.1 Guru 77

5.4.2 Sekolah 78

5.4.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan

Kementerian Pendidikan 78

5.4.4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 79

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.6 Penutup 80

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN 86

Page 14: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Populasi Mengikut Sekolah 33

3.2 Bilangan Item Soal-Selidik Mengikut Bahagian 35

3.3 Nombor-Nombor Item Mengikut Pecahan Aspek 36

3.4 Skor Skala Likert 5 Pemeringkatan 37

3.5 Perubahan Skala Likert 5 Mata Kepada Skala Likert 3 Mata 42

3.6 Perubahan Markat Dan Skala 42

3.7 Markat Skala Likert 3 Mata 43

4.1 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 45

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 46

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 47

4.5 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Komputer 47

4.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Memiliki Komputer 48

4.7 Taburan Responden Memiliki Internet Di Rumah 49

4.8 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Komputer

Di Bengkel Sekolah 49

4.9 Taburan Responden Yang Pernah Mengikuti

Kursus Berkaitan Komputer. 50

4.10 Data Analisa Frekuensi, Peratusan Dan

Min Bagi Aspek Pengetahuan 52

4.11 Hasil Analisis Bagi Aspek Pengetahuan Mengikut

Bidang Pengkhususan 54

Page 15: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.12 Data Analisa Frekuensi, Peratusan Dan Min

Bagi Aspek Kemahiran 56

4.13 Hasil Analisis Bagi Aspek Kemahiran

Mengikut Bidang Pengkhususan 58

4.14 Data Analisa Frekuensi, Peratusan Dan Min

Responden Bagi Aspek Minat 59

4.15 Hasil Analisis Bagi Aspek Minat Mengikut

Bidang Pengkhususan 61

4.16 Data Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min

Bagi Aspek Sikap 63

4.17 Hasil Analisis Data Bagi Aspek Sikap

Mengikut Bidang Pengkhususan 64

Page 16: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

xiii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan dasar

Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan

PPK - Pusat Perkembangan Komputer

PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PSM - Projek Sarjana Muda

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 86

B Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia. 93

C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri

Kelantan. 95

D Surat Sokongan Daripada UTM. 96

Page 18: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Usaha untuk memperkenalkan mata pelajaran teknologi maklumat di sekolah

menunjukkan betapa prihatin kerajaan terhadap perkembangan teknologi global

khususnya dalam konteks pendidikan. Projek rintis sekolah bestari melibatkan lebih

90 buah sekolah di seluruh negara adalah projek mega kerajaan dalam usaha untuk

menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan generasi pelajar yang

celik teknologi maklumat serta bersedia mengharungi dunia ekonomi digital.

Pada tahun 1999, kurikulum teknologi maklumat mula diperkenalkan di

beberapa buah sekolah menengah di seluruh negara sebagai satu pakej matapelajaran

dalam sistem persijilan terbuka. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan

kurikulum teknologi maklumat di beberapa buah sekolah yang mempunyai

kelengkapan perkakasan komputer dan guru berkelayakan. Sekolah-sekolah yang

dipilih terdiri daripada sekolah yang sedang melaksanakan matapelajaran

pengkomputeran, sekolah dibawah projek komputer dan sekolah menengah teknik

yang menawarkan mata pelajaran asas pemprosesan maklumat.

Page 19: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Usaha kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meluaskan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru masih giat

diteruskan. Usaha ini bukan sahaja tertumpu di sekolah menengah harian biasa,

malah di sekolah menengah teknik juga tidak ketinggalan. Memandangkan fungsi

sekolah menengah teknik adalah untuk mendedahkan pelajar dengan dunia

kejuruteraan dan teknologi, amat penting unsur-unsur teknologi maklumat diterapkan

dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

Anderson (1987),

“New opportunities for the training of teachers should be provided so that

instructors can learn how to use computers as tools in their respective disciplines.”

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa peluang latihan untuk menggunakan

komputer perlu diadakan untuk guru supaya mereka dapat menggunakannya sebagai

satu alat dalam bidang tugasnya. Anderson (1987), juga menyatakan bahawa kajian

menunjukkan kebanyakan guru tidak menggunakan komputer di sekolah-sekolah

mereka. Bagi mengelakkan perkara seperti dalam kajian itu berlaku di negara kita,

para guru mestilah sentiasa melengkapkan dirinya dalam ilmu komputer supaya

dapat membimbing generasi muda ketahap yang lebih cemerlang.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Kamal Sha’ari Abdullah (1998)

terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah

menengah Daerah Pekan, Pahang mendapati penggunaan komputer di kalangan

guru-guru Kemahiran Hidup di daerah itu secara keseluruhannya adalah pada tahap

sederhana sahaja. Hasil kajian juga mendapati tahap penggunaan komputer di

kalangan guru-guru menunjukkan pencapaian sederhana dalam aspek pengurusan

tetapi lemah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek sikap guru dan

pentadbiran sekolah terhadap penggunaan komputer pula menunjukkan keadaan

masih ditahap sederhana sahaja.

Page 20: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

3

Menurut kajian yang dijalankan oleh Zasmani Mohd Nor (2002) terhadap

tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah-

sekolah menengah akedemik daerah Pasir Puteh, Kelantan juga menunjukkan

bahawa tahap penggunaan komputer, kemahiran penggunaan komputer, minat

terhadap penggunaan komputer dan sikap terhadap penggunaan komputer masih lagi

berada ditahap sederhana. Walaubagaimanapun hasil daripada kajian itu

menunjukkan guru-guru berminat dengan penggunaan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah walaupun mereka mempunyai sedikit pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang tersebut. Menurut Zasmani (2002) juga, pengetahuan dan

kemahiran yang ada pada guru dalam bidang komputer hanya tertumpu kepada

penggunaan arahan mudah dan ringkas seperti yang terdapat di dalam pemprosesan

perkataan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Laslie Taib (1997), mengenai sikap guru

terhadap Penggunaan Komputer Di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor,

mendapati secara keseluruhannya guru-guru di sekolah itu bersikap positif terhadap

penggunaan komputer. Kajian yang dijalankan itu adalah bertujuan untuk meninjau

dan mengenal pasti sikap, minat dan pengetahuan guru dalam penggunaan komputer.

Kajian itu melibatkan seramai 60 orang guru, yang mana 30 orang daripadanya ialah

guru akedemik dan selebihnya lagi adalah guru teknikal. Hasil daripada kajian

tersebut juga mendapati guru-guru di sekolah itu berminat menggunakan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran mereka sekiranya diberi peluang.

Pengetua merupakan individu yang utama dalam membentuk budaya

pembelajaran di sekolah. Selain berperanan sebagai peneraju kecemerlangan bagi

sesebuah sekolah, pengetua juga seharusnya peka terhadap setiap perkembangan arus

pendidikan negara seperti penggunaan teknologi maklumat didalam pengajaran guru

umpamanya. Namun begitu, satu kajian saintifik telah dilakukan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia terhadap 79 pengetua yang menghadiri Mesyuarat Persediaan

Perlaksanaan Sekolah Bestari di Pusat Perkembangan Kurikulum merumuskan hanya

3 peratus sahaja daripada mereka mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang

baik. Sebanyak 97 peratus pengetua yang lain langsung tidak mempunyai kemahiran,

atau sekiranya ada, kemahiran teknologi maklumat mereka itu adalah pada peringkat

terhad. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap penguasaan teknologi maklumat

Page 21: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

4

oleh sebilangan pengetua di negara ini masih diperingkat rendah. Sekiranya keadaan

ini berterusan, adakah matlamat negara untuk menjayakan program sekolah bestari

disamping guru-gurunya yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat akan

tercapai?

1.3 Penyataan Masalah

Teknologi maklumat atau komputer merupakan alat untuk membantu

manusia khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Komputer

hanya boleh mengajar manusia tetapi tidak boleh mendidik. Kerja mendidik dan

membimbing memerlukan hubungan kemanusiaan yang tidak ada pada mesin seperti

komputer. Tugas guru pada masa kini semakin mencabar kerana bukan sahaja

memerlukan ilmu yang tinggi dan kemahiran mengajar malah mesti juga menguasai

teknologi maklumat dengan sebaik mungkin. Dalam kajian ini, pengkaji ingin

mengkaji tentang tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kejuruteraan

(Awam/Elektrik/Jentera) di Negeri Kelantan.

1.4 Objektif kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap

penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)

di sekolah menengah teknik di seluruh Negeri Kelantan. Bagi mencapai tujuan ini,

beberapa objektif kajian telah dibentuk. Objektif-objektif tersebut ialah untuk:-

Page 22: TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU · berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi ... menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan

5

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan mengenai penggunaan komputer di

kalangan guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) dalam

proses P&P.

ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru Kejuruteraan

(Awam/Elektrik/Jentera) terhadap penggunaan komputer dalam

proses P&P.

iii. Mengenal pasti minat guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)

terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P

iv. Mengenal pasti sikap guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)

terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini adalah :

a. Adakah guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) mempunyai

pengetahuan asas dalam penggunaan komputer bagi tujuan P&P?

b. Adakah guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) mempunyai

kemahiran dalam pengendalian perisian / perkakasan komputer?

c. Adakah guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) berminat

menggunakan komputer dalam proses P&P?

d. Apakah sikap guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)

terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P?